You are on page 1of 88

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK KITARAN AIR

NUR FARHANAH BT MOHD AMIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

2011

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK KITARAN AIR

NUR FARHANAH BT MOHD AMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Sains Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

OKTOBER 2011

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Sains Pendidikan Rendah)

Tandatangan

Nama Penyelia : Dr. HAJAH NIK ZAHARAH BT NIK YAACOB Tarikh : 13 OKTOBER 2011

ii

PENGAKUAN PENULIS

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Penulis : NUR FARHANAH BT MOHD AMIN (881125-01-5138) Tarikh : 13 OKTOBER 2011

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang, Mohd Amin Bin Abd. Rauf dan Masita Bt Taib, Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan, semangat dan nasihat yang kalian titipkan...

Tidak dilupakan adik-beradik yang dikasihi, Mohd Hafiz, Mohd Akmal dan Nur Firzanah, Terima kasih kerana memberi inspirasi...

Khas buat Mohd Fairus Naim Bin Ahmad, Terima kasih tidak terhingga atas segala bantuan, curahan idea yang menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini...

Buat sahabat-sahabat, Khasnya PISMP Sains Ambilan 2008, Terima kasih kerana menjadi teman yang setia, memahami dan menceriakan hidup ini, Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan terabadi di dalam sanubariku buat selama-lamanya...

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian ini. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia, Dr. Hajah Nik Zaharah Bt. Nik Yaacob atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala Terngganu amatlah dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Sains IPG KDRI yang telah banyak memberikan bantuan dan pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat handai atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian tindakan ini.

ABSTRAK

Subjek Sains merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk menghafal banyak fakta, istilah, nama-nama saintifik, melabel dan sebagainya. Satu kaedah yang sesuai dan menepati citarasa murid masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dikendalikan oleh guru Sains akan mencapai kepuasan dan memberi kesan yang maksimum. Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat menggemari muzik dan nyanyian, maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu kaedah dalam menjalankan aktiviti P&P Sains. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid Tahun 5 bagi tajuk Kitaran Air. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 10 orang murid Tahun 5 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian serta soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian iaitu dari 32.0 kepada 51.0. Berdasarkan analisis borang pemerhatian dan soal selidik, penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P Sains berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian berjaya membantu murid mengingat proses Kitaran Air. Kata kunci: Keberkesanan, Kaedah, Nyanyian, Meningkatkan, Ingatan.

vi

ABSTRACT

Science is the subject which demanded pupils diligence to memorize lot of facts, terms, scientific names, labelling and so on. Due to this, a method that is suitable and fulfil pupils interest needs to be applied so that teaching and learning (T&L) process that conducted by Science teacher will going to reach satisfaction and giving maximum effect. Realizing the fact that children really like music and song, researcher have choose singing method to be carry out in the Science T&L process. The aim for this research is to determine the effectivenss of singing method to enhance Year 5 pupils memorization for the topic Water Cycle. The research design that been used is qualitative and quantitative method. Respondents of this research involved 10 pupils of Year 5 Bestari from Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit . Pre-test and post-test, observation and questionnaire have been used as the instruments for this research. The analysis of data showed that the value of mean marks increased from 32.0 to 51.0. Data from the observation and questionnaire showed that the using of singing method in Science T&L process is able to increase pupil interest and can provide enjoyable and entertaining learning environment. This research proves that singing method is really works to help pupils in memorizing Water Cycle process. Key words: Effectiveness, Singing, Method, Enhance, Memorization.

vii

KANDUNGAN

Muka Surat PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii viii xi xii xiii

1.0

PENDAHULUAN 1.1 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sorotan Literatur 1 4

viii

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 2.2 Tinjauan Masalah Analisis Tinjauan Masalah 11 12

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Objektif Kajian Soalan Kajian Kepentingan Kajian Definisis Operational / Istilah Batasan Kajian 19 19 20 20 23

4.0

KUMPULAN SASARAN 4.1 4.2 Latar Belakang Sekolah Latar Belakang Murid 24 24

5.0

PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 5.2 Prosedur Tindakan Prosedur Pengumpulan Data 25 31

ix

6.0 7.0 8.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

35 54 59

RUJUKAN LAMPIRAN

60 63

SENARAI JADUAL

Jadual 1 2 3 4 5 Analisis Keputusan Lembaran Kerja Murid Catatan Bebas Berdasarkan Pemerhatian Analisis Borang Soal Selidik (Sebelum Tindakan) Gred Dan Markah Ujian Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Perbandingan Nilai Min Ujian Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Tema dan Aspek Yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku Murid Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Analisis Borang Soal Selidik

Muka Surat 13 15 17 36 36

39

43

45

46

10

50

xi

SENARAI RAJAH

Rajah 1 2 Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

Muka Surat 25 37

37

40

40

6 7

47

51

xii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A B C D E F G H Lembaran Kerja Borang Pemerhatian (Catatan Bebas) Borang Soal Selidik (Sebelum Tindakan) Lirik Lagu Kitaran Air Ujian Pra Ujian Pasca Borang Pemerhatian Borang Soal Selidik

Muka Surat 63 64 65 66 67 70 73 74

xiii

1.0 PENDAHULUAN Bahagian ini mengupas tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta refleksi sorotan literatur yang merangkumi literatur dan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu. Pengkaji diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Sains bagi Tahun 5 Bestari sebanyak empat masa seminggu. Semasa berbincang dengan guru Sains kelas 5 Bestari, pengkaji diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Sains juga sangat lemah. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca dengan lancar. Guru Sains kelas ini mencadangkan saya agar banyak menggunakan kaedah pemusatan guru seperti teknik bercerita daripada menggunakan kaedah pemusatan murid. Pada minggu ketiga, pengkaji mengajar tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan. Objektif P&P pada hari tersebut adalah untuk mengenalpasti empat agen pencaran bagi tumbuhan beserta contoh-contoh tumbuhan. Sesi P&P pada hari tersebut berjalan

dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk mendalami tajuk baru ini yang dikira sangat menarik untuk diterokai. Semasa pengkaji memberikan penerangan, hanya sebahagian murid sahaja yang kelihatan berminat untuk mendengar. Begitu juga dengan
1

tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar memberi tumpuan terhadap apa yang pengkaji sampaikan. Namun, semasa menjawab lembaran kerja yang diedarkan, sebahagian besar murid didapati menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya. Pada kelas yang berikutnya, pengkaji memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama dengan meminta murid mengingati kembali agen-agen tumbuhan beserta contoh yang telah dipelajari pada sesi P&P sebelum itu. Namun apa yang mendukacitakan pengkaji, sebahagian besar murid tidak berjaya memberikan jawapan dengan tepat. Mereka menjawab, Saya tak ingat lah cikgu. Sesi P&P diteruskan dengan tajuk yang sama iaitu Kemandirian Spesis Tumbuhan tetapi pada kali ini pengkaji berfokuskan kepada ciri-ciri buah atau biji benih yang dipencarkan oleh setiap agen. Seperti biasa, sesi P&P berjalan lancar. Murid dilihat memberi perhatian di dalam kelas pada awal sesi P&P sahaja. Selebihnya, murid kelihatan bosan. Apabila ditanya sama ada mereka faham atau tidak apa yang guru ajar, mereka menjawab Faham cikgu. Apabila selesai memberi penerangan terhadap satu agen pencaran, pengkaji terus menyuruh murid untuk menyatakan kembali apa yang dijelaskan sebentar tadi. Murid boleh menjawab soalan tersebut. Tetapi apabila tiba kepada fasa membuat latihan, kebanyakan murid tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan. Situasi ini telah mendorong pengkaji untuk mencari punca dan alternatif lain yang boleh digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 5 Bestari ini. Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah kegagalan dalam menghafal fakta Sains. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang sering merungut kerana menghadapi kesukaran untuk mengingati fakta-fakta di dalam mata pelajaran khususnya mata pelajaran Sains. Masalah kegagalan murid untuk menghafal
2

fakta ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk belajar, dan secara tidak langsung boleh menjurus kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan. Bidang Sains tidak seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja. Pengkaji ingin membuktikan bahawa Sains itu adalah menyeronokkan. Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Sains. Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain itu, guru juga harus kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid dan seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu mata pelajaran tersebut. Justeru itu, pengkaji ingin menggunakan kaedah nyanyian untuk membantu murid menghafal fakta-fakta Sains. Pengkaji akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid mengingati fakta bagi sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Sains. Rasionalnya adalah untuk membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan tajuk tersebut hanya melalui sebuah lagu. Pengkaji membuat keputusan untuk

mengaplikasikan kaedah nyanyian ini bagi tajuk Keadaan Bahan (States of Matter) dengan berfokus kepada proses Kitaran Air (The water Cycle). Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan nyanyian. Oleh itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk menyelitkan elemen seni dan lagu di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Cara sebegini bukan sahaja dapat

membantu murid mengenali dan menghafal fakta Sains dengan mudah, malah boleh meransang suasana P&P yang menyeronokkan serta menghiburkan.

1.2 Sorotan Literatur 1.2.1 Literatur Berkaitan Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar. Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada

penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam P&P dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian. Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan ingatan murid terhadap apa yang dipelajari. Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat

mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti

akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi lebih aktif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni. Bertitik-tolak kepada fakta tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa

penggabungjalinan antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif. Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis, kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam proses P&P mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi muzik dengan mata pelajaran akademik yang lain dapat menyuburkan seluruh kurikulum. Oleh itu, pengkaji ingin menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji akan menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang
6

dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

1.2.2 Kajian Berkaitan Kajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam P&P juga telah banyak dijalankan oleh para penyelidik. Antaranya ialah kajian Edith & Kamariati (2005) tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran Sains. Murid mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian yang disampaikan oleh guru. Mereka juga menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran dari aspek mengingati fakta-fakta Sains yang penting khususnya dalam melabel gambar rajah. Ini sekaligus dapat menarik minat murid untuk belajar. Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini terbukti apabila kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu melukis semula gambar rajah serta melabelkannya dengan betul. Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti
7

nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan bimbingan guru (pengkaji) sebelum itu. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak menunjukkan bahawa pelajaran mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, misalnya pelajaran Sains. Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang mundur. Melalui media muzik, guru akan menjadi mudah mengajar pelajaran tersebut. Kanak-kanak akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran itu dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanakkanak. Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Hasil kajian mereka mendapati penggunaan muzik dalam proses P&P dapat menimbulkan rasa seronok belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid. Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan. Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran merupakan salah satu strategi bagi memastikan P&P di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan Muzik Terhadap Pengusaan Sifir telah membuktikan bahawa melalui aktiviti

menggunakan muzik, responden menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian diagnostik iaitu terhadap penguasaan sifir yang meningkat. Kesemua responden juga mempunyai persepsi dan pencapaian yang positif setelah diberi pendedahan kepada kaedah pembelajaran sifir bermuzik ini. Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P juga ada dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam proses P&P mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, Bruce Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya dalam pelajarannya. Maklum balas positif juga diterima daripada responden dimana mereka menyatakan bahawa mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi diri murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan
9

nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid dalam P&P. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik (nyanyian) dalam proses P&P telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif. Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan keberkesanan P&P di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru sekolah. Justeru, pengkaji akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal fakta dengan cara nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal fakta, malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.

10

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk meninjau masalah beserta analisis kepada tinjaun masalah tersebut turut dihuraikan dalam bahagian ini.

2.1 Tinjauan Masalah Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dan rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin disasarkan iaitu: a) Analisis dokumen Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan (Lampiran A). Pengkaji mengedarkan lembaran kerja di akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Pengkaji menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Pengkaji mula mengenalpasti masalah apabila melihat ramai murid tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.

11

b) Pemerhatian Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi P&P Sains bagi tajuk Kemandirian Spesies Tumbuhan. Respon murid terhadap soalan guru serta tingkah laku murid sepanjang sesi P&P berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara tidak berstruktur yang berupa catatan bebas (Lampiran B).

c) Soal selidik Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti tanggapan mereka terhadap proses P&P Sains, pengkaji menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab oleh setiap murid (Lampiran C). Terdapat 12 item yang perlu dijawab oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang disediakan. Pengkaji memberi penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul faham kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab dengan jujur. Pengkaji juga memastikan suasana pada waktu tersebut adalah selesa supaya responden boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji terhadap murid Tahun 5 Bestari:

12

a) Analisis dokumen Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam lembaran kerja seperti di lampiran A :

Jadual 1: Analisis keputusan lembaran kerja murid MARKAH (%) 0-20 21-40 41-60 61-80 81-100 JUMLAH MURID BIL. MURID 6 9 4 2 0 (%) 29 43 19 9 0

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan lembaran kerja tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah 20% ke bawah, 43% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 21% hingga 40% dan 19% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 41% hingga 60%. Seterusnya, 9% daripada jumlah keseluruhan murid berjaya memperolehi markah dari 61% hingga 80%, manakala 0% murid yang mendapat markah 81% hingga 100%.

Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripada jumlah keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi

13

markah 40%. Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan murid lagi berada di bawah peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yang amat sedikit ini menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta Sains. Justeru, pengkaji akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu murid mengingat fakta sekali gus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran Sains.

b) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B, pengkaji dapati murid Tahun 5 Bestari ini mempunyai minat untuk belajar, tetapi mereka sukar untuk menghafal fakta-fakta Sains. Murid dilihat memberi perhatian semasa sesi P&P berlangsung. Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang postif di dalam kelas. Tetapi apabila berada di pertengahan sesi, sebahagian murid kelihatan bosan untuk meneruskan pembelajaran. Murid dikesan menghadapi masalah dalam mengingat fakta yang telah lama diajar. Berikut merupakan catatan bebas pengkaji terhadap tingkah laku murid sepanjang sesi P&P. Lajur catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid terhadap fakta Sains yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru :

14

Jadual 2 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian Tarikh Kelas : 17 Februari 2011 : 5 Bestari PERISTIWA Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun, memberi salam dan kemudian duduk. Murid-murid senyap. Guru bertanya murid tentang apa yang telah mereka Berfikir dan cuba pelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid diam dan mengingat semula fakta berfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat tangan. tetapi gagal Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk seorang murid untuk jawab. Dia bangun dan memberi jawapan yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid tersebut juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat tangan dan jawab. Jawapan tetap salah. Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini ramai Hampir boleh mengingat yang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid untuk sebahagian fakta tetapi jawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain pula masih tidak tepat angkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak berapa tepat. Guru mengingatkan murid tentang satu fakta yang telah Boleh mengingat fakta diajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid berebut- selepas diberi klu rebut ingin menjawab. Murid terus menjawab tanpa angkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan jika ingin jawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid tersebut jawab dengan tepat. Begitu juga dengan tiga orang murid lain. Guru meneruskan sesi P&P seperti yang dirancang. Boleh mengingat fakta Murid-murid kelihatan berminat. Guru memberi yang baru sahaja diajar penerangan satu persatu. Sejurus selepas guru memberi penerangan terhadap sesuatu perkara, guru terus bertanya soalan. Ramai murid boleh menjawab dengan betul. Guru teruskan mengajar dan bertanya soalan. Murid memberi respon positif. Murid boleh menjawab soalan dengan baik. Tiba di pertengahan sesi, sebahagian murid menunjukkan
15

CATATAN

reaksi bosan seperti tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran. Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran kerja. Tidak boleh mengingat Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke sekeliling fakta yang telah lama kelas untuk memantau murid manjawab lembaran kerja. diajar Guru berhenti di meja seorang murid. Murid itu masih tidak menulis apa-apa jawapan. Guru bertanya murid itu masalah yang dihadapi. Murid itu memberitahu dia tak ingat. Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-dua Tidak boleh mengingat murid ini baru menjawab dua soalan. Selebihnya fakta yang telah lama dibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka melengkapkan diajar lembaran kerja tersebut. Seorang jawab tak tahu manakala seorang lagi jawab tak ingat. Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan lembaran kerja di rumah. Guru keluar kelas.

c) Soal selidik Pengkaji menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti di Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borang soal selidik yang dijalankan:

16

Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik % BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ITEM Saya minat mata pelajaran Sains Pengajaran cikgu membosankan Bimbingan yang cikgu beri mencukupi Aktiviti yang dijalankan sangat menarik Cikgu memberi tumpuan terhadap saya Penerangan cikgu mudah difahami Saya berasa sukar untuk menghafal fakta Saya tidak faham soalan Sains Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar Belajar Sains itu menyeronokkan Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah Latihan yang diberikan sangat mudah YA 100 71 100 19 86 81 100 67 100 48 14 48 TIDAK 29 81 14 19 33 52 86 52

Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Sains), item 3 (Bimbingan yang cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal fakta ) dan item 9 (Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu Pengajaran cikgu membosankan, 71% murid menjawab YA manakala 29% murid lagi menjawab TIDAK. Sebanyak 19% murid menjawab YA dan selebihnya iaitu 81% menjawab TIDAK bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi item 5 (Cikgu
17

memberi tumpuan terhadap saya), 86% murid menjawab YA manakala 14% murid lagi menjawab TIDAK. Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula, 81% murid menjawab YA manakala 19% murid lagi menjawab TIDAK. Seterusnya bagi item 8 (Saya tidak faham soalan Sains) pula, 67% murid menjawab YA manakala 33% murid lagi menjawab TIDAK. Bagi item 10 (Belajar Sains itu menyeronokkan) dan item 12 (Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab YA adalah 48% manakala 52% lagi menjawab TIDAK. 14% murid menjawab YA bagi item 11 (Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab TIDAK. Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal fakta Sains (merujuk kepada item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai tajuk yang diajar dengan baik. Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang membosankan, aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta tidak faham soalan. Untuk kajian ini, pengkaji akan menumpukan kepada dua masalah utama yang dihadapi murid iaitu kesukaran menghafal fakta Sains dan selalu lupa apa yang diajar oleh guru.

18

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, definisi operational dan batasan kajian.

3.1 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: 3.1.1 Objektif Umum Mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta-fakta Sains.

3.1.2

Objektif Khusus a) Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian. b) Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitaran Air

menggunakan kaedah nyanyian. c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

menghiburkan dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

3.2 Soalan Kajian a) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan kebolehan murid mengingat proses Kitaran Air? b) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitaran Air?
19

c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

3.3 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5 dalam menguasai mata pelajaran Sains iaitu dengan mengingat fakta secara mudah, berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-guru sekolah dan juga guruguru pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Sains yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidak langsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah menghafal fakta di kalangan murid khususnya bagi subjek Sains, seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan. Diharap dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta muridmurid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini.

3.4 Definisi Operational / Istilah Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah : 3.4.1 Keberkesanan

Menurut Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan, keberkesanan diistilahkan sebagai satu usaha yang teratur, bersistem, bertatatertib serta
20

optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk mencapai kejayaan yang paling maksimum (terbaik). Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), maksud keberkesanan adalah perihal berkesan atau berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb). Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk kepada kesan positif bagi kaedah yang digunakan dalam membantu murid meningkatkan ingatan mereka daalam menghafal fakta Sains.

3.4.2

Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah tindakan yang dijalankan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air.

21

3.4.3

Nyanyian

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) mengistilahkan nyanyian sebagai gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Berdasarkan kajian ini, gubahan muzik yang dilagukan dengan suara merujuk kepada lagu bagi tajuk Kitaran Air yang akan dinyanyikan oleh murid sebagai alat untuk membantu mereka mengingat fakta.

3.4.4

Meningkatkan

Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan meningkatkan merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap pencapaian serta daya ingatan murid Tahun 5 Bestari bagi tajuk Kitaran Air.

3.4.5

Ingatan

Merujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), ingatan bermaksud sesuatu yang diingat, sesuatu yang timbul dalam fikiran. Ingatan juga membawa maksud kuasa untuk mengingat sesuatu dengan apa yang ada dalam ingatan. Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan pula menggariskan ingatan kepada tiga fasa iaitu : a) Penerimaan dan penyerapan Berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang membolehkan sesuatu bahan ilmu masuk ke dalam fikiran dan ingatannya.

22

b) Penyimpanan Berlaku apabila ilmu disimpan dalam fikiran dan ingatan tanpa disedari dan dirasai secara fizikal. c) Pemakaian semula atau pemanggilan semula Berlaku apabila ilmu tersebut digunakan setelah jangka masa berlalu dari fasa penyerapan (ujian/peperiksaan). Dalam kajian ini, ingatan merujuk kepada kuasa untuk mengingat fakta Sains khususnya bagi tajuk Kitaran Air terhadap murid Tahun 5 Bestari.

3.5 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu. Responden terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang berbeza tahap pencapaiannya iaitu lemah, sederhana dan baik. Responden juga mempunyai latar belakang status sosio ekonomi yang rendah. Kajian dilaksanakan pada waktu mata pelajaran Sains bagi Tahun 5 Bestari dan bertempat di Makmal Sains Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk di dalam mata pelajaran Sains Tahun 5 iaitu proses Kitaran Air yang berfokus kepada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

23

4.0 KUMPULAN SASARAN Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang responden yang digunakan dalam perlaksanakan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.

4.1 Latar Belakang Sekolah Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu yang terletak di kawasan luar Bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini mempunyai 23 orang guru, 15 kakitangan serta 217 orang murid. Terdapat 9 kelas kesemuanya di sekolah ini iaitu termasuk Prasekolah. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini berada pada tahap sederhana.

4.2 Latar Belakang Murid Seramai 10 orang murid dari kelas 5 Bestari yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden berumur dalam lingkungan 11 tahun. Kesemua responden berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Terengganu. Mereka juga berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dimana kesemua mereka menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 2 orang responden merupakan anak yatim. Ibubapa responden bekerja sebagai petani, buruh, nelayan dan juga peniaga kecilkecilan. Tahap pencapaian responden di dalam pelajaran adalah berbeza.

24

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan data yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan.

5.1 Prosedur Tindakan Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan pada Rajah 1 di bawah:

(1) MEREFLEK

(4) MEMERHATI

(2) MERANCANG

(3) BERTINDAK

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

25

5.1.1 Mereflek Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P. Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi mengenalpasti masalah utama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan besar murid Tahun 5 Bestari, iaitu kesukaran mengingati fakta Sains.

5.1.2 Merancang Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta merancang tindakan. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian. Sebagai perancangan awal, pengkaji akan membuat pemilihan melodi lagu yang dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, pengkaji akan menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses Kitaran Air. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan proses rakaman lagu Kitaran Air yang menggunakan suara pengkaji sendiri untuk digunapakai di dalam kajian ini.

26

Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji akan membahagikan murid kelas 5 Bestari kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pembahagian ini dilakukan berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 bagi subjek Sains muridmurid, dimana setiap kumpulan mempunyai jumlah murid berpencapaian baik, sederhana dan lemah yang setara. Kumpulan rawatan yang merupakan responden bagi kajian ini terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 4 orang murid berpencapaian sederhana dan 3 orang murid berpencapaian lemah. Manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 3 orang murid berpencapaian sederhana dan 4 orang murid berpencapaian lemah. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan empat sesi P&P iaitu dua sesi bagi setiap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengasingan akan dilakukan terhadap kedua-dua kumpulan bagi setiap sesi P&P tersebut. Kedua-dua kumpulan ini akan diajar tajuk yang sama iaitu Kitaran Air tetapi dengan menggunakan kaedah yang berbeza. Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan rawatan pula akan diajar dengan menggunakan kaedah nyanyian. Alat kajian yang akan digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Pemerhatian berstruktur juga digunakan sebagai alat kajian untuk melihat minat murid sepanjang sesi P&P yang dijalankan. Alat kajian terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden untuk mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

27

5.1.3 Bertindak Pengkaji memilih kaedah nyanyian sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pengkaji telah memilih melodi lagu Tanya Sama Pokok kerana lagu tersebut telah diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya, pengkaji menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu Kitaran Air seperti yang terdapat di Lampiran D. Dalam proses menyiapkan lirik lagu, pengkaji membuat rujukan di dalam Buku Teks Sains Tahun 5 dan buku-buku rujukan Sains supaya lirik lagu yang dihasilkan bertepatan dengan kehendak sukatan pelajaran dan mengandungi fakta-fakta penting dalam proses kitaran air. Setelah lirik lagu berjaya disiapkan, pengkaji telah menjalankan proses rakaman lagu Kitaran Air yang menggunakan suara pengkaji sendiri. Rakaman lagu tersebut telah digunapakai terhadap kumpulan rawatan di dalam kajian ini. Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen iaitu: i. ii. iii. Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F) Borang Pemerhatian (Lampiran G) Soal Selidik (Lampiran H) Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan, pengkaji mengedarkan satu set soalan Ujian Pra (Lampiran E) untuk dijawab oleh kesemua responden. Ini bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk Kitaran Air. Pengkaji menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza bagi setiap kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, murid kumpulan kawalan dan
28

kumpulan rawatan diasingkan. Kumpulan kawalan menjalani proses P&P menggunakan kaedah konvensional sebanyak dua kali. Manakala kumpulan rawatan pula menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian, juga sebanyak dua kali. Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi P&P yang menggunakan kaedah nyanyian adalah seperti berikut: i. ii. Pengkaji menunjukkan gambar rajah Kitaran Air melalui Power Point. Pengkaji memperkenalkan empat proses yang terlibat di dalam Kitaran Air iaitu penyejatan, kondensasi, hujan dan pengumpulan. iii. iv. Pengkaji menerangkan setiap proses Kitaran Air secara terperinci. Pengkaji memaparkan lirik lagu Kitaran Air melalui Power Point (Lampiran D). v. vi. Pengkaji memperdengarkan lagu Kitaran Air kepada responden. Responden menyanyikan lagu Kitaran Air bersama-sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan. vii. viii. ix. Nyanyian diulangi beberapa kali. Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis. Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P. Semasa keempat-empat sesi P&P berlangsung, pengkaji menjalankan

pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian (Lampiran G). Ini bertujuan untuk melihat minat belajar murid sepanjang sesi P&P berlangsung. Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan selesai dijalankan, pengkaji mengedarkan Ujian Pasca

29

(Lampiran F) untuk dijawab oleh responden. Soalan bagi Ujian Pasca adalah setara dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat proses Kitaran Air yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah ujian para responden. Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H). Setelah selesai kedua-dua sesi P&P, pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada setiap responden bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya untuk melihat sama ada murid berasa seronok dan terhibur terhadap kaedah P&P yang dijalankan. Borang soal selidik yang dibina mempunyai lima skala bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan secara terperinci di dalam borang soal selidik tersebut.

5.1.4 Memerhati Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min ujian bagi kedua-dua kumpulan turut dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, pengkaji mencatat pemerhatian tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses P&P berlangsung berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Analisis pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf. Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat perbandingan di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal selidik bagi setiap item diinterpretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf.

30

Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya dapat dilihat dengan jelas. Proses terakhir ialah pemantauan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah dan tindakan yang telah dijalankan serta memantau sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya keputusan tidak memberansangkan, maka pengkaji boleh memulakan kitaran sekali lagi sekiranya masa mencukupi. Kitaran kajian tindakan ini boleh berlaku secara berterusan sama ada berfokuskan kepada masalah yang sama ataupun masalah lain.

5.2 Prosedur Pengumpulan Data Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, pengkaji telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid dalam mengingati fakta bagi mata pelajaran Sains. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan. Tiga jenis instrumen digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca), Pemerhatian dan Soal Selidik di mana setiap instrumen mengukur objektif yang berbeza.

5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) Pengkaji menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang diberikan kepada kadua-dua kumpulan kawalan dan rawatan iaitu Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran
31

F). Soalan ujian adalah berdasarkan tajuk Kitaran Air. Ujian Pra diberikan sebelum sesi P&P dimulakan yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Untuk melihat peningkatan tahap ingatan murid mengingat proses Kitaran Air, Ujian Pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua empat sesi P&P. Soalan yang setara dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid bagi tajuk yang diajar. Seterusnya pengkaji melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat perubahan markah bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu kaedah tradisional dan kaedah nyanyian. Peningkatan markah murid yang tinggi menunjukkan bahawa murid berupaya mengingat proses Kitaran Air dengan baik. Pengkaji membuat perbandingan perningkatan markah di antara kedua-dua keputusan ujian tersebut bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5.2.2

Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya pengkaji dapat mengamati dan mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang P&P berlangsung. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku responden yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur di mana pengkaji merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam borang pemerhatian (Lampiran G). Terdapat empat tema utama yang diperhatikan merangkumi minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin di mana setiap satunya mempunyai dua pecahan aspek. Ke semua aspek-aspek tersebut adalah berkait rapat
32

dengan minat. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau tidak dalam meningkatkan minat murid Tahun 5 Bestari bagi tajuk Kitaran Air.

5.2.3 Soal Selidik Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H) untuk mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan. Borang soal selidik diberikan kepada responden berbentuk soalan tertutup yang menggunakan Skala Likert dimana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi setiap item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina mahupun agama. Semasa sesi soalselidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu membaca dan menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Pengkaji memberi penerangan yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan responden. Pengkaji juga mengingatkan responden supaya menjawab soalan selidik tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut, pengkaji dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan
33

menghasilkan

keputusan

yang

sama

walaupun

dilakukan

berulang

kali.

Walaubagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada fakta yang tetap dan tidak berubah. Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan, segala instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu. Soalan dan bentuk borang soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini telah pun disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum digunakan di lapangan. Begitu juga dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca, kedua-duanya telah diberi pengesahan oleh Ketua Panitia Sains sekolah tempat kajian dijalankan. Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, pengkaji memastikan bahawa murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya mereka tidak dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengkaji turut mengelakkan kelakuan yang boleh menimbulkan kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di kalangan responden. Oleh itu, pengkaji membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia sebelum ujian dijalankan. Selain itu, pengkaji juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan yang jelas dan terperinci bagi setiap item yang digunakan. Pengkaji sentiasa mengingatkan responden agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

34

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi. Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian, seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian. Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F) mengenai tajuk yang diajar iaitu Kitaran Air yang telah dilaksanakan ke atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas keduadua kumpulan rawatan dan kawalan sebelum sesi P&P bermula yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian Pasca pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua sesi P&P untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam membantu murid mengingat fakta. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum dan selepas rawatan dilakukan. Jadual 4 di bawah menunjukkan gred dan markah yang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan.

35

Jadual 4: Gred dan Markah Ujian Gred A B C D Markah 80-100 60-79 40-59 0-39

Jadual 5: Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Kumpulan Ujian A Rawatan Pra Pasca Kawalan Pra Pasca 4 3 B 4 2 Gred C 1 2 2 4 D 9 8 1

36

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan


10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Ujian Pra Ujian Pasca

Bilangan Murid

A 0 4

B 0 4

C 1 2

D 9 0

Rajah 2 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan


9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Ujian Pra Ujian Pasca

Bilangan Murid

A 0 3

B 0 2

C 2 4

D 8 1

Rajah 3 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan

37

Berdasarkan Jadual 5 di atas yang telah diterjemahkan di dalam bentuk graf seperti dalam Rajah 2 dan Rajah 3, dapat dilihat dengan jelas perubahan yang berlaku pada gred ujian bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan. Bagi kumpulan rawatan (merujuk kepada Rajah 2), tiada seorang pun murid yang mendapat gred A dan B di dalam Ujian Pra, seorang murid mendapat gred C manakala selebihnya iaitu 9 orang murid mendapat gred D. Namun, selepas rawatan menggunakan kaedah nyanyian yang dijalankan sebanyak dua kali, pencapaian murid di dalam Ujian Pasca menunjukan peningkatan gred yang ketara. Daripada tiada (0) murid yang mendapat gred A dan B di dalam Ujian Pra, kini seramai 4 orang murid berjaya memperoleh gred A manakala 4 orang murid memperoleh gred B di dalam Ujian Pasca. Jumlah murid yang memperoleh gred C meningkat daripada seorang kepada 2 orang. Tiada murid yang memperoleh gred D sama sekali, berbeza dengan sebelum rawatan dijalankan dimana hampir ke semua murid memperoleh gred D. Hasil analisis gred markah ujian terhadap kumpulan rawatan menunjukkan tindak balas yang positif. Ini bermakna, penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air. Bagi kumpulan kawalan pula (merujuk kepada Rajah 3), seramai 2 orang murid memperoleh gred C manakala 8 orang murid lagi memperoleh gred D di dalam Ujian Pra. Selepas kumpulan kawalan menjalani proses P&P menggunakan kaedah konvensional sebanyak dua kali, terdapat perubahan terhadap gred pencapaian murid. Jumlah murid yang berjaya memperoleh gred A meningkat seramai 3 orang daripada 0, manakala jumlah murid yang memperoleh gred B pula meningkat seramai 2 orang, juga daripada 0. Daripada 2 orang murid yang memperoleh gred C di dalam Ujian Pra, kini telah meningkat kepada 4 orang di dalam Ujian Pasca. Akan tetapi, masih terdapat
38

seorang murid yang memperoleh gred D di dalam Ujian Pasca walaupun jumlahnya telah berkurangan sebanyak 7 orang. Peningkatan gred pencapian murid yang dicatatkan ini menunjukkan bahawa kumpulan kawalan juga menunjukkan perubahan yang positif dalam mengingati proses Kitaran Air. Namun, peningkatan yang ditunjukkan oleh kumpulan kawalan tidaklah sebaik peningkatan kumpulan rawatan.

Jadual 6: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Responden Kumpulan Rawatan Ujian Pra R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 10 50 30 20 20 10 20 10 10 20 Ujian Pasca 90 70 90 80 90 40 50 60 70 70 Markah (%) Kumpulan Kawalan Ujian Pra 20 10 20 20 20 20 20 30 20 10 Ujian Pasca 80 90 80 50 80 40 60 50 40 10

Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai kebolehan murid mengingati proses Kitaran Air, perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipaparkan di dalam Jadual 6 seperti di atas. Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan keputusan bagi kedua-dua

39

kumpulan juga turut diterjemahkan di dalam bentuk graf yang berasingan seperti di dalam Rajah 4 dan Rajah 5 di bawah.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan
100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

MARKAH (%)

Ujian Pra Ujian Pasca

RESPONDEN

Rajah 4 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca Bagi Kumpulan Rawatan

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

MARKAH (%)

Ujian Pra Ujian Pasca

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

RESPONDEN

Rajah 5 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
40

Kedua-dua graf seperti di dalam Rajah 4 dan Rajah 5 telah dianalisis oleh pengkaji bagi melihat kebolehan murid dalam mengingat proses Kitaran Air. Terdapat perbezaan peningkatan markah yang ketara di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini merupakan satu petanda yang baik dimana peningkatan markah tersebut menunjukkan bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air. Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat dengan jelas ke semua murid kumpulan rawatan berjaya mencatatkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh Responden 1 (R1). Di dalam Ujian Pra iaitu sebelum rawatan dilakukan, responden ini hanya memperoleh markah sebanyak 10%. Akan tetapi, selepas menjalani rawatan dengan menggunakan kaedah nyanyian, markah Ujian Pasca responden ini meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 80% menjadikan markah Ujian Pasca sebanyak 90%. Peningkatan markah terendah dicatatkan oleh R2 iaitu sebanyak 20% dimana markah Ujian Pra adalah sebanyak 50% dan meningkat kepada 70% di dalam Ujian Pasca. Walaubagaimanapun, R2 merupakan murid yang mencatat markah tertinggi di dalam Ujian Pra. Selain itu, R3, R4, R5, R8, R9 dan R10 juga menunjukkan peningkatan markah ujian yang memberansangkan iaitu 50% ke atas. Bagi R6 dan R7, peningkatan markah adalah sebanyak 30%. Secara keseluruhannya, kesemua responden bagi kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian berjaya menunjukkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Markah tertinggi yang dicatatkan adalah 90% manakala yang terendah adalah 40%. Ini

41

bermakna, ke semua responden kumpulan kawalan berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu 40% ke atas. Melihat kepada Rajah 5, peningkatan markah ujian yang dicatatkan oleh kumpulan kawalan tidaklah terlalu ketara jika dibandingkan dengan kumpulan rawatan. Peningkatan markah ujian tertinggi kumpulan kawalan dicatatkan oleh R1 iaitu sebanyak 60% berbanding 80% oleh kumpulan rawatan. Sebelum menjalani proses P&P dengan kaedah konvensional, R1 mencatat markah Ujian Pra sebanyak 20%, namun selepas dua kali proses P&P, markah Ujian Pasca R1 meningkat kepada 80%. Dalam kumpulan kawalan, terdapat seorang responden yang tidak mencatatkan sebarang peningkatan markah di dalam kedua-dua ujian iaitu R10. Responden ini mencatatkan markah sebanyak 10% bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca, sekaligus menjadikannya tidak lulus ujian. Seterusnya, R5 turut menunjukkan peningkatan markah ujian yang

memberansangkan iaitu sebanyak 50%. Begitu juga dengan R2, R3 dan R7 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 40% di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Selebihnya, iaitu R6, R8 dan R9, peningkatan yang dicatatkan adalah kurang memberansangkan iaitu sebanyak 20% sahaja. Tidak ketinggalan R4 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 30%. Secara keseluruhannya, 9 orang responden bagi kumpulan kawalan berjaya memperoleh peratus lulus 40% ke atas manakala seorang lagi responden gagal dalam kedua-dua ujian serta tidak mencatatkan sebarang peningkatan. Peningkatan markah tertinggi bagi kumpulan kawalan (60%) tidaklah setinggi peningkatan markah bagi kumpulan rawatan (80%). Kesemua responden bagi kumpulan

42

rawatan memperoleh markah lulus di dalam Ujian Pasca berbanding kumpulan kawalan yang mempunyai seorang responden yang gagal. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa proses P&P bagi tajuk Kitaran Air yang menggunakan kaedah nyanyian (kumpulan rawatan) adalah berkesan dalam meningkatkan ingatan murid berbanding dengan proses P&P menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan). Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, pengkaji telah membentuk satu jadual yang memaparkan nilai min ujian bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 7 di bawah. Jadual 7: Perbandingan Nilai Min Ujian Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Ujian Pra Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan 25.0 57.0 32.0 20.0 Ujian Pasca 71.0 Perbezaan 51.0

Merujuk kepada Jadual 7, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan ialah sebanyak 51.0 iaitu dari 20.0 kepada 71.0. Bagi kumpulan kawalan pula, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca yang dicatatkan ialah sebanyak 32.0 iaitu dari 25.0 kepada 57.0. Dapatan ini membuktikan dengan jelas bahawa responden kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P dengan menggunakan kaedah nyanyian mampu mengingat proses Kitaran Air
43

dengan lebih baik jika dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan. Ini seterusnya dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap tajuk Kitaran Air seperti yang dapat dilihat melalui peningkatan nilai min ujian. Berbeza dengan kumpulan kawalan yang menjalani proses P&P secara konvensional bagi tajuk yang sama, peningkatan nilai min ujian yang dicatatkan tidak begitu memberansangkan. Oleh itu, objektif kajian ini untuk meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai.

6.2 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian. Objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitaran Air diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur (Lampiran G) terhadap tingkah laku responden bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji sepanjang keempat-empat proses P&P berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan minat murid apabila menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian (kumpulan rawatan) dan juga kaedah konvensional (kumpulan kawalan). Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama seperti yang tertera di dalam Jadual 8 di bawah.

44

Jadual 8: Tema dan Aspek Yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian TEMA ASPEK

Minat

a) Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses P&P berlangsung. b) Seronok belajar menggunakan kaedah yang diajar.

a) Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran. Tingkah Laku Pasif b) Berangan-angan atau termenung.

a) Menjawab soalan secara sukarela. Penglibatan b) Menggalakkan rakan lain untuk belajar.

Masalah Disiplin

a) Mengganggu murid lain semasa proses P&P berlangsung. b) Bercakap atau bermain.

Berdasarkan Jadual 8 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid terhadap proses P&P yang dijalani. Sebanyak dua sesi P&P dijalankan bagi kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah nyanyian. Begitu juga dengan kumpulan kawalan yang turut menjalani dua sesi P&P yang menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi P&P memakan masa selama 60 minit. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, pengkaji telah merekod tingkah laku yang mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek yang ingin diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit.
45

Analisis borang pemerhatian bagi setiap sesi P&P direkodkan di dalam Jadual 9 di bawah. Jadual 9 : Kekerapan Tingkah Laku Murid Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan TEMA KUMPULAN KEKERAPAN TINGKAH LAKU MURID Sesi 1 Minat Rawatan Kawalan Tingkah Laku Pasif Penglibatan Rawatan Kawalan Rawatan Kawalan Masalah Disiplin Rawatan Kawalan 17 11 5 16 18 6 4 9 Sesi 2 19 10 5 13 15 7 3 14 36 21 10 29 28 13 7 23 JUMLAH

Seperti yang boleh dilihat dalam Jadual 9 di atas, terdapat perbezaan jumlah kekerapan tingkah laku pada kedua-dua sesi P&P bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kekerapan tingkah laku murid bagi setiap kumpulan dirumuskan dalam bentuk peratusan dan diterjemahkan di dalam bentuk graf seperti di bawah.

46

Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema


Masalah Disiplin

Penglibatan
Tingkah Laku Pasif Minat 0% 5% Minat Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% 50%

Tingkah Laku Pasif

Penglibatan

Masalah Disiplin

24%
44%

34%
12%

15%
35%

27%
9%

Rajah 6 : Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Berdasarkan Rajah 6 yang dipaparkan di atas, dapat dibandingkan peratusan minat murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih besar iaitu 44% berbanding kumpulan kawalan yang hanya sebanyak 24%. Ini menunjukkan kaedah nyanyian dalam proses P&P bagi tajuk Kitaran Air berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar. Bagi kumpulan kawalan pula, sesi P&P menggunakan kaedah konvensional menyebabkan murid berasa bosan, sekaligus mengurangkan minat mereka untuk belajar. Bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, hanya 12% murid kumpulan rawatan didapati bertingkah laku pasif di dalam kedua-dua sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian. Manakala, bagi kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional, sebanyak 34% murid didapati bertingkah laku pasif bagi kedua-dua sesi P&P yang

47

dijalankan. Dapatan ini membuktikan bahawa kaedah nyanyian mampu mengurangkan tingkah laku pasif murid. Peratusan tingkah laku pasif yang rendah ini disebabkan oleh perasaan minat yang mendalam untuk belajar dengan menggunakan kaedah nyanyian jika dibandingkan dengan kaedah konvensional. Seterusnya, perbezaan peratusan yang ketara di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan juga boleh dilihat bagi tema penglibatan. Bagi sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian (kumpulan rawatan), sebanyak 35% murid didapati menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P. Namun, bagi sesi P&P menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan), peratusan murid yang menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P didapati menurun kepada 15%. Melalui dapatan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penglibatan murid di dalam proses P&P dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah nyanyian (kumpulan rawatan). Ini bertentangan dengan penggunaan kaedah konvensional (kumpulan kawalan) yang tidak berupaya menggalakkan penglibatan murid secara aktif. Merujuk kepada tema terakhir iaitu masalah disiplin, hanya 9% murid kumpulan rawatan didapati bermasalah, manakala bagi kumpulan kawalan pula, jumlah murid yang bermasalah disiplin meningkat kepada 27%. Perbezaan peratusan yang ketara ini menunjukkan bahawa melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P, masalah disiplin di kalangan murid dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Akan tetapi, proses P&P menggunakan kaedah konvensional dilihat tidak berupaya mengurangkan masalah disiplin murid sebagaimana kaedah nyanyian.

48

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat murid dalam mempelajari tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai. Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar, sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid.

6.3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan dengan penggunaan elemen nyanyian dalam P&P. Objektif kajian yang ingin dicapai seterusnya adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P Sains. Objektif ini diukur berdasarkan kepada borang soal selidik (Lampiran H) yang dijawab oleh ke semua responden kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan selepas kedua-dua sesi P&P berakhir. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kiraan min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 10 di bawah.

49

Jadual 10 : Analisis Borang Soal Selidik BIL ITEM NILAI MIN Kumpulan Rawatan 1 Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran hari ini. 2 Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini. 3 Saya berasa mudah untuk menghafal fakta. 4 5 Pengajaran guru membosankan. Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. 6 Saya berasa bersemangat untuk belajar Sains. 7 Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan. 8 Saya boleh menggunakan kaedah yang guru perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain. 4.4 1.5 5.0 1.5 4.6 1.4 1.4 4.8 4.6 1.5 4.8 1.0 5.0 1.9 5.0 Kumpulan Kawalan 2.0

50

Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
5 4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 1 2 3 4 ITEM 5 6 7 8

KUMPULAN RAWATAN KUMPULAN KAWALAN

Rajah 7 : Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

MIN

Berdasarkan Rajah 7 di atas, min bagi item 1 kumpulan rawatan adalah melebihi kumpulan kawalan sebanyak 3.0. Nilai min kumpulan rawatan yang tinggi menunjukkan bahawa keseluruhan responden kumpulan rawatan berasa seronok selepas mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian berbanding dengan kumpulan kawalan yang mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah konvensional. Bagi item 2 pula, nilai min yang diperolehi bagi kumpulan rawatan iaitu 5.0 adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan iaitu 1.9. Ini bermakna, kaedah nyanyian yang digunakan untuk kumpulan rawatan berjaya membuatkan responden berasa seronok dan terhibur. Responden kumpulan kawalan pula tidak berasa seronok dan tidak terhibur dengan kaedah konvensional yang digunakan di dalam sesi P&P.

51

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini juga, didapati responden kumpulan rawatan menyatakan mereka berasa mudah untuk menghafal fakta dengan penggunaan kaedah nyanyian berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional. Kenyataan ini didinterpretasikan daripada nilai min yang dicatatkan bagi item 3 iaitu 4.8 bagi kumpulan rawatan, dan 1.0 bagi kumpulan kawalan. Untuk item 4 iaitu pengajaran guru membosankan, nilai min yang diperolehi bagi kumpulan rawatan hanya 1.4, berbanding nilai min kumpulan kawalan yang lebih tinggi iaitu 4.6. Ini menunjukkan, responden kumpulan rawatan tidak bersetuju dengan item 4 tetapi dipersetujui oleh responden kumpulan kawalan. Nilai min bagi item 5 yang tinggi iaitu 4.8 menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah nyanyian berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. Berbeza pendapat dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional, mereka tidak bersetuju dengan item 5 kerana nilai min yang diperolehi adalah sebanyak 1.5 sahaja. Item 6 pula membuktikan bahawa kaedah nyanyian yang digunakan mampu membuatkan responden kumpulan rawatan berasa bersemangat untuk belajar Sains berbanding kumpulan kawalan dengan perbezaan min sebanyak 3.2. Responden kumpulan rawatan juga menyatakan mereka suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan. Ini boleh dilihat melalui nilai min yang tinggi bagi item 7 yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan. Manakala, nilai min yang rendah yang dicatatkan oleh kumpulan kawalan menunjukkan bahawa responden kumpulan kawalan tidak bersetuju dengan item 7. Bagi item terakhir iaitu item 8, nilai min yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Ini
52

bermaksud, kumpulan rawatan bersetuju dengan item 8 dimana mereka boleh menggunakan kaedah yang guru perkenalkan (nyanyian) untuk tajuk lain. Bagi kumpulan kawalan pula, responden tidak bersetuju dengan item tersebut. Secara keseluruhannya, soal selidik yang dijalankan terhadap kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan item-item yang disoal serta analisis nilai min antara kedua-dua kumpulan yang dilakukan, kaedah nyanyian yang digunakan bagi tajuk Kitaran Air dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

53

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air. Responden kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian menampakkan peningkatan markah ujian yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Peningkatan markah ujian tersebut menunjukkan responden kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu Kitaran Air yang secara tidak langsung membantu mereka untuk menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi markah yang baik. Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka akan berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk
54

nyanyian. Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan itu, penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P Sains adalah amat tepat bagi meningkatkan ingatan murid terhadap proses-proses yang terlibat dalam Kitaran Air. Integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi lebih aktif sekiranya aktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) yang diaplikasikan di dalam kajian ini telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara yang ditunjukkan oleh kumpulan rawatan yang menjalani sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian. Penggunaan kaedah nyanyian juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar. Kaedah nyanyian bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar, malah ianya sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Selain itu, kaedah nyanyian juga dilihat dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini dibuktikan melalui dapatan soal selidik yang menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan yang menjalani
55

proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Edith dan Kamariati (2005) tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Kedua-dua dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, responden menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran Sains. Responden juga mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Prestasi dalam pembelajaran turut meningkat terutamanya dari aspek mengingati fakta-fakta Sains. Kaedah nyanyian dalam P&P juga sekaligus dapat menarik minat murid untuk belajar. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak yang menunjukkan bahawa pelajaran akan mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, khasnya mata pelajaran Sains. Melalui penggunaan kaedah nyanyian, ia akan memudahkan guru untuk mengajar pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-kanak.

56

Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini selaras dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu menjawab soalan ujian pasca dengan baik berbanding dengan ujian pra, menimbulkan perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden untuk meminati subjek Sains. Kamariah Aminah (2005) menekankan bahawa penggunaan rangsangan muzik dalam P&P adalah bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Berdasarkan kepada kenyataan beliau tersebut, maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif untuk menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan murid. Ternyata kaedah nyanyian mampu memberikan keseronokan kepada murid yang seterusnya dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat untuk belajar telah berjaya dipupuk di dalam diri murid, maka secara tidak langsung juga dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

57

Brewer (2007) di dalam kajiannya menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P adalah sangat efektif. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid dalam P&P. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran. Bertepatan dengan kajian beliau, kajian yang dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana para responden dapat mengingat proses Kitaran Air dengan mudah menggunakan kaedah nyanyian.

Bagi mendapatkan kesan yang maksima terhadap proses P&P, adalah penting bagi seorang guru untuk memancing perhatian murid-muridnya dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Ini kerana, apabila murid belajar dalam suasana yang gembira, tambahan pula aktiviti yang disediakan selari dengan minat mereka, secara tidak langsung motivasi mereka untuk belajar akan meningkat. Motivasi dan minat yang mendalam tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan murid dalam pelajaran. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan seperti kaedah nyanyian bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah terbukti berkesan dalam membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut.

58

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P Sains sememangnya berkesan dalam membantu murid mengingat fakta, meningkatkan minat serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti: i) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid. ii) Mengaplikasikan kedah nyanyian bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek Sains bukan sahaja bagi Tahun 5, malah bagi murid-murid lain juga secara menyeluruh. iii) Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam memantapkan dapatan kajian. iv) Mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa menggunakan melodi yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar. v) Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian kinestatik) supaya proses P&P menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan aktif murid. vi) Menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu beserta iringan melodi supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam P&P.
59

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM.

Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom. Muat turun pada 30 Feb 2011. http://www.newhorizons.org/strategies/arts/brewer.htm

Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Campbell, B. (1990). Research on Multiple Intelligences In The Classroom. Muat turun pada 2 Mac 2011. http://www.context.org/ICLIB/IC27/Campbell.htm.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Muat turun pada 2 Mac 2011. http://www.docstoc.com/docs/33520737

Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education. Muat turun pada 10 Feb 2011. http://www.isme.org/article/view/89/1/26.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran: Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd.

60

Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.

Hermann, N. (1991). The Creative Brain. Journal of Creative Behaviour. 25(4):275-295.

Kamaliah Aminah Abdullah. (2005). Kajian Penggunaan Ransangan Muzik Terhadap Penguasaan Sifir di Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Muat turun pada 31 Mac 2011. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/

Kemmis & McTaggart. (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Khalid Mohamed Nor, Ph.D. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) sdn. Bhd.

Mohd Noor Yusof. (1982). Kajian Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak. Jernal Pendidikan Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan Kuala Terengganu. 22(6):45-52.

Mok, S.S. (2002). Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum. 9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noraini Ahmad. (2003). Menguatkan ingatan. Muat turun pada 23 Feb 2011. http://books.google.com.my

Noraini Wahidah Ali. (2010). Meningkatkan Kemahiran Mengingat Murid Tahun Lima Bagi Tajuk Energy Menggunakan Teknik Peta Minda. Kajian Tindakan tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.

61

Prescott, J.O. (2005). Music In The Classroom. Muat turun pada 14 Feb 2011. http://teacher.scholastis.com/products/instructor/Jan05music.htm.

Routier, W. (2003). Read Me a Song: Teaching Reading Using Picture Book Songs. Orlando: International Reading Assosiation.

Savin, C.F. (2001). Tune-In To Biology: Music In The Science Classroom. Muat turun pada 14 Feb 2011. http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin.

Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPGKTI. 9(4):27-31.

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Zainuree Mohd Saad. (2003). Kajian Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi SMK Buyong Adil. Tesis Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

62

Lampiran A

LEMBARAN KERJA: Kemandirian Spesies Tumbuhan Nama : ______________________________________ Kelas : ______________________________________ Lengkapkan jadual di bawah. BIJI BENIH / BUAH 1 Pokok Kelapa a) ________________ b) ________________ c) ________________ 2 Angsana a) ________________ b) ________________ c) ________________ d) ________________ 3 Durian a) ________________ b) ________________ c) ________________ AGEN PENCARAN CIRI-CIRI

Biji Getah a) ________________ b) ________________ (20 markah)


63

Lampiran B

PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR (CATATAN BEBAS)

Tarikh Kelas

: ____________________ : ____________________ Peristiwa Catatan

Sumber: Diadaptasi daripada BPPDP (2008).

64

Lampiran C BORANG SOAL SELIDIK

Nama : __________________________________

Kelas : __________

BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHAN JAWAPAN ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

ITEM Saya minat mata pelajaran Sains Pengajaran cikgu membosankan Bimbingan yang cikgu beri mencukupi Aktiviti yang dijalankan sangat menarik Cikgu memberi tumpuan terhadap saya Penerangan cikgu mudah difahami Saya berasa sukar untuk menghafal fakta Saya tidak faham soalan Sains Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar Belajar Sains itu menyeronokkan Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah Latihan yang diberikan sangat mudah

YA

TIDAK

Sumber : Diadaptasi daripada Munirah (2010).

65

Lampiran D

KITARAN AIR
Air di sejat kan Oleh matahari Membentuk wap air Naik ke udara Wap air jadi sejuk Alami kondensasi Lalu ia menjadi Titis-titis air

Titis-titis air Gabung jadi awan Bila awan berat Turunlah hujan Lalu terjadilah Proses pengumpulan Hujan pon mengalir Ke laut dan sungai

66

Lampiran E

SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT 21020 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

UJIAN PRA

NAMA KELAS

: ______________________________________ : ______________________________________

ARAHAN : 1. Kertas soalaan ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A dan Bahagian B). 2. Sila jawab ke semua soalan. 3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ialah 30 minit.

67

Bahagian A: Lengkapkan carta aliran di bawah. (12 markah)

KITARAN AIR

Air daripada laut, sungai dan kolam akan ____________________ oleh matahari dan membentuk ____________________ .

Wap air akan naik ke udara. Kemudian, wap air menjadi ________________ dan mengalami proses ______________________ .

Titis-titis kecil air bergabung menjadi awan.

Apabila awan menjadi terlalu berat, titis-titis kecil air akan turun sebagai ___________________ .

Air hujan akan mengalir semula ke laut, sungai dan kolam. Proses ini dinamakan ____________________.

68

Bahagian B : Namakan proses-proses yang terlibat dalam kitaran air. (8 markah)

A C

A : ___________________________________________

B : ___________________________________________

C : ___________________________________________

D : ___________________________________________

69

Lampiran F

SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT 21020 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

UJIAN PASCA

NAMA KELAS

: ______________________________________ : ______________________________________

ARAHAN : 1. Kertas soalaan ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A dan Bahagian B). 2. Sila jawab ke semua soalan. 3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ialah 30 minit.

70

Bahagian A : Namakan proses-proses yang terlibat dalam kitaran air. (8 markah)

A C

71

Bahagian B: Lengkapkan carta aliran di bawah. (12 markah)

KITARAN AIR

1. Air daripada laut, sungai dan kolam akan ____________________ oleh matahari dan membentuk ____________________ .

5. Air hujan akan mengalir semula ke laut, sungai dan kolam. Proses ini dinamakan ____________________.

2. Wap air akan naik ke udara. Kemudian, wap air menjadi _______________ dan mengalami proses ______________________ .

4. Apabila awan menjadi terlalu berat, titis-titis kecil air akan turun sebagai _________________ .

3. Titis-titis kecil air bergabung menjadi awan.

72

Lampiran G BORANG PEMERHATIAN Kelas : __________________ Tarikh : _________________ Tajuk : __________________

Tandakan (/) pada tingkah laku yang berkaitan berdasarkan selang masa di dalam jadual di bawah.
NO. SELANG MASA (MINIT) TINGKAH LAKU MURID 1. MINAT a) Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses P&P berlangsung. b) Seronok belajar menggunakan kaedah yang diajar. 2. TINGKAH LAKU PASIF a) Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran. b) Berangan-angan atau termenung. 3. PENGLIBATAN a) Menjawab soalan secara sukarela. b) Menggalakkan rakan lain untuk belajar. MASALAH DISIPLIN a) Mengganggu murid lain semasa proses P&P berlangsung. b) Bercakap atau bermain. Sumber: Diadaptasi daripada Noraini Wahidah (2010). 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 JUMLAH (%)

4.

73

Lampiran H BORANG SOAL SELIDIK

Nama : ________________________________

Kelas : ________________

Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut: 1 = Sangat tidak setuju 2 = Tidak setuju 3 = Kurang setuju 4 = Setuju 5 = Sangat setuju
BIL. 1 SOALAN Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran hari ini. 2 Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini. 3 Saya berasa mudah untuk menghafal fakta. 4 Pengajaran guru membosankan. 1 2 3 4 5

Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya.

Saya berasa bersemangat untuk belajar Sains.

Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan.

Saya boleh menggunakan kaedah yang guru perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain.

Sumber : Diadaptasi daripada BPPDP (2008).

74

You might also like