REFLEKSI MINGGU PERTAMA

Refleksi Hari Pertama : 22 Mac 2011

Perjalanan hari pertama dimulakan dengan menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan tepat jam 7.10 pagi. Berjumpa dengan guru-guru dan Guru Penolong Kanan I, Cik Hjh Hamidah Bt. Ahmad. Lantaran itu menerangkan kepada beliau berkaitan tujuan kami berlapan datang berpraktikum ke sekolah Kebangsaan Sungai Kantan. Seterusnya, setelah tamat perhimpunan, kami diserahkan kepada Guru Penyelaras Prasekolah, Puan Azlina Bt Abdul Rahman. Terdapat 2 prasekolah di sekolah tersebut iaitu Prasekolah Smart yang diterajui oleh Pn. Noriah Bt. Yusof dan Prasekolah Genius dipelopori oleh Pn. Azlina Bt. Abdul Rahman. Selepas itu, kami berbincang berkaitan pengurusan dan pentadbiran prasekolah. Perkara lain yang turut dibncangkan ialah berkaitan murid-murid , jadual waktu prasekolah, tema selama 4 minggu (sebulan), pengurusan prasekolah serta peranan dan tanggungjawab pembantu pengurusan murid. Langkah pertama ialah membahagikan kami berempat kepada 2 pasangan iaitu saya Norfarahin Bt Abu Amar dan Nurul Hidayah Mohd Hafiz dipertanggungjawabkan kepada Pn Noriah Mohd Yusof manakala 2 lagi rakan saya iaitu Izatul Husna Bt. Omar dan Norsarini Mohd Noor diserahkan kepada Puan Azlian Bt. Abdul Rahman. Pada hari pertama, kami memulakan tugasan dengan membuat pemerhatian terhadap strategi dan kedah pengajaran dan pembelajaran ang digunakan di dalam kelas tersebut. Murid prasekolah tersebut berkongsi bangunan iaitu prasekolah Smart dan Prasekolah Genius. Sepanjang hari berlangsung dengan agak lancar walaupun terdapat sedikit kekangan iaitu daripada aspek sikap guru dan pihak pengurusan namun, semua itu hanyalah tanggapan awal semata-mata yang tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur dalam menilai seseorang itu. Pada hari pertama ini, murid prasekolah pulang pada pukul 12.00 tengah hari manakala untuk guru-guru ialah pada jam 2.10 petang. Pertemuan awal ini menunjukkan beberapa tanggapan negatif terhadap kami mungkin disebabkan oleh salah faham yang kebanyakannya tidak disengajakan.

Refleksi Hari Kedua : 23 Mac 2011

Hari kedua berpraktikum dimulakan dengan kedatanga seawal 7.10 pagi di premis prasekolah. Kami dimaklumkan bahawa guru prasekolah itu tidak dapat hadir ke sekolah atas masalah kesihatan. Terdapat 5 slot pada hari tersebut iaitu Awal Sains, Pendidikan Islam yang dikendalikan oleh ustazah, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia serta Kreativiti iaitu Seni. Sayan dan pasangan mengganti kelas secara berpasangan dan berganti-ganti bersama Nurul hidayah Mohd Hafiz. Pengajaran dimulakan dengan perbualan pagi iaitu berkaitan dengan subtema emosi di bawah tema diri saya yang menjadi tema pada minggu tersebutberpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan oleh guru prasekolah. Slot Awal Sains, dimulakan dengan memperkenalkan perbezaan benda berat dan ringan di mana lembaran kerjanya telah disediakan dalam buku kerja murid-murid prasekolah tersebut. Pengajaran berkaitan dengan benda berat dan ringan dianalogikan dengan membuat perbezaan antara berat sebuah kamus yang besar dengan sebatang pen, kerusi besar dengan kerusi plastik. Murid-murid diminta memntakan apakah perbezaan antara kdua-dua objek tersebut. Setelah murid memahaminya, mereka diminta mewarnakan benda yang berat dan ringan dengan warna yang berlainan. Seterusnya kepas Pendidikan Islam dikendalikan oleh ustazah yang bertugas dan diikuti oleh rehat. Sememanganya menggalas tugas sebagai seorng pendidik murid-murid prasekolah bukanlah suatu perkara yang mudah. Kesemuanya memerlukan kemahiran dan pegetahuan yang tinggi berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Seterusnya dalam slot bahasa Malaysia, saya bercerita tentang ³Bapa Katak yang Sombong´. Selepas mendengar cerita tersebut, beberpaa orang murid diminta menceritakan kembali apa yang difahami menerusi cerita tersebut. Kemudian dalam slot seterusnya, murid-murid belajar berkaitan huruf konsonan dan vokal, dimama mereka dikehendaki mewarnakan huruf konsonan dan memangkah huruf vokal. Sepanjang mengaendalikan sesi tersebut, saya menyedari terdapat banyak kekhilafan yang perlu diperbaiki dalam menjadi seorang graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang cemerlang yang dapat menggilap potensi murid-murid prasekolah. Kami pulang pada jam 2.10 petang dalem keadaan yang agak letih, namun pengalaman tersebut sangat berharga dalam mendidik jiwa saya ke arah lebih redha dengan ketentuan illahi.

Pn. Noriah telah sembuh daripada masalah kesihatannya dan menghadirkan diri untuk mengajar kembali. Mohd Yusof dan Pembantu Pengurusan Murid Pn Aziah Bt. Rancangan Pengajaran Slot serta Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan tahap pemikiran muird-murid prasekolah.Refleksi hari Ketiga : 24 Mac 2011 Pada hari ketiga. Secara keseluruhannya. kami berasa agak lega kerana Pn. Seterusnya. Slot Perkembangan Kerohanian dan Moral amat penting kerana dapat mendekatkan murid-murid dengan ilmu agama Allah kerana mungkn terdapat sebahagian muridmurid prasekolah yang kurang didikan ilmu agamanya yang mana ilmu agama ini dapat melatih dan medidik jiwa kanak-kanak dengan amalan-amalan mahmudah. Menerusi slot ustazah. Noriah memulakan pengajaannya dengan perbualan pagi dan rutin pelajar dan bertanyakan apa yang telah dipelajari semalam iaitu berkaitan dengan perbezaan objek berat dan ringan. Cerita ³Bapa Katak yang Sombong´ yang diperkatakan oleh murid-murid prasekolah. . Pn Noriah Bt. sesi pada hari ketiga berpraktikum berjalan dengan lancar denagn batuna Guru Prasekolah tersebut. Aspek lain yang turut diperhatikan ialah Bahan Banu Mengajar yang telah sedia ada di dalam premis prasekolah yang boleh dijadikan panduan dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. mereka telah mempelajari sirah nabi Muhammad SAW iaitu kekasih Allah. Anjah. Terdapat 2 lagi sub tema lain dalam tema Alam Bahan iaitu sub tema buah-buahan dan sayur-sayuran. Kami juga ada bertanyakan tentang apakah maksud sebenar bagi subtema makanan berproses iaitu maksud sebaenar makanan berproses ini ialah makanan yang dihasilka oleh manusia tidak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang diciptakan oleh Allah. kami meneruskan lagi perbincangan dengan guru prasekolah berkaitan Bahan Bantu Mengajar serta Strategi pengajaran yang paling sesuai digunakan agar murid-murid tersebut dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh kami.

10 petang berserta guru-guru orasekolah yang lain dan dpat diamati guru-guru sesi petang telah memulakan sesi pengajaran mereka. semua itu bukanlah batu penghalang kepada saya dalam menunjukkan serta melahirkan juga mempraktikkan apa yang telah dipelajari selama ini di Institut Pendidkkan Guru. Namun.´ Selain itu juga. iu bapalah yang mencorakkannya. yakin dan berdiri di atas kaki sendiri iaitu berdikari. saya mendapati bahawa tidak mudah mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dengan amali pengajaran di sekolah. Antaranya ialah dengan lebih ringan tulang membantu mereka kerana walaupun kami dianggapkan sebagai tetamu namun pada hakikatnya kami masih juga dianggap sebagai orang luar yang kadangkala sesetengah pihak memandang serong serta meragui kehadiran kita ke sesebuah komuniti itu. yang dapat meltig dii lebih bersabar. bahawa ³kanak-kanak itu ibarat kain putih. 15 pagi dan telah mendapat makluman bahawa pensyarah pembimbing akan menjalankan penyeliaan pada akeesokan hari iaitu pada hari Jumaat. Kampus Bahasa Melayu tercinta. kami pun berusaha sesama ahli kumpulan dalam menyediakan portfolio praktikum fasa I. Sementelahan itu juga. Jadi. saya agak rapat dengan pembantu pengurusan murid dan cuba membina hubungan yang baik dengan guru prasekolah. . melaui praaktikum ini. kami tiba pada jam 7. Selain itu juga. terdapat banyak perkara yang menguji kesabaran. Sepanjang pemerhatian ini. Pada hari Khamis. penerpaan nilai-nilai murni serta kemahiran berfikir amat perlu diterapkan sejak usia kanak-kanak ini kerana pada umur inilah kanak-kanak dapat menyerap apa sahaja yang diberikan kepadanya selarasn dengan firman Allah. 24 Mac 2010. Hal ini amat sukar sekali bagi penutut muda seperti saya.Refleksi Hari Keempat : 25 Mac 2011 Pada hari keempat. kami pulang pada jam 2.

.Refleksi Hari Kelima : 26 Mac 2011 Hari kelima. namun saya sedar setiap perkara yang berlaku ada himah-Nya. Nurul Hidayah Mohd Hafiz di mana kerana kurang bertanya kepada yang lebih berpengetahuan bak kata pepatah. pada anggapan kami adalah lebih baik kami tidak menggangu sesi guru tersebut kerana kami tidak mahu mengambil alih tugasan beliau sebagai guru sebelah yang mana diannggap agak gila kuasa sekirnya kami melakukannya. Bermula daripada waktu dan detik itu. sesat jalan. semua itu adalah silap kami sendiri iaitu saya dan pasangan saya. Antara perkara yang diperkatakan ialah kami tidak membantu guru tersebut menjalankan sesi pengajarannya namun. Walaupun pada mulanya saya agak kecewa kerana insiden ini. Walaupun pada awalnya saya berasa sedih dan seperti mahu menangis. akhirnya saya tenangkan diri serta bermuhasabah diri dan syukur alhamdulillaha perhubungan kami iaitu dengan guru prasekolah bertambah errat daripada hari ke hari dan saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang kedua dalam mengubah sikap saya supaya lebih mesra dan berbudi bahasa apabila berada di tempat baru. saya lebih banyak melibatkan diri dengan sesi pengajaran guru tersebut dan meringan-ringankan tulang dan buat sahaja perkara yang dirasakan betul walaupun mendapat pandangan pelik daripada individu-ndividu yang lain. Saya percaya setiap orang mempunyai kelebihannya tersendiri dan daripada situlah saya belajar tiada gunanya saling iri hati kerana setiapa manusia itu kecerdasannya berbeza-beza dan inilah yang perlu dipraktikkan di prasekolah Smart iaitu pendekatan guru perlulah berbeza mengikut tahap kecerdasan murid yang pelbagai. Namun. Saya sedar setiap perkara itu terjadi dengan bersebab. bermulalah suatu perkara yang amat mengejutkan yang menjadi anjakan paradigma dalam mengubah sikap dan sahsiah kami dalam menjalani praktikum iaitu apabila mendapat teguran secara tersirat daripada pembantu pengurusan murid bahawa ada yang kurang senang serta tidak berkenan dengan sifat dan sikap kami sepanjang berada di prasekolah tersebut. malu bertanya.

Syukur alhmadulillah. sesi pertama minggu kedua berjalan dengan lancar. dan daripada aspek kenderaan yang dilarang masuk ke kawasan sekolah untuk mengambil anak mereka. Pengawal keselamatan akan hanya membenarkan murid-murid itu keluar setelah penjaganya tiba di luar pagar sekolah. Namun. Terdapat juga ciri-ciri keselamatan yang amat dititik beratkan iaitu keselamatan di kawasan permainan. semua itu bukanlah halangan dalam mendekati mereka ini agar lebih mesra. Sepanjang membuat pemerhatian. Pada minggu ini. saya mendapati murid-murid di situ agak bersopan perlakuaannya mungkin kadangkala terlalu suka mengadu yang kadangkala agak sedikit merimaskan. kami telah sepakat dengan guru prasekolah. . Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah lebih berpusatkan guru dan bahan lembaran kerja di samping beberapa aktiviti kreativiti seni dan muzik. Pn.REFLEKSI MINGGU KEDUA Refleksi Hari Pertama : 28 Mac 2011 Pada minggu seterusnya. Secara keseluruhannya. Noriah Bt. Yusof untuk mengajar pada hari Selasa hingga Jumaat manakala guru prasekolah tersebut hanya mengajar pada hari Isnin sahaja. Pengajaran berlangsung dengan pengenalan kepada murid-murid tentang makanan berproses iaitu makanan yang dihasilkan oleh manusia. kami berempat iaitu pelajar Praktikum opsyen prasekolah tidak melibatkan diri dengan aktiviti perhimpunan kerana memang sistem pentadbiran tidak melibatkan diri dengan perhimpunan kerana mungkin disebabkan premis prasekolah yang agak jauh dengan kawasan perhimpunan menyukarkan murid-murid prasekolah bergerak ke sana. Hal ini berikutan kekangan masa dalam menyiapkan Rancangan Pengajaran harian serta Bahan Bantu Mengajar yang sememangnya adalah silap diri kami sendiri.

Jadual Slot pada hari tersebut ialah awal sains. masam. pendidikan Islam. pada hemah saya. Oleh itu. saya telah membawa beberapa contoh makanan yang sedia ada di rumah saya dan meminta beberapa orang murid merasa makanan tersebut dan memberitahu rakan sekelas mereka apakah yang dirasai sama ada manis. Pelbagai kelemhan dikenal pasti. saya memilih topik rasa makanan iaitu manis. Berbekalkan Rancangan Pengajaran Harian. Berbekalkan pandangan guru prasekolah tersebut. masin atau pahit.Refleksi Hari Kedua : 29 Mac 2011 Hari ini sangat menakutkan dan mendebarkan bagi saya kerana buat pertama kalinya saya akan mengajar secarara rasmi dan formal di mana saya akan diselia dan dipantau sepenhnya oleh guru prasekolah tersebut. bahan-bahan 2D adalah juga memadai. terdapat pelbagai penambahbaikan yang perlu dijalankan walaupun pelajar seronok melakukannya. pastikan juga arahan jelas dan diulang beberapa kali. Bahasa Malaysia dan kreativiti (seni). masam dan masin berserta pahit. Menerusi slot ini. namun segala kelemahan yang datang pastinya bertujuan untuk kita memperbaiki diri kita pada masa hadapan. Sebaik-baiknya perkenalkan dahulu apa itu kolaj dan terangkan bagaimana sebenarnya menabur bras dnegan teliti serta menerangkan berapa besar saiz kertas yang dikoyakkoyak itu agar mereka lebh jelas berkenaan itu. Oleh itu. rancangan Pengajaran Slot dan Bahan Bantu Mengajar. Menerusi slot awal sains. Slot lain yang menarik ialah menerusi aktiviti kreativiti (seni) di mana saya mengajar murid-murid membuat kolaj menggunakan beras yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna dan menggunakan cebisan-cebisan kertas yng kecil. saya dinasihatkan agar mengemukakan contoh sebenar kolaj sebelum menyuruh murid menghasilkannya. saya dengan redhanya menggalas tannggungjawab sebagai guru praktikum ini. sesi pengajaran adalah lebih berkesan sekiranya bahan-bahan sebenar dapat diwujudkan namun. Bahasa Inggeris . . Refleksi menerusi slot ini ialah saya mendapati pengalaman maujud lebih berguna berbanding pengalaman secara tampak sahaja. sekiranya terdapat kekangan dalam aspek kewangan misalnya. Setelah itu pelajar dikehendaki mengasingkan makanan mengikut rasa makanan tersebut.

Selain itu juga. Aktiviti yang dijalankan ialah melompat dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. .00 pag hingga 12. saya berasa sedikit gusar dan bimbang sekiranya ada apa-apa yang terjadi. Kelainnanya pada hari Rabu ini ialah terdapat slot Permainan Luar yang semestinya ditunggu oleh kanak-kanak. keselamatan perlu diutamakan kerana apa²apa sahaja boleh berlaku dan sepanjang aktiviti ini berlangsung. bertanggungjawab membantu menguruskan muridmurd dan membantu sesi pengajarannya pada hari tersebut agar berjalan lancar. Saya selaku psanagna.Refleksi Hari Ketiga : 30 Mac 2011 Hari ketiga minggu kedua berpraktikum diteruskan lagi dengan sesi mengajar pasangan saya Nurul Hidayah Mohd Hafiz di mana belia mengambil slot daripada jam 8. Di samping itu juga. kami akan dipertanggungjawabkan.00 tengah hari. terdapat aktiviti melukis ais krim menggunakan pembaris geometri yang terdapat di prasekolah. guru prasekolah tersebut telah banyak membantu dalam memperbaiki strategi pembelajaran seta penghasilan bahan bantu mengajar yang tidak terlalu rumit agar dapat dipelbagaigunakan oleh murid-murid prasekolah. Aktiviti ini berjalan dengan agak lancar dan menyeronokkan namun. Aktiviti agak berjalan lancar namun kami akui pengurusan masa dan pengawalan kelas agak sedikit kelam kabut berikutan beberapa kelemahan daripada pesekitaran sekolah dengan menggabungkan kelas serta kebanyakan kelemahan diri saya sendiri.

saya telah menyuruh mereka menampalkan gambar-gambar tersebut di papan putih mengikut bentuk masing-masing. Murid dikehendaki menggunting gambar-gambar makanan tersebut dan memasukkan dalam ruangan pembahagian bentuk makanan yang telah disediakan. bahasa Inggeris. Alhamdulillah. kertas warna. segiempat sama dan segiempat tepat. bahasa Malaysia dan kreativiti (muzik). Antara slot yang agak menark dikongsikan bersama ialah slot matematik iaitu mengenal bentukbentuk asas iaitu bulat. saya mengahsilakn buku skarp gambar makanan berserta dengan ejaannya dalam bahasa Inggeris. . segi tiga. Terlebih dahulu. Seterusnya. dalam sesi slot kreativiti (muzik).Refleksi Hari Keempat : 31 Mac 2011 Hari keempat merupakan giliran saya mengadakan slot-slot yang telah ditetapkan dalam jadula iaitu slot Matematik. saya juga berasa gembira apabila kebanyakan murid mengikuti gaya yang diajarkan semasa menyanyikan lagu ini yang mana lrknya telah dituliskan di papan putih. samsa. kek dan biskut. Sesungguhnya berdua adalah lebih baik pada sebahagian waktu. Semasa slot bahasa Inggeris pula. namun berlaku sedikitkekalutan dalam membahagi-bahagikan bahan berupa gam. Jutaan terima kasih kepada pasangan saya. sosioemosi. sesi pengajaran kali ini adalah lebih sistematik dan tersusun berbanding yang sebelum ini. Ternyata bukan sahaj murid gembira. Nurul Hidayah Mohd Hafiz yang berusaha menolong dan mnyelamatkan keadaan. BBM yang digunakan ialah kad-kad imbasan gambar makanan pelbagai bentuk antaranya donut. Sekli lagi kelemahan saya terserlah kerana terlupa memberitahu murid supaya menjaga keselamatan diri serta kawan-kawan semasa menggunakan gunting. pamplet makanan serta ³sticker´ untuk hiasan. saya mengajarkan nyanyian ³The Fast Food Song´. Aktiviti ini berjalan dnegan agak lancar dan muridmurid kelihatannya senang dan gembira dengan aktiviti menggunting.

oleh itu. Bak kta pepatah. Natijahnya. Hal ini beikutan saya telah menasihatkannya berulang kali jangan bergayut di situ ekrana merek asemua berebut-rebut hendak bermain di gelongsor itu. selalulah berjaga-jaga dan peka lah terhadap persekitaran ini. mulutnya sedikit terluka namun tidak serius dan perkara ini boleh menjejaskan mutu perkhidmatan prasekolah kita kerana menyebabkan seorang murid terluka. . Menerusi slot awals sains. keju. Disini mereka diajarkan dengan prinsip berat ringan serta perbezaan antara kasar dan halus. Keseluruhnnya. seorng murid tercedera kerana terlalu degil. Kebanyakan mereka mengikuti aktiviti ini. membuat sandwich adlaah perkara baru bagi mereka di mana mereka di tempatkan dalam 4 kumpulan di mana dibekalkan roti.Refleksi Hari Kelima : 01 April 2011 Hari terakhir dalam minggu kedua diambil alih oleh Nurul Hidayah Mohd Hafiz di mana terdapat aktivti Pendidikan luar serta aktivti awal seni yang menarik iaitu dalam aktiviti luar ialah berjalan sambil mengimbangkan diri dengan pundi kacang dan slot awal sains di mana murid menghasilkan sandwich yang kelihatannya sangat teruja melakukannya. biskut dan kaya. namun terapat seorng dua yang kadangkala takut mungkin bergau dengan guru baru sepert kami dan persekitaran prasekolah yang dirasakannya tidak sesuai mahupun pelekatan (attachment) ibu bapa yang terlalu kuat menyebabkan anak meronta-ronta tidak mahu masuk ke dalam kelas. malang memang tidak berbau. Semasa melakukan sesi aktiviti luar. aktiviti menyeronokkan dan penambahbakan sentiasa perlu dilaksankan daripada masa ke semasa agar kita dapat bersaing dengan mana-mana negara yang mana menekankan pendidikan awal kanak-kanak.

Slot seterusnya iaitu slot Bahasa Inggeris dan kemanusiaan dikendalikan oleh guru pembimbing sementara kami menerima teguran serta pandangan berserta cadangan penambahbaikan dalam menelusuri pengalaman untuk menjadi seorang guru prasekolah yang cemerlang pada masa hadapan. Semasa mengajar. Kelihatan muridmuid agak teruja dan di sini menimbulkan sedikit unsur kebisingan di mana mempengaruhi pengawalan kelas yang bakal dilaksanakan nanti. . saya berusaha melakukannya seperti biasa dan mengikut sahaja pa yang telah dirancangakan dalam rancangan pengajaran harian. Slot pengajaran saya adalah selepas Nurul Hidayah Mohd Hafiz iaitu slot Bahasa Malaysia (Modul Teras) di mana saya telah menunjukkan slaid powerpoint gambar buah-buahan berserta ejaannya yang dipisahkan oleh sukukata yang warnanya dibezakan. Mohd Jesan untuk pengajaran satu slot dalam kelas Prasekolah Smart. masih sangat banyak elemen-elemen dalam menjadi seorang guru prasekolah yang terlatih yang perlu digilap dan dipertingkstksn mutunya daripada masa ke semasa. Pengajaran berlangsung agak kaku kerana tiada bahan bantu mengajar maujud yang digunakan di mana murid-murd tertumpu kepada laptop sahaja. saya berasa sekit gusar kerana berasa diri ini diperhatikan tidak seperti sebelum-sebelum ini. Tema pada minggu tersebut ialah buah-buahan. Pada keseluruhannya.REFLEKSI MINGGU KETIGA Refleksi Hari Pertama : 04 April 2011 Perjalanan berpraktikum diteruskan dengan penyeliaan pertama oleh Ustazah Aziah Bt. Rutin dan perbualan pagi dimulakan seperti biasa di mana guru bertanyakan tema yang telah dipelajari sekitar minggu lepas diikuti serta bertanya kepada muird tentang buah-buahan yang mereka sedia maklum. Namun.

kanak-kanak bercerita tentang sayur-yuran dan buah-buahan yang dijumpai. Kelemahan menerusi tugasan ini ialah. buah serta pertumbuhan biji benih. Slot seterusnya ialah guru menampalkan gambar buah-buahan dan meminta murid mengejanya dengan huruf kecil. muri-mur memberi respons kepada setiap bahan rangsangan. bunga. tekstur kertas untuk mengecap yang nipeis menyebabkan kerts mudah terkoyak.Refleksi Hari Kedua :05 April 2011 Kami tiba di sekolah pada jam 7. Aktiviti kreativiti (seni) pula ialah aktiviti capan iaitu mengecap kertas yang mempunyai pelbagai jenis gambar buah-buahan. Masih lagi menggunaan tema buah-buahan slot pembeajaran dimulakan dengan rutin dan perbualan pagi yang berkaitan dnegan apakah buah-buahan yang telah dipelajari semalam. murid-murid menamakan makanan yang berasakan buah-buahan sebagai contoh pisang gireng berasal daripada buah pisang. . kurangnya penekanana dalam aspek kebersihan oleh saya di mana ketika melakukan kerja-kerja mengecap. Murid-0murid yang telah menghafalnya diberi ganjaran makanan. iaitu meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun. Pada keseluruhan. Seterusnya. Segala kelemahan adalah untuk diperbaiki pada masa hadapan kelak. keupayaan membaca adalah pada tahap yang agak rendah untuk sebilangan murid-murid. Seterusnya dalam slot ustazah. Kebanyakannya hanya tahu menyebutkannya di mana mereka hanya meluahkan sahaja apa yang pernah mereka dengari tanpa mengaplikasikan kaedah membaca yang telah dipelajari. Seterusnya menerusi slot Bahasa Inggeris. Diteruskan lagi slot sains. namun. Mula mengajar secara berpasaangan (berselangseli) antara saya dengan pasangan Nurul Hidayah Mohd Hafiz. beliau mengajarkan huruf-huruf hijaiyah. Melalui medium bercerita.15 pagi.

Penekananan kepada teknik yang betul dalam menjalankan aktiviti skip perlu ditekankan supaya tidak berlaku kecederaan dalaman yang mana memberi mudarat kepada hari dewasa murid-murid itu kelak. saya telah memilih permainan kecil ³´cabut ekor. . hari Rabu merupkan aktiviti permainan luar. murid-murid turut diajar cara membasuh tangan dengan betul menerusi slot fizikal estetika iaitu menjaga kebersihan diri. kanak-kanak diberi peluang membuat huruf ³b´ dan ³d´ di mana kadangkala ada murid-murid yang terkeliru akannya.Refleksi Hari Ketiga : 06 April 2011 Hari ketiga. Menerusin slot ini secara tidak langsungm murid akan terbiasa untuk memasuh tangan dengan cara yang betul serta mengetahui kepentingannya kepada diri mereka. Selain itu juga. pengurusan murid untuk bergerak ke tempat yang lebih selesa. dan guru memeinta seorang murid menceritakan kembali apa yang telah dipelajari semalam berkaitan dengan buah-buahan. Terlebih dahulu. murid-murid dapat melatih kemahiran motor halus yang menjadi asas dalam kemahiran menulis yang betul. Jadi menerusi aktiviti menggunakan gam ini. rutin dan perbualan pagi dimulakan dengan piramid makanan yang telah dipelajari pada hari semalam. dalam lot permainan luar. Saya memperkenalkan pergerakan skip di mana pada aktiviti pelaksanaan. Namun. Di samping itu juga. menerusi slot bahsa Melayu. terdapat penambahbaikan yang amat perlu dilaksanakan iaitu dari segi pengurusan masa. Seterusnya. Kelemahan menerusi slot ini ialah kawasan tandas yang agak kecil ditambah dengan keterujaan mereka yang sama sekali sukar dikawal walaupun pada hakikatnya pada setiap hari mereka membasuh tangan. Pergerakan murid daripada 1 tempat ke tempoat yang lain pelru mnekankan sikapsikpa positif antaranya ialah mengitamkn keselamatan. segala pengalaman itu mengajar saya untuk mengurus sesebuah aktiviti dengan baik dan berkesan.

Berbekalkan aktiviti ini. murid-murid telah diberi tugasan menghasilkan kad buah-buahan. murid-murid diminta menyebut. jadi ruangan kosong yang perlu diisi ialah e dan i yang menjadikan betik. saya telah menghasilkan satu anyaman tikar tetapi menggunakan gambar buah-buahan. Contohnya. Kesimpulannya. dalam slot bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan b-t-k. keseluruhan aktiviti berjalan lancar dengan adanya juga bimbingan guru pembimbing yang banyak membantu menjayakan setiap slot. Jadi kesemua murid ada buah masingmasing. Segala bermula dengan baik dalam slot awal matematik iaitu mengira 1-10 dalam kiraan menaik dan menurun. Pembelajaran disudahi dengan aktiviti nyanyian lagu fonik di mana kanak-kanak menyayikannya bersama guru dengan gerakan tertentu. kami menulis kedatangan dan terus bergegas ke premis prasekolah. dan mengena huruf-huruf vokal di mana mereka akan diuji apabila membuat aktiviti lembaran kerja iaitu mengisi huruf vokal yang betul dalam ruangan yang disediakan. Sebelum slot ini. Di sini. murid akan meniru apa yang telah guru buat selain guru juga menunjukkan cara menghasilkan anyaman tersebut iaitu memasukkannya secara berselang-seli. kesimpulan awal dapatlah dinyatakan bahawa kebanyakan murid-murid sudah mula menguasai nombor 1-10. ³show me mangosteen´. membunyikan.Refleksi Hari Keempat : 07 April 2011 Sejurus tiba di sekolah pada pukul 7. Seterusnya dalam slot bahasa Inggeris. Menerusi aktiviti ini. . Kemudian. saya secara tdak langsung mengulangkaji ilmu-ilmu fonetik/ fonik yang sedikit dilupkan oleh sebab kekangan waktu. guru meminta murid melkukan apa yang diarahkan oleh guru-guru. murid-murid dapat dilatih untuk mempertajam kemahiran motor halus di samping meningkatkan sifat sabar dalam diri supaya tidak tergoohgopoh untuk menyiapkan kerja. Menerusi slot sosioemosi.15 pagi.

jadi erlaku sedikit kekangan waktu dalam menyiapkan Rancanagn Pengajaran Harian pada hari Jumaat. guru perlu mengeluarkan suara yang kuat supaya murid-murid mendengar arahan. Terfapat aktiviti permainan luar pada hari jumaat yang pada saya sebenarnya agak susak untuk dikawal kerana kawasan permainan itu agak luas dan pada kebanyakan waktu.Refleksi Hari Kelima : 08 April 2011 Setibanya di sekolah pada pukul 7. kerana perlakuan yang sempurna datangnya daripada jiwa yang tulussuci dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik insan ke dunia sebenar yang penuh dengan dugaan yang tak kelihatan pada mata kasarnya. InsyaAllah sekiranya diizinkan tuhan.5 dan 6). kami diberi kepercayaan untuk menguruskan program Tasmik solt untuk tahap II (darjah 4. Sepanjang berada dalam kelas prasekolah tersebut. kami tiba di premis prasekolah. Pada hari terebut. Semuanya perlukan keikhlasan dalam hati. kami meminta jasa baik guru pembimbing untuk mengambil kelas pada hari Jumat oleh sebab kami ingin menyiapkan maklumat-maklumat dalam fail serta menyiapkan buku rekod mengajar keran pada hari Sabtu juga terdapat keas ganti sempena Deepavali. mahupun pangkat atau kuasa.15 pagi. Mungkin oleh sebab kami telah mengajar pada Isnin pagi tersebut. tanggungjawab guru prasekolah itu sangat besar dan bukan suatu tandingannya dengan wang ringgit. kami ada membincangkan untuk membuat bahan bantu mengajar untuk murid-murid tersebut sekrianya kami mempunyai lebihan masa. . kami akan menyumbangkan beberapa bahan bantu mengajar untuk kegunaan guru prasekolah tersebut kelak. Pada hari Sabtu itu. Di sini saya melihat.

guru juga mengajarkan tentang bagaimana menyebut nama sayur-sayuran tersebut. Saya memulakan slot dengan bertanyakan sayur-sayuran yang mereka sedia maklum bagi memberi gambaran awla bahawa sebentar lagi. Seterusnya. cucur. Di samping itu. Setelah murid meneka. Seterusnya apabila telah tiba slot yang dijanjikan. melihat warna dan menghidu bau sayursayuran tersebut. . guru memberitahu jawapan yang paling tepat iaitu sayur apakah yang terdapat dalam kotak tersebut. slot bahas Malaysia. bebola ikan dan timun. Saya begitu gembira kerana dapat membuat sesuatu atau memberi sesuatu yang disukai oleh murid-murid. guru membawa bahanbahan maujud iaitu sayur-sayuran sebenar di dalam kotak dan menimbulkan perasaan ingin tahu murid dengan meminta mereka menekanya. Aktiviti berjalan dengan lancar walaupuna ada sebahagiannya menganggap sayur-sayuran tersebut mainan mereka dan hampir hancur tomato itu dikerjakan kerana menganggapnya bukan sayur-sayuran sebenar.REFLEKSI MINGGU KEEMPAT Refleksi Hari Pertama : 11 April 2011 Aktiviti pembelajaran bermula seawal 7. Murid-murid diberi peluang merasa tekstur.30 pagi iaitu dari awal ketibaab hingga ke jam 12. kentang. Bermula dengan rutin dan perbualan pagi berkenaan apa yang telah dipelajari semalam. slot kemuncak dalah menerusi tema kemanusiaan iaitu membuat rojak sayursayuran iaitu tauhu. Di sini kelihatan murid-murid begitu teruja menghasilakn rojak tersebut dan begitu berselera menikmati hidangan yang mereka sediakan. Tema baharu dipelajari iaitu tema sayur-sayuran menggantikan tema buah-buahn pada minggu lepas. guru akan mengajar berkaitan sayur-sayuran.00 tengah hari.

Keiasaannya. dalam kelas prasekolah saya akan menanda hasil lebaran kerja muri-murid prasekolah dan bersedia untuk rancangan pengajaran harian untuk hari Khamis yang mana akan diselia oleh pensyarah pembimbing. Menerusi aktiviti ko-kurikulum. saya ditempatkan dalam unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah manakala bagi peranan lain ialah menjadi fasilitator untuk program tasmik di mana hal ini begitu bermanfaat kepada saya dalam mengasah kembali ilmu-ilmu yang teah dipelajari sepanjang berada di maktab dan di sekolah agama. Selain tugasan mengajar di prasekolah. Bahasa Malaysia dan kreativiti (seni). Semasa berada dalam kelas prasekolah juga. Nurul Hidayah Mohd Hafiz.15 pagi. kami juga dipertanggungjawabkan untuk aktiviti ko-kurikulum serta peranan-peranan lain. pendidkan Islam dan Moral. Slot pada hari tersebut diambil alih oleh pasangan saya. Sementara itu. saya membuat beberapa huruf abc versi huruf kecil untuk igantung di pintu dalam kelas prasekolah.Refleksi Hari Kedua : 12 April 2011 Hari kedua bermula seawal 7. . Bahasa Inggeris. saya ada membantu pembantu pengurusan murid menyediakan makanan kerana hampir setiap hair kami dipelawa untuk makan bersamasama mereka. saya juga ada membantu serba sedikit dalam memberikan lembaran kerja kepada murid-murid. Sepanjang berada di prasekolah. Bermula dnegan slot awal sains.

Pembantu Pengurusan Murid tidak dapat menghadirkan diri kerana berkursus. Iaitu Ar Rahman dan Ar Rahim. jadi kami ditugaskan membantu serba sedikit dalam menyediakan sarapan pagi dan makan pukul 10. Di sini banyak ilmu yang perlu diambil dan dipraktikkan menerusi guru pembimbing supaya kelak nanti saya mudah untuk mengawal kelas. serta melompat menuju sasaran juga. Pengajaran pada hari ini diambil alih oleh guru pembimbing memandangkan kami aka diselia pada hari khamis dan jumaat. guru perlu bijak mengawal kelas kerana kawasannya lebih luas daripada dalam kelas prasekolah.15pagi. Slot pagi dimulakan dengan slot Pendidikan Islam dan Kerohanian di mana ustazah mengajarkan tentang nama-nama Allah.Refleksi Hari Ketiga : 13 April 2011 Tiba seawal 7. Di sini.00pagi. . Diteruskan lagi dengan slot permainan luar di mana mereka menggunakan bola dan bergerak menuju sasaran.

.

kebanyakan murid mengetahui nilai mata wang ditambah lagi dengan adanya bantuan kad-kad gambar duit di papan putih. Arahan perlulah tegas. Bermula pada jam 8.Refleksi Hari Keempat : 14 April 2011 Seawal 7. Seterusnya. saya membawa tabung besar. Sebagaimana tingginya harapan ibu bapa terhadap diri ini. secara pemerhatian kasar. slot awal matematik pula menyusul selepas itu di mana guru mengajarkan konsep mengecam duit yang berlainan nilai di mana pada set induksi.00 pagi iaitu bermula dengan slot sosioemosi di mana melalui aktiviti melengkapkan ³Puzzle´ untuk melatih sifat tolak ansur dan kerjasama semasa melakukan aktiviti.15 pagi saya menjejakkan kaki di kelas prasekolah dan hari ini berbeza dengan hari-hari sebelumnya kerana pada hari ini. Menerusi slot kreativiti (muzik). Setelah melaksanakan slot sosioemosi. aspek utama yang sangat perlu diperbaiki sepanjang Praktikum Fasa 1 ini. kelemahan serta cadangan penambahbaikan untuk kecemrlangan dalam praktikum seterusnya. namun atas bantuan kawan-kawan. serba sedikit dapat menarik minat murid serta pengetahuan awal mereka tentang nilai murid. begitu jugalah tinggi harapan saya agar dapat mengetahui serba-serbi kebolehan untuk menjadi seorang guru prasekolah yang cemerlang mendidik insan ini. Melalui aktiviti menghasilkan ³Puzzle´ ini ialah antara cadangan penambahbaikan ialah membuat keratan puzzle yangpelbagai supaya saling melengkapi agar memudahkan muridmurid mencantumkannya berbanding bentuk yang sama sahaja. Melalui aktiviti ini. Pada awalnya seperti tidak ada keyakinan untuk mencipta lirik sendiri. Sesungguhnya gagal selepas mencuba adalah lebih bermakna daripada gagal tanpa berbuat apa-apa. Antaranya ialah daripada aspek mimik muka yang mana perlu dipelajari menerusi subjek Teatre dalam Pendidikan. iaitu daripada segi menyatakan arahan kepada murid-murid yang mana sangat perlu ditekankan dan diperbaiki untuk Praktikum Fasa II kelak. ringkas dan difahami oleh murid-murid prasekolah. saya telah mengubah lirik lagu sayur-sayuran dan mengenaan rentak agu ABC dalm menyanyikannya. pensyarah pembimbing memberi rumusan berkaitan penyeliaan. lirik yang ringkas tetapi menarik berjaya dihasilkan. . Selain itu. kekuatan. penyeliaan terakhir akan dilakukan selama 1 hari.

Pada masa ini semuanya beramah esra dan tetiba pula hati ini berasa sedih kerana tidak dapat lagi berjumpa dengan murid-murid kegemaran walaupun kadangkala tidak mahu mendengar kata. segala perasaan yang negatif semuanya ditolak ke tepi. dapat dilihat tugas guru prasekolah ini amat mulia di samping dapat menjadi titipan untuk saham akhirat kelak kerana kita mengajar sesuatu yang kosong kepada sesuatu yang berisi.Refleksi Hari Kelima : 15 April 2011 Hari terakhir di prasekolah. Penat itu sudah semestinya. Maksudnya. mereka sekurang-kurangnya tahu ABC sehingga Z. Setiap yang berlaku ada himhnya. tetapi mereka jugalah yang selalu menghiburkan kita dengan telatah mereka yang naif itu. daripada murid-murid itu tidak tahu apa-apa. Seterusnya. Menerusi penyeliaan ini juga. tetapi apabila melihat murid-murid gembira dan seronok semasa berada dalam kelas. Penyeliaan pada hari ini diteruskan lagi dengan pasangan saya Nurul Hidayah Mohd Hafiz. Selain itu juga. slot selepas rehat hingga tengah hari. . walaupun kadangkala kita kadang-kadnag berasa sedih yang teramat sangat.00 tengah hari berbanding guru aliran perdana yamg paling lama pun kelas selama 1 jam dan ada jarak waktu sedikit sebelum memulakan kelas seterusnya. Menerusi refleksi pada hari tersebut.15 pagi dan bersedia untuk membantu rakan seerjuangan membuat persediaan untuk diselia. pensyarah pembimbing berserta guru pembimbing diraikan pada akhir waktu. namun Allah datangkan nikmat kegembiraan dalam bentuk yang lain pula. saya juga turut menyiapakan seberapa banyak bahan bantu mengajar/ bahan bantu belajar untuk digunakan di prasekolah sebagai sumbangan iklas kepada prasekolah tersebut kerana menerima kami di situ dengan sangat terbuka hati. Tiba seawal 7. tugas guru sekolah diwar-war kononnya mudah bukanlah seperti yang disangkakan kerana tugas mereka bermula seawal pukul 8 pagi sehingga 12.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful