You are on page 1of 16

Pengurusan Bilik Darjah

Sinopsis Tajuk
Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan, etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.

Hasil Pembelajaran
Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan

Kerangka Tajuk

Susun Atur bilik PSV

Susun atur yang menarik akan menceriakan suasana

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.

Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan

T i n g k a p

D a p u r S G in a ki s P et i K e c e S m u a d s ut a P n a m e r a n H a si l K e rj Stor a M u ri d

Zon / Bengkel Mencanting Batik

Alat Pemadam Kebakara n

Meja 6

Meja 5

Pintu 2
Sudut Buku Rujuk an

Meja 4

Meja 3

Meja 2

LCD

Meja 1

K a bi n et B e r pi nt u P e r al at Pusat a Akses n P Sudut S ICT V

T i n g k a p

Pintu 1
Meja Guru / Dekst op

Papan Info

Papan Putih skrin

Sudut Pameran Hasil Kraf Tangan

Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).

Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.

Contoh hasil kerja murid yang dipamerkan

Contoh hasil kerja murid yang dipamerkan

Contoh hasil kerja murid yang dipamerkan

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

Rumusan
Pengurusan Bilik PSV merupakan satu aspek utama dalam konteks proses P&P PSV. Seseorang guru PSV hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru PSV hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru PSV lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik PSV bagi menjamin kualiti P&P

You might also like