You are on page 1of 43

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 1
1.1 Sinopsis

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 1.2.2 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara, motivator dan inisiator. 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1.4 Kandungan 1

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

PEMUDAHCARA PENDIDIKAN SENI VISUAL MOTIVATOR GURU PEMBIMBING PENGURUS INISIATOR PERANAN

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ?

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Lim mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas semasa mengajar di sekolah? Siapakah yang bersalah dalam situasi ini? Devikah yang bersalah? Sacikah yang bersalah? Atau Salah Cikgu Lim? Adakah Cikgu Lim seorang yang kurang berkesan kerana tidak berupaya menjadi pengurus yang baik? Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Cikgu Lim bagi memastikan situasi seperti itu tidak berlaku? Sila catatkan refleksi anda :Aktiviti 1

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut: Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran; Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabot, ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009. Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual. Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat; Berunsurkan pengajaran. Merangkumi ciri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar; Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan subbudaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).

Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan. Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah; 5

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut? Adakah wujud perbezaan dari segi jantina? Berpandukan maklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah; Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).

Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yang berkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru 6

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya. Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilainilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.

Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan

2.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang.

(ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri 7

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing? Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.

(iv) Analisis peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: Peranan Guru Pengurus Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah

Pembimbing

Pemudahcara

Motivator

Inisiator 8

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

(v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengemblengkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut. Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan. Seterusnya, mari kita selesaikan masalah ini. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut. 9

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Adakah anda mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ? Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini? Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas ) b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas c) Alat dan bahan yang terhad d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah

E-melkan dapatan, hujahan, pandangan, kritikan dan idea anda kepada pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini.

10

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 2

PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.2 Hasil Pembelajaran

2.2.1Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 2.2.2Menghasilkan bahan bant yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif. 2.2.3Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bant serta rekod stok. 2.2.4Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bant secara beretika dan bertanggungjawab.

11

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

2.4 KANDUNGAN

12

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

Alat :

Bahan Bantu:

Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambah baikkan.

a) Bahan bantu mengajar semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid. b) Bahan bantu belajar semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.

13

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

http://images.ask.com/pictures

Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah. Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan kebosanan, melibatkan murid secara aktif Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda. Set induksi: Input utama:

Pengayaan: Pemulihan:

14

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR, MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT.

Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu. i) Prosedur penyediaan bahan bantu. Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan Menentukan bahan dan teknik Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. Menghasilkan bahan bantu. Kemasan

i)

Penggunaan bahan bantu. Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan. Mengambil langkah-langkah keselamatan Mengambil kira bilangan yang mencukupi Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.

Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini. 15

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu. 1 2 3 4 5 6

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Keduadua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:

A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.. Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij. 16

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja..

Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website.

B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya : Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg, jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,.

(iii)

Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:

Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung, papan flannel,papan tulis,petikan rencana. (iv) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya 17

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Sila senaraikan di sini :

Koleksi Khas Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.

18

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

http://images.ask.com/pictures

http://images.ask.com/pictures

Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 2 Dimensi 3 Dimensi

Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.

Nama Pengkarya : Tajuk Media Teknik Tahun : : : : 19

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk Asas Seni Reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. 2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis Asas Seni Reka. 3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. 4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid. 5. Koleksi lutsinar OHP / Power Point boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka. 6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah. 7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan. Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. 20

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah. Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya.

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&destur

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

21

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak. Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat.

Penyimpanan dan rekod stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok.: Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan 22

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan Membuat inventori dalam buku stok Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.

Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan kekal Bil Item ( Peralatan Kekal ) Meja guru Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus

1.

23

13/09/2009

15/10/2010

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

2.

Meja guru

13/09/2010

Jumlah Item

Catatan

Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan tidak kekal Bil Item ( Peralatan tidak Kekal) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus

1. 2.

200 dozen 22/09/2009 100 dozen 10/10/2010

Jumlah Item

Catatan

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.

Panduan Keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan

24

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat. Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner tanah liat

Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.

Bil 1

Kenyataan Guru perlu membaca label bahan

Huraian sebab dan akibat

Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan

Guru perlu sediakan panduan keselamatan

Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu

25

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal

Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan.

Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula 26

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Aktiviti 2.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok. Alat dan bahan bantu rekabentuk dan proses menyediakan bahan prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan penyimpanan dan rekod stok

Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual Salinan karya agung di dalam dan luar Negara

Contoh-contoh kraf tradisional

Kertas lukisan dan warna air

Alat-alat membuat ukiran

Mesin pembakar seramik

27

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Rak-rak kayu

Aktiviti 2.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan.

28

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 3

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

3.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan, etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.

3.2 Hasil Pembelajaran 3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

29

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

3.4 Kandungan

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID Susun Atur Bilik PSV

30

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

31

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Gambar 1: Susun atur perabot yang baik akan menjadikan suasana menarik Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan murid serta menarik perhatian murid strategi guru untuk mengekalkan bagi memastikan pengajaran dan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku pembelajaran yang efektif.

32

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Alat Pemadam Pet Papan Putih Da Ka Su Si Sudut 3 Meja 5 Meja 2 Pameran Pintu 1 InfoZon / Bengkel Mencanting Batik TiSudut LCD4 Papan Stor 6 nki bin dut / Kraf Tangan pu iKebakaran Guru Buku Pusat Hasil skrin n Rujukan Ke Pa Dekstop et r Akses g me Ga Be ce ka ran ma rpi s Sudut san ntu Ha p ICT

Pe sil Ke ral ata rja M n PS uri V d

33

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual

34

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual. Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio. Ambil gambar-gambar berikut: 1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1.3 Zon-zon kerja tertentu 1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan 1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

35

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001). Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

36

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid 37

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

38

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid?

39

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

3.5 Situasi Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini, jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata, Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh. Jali bentangkan idea kedua, Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik. Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual. Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan.

Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahanbahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer;

40

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan. Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV. Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan. Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan muridmurid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakang mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan. Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktiviti mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra. Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-buku bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan manipulatif, interaktif dan sebagainya.

Rumusan: Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. 41

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

3.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik Pendidikan Seni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.

(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual.

Kemukakan pandangan ruangan forum OLL.

anda

dalam

42

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

(iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih. (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia. No. Item Item
109 110 111 112 113 114 Bilik Seni Kondusif Stor PSV diuruskan dengan baik Mempunyai prosedur senggara BBM Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif Penggunaan bengkel secara optimum

0
8 9 21 11 6 8

1 2
1 1 4 6 5 1 1 7 16 0 1 1

Skor 3 4 %
2 4 3 5 4 1 1 5.3 2 11.1 2 11.1 4 24.5 1 25.5 0 2.9

Pur
0.92 1.35 0.74 1.55 1.66 0.55

* Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan. E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini.

43

You might also like