P. 1
TAJUK 1 Teknologi Pengajaran

TAJUK 1 Teknologi Pengajaran

|Views: 200|Likes:
Published by Citra Hana

More info:

Published by: Citra Hana on Mar 01, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/28/2013

pdf

text

original

TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan

teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas. HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran. Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran.

Subtajuk :
• • • •

Teknologi pengajaran Peranan Teori Pembelajaran Domain Teknologi Pengajaran Peranan dan kepentingan Teknologi Pengajaran dalam P&P

TEKNOLOGI PENGAJARAN

RENUNGAN 1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?. 2. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran? Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.” Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi

manusia.dan personel). yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology) Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media. bahan. penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej. mereka bentuk. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran ? 2. alat. penerbitan. penilaian. pemilihan. membina. "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia. teori reka bentuk. penggunaan dan pengurusan sumber yang sedia wujud. FIKIR-FIKIR 1. teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalahmasalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia. teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education) "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan. Yusuf Hashim (1997). Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. pengembangan (penyelidikan. melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. logistik. Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian. peralatan. penyusunan. pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya. Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 3. teknologi pendidikan ialah satu proses merancang. Apakah pengajaran? . organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

dan teori konstruktivisme. Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori tingkahlaku. prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Ini dapat membantu guru merancang.4.Teori bermaksud konsep. membangun. sumber bahan kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku? Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Amalan pula bermaksud pengunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai. FIKIR-FIKIR Bagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi pengajaran? DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN RENUNGAN 1. tenaga. Untuk memudahkan. Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Apakah pembelajaran? PERANAN TEORI PEMBELAJARAN RENUNGAN 1. Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik. mengguna. konstruk. istilah teknologi pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan. mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. . saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea. Apakah teori pembelajaran? 2. teori sains kognitif. Apakah peranan domain teknologi pengajaran? Domain Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk. Apakah domain teknologi pengajaran? 2.

FIKIR-FIKIR Berdasarkan analisis teknologi pengajaran. Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan. PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM P&P RENUNGAN Apakah peranan teknologi pengajaran terhadap pembelajaran? Bagaimana teknologi pengajaran memberi kesan terhadap pembelajaran? Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. . Huraikan maksud dan seterusnya terangkan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran tersebut. AECT. manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan anda. 2. perisian . Antara peranan teknologi pengajaran ialah: (a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan (b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran (c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran FIKIR-FIKIR 1. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. senaraikan lima domain teknologi pengajaran. pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. Secara jelas nya teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pembelajaran yang berkesan.Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan yang merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini? 3. Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda. Pembelajaran adalah matlamat. seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna.

Teknologi Pengajaran . Pengajaran c.LATIHAN Nyatakan secara ringkas definisi konsep-konsep berikut: a. Pembelajaran d. Teknologi b.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->