P. 1
TARIAN CINA

TARIAN CINA

|Views: 150|Likes:
Published by Ahmad Farris Ya

More info:

Published by: Ahmad Farris Ya on Mar 01, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/19/2014

pdf

text

original

TARIAN CINA Latar Belakang

Tarian bagi masyarakat Cina adalah berasaskan kepercayaan dan tuah dala kehidupn seseorang manusia. Tarian digunakan bagi merayakan hari-hari peryaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Dua jenis tarian sangat berkaitan dengan perayaan ini ialah Tarian Singa dan Tarian Naga.

Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas.Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud peluang atau keuntungan .

Tarian Singa digerakkan oleh dua orang penari iaitu pada bahagian kepala dan badan singa.Tarian ini berbentuk akrobatik dan memungut angpau atau keuntungan . Kedua-dua tarian ini diiringi dengan paluan gendang yang kuat.Dikatakan bahawa tuan rumah atau pusat perniagaan yang mempersembahkan tarian tersebut akan mendapat keuntungan yang banyak pada tahun tersebut.

Lain-lain Tarian Cina

Tarian Bunga

Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia.Seperti tarian-tarian yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita dengan lemah lembut. Pergerakan tarian in menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat. Iajuga sebagai bukti secara simbolik menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang berada dalam keadaan kegembiraan. Terdapat saranan bahawa ianya harus dimiliki oleh sekuruh dunia.

Tarian Bunga Teratai

Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolamteratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria seperti di zaman dahulu.

Tarian Payung

Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-kampung. Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia menggambarkan keindahan dan kegembiraan.

Tarian Cinta Bertemu
Tarian Cinta Bertemu Tarian ini menggambarkan gerakan penuh gemalai dan dihiasi dengan cinta, kerinduan dan keinginan. Ia menggambarkan seorang wanita muda dalam perjalanan menemui kekasihnya. Bagi menandakan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap seseorang yang dicintainya, wanita tersebut membawa seekor ayam, seekor itik, udang, ketam dan sebiji tembikai yang besar. Walau bagaimanapun ingatan manis terhadap orang yang dicintai tiba-tiba diganggu oleh bunyi guruh yang kuat menyebabkan ia terjengketjengket dan semua hadiah yang di bawanya jatuh satu persatu ke tanah. Mengenangkan nasib yang malang, si gadis menyalahkan kekasihnya yang menyebabkan kemalangan tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->