Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah

KANDUNGAN

Kata Pengantar Prakata Pendahuluan BAB 1 Perancangan Sekolah BAB 2 Pengisian Program Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran BAB 3 Pengurusan dan Pentadbiran ICT BAB 4 Peningkatan Kemahiran ICT BAB 5 Bahan Sumber Digital BAB 6 Dasar Keselamatan BAB 7 Penglibatan Swasta Lampiran Glosari Rujukan Penghargaan

Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah

Perincian Bab BAB 1 Perancangan ICT Sekolah Perancangan Jangka Panjang Perancangan Jangka Pendek BAB 2 Pengisian Program Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Komputer Teknologi Maklumat E-Pembelajaran Penggunaan ICT dalam P & P Projek Khas ICT Untuk Pendidikan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif Kelab Komputer Sekolah BAB 3 Pengurusan dan Pentadbiran ICT Perolehan Penyenggaraan Waranti Ubahsuai/naik taraf Pelupusan Penggantian BAB 4 Peningkatan Kemahiran ICT Garis Panduan Menjalankan Kursus ICT di Sekolah Perincian Kursus Kursus Aplikasi ICT dalam P & P bagi Guru Kursus Pengurusan Pendidikan ICT oleh IAB BAB 5 Bahan Sumber Digital Penggunaan Internet Portal Pembelajaran Atas Talian CD Rom / VCD / DVD / CD Audio

Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah

BAB 6 Dasar Keselamatan Tanggungjawab Keselamatan Fizikal Keselamatan Sistem Keselamatan Data Etika Penggunaan Internet

Bab 7 Penglibatan Swasta Perkara yang dibenarkan oleh KPM Persediaan pihak sekolah sebelum menerima sumbangan Tatacara penerimaan sumbangan Tanggungjawab JPN dan PPD/PPB Kesinambungan projek

Dengan adanya panduan ini. JPN dan Bahagian dalam Kementerian Pendidikan . Panduan Pengkomputeran ini dihasilkan dengan harapan agar dapat menjadi ‘one stop reference’ kepada semua pentadbir.Nor Hayati bt. Bahagian Teknologi Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan menggabungkan usaha semua pihak yang terlibat untuk menghasilkan ‘one stop reference’ bagi memudahkan kerja dan memastikan proses pentadbiran dilakukan secara telus untuk semua pihak sama ada di sekolah. pendidik dan pelajar serta orang ramai. Saya berharap agar panduan yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga pendidik khususnya dan masyarakat umum amnya dalam menghadapi dunia globalisasi serta memartabatkan mutu pendidikan ke taraf dunia. Bahagian Pendidikan Guru.Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah Prakata Dalam menghadapi dunia ledakan maklumat. Bahagian Sistem Maklumat. Keperluan ini akan menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu. Penghasilan panduan ini merupakan usaha sama Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum. Abd Rasid Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia . Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri. penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. PPD/PPB. Dr. Institut Aminudin Baki. Bahagian Sekolah. pihak sekolah khususnya bolehlah membuat perancangan yang lebih rapi serta dapat menentukan halatuju program yang dirancang bagi mengoptimumkan pengunaan infrastruktur dan peralatan yang terdapat di sekolah masing-masing.

semasa merangka Perancangan ICT Sekolah bagi sekolah. kepakaran ICT dan lain-lain perkara yang berkaitan.Bab 1 : Perancangan BAB 1 : PERANCANGAN ICT SEKOLAH Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong. Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan. untuk mencapai matlamat ICT sekolah. Bab ini bertujuan membantu sekolah menyediakan Perancangan Jangka Panjang (lima tahun) dan Perancangan Jangka Pendek (satu tahun). Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan. Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran. Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah disertakan sebagai panduan. Begitu juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Perancangan yang dinamik dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperolehi dari pelbagai sumber. segala-galanya akan menjadi sia-sia sahaja. Perancangan jangka panjang membantu sekolah mengaturkan program untuk pembangunan berterusan Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah. misi. infrastruktur teknologi. mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya. 1-1 1-1 . dalam apa-apa juga urusan yang dirancang. perancangan hendaklah/sebolehbolehnya dibuat sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Visi. Tanpa manusia yang menggerakkannya.

bagaimana. Peraturan dalam Pelaksanaan ICT Sekolah dan carta gantt menerangkan aspek BAGAIMANA DAN BILA. Panduan Keselamatan di sekolah. bila. Hasrat ini boleh merangkumi tiga aspek berikut: Penghasilan warga sekolah yang celik ICT.Bab 1 : Perancangan 1. Peningkatan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ). dan kos.1 Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah akan menggariskan secara umum pencapaian yang dihasratkan dalam masa lima tahun. Misi. Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi. mengapa. Matlamat. Ini boleh dimasukkan dalam Pelan Tindakan Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah. Objektif ICT Sekolah dan kumpulan sasar. Etika Penggunaan Internet dan Peraturan Penggunaan Makmal Komputer bagi sekolah adalah disediakan sama seperti dalam Bab 6: Dasar Keselamatan. dan BAGAIMANA dimaktub dalam Strategi Pelaksanaan. siapa. Aspek APA & MENGAPA termaktub dalam penyataan Visi. Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa ICT Sekolah. Peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kelas bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penekanan kepada peraturan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti ICT adalah penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sekolah. Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah juga perlu mengambil kira kos aktiviti yang dirancangkan dan unjuran sasaran yang meningkat bagi aktiviti tersebut. Aspek SIAPA. Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah merangkumi enam(6) aspek yang penting : apa.Peranan dan beban tugas individu boleh diperjelaskan melalui Carta Organisasai Jawatankuasa ICT Sekolah. 1-2 1-2 .

Misi dan Matlamat ICT Sekolah hendaklah sama dengan Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah. Reviu pada akhir tahun pelaksanaan akan Laporan reviu digunakan untuk merangka perancangan tahun yang berikutnya.2 Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah menggariskan secara umum perancangan aktiviti tahunan bagi mencapai matlamat dan objektif Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah. Visi. Perancangan Jangka Pendek perlu direviu sekurang-kurang dua kali setahun untuk memantau status pelaksanaan.Bab 1 : Perancangan 1. Kertas kerja perlu disediakan untuk setiap aktiviti yang dirancang untuk memudahkan kesefahaman dan pemantuan. Pelan Tindakan Perancangan dan Carta Gantt perlu disertakan. ICT Sekloah. ditentukan oleh aktiviti yang dirancang dan perlu dinyatakan dengan jelas. perlu disediakan untuk dokumentasi dan makluman serta tindakan Jawatankuasa 1-3 1-3 . Contoh seperti di lampiran 1-4. Dalam Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah. Objektif Perancangan Jangka Pendek ICT pula. Perincian yang lain seperti Jadual Penggunaan Makmal perlu juga disediakan bagi memoptimumkan penggunaan peralatan ICT yang ada.

4. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT. sistematik dan berkesan di sekolah. Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi. Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap. 1-4 1-4 . 4. 2. 4. Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur ICT di sekolah. 2. Bab 8.1. 4. *(Rujukan: Pembangunan Pendidikan 2001 –2010. Kuala Lumpur.5.4. Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui programprogram ICT. Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan *Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.1. Menyediakan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT.4. Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan. OBJEKTIF 4. MATLAMAT 3.2. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran. 2.2006) 1. 3. BPPDP. 2.3. VISI Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.1. Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.Bab 1 : Perancangan Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT SMK Sri Kiara (2002 . MISI 2.3.2. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002).

Ketua Jawatankuasa adalah seperti berikut : Jawatankuasa a.2. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 7.3.2. Perkembangan Staf b. Jawatankuasa kerja berikut perlu ditubuhkan pada awal musim persekolahan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang dirancang. 7. Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah adalah seperti di Rajah 1-1.1. Pengurusan dan Penyenggaraan d. Pengurusan Stok dan Dokumentasi f. 5. Penyenggaraan dan Keselamatan g. KUMPULAN SASARAN 5. Pengajaran dan Pembelajaran c.3 Ketua AAA BBB CCC DDD EEE FFF GGG Ketua Jawatankuasa akan mengenal pasti ahli Jawatankuasanya sendiri.1. 1-5 1-5 . STRATEGI PELAKSANAAN 6. Keceriaan 6.1. Menubuhkan Jawatankuasa ICT Sekolah untuk menggubalkan dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. Kakitangan Sekolah (Pentadbir. Senarai tugas jawatankuasa adalah seperti di Lampiran 1-2. Jadual Pelan Tindakan dari tahun 2002 hingga tahun 2006 adalah seperti di Jadual 1. Tugas-tugas Khas e. Guru dan Staf Sokongan) Pelajar Komuniti (PIBG dan pihak luar) 6. 6. Lampiran 1-1.Bab 1 : Perancangan 5. 5.

PERATURAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI IT SEKOLAH 8. Aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi peraturan. 1-6 1-6 .Bab 1 : Perancangan 8.1. 9. 9. panduan dan etika berikut : a) Panduan Keselamatan di sekolah. b) Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi.2.3. c) Etika Penggunaan Internet dan d) Peraturan Penggunaan Makmal Komputer 9.1. Perancangan Jangka Panjang SMK Sri Kiara akan direviu pada tahun 2004. Contoh penilaian yang dibuat oleh SMK Sri Kiara adalah seperti di Jadual 2. PENILAIAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 9. Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan perancangan yang telah dirangka.

Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-1 Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Jawatankuasa Perkembangan Staf Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelenggaran Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi Jawatankuasa Penyelengaraan dan Keselamatan Jawatankuasa Keceriaan Rajah 1-1 : Carta Organisasi Jawatankuasa ICT SMK Sri Kiara 1-7 1-7 .

Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi kakitangan bawahannya dan pelajar. f. b. Merancang. Memastikan keselamatan kawasan sekolah. melaksana dan memantau keseluruhan progam ICT sekolah. Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan komputer oleh semua pihak h. g. Mengemukakan keperluan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan. e. Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah. i. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. 1-8 1-8 . c. Mempengerusikan segala mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah. PENGERUSI (PENGETUA/GURU BESAR) a. d. guru dan pembangunan & bekalan.Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-2 Senarai Tugas Jawatankuasa ICT SMK Sri Kiara I. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar.

c. Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah. Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti ICT sekolah.Bab 1 : Perancangan II SETIAUSAHA a. Jadual pengajaran dan pembelajaran Jadual kelab Jadual guru bertugas h. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf. f. PENOLONG SETIAUSAHA Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas. e. III Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT Sekolah. b. Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut. e. Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT Sekolah. iii. Memantau pembangunan web sekolah . g. IV Jawatankuasa Perkembangan Staf a. Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan menguruskan dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah. d. Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti. c. Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT Sekolah. b. i. ii. 1-9 1-9 . Menguruskan latihan dan kursus dalaman. Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah. d. Menguruskan pangkalan data sumber manusia dalam ICT. Menyediakan jadual penggunaan makmal i.

Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru. f. 1-10 1-10 . Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Powerpoint. Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi B. Mengerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT b. Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. h. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.Bab 1 : Perancangan V Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran a. Jawatankuasa Keceriaan C. e. VI Jawatankuasa Pengurusan dan Penyenggaraan Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil. g. c. iaitu : A. d. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan Tugas jawatankuasa kecil ini adalah seperti di Lampiran 1-3.

b. d. b. inventori dan harta modal. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan makmal komputer. Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau pelaksanaannya. Menguruskan stok. Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal. c. Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal. Menyediakan peraturan makmal. c. b. Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. mengemaskini cakera keras dan mengimbas disk) d. c. panduan penggunaan peralatan dan perisian serta mempamerkannya di tempat yang strategik. Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal. (Contoh penyenggaraan: Servis air-con. 1-11 1-11 . Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. mencuci pemacu. C Jawatankuasa Penyenggaraan Dan Keselamatan a. e. manual dan lesen perisian. B Jawatankuasa Keceriaan a. d. Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber seperti perisian kursus.Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-3 A Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi a. Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling.

1-12 1-12 . c. . Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah. b.Bab 1 : Perancangan D Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Program ICT a. d. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa. Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk programprogram khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.

CARTA GANTT 4. Melahirkan 100% staf sokongan (1 orang) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. Yuran ditanggung oleh PIBG.2. Membangun infrastruktur dengan menambah dua buah komputer yang lengkap dengan perisiannya. 5.1. Kertas kerja perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai satu gambaran keseluruhan aktiviti tersebut dan akan digunakan untuk mendapat kelulusan bagi pelaksanaan dan peruntukan kewangan yang berkaitan.. 1. Membangunkan infrastruktur ICT sekolah Menghasilkan pentadbir.2. 3. 2. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH 3. Melahirkan 40% pelajar yang celik ICT. OBJEKTIF 2. 2. 3. MATLAMAT 1. 1-13 1-13 .4. 3. Ia disediakan berdasarkan kepada pelan tindakan .1.3. Menghantar 3 orang guru untuk menyertai Kursus ICT JPN Menghantar 2 orang guru untuk menyertai kursus Microsoft Office di Syarikat XYZ. staf sokongan dan pelajar yang celik ICT Menggunakan ICT dalam menjalankan tugas harian 2.Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-4 Perancangan ICT SMK Sri Kiara bagi Tahun 2002 1.3. 3. 1.1.2. Melahirkan 20% guru (5 orang) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.1. 2. KERTAS KERJA (ISN’T THIS A KERTAS KERJA BY ITSELF?) 5. Carta Gantt Tahun 2002 bagi SMK Sri Kiara adalah seperti di Jadual 3. 4.4.3.1. guru. Latihan untuk staf sokongan (semua) oleh guru terlatih Menjalankan kelas Literasi Komputer untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2. Carta Gantt pula dibuat bagi menggambarkan Perancangan Jangka Pendek ICT SMK Sri Kiara Tahun 2002.

Dalam hal ini. JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL 6..2. SEMAKAN SEMULA (REVIU) 7.1.1. Semakan status pelaksanaan Pelan akan diadakan pada 1 April 2002 dan 1 Jun 2002. 1-14 1-14 . (Sila Rujuk Lampiran 1) 6.Bab 1 : Perancangan 5. Contoh Kertas Kerja: Latihan Guru bagi Meningkatkan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah disertakan bersama perancangan ini. Semakan status pencapaian Pelan akan diadakan pada 1 November 2002.2. 7.2. 7. 6. Perincian jadual adalah seperti di …. jadual anjal yang berulang setiap 4 minggu akan digunakan. Jadual Penggunaan Makmal Komputer SMK Sri Kiara dirangka bagi membenarkan penggunaan optimum makmal bagi semua kelas.

terarah kendiri dan kadar kendiri. Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam menggalakkan proses pengajaran-pembelajaran terarah akses kendiri. OBJEKTIF : Mengadakan taklimat konsep Sekolah Bestari bagi semua guru dan staf sokongan. Dengan ini. sejak tahun 1996. Mengadakan latihan dalam aspek-aspek tersebut: • Kemahiran generik • Penggunaan aplikasi Microsoft Excel bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran efektif • Penggunaan bahan internet yang telah dimuat turun dalam pengajaran dan pembelajaran 1-15 1-15 . MATLAMAT: Menghasilkan tenaga pengajar SMK Sri Kiara yang fasih dalam konsep Sekolah Bestari dari segi pengajaran dan pembelajaran. tidak ada seorang guru di sekolah ini yang mengetahui secara mendalam mengenai konsep Sekolah Bestari. latihan dalam penggunaan konsep Sekolah Bestari adalah perlu agar sekolah SMK Sri Kiara tidak tertinggal dalam perkembangan pendidikan semasa. Tambahan pula. SMK Sri Kiara mempunyai dua orang guru yang mahir dalam IT tetapi tidak ada seorang guru yang telah diberi latihan dalam menggunakan ICT dalam pengajaran-pembelajaran. dan boleh mengaplikasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.Bab 1 : Perancangan CONTOH KERTAS KERJA LATIHAN GURU BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JANGKAMASA : BAHAGIAN 1: BAHAGIAN 2: BAHAGIAN 3: 28 – 29 Mei 2002 9 – 10 September 2002 2 Disember 2002 RASIONAL: Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran pemikiran kritis dan kreatif. Bagi mencapai matlamat ICT SMK Sri Kiara perlu diadakan latihan yang mencukupi dalam menggunakan konsep sekolah bestari bagi guru-guru SMK Sri Kiara Pada masa ini.

20 orang KOS/JUSTIFIKASI KOS/SUMBER KEWANGAN: Bahagian 1 Tarikh 28 –29 Mei 2002 Aspek Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif Bahan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kos OS 29000: RM 350 50 orang 2 9 September 2002 2 Disember OS 29000: RM 50 OS 29000: RM 150 5 orang 3 20 orang 1-16 1-16 . Guru Matematik 5 orang 3 Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu. 2002 2 Dis. Bahasa Inggeris.Bab 1 : Perancangan TARIKH/ ASPEK/ KUMPULAN SASARAN: Bahagian Tarikh Aspek 1 28 –29 Mei 2002 Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif Bahan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan Sasaran Semua Guru Bilangan 50 orang 2 9 Sept. dan Sains.

pensyarah dan guru sumber mata pelajaran sekolah bestari akan dijemput ke sekolah untuk memberi latihan.00 tgh -Konsep Sekolah Bestari -Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Bestari Stategi Pembelajaran Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Startegi Pelaksanaan Taklimat oleh Penyelaras PKG Kumpulan Sasaran Semua guru 2.00 ptg Pengenalan kepada aplikasi Microsoft Excel Penggunaan aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif Penggunaan Excel dalam P&P Startegi Pelaksanaan Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SMK BBB Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SMK BBB Bengkel dan latihan oleh Guru Sumber Matematik SMK AAA Kumpulan Sasaran 5 guru Matematik 2.00 pagi – 4.00 ptg 29 Mei 2002 8. Nama penceramah yang dicadangkan boleh diperolehi daripada Pusat Kegiatan Guru yang terhampir.00 pagi – 12.00 – 10.00 – 5.00 ptg Bengkel dan latihan oleh Guru Sumber SMK AAA Taklimat. Bengkel dan Latihan oleh Pensyarah Maktab Perguruan BAHAGIAN 2: 9 September 2002 Tarikh Tarikh/Masa Aspek 9 Sept.30 – 1.Bab 1 : Perancangan JADUAL AKTIVITI /STRATEGI PELAKSANAAN: Pegawai.00 ptg 1-17 1-17 . BAHAGIAN 1: 28 – 29 Mei 2002 Tarikh Masa Aspek 28 Mei 2002 8.00 – 4.00 pagi 10. 2002 8.

Kaedah Muat Turun Laman Web untuk penggunaan kelas 10.00 Guru Penyelaras sebagai Sumber pagi Bestari SMKBBB Maklumat .00 – 10.Bab 1 : Perancangan Tarikh 2 Dis.00 Bahan Internet Sesi Kumpulan ptg dalam Pengajaran (mengikut mata dan Pembelajaran pelajaran) dan Matapelajaran Bengkel dengan Guru Sumber Bahasa Melayu. 2002 BAHAGIAN 3: 2 Disember 2002 Tarikh/Masa Aspek Startegi Pelaksanaan 2 Disember Pengenalan Taklimat oleh kepada Internet 8.00 Bahan Sumber Taklimat oleh tgh Mata Pelajaran Guru Penyelaras daripada Internet Bestari SMKAAA 2. dan Sains SMK AAA sebagai pemudah cara Kumpulan Sasaran 20 guru Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dan Sains PENILAIAN: Penilaian akan dibuat selepas setiap tamat setiap bahagian dari segi : • Pencapaian objektif latihan • Kesesuaian program • Kesesuaian Isi kandungan • Kesesuaian bahan • Keberkesanan Penceramah/ Pemudahcara 1-18 1-18 .30 – 1.00 ptg – 5. Bahasa Inggeris.

CADANGAN PENILAIAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG 2002 Literasi Pelajar 40% menguasai kemahiran ICT asas Sasaran Literasi Pelajar 2003 Literasi Guru Peningkatan kemahiran ICT Literasi Staf Sokongan 20% menguasai kemahiran ICT asas Literasi Guru 30% menguasai kemahiran ICT asas Literasi Staf Sokongan Kursus Literasi ICT bagi Komuniti Latihan Guru 20% menggunakan ICT dalam P&P Latihan Guru Peningkatan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Sumber Matematik Bahan Sumber Bahasa Melayu Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Bahan Sumber Sains Bahan Sumber Bahasa Inggeris Bengkel Penghasilan Bahan Sumber Bengkel Penghasilan Bahan Sumber 2 bengkel Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer 40 % staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer Peningkatan Infrastruktur ICT 2 kali setahun bagi semua komputer 2 komputer Penilaian Pelan Tindakan .

Sasaran 70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran intermediate 50% menguasai kemahiran ICT asas 10% kemahiran intermediate 60% menguasai kemahiran ICT asas 10% kemahiran intermediate 1 kursus. 20 peserta Literasi Pelajar 2004 100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate 70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran intermediate 70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran intermediate 2 kursus X 20 peserta Sasaran Literasi Guru Literasi Staf Sokongan Kursus Literasi ICT bagi Komuniti Latihan Guru 40% menggunakan ICT dalam P&P 60% menggunakan ICT dalam P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Bahan Sumber Sejarah Bahan Sumber Geografi Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P 3 bengkel Bengkel Penghasilan Bahan Sumber 3 bengkel Kajian Tindakan 80 % staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer 4 matapelajaran 100 % staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan 2 kali setahun bagi semua komputer 5 buah komputer 1 pengimbas 1 pencetak laser 1 kali setahun bagi semua komputer 5 buah komputer 1 projektor LCD 1 kamera digital Penilaian Pelan Tindakan .

CADANGA 2005 Literasi Pelajar 70% kemahiran intermediate 30% kemahiran tinggi Sasaran Literasi Pelajar 2006 Sasaran 100% kemahiran intermediate 50% kemahiran tinggi Literasi Guru 100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate 100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate 3 kursus X 20 peserta Literasi Guru 70% kemahiran intermediate 30% kemahiran tinggi Literasi Staf Sokongan Literasi Staf Sokongan 70% kemahiran intermediate 30% kemahiran tinggi 3 kursus X 20 peserta Kursus Literasi ICT bagi Komuniti Latihan Guru Kursus Literasi ICT bagi Komuniti Latihan Guru 80% menggunakan ICT dalam P&P 100% menggunakan ICT dalam P&P Bahan Sumber Sains Tulen Bahan Sumber Matematik Tambahan Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Bahan Sumber Matematik Bahan Sumber Bahasa Melayu: Bengkel Penghasilan Bahan Sumber Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Bengkel Penghasilan Bahan Sumber 2 bengkel 2 bengkel Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer Merangkaikan komputer sekolah (WAN) 40 % staf dilatih semula (retraining) dalam aplikasi pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer 60 % staf dilatih semula (retraining) dalam aplikasi pengurusan 1 kali setahun bagi semua komputer 5 buah komputer 1 pelayan 20 komputer 1 kali setahun bagi semua komputer 5 buah komputer 1 projektor LCD 1 perakam video digital Penilaian Pelan Tindakan .

30% kemahiran tinggi kerana: 1. Dua peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke sekolah lain 100% menguasai kemahiran intermediate dan 50% kemahiran tinggi kerana: 1. Matematik dan Sains telah dijalankan dan hasil kajian digunakan untuk memperbaiki mutu P&P. Bahasa Inggeris.AN PENILAIAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG Penilaian 95% menguasai kemahiran asas. Perolehan telah dibuat seperti yang dirancangkan. Sepuluh peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke sekolah lain 3. Belum ada bahan perisisan bagi matapelajaran tertentu Koleksi bahan P&P sekolah telah bertambah sebanyak 150% (mengikuti sasaran yang ditetapkan) 15 bengkel pembinaan bahan telah dijalankan (melebihi sasaran) kerana: 1. 60% intermediate. Dua peratus pelajar buta huruf tidak dapat mengikuti kelas 3. 90% intermediate.Lima peratus pelajar tidak menghadiri kelas komputer 2. Semua staf sokongan telah dilatih dan menerima latihan semula dalam aplikasi pengurusan Penyelenggaraan telah dibuat seperti yang dirancangkan. Rangkaian komputer telah dibuat bagi 40 buah komputer (melebihi sasaran) kerana : 1. Dua peratus pelajar fobia komputer dan tidak menyentuh komputer 95% menguasai kemahiran asas.Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke sekolah tanpa kemahiran ICT 2. Pemindahan masuk staf yang mahir IT 2. 20 % kemahiran tinggi kerana: 1. Keperluan bahan bagi P&P oleh guru 2. Keperluan mendedahkan guru yang baru pindah kepada proses pembinaan bahan Kajian tindakan bagi Bahasa Melayu. Guru IT sekolah telah merangkaikan 20 komputer dengan menggunakan kepakaran sendiri Penilaian Pelan Tindakan .Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke sekolah tanpa kemahiran ICT 2. Latihan tambahan di jalankan bagi staf oleh Jabatan Pendidikan Negeri Seramai 300 ahli komuniti telah dilatih dalam ICT (melebihi sasaran yang tetapkan) 75% menggunakan ICT dalam P&P kerana: 1.

C. A. F. E. B. Program-program ini boleh dilaksanakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran atau kemahiran pelajar dalam bidang ICT. G. Literasi Komputer Teknologi Maklumat e-Pembelajaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Projek Khas ICT untuk Pendidikan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif Kelab Komputer 2-1 . Sekolah boleh menyertai satu atau lebih daripada satu pengisian program yang disenaraikan berasaskan kemudahan dan kemampuan. D.Bab2 : Pengisian Program BAB 2 PENGISIAN PROGRAM PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bab ini bertujuan untuk mengenalkan program-program yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah apabila kemudahan ICT disediakan.

2-2 .3. LITERASI KOMPUTER 1.Bab2 : Pengisian Program 2A.2. 1. Dengan ini progran KDP dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai guru dan pelajar melalui garis panduan serta laman web KDP untuk penataran maklumat dan bahan bagi program Literasi Komputer. Oleh yang demikian . Program ini telah dilaksanakan secara rintis di 60 buah sekolah menengah pada tahun 1992 dan sehingga kini terdapat 575 buah sekolah KDP di seluruh negara.1. Literasi Komputer. Membina kemahiran menggunakan komputer. Literasi komputer mempunyai dua objektif khusus : 1.3. mengambil perspektif ICT itu sebagai satu peralatan teknologi. LATAR BELAKANG Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah merupakan satu usaha ke arah mempertingkatkan literasi komputer di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah serta mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. 1. 1.1.3. program KDP.2. Memberi pengetahuan asas tentang komputer. 1. Projek Pengkomputeran Kementerian Pendidikan yang sedang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan untuk melengkapkan prasarana ICT di sekolah-sekolah supaya pendidikan tentang ICT dan yang berkaitan dapat diperkembangkan dengan lebih luas lagi.

Dengan perkembangan bidang ICT yang begitu pesat. Berikut adalah maklumat mengenai pelaksanaannya: 2.3.2.2. 2. 2.2.2.kpm.1. 2. rancangan pendidikan Literasi Komputer yang dilaksanakan tahun 1992 telah dikaji semula. Bagi sekolah-sekolah rendah yang berkemampuan dari segi perkakasan.1. 2-3 . Pelaksanaan program Literasi Komputer berdasarkan struktur lapan (8) peringkat.ppk. (Rujuk Rajah A). 2.2. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 boleh mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi mengukuh dan mendalami bidang ICT sekiranya mereka berminat. program literasi ini boleh dilaksanakan untuk murid-murid tahap 1. Peringkat 1 hingga 3 dimulakan pada Tahap Dua pada tahun 4 dan disusuli pada Tahun 5 dan 6. pengetahuan dan kemahiran komputer dibahagikan kepada lapan peringkat. (laman web http://kdp. KANDUNGAN 2. manakala kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar Tingkatan 1 adalah merujuk kepada kemahiran yang terdapat pada peringkat 4.4. Merujuk kepada garis panduan Literasi Komputer.my) 2.5. Peringkat 4 hingga 8 diteruskan di sekolah menengah untuk pelajar Tingkatan 1 dan disusuli pada Tingkatan 2 dan 3. kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar sekolah rendah ialah kemahiran yang terdapat pada Peringkat 1.2. Maklumat mengenai peringkat ini boleh didapati daripada garis panduan Literasi Komputer.Bab2 : Pengisian Program 2. tenaga pengajar dan kemampuan murid-murid. Dalam penyemakan semula program untuk literasi komputer ini.2.

7.2. 2.9. 2. Selain daripada penguasaan kemahiran asas MS Office dan kemahiran berkomunikasi menerusi rangkaian dan Internet.2. bahan tersebut perlulah dinilai dahulu supaya ianya memberi manfaat kepada murid-murid. Guru-guru mata pelajaran boleh membantu semasa membuat penilaian.6. Drawing.Bab2 : Pengisian Program Sekolah Rendah Sekolah Menengah Peringkat Kemahiran P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 Kemahiran Asas Sekolah Rendah Kemahiran Asas Sekolah Menengah Rajah 2-1: Tahap kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar 2.2. dan sebagainya) . 2. 2. Pelajar juga berpeluang untuk menggunakan grafik berasaskan MS Windows 98 (perisian Paint) dan MS Office 2000 (menu Word Art. 2-4 . tumpuan juga harus diberi kepada perkembangan terbaru dalam bidang ICT seperti penggunaan laman web dan portal-portal pendidikan sebagai sumber maklumat.10.8.2. Penstrukturan berdasarkan peringkat 1 hingga 8 ini adalah luwes (flexible) dan tidak terhad kepada sekolah rendah atau sekolah menengah.2. Pelajar boleh melangkah ke peringkat seterusnya berdasarkan pencapaian masing-masing. Sekiranya pihak sekolah berkemampuan untuk memperolehi bahan-bahan daripada pihak luar. Sekolah seharusnya memperuntukkan masa yang mencukupi di peringkat sekolah rendah dan menengah supaya pelajar dapat menguasai setiap peringkat literasi komputer.

Bab2 : Pengisian Program 3.1. Oleh kerana tiada guru tambahan dibekalkan.3. • Pelajar yang lain boleh meneruskan pelajaran dengan bahan sumber yang lain. SYARAT PENAWARAN 3. 10 pelajar boleh menjalankan latihan literasi komputer dengan menggunakan modul-modul yang disediakan. Sekolah yang mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi melalui sumber-sumber lain. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 4. Latihan dalaman kepada guru perlu diberi tumpuan dan sasaran penguasaan kemahiran guru ditetapkan. Sekolah yang mendapat bekalan komputer daripada KPM di bawah program KDP atau Projek Pengkomputeran KPM. dalam Bab 4.3. Sekolah swasta yang berminat untuk melaksanakan program ini.1. Sekolah menengah sebaiknya bermula daripada Tingkatan 1 dan sekolah rendah disarankan bermula pada Tahap Dua.2.2.3. Bantuan latihan boleh didapati 4.3. Jumlah komputer yang kecil bukan merupakan faktor penghalang kepada program ini. 4. Sekolah boleh memulakan program ini di atas inisiatif sendiri tetapi sebaikbaiknya dimaklumkan kepada JPN . tenaga pengajar untuk program ini diambil daripada kalangan guru yang sedia ada serta berkemahiran dalam ICT.1. 4. 3. 3. dan tidak semestinya Guru Penyelaras ICT. 2-5 . 3.3.2. Pendekatan yang sesuai seperti menggilirkan penggunaan komputer boleh digunakan. Contohnya untuk sebuah kelas yang mempunyai 40 orang pelajar: • Untuk lima (5) PC. Sasaran Program Literasi Komputer 3.1.2. 3.

Kelas malam diadakan untuk Sekolah Berasrama Penuh. JKKK.3. (Rujuk laman web http://kdp.ppk. 5.kpm. Program untuk literasi komputer diserapkan mata dalam P&P. mendapatkan sumbangan pihak luar adalah seperti di Bab 7. Rekod pencapaian pelajar yang dibawa daripada sekolah rendah ke sekolah menengah boleh digunakan untuk mengesan tahap penguasaan murid. 5. 2-6 Panduan . Kemudahan rakam salin CD-ROM pembelajaran keluaran Bahagian Teknologi Pendidikan boleh didapati di Pusat Sumber Pendidikan Negeri atau di setengah Pusat Kegiatan Guru. UKURAN PENCAPAIAN 5. Penggunaan freeware dan shareware yang boleh dimuat turun dari Internet boleh digunakan untuk membantu P & P. 5.4.my) 4. Ia dilihat berdasarkan kadar penguasaan asas pelajar daripada peringkat 1 (Sekolah Rendah) dan peringkat 4 (Sekolah Menengah).5. Penyusunan jadual waktu adalah bergantung kepada kesesuaian dan kebijaksanaan pihak pengurusan sekolah. pelajar dibawa masuk ke makmal komputer menggunakan semasa CD-ROM waktu pelajaran berkaitan mata pelajaran tersebut.3.Bab2 : Pengisian Program 4. Sasaran jumlah pelajar dan guru yang melalui program ini dalam tempoh yang tertentu.1. Kelas komputer diadakan pada hari Sabtu. Berikut adalah contoh langkah yang boleh diambil oleh sekolah: • • • • Jadual waktu sesi pagi atau sesi petang dilanjutkan. Tiada peruntukan kewangan yang khusus untuk program ini tetapi sekolah boleh berusaha untuk mendapatkan dana tambahan menerusi sumbersumber lain seperti sumbangan daripada PIBG. yang contohnya. • 4. Ukuran pencapaian adalah berasaskan garis panduan dan modul pembelajaran akses kendiri yang disediakan untuk tujuan program ini.dll. program literasi komputer dijalankan dalam aktiviti kelab komputer.2.

2 http:// kdp.1.ppk.kpm.kpm. RUJUKAN 6. 8/2000: Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah. 6. bahan-bahan pengajaran dalam bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di muat turun untuk kegunaan aktiviti pembelajaran Literasi Komputer) 6.3 http://myschoolnet. Pekeliling Ikhtisas Bil. garis panduan program.my (Melalui laman ini.my (Melalui laman ini.ppk.Bab2 : Pengisian Program 6. bahan-bahan pengajaran berbentuk Modul Interaktif Pengajaran dan Pembelajaran boleh di muat turun untuk kegunaan aktiviti pembelajaran Literasi Komputer) 2-7 .

my.4.2.3. Setiap pelajar yang mengambil mata pelajaran ini mesti mengakses laman WEB yang berkenaan dan melaksanakan aktiviti yang terdapat pada setiap modul. menggunakan MSN Messenger. Guru mata pelajaran TM digalakkan untuk berinteraksi sesama mereka supaya kefahaman mereka terhadap pelaksanaan mata pelajaran ini dapat dipertingkatkan. KANDUNGAN Dokumen kurikulum seperti Sukatan Pelajaran . Tiada buku teks yang khusus diperuntukan untuk mata pelajaran ini. LATAR BELAKANG Mata pelajaran Teknologi Maklumat ( TM ) merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan di peringkat SPM mulai tahun 2000. mata pelajaran ini dikendalikan secara terarah kendiri (self-directed). 2. 1. Senarai Elemen Pentaksiran dan modul pembelajaran telah disediakan dan boleh diakses melalui laman web http:// kdp. 2. Web Communities. Kemajuan dan pencapaian di peringkat sekolah direkodkan sendiri oleh pelajar dalam rekod pembelajaran yang disediakan . 2. maklumat tentang perkara yang ditaksir dalam mata pelajaran ini dan panduan 2-8 . Terdapat enam (6) bidang dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat yang memerlukan penekanan yang serata dan seimbang yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. strategi dan bahan pengajaran dengan menggunakan e-mail atau persidangan video (contohnya. 1. Huraian Sukatan Pelajaran. MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SPM 1.3. 2.).4.2. Yahoo Messenger. 1.ppk. akses kendiri (self- accesed) dan berdasarkan kadar kendiri (self-paced).1. Pengajaran secara kelas tidak digalakkan.kpm. Mereka juga diharapkan dapat berkongsi idea. 2. Pentaksiran peringkat sekolah mesti dilaksanakan oleh guru. dll. Bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 1.1.Bab2 : Pengisian Program 2B.

6 3.1 3. SYARAT PENAWARAN Syarat penawaran TM berdasarkan surat makluman KPM KP(PPK) 016/62/Jld.7 3. 3. 3.1 unit .2 3.4 3.my/~lp.3.4 3.moe.Bab2 : Pengisian Program pelaksanaannya boleh didapati daripada laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) http://www2. Bilangan pelajar mestilah sekurang-kurangnya 16 orang untuk mengambil mata pelajaran tersebut.htm mendapatkan senarai harga terkini perisian-perisian tersebut.5 3.3.3.3.3.gov.2 3.untuk 20 + 5 unit .5 20 + 1 pelayan/komputer guru 5 komputer (digunakan sebagai standby jika berlaku kerosakan.3.1 3.8 3.1(49) bertarikh 15/2/2000.3.untuk 20 + 5 unit . Keperluan asas perkakasan yang perlu ada adalah seperti berikut: 3. Sila untuk 2-9 .1 unit Perisian yang diperlukan adalah : Window NT( untuk rangkaian dan kawalan) .2.4. Proses perolehan boleh didapati dalam Bab 3.1 unit .4 3. hanya perlu disediakan semasa pentaksiran pusat) Akses Internet Kad tangkap video (video capture card) Rangkaian Setempat (LAN) + hub Pencetak Pengimbas Windows 95/98 (untuk setiap PC) MS Office (untuk setiap PC) Adobe Photoshop (pc guru) Adobe Premier (pc guru) Comil Versi Zamrud (pc guru) .4.moe.3 3.gov.3.1. 3.3 3.3.4.6 Adalah diingatkan bahawa sekolah yang ingin menawarkan mata pelajaran ini sendiri perlu membeli sendiri perisian-perisian yang diperlukan.5 3.my/pekeliling/panduan. 3. 3.4.4.1 unit Perisian-perisian keluaran Microsoft boleh diperolehi dengan harga istimewa (Educational Price) melalui JPN. rujuk www.

pemberatan diberikan kepada penggunaan MS Office. 5. Pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaan atau LPM akan membuat lawatan ke sekolah untuk memastikan sekolah menepati syarat pekeliling daripada LPM dan membuat laporan mengesahkan sekolah sebagai pusat peperiksaan. aplikasi persembahan dan aplikasi hamparan data. Bagi komponen pengaturcaraan.my.Bab2 : Pengisian Program 4.2. 4. 5. tumpuan harus diberi kepada bahasa pengaturcaraan yang pelbagai dengan pemberatan kepada Visual Basic.1. 5.1.p. 5.ppk. Untuk itu makmal dan kemudahan ICT sekolah harus menepati syarat-syarat yang dinyatakan dalam pekeliling LPM seperti menunjukkan bukti lesen. Penggunaan freeware dan shareware adalah digalakkan supaya pelajar didedahkan kepada kepelbagaian aplikasi – sebahagiannya boleh dimuat turun melalui laman web http://kdp. Ketua Sektor Pengurusan Akademik. Jabatan Pendidikan Negeri untuk berdaftar sebagai pusat peperiksaan untuk Teknologi Maklumat (Sila rujuk Rajah B2 ).3. 4. 2-10 .4 TENAGA PENGAJAR Guru yang mengajar mesti mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Sains Komputer atau Teknologi Maklumat. (Sila rujuk Rajah B1). Jabatan Pendidikan Negeri) untuk menawarkan mata pelajaran Teknologi Maklumat di peringkat SPM. Sekolah juga harus memohon kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan.kpm. 4.2. Bagi aplikasi pemprosesan perkataan. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM Sekolah perlu membuat permohonan kepada JPN (u. 4.3.

Unit Penilaian ) B2 Sekolah melengkap Pegawai Unit Penilaian JPN akan membuat pemantauan Tidak diluluskan Hasil Pemantauan JPN memaklumkan kepada PPK dan Lembaga P ik Diluluska SEKOLAH LAYAK MENJADI PUSAT PEPERIKSAAN UNTUK PENTAKSIRAN PUSAT MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Rajah 2-2 : Proses Permohonan Untuk Menawarkan Mata Pelajaran dan Permohonan Untuk Menjadi Pusat Peperiksaan Teknologi Maklumat.Bab2 : Pengisian Program Mula B1 Memohon Menulis Surat Kepada Pengarah JPN (u. 2-11 .p. KSPA) Sekolah melengkap Pegawai JPN akan membuat lawatan Tidak diluluskan Hasil Pemantauan Diluluskan JPN memaklumkan kepada PPK dan Lembaga P ik SEKOLAH LAYAK MENAWARKAN MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Memohon Menulis Surat Kepada Pengarah JPN (u.p.

Bab2 : Pengisian Program

6. UKURAN PENCAPAIAN 6.1. Contoh bagaimana pencapaian dalam Teknologi Maklumat dapat diukur adalah:6.1.1. 6.1.2. 6.1.3. 6.1.4. 7. 7.1 Rekod pelajar Kadar penguasaan pelajar Kerja Kursus Peperiksaan Berpusat

RUJUKAN Laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di http://www2.moe.gov.my/~lp (Untuk mendapatkan maklumat dan panduan pentaksiran yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan)

7.2

Laman web Pusat Perkembangan Kurikulum di http://www.ppk.kpm.my (Untuk mendapatkan maklumat mengenai Sukatan dan Huraian mata pelajaran Teknologi Maklumat)

7.3

Laman web Kementerian Pendidikan di http://www.moe.gov.my/pekeliling/panduan.htm (Untuk mendapatkan maklumat am serta pekeliling yang berkaitan dengan ICT )

7.4

Laman

web

Unit

Komputer

Dalam

Pendidikan,

PPK

di

http://kdp.ppk.kpm.my (Untuk mendapatkan garis panduan penawaran, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, modul-modul pembelajaran, dan maklumat am mengenai mata pelajaran Teknologi Maklumat) 7.5 http://www.sabine.k12.la.us/vrschool/complab.htm (Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkakasan komputer Bahasa Inggeris) 7.6 http://www2.famvid.com/i101/internet.html (Untuk mendapatkan maklumat mengenai internet - versi Bahasa Inggeris) - versi

2-12

Bab2 : Pengisian Program

7.7

http://www.putera.com/tanya/ (Untuk mendapatkan maklumat dan rumusan sebarang masalah berkenaan komputer)

7.8

http://www.rad.net.id/homes/edward/intranet/intradex.htm (Untuk mendapatkan maklumat mengenai jaringan dalaman dan intarnet – versi Bahasa Indonesia)

7.9

http://www.rad.net.id/homes/edward/intbasic/basic.htm (Mengandungi artikel tentang Internet dan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di dalamnya- versi Bahasa Indonesia.)

7.10

http://www.sabah.edu.my/istilah-it/index.html (Untuk mendapatkan maklumat mengenai istilah ICT, terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia)

2-13

Bab2 : Pengisian Program

2C. e-PEMBELAJARAN
1. 1.1. LATAR BELAKANG Pembelajaran yang berasaskan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer dan rangkaian melalui Internet dan /atau Intranet dan bersumberkan komputer pelayan , pusat data atau portal pendidikan. 1.2. e-Pembelajaran seharusnya melibatkan penggunaan e-mail, fungsi ‘chat’, ‘video conferencing’ dan lain-lain bentuk komunikasi elektronik. 2. KANDUNGAN Program e-Pembelajaran yang khusus telah dijelmakan dalam pelbagai bentuk seperti program pendidikan jarak jauh UNITAR, pendekatan tutorial di portal dan laman pendidikan yang tertentu dan projek-projek Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. SYARAT PELAKSANAAN Perlu ada rangkaian dan akses internet Menggunakan URL/laman web yang sesuai untuk P & P. Kakitangan yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk melaksanakan program Perlu menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan pencarian maklumat melalui kemudahan ICT. 4. 4.1. 4.2. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM Kesediaan, kesedaran dan kemampuan guru Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah

2-14

1.2. 6.ppk. 5. RUJUKAN Laman web http://myschoolnet. Pelajar dapat mencari maklumat (browse). 5. UKURAN PENCAPAIAN Penguasaan kemahiran ICT berdasarkan hasil pembelajaran.my 2-15 .kpm. menghantar e-mail dan menyusun semula maklumat yang didapati dengan menggunakan peralatan ICT.Bab2 : Pengisian Program 5.

3. contohnya membuat persembahan hasil perbincangan menggunakan aplikasi Power Point.3 3. 3.3 ICT sebagai alat aplikasi .Bab2 : Pengisian Program 2D. 2-16 .2 Penggunaan ICT secara penerokaan – penggunaan bahan CD.1 KANDUNGAN Berdasarkan perancangan rapi sebelum sesuatu masa P&P Berdasarkan objektif pelajaran dan kesesuaian (relevan) Berfikrah dan bijaksana PENDEKATAN/KAEDAH Penggunaan ICT secara tutoran – bahan yang berdasarkan susunan yang tetap atau modul dalam portal pendidikan di mana penjelajahannya dikawal oleh sistem. Berkomunikasi secara e-mel. (Bahan laman web disimpan dalam server dan diakses secara Intranet) Kemahiran mencari. 3. 2. video conferencing.4 Kerja kursus dan penilaian hasil projek pelajar. PRODUK /HASIL 4. messenger .3 4.2 4. LATAR BELAKANG Merupakan kaedah dan strategi pengajaran yang menggunakan ICT bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. mengumpul dan memilih maklumat daripada Internet. 3. 2.penggunaan aplikasi untuk menjanakan produk dan melaksanakan tugas pembelajaran.2 2.4 ICT sebagai alat komunikasi – berhubung dengan pihak lain atau sumber maklumat daripada lokasi yang berbeza menerusi aplikasi komunikasi seperti e-mail.dsb. chatting atau video-conferencing untuk tujuan pendidikan.1 4. 4. Pembinaan laman web yang boleh diakses secara offline sekolah. PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.1 2. chat. portal maklumat atau Internet untuk mengumpul maklumat untuk tugasan yang tertentu di mana muatan dan penerokaan dikawal oleh murid.

my atau http://igalaksi/mercury/kdp Laman web http://www.kpm. 6.1 5.3. 8. memetik maklumat dan mempersembahkan maklumat. 8.3 RUJUKAN Laman web http://kdp. 5. menyusun.1 6.1.2 SYARAT PELAKSANAAN Perancangan rapi oleh guru bersesuaian dengan objektif pengajaran. Briged guru yang mampu membantu guru lain dalam P & P dan masalah komputer. 7.kpm.1.Bab2 : Pengisian Program 5.2. 7.2 6.my Laman web http://myschoolnet. Penguasaan kemahiran belajar oleh pelajar iaitu dapat memilih.4. Pentaksiran autentik berdasarkan hasil sebenar Briged pelajar yang dapat membantu pelajar lain dalam P & P dan masalah komputer. 6.my 2-17 .3 7. 7.ppk. 8. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM Tahap literasi komputer guru yang baik Kesediaan dan kesedaran guru Sokongan oleh pihak pengurusan UKURAN PENCAPAIAN Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output/produk pelajar.2 8. 7.ppk.bestarinet.

2.2.1. 2-18 . Latihan pengurusan e-Book telah diberi kepada pengetua dan pegawai JPN serta latihan aplikasi e-Book kepada guruguru yang terlibat. 2. Sumbangan kepada pengurusan sekolah dan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan.Bab2 : Pengisian Program 2E. Sumbangan serta potensinya untuk membantu mempertingkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar.1. Guru dan pelajar di sekolah-sekolah yang terlibat akan menggunakan pembelajaran ii. Keberkesanan penggunaan ICT dalam projek rintis tersebut. Penerangan ringkas tentang projek-projek Kementerian Pendidikan yang telah dan sedang dijalankan adalah seperti berikut: 2. Sebanyak 50 buah sekolah telah dikenal pasti terlibat dalam Projek Rintis Buku Elektronik di Sekolah Menengah.2. 2. Peluasan projek-projek ini adalah bergantung kepada: 2.3. 2. 2.1. pengujian aplikasi khusus termasuk perangkaian dan peralatan komputer yang dijalankan di sekolah-sekolah kerajaan. pembangunan portal. PROJEK KHAS ICT UNTUK PENDIDIKAN 1. KANDUNGAN KPM telah memperkenalkan berbagai-bagai projek ICT untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah sebagai projek rintis. 2. Syarikat pembekal telah menyediakan infrastruktur asas yang terdiri daripada pemasangan talian ISDN dan perkakasan untuk pengajaran dan wireless base station di setiap sekolah.1.1.1 Projek Buku Elektronik atau e-Book i. LATAR BELAKANG Projek Khas ICT untuk pendidikan merupakan mana-mana projek ICT yang diperkenalkan oleh KPM atau pihak swasta yang melibatkan pengujian perisian.

35 buah sekolah telah mula dibekalkan dengan perkakasan e-Book untuk penggunaan dalam proses P & P menerusi capaian kepada portal Pendidikan e-Book. pengujian aplikasi khusus dan aplikasi web.2 Projek Pemasangan Sendiri Komputer (PSK) i. Projek ini bertujuan melatih pelajar mengenai pemasangan komponen komputer termasuk hardware dan software . Penilaian projek menyeluruh telah Oktober 2001 oleh KPM dibuat pada bulan keberkesanan tentang penggunaan perkakasan buku elektronik. Projek ini telah dilaksanakan di 14 buah sekolah rintis di seluruh Malaysia.2.my. 2.2. Pemilihan sekolah untuk tujuan peluasan projek ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri. perisian pendidikan. Antara projek ini ialah pengujian ii. iii. 2. sebanyak 30 buah sekolah lagi telah dipilih untuk tujuan peluasan projek ini. iv.kpm.ppk. Garis panduan projek ini boleh didapati dari laman web http://kdp. Pada tahun 2002. Portal ini mengandungi buku teks untuk mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran Sastera ikhtisas yang seharusnya boleh dimuatturun (download) oleh pelajar dan guru mengikut keperluan mereka. ii. iv. Projek ICT Swasta adalah merujuk kepada projek-projek yang dikendalikan oleh syarikat swasta di sekolah-sekolah kerajaan.Bab2 : Pengisian Program iii. Berikut adalah garis panduan untuk sekolah sebelum terlibat dalam projek-projek ini: 2-19 . Projek ICT Swasta i. v. v.3 Pelajar juga dapat dilatih untuk mengenal pasti dan membaikpulih kerosakan yang mudah.

ppk.kpm.ppk.bestarinet.3 4.1 4.4 UKURAN PENCAPAIAN Peningkatan minat di kalangan pelajar menerusi indikator seperti kedatangan yang lebih baik. Syarikat perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri sebelum mengadakan projek di sekolah. Bahagian Sekolah KPM perlu dimaklumkan mengenai projek itu.3 4.2 3.2 4.Bab2 : Pengisian Program • • • Sekolah perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri. • Penyelaras ICT Negeri boleh dianggap pakar rujuk untuk sekolah mendapat nasihat agar dapat dielakkan projek yang mungkin mempunyai kos tersembunyi atau implikasi • Projek yang berkaitan tidak seharusnya melibatkan kutipan wang daripada pelajar atau kos berulang kepada sekolah.edu.my Laman web http://myschoolnet.1 3.my atau http://igalaksi/mercury/kdp 2-20 . Pembelajaran secara kolaboratif menerusi ICT.0 4. Peningkatan literasi komputer di kalangan guru dan pelajar.kpm.my Laman web http://kdp. RUJUKAN Buku Panduan Sekolah Bestari Laman web http://www. 3. penglibatan individu dalam aktiviti ICT. dsb.0 3.

dan rekabentuk interaktif. pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan pesatnya melalui komputer. video. rekabentuk skrin. PBK telah dipertingkatkan rekabentuknya dengan pengintegrasian fitur-fitur multimedia dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pengguna. berdasarkan kepada hakikat bahawa ia adalah alat yang berpotensi tinggi untuk menjadi pelantar ilmu dan maklumat. Penggunaan Perisian Kursus Terdapat dua kelebihan utama apabila melaksanakan pembelajaran berasaskan perisian kursus. Dengan kemunculan teknologi hipermedia yang berkembang dengan pesatnya. Ia merangkumi prinsip-prinsip rekabentuk pengajaran. Definisi Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif atau juga dikenali sebagai perisian kursus adalah perisian PBK yang dibangunkan berasaskan kepada perancangan sistematik. Perisian ini dapat digunakan secara interaktif dimana pengguna mengawal perkembangan pembelajaran mengikut tahap pencapaian kendiri.Bab2 : Pengisian Program 2F. Pada masa kini dan masa-masa akan datang. 2. Fakta-fakta yang dipersembahkan dapat diperkukuhkan dengan elemen-elemen multimedia seperti audio. Pertamanya ialah kelebihan teknologi multimedia yang antara lainnya dapat: • • Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar kerana pembelajaran akan lebih menyeronokkan Membantu pelajar memahami konsep yang kompleks dengan lebih mudah kerana dapat dipersembahkan dalam konteks dan juga dapat dilihat secara lebih konkrit 2-21 . 3. ilustrasi grafik dan animasi. Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif 1 Pengenalan Komputer telah lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui program-program Pengajaran-Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).

Keduanya ialah berdasarkan kepada keupayaan perisian pengarangan yang membolehkan pelajar belajar: • • • Secara pembelajaran kendiri Mengikut pencapaian kendiri Secara terarah kendiri Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan pembinaan perisian kursus melalui dua program utama. 4 Komponen Perisian Kursus Multimedia Semua perisian kursus multimedia yang dibangunkan oleh BTP dan rangkaiannya mengandungi komponen-komponen seperti berikut: 4.3 4.1 Objektif Perisian Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran penggunaan perisian kursus. Submenu Tajuk-tajuk kecil bagi setiap tajuk utama. pelajar di akhir Mereka terdiri daripada pasukan pembangun diusahakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Projek Rintis Sekolah 2-22 .2 4.Bab2 : Pengisian Program • Kepelbagaian elemen multimedia membolehkan pelajar memilih pendekatan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran masingmasing. Komponen Asas: 4. Contohnya sesetengah pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih berkesan apabila mencuba sendiri dan dibantu oleh ilustrasi grafik.4 Menu Tajuk-tajuk utama bagi isi kandungan perisian kursus. Bantuan Memberi penerangan kepada cara menggunakan alat navigasi dan beberapa simbol yang digunakan di dalam perisian kursus. Bestari.

Melalui aktivitiaktiviti ini.6 Ujian Soalan-soalan yang dibina dan dijanakan secara rawak untuk menguji pemahaman pelajar. 5 Pengintegrasian Perisian Kursus dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Setiap perisian kursus boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut objektif pembelajaran yang diinginkan. contoh-contoh ini bukanlah terhad dan terpulang kepada kreativiti guru sebagai pengurus pengajaran.Bab2 : Pengisian Program 4. pelajar membuat pemilihan sendiri ke atas perkara yang hendak dipelajari. Strategi-strategi yang digunakan ialah: • • • • • • • Penjelajahan Penemuan Pengembaraan Penceritaan Permainan Simulasi Tutoran 2-23 . Berikut adalah beberapa contoh penggunaan. kuiz dan latihan. 5. Walau bagaimanapun.5 Aktiviti Terdiri daripada pelbagai bentuk tugasan pelajar secara hands-on sama ada dalam bentuk permainan.1 Secara Kendiri Melalui cara ini. 4.7 Maklumbalas Pelaporan yang diberikan secara teks/visual/kesan bunyi/suara latar tentang setiap cubaan pelajar terhadap ujian/kuiz/latihan. pelajar dapat menilai status pencapaian pembelajaran masing-masing seterusnya. dan membantu pelajar membuat pemilihan 4.

2 5. 2-24 .Bab2 : Pengisian Program 5. guru memilih beberapa aktiviti alternatif yang kesemuanya akan mencapai hasil pembelajaran yang sama dan menjalankan aktiviti secara berurutan. Contoh-contoh adalah seperti : 5. iaitu dari tahap asas kepada tahap tinggi atau dari tahap mudah kepada tahap rencam. Urutan disusun berasaskan kepada beberapa criteria.2 Secara Kooperatif Pendekatan ini memerlukan perancangan rapi oleh guru. Pelajarpelajar diberi arahan dan bimbingan berdasarkan kepada modelmodel pembelajaran yang menyokong kepada kemahiran-kemahiran khusus. guru memilih satu daripada aktiviti yang terdapat di dalam perisian kursus dalam satu masa pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.4 Model Selektif Model Berurutan Model Stesen Model Cabang Berikut adalah ciri-ciri model di atas. Model ini sesuai digunakan untuk pelajar yang memerlukan pelbagai aktiviti untuk membantu mereka menguasai hasil pembelajaran tertentu. Model Selektif Mengikut model ini. Model ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kumpulan murid yang homogenus Model Berurutan Mengikut model ini.2.2. contohnya tahap kesukaran.3 5.2.2.1 5.

2-25 .setiap kumpulan pelajar hanya menjalankan aktiviti dalam stesen masing-masing. Cara ini sesuai bagi kumpulan pelajar yang heterogenus. Pada permulaannya.Bab2 : Pengisian Program Model Stesen Mengikut model ini. guru memilih beberapa aktiviti yang akan mencapai hasil pembelajaran yang sama atau berlainan dan menjalankan aktiviti secara kumpulan kecil.Dalam stesen statik. Model ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan dua pendekatan.Dalam stesen dinamik. setiap kumpulan akan meneruskan dengan aktiviti lain mengikut tahap pencapaian kumpulan. aktiviti-aktiviti pelajar adalah secara tersusun mengikut pencapaian hasil pembelajaran dari peringkat rendah ke peringkat lebih tinggi. Stesen dinamik . Pemilihan ke atas aktiviti-aktiviti adalah berdasarkan kepada tahap kebolehan kumpulan pelajar tersebut. semua kumpulan pelajar akan bermula dengan aktiviti yang sama dan mencapai hasil pembelajaran yang sama. Seterusnya. kumpulan pelajar akan melakukan aktiviti secara bergilir-gilir. Model Cabang Mengikut model ini. Stesen statik . Pemilihan aktiviti oleh setiap kumpulan perlu dibimbing oleh guru agar setiap kumpulan dapat mencapai hasil pembelajaran yang optimun. iaitu pendekatan stesen statik atau pendekatan stesen dinamik. Cara ini sesuai bagi kumpulan yang berupaya untuk menentukan pelbagai aktiviti mereka sendiri untuk mencapai hasil pembelajaran mereka. Model ini sesuai digunakan untuk kumpulan murid heterogenus dan juga apabila kemudahan tidak mencukupi (contohnya komputer).

Sek. Ren Sek. Ren Sek. Walau bagaimanapun. Ren Sek. pengedaran ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa.Bab2 : Pengisian Program 6 Pembekalan Perisian Kursus Perisian-perisian kursus yang diterbitkan oleh BTP diedar secara percuma kepada sekolah-sekolah. Banana and Universal Truth BI Learn About Fruits BI Things In The Classrooms and Home BI Fun With Numbers BI Tiggy’s Animal World BI Tiggy’s Classroom BI Plants and Flowers BI More Insects BI Life cycle of insects BI People BI Insects BI Numbers with Robo BI Buildings and Places BI Animals BI Habitul Actions BI Fruits and Vagetables BI Dwarfie Explores Buildings and Places BT Places Building and Monument BI Giving Direction BI The Nightingale BI The Tortoies Who Could Not Keep It’s BI Mouth Shut Introduction to Prepositions BI BIL SASARAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 Sek. Ren Sek. Ren Sek. Sek. Ren Sek. Ren Sek. Ren Sek. Men Sek. JUDUL PERISIAN KURSUS TERBITAN RANGKAIAN BTP/PSPN/BTPN/PKG EDARAN 1999 – 2002 JUDUL SUBJEK BAHASA INGGERIS Mr. Buat masa ini. Men Sek. Sek. Ren Sek. Ren Sek. Ren Sek. Sek. Men BAHASA MELAYU 23 24 25 26 27 Cerita Rakyat Lubuk Kulit Belajar Penjodoh Bilangan Bersama Tiki Pekerjaan Kenalkan Warna Dengan Tiki BM BM BM BM BM Sek. Ren Sek. Ren Sek. Men Sek. pengedaran dihadkan ke beberapa buah sekolah yang dikenalpasti oleh Kementerian Pendidikan. Ren Sek. Ren Sek. Ren Ren Ren Ren Ren 2-26 . Ren SeK. Ren Sek. Men Sek. Berikut adalah senarai judul perisian kursus yang telah diterbit dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sek. Sek. Kubus dan Kuboid Tambah Dalam Lingkungan 100 Bahagi 45 ÷9 Graf Mendarab nombor Hingga Dua Digit dengan Satu Digit Tangen bagi Bulatan Nombor 1 – 10 Penjelmaan Perimeter dan Luas Sisi 4 Trigonometri Nombor Negatif I Pepejal dan Isipadu Sudut Dongak dan Sudut Tunduk Jarak. Sek. Sek. Men 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 Pecahan Tahap 2 Darab 9 x 9 Pecahan Tahun 4 Masa dan Waktu Tambah dalam Lingkungan 500. Sek.. Masa. Sek. Sek.ISLAM Sek. Sek. Sek Sek. Ren Ren Ren Ren. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Laju dan Pecutan Kecerunan dan Luas di Bawah Graf Lokus Dalam Dua Matra Nombor Negatif II Tuas Peratus Gandaan Pecahan Nombor Bulat Kebarangkalian MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT MAT Sek. Sek. Sek. Men Men Men Men Men Men Men 39 Bersuci MATEMATIK A. Sek. Sek. Sek. Sek. Ren Ren Ren Ren Ren Ren Ren Ren Ren Ren Ren Ren Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men Men 2-27 .Bab2 : Pengisian Program 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 Cerita Nenek Perihal Air Pekerjaan Penjodoh Bilangan Surat Kiriman Golongan Kata Pantun Permata Desa Orang Utan Zapin Sajak AGAMA ISLAM BM BM BM BM BM BM BM BM BM BM BM Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek. Sek.000 Isipadu.

Ren Sek. Men Sek. Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Ren Sek. Ren Sek. Ren Sek. Men Sek. Ren Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Ren Sek. Men Sek Men Sek Men Sek Men Sek Men Sek Men Sek Men 2-28 . Men Sek. Ren Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Men Sek. Ren.Bab2 : Pengisian Program SAINS 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 Sifat-sifat Cahaya Pernafasan Tabiat Makanan Haiwan Pengelasan Haiwan Permakanan Haiwan Kemandirian Spesis (Ren) Katak Borneo Pemakanan Haiwan dan Tumbuhan Alam Tumbuhan Ciri-ciri Tunbuhan Alam Kehidupan Haiwan Ciri-ciri Tumbuhan Biosfera Bumi Pengelasan Haiwan Sistem Sokongan Pengelasan Benda-benda Hidup Tenaga Elektrik Koordinasi dalam Badan Kita Tanah Tanih Mata Kulit Vetebrata dan Invetebrata Menjelajah Angkasa Pembiakan dan Pertumbuhan Haiwan Vetebra Meiosis dan Mitosis Haba dan Pemindahannya Sumber Tenaga Jadual Berkala Unsur Dadah Kesan Rumah Hijau Penyakit Gigi Kemandirian Spesis (Men) Jirim Rumbia Prinsip Bernoulli Peredaran Darah Organ Deria Manusia Koordinasi Dalam Badan (2) Kesan Haba Kitaran Air Semula Jadi SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS SAINS Sek. Ren Sek. Ren Sek Ren Sek Ren Sek. Ren Sek.

2-29 .TEMPATAN Sek. Men JUMLAH 115 Catatan: Bilangan judul sebanyak 115 adalah sehingga tahun 2002 dan akan bertambah tahun demi tahun. Ren Kelapa GEOGRAFI Sek. Ren Sumber Negara K.TEMPATAN Sek. Ren Kejiranan K.Bab2 : Pengisian Program KAJIAN TEMPATAN 111 112 113 114 115 Sekolah Kita K.TEMPATAN Sek.TEMPATAN Sek. Ren Perihal setempat K.

2.8/2000 iaitu mengenai Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000. Penubuhan Kelab Komputer sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah bagi memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar untuk mendalami kemahiran ICT dan mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1. Perkomputeran Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat. Di samping sumbangan pihak luar seperti swasta.4. Bahagian Sekolah. Sekolah Bestari. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu surat Pekeliling Ikhtisas bil. Mengurus dan mentadbir kelab.2.2.3.Bab2 : Pengisian Program 2 G. lampiran surat KP(BS)8591/Jld.3. 1.1. 2-30 . 1. Program Perkomputeran Reka Cipta. 1. Kelab Komputer Sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan infrastruktur ICT yang sedia ada di bawah program perkomputeran KPM seperti Program Komputer Dalam Pendidikan.2. Merancang aktiviti kelab.1.XVI/(8) untuk : 1. 1. Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.2. KELAB KOMPUTER SEKOLAH LATAR BELAKANG 1. dan sebagainya. Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh JPN sebelum ditandatangani oleh pihak PIBG atau Lembaga Pengurus Sekolah. PIBG.

1 KANDUNGAN Untuk aktiviti kelab. SYARAT PELAKSANAAN 3. Aktiviti yang dicadangkan ialah: 2.6 Mempunyai bilik/makmal ICT yang sesuai dan selamat.1.1 2.1.5 2. Menggunakan perisian-perisian yang sesuai dan berlesen. perisian pengarangan dan pembangunan bahan 3. 2. Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian dan sebagainya. pengisian dan latihan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan kepakaran tenaga pengajar yang boleh dipilih di kalangan guru atau pihak luar. 2-31 .1. bilik/makmal berkenaan sebaiknya terletak di tingkat satu sesebuah bangunan itu dan dipasang jeriji pada pintu dan tingkap.4 2. Penggunaan perisian kursus dan perisian aplikasi.3 3.2 2. Pemasangan dan penyenggaraan rangkaian. Pengajaran pengaturcaraan. Penggunaan multimedia.1.1. Komputer Grafik.7 2.1.6 2. Sekurang-kurangnya dua orang guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.2 3.3 2.4 3.1.Bab2 : Pengisian Program 2.1 3.1. Untuk keselamatan perkakasan. Rancangan aktiviti dan pengisian yang terancang Bekalan kuasa elektrik 3-phase untuk menampung bekalan kuasa peralatan perkomputeran. Internet dan komunikasi.5 3.8 Sesi pendedahan kepada komputer.

merekacipta aturcara komputer atau 2-32 . bertarikh 6 Jun 2001. 5. bil KP(BS)8591/Jld. Institusi. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan/atau Pungutan Wang. 2/1992 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 buah Sekolah. RUJUKAN 6.II(91) penghasilan dalam pertandingan menghasilkan bahan persembahan menggunakan PowerPoint. bertarikh 17 Feb 1992. 6/1988: Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah 6.XVI/(8).7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. bil KP(BS)8601/01/0400/ Jld.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. bertarikh 28 April 1992. bertarikh 2 Mei 1997.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.Bab2 : Pengisian Program 4.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.XVII/(6) 6.III/(31) 6. KP(BS)8591/Jld. 12/1988 : Larangan menjalan Jualan Terus di Sekolah-Sekolah. bertarikh 29 Jun 1988. bil KP(BS)8591/Jld. 4. 4. 6.1 Kesediaan dan kesedaran guru. 6/2001: Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah.2 Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah.IV/(110) 6.VIII/(74) 6. bil KP(BS)8591/Jld. 8/2000 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000 bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada Pertubuhan. Contohnya.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. UKURAN PENCAPAIAN Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output/produk pelajar.3 Garis panduan dan rancangan pelaksanaan yang tersusun dan sistematik. bil KP(BS)8591/Jld. Syarikat atau Kerajaan Negara Luar. 6. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 4. perisian dsb.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

Bab2 : Pengisian Program 6. bertarikh 7 Mac 1986. 3/1986 : Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum “ Pengenalan Kepada Komputer” dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah. bil KP(BS)8591/Jld. bil KP(BS)8591/Jld.II/(45) 6.II/(43) 6. bahan-bahan pengajaran dalam bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di download untuk pembelajaran Literasi Komputer) kegunaan aktiviti 2-33 .my (Melalui laman ini. bertarikh 11 Mac 1986.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah.10Laman web http:// kdp.kpm.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.ppk.

dan 4. Bab ini bertujuan: 1. membantu membangunkan pelaksanaan kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 3. satu standard pengurusan dan pentadbiran 2. 3-1 . melaksanakan tindak-ikut mengikut prosedur yang ditetapkan untuk kebaikan pengguna. mencari koleksi yang komprehensif tentang sumber-sumber yang boleh diguna dan menyediakan satu bekalan sumber untuk membangunkan penggunaan pengkomputeran secara efektif dan optimum. menggariskan pengkomputeran.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT BAB 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ICT Salah satu aspek penting untuk membantu kejayaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah kebolehan pihak pentadbiran sekolah untuk mentadbir dan mengurus sumber-sumber secara berkesan.

4 ) 3-2 . Waranti d. dan f. Ubahsuai / Naik Taraf. Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan.2 ) c. Perolehan. Bahan-bahan perisian pengajaran dan pembelajaran ( Rujuk rajah 3. Perolehan komputer dan peranti ( Rujuk rajah 3. INTAN dan Jabatan Pendidikan Negeri mengenai perkara ini telah dihantar ke sekolah-sekolah bagi menentukan segala perolehan kerajaan dilaksanakan dengan baik. Pelupusan.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3. perisian dan peralatan bagi tujuan pentadbiran sekolah dan pengajaran dan pembelajaran boleh diperolehi melalui pelbagai kaedah.1 ) b. Semua perolehan yang dilakukan oleh pihak sekolah haruslah memenuhi peraturanperaturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Perisian MS-Office ( Rujuk rajah 3. b. sama ada melalui kerajaan ataupun dengan kerjasama dan sumbangan pihak luar (sila rujuk BAB 7 – Penglibatan.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pengurusan dan pentadbiran ICT melibatkan proses yang berikut iaitu :a. Penyenggaraan. Penggantian 3.3 ) d.1 Perolehan Bekalan komputer. Bahan habis guna ( Rujuk rajah 3.1. Proses perolehan ini dibahagikan kepada 4. Kementerian Pendidikan. iaitu:a. e. Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar). c.

Sebarang masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam tempoh jaminan hendaklah dikemukakan terus kepada panel pengurusan projek ataupun kontraktor terbabit dan sesalinan laporan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan. KPM dan JPN.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3. pihak sekolah perlu mengambil maklum bahawa jangka masa waranti/jaminan. terma dan syarat waranti terdapat di dalam perjanjian. Penswastaan dan Bekalan.1. KPM juga menjalankan program-program pengkomputeran seperti Komputer Dalam Pendidikan (KDP). Sebarang masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam tempoh jaminan hendaklah dikemukakan terus kepada Project Management Consultant (PMC) dan sesalinan laporan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan. Bagi Projek Pengkomputeran yang Baru Mengikut TOR (Terms of Reference).2 Waranti / Jaminan Bagi bangunan dan peralatan baru. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Projek Rintis Sekolah Bestari. 3-3 . Reka Cipta. Sebarang masalah berkaitan dengan penyenggaraan hendaklah dirujuk terus ke Unit Perancangan Pembangunan Dan Bekalan Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah. dan Mata Pelajaran Pengkomputeran Tingkatan 6. kontraktor yang dilantik perlu menyediakan perkhidmatan penyenggaraan selama dua (2) tahun bagi penyenggaraan peralatan dan lima (5) tahun untuk penyenggaraan bangunan. Penswastaan dan Bekalan.

Penyenggaraan Perabot e. Keadaan ini akan menghasilkan penjimatan dari segi kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Bagi standard penyenggaraan pencegahan ianya terbahagi kepada perkara-perkara seperti berikut:a.8 ) c. 9 ) 3-4 . Standard penyenggaraan ini dibahagikan kepada tiga iaitu : • • • penyenggaraan pencegahan. Penyenggaraan Mekanikal ( Rujuk jadual 3.5 ) d.1.7 ) b. Penyenggaraan Elektrikal ( Rujuk jadual 3. Penyenggaraan pemulihan PC dan peranti ( Rujuk rajah 3. Penyenggaraan pemulihan bangunan ( Rujuk rajah 3.3 Penyenggaraan Kemudahan asas. Penyenggaraan yang teratur dan sistematik boleh memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan malah boleh mengelakkan sebarang bencana atau kerosakan. penyenggaraan pemulihan dan penyenggaraan kecemasan.5 ) c. Penyenggaraan Bangunan ( Rujuk jadual 3. Matlamat utama penyenggaraan ialah keselamatan.6 ) Sementara penyenggaraan pemulihan terbahagi kepada perkara-perkara seperti berikut : a. Penyenggaraan pemulihan elektrikal ( Rujuk rajah 3.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3. bilik/makmal komputer yang disediakan dan peralatan yang dibekalkan mempunyai jangka hayat tertentu. Penyenggaraan Komputer dan Peranti ( Rujuk rajah 3.5 ) ( Rujuk jadual 3. keselesaan dan kecekapan.5 ) b.

perabot. pihak sekolah perlu merujuk ke Unit Perancangan Pembangunan dan Bekalan JPN melalui PPD/PPB untuk kelulusan dan peruntukan kewangan.4 Ubahsuai dan Naik Taraf Pihak sekolah dibenarkan untuk melakukan ubahsuai dan naik taraf mengikut keperluan. elektrikal (plug dan pendawaian). dan lightning arrestor. 10 ) ii. Litar Pintas ( Rujuk rajah 3. mekanikal (alat pendingin hawa).1. Walau bagaimanapun proses-proses yang melibatkan bilik/makmal. Lantaran itu.11 ) iii. KPM bagi semua proses naik taraf komputer dan rujuk rajah 3. Penyenggaraan-penyenggaraan kecemasan berkaitan adalah seperti berikut.13 ) 3.12 ) iv. Kecurian ( Rujuk rajah 3.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Penyenggaraan Kecemasan Kementerian Pendidikan memang prihatin dan peka terhadap aspek-aspek keselamatan seperti di bawah yang berlaku di peringkat sekolah. (Sila rujuk ke Bahagian Sistem Maklumat. Naik taraf yang melibatkan pemprosesan dan ‘motherboard’ tidak dibenarkan. Bagi keperluan komputer. 3-5 . Bencana Alam ( Rujuk rajah 3. i. 14 ). panduan menyenggara hal-hal kecemasan yang berkaitan juga disediakan di dalam buku ini. Kebakaran ( Rujuk rajah 3. naik taraf hanya meliputi penambahan Ingatan Capaian Rawak (RAM) dan cakera keras sahaja.

1. ( Rujuk rajah 3. Bagi maksud pelupusan peralatan komputer peraturan-peraturan dalam garis panduan ini adalah merupakan tambahan kepada tatacara pelupusan dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa pada masa ini.15 ) 3-6 .Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3. pelupusan peralatan komputer haruslah dilaksanakan dengan cepat. Memandangkan hakikat bahawa sesebuah sistem komputer itu mempunyai tempoh kegunaan yang singkat akibat daripada keusangan dan perkembangan teknologi semasa. licin dan teratur.5 Pelupusan Pelupusan barang-barang kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Perbendaharaan Malaysia yang telah menetapkan peraturan seperti terkandung di dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor.

7 Jld 2(31) – Garis Panduan Perancangan Keperluan Pengkomputeran untuk Kelulusan Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Kementerian.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT PEGAWAI RUJUKAN. Bekalan dan Penswastaan Bahagian Sistem Maklumat RUJUKAN PEKELILING DAN SURATKUASA Rujuk Pekeliling dan Arahan Perbendaharaan. 2. 2 Tahun 1990 Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan bagi JKPK. Surat Pekeliling Komputer Bil 1/1997 KP. 1. Peringkat Sekolah Daerah Negeri Tanggungjawab Penyelaras ICT Penyelia Pembangunan PPD/PPB Unit Perancangan Pembangunan Dan Bekalan JPN Penyelaras Program ICT Kementerian Pendidikan Bahagian Pembangunan.BSM(S)01/179/01. (Jawatan Kuasa Kecil Piawaian dan Kos) 3-7 . Surat Pekeliling Am Bil.

9/90 Garis Panduan bagi memasang (mengganti alat penyaman udara di bangunan-bangunan kerajaan persekutuan) PP Bil.BSM(S) 1/07/001/02 Jld. Penyenggaraan dan Pembaikan 7. bertarikh 10 Mei 1993 Permohonan Perolehan Peralatan Komputer dari Sekolah-sekolah dengan Menggunakan Wang Akaun SUWA.BPK(S) 01/158/02. 3 Tahun 95 (pindaan) 4. 3-8 . Pekeliling Perbendaharaan Bil. Pekeliling Perbendaharaan Bil. Pekeliling Perbendaharaan Bil.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3. Surat Makluman Bahagian Sistem Maklumat KP. Borang C. Penyenggaraan Komputer Di Jabatan/Bahagian 8. 7 Tahun 1995 Garis Panduan Pelupusan Peralatan Komputer 5. Surat Makluman Bahagian Sistem Maklumat KP.1 Jld. V (78). bertarikh 3 Januari 2000 Penyelarasan Kementerian. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan 6. Lampiran Pekeliling Perbendaharaan Bil 9/90 a. 2 (13).

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-1 : Carta Alir Perolehan Komputer Dan Peranti Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian Keperluan Kemukakan Permohonan Kumpul Dan Tapis Maklumat Permohonan Semula TIDAK Lulus YA Terima TIDAK Lulus YA Urus Setia JMPK Mesyuarat JMPK Makluman JPN Lulus A 3-9 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian A Memberitahu Pihak Sekolah Proses Tender Terima Bekalan Dan Tandatangan SAP Menyelaras Bekalan Bekal Ke Sekolah Kemukakan SAP Kepada JPN Semak Dan Buat Bayaran Rekod Kad Daftar Harta Modal Selesai 3-10 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-2 : Carta Alir Perolehan Bahan Habis Guna Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian Menentukan Keperluan Kemukakan Permohonan Terima Permohonan Permohonan Semula TIDAK Lulus YA Sebut Harga Terima Bahan Dan Tandatangan SAP Memilih Pembekal Kemukakan SAP Kepada JPN Semak Dan Buat Bayaran Selesai 3-11 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-3 : Carta Alir Perolehan Perisian Kursus Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian Tentukan Kualiti (KPM)/Harga/ Pembekal Sumber Kewangan Dalaman Peruntukan JPN Terima Permohonan Peruntukan TIDAK CUKUP Mohon Peruntukan TIDAK Lulus YA Proses Pembelian Keluarkan Pesanan Tempatan Selesai 3-12 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-4 : Carta Alir Perolehan Perisian MS-Office ( Site Licence ) Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian Mengenal Pasti Bilangan Keperluan Dapatkan Harga Site Licence Kemuka Permohonan Terima Permohonan Keluarkan Pesanan Tempatan Terima Perisian Lakukan Instalasi Selesai 3-13 .

b.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Jadual 3. d. e. Diselenggara setiap 3 bulan diganti segera jika rosak. Bangunan Komponen a. c.5 Prosedur Standard Penyenggaraan Pencegahan a. 3-14 . Diservis setiap 3 bulan d. Pendawaian Kelengkapan Elektrik Pendawaian semula setiap 10 tahun. e. Alat Pemadam Api Alat Pendingin Hawa Diperiksa setiap 6 bulan. i. Elektrikal a. Mekanikal a. Perabot Perlu diganti sekiranya rosak. b. h. dan NOTA: Pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh pihak sekolah dan JKR (mengikut keperluan). f. g. Struktur Asas Dinding Lantai Bumbung Siling Kerangka Cat Pemeriksaan Anai-anai Standard Pemeriksaan dilakukan setiap tahun Pemeriksaan dilakukan setiap tahun Pemeriksaan dilakukan setiap tahun Pemeriksaan dilakukan setiap tahun Pemeriksaan dilakukan setiap tahun Pemeriksaan dilakukan setiap tahun Pemeriksaan dilakukan setiap tahun Mengecat semula setiap lima tahun Pemeriksaan dilakukan setiap tahun c. b.

Rajah 3.Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Komputer dan Peranti Komputer dan peranti hendaklah diperiksa sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali.6 Penyenggaraan Pencegahan (PC dan Peranti) Sekolah PPD/ PPB JPN Keperluan Penyenggaraan Semak Kontrak Penyenggaraan Bantuan Dari JPN TIADA Terma Perjanjian ADA Menjalankan Penyenggaraan Hubungi Syarikat Selesai 3-15 . (Sila rujuk Carta Aliran Proses Penyenggaraan Komputer dan Senarai Semak Penyenggaraan).

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-7 : Carta Alir Penyenggaraan Pemulihan (Bangunan) Sekolah PPD/ PPB JPN Kenal Pasti Kerosakan Buat Laporan Makluman Terima Laporan Pemeriksaan bersama PPD/ JPN Baiki/Ganti Dapatkan Anggaran Kos Pilih Kontraktor Keluarkan Pesanan Tempatan A 3-16 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Sekolah PPD/ PPB JPN A Kontraktor Laksanakan Kerja TIDAK Kerja Siap Semak Kerja OK Laporan Kerja Makluman Bayaran Selesai 3-17 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-8 : Penyenggaraan Pemulihan (PC dan Peranti) Sekolah PPD / PPB JPN Tentukan Kerosakan Pengguna / Perisian Punca Kerosakan Pembekal / Pengilang Unit Maklumat JPN Pembaikan DALAM Tempoh Jaminan SELEPAS Swasta Personel JPN Hubungi Pembekal Sebut Harga Terima Laporan Keluarkan Pesanan Tempatan Pembaikan Kemas kini Kad Daftar Harta Modal Selesai 3-18 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-9: Carta Alir Penyenggaraan Pemulihan (Elektrikal) Sekolah JKR Elektrik PPD/ PPB JPN Kenal Pasti Kerosakan Sedia Laporan Terima laporan Makluman Makluman Pemeriksaan Anggaran Kos Pilih Kontraktor Keluarkan Pesanan Tempatan A 3-19 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Sekolah JKR Elektrik PPD/ PPB JPN A Kontraktor Laksanakan Kerja Kerja siap TIDAK Laporan Semak Kerja OK ? YA Bayaran Makluman Makluman Selesai 3-20 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-10 : Kebakaran Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian Buat Laporan Polis / Bomba Dapatkan laporan polis Sedia Laporan Salinan Terima Laporan Lawatan Tapak Buat senarai Inventori Dan Laporan Kerosakan Salinan Terima Maklumat Peruntukan A 3-21 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian A Ganti Peralatan Dan Perabot Keselamatan Struktur (JKR) TIDAK Peruntukan YA Selesai Baiki / Kekal 3-22 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-11 : Bencana Alam Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian Semak Kerosakan/ Kerugian Sedia Laporan SALINAN Terima Senarai Semak Inventori Pemeriksaan & Pengesahan Pembaikan/ Gantian Peruntukan Kemas Kini Inventori & Kad Daftar Harta Modal Bekal/Ganti Selesai 3-23 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-12 : Kecurian Sekolah PPD/ PPB JPN BAH Laporan Polis SALINAN Terima Dapatkan Salinan Laporan Senarai Semak Inventori Kewangan Peruntukan CUKUP Terima Bekal/Ganti Kemas Kini Inventori & Kad Daftar Harta Modal Selesai 3-24 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-13 : Litar Pintas Sekolah JKR Elekrik PPD/ PPB JPN Kenal Pasti Litar Pintas Sedia Laporan SALINAN Terima Pemeriksaan dan Anggaran Kos Pemeriksaan Bersama Laporan Pembaikan TIDAK Laporan Kerja YA Bayaran Selesai 3-25 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-14 : Ubahsuai & Naik Taraf Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian Pemeriksaan Keperluan TIDAK Selesai YA Terima Permohonan Pastikan Keperluan/ Kewangan YA Peruntukan Kaji Semula TIDAK Terima Peruntukan Pemeriksaan + Cadangan (JKR) A 3-26 .

Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Sekolah PPD/ PPB JPN Bahagian A Pelaksanaan TIDAK Laporan Pelaksanaan Lantik Kontraktor OK Bayaran Selesai 3-27 .

KPM Catit Dalam Kad Daftar Harta Modal (KEW. B & C Kepada Urus Setia Pelupusan & Hapus Kira Untuk Kelulusan KSU *** Urus Setia Pelupusan Dan Hapus Kira Bertempat Di Bahagian Kewangan.312A) Keluarkan Sijil Pelupusan (KEW 300-X) Selesai NOTA LPP -------> Lembaga Pemeriksa Pelupusan JTPPK ----> Jawatankuasa Teknikal Pelupusan Peralatan Komputer KPM ------> Kementerian Pendidikan Malaysia BSM ------> Bahagian Sistem Maklumat KSU ------> Ketua Setiausaha 3-28 .Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-15: Carta Alir Proses Pelupusan Peralatan Komputer PPD/ PPB Sekolah JPN Semak Kertas Cadangan Pelupusan Dan Majukan Kepada JTPPK. Lampiran C = Borang KEW 300-V Dalam masa yang sama juga pihak sekolah atau JPN bolehlah melantik 2 orang (jumlah minima) yang Tindakan JTPPK Mengkaji Dan Meneliti Kertas Cadangan Pelupusan Tindakan JTPPK Sediakan Kertas Laporan (Lampiran B) Tindakan JTPPK Memperaku Cadangan Pelupusan Baiki Dan Guna Semula Buat Pelupusan Mengikut Syor Yang Telah Diperaku *** Pelupusan Perlu Dilakukan Dalam Tempoh 3 Bulan Dari Tarikh Mendapat Kelulusan Baiki Keputusan Lupus Kemukakan Lampiran A. BSM BSM Sediakan Kertas Cadangan Pelupusan *** Kertas Cadangan Pelupusan Mestilah Mengandungi :i. Lampiran A = Kertas Cadangan Pelupusan ii.

Ini bergantung kepada keperluan tugas.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT Bab 4 Program Peningkatan Kemahiran ICT Bahagian Pendidikan Guru/Institut Aminuddin Baki “Celik komputer. aplikasi penyampaian seperti Powerpoint. dan kemahiran mengolah data yang diperolehi menjadi satu kemahiran asas untuk semua. Dalam alam pendidikan. Perubahan tetap berlaku dalam kehidupan Those who do not feel the need to change is because they feel like a dead wood. aplikasi paparan seperti Excel. guru dan pelajar? Kemahiran ICT yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza. kemahiran mengguna dan mengolah data merupakan kemahiran yang amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap tenaga kerja. mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka yang diibaratkan perubahan. meningkatkan keberkesanaan kerja dan mewujudkan saluran komunikasi dengan guru dan agensi luar dengan menggunakan e-mel. kemahiran mencari maklumat. organisasi. serta selanjutnya bergantung kepada keperluan tugas individu.” Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 The only constant in life is change. kemahiran mengguna aplikasi pemprosesan perkataan seperti Words. minat dan kecenderungan individu. 4-1 . Pengkhususan Contohnya: Pentadbir sekolah perlu tahu bagaimana menggunakan ICT untuk memudahkan kerja pentadbiran. “tunggul mati” akan merasakan tidak perlu ada Apakah jenis kemahiran yang perlu dikuasai pentadbir. Guru perlu tahu bagaimana berkomunikasi melalui e-mel.

Kaedah ini termasuk: 1. Ramai di antara penulis panduan ini belajar melalui saluran secara tak formal – iaitu melalui penggunaan perisian aplikasi yang berkenaan untuk kerja harian. individu mesti menggunakan kemahiran Semasa mengguna. yang diperolehi dalam tugas harian.1 Menghadiri kursus/latihan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau pihak luar 1.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT Guru lukisan boleh mencuba perisian melukis dan diikuti dengan perisian untuk animasi.5 2. Menghadiri latihan dalaman sekolah Melalui WEB /e-pembelajaran On the job training – bekerja sambil belajar dengan rakan sejawat Mengajar KEBERKESANAN BELAJAR Minat. memasang dan mengurus rangkaian setempat dan lain-lain. Latihan secara tak formal seperti on the job training dan aplikasi perisian dalam kerja memainkan peranan yang makin penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu pada hari ini. kemahiran akan diperolehi. selepas mengikuti latihan kemahiran.4 1. keperluan dan motivasi untuk belajar akan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran individu. penggunaan program yang baru. 1 KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT. lebih banyak Kemahiran ini juga boleh dipindah ke . Perkongsian pengalaman dan 4-2 Pengalaman membuktikan. kesedaran. Seorang peminat video akan belajar bagaimana membuat video yang boleh dipancarkan melalui Internet.3 1. Penyelaras ICT perlu tahu menyenggara komputer.2 1.

Institut Aminudin Baki. kaedah mengendalikan kursus dalaman dan peluang latihan melalui Internet adalah seperti berikut : 3.2 3.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami kefahaman tentang kemahiran yang diperolehi.3 3. 3 LATIHAN/KURSUS ICT KPM Perincian tentang tawaran kursus dan kaedah permohonan oleh Bahagian Pendidikan Guru.1 3.4 Program Peningkatan ICT Bahagian Pendidikan Guru Program Peningkatan ICT Institut Aminudin Baki Kursus/bahan Latihan ICT di Internet Latihan Dalaman di Sekolah 4-3 .

Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT GARIS PANDUAN MENJALANKAN KURSUS ICT DI SEKOLAH Setiap guru yang telah mengikuti Kursus ICT sewajarnya melaksanakan latihan dalaman atau “in-house” untuk rakan guru yang lain. Berikut adalah cadangan langkah-langkah menjalankan kursus latihan dalaman. Tindakan ini perlu dilakukan supaya ilmu dan kemahiran baru yang diperolehi itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kenal pasti kursus Buat justifikasi keperluan menjalankan kursus Tubuh jawatankuasa/urus setia kursus Kenal pasti kumpulan sasaran Kenal pasti tenaga pengajar dan pusat latihan Sediakan keperluan kursus Sediakan kertas kerja Buat permohonan untuk mengadakan kursus serta peruntukan kewangan JENIS KURSUS Sediakan dokumen KENAL PASTI JENIS KURSUS Jalankan kursus 4-4 .

minum. guru dan sekolah. swasta. Pihak sekolah hendaklah merujuk kepada pihak PPD atau JPN untuk memastikan tidak ada pertindihan kursus yang dijalankan. JUSTIFIKASI KURSUS • Pihak sekolah hendaklah menentukan keperluan menjalankan kursus dengan jelas supaya kursus yang dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada pelajar. kemahiran. agensi kerajaan. JAWATANKUASA KURSUS • Melantik jawatankuasa/urus setia kursus KUMPULAN SASARAN • Mengenal pasti kumpulan sasaran berdasarkan aras. dll Mengenal pasti khidmat kepakaran (kakitangan sumber negeri. dan keperluan/kepentingan mengikuti kursus.) KEPERLUAN KURSUS • • Menyediakan peralatan termasuk bahan rujukan/ sumber rujukan kursus.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT JENIS KURSUS KENAL PASTI JENIS KURSUS • • Mengenal pasti jenis-jenis kursus yang diperlukan berdasarkan keperluan guru atau sekolah. dll. PUSAT LATIHAN DAN TENAGA PENGAJAR • • Mengenal pasti pusat latihan – maktab. pensyarah maktab. Menyediakan kemudahan makan. dan penginapan. MENYEDIAKAN KERTAS KERJA • Menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan pihak atasan 4-5 .

JPN mengenai kursus yang hendak dijalankan Mengedarkan surat peserta.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT PERMOHONAN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN • • • Mengenal pasti dan membuat kiraan kos melaksanakan kursus Mengenal pasti sumber kewangan yang boleh digunakan Mengajukan permohonan bagi memperolehi peruntukan kewangan kepada pihak berkenaan MENYEDIAKAN DOKUMEN • • Memaklumkan kepada pihak PPD. jadual kursus dan bahan rujukan kepada 4-6 . panggilan.

Microsoft Office 1. Internet dan pengurusan e-mel Pembinaan laman web Grafik Suntingan audio/video Pengarangan perisian kursus AGENSI 1. 2. JENIS KURSUS 1. Salah laku ICT 8.JPN/BPG/PPK 2. Literasi komputer 2. Pengurusan ICT PERINCIAN KURSUS 1.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis kursus yang boleh atau sesuai dijalankan di sekolah berdasar keperluan dan pihak-pihak yang boleh dirujuk bagi mendapatkan khidmat nasihat ataupun contoh modul.IAB 3. Multimedia 1. Pengenalan komputer 2. Pembangunan Program Pengkomputaran Sekolah 9. Pengurusan Maklumat/Data 5.PSPN/BTP 4. Sistem rangkaian 3.IAB 3. Baik pulih dan penyelenggaraan 4. Pengurusan makmal 2.PSPN/BTP 3. 5. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1.JPN/BPG 2.JPN/BPG 2. Pengurusan pembangunan halaman web dan perisian kursus 1.IAB 1.JPN/BPG 2. Perisian kursus Sistem Bestari 2. Pengurusan Perisian 6. Pengurusan Kelab Komputer 7. Perisian kursus CD-Rom Multimedia Pendidikan Interaktif 1. 3. 4.PSPN/BTP 4-7 .

3 Melalui Kursus-kursus Dalam Perkhidmatan dari tahun 1996 sehingga 2001. 4-8 . akan meneruskan latihan guru di seluruh negara dalam bidang ICT. BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG) 1. 1. PENDAHULUAN 1.677 orang guru telah dilatih sejak tahun 1997 sehingga 2001.1 Selaras dengan Wawasan 2020 yang memfokuskan kepada aspek pembangunan sahsiah dan sumber tenaga manusia ke arah K– ekonomi. 1.2 Sejak tahun 1995 Bahagian Pendidikan Guru telah melaksanakan pelbagai kursus komputer untuk guru terlatih melalui pelbagai Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) dan juga Kursus-Kursus Pra Perkhidmatan. Bahagian Pendidikan Guru sebagai pusat rujukan dan khidmat pakar ilmu pedagogi (hala tuju BPG. mata pelajaran Teknologi Maklumat telah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib dalam Komponen Asas Dinamika Guru. Melalui kursus Pra Perkhidmatan. Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama agensiagensi Pendidikan Kerajaan yang lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri. melaksana dan menilai keberkesanan latihan ICT untuk guru. Nov 1999) sentiasa mengambil langkah proaktif dalam merancang. Melalui penganjuran Kursus Dalam Perkhidmatan.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT PROGRAM PENINGKATAN ICT KURSUS APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI GURU. Pendekatan komprehensif yang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran beserta sikap yang positif dijangka mampu menjadikan individu guru itu berketrampilan dan cemerlang dalam profesion perguruannya.210 orang guru manakala melalui kursus PraPerkhidmatan pula seramai 28. BPG telah melatih seramai 25.

tahap kemahiran yang hendak dicapai. Kursus Peningkatan Profesionalisme Tempoh Kursus 14 Minggu 12 Minggu 1 Tahun Kursus-Kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan KDP 12 Minggu Latihan Guru Bestari Kursus Sijil Perguruan Khas 4-9 . tahap kesukaran mempelajari perisian/aplikasi dan potensi serta kepentingan perisian dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P & P). 2. Menguasai sepenuhnya kemahiran asas ICT Mengintegrasikan perisian-perisian aplikasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut pengkhususan mata pelajaran c. d. b. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan komputer secara “stand-alone”. a. 3.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT 2.1 Objektif kursus yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan ilmu dan kemahiran guru dalam: a. KURSUS-KURSUS ICT YANG DITAWARKAN: Kursus-kursus ICT yang dijalankan oleh Bahagain Pendidikan Guru serta agensi-agensi pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Kursus Jangka Panjang dan Kursus Jangka Pendek. Kategori ini dibuat bagi mengambilkira keluasan skop isi kandungan. OBJEKTIF KURSUS 2. 1. Kursus Jangka Panjang i. Menyenggara komputer dan sistem rangkaian komputer 3. dan dalam persekitaran “Local Area Network” (LAN) dan “Wide Area Network” (WAN).

3 b.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT ii. Telah disahkan dalam jawatan Umur tidak melebihi 43 tahun 4-10 . 2. Kursus Peningkatan Akademik Kursus-Kursus Program Khas Pensiswazahan Guru Kursus Diploma Perguruan Khas Kursus Perguruan Lepas Diploma Kursus Jangka Pendek i. 1. Program Peningkatan Kursus-Kursus Kursus Sistem Rangkaian Penyelenggaraan Komputer Kursus Penyelaras IT Kursus Animasi Grafik Kursus Teknologi Reka Bentuk ICT Program Pengkomputeran Tingkatan 6 1. Tempoh Kursus 1 hingga 2 hari 1. KUMPULAN SASARAN DAN KEPERLUAN KURSUS a. 6. 5. 3. 2. ii. Kursus Jangka Panjang Semua guru dalam perkhidmatan yang telah memenuhi syaratsyarat seperti berikut layak memohon: i. Kursus-Kursus Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ii. Program Asas ICT Tempoh Kursus 5 hari Tempoh Kursus 1 tahun di maktab dan 2 tahun di universiti 1 tahun di maktab dan 2 tahun di universiti 2 tahun di universiti 1. Dan Tempoh Kursus 4 hari 4 5 4 5 hari hari hari hari 4. Kursus Jangka Pendek Kelolaan Maktab Kursus-Kursus Kursus Literasi ICT iii.

b. iii. Kursus Jangka Panjang BPG Mengeluarkan Siaran Kursus Dan Borang Permohonan Borang Permohonan Dihantar Ke JPN Oleh Calon Melalui Pengetua/Guru Besar Borang Permohonan Calon Yang Dipilih Oleh JPN Dihantar Ke Maktab Perguruan Atau BPG Maktab Perguruan Yang Berkenaan atau BPG Akan Memilih Calon Yang Berjaya BPG Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Kursus Kepada Peserta Kursus dgn. Carta Aliran Proses Pemilihan Calon a.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT iii. Terlibat secara langsung dalam bidang kursus yang dipohon atau mengajar mata pelajaran yang berkenaan Menguasai sepenuhnya kemahiran asas MS Office Tidak mengikuti kursus lain semasa tempoh kursus 5. v. ii. salinan kepada JPN 4-11 . iv. Terlibat secara langsung dalam kursus yang dipohon atau mengajar mata pelajaran yang berkenaan Menguasai sepenuhnya kemahiran asas MS Office Tidak mengikuti kursus lain semasa tempoh kursus Kursus Jangka Pendek ( Program Asas dan Program Peningkatan) Semua guru dalam perkhidmatan yang telah memenuhi syaratsyarat seperti berikut layak memohon: i.

atau berhubung dengan pegawai di Unit Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dijalankan di semua maktab-maktab berhubung perguruan.gov. BAHAN RUJUKAN/SUMBER RUJUKAN Bagi meningkatkan keberkesanan kursus. 4-12 . Bahan/Sumber rujukan tersebut akan menjadi salah satu sumber yang utama dalam membantu peserta dalam merancang dan melaksanakan latihan dalaman atau “in-house” di sekolah kelak. Untuk maklumat Dalam lanjut boleh dengan Setiausaha Latihan Perkhidmatan (SULDP) maktab perguruan yang berhampiran atau layari Laman Web maktab yang berhampiran. ii. BPG.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT b.moe. Modul Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi CD-ROM Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Maklumat lanjut tentang jadual pelaksanaan kursus dan pengisian isikandungan kursus boleh didapati daripada Laman Web BPG iaitu http://www. Kursus Jangka Pendek BPG memohon nama dari JPN dan menetapkan kriteria pemilihan peserta kursus BPG/JPN menghantar surat tawaran kursus kepada peserta kursus 6.my/~bpg iv. i. bahan rujukan atau sumber rujukan disediakan untuk peserta. iii.

penyelaras ICT. kemahiran dan kebolehan seseorang pengurus sekolah menangani pelbagai cabaran dan perubahan semasa dan pada masa yang sama memberi sumbangan berterusan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan negara. membangun.2 Berkemampuan untuk merancang.3 Memantap pentadbiran dan pengurusan sekolah melalui sokongan/bantuan ICT. Aspek ini dijadikan sebagai salah satu komponen penting dalam setiap kursus yang dihadiri oleh pengetua.1 Mempertingkatkan pengetahuan. 2. 2. 4-13 .4 Meningkatkan iltizam pengurus sekolah ke arah merealisasikan wawasan pendidikan dan wawasan negara. guru kaunselor dan ketua bidang.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT KURSUS PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) OLEH INSTITUT AMINUDDIN BAKI 1. melaksana dan mengurus program pengkomputeran sesuai dengan persekitaran sekolah masing-masing. 2. MATLAMAT 2. PENDAHULUAN Sebagai sebuah institusi yang berperanan memberi latihan kepada para pengurus pendidikan terutamanya pengurus sekolah dan dalam konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). IAB sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah melalui pendedahan literasi komputer dan komponen ICT. guru besar. 2.

4. Menjelas halatuju ICT KPM dan keperluan ICT seseorang pengurus sekolah.2.1 4.1 4.2.1 Literasi Komputer 4.6.2.2 4.1.5 4. Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah.1.2 Pengurusan ICT 4.1. OBJEKTIF KURSUS 3.4.6 Pengenalan kepada perkakasan ICT dan peranan komputer di sekolah Pengenalan kepada perisian dan kegunaannya Pemprosesan perkataan Helaian elektronik Persembahan grafik Internet 4. c.1 4.4. d.1. Meningkatkan bilangan pengetua dan guru besar yang mahir ICT.2. b.1. Membolehkan program pembangunan pengkomputeran sekolah dirancang dan diurus secara sistematik.3 4.1.2 4.2 4. 4. Kursus-kursus yang ditawarkan : 4.2 4.3 4. a.1 4.2.2.4 Perkembangan dan Pengaruh ICT Pengurusan Maklumat/Data Pengurusan Makmal dan Rangkaian Pengurusan Perisian 4.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT 3.3 Penilaian Perisian Kursus Pengurusan Perisian Kursus untuk P&P Pengurusan Pembangunan Perisian Kursus Pembinaan halaman web Kemahiran mencari maklumat 4-14 .1.4 4.6.1.2.1 Kursus yang dilaksanakan bertujuan.

6 Salah Laku ICT 4. Komputer Dalam Pendidikan b. BAHAN RUJUKAN/SUMBER RUJUKAN Maklumat lanjut tentang pelaksanaan kursus boleh didapati daripada Laman Web IAB iaitu http: www.2. Kursus Penggunaan Sistem Maklumat Sekolah Bestari g.my atau berhubung dengan Penyelaras Kursus Institut Aminuddin Baki. Asas Pemprosesan Data c.2.7 Pengurusan Pembangunan Halaman Web dan Perisian Kursus 4. Sistem Maklumat Pengurusan Pentadbiran e.2 5. Pengaturcaraan Pembangunan program latihan ICT sekolah Etika dan nilai-nilai murni 6.Bab 4 : Peningkatan Kemahiran ICT 4.8.2. Penilaian Perisian d.8. Komputer dan Pendidikan Kolaboratif i.8 Pembangunan Program Pengkomputaran Sekolah 4. 4-15 .1 4. Komputer Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan dan Pembinaan Sistem Pendidikan Berkomputer h.2.moe.iab.2. Kursus-kursus lain: a.2.5 Pengurusan Kelab Komputer 4. Kursus Gunaan Komputer dan Apresiasi Komputer untuk Pengurus sekolah f.gov.

Guru dan pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari. 5-1 . dan diedarkan dengan serta merta. memproses dan menggunakan maklumat dari Bab ini bertujuan memberi panduan mengenai capaian dan perkongsian maklumat berasaskan bahan sumber digital yang boleh diperolehi. Memperluaskan bentuk capaian kepada bahan sumber pendidikan di kalangan pelajar. Video dan Audio. Bahan sumber boleh digunakan untuk tujuan pemulihan. CD-ROM. memilih. A. bahan digital . guru dan pentadbir sekolah di Malaysia. 2. disesuaikan. 3. guru dan pentadbir.Bab 5 : Bahan Sumber Digital BAB 5 BAHAN SUMBER DIGITAL Bahan sumber digital terdiri dari bahan berasaskan internet. Meningkatkan kemahiran menggunakan bahan sumber digital di kalangan pelajar. memilih dan mengklasifikasikan bahan sumber digital yang dicapai. rujukan dan pengkayaan. Memberi panduan untuk mengenalpasti. diperbanyakkan. OBJEKTIF 1. Bahan digital mudah diguna.

PETA MINDA Audio Video Halaman Web DVD VCD Portal Pembelajaran Talian Terus Dibangunkan oleh guru Bahan Sumber Digital Berasaskan Internet Berasaskan CD Pihak luar Berasaskan subjek P & P Pengetahuan Am Berasaskan minat 5-2 .Bab 5 : Bahan Sumber Digital B.

geocities. Excite.Bab 5 : Bahan Sumber Digital C.sabah.com/bi_cnet/ 5-3 . PENGGUNAAN INTERNET Dalam internet terdapat tiga bahan sumber pengajaran dan pembelajaran . Contoh laman web adalah seperti berikut: Sains rendah http://www. Dalam hal ini komputer yang dahulunya stand alone dapat berhubungan langsung dengan hos atau komputer-komputer yang lain. Altavista. dan laju sekiranya menggunakan talian suwa (leased line) atau ISDN. Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar di mana setiap penduduk memiliki alamat (Internet Address) untuk mengirim surat atau informasi.ht mlhttp://members. Pengangkutan adalah lambat sekiranya menggunakan kabel telefon.edu. Laman web Bahan sumber dimuatkan dalam pelayan (server) dan disusun mengikut indeks. Ketiga-tiga bahan tersebut ialah : a. Perhubungan jalannya bertumpu di atas media telekomunikasi.my/sphsp/spbiologi Bahasa Inggeris Menengah http://www.my/mpsdk/ Sains menengah http://www.fortunecity. dan sebagainya. MENGENALI BAHAN DIGITAL INTERNET Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia. Bahanini boleh dimuat turun dengan menggunakan enjin pencari maklumat seperti Google.tripod. Wisenut.kpm.ppk. ia boleh dilakukan dengan menggunakan komputer sebagai kenderaan. Inilah yang disebut sebagai Global Village atau Perkampungan Sejagat. Jika penduduk itu ingin mengelilingi kota elektronik tersebut.com/tattooine/wilhelm/247/menu.com/dixz/sains http://www. Yahoo.

GetCyberEd.com.Bab 5 : Bahan Sumber Digital Teknologi Maklumat http://mdhafiz83.com/bi_cnet. papar buletin dan sebagainya.ppk. Contoh portal pendidikan di Malaysia adalah MySchoolNet. b.my http://mytutor. pendidikan dan perkhidmatan seperti emel. Pembelajaran Atas Talian Pembelajaran atas talian ( online learning ) merupakan satu kaedah pembelajaran yang membolehkan para pengguna belajar di mana-mana melalui komputer dan Internet.my.Carian maklumat mengenai portal dengan menggunakan enjin pencari maklumat WebFerret adalah disertakan di Lampiran 1B. ( Perincian Portal MySchoolNet adalah seperti di Lampiran 1A). dan sebagainya . Portal atau gerbang pendidikan merupakan trenda pendidikan terkini yang seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak. Portal Portal adalah pusat sehenti ( one stop center ) di mana seseorang pelayar laman web boleh mendapatkan maklumat khusus contohnya tentang ekonomi. sembang-sembang. alam sekitar . Akses kepada pembelajaran adalah bebas. atau terus lesap. c.tripod. alamat laman WEB boleh berpindah atau berubah dari semasa ke semasa. Mytutor. http://Geocities. forum. soalan-soalan atau latihan dengan memperolehi maklum 5-4 .com/it Walau bagaimana pun. Contoh : http://myschoolnet.kpm. berita. Pelajar boleh berinteraksi dengan menjawab balas. Terdapat dua jenis pembelajaran atas talian : i.

http://mahirnet. http://myetutor.com. Ianya bertujuan untuk membolehkan Bahan ini terdiri daripada pengguna menjalankan perisian khusus. pembelajaran kendiri dan mencari maklumat. D. CD ROM / VCD / DVD / CD AUDIO Bahan sumber digital bagi pengajaran dan pembelajaran selain daripada Internet adalah CD/VCD/DVD/CD Audio. http://e-juara.Bab 5 : Bahan Sumber Digital ii. perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.com.my. 5-5 . secara simulasi atau permainan dan berasaskan pengetahuan umum. Pengguna dikehendaki memasukkan kata laluan. Terdapat pelbagai perisian di pasaran seperti perisian untuk pendidikan secara tutorial.com Carian maklumat mengenai pembelajaran atas talian dengan menggunakan enjin pencari maklumat WebFerret adalah disertakan di Lampiran 1C.

RUJUKAN Maklumat lanjut tentang perisian kursus ini boleh didapati daripada Unit Komunikasi Pasukan Projek Rintis. PERISIAN KURSUS SEKOLAH BESTARI PENDAHULUAN Perisian kursus Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS) dibina untuk kegunaan sekolah bestari. self pace. and self directed). edu. 4. dan Matematik.2 OBJEKTIF Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. judul Bahasa Inggeris. 2. KANDUNGAN Perisian kursus yang dihasilkan ini mencakupi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu.my 5-6 . Kementerian Pendidikan Malaysia atau melalui e-mel foongmae@moe. 1. Bahagian Teknologi Pendidikan. judul Sains. 117 judul Bahasa Melayu. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran kendiri (self Perisian kursus ini dibina dalam access. 2.1 2. Sains. bentuk Web Based dan CD-Rom.Bab 5 : Bahan Sumber Digital PERISIAN KURSUS A. Bahasa Inggeris. dan judul Matematik telah dibina untuk digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. 3.

1 2.7 2.4 Bahan boleh diguna oleh pelbagai pengguna tanpa mengira jenis perayau.8 2.4 2. 5-7 . Penilaian Maddux (1997) mengatakan kemampuan alat pendidikan ini terhad kepada imaginasi dan kreativiti guru dan pelajar.Bab 5 : Bahan Sumber Digital E. 2. 1.2 1. Kualiti penulisan dan bahasa. Kewibawaan pengarang terhadap bahan yang dikarang. Masa muat turun dan paparan yang cepat. Sumber yang sentiasa dikemas kini.12 Interaktif.10 Tujuan dan sasaran. 2. grafik. Mudah diguna dari aspek navigasi. 2. Pautan dengan sumber lain dan dikemas kini. teks dan animasi. Kejayaan penggunaan bahan sumber digital bergantung kepada kebolehan pengguna memahami dan menilai kekuatan dan kelemahan sesuatu sumber maklumat. Kandungan. laman yang berfokus kepada sesuatu 2.11 Mesra pengguna. Reka bentuk grafik dan multimedia. Kriteria Penilaian Laman web/Portal ( Kelly 2000) dibuat dari aspek tujuan dan kandungan.3 2.9 Skop.3 1.6 2. Keunikan. Kriteria Kandungan (Smith 1997) 2.2 2.1 1. Kriteria Tujuan 1. Ketepatan maklumat sama ada pendapat atau fakta. Kandungan bidang.5 2.

Keperluan sistem 2.1 2.3 2.2 1. video dan audio dapat berfungsi dengan baik? Adakah ia memerlukan perkakasan tambahan untuk berfungsi ? Adakah ia boleh digunakan di dalam rangkaian atau stand alone.2 2.1 3.1 Adakah isi kandungan menepati kurikulum? 1. video dan audio yang menarik dan berkaitan? Adakah ia mempunyai susun atur paparan yang konsisten? Adakah reka bentuk ikon/bebutang mudah dikenali? Adakah perisian ini mengandungi bantuan (help)? 4.Bab 5 : Bahan Sumber Digital F.6 Adakah objektif perisian dinyatakan? Adakah ia mengandungi latihan mengikut aras? Adakah isi kandungan menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis? Adakah maklumat tambahan seperti sumber-sumber rujukan dibekalkan berdasarkan tajuk perisian? Adakah glosari atau senarai kosa kata disediakan ? 2.1 Adakah perisian dipautkan ke Internet? 5-8 . Isi Kandungan 1. 3.4 1. Nilai tambahan 4.5 1.4 3.4 Adakah perisian menepati keperluan sistem minimum di sekolah? Adakah paparan grafik. Kriteria Penilaian CD ROM 1.3 1.3 3. Perisian Kursus 3.5 Adakah perisian ini mesra pengguna ? Adakah ia mempunyai grafik.2 3. animasi.

guru dan pentadbir sekolah di Malaysia. Meningkatkan kemahiran menggunakan internet di kalangan pelajar. dan Memperluas akses kepada maklumat am dan sumber pendidikan di kalangan pelajar. 1.1 Seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat. 2. 1. dibangunkan.3 Untuk menepati keperluan pengguna di sekolah. satu portal pendidikan iaitu MySchoolNet telah 5-9 .3 Menyediakan kemudahan pembelajaran secara atas talian. Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat satu saluran maklumat yang terkini melalui Internet dan menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia perlu diwujudkan. ICT dan pengetahuan am.1 2. Portal ini menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan. guru dan pentadbir sekolah. Lanjutan daripada idea berkenaan. guru dan pentadbir sekolah Malaysia. Objektif Portal MySchoolNet dibangunkan dengan objektif untuk: 2.2 2. kandungan Portal MySchoolNet dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pelajar.Bab 5 : Bahan Sumber Digital LAMPIRAN 1A MySchoolNet 1. Latarbelakang 1.2 Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network merupakan satu projek yang berkonsepkan “Pendidikan Melalui Internet” yang menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan.

Matematik dan Sains.Bab 5 : Bahan Sumber Digital 3. Kandungan 3. perkongsian pintar. penyunting HTML.2 Secara keseluruhan kandungan Portal MySchoolNet dibahagikan kepada 3 kategori mengikut kumpulan sasarnya. glosari IT.1 Pelajar Pada bahagian ini terdapat beberapa sumber rujukan yang dikhususkan untuk para pelajar iaitu: o Tutoran: mengandungi modul berinteraktif yang merangkumi 3 tahap pembelajaran. Geografi. rangkaian dan pautan kepada beberapa tutoran pilihan dan perisian percuma di internet. Bahasa Inggeris. pemasangan komputer. maklumat ICT. iaitu: 3. o Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan perkataan dan hamparan kerja. o Persatuan dan Kelab: Panduan kepada guru penasihat dan ahli jawatankuasa kelab dan persatuan tentang tatacara mengurus persatuan. menengah rendah dan menengah atas untuk 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu. o Tahukah anda: Maklumat tentang pelbagai keajaiban dan fakta menakjubkan berkaitan Sains.2. 3. iaitu peringkat rendah. Bahan yang disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti tutoran. maklumat pendidikan. berita.1 Portal MySchoolNet berfokus kepada pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web. forum dan lain-lain lagi. ruangan sembang-sembang. penyunting grafik. Manusia dan Seni Bina. kelab dan unit beruniform. o Kaunseling: Panduan kepada pihak sekolah dan kaunselor untuk melaksanakan perkhidmatan kaunseling 5-10 .

Bicara IT. Pembelajaran Masteri (Mastery Learning). artikel. Program kerjasama pendidikan bertaraf antarabangsa seperti “Malaysian5-11 sama seperti kategori pelajar. foto.2. o o o o Pentaksiran: Maklumat tentang format dan contoh amalan penilaian dan pentaksiran. pautan e-pembelajaran tempatan. Pengurusan Bilik Darjah: Memuatkan pelbagai artikel berkaitan pengurusan bilik darjah. (rujuk di . o Perkongsian Pintar: Panduan dan petua dari guru siber untuk pelajar menyiapkan sesuatu projek termasuk perkongsian maklumat antara pelajar. 3.2 Guru Bahagian ini mengandungi sumber rujukan yang dikhususkan untuk guru. cadangan aktiviti. akhbar dan majalah. iaitu: o P&P: Menyediakan panduan tentang model pengajaran dan pembelajaran seperti Kepintaran Pelbagai (Multiple Intelligences). Contoh hasil kerja pelajar dalam bentuk kertas kerja dan foto juga boleh didapati sebagai rujukan. o Forum: Ruangan untuk pelajar berkongsi dan bertukartukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja. o Bahan-bahan lain: Berita. petua kemahiran belajar. emel. dan Kajian Tindakan.Bab 5 : Bahan Sumber Digital di sekolah. Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir (KBSB). Belajar IT: atas) Perkongsian Pintar: Memuatkan senarai pemenang Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia berserta kertas kerja projek. alamat rujukan pemenang dan sebagainya. khidmat nasihat dan artikel berkaitan.

o Forum: Ruangan untuk guru berkongsi dan bertukartukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja.2. emel. o Profesyen – Etika Perkhidmatan Pendidikan. Garis Panduan. majalah. serta Pekeliling Kementerian dan maklumat 5-12 . o Bahan-bahan lain: Artikel. 3. semasa seumpamanya. akhbar dan majalah. o Bahan-bahan lain: Berita.3 Pentadbir Bahagian ini mengandungi sumber rujukan yang dikhususkan untuk para pentadbir sekolah iaitu: o Pengurusan Sekolah: Memuatkan artikel tentang pengurusan sekolah sebagai panduan kepada pentadbir sekolah. akhbar. Bicara IT. Bicara IT. Maklumat KPM. semasa. artikel. o SP & HSP: Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran semua mata pelajaran peringkat KBSR dan KBSM. e-mel. Agenda Semasa KPM. o o o o Pendidikan dan Teknologi – Artikel dan panduan tentang pengintergrasian teknologi dalam pendidikan. Perkongsian Pintar: sama seperti kategori guru SP & HSP: sama seperti kategori guru Forum: Ruangan untuk para pentadbir berkongsi dan bertukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja.Bab 5 : Bahan Sumber Digital British United School Link Programme” dan projek yang melibatkan yang kerjasama antara sekolah di Malaysia dengan sekolah di Kingdom. buletin.

4. PANDUAN PENGGUNAAN DI MAKMAL. d) Memuat turun bahan tutoran dari laman yang disediakan. 4. perisian ini juga mampu menyambung kerja memuat turun bahan jika proses tersebut terhenti separuh jalan. b) Sediakan menu pintas (short-cut) kepada bahan tersebut di desktop setiap komputer pelanggan. 5-13 . maktab.1 Bahan Portal MySchoolNet boleh dimuat turun untuk digunakan secara luar talian.gozilla. Penggunaan perisian percuma “Go!Zilla” untuk tujuan ini adalah digalakkan kerana selain mempercepatkan proses muat turun. 4.Bab 5 : Bahan Sumber Digital pautan kepada laman web universiti. sekolah dan institusi pendidikan tempatan yang lain. Ini bertujuan menjimatkan masa dan kos. atau.com secara percuma. c) Memasang bahan tutoran dari CD-ROM ke setiap komputer pelanggan (jika tidak mempunyai pelayan) atau. Perisian ini boleh dimuat turun dari Portal MySchoolNet atau dari laman webnya http://www. Bahan ini juga dibekalkan dalam bentuk CD-ROM. penyelaras ICT/guru perlu: a) memasang bahan tutoran Portal MySchoolNet dari CD-ROM ke pelayan untuk dikongsikan oleh semua komputer pelanggan melalui rangkaian setempat.2 Untuk membolehkan bahan diakses secara luar talian.

RUJUKAN 5. Pusat Perkembangan Kurikulum.kpm. Unit Pengurusan Maklumat dan Sistem. Kementerian Pendidikan Malaysia Telefon : 03-6201 1522 Fax : 03-6201 0861 e-mel webmaster@ppk. Bidang Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Laman Portal adalah http://myschoolnet.kpm.my 5-14 .1 Panduan penggunaan bahan Portal MySchoolNet ini juga boleh dirujuk dari Portal MySchoolNet dan Buku Panduan MySchoolNet yang disertakan bersama-sama CD-ROM bahan berkenaan.my Maklumat lanjut tentang Portal MySchoolNet termasuk urusan mendapatkan CD-ROM boleh didapati daripada: Urusetia Portal MySchoolNet.Bab 5 : Bahan Sumber Digital 5.ppk.

2001 at 11:51:48: In Reply to: Putera Malaysia Portal posted byPutera Malaysia Portal on September 10.geocities.nitc.com/generic/links/bm/religion.Directories of Malaysia quality sites. 2000 at 20:30:12: http://www.my educational and motivation page .studyweb.Bhd. Malaysia Mart .org.my/goldmine. http://www.htm RELIGION AGAMA ISLAM SAMBUNGAN PENERANGAN Al-Islam.html Cerdik at Geocities Greetings! Selamat datang Malaysia's Portal Malaysia's search engine Malaysia On Line NewsMalaysia Kuala Lumpur The Menus..Create Webs Locally And To Make Waves Globally TABLE OF CONTENTS Home About MIU MIU Project Schools Calendar Online Search the Web http://www.COM.Quality Sites ..10014.com Sdn.freecentre..Information & Communication Technology (ICT) in a bus .my/ Re: Putera Malaysia Portal Re: Putera Malaysia Portal [ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ nychat ] [ FAQ ] Posted Bybaq on April 09. one of our global portals for education WELCOME TO WWW.com.com/wwwboard/messages/39.STUDYWEB. Add yours now! http://mylinks.miu.net/Computer/Directories MOBILE INTERNET UNIT E-Learning . http://eboleh. http://www.Directories of Malaysian related sites.com Sumber dan maklumat About Islam Maklumat tentang Islam Islam .Bab 5 : Bahan Sumber Digital LAMPIRAN 1B WebFerret welcome to studyWeb's Malaysia Portal.Panduan Awal Muslim /bukan Muslim Panduan Islam Panduan Islam Laman Islam Mengenai Islam Berita Agama Islam Islam dalam talian Panggilan Islam. Laman Motivasi Cerdik .com/Athens/Troy/1030 Malaysia Links . Only Malaysian related sites will be accepted.MY Countdown to an Auspicious Occasion Click for more information Get the Flash plug-in © 2000 Studyweb.html 5-15 .

Sarawak.MALAYSIA-BEST.Com Internet.goals. Universiti Malaysia Sarawak.jaring.au/Articles/online/mcmurry1.html 5-16 .edu.asiadragons.com/wwwboard/country/malaysia/joblisting/joblist. Paper originally presented at the '6th International Literacy Education Research Network Conference on Learning' Bayview Beach R http://ultibase. http://www. Marketing And Business Resources http://www. Marketing and Business Resources Malaysia-Best.Resume Online Here are some of the latest job listing submited by employers from Malaysia and around the world. http://www. Original ultiBASE publication.Bab 5 : Bahan Sumber Digital LAMPIRAN 1C WebFerret Malaysia Online Work Station .calm.html The collaborative aspects of online learning: A pilot study Article style and source: Peer Reviewed.com/ GOALS: Global Online Adventure Learning Site Online Magazine: Explorers of all ages are invited to join educational adventures with an emphasis on science.COM Internet. http://www.my/star/welcome. technology and nature.my/sole2001/ WWW. Centre for Applied Learning and Multimedia.rmit.com/index. Click on the title to read the job listing.unimas. 94300 Kota Samarahan.htm The Star Online News | Business | Sports | Entertainment | Lifestyle | Technology | Education | Archives | Site Map | What's New Services: Classifieds · Directory · e-Cards · Motoring · Property New: Purple Sofa · Co http://www.htm Symposium on Online Learning CALM.malaysia-best.

alat pemadam api. Oleh sebab itu. 6-1 . mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti grill. kestabilan elektrik. keselamatan fizikal. Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan. keselamatan sistem dan keselamatan data. Keselamatan ICT meliputi empat (4) aspek yang penting. Pencegahan dan pendidikan merupakan dua aspek yang penting dalam kawalan keselamatan. Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan Kerajaan sebagai pengawal maklumat Kerajaan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah seperti pemasangan perisian antivirus. Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna.Bab 6 : Dasar Keselamatan BAB 6 KESELAMATAN ICT SEKOLAH Bab ini bertujuan memberikan satu gambaran keseluruhan (overview) terhadap pengurusan keselamatan ICT sekolah yang boleh diguna pakai oleh sekolah. Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerobohan. misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan. kawalan kunci. penyebaran data dan kawalan akses maklumat. pewujudan peraturan penggunaan peralatan ICT dan pengenalan etika penggunaan Internet dari peringkat awal adalah penting. dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan. iaitu tanggungjawab. mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada Internet oleh pengguna.

Bab 6 : Dasar Keselamatan

6.1 Tanggungjawab

Dengan pengenalan ICT di sekolah, sekolah perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab kakitangan Kerajaan dalam mengawasi keselamtan data Kerajaan. Kesedaran akan menjadi semakin penting dengan pengenalan perisian aplikasi Kerajaan Elektronik di sekolah pada masa hadapan. Berikut adalah beberapa perkara utama yang perlu dimaklumkan oleh pihak sekolah, khasnya pengurus dan pentadbir sekolah.

1.

KPM adalah pemilik maklumat (termasuk aplikasi) yang terdapat di dalam sistem pengkomputeran sekolah. Kementerian berhak melihat segala maklumat yang disimpan dalam sistem komputernya pada bila-bila masa. Setiap individu dalam KPM adalah Pengawal Maklumat dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi untuk mengawal keselamatan data yang dihasilkan atau yang digunakan untuk mengawasi kerahsiaan, integriti sistem dan maklumat KPM. Pembekal perkhidmatan maklumat adalah pengawal kepada data KPM selagi maklumat itu masih di bawah kawalan mereka. Dengan kata lain, pemilik maklumat dan bidang lain dalam KPM adalah diklasifikasikan sebagai Pengawal Maklumat dan mempunyai tanggungjawab yang sama seperti kakitangan Kerajaan semasa maklumat itu berada di dalam jagaannya. Setiap pengguna mestilah diberikan satu identiti yang unik sebelum dibenarkan mengakses kepada maklumat pendidikan. Pengguna adalah bertanggungjawab secara peribadi terhadap setiap aktiviti yang menggunakan identitinya.

2.

3.

4.

6-2

Bab 6 : Dasar Keselamatan

6.2

Keselamatan Fizikal

Keselamatan fizikal boleh dikaji dari lima (5) aspek seperti berikut :

a) b) c) d) e)

Keselamatan Infrastruktur Keselamatan Fizikal secara umum Keselamatan Fizikal tambahan di Bilik Pelayan (Server Room) Keselamatan Fizikal tambahan Di Makmal Komputer Penggunaan Peralatan Infrastruktur ICT

Cadangan tindakan bagi setiap aspek adalah seperti berikut.

1.

KESELAMATAN INFRASTRUKTUR 1.1 Pelan

a) Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di
Makmal Komputer.

b) Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal
Komputer) perlu didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.

c) Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal
Komputer. 1.2 Ubahsuaian Bilik

a) Sebarang penyambungan/penambahan punca kuasa tidak
dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab. Contohnya: Jabatan Kerja Raya.

6-3

Bab 6 : Dasar Keselamatan

2.

KESELAMTAN FIZIKALSECARA UMUM 2.1 Kunci :

a) Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas. b) Kunci disimpan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penyelaras ICT
sahaja.

c) Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.
2.2 Akses Pelawat:

a) Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik
berkenaan, khasnya bilik Pelayan

b) Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik
bawah kawalan beliau. 2.3 Elektrik

a) Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bangunan perlindungan
pengalir kilat.

b) Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat
Uninterupted Power Supply.

c) Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.
2.4 Label

a) Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel
2.5 Pencegahan Kebakaran

a) Setiap bilik pelayan/makmal/pusat sumber yang ada komputer perlu
mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis gas CO2.

b) Sistem pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada
dalam keadaan yang baik. 2.6 Makanan Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.

6-4

Bab 6 : Dasar Keselamatan

3.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM) 3.1 Bilik Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci. 3.2 Kunci Buku log untuk rekodkan pengguna kunci 3.3 Akses Pelawat

a) Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik
Pelayan.

b) Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses.
Contoh maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, no Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar.

c) Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik
Pelayan setiap masa. 3.4 Elektrik

a) Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power
Supply.

b) Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa
dingin. 3.5 Alat Penghawa Dingin

a) Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya
dua (2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi berterusan secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.

6-5

1 Akses Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer. Perubahan ini mungkin menjejaskan aplikasi yang sudah dipasang. 4.4 5. KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER 4. PENGGUNAAN PERALATAN INFRASTRUKTUR ICT Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa dalam Bilik Makmal dan Bilik Pelayan 5.3 Alat Penghawa Dingin Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin. Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakkan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian. 5. Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu.5 5. Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakkan terlampau panas.2 Elektrik Pastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan Makmal Komputer.Bab 6 : Dasar Keselamatan 4.6 6-6 . 5. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa. perisian utiliti untuk mengelakkan perubahan konfigurasi sistem. Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku.1 Dilarang memasang/membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen savers. 4.3 5.2 5.

1 2. 4.2 Setiap pengguna perlu ada identiti pengguna dan kata laluan sendiri.2 2.4 2. Kata laluan tidak boleh dikongsi.1 Semua komputer desktop perlu menjalankan pemeriksaan pencegah virus sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mengelakkan jangkitan.5 3.2 6-7 . Kata laluan harus ditukar dari semasa ke semasa. capaian Internet dan pemasangan perisian pencegah virus (Anti-virus). Kata Laluan 2. kata laluan. Pencegah Virus (Anti-Virus) 4.3 Keselamatan Sistem Keselamatan sistem merangkumi aspek akses pengguna. 2. Cadangan tindakan untuk setiap aspek adalah seperti di bawah. 2. Identiti pengguna tidak boleh dikongsi.1 Internet hanya boleh dicapai apabila pengguna memasukkan akaun penggunanya yang telah didaftar.3 Kata laluan hanya boleh diperolehi daripada Penyelaras ICT.1 1.Bab 6 : Dasar Keselamatan 6. Akses Pengguna 1. 4. Semua disket hendaklah diimbas sebelum digunakan. Setiap pengguna perlu menukar kata laluan pada akses kali pertama. Kata laluan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan (8) gabungan aksara alfanumerik. Capaian Internet 3. 1.

6-8 . 5.1 5. freeware dan shareware hendaklah diimbas untuk pengesanan virus sebelum pemasangan. Semua perisian.2 Hanya perisian yang berlesen boleh digunakan.Bab 6 : Dasar Keselamatan 5. Perisian Komputer 5.3 Audit trail pelayan perlu disemak setiap hari untuk memastikan tahap Keselamatan Sistem bagi: a) Capaian Maklumat b) Percubaan Gangguan Sistem c) Percubaan kata laluan yang gagal d) Semua log-on ke sistem dan log-off dari sistem.

Kekerapan bergantung kepada sensitiviti.4 Keselamatan Data 1.2 2. 6-9 . Salinan Sandaran (Backup)/Data 1.Bab 6 : Dasar Keselamatan 6. 1. kepentingan dan kuantiti data. Pemindahan Maklumat 2.1 Salinan sandaran berkala untuk data yang penting perlu dilakukan untuk mengelakkan kehilangan data. Salinan sandaran hendaklah disimpan di tempat lain yang selamat.1 Maklumat sulit yang dipindahkan melalui rangkaian komunikasi/disket perlu dilindungi dengan kata laluan untuk mengawal aksesnya.

Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). 5. Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu. menyimpan dan mengedar harta intelek. paten. Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.5 Etika Penggunaan Internet Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalan menjadi kesalahan untuk: 1.4 5.2 5. Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing). 5. E-mel 5. menghina. 4.Bab 6 : Dasar Keselamatan 6.6 6-10 . iaitu secara sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar. mengugut. organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya. membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya. rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa. mengancam.5 5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/ spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Melakukan aktiviti haram seperti mengambil. kumpulan atau organisasi yang lain. skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia. 3. Menggalakkan. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu. menekan. Memalsukan e-mel(forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima. Menyalur sebarang bahan haram. lucah. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan: 2. menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.3 5.

Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang. termasuk memalsukan nombor kad kredit.7 Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. Menghalang identiti pengesahan pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain. kontrak atau permohonan atas talian.Bab 6 : Dasar Keselamatan a) b) c) 5.8 6-11 . Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host). Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya. 5.

bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal. 2.3 2.5 2.6 2.Bab 6 : Dasar Keselamatan Contoh Peraturan Makmal Komputer 1.4 2. makanan atau minuman ke dalam makmal. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.3 Memaksimumkan penggunaan Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran Panduan untuk penggunaan ramai.7 2.2 1. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik / mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.4 2. bau benda terbakar.9 6-12 . Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.2 Dilarang membawa beg. 1.1 2. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.1 1. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas. Peraturan makmal diwujudkan untuk: 1. Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer: 2.8 2.

2. Padamkan manamana suis yang perlu. 2. 2.16 Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras. 2.. menghina atau menfitnah pihak tertentu.18 Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar/kelas ke makmal Komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.20 Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.10 Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas. 2. 6-13 . 2.17 Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru. mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah.13 Dilarang mencetak..14 Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.19 Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer. 2. 2.12 Dilarang membuat bising di dalam makmal.Bab 6 : Dasar Keselamatan laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.11 Tidak dibenarkan membawa liquid paper. 2.15 Dilarang mengubah dan menambah perisian & perkakasan. 2. 2.

KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAK LUAR Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan. 7-1 . 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah.1 Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah dan membuat perancangan jangka panjang dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat pelajar serta melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer. perkara yang berikut adalah dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 1. 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Walau bagaimanapun sekolah sebagai institusi kerajaan perlu mematuhi segala peraturan dan pekeliling yang termaktub. Bab ini menerangkan tatacara penerimaan sumbangan yang dibenarkan oleh KPM apabila sesuatu pihak ingin menaja atau menyumbangkan kepakaran. Institusi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bagi menggalakkan sumbangan. Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar BAB 7 PENGLIBATAN. kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam kegiatan sekolah berhubung aktiviti atau program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. • • • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan. perkakasan. Pekeliling-Pekeliling yang perlu dirujuk dalam bab ini ialah : • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2000 : Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah. Syarikat atau Kerajaan Negara Luar. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang.Bab 7 – Penglibatan. perisian atau apa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah.

Sebarang sumbangan dari negara luar perlu melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM untuk mendapatkan kelulusan. keselamatan dan peruntukan kewangan. perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian : Sumbangan kepada pihak sekolah merupakan outright gift dan tiada bayaran dikenakan. Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.4 Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sekolah asalkan tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sumbangan hendaklah selaras dengan rancangan dan dasar yang ditetapkan. Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar 1. 1. 2.2 Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atau peralatan. Penyertaan pihak luar tidak bercanggah dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan peralatan atau tajaan. pihak penyumbang perlu terlebih dahulu kertas cadangan tentang penyelidikan yang akan mengemukakan dijalankan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 7-2 . Mendapatkan sumbangan secara pakej adalah digalakkan. PERSEDIAAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEBELUM MENERIMA SUMBANGAN 2.Bab 7 – Penglibatan. Sumbangan yang diterima tidak membebankan pihak sekolah. Pertimbangan perlu diberikan kepada infrastruktur. Untuk tujuan ini.3 Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untuk mendapatkan liputan media massa dan menanggung perbelanjaannya serta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan. 1.

Bab 7 – Penglibatan. 4 TANGGUNGJAWAB JPN DAN PPD/PPB Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan. Kos penggantian alat. Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihak penyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan disaksikan oleh PPD/PPB. 3.2 Memohon kebenaran daripada PPD/PPB. 3 TATACARA PENERIMAAN SUMBANGAN OLEH PIHAK SEKOLAH Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan. Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar 2.4 Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam borang KEW. pihak sekolah yang menerima sumbangan hendaklah mematuhi perkara berikut seperti dalam Carta Alir sumbangan pihak luar : 3.1 3. pihak JPN dan PPD/PPB perlu melaksanakan perkara-perkara berikut : 4.312 (daftar harta modal). Pemantauan secara berterusan oleh pihak pengurusan sekolah perlu dijalankan.3 3. Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepada JPN masing-masing. 7-3 . Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran. Kos sewaan talian.2 Bagi sumbangan berbentuk kepakaran pula.1 Meminta pihak sekolah membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek : • • • • • Kos penyenggaraan peralatan. pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut : Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk diteliti. Kos penggunaan perisian. dan Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.

7-4 . Merancang kos tersebut untuk dikemuka kepada JPN bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi tahun tamat tempoh tajaan. Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar 4. syarat atau peraturan yang sedia ada bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan mana-mana dasar.3 Merancang kos tersebut untuk dikemukakan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun tamat tempoh tajaan. syarat atau peraturan berkaitan pungutan wang. 4. 4. pihak sekolah perlu melaksanakan perkara-perkara berikut: 5.2 Kos penyenggaraan peralatan Kos sewaan talian Kos penggantian alat Kos penggunaan perisian Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.2 4.4 Pihak JPN/PPD/PPB perlu memastikan sekolah sentiasa merujuk dan mematuhi dasar. KESINAMBUNGAN PROJEK Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan.1 Membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek: • • • • • 5.5 Sekiranya program atau aktiviti dalam sumbangan yang hendak dijalankan itu tidak tertakluk di bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada. atau timbul keraguan mengenai bidang kuasa.6 5 Merancang dan memantau latihan ICT guru. hak atau peruntukan sah mengenainya. maka permohonan bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan disertakan maklumat lengkap mengenai program atau aktiviti yang hendak dijalankan. 4.Bab 7 – Penglibatan. Memaklumkan semua kelulusan program ini kepada Bahagian Sekolah dengan salinan kepada Urus Setia Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran (JMPK) Kementerian Pendidikan Malaysia di Bahagian Sistem Maklumat dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

PPK & JMPK) TIDAK Merekod Dalam Borang Kew.312 (Daftar Harta Modal) TAMAT TIDAK Sambung YA B 7-5 . Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar CARTA ALIRAN SUMBANGAN PIHAK LUAR MULA Dalam Negara Luar Negara A Mengenalpasti Jenis Sumbangan Membuat Justifikasi Sumbangan Sekolah Melengkapkan Semula Membuat Pertimbangan Aspek Persediaan YA TAK SETUJU -Kepakaran -Perkakasan -Perisian -Kursus/Latihan -Jangka Panjang/Pendek -Sumber Elektrik -Talian Telefon -Bilik -Keselamatan Alat -Peruntukan Kewangan SETUJU Menulis Surat Permohonan Kebenaran Kepada PPD/PPB LULUS Memorandum Persetujuan (jika perlu) Sambung TAK LULUS PPD/PPB Memaklumkan Kepada JPN JPN Memaklumkan Kepada KPM (BS.Bab 7 – Penglibatan.

Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar A Menulis Surat Permohonan Kebenaran Kepada BS. KPM LULUS Membuat Justifikasi Sumbangan TAK LULUS -Kepakaran -Perkakasan -Perisian -Kursus/Latihan -Jangka Panjang/Pendek Sekolah Melengkapkan Semula Membuat Pertimbangan Aspek Persediaan -Sumber Elektrik -Talian Telefon -Bilik -Keselamatan Alat -Peruntukan Kewangan TAK LULUS Semakan dan Ulasan KPM TAK LULUS LULUS Memorandum Persetujuan (jika perlu) Merekod Dalam Borang Kew.Bab 7 – Penglibatan.312 (Daftar Harta Modal) B YA Sambung TIDAK TAMAT 7-6 .

KPM TAK LULUS TAMAT 7-7 .Bab 7 – Penglibatan. Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar B Membuat Pengiraan Implikasi Kos Menghantar ke JPN Untuk Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Sekolah Membuat Pengiraan semula JPN Perlu Membuat ABM Bagi Program/ Projek LULUS Agihan Peruntukan Ke Sekolah JPN Kemukakan ABM Kepada BS/BK.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful