P. 1
sejarah linguistik

sejarah linguistik

|Views: 377|Likes:
Published by Arenie Cyg

More info:

Published by: Arenie Cyg on Mar 02, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/16/2014

pdf

text

original

1.

0 Pendahuluan Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ‘ilmu bahasa’ atau ‘pembelajaran ilmiah mengenai bahasa’ (Matthews 1997). Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman linguistik perbandingan dan zaman linguistik moden. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Teks ini mengekalkan banyak unsur Indo-Iran yang umum. dan Samaveda Samhita (yang mengandungi sekitar 75 mantera yang tidak terdapat dalam Rigveda). iaitu budaya Pusara H di Punjab serta budaya Tembikar Warna Oker (OCP) yang lebih jauh di sebelah timur. teks yang digunakan untuk mengkaji linguistik ialah teks Veda . Khilani Rigveda.0 Perbincangan dan Huraian. harus siap menjelang 1000 SM.2.1 Sejarah Linguistik Peringkat Awal. yang tidak wujud dalam manamana satu teks Veda yang lain. Banyak teks ini berasal . Daripada segi arkeologi. tokoh linguistik struktural Amerika menyebut Panini sebagai One of The Greatest Monuments of The Human Intelligence. Bahasa Mantera: Zaman ini merangkumi kedua-dua mantera dan bahasa prosa Atharvaveda (Paippalada dan Shaunakiya). selain daripada buku-buku yang terbaharu (bahagian pertama dalam Jilid 1 dan kesemua bahagian dalam Jilid 10). Selain daripada itu. Oleh sebab itu Leonard Bloomfield. 2. Rigveda: Rigveda ialah teks Veda yang paling kuno yang masih dalam keadaan baik. Zaman Rigveda bertepatan dengan Budaya Kubur Gandhara. Daripada segi linguistik.1 Zaman India Di India pada tahun 400 SM Panini seorang sarjana Hindu membuat buku dengan judul Adtdyasi iaitu deskripsi lengkap bahasa Sansekerta yang pertama kali ada. serta juga mantera Yajurveda. tidak terdapat sebarang bukti arkeologi atau bukti linguistik yang diterima secara meluas tentang kesinambungan budaya ini dengan tamadun Lembah Indus. baik daripada segi bahasa mahupun daripada segi kandungan. 2. Bagaimanapun. Penulisannya harus menelan masa beberapa abad dan. teks Veda dapat dikelaskan kepada enam strata kronologi iaitu: 1.1. 2.

Prosa Brahmana: Teks Brahmana yang asli dalam empat buah Veda berasal dari zaman ini.Rigveda). Perubahan ketara termasuk perubahan vishva. Chu.(untukkrno. 5. serta juga sesetengah teks Upanishad (misalnya Kathu. Bihar) sebagai pusat politik ketiga diasaskan pada zaman ini. VadhSS). dan terdiri sebahagian besarnya daripada Sutra Śrauta dan Sutra Grhya. Jub) dan teks Shrautasutra yang tertua (BSS.[1] Videha (N. dan penyebaran dasar kata kerja kuru. Zaman ini merupakan zaman awal Zaman Besi di barat laut India yang bertepatan dengan budaya Barang-barang Hitam dan Merah (BRW) dan kerajaan Kuru yang wujud dari kira-kira abad ke-10 SM. 4. "semua". teksUpanishad yang tertua (BAU. bersama-sama dengan teks Aranyaka. TS) tergolong dalam zaman ini. Kesemua itu. baik kerana perubahan linguistik mahupun kerana pentafsiran semula. kecuali lima buah prosa Upanishad. 3. . Suatu perubahan linguistik yang penting ialah kehilangan sepenuhnya injunktif. Bahagian Brahmana ('ulasan' bagi mantera dan ritual) di dalam teks Yajurveda Hitam (MS. Prosa Samhita: Zaman ini menandakan permulaan pengumpulan dan pengkodifikasian daftar karya Veda. Daripada segi arkeologi. merupakan teks pasca-agama Buddha. KS. Bahasa Sutra: Zaman ini merupakaan lapisan terakhir Sanskrit Veda yang berlangsung sehingga kira-kira 500 SM.sebahagian besarnya daripada Rigveda tetapi telah mengalami setakat perubahan. budaya Barang-barang Kelabu Berlukis ( PGW) yang berlangsung dari kira-kira 900 SM bertepatan dengan peralihan pusat politik dari kawasan Kuru ke kawasan Panchala di Lembah Ganges. oleh sarva. dan MaitrU).

Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. ahli sejarah Yunani abad ke-2. penyebaran Barang-barang Hitam Berkilat Utara (NBP) yang begitu pantas ke seluruh India utara bertepatan dengan zaman ini. dan dialek Prakrit Pali yang digunakan dalam kitab agama Buddha tergolong dalam zaman ini.1. Daripada segi arkeologi. ekonomi.2 Zaman Yunani Dalam sejarah ilmu linguistik. Keakhiran India Veda itu ditandakan oleh perubahan linguistik. Sumber sejarah geografi India pasca-Veda yang paling penting adalah daripadaArrian. yang menulis berdasarkan laporan Megasthenes.6. dan politik. Sanskrit Klasik bermula. Serangan Darius I ke atas Lembah Indus pada awal abad ke-6 SM menandakan permulaan pengaruh luar yang berterusan dan mempengaruhi kerajaan-kerajaan Indo-Yunani. duta ke Patna pada zaman Empayar Maurya. Pada waktu yang sama. 2. Rekod sejarah bermula hanya selepas akhirnya zaman Veda tetapi masih jarang ditemui pada seluruh Zaman Pertengahan India. kesultanan Islam diasaskan. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Gelombang baharu penghijarahan kasta Ahira dari Empayar Kushan bermula sejak 150 SM dan akhirnya. serta juga bahasa Sanskrit Klasik yang diperihalkan oleh Pāṇini dianggap sebagai pasca-Veda dan wujud selepas 500 SM. budaya. Tatabahasa Paṇini pula menandakan puncak terakhir dalam pengkodifikasian teks Sutra. Epik dan Sanskrit Pāṇinian: Bahasa yang digunakan dalam epik Mahabharata dan epik Ramayana. Gautama Buddha. Teks Vedanta terawal. Disebabkan seluruh . budaya dan politik.

bahasa merupakan sesuatu yang dapat melambangkan tamadun tinggi dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia iaitu ciptaan Tuhan. Menurut Plato (427-437sm) iaitu tokoh linguistik dalam karyanya CRYSTALUS mempersoalkan hubungan antara lambang dengan acuanya iaitu benda dengan nama benda. iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Berbeza pula dengan golongan anomalis atau konvensenis yang dipanggil THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural. Aristotle mengakui wujudnya sistem kala. iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja). bersifat semula jadi. . Aristotle juga telah memisahkan kata kepada tiga jenis. bahasa wujud secara konvensyen. Contohnya. walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya. tidak seragam iaitu mempunyai pelbagai kelainan. bunyi [ r ] menunjukkan gerak. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.kehidupan mereka dibendung oleh falsafah. maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Mengikut ahli falsafah Yunani. Tokoh kedua iaitu Aristotle (384-322 sm) telah memperkenalkan kata hubung dan sistem kala ‘tense’ (past tense. Bagi Plato. manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates. iaitu onoma (kata nama). regular dan logik. di samping memperkenalkan konsep neutral iaitu hubungan antara lambang dengan acuannya yang bersifat konvensional. sama ada bersifat tabii atau kesepakatan. Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Logos terbahagi kepada dua. ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. rhema (kata kerja) dan syndesmoi (kata hubung). present tense).

Puak Stoik beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. iaitu tambahan numeralia (kata bilangan). Selain itu. epirrhema (kata keterangan). Mereka membahagikan kata kepada empat. Seterusnya kaum Alexandrian memperluas kelas kata kepada lapan. Priscia dan Donatus. arthron (kata sandang).Kemudiannya. Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos dan kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Applonius Discollus. Puak Stoik telah memperkenalkan penggolongan unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Inggeris (go:went:gone).Terrentius Varro. Ini bermakna pengkodifikasian pemikiran. rhema (kata kerja). Semua kajian berasaskan teks kuno. seiring dengan kejatuhan Yunani dan munculnya kerajaan Romawi. prosthesis (kata depan). Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Illiad and Odyssey. Mereka juga membezakan bentuk dan makna sesuatu kata itu.1. antonymia (kata ganti). Pada zaman Romawi ini. Tambahan lagi tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. verbum (kata kerja). Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno. metosche (partikel). 2. dan antara kata kerja transitif dengan tak transitif. mereka juga memperkenalkan perbezaan bentuk aktif dan pasif. motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. M.3 Zaman Romawi Zaman seterusnya ialah zaman Romawi yang dianggap kesinambungan perkembangan ilmu linguistik dari zaman Yunani. dan arthon (kata sandang) ataupun artikel (kata ganti nama. syndesmoi (kata hubung). . kata nama khas). iaitu nomen (kata nama). iaitu onama (kata nama). Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. dan syndesmoi (kata hubung). telah wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. Pada zaman Romawi juga kelas kata telah ditambah daripada lapan menjadi Sembilan.

3. situasi. Zaman Romawi tidak banyak menghasilkan karya asli. Senainon: tanda dan simbol.Di samping itu juga. Manakala Priscia pula membahagikan kelas kata kepada lapan melalui karyanya Institutiones Grammatikae iaitu nomen. 2. Masyarakat Rom juga banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle. Karyanya ini dianggap baku hingga kini dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif.Terrentius Varro (116-27SM) dalam karyanya De Lingua Latina membahaskan masalah analogi dan anomali seperti pada zaman Stoik di Yunani. Pragma atau tungchanon: hal luaran. bentuk fleksi dan terbitannya mempengaruhi bunyi dan makna. . Semainomenon atau lekton: makna. Beliau juga menyatakan bahawa bahasa itu seragam secara semula jadi. dan mengkategorikan penggunaan morfologi. adverbiu. participium. iaitu: 1. pronomen. Selain fonologi yang membincangkan mengenai huruf atau tulisan yang disebut literea terdapat juga aspek lain yang dikaji iaitu morfologi yang membahaskan mengenai diction atau kata dan sintaksis yang membicarakan mengenai oratio iaitu tata susunan kata yang selaras dan menunjukkan ayat itu selesai. interjection dan conjuction. sintaksis dan etimologi. verbum. Menurut ahli tatabahasa Romawi yang dianggap paling tulen dalam bahada Latin iaitu M. praepositio. sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik. Buku Institutiones Grammaticea ini telah menjadi dasar tatabahasa Latin dan filsafat zaman pertengahan. kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Golongan Stoik membezakan tiga aspek primer bahasa.

Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Pada era ini juga teori sebab musabab. kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.2.0 Zaman Arab Pada Era ini. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.2 Sejarah Linguistik Peringkat Pertengahan 2. ahli pengkaji sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Tambahan lagi. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa.2. Perkembangan linguistik zaman Arab ini bermula apabila bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->