You are on page 1of 36

ISLAMIC CIVILIZATION AND ASIAN CIVILIZATION

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Kenapa Kita Gagal Membina Semula Tamadun?


DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

DALAM sebuah cerita rakyat, kononnya seorang buta diberikan


penglihatan dalam beberapa minit. Ketika celik, dia hanya berpeluang
melihat seekor keldai yang ada di hadapannya. Kemudian
penglihatannya dibutakan kembali. Selepas itu apabila disifatkan
sesuatu kepadanya, dia akan bertanya: “Adakah ia seperti keldai?”
Atau dia akan berkata: “Bagaimanakah ia jika dibandingkan dengan
keldai?”

Cerita itu mungkin dongengan. Namun ia menggambarkan keadaan


insan yang tidak pernah melihat perkara lain, melainkan yang tertentu
sahaja. Maka segala gambaran dan andaiannya tertumpu atau terkait
dengan apa yang pernah dilihat.

Sekali lagi saya ingin memperkatakan soal membina ketamadunan.


Banyak pihak bercakap atau berkempen agar umat Islam menjadi
umat yang maju dan kembali membina tamadun kegemilangan.

Malangnya kekadang pihak yang dikempen atau mungkin yang


berkempen tidak memahami teras dan asas ketamadunan dalam
Islam. Maka apabila bercakap soal kemajuan terus sahaja tergambar
oleh mereka kemajuan atau tamadun yang sedang mereka saksi di
zaman ini iaitu tamadun Barat. Hingga tidak tergambar oleh mereka
selain dari kehidupan Barat. Apatah lagi jika dibandingkan kemunduran
bangsa-bangsa yang menganut Islam hari ini.

Justeru, bagi mereka seakan jika kita ingin maju dan bertamadun, kita
mesti memiliki apa yang dimiliki Barat, berbudaya ala Barat, bergaya
ala Barat, berbahasa dengan bahasa Barat, berhiburan dengan hiburan
Barat dan seterusnya. Tamadun dan kemajuan umat Islam lampau
hanyalah catatan sejarah yang boleh dibaca. Sama seperti cerita orang
buta dan keldai. Dia hanya dapat membayangkan apa yang pernah
dilihat.

Maka lebih tergambar di fikirannya keldai dibandingkan binatang lain


yang hanya diceritakan kepadanya, sedangkan dia tidak pernah
melihatnya.

Pendek kata, untuk menjadi maju pada hari ini, ramai umat Islam
menyangka mereka kena ceduk apa yang ada di Barat. Untuk
menceduk teknologi Barat, prosesnya susah dan panjang. Juga bukan
mudah untuk Barat mengajar kesemua ilmu tersebut, kerana itu tidak
membuahkan keuntungan jangka panjang untuk mereka. Perkara yang
paling pantas diceduk oleh masyarakat Islam ialah gaya hidup Barat.

Maka kita mengimport fesyen Barat dalam berpakaian dan berbudaya.


Dalam kita berkempen ke arah kemajuan umat, lihat sahaja
perkembangan hiburan. Segala format hiburan Barat dibawa dan
didagangkan di sini. Sementara masyarakat Muslim pula yang
melariskannya.
Hiburan-hiburan dalam media kita, bukan sahaja tidak kreatif terpaksa
menceduk gaya Barat, bahkan nama program pun tidak mampu
diubah. Maka anak-anak kita yang tercicir dalam banyak urusan
kehidupan, berasa maju kerana bergaya dengan pakaian dan hiburan
secara Barat.

Itulah hakikat sebahagian artis kita. Maka yang berjaya diceduk dan
dibawa dengan ‘ranggi’nya ke sini hanyalah nilai negatif. Sementara
yang positif, kita masih meminta sedekah daripada Barat. Sama
seperti orang Arab yang bangga dengan kereta mewah Barat tetapi
negara dan umatnya belum mampu menghasilkan sekalipun basikal.
Bahkan setiap detik hasil minyak mereka dirompak oleh Barat.

Permasalahan kita – mungkin termasuk pihak yang diamanahkan untuk


menguruskan kemajuan umat Islam – gagal memahami apakah asas
atau sukatan kemajuan dalam pandangan Islam yang kerananya umat
Islam dahulu menjadi umat contoh dan pemimpin muka bumi ini.

Dalam banyak program televisyen yang ditaja oleh pihak tertentu,


apabila cuba menggambarkan kemajuan maka disiarkan gambar orang
memakai ‘lebai’ atau songkok atau jubah beraksi di hadapan komputer.
Atau gambar tokoh agama bertali leher yang saiznya kecil sedikit
daripada kain sejadah atau seumpamanya.

Padahal, bukan setiap yang menggunakan komputer otaknya


bertamadun. Entah berapa ramai ustaz di televisyen yang beraksi
berceramah di hadapan komputer, tetapi isi kandungan ceramahnya
hanya menggambarkan kemunduran cara fikirnya. Bukan semua yang
pakai tali leher, otaknya kelas pertama. Juga bukan semua yang
menggunakan Internet menunjukkan dia menjadi insan yang
bertamadun.

Itu semua hanyalah hasil yang dinikmati dari kemajuan dan keluasan
ilmu. Bukan asas kepada ketamadunan insan menurut al-Quran dan al-
sunah.
Tamadun Islam tertegak atas prinsip akidahnya dan cara fikir atau
minda yang berdisiplin berdasar prinsip-prinsip syariat. Seorang tua
yang berbasikal di kampung tetapi berakhlak dengan masyarakat,
menghormati hak orang ramai, lebih bertamadun dari tokoh yang
bertali leher kemas tetapi mengambil rasuah.

Pak cik yang berkain pelekat yang membuang sampah ke dalam


tongnya, lebih bertamadun daripada yang memakai pakaian menawan
tetapi mencampakkan puntung rokoknya di sana sini.

Lebih besar dari itu, menurut Islam, seorang yang kurang berharta
tetapi memelihara akidahnya dari kesyirikan dan kekhurafatan adalah
lebih bertamadun dari yang berkereta mewah tapi bertangkal, atau
berulang-alik ke rumah bomoh. Tamadun itu bermula dari akidah yang
sejahtera dan cara fikir yang betul yang berteraskan roh al-Quran dan
al-sunah.

Akibat hilangnya akidah dan cara fikir yang betul maka hilanglah
tamadun yang kita bina. Kita akan gagal membinanya semula selagi
kita tidak membereskan soal pembinaan kefahaman terhadap prinsip-
prinsip ketamadunan dalam Islam ini.

Sekalipun kita ada badan, pertubuhan, institut, jabatan yang dikaitkan


dengan kemajuan Islam, nampak kita belum mampu maju. Sebabnya
persoalan asas terhadap kefahaman tamadun dalam Islam itu bukan
sahaja tidak difahami oleh orang awam, bahkan kadangkala gagal
difahami oleh pelaksananya pun.

Sebenarnya, menghayati Islam yang tulen bererti menghayati


tamadun keagungan. Namun pentafsiran Islam yang sempit dan
pengamalnya yang bersifat konservatif telah menggagalkan usaha
membawa kembali Islam yang asal lagi tulen. Sumber Islam ialah al-
Quran dan al-sunah dengan berteraskan tafsiran generasi awal (salaf)
yang terbukti berjaya memimpin alam ini dahulunya.

Sesiapa yang menghayati dan beramal dengan sumber agung ini


bererti dia mengamalkan Islam yang sebenar. Sesiapa yang
mengamalkan Islam yang sebenar bererti dia sedang menghayati
tamadun yang agung. Kemunduran umat ialah kerana mereka
menyimpang dari kedua sumber agung ini. Atau salah dalam
mentafsirkan kedua sumber tersebut.

Perlu diingat, kita tidak boleh membina tamadun kegemilangan


dengan membebaskan diri dari ikatan-ikatan Islam, kononnya kerana
inginkan kemajuan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan
memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu al-Quran dan al-sunah, maka
tidak perlu kita membinanya atas nama Islam. Jika inginkan
ketamadunan dalam erti kata yang tidak difahami oleh Islam, tamadun
Barat sudah terbentang luas untuk kita menganutinya.

Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas


nama Islam, maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan
Islam. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Namun yang kita ingin tegaskan
sejak dari awal bahawa hadarah (ketamadunan) yang Islam hendak
dirikannya bukan seperti tamadun-tamadun yang lain yang lebih
mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih
mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan
kelazatan yang segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara
terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak
meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam
falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan
pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-Islam (tamadun Islam).
Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi
dengan langit. Ia menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan
antara roh dan kebendaaan. Menyeimbangkan antara akal dan hati.
Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Ia mengambil berat tentang
ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan
kebendaan. Ia sebenarnya tamadun kerohanian dan kebendaan,
impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan,
individu dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan
pertengahan.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al- Sunah masdaran li al-Ma'rifat
wa al-Hadarat, m.s. 204, cetakan: Dar al-Syuruq, Mesir.)

Amat baik apabila kita mengadakan pameran ketamadunan umat yang


lampau. Namun, tidak memadai jika pengunjung sekadar mengetahui
hasil tanpa memahami di atas tapak apa mereka membina tamadun.
Barangan-barangan itu datang dari jiwa bermaruah untuk
mempertahankan umat dan minda yang segar kerana disiplin hidup
dan harga diri.

Justeru kita tidak mungkin memahami dan mengulas tamadun yang


telah dibina oleh generasi umat Islam yang lampau tanpa menghayati
akidah dan pegangan Islam yang mereka kukuh berpaut dengannya.
Mereka membina tamadun dengan acuan Islam yang diimani oleh
mereka. Islam itu mengalir dalam urat nadi tamadun yang mereka
pasak. Mereka membina tamadun di atas tapak tersebut. Tanpa
memahami keimanan mereka, kita tidak akan mampu memahami
kekuatan tamadun Islam sepanjang zaman.

Tokoh sejarawan Islam, Mahmud Syakir pernah membuat suatu


perbandingan (analogi) yang sangat menarik, katanya: “Sesungguhnya
seorang jurubina tidak akan dapat mendirikan binaan melainkan
setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain.
Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang
berkesan melainkan setelah dia bertanya pesakit mengenai puncanya,
makanan, minuman dan lain-lain.

Demikian juga seorang sejarawan tidak dibolehkan menyebut sesuatu


kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan
tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu akidah dan segala yang
terpancar darinya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud. Ini kerana
dibimbangi akan memesongkannya di belakang hawa nafsu dan
huraian yang salah yang akan membawa kepada mengubah
sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh dari kefahaman sebenar.”
(Mahmud Syakir, Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-IslamI, m.s. 3-4,
cetakan: Dar al-Maktab al-Islamiy, Lebanon).

Atas nama dan prinsip Islam, tamadun Islam berjaya dibina. Itulah
yang menjadikan umat dahulu gemilang dan dihormati di mata dunia.
Tanpa prinsip Islam tidak mungkin dapat dibina tamadun yang
berteraskan Islam. Seperti mana – barangkali – di atas semangat
‘kehantuan’ tercetusnya pameran hantu. Tanpa semangat ‘kehantuan’
itu pameran hantu tidak mungkin dapat diteruskan. Namun insan yang
ingin membina tamadun, juga mungkin hantu sendiri barangkali
kehairanan melihat pameran yang seperti itu.
UF1103
TAMADUN ISLAM DAN ASIA

SINOPSIS

Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu


ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan;
interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina dan India); Islam
dalam pembinaan Tamadun Malaysia: Islam dalam Tamadun Melayu;
isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Islam Hadhari
dan proses pembangunan negara.

OBJEKTIF
 Membekalkan pelajar dengan satu pemahaman komprehensif
mengenai sejarah, prinsip, nilai dan aspek utama pengajian
ketamadunan di Malaysia.

 Membina satu generasi muda Malaysia yang berpengetahuan dan


peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban.

 Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara


berbagai kaum yang mengamalkan kehidupan yang bertoleransi.

Disediakan oleh
Sarip bin Adul, Suraya Sintang dan Abdul Hakim Mohad
MINGGU 1 - 2:
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Definisi tamadun. Pendedahan kepada ciri-ciri utama tamadun. Objektif


tamadun Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan dan
keruntuhan tamadun. Kuliah ini juga akan membincangkan tentang
konsep umum tamadun dan sumbangan tamadun kepada peningkatan
kemajuan manusia.

TUGASAN/TUTORIAL

Huraikan definisi tamadun dari pelbagai perspektif dan bincangkan


konsep, sifat-sifat dan ciri-ciri tamadun.

RUJUKAN

Ibnu Khaldun. Muqaddimah Ibn Khaldun.


Said Ramadhan al-Buti. Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah.
Wing Tsit Chan, Ismail R. Al-Farouqi. The Great Asian Religions: An
Antropology.
Mohd Taib Osman dll. Ensiklopedia Tamadun Melayu. DBP

MINGGU 3 - 5:
INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN (MELAYU,
CINA DAN INDIA)

Kuliah akan membincangkan nilai-nilai universal antara tamadun.


Khususnya yang berkaitan dengan budaya, falsafah dan agama yang
menjadi ikutan dan anutan masyarakat melayu, cina dan india. Fokus
utama ialah mengenai Hinduisme, Buddhisme, Jainisme, Taoisme,
Konfusianisme, Islam dan kristian. Persamaan dan perbezaan antara 3
tamadun (Melayu, Cina dan India) dalam budaya, adat dan pandangan
semesta juga dibincangkan. Penumpuan akan diberikan kepada
beberapa contoh interaksi antara 2 tamadun yang akhirnya
menghasilkan bangsa Malaysia yang ada pada hari ini.

TUGASAN/TUTORIAL

Bincangkan kebudayan dan kepercayaan awal yang diamalkan oleh


masyarakat Melayu, cina dan India.
RUJUKAN

Wing Tsit Chan, Ismail R. Al-Farouqi. The Great Asian Religions:


An Antropology
Mohd. Dahlan Mansoer.(1997) Pengantar Sejarah Awal Nusantara. KL:
DBP
Abd. Rahaman Ismail. (1983). China Tradisional: Pensejarahan,
Pusingan Wansa dan Proses Pencinaan. USM: Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan
Ann Wan Seng. (1995). Kepercayaan Orang Cina. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti
Chan Wing-Tsit. (1969). A Source Book in Chinese Philosophy.
Princeton: Princeton University Press
John Fairbank. (1967). Chinese Thought and Institution. Chicago: The
University of Chicago Press
Monier Williams. (1978). Indian Wisdom: The Religious, Philosophical
and Ethical Doctrines of The Hindus. New Delhi: Cosmo Publications
N.M. Iddaikkadar. (1979). Latar Belakang Kebudayaan Hindu. KL: DBP
….(1994). Lun Yu (Pembicaraan Confucius). (Ter. Obaidellah Mohamad).
Kuala Lumpur: DBP.

MINGGU 6 - 9:
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA
DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Kuliah akan menyentuh tentang peranan Islam di Alam


Melayu/Nusantara yang akhirnya menjadi asas kepada pembinaan
Tamadun Malaysia. Juga akan membincangkan tentang definisi
Tamadun Islam dari pelbagai perspektif, matlamat Tamadun Islam,
asas-asas Tamadun Islam dan sumber-sumbernya, ciri-ciri khusus
Tamadun Islam. Ia juga akan menyentuh tentang kedatangan Islam ke
nusantara, kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dan
peranan Tamadun Melayu dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
.

TUGASAN/TUTORIAL

Huraikan konsep beragama orang-orang Melayu dari animisme


hinggalah Islam.
RUJUKAN

Mohd Taib Osman dll. Ensiklopedia Tamadun Melayu. DBP


Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu. KL: UKM.
Wan Ramli W. Mohd. (1999). Pantang Larang Orang Melayu Tradisional.
KL: Utusan Publications Distributors.
Abdullah Siddik. (1975). Penghantar Undang-undang Adat Di Malaysia.
KL: Penerbit Universiti Malaya.
Abdul Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa
Melayu. KL: DBP
MINGGU 10 - 12:
ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

Kuliah akan membincangkan hegemoni barat dan globalisasi serta


kesannya terhadap; media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi
manusia. Isu alam sekitar, persepsi jihad, etika dalam sains dan kesan
perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara juga
akan dibincangkan.

TUGASAN/TUTORIAL

Bincangkan kesan positif dan negetif yang dibawa oleh barat dan
globalisasi serta cara menanganinya.

RUJUKAN

Ali Ali Mansur.(1994). Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa,


Terj. Mahmood Zuhdi Abdul Majid. Petaling Jaya; Angkatan
Belia Islam Malaysia.
Muhamad Naim Yasin. (1985). Jihad dalam Islam. Terj. Ismail Mohd.
Hassan, Kuala Trengganu; Yayasan Islam Trengganu.
Ahmat Juhari Moain.(1991). Jihad Dan Pengertiannya. KL; Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Penerangan Mengenai Isu Mengkafir Orang Islam, Jihad Dan Mati
Syahid.(1986). Kuala Lumpur; Jabatan Penerangan Malaysia.

MINGGU 13 - 14:
ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN
NEGARA
Kuliah akan membincangkan tentang kewajaran Islam Hadhari
diperkenalkan oleh kerajaan bagi dijadikan asas kepada pembinaan
Tamadun Malaysia yang menekankan kemajuan dalam pelbagai
bidang, material dan spritual. Kuliah juga akan membincangkan secara
terperinci 10 prinsip yang terkandungan dalam Islam Hadhari

TUGASAN/TUTORIAL

Bincangkan bagaimana Islam Hadhari boleh dilaksanakan dalam


masyarakat majmuk di Malaysia.

RUJUKAN
Abdullah Haji Ahmad Badawi. Islam Hadhari (teks ucapan).
Jabatan Hal Ehwal Khas.
Islam Hadhari. JAKIM.
Kertas-kertas kerja Seminar Antarabangsa Islam Hadhari. Universiti
Malaya. (24-25 November 2004).

Ilmu Tauhid Berasaskan


Kajian Saintifik

TUJUAN utama penulisan ini ialah untuk menjelaskan sama ada ilmu Tauhid boleh diasaskan atau tidak
kepada kajian saintifik. Bagi menjawab soalan ini perlu terlebih dahulu diterangkan apa yang kita
maksudkan dengan ilmu Tauhid dan kajian saintifik serta dijelaskan ruanglingkup masing.

RUANG LINGKUP ILMU TAUHID

KITA semua sedia maklum bahawa ilmu Tauhid adalah intisari ajaran agama Islam. Ilmu ini merujuk kepada
hakikat keesaan Allah SWT. Ilmu Tauhid membicarakan prinsip keesaan Tuhan. Di dalam ketuhanan Islam,
Allah adalah Esa dari segi zat-Nya, Esa dari segi sifat-sifat-Nya dan Esa dari segi perbuatan-Nya.

Sumber utama ilmu Tauhid ialah ajaran wahyu seperti yang terkandung di dalam Kitab Suci Al-Quran. Allah
sendiri memberitahu manusia siapa Dia, apakah sifat-sifat diri-Nya dan apakah aktiviti-aktiviti-Nya. Di dalam
hal ini, peranan akal adalah sekadar untuk memahami makna butir-butir diri Tuhan yang Dia sendiri telah
maklumkan (tajallikan) kepada kita.

Ayat Al-Quran yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad!) "Allah Maha Esa (Ahad)", menegaskan
keesaan Tuhan dari segi Zat-Nya kerana Allah adalah nama zat Tuhan. Tetapi ayat yang sama turut
menegaskan keesaan Tuhan dari segi sifat-sifat-Nya dan dari segi perbuatan-perbuatan-Nya (af'al) kerana
Allah adalah nama Tuhan yang serba meliputi. Di dalam nama Allah terhimpun segala sifat Tuhan atau
segala nama-Nya yang lain seperti Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Hayy, Al-Qudus dan sebagainya.

Sifat-sifat Tuhan atau nama-nama-Nya adalah sebenarnya hubungan antara zat Tuhan dan setiap sesuatu
selain daripada-Nya. Dengan kata lain, alam semesta mempunyai hubungan dengan Allah menerusi nama-
nama-Nya. Malahan alam semesta adalah mazahir (manifestasi) nama-nama Tuhan. Oleh sebab itulah di
dalam Al-Quran setiap kali Allah menerangkan tentang sesuatu kejadian yang dicipta-Nya Dia sudahi
keterangan-Nya itu dengan menyebut satu dua nama-Nya.

Sebagai contoh, ayat di dalam surah Yasin yang bermaksud "Dan matahari beredar ke suatu tempat yang
sudah ditetapkan baginya; demikianlah ketentuan (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Ada
hubungan hakiki antara peredaran matahari dan dua nama atau sifat Allah yang disebutkan di sini. Gerakan
matahari dan peredarannya yang mematuhi hukum-hukum tertentu adalah manifestasi keperkasaan dan
kebijaksanaan Allah. Pengetahuan manusia yang mendalam tentang peredaran matahari di dalam sistem
planet kita akan menimbulkan kesedaran di dalam dirinya tentang kekuasaan dan kebijaksanaan
Penciptanya.

Al-Quran memang menjelaskan bahawa nama Allah juga meliputi segala perbuatan-Nya. Keesaan Allah
dari segi sifat-sifat-Nya yang bermakna keesaan Allah dari segi perbuatan-Nya. Menurut Al-Quran lagi,
demikianlah juga sebaliknya. Kesatuan alam semesta membuktikan keesaan Allah.

Sepotong ayat ayat Al-Quran mengemukakan hujjah berikut :

ِ‫سدَتَا َفسُبْحَانَ الِّ رَبّ الْ َع ْرش‬


َ ‫لَوْ كَانَ فِي ِهمَا آلِ َهةٌ إِلّ الُّ لَ َف‬

َ‫عمّا َيصِفُون‬
َ
“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-
duanya. Maka Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan”. [Al-
Anbiya' : 22]

Ayat ini menegaskan kepada kita bahawa alam semesta wujud dalam keadaan kesatuan atau dalam
keadaan teratur, bertertib dan terencana kerana yang menciptanya ialah Tuhan Yang Maha Esa.

Dengan kata lain, Al-Quran memberitahu manusia bahawa sekiranya mereka mengkaji alam semesta ini
dengan teliti serta adil dan saksama (atau objektif, menurut istilah ahli-ahli sains zaman sekarang) maka
mereka akan dapati alam ini benar-benar merupakan sebuah kosmos, bukan chaos, yakni alam yang
teratur, bertertib dan terencana. Hakikat ini sepatutnya diterima oleh mereka sebagai bukti keesaan Allah.

Ajaran agama memberitahu kita bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat mengetahui tentang zat Allah.
Hanya Allah yang mengetahui rahsia zat-Nya. Bagaimana pun, ada dua aspek diri Tuhan yang boleh
diketahui oleh manusia. Aspek pertama ialah sifat-sifat-Nya dan aspek satu lagi ialah aktiviti-aktiviti-Nya.
Sebenarnya dua aspek ini tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Aktiviti Tuhan mencerminkan sifat-
sifat-Nya dan sebaliknya pada Tuhan menzahirkan sifat-sifat-Nya menerusi aktiviti-Nya.

Di dalam konteks perbincangan kita tentang hubungan antara Tauhid dan sains, adalah penting kita merujuk
kepada hakikat bahawasanya manusia boleh mengetahui sifat-sifat dan perbuatan Allah. Suatu soalan yang
wajar ditimbulkan di sini ialah adakah sains berkemampuan mencapai ilmu pengetahuan tentang sifat-sifat
Allah dan perbuatan-Nya tanpa bantuan agama atau wahyu??? Tentang perbuatan Allah yang samalah
maksudnya dengan alam ciptaan-Nya manusia memang mampu mengetahuinya menerusi daya usahanya
sendiri, iaitu dengan membuat pencerapan, menjalankan ujikaji dan analisis rasional dan berbagai-bagai
lagi bentuk pengajian dan penyelidikan ilmiah.

Namun demikian perlu ditegaskan bahawa tanpa bimbingan agama kemampuan sains untuk membongkar
rahsia alam semesta ini adalah sangat terbatas. Sains akan memperolehi keupayaan yang lebih besar dan
akan mencapai kemajuan yang lebih seimbang apabila kegiatannya disinari dengan cahaya agama. jangan
sekali-kali pandangan kita dikaburi oleh kejayaan ajaib yang dicapai oleh sains moden, iaitu sains yang kita
ketahui telah membelakangkan agama.

Ada beberapa perkara yang patut ada di dalam ingatan kita. Pertama, sains moden tidak bermula daripada
tiada dan berakhir dengan segala pencapaian yang menakjubkan seperti yang dapat kita lihat sekarang ini.
Sains moden menggunakan tapak sains yang sudah disediakan oleh sains Islam. Dari segi falsafah alam,
falsafah manusia dan falsafah ilmu, mungkin sains moden telah berkerat rotan, berputus arang dengan
sains Islam dan sain pra-moden yang lain. Tetapi dari segi pengetahuan sains, sains moden adalah
kesinambungan daripada sains Islam. Dengan kata lain, sains moden bertitik-tolak daripada pengetahuan
saintifik yang sebahagian besarnya adalah sumbangan
tamadun-tamadun beragama, khususnya tamadun Islam.

Kedua, banyak ahli sains yang membuat sumbangan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sains
moden adalah individu yang mempunyai kepercayaan agama, sekurang-kurangnya kalau dilihat dari
kacamata Islam tentang konsep agama. Tokoh-tokoh sains moden seperti Johannes Kepler, Isaac Newton
dan Albert Einstein dan para pengasas ilmu fizik kuantum pada kurun ke-20 ini bukan sahaja menyakini
kewujudan Tuhan Yang Maha Esa, malah konsep alam semesta mereka hampir-hampir sama dengan
konsep alam semesta di dalam Islam yang berdasarkan ajaran Tauhid. Mereka ini boleh saya sifatkan
sebagai ahli Tauhid tanpa Nabi dan Rasul dan tanpa syariah. Di dalam kes Einstein, memang ada hubungan
konsep yang jelas antara pemikiran sainsnya dan pandangan Tauhidnya.

Ketiga, sains moden baru berusia lebih kurang 350 tahun. Ini suatu usia yang sangat muda barbanding
dengan usia sains di dalam kebanyakan tamadun beragama sebelum zaman moden seperti usia sains
Islam yang mampu mempertahankan kegemilangannya selama lebih kurang lapan kurun. Walaupun usia
sains moden masih muda, tetapi banyak pemerhati masa kini telah mengeluarkan pendapat yang era sains
moden sudah berakhir.

Teori ilmu dan pandangan alam semesta yang menjadi asas kepercayaan falsafah sains moden sejak
kelahirannya pada kurun ke-17M tidak dapat dipertahankan lagi ekoran daripada perkembangan-
perkembagan dalaman baru yang dicetuskan oleh sains itu sendiri. Ada pendapat mengatakan manusia
Barat sekarang sedang memasuki suatu era baru di dalam sejarah pemikiran sains, iaitu era sains pasca
moden.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan ini saya ingin menegaskan semula kesimpulan berikut.
Walaupun sains mampu menghasilkan penemuan-penemuan saintifik baru, merumuskan teori-teori sains
baru dan menghasilkan berbagai-bagai bentuk teknologi baru tanpa bantuan agama, namun pencapaiannya
tentu lebih besar, keterangan-keterangannya lebih memuaskan kehendak akal manusia dan kemajuannya
lebih menguntungkan umat manusia sekiranya ia berpadu tenaga dengan agama.

Dalam hal ini saya ingin memetik kata-kata masyhur Einstein :

"Agama tanpa sains buta, sains tanpa agama cacat."

Bagaimana pula dengan ilmu tentang sifat-sifat Tuhan??? Mampukah sains menemui sifat-sifat Tuhan
dengan bergantung semata-mata kepada kaedah saintifik yang sudah terbukti sangat berkesan dan berhasil
di dalam bidang pengajian alam lahiriah??? Elok kita bincangkan dahulu secara ringkas sifat sains dan
ruanglingkup kajian saintifik menurut fahaman umum dewasa ini. Tetapi sebelum itu kita boleh memberi
jawapan berdasarkan ajaran wahyu Islam.

Ilmu Ilahiyah (metafizik) atau Ilmu Usuluddin memberitahu kita bahawa wahyu adalah satu-satunya sumber
ilmu kita tentang sifat-sifat Allah. Allah sendiri yang mengajar kita nama-nama-Nya atau sifat-sifat-Nya.
Kalau Dia tidak memberitahu kita tentangnya maka kita tidak akan mengetahuinya. Adalah di luar
kemampuan tabii akal manusia untuk membuat penemuan sendiri tentang sifat-sifat Tuhan. Tetapi setelah
kita diberitahu nama-nama-Nya akal kita mampu memahami makna yang terkandung di dalam nama-nama
itu.

Dan yang pentingnya, menurut Al-Quran, ilmu kita tentang sifat-sifat Allah boleh menjadi lebih mendalam
dan lebih meyakinkan dengan bertambahnya ilmu pengetahuan kita tentang alam semesta. Tegasnya,
andainya kita berIman dengan sifat-sifat Allah yang diwahyukan menerusi Al-Quran itu maka sains boleh
membantu meningkatkan ilmu kita tentang sifat-sifat Allah. Dengan kata lain, ada peranan bagi sains untuk
memantapkan ilmu Tauhid seseorang insan.

RUANG LINGKUP KAJIAN SAINTIFIK


KAJIAN saintifik adalah berdasarkan pencerapan pancaindera, kaedah ujikaji. kaedah matematik yang
bersifat kuantitatif dan analisis data (maklumat) secara rasional yang melibatkan fikiran logik (mantik). Bagi
tujuan menghasilkan pengumpulan data atau maklumat seseorang ahli sains akan menggunakan
pancainderanya dengan dibantu oleh peralatan saintifik yang terkini. Demikian juga dengan ujikaji. Bagi
tujuan membuat pentafsiran data yang sudah terkumpul beliau akan menggunakan peralatan konsep yang
sesuai yang tersimpan di dalam fikirannya dan teknik-teknik analisis dan sintesis atau teknik-teknik berfikir
yang biasa dikaitkan dengan ilmu mantik.

Pada umumnya, kajian saintifik terbatas kepada benda-benda atau kejadian-kejadian yang dapat dialami
oleh pancaindera, yang dapat diukur dan disukat (yakni, yang boleh diberi kuantiti) dan yang boleh dianalisis
dengan menggunakan kaedah-kaedah logik. Proses pentafsiran dan ujikaji akhirnya akan membuahkan
hukum-hukum atau teori-teori sains yang merupakan idaman utama ahli-ahli sains.

Maka jelaslah bahawa kajian saintifik sangat sesuai dan berguna di dalam usaha mendapatkan ilmu tentang
alam lahiriah dan alam kuantiti. Tetapi kaedah saintifik tidak boleh digunakan untuk mengkaji alam rohaniah,
jauh sekali daripada mengkaji sifat-sifat Tuhan. Alam rohaniah tidak boleh dialami dengan pancaindera,
tidak boleh diberi kuantiti dan tidak tertakluk kepada hukum-hukum matematik yang bersifat kuantitatif.
Namun demikian kita masih boleh bertanya : Apakah tidak mungkin akal manusia melanjutkan proses
pentafsiran di dalam sains sehingga menyentuh aspek ketuhanan?

Akal manusia memang mempunyai kecenderungan tabii untuk membuat pelbagai tafsiran apabila ianya
disuapkan dengan maklumat-maklumat. Tetapi pentafsiran boleh menghasilkan berbagai-bagai kesimpulan.
Kepercayaan yang dianuti seseorang ahli sains boleh mempengaruhi pentafsirannya. Oleh sebab itulah ada
ahli-ahli sains yang mengemukakan pengetahuan sains sebagai hujah untuk menafikan kewujudan Tuhan
dan menidakkan kebenaran agama.

Tetapi ada pula ahli-ahli sains yang menggunakan pengetahuan yang sama sebagai dalil untuk
membuktikan kewujudan agama dan kebenaran agama. Nampaknya, kesimpulan akhir tentang Tuhan dan
agama yang dibuat oleh seseorang ahli sains banyak bergantung kepada kepercayaannya tentang Tuhan
dan agama yang sedia ada pada dirinya sebelum dia membuat kajian saintifik dan pentafsiran terhadap
penemuan-penemuan saintifik.

Jika orang itu sudah berIman sedikit sebanyak dengan Tuhan dan wahyu maka pengetahuan sainsnya akan
menjadi bukti kebenaran kepercayaannya. Sebaliknya jika dia tidak percaya kepada Tuhan maka
pengetahuan sainsnya akan dijadikannya bukti untuk membenarkan kepercayaannya itu. Walau bagaimana
pun, sekiranya seseorang itu ikhlas untuk mencari kebenaran maka ada kemungkinan besar pengetahuan
sainsnya akan mendorong dirinya untuk mengubah kepercayaannya yang tidak selaras dengan
pengetahuan itu.

Hakikat inilah yang ditegaskan di dalam Al-Quran. Menurut Al-Quran, orang-orang yang berIman menerima
hakikat bahawa seluruh isi alam ini adalah risalah daripada Tuhan. Tetapi orang-orang yang menafikan
kewujudan Tuhan berada dalam kebingungan tentang asal usul dan matlamat alam semesta. Pengetahuan
sains mereka lebih banyak menimbulkan tanda tanya daripada menjawab soalan. Ia tidak membawa
mereka kepada keyakinan tetapi sebaliknya mencetuskan banyak keraguan di dalam diri mereka. Tegasnya,
mereka seolah-olah menemui jalan buntu di dalam pemikiran mereka tentang alam ini.

HUBUNGAN ANTARA TAUHID DAN SAINS

SEPERTI yang telah disebutkan tokoh sains seperti Einstein kuat berpendapat bahawa sains dan agama
tidak seharusnya dipisah-pisahkan. Agama memerlukan sains dan sains memerlukan agama. Seperti kata
beliau, tanpa sains agama menjadi buta. Dengan kata lain, sains mempunyai peranan penting untuk
membantu cahaya agama menjadi lebih bersinar. Kedudukan agama menjadi lebih kuat dan kukuh apabila
penganut-penganut agama itu menghasilkan pengetahuan dan budaya sains yang tinggi.

Begitu juga sebaliknya. Tanpa agama sains menjadi tempang. sains tidak boleh berjalan dengan betul
sekiranya ia tidak dibimbingi oleh agama. Itulah yang terjadi sekarang. Sains membawa banyak manusia
zaman moden kepada kesesatan serta meninggalkan banyak kesan buruk ke atas kehidupan manusia dan
alam sekitar kerana telah disalah-gunakan. Sains moden tempang dari segi teori dan amali kerana ia telah
membelakangkan agama.
Khususnya, sains memerlukan bimbingan Tauhid. Dalam sejarah manusia, sudah terbukti bahawa ilmu
Tauhid adalah punca utama kemajuan sains. Pemikiran Tauhidlah yang memberi inspirasi kepada Einstein
untuk menghasilkan teori-teori sains yang agung pada kurun ke-20 ini. dalam tamadun Islam ilmu Tauhid
menjadi asas utama pemikiran sains.

Tauhid juga memerlukan sains. Oleh itu ada kewajarannya bagi kita mengemukakan konsep "Tauhid yang
berasaskan kajian saintifik". Ilmu ketuhanan Islam sendiri mewajarkan konsep ini. Seperti yang telah saya
jelaskan sebelum ini, manusia hanya boleh mengetahui sifat-sifat Tuhan menerusi pengetahuannya tentang
alam. Mereka yang belajar "sifat dua puluh" secara tradisionalnya tentu sedar bahawa alam semesta dan
segala isi kandungannya dikemukakan sebagai dalil atau bukti untuk membenarkan sifat-sifat Tuhan yang
berkenaan. Untuk kita mengetahui Allah adalah perlu kita mempunyai ilmu tentang "selain daripada Allah".
Yang dimaksudkan dengan "selain daripada Allah" ialah alam semesta.

Salah satu prinsip yang kita dapati daripada Tauhid ialah prinsip kesatuan alam tabii. Prinsip ini menjadi titik-
tolak dan juga matlamat sains Islam. Maksudnya, ahli-ahli sains Islam memulakan kajian saintifik mereka
dengan menerima kebenaran prinsip kesatuan alam tabii sebagai akibat daripada keesaan Allah SWT.
Prinsip itu juga dikatakan matlamat sains dalam ertikata bahawa ahli-ahli sains Islam ingin membuktikan
kebenaran prinsip ini menerusi sains. Semakin banyak pengetahuan sains yang dicapai semakin benarlah
dan semakin kukuhlah prinsip kesatuan alam tabii. Dan secara implikasi prinsip keesaan Tuhan juga
menjadi semakin benar dan kukuh dalam pandangan ahli-ahli sains Islam dan juga masyarakat umum.

KESIMPULAN

MASYARAKAT Islam perlu menyuburkan ilmu Tauhid dan menjadikan ilmu itu sebagai titik-tolak pengajian
sains. Dengan berbuat demikian kita akan meletakkan sains di atas landasan pemikiran yang kukuh. Tauhid
juga akan menjadi sumber inspirasi utama bagi generasi muda untuk belajar sains dan mengkaji alam yang
luas ini.

Masyarakat Islam perlu mempunyai kesedaran mendalam bahawa sains memperkukuhkan ajaran agama
Islam itu sendiri. Kajian saintifik perlu digalakkan sebagai salah satu cara utama yang membolehkan kita
memajukan ilmu Tauhid.

Sebarang Kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahliu dlam ilmu ini.
LAA HAULAWALA QUWWATILLA BILLAH
sumber: suluk98.tri
Ilmu pada kaca mata
falsafah
Written by Adbul Razak
Tuesday, 23 September 2008 10:28
Ilmu menyebabkan wajah dunia berubah dari pelbagai sudut termasuk struktur kehidupan.
Fasa kehidupan yang berlaku ini menjadikan kita terhutang budi pada semua perkara yang
menyebabkan kita berilmu dan memperolehi ilmu. Adalah lebih bermanfaat jika kita
bahaskan bersama mengenai proses keilmuan tersebut. Ilmu berkembang dan
membuahkan hasil melalui proses berfikir. Maka apakah yang dimaksudkan dengan
berfikir?

Bagaimanakah berfikir dapat membantu kita dalam mengetahui sesuatu? Kenapa


pengetahuan itu dibentuk dan jalan manakah yang perlu ditempuh bagi mendapatkan
penelitian keilmuan yang tidak meragukan?, persoalan yang paling penting sekali ialah
apakah nilai bagi semua kegiatan ini? Dapatkah kita mempercayainya? Benarkah apa
yang telah terhasil boleh dibiarkan untuk memimpin berdasarkan pengetahuan keilmuan?.

Berfikir pada dasarnya merupakan sebuah proses yang membuahkan pengetahuan. Proses
ini adalah rangkaian gerak fikir mengikut tatacara fikir yang tertentu bagi menemukan
kesimpulan berupa pengetahuan. Gerak fikir adalah berpandukan lambang yang berimej
lagi abstrak dari objek yang sedang kita fikirkan. Bahasa adalah salah satu daripada
lambang tersebut di mana objek-objek kehidupan yang konkrit dinyatakan dengan kata-
kata.

Bertapa sukarnya kita untuk kita membayangkan proses fikir tersebut tanpa ada lambang-
lambang yang mengabstrakkan berbagai gejala kehidupan. Matematik merupakan
rangkaian lambang yang pada hakikatnya mempunyai fungsi sama seperti bahasa.
Pengetahuan merupakan hasil kegiatan berfikir yang menjadi penyuluh dan asas
peradaban di mana manusia menemukan dirinya lantas menghayati kehidupan dengan
lebih sempurna. Berbagai peralatan di kembang cipta oleh manusia untuk meningkatkan
kualiti hidup.

Semua ini adalah dengan mencambahkan pengetahuan yang diperolehi oleh pemikir
tersebut. Bermula dari ketulan batu tajam sebagai peralatan keperluan hinggalah ke zaman
Internet hari ini. Berbagai-bagai masalah memasuki benak fikiran manusia dalam
menghadapi kenyataan hidup seharian dan berbagai-bagai buah fikiran telah ditemui yang
mana keadaan sedemikian adalah sebahagian daripada sejarah kebudayaan. Biarpun
banyak dan beraneka ragam, hakikat keupayaan manusia dalam memperolehi
pengetahuan didasarkan kepada tiga persoalan pokok iaitu, Apakah yang ingin kita
ketahui?

Bagaimanakah untuk kita sampai kepada pengetahuan tersebut? Dan apakah nilai
pengetahuan tersebut bagi kita?. Pertanyaan sedemikian nampak biasa dan sederhana
namun perlu kita sedar persoalan tadi mencangkupi masalah yang amat besar. Berbagai
masalah boleh diperbesarkan dengan tiga soalan tadi. Keadaan ini bergantung kepada diri
pemikir yang mahu melangkah maju dari pemikir biasa.

Ilmu adalah salah satu dari pemikiran manusia dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan
ini. Untuk menghargai ilmu sepatutnya kita harus tahu tentang apakah hakikat ilmu seperti
mana ungkapan peribahasa Perancis "mengerti bererti memaafkan segalanya" maka
pengertian dan kefahaman yang mendalam terhadap hakikat ilmu bukan sahaja
menghubungkan penghargaan kita terhadap ilmu bahkan membuka mata kita kepada
kekurangan yang mesti ditangani. Mereka yang mendewakan ilmu sebagai satu-satunya
sumber kebenaran biasanya tidak mengetahui tentang hakikat ilmu dengan sebenarnya
demikian juga sebaliknya bagi mereka yang terus berpaling daripada ilmu.

Bertapa ilmu telah membentuk peradaban di mana hasilnya sedang kita nikmati hari ini.
Apabila kita berada di tengah dua pola ekstrim ini, pastikan kita tidak keliru,meskipun
ilmu yang memberikan kebenaran namun kebenaran keilmuan bukanlah semestinya
kebenaran dalam hidup kerana sebahagian besar ilmu adalah pencetus teori bagi
menyampaikan, bukan kenyataan. Terdapat berbagai sumber kebenaran lain yang
memperkayakan khazanah kehidupan kita, dan semua kebenaran itu mempunyai manfaat
asal serta mesti diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

Kehidupan adalah terlalu rumit untuk di analisis oleh satu jalan pemikiran. Kita tidak
beralasan untuk mengatakan ilmu adalah alpha dan omega dari kebenaran kerana falsafah,
seni, agama dan sebaginya juga mempunyai kaitan akrab dengan kehidupan manusia.
Semuanya saling berkait seperti mana yang telah dikatakan oleh Einstein bahawa "ilmu
tanpa agama adalah buta dan agama tanpa ilmu adalah lumpuh". Maka semua ini perlu
kepada berfikir .

Apakah sebenarnya berfikir?. Secara umumnya kita mendefinisikan berfikir adalah setiap
perkembangan idea, konsep dan sebagainya yang boleh disebut sebagai berfikir.
Umpamanya apabila ditanya kepada seseorang, apa yang sedang kamu fikirkan?
Kemungkinan jawapan yang diberi, "saya sedang memikirkan tentang keluarga saya.".
Hal ini bererti bayangan, kenangan dan sebagainya yang hadir mengikut keadaan
seseorang yang sedang berfikir. Maka kesimpulan umum yang diperolehi dari berfikir
adalah idea dan konsep.

Pemikiran keilmuan bukanlah pemikiran yang biasa. Pemikiran keilmuan adalah


pemikiran yang bersungguh-sungguh. Ertinya etika berfikir yang berdisiplin, di mana
semua yang berkaitan dengan perihal yang sedang difikirkan di arahkan pada tujuan yang
telah ditentukan. Arah yang dimaksudkan di sini ialah pengetahuan. Oleh itu berfikir
keilmuan atau berfikir bersungguh-sungguh merupakan cara berfikir yang didisiplinkan
dan diarahkan kepada pengetahuan.

Bagaimanakah pemikiran yang sedemikian akan membuahkan pengetahuan bagi kita?.


Sesuatu objek contohnya, telah ada dan sudah pasti (given) maka tidak berlakulah proses
berfikir Cuma hanya sekadar buka mata atau memusatkan perhatian kepada objek
tersebut. Berbeza dengan keadaan jika objek itu belum ada dan tidak pasti (non-given)
maka proses fikir akan bergerak dari satu fasa ke satu fasa bagi memperolehi gambaran
dan andaian yang tidak pasti kebenarannya. Kemungkinan apa yang kita fikirkan tersebut
tidak benar . Kedua-dua situasi tersebut sebenarnya datang dari pengalaman dan
pengetahuan yang lalu untuk mendapatkan bayangan yang akan datang.

Sebagai contoh kita perhatikan objek yang ingin diketahui sudah ada dan pasti (given).
Apa yang patut kita sedari objek itu sebenarnya tidak sederhana kerana padanya terdapat
perihal rumit bagi penilai yang mendalaminya. Mungkin pada objek tersebut terdapat
beratus-ratus perkara dari segi aspek, karakteristik dan sebagainya. Fikiran kita mungkin
tidak dapat mencakupi kesemuanya dalam satu masa. Seseorang yang ingin menilai
keseluruhan perkara yang terkandung dalam objek tersebut harus bersungguh-sungguh
dan harus memerhatikan semua sudut kemungkinan yang ada pada objek tersebut serta
menganalisisnya dari pendirian yang berbeza-beza. Kesemua langkah analisis ini adalah
melalui proses berfikir.

Umpamanya terdapat titik merah pada pipi wajah seseorang. Pemikir sederhana
memungkinkan ini adalah perkara biasa. Padanya hanya membuka mata dan melihat titik
tersebut lantas tidak memanjangkan kajian atau persoalan. Tetapi bagi pemikir yang
mencambahkan nilai keilmuan dan pengetahuan, berbagai-bagai andaian dan persoalan
untuk menganalisis perkara tersebut akan ditimbulkan. Pada titik tersebut tidak hanya
terdapat warna sahaja bahkan dimensi saiz yang tertentu hinggalah kepada sebab musabab
yang pasti dan kemungkinan andaian yang menghampirkan kepada adanya titik tersebut.

Warna merah yang menzahirkan titik tersebut mempunyai karakteristik yang tertentu dan
menjadikan pemikir hal tersebut boleh melangkah lebih jauh serta maju berbanding
pemikir sederhana tadi. Contoh di atas adalah amat sederhana bahkan kelihatan remeh.
Kita beralih kepada objek mental seperti "maaf" atau "marah' maka bagi seorang pemikir
keilmuan dapat membayangkan bertapa hebatnya keunikan yang terdapat dalam hal ini
harus dilakukan melalui berfikir untuk mendekatkan faham dan memperolehi kesimpulan
dari permasalahan ini. Menurut catatan sejarah cara berfikir sedemikian sering dilakukan
oleh para ahli falsafah.

Salah seorang ahli falsafah yang masyhur ialah Aristotle. Beliau dan ahli falsafah yang
lain telah mengklasifikasikan perihal masalah tersebut sebagai fenomenologi yang teramat
rumit untuk memperolehi natijahnya. Namun dalam kegiatan keilmuan berfikir sebegini
mesti dihalusi dan memerlukan proses fikir yang jitu, kerana keadaan yang demikian
adalah jalan untuk memahami objek yang belum ditetapkan dan proses berfikir perkara
yang demikian dinamakan (reasoning). Seperti mana yang telah dijelaskan tadi hanya
terdapat dua kemungkinan dalam hubungan dengan objek yang ingin kita ketahui ; apakah
objek itu telah tetap dan pasti atau belum.

Jika objek itu telah tetap dan pasti maka apa yang kita perlu lakukan ialah hanya
melihatnya dan menggambarkannya, sebaliknya jika objek itu belum ada dan tidak
pasti,maka tidak ada pilihan lain kecuali mendapatkan andaian yang belum pasti dan
kebarangkalian yang boleh dikaitkan dengan objek yang dikehendaki melalui proses
menalar. Kita perlu sedar bahawa apa yang kita perolehi itu belum lagi boleh dipercayai
secara bersungguh kerana kepercayaan bukanlah pengetahuan. Ia hanya dapat diketahui
dengan jalan mengamati atau menalar yang memenuhi ruang lingkup istilah belajar.

Penalaran adalah permasalahan yang sulit. Masalah yang penting adalah bagaimana
caranya kita menemukan atau mengetahui sesuatu objek yang belum tentu melalui
gabungan andaian dan kesimpulan? Untuk memperolehi natijah, proses fikir yang deduksi
harus dilakukan. Contohnya 23.169 x 7.847=?. Bagi memperolehi natijah perkalian
tersebut kita perlu melaksanakan proses fikir yang terarah agar natijah yang di perolehi
adalah pasti. Hasil daripada perkalian tersebut kita akan mendapati natijahnya adalah
181.807.143 maka perkalian ini adalah berfikir.

Apa yang kita mahukan di sini bukanlah bertumpu kepada natijah semata-mata,
sebaliknya jalan atau cara gerak fikir kita ke arah mencapai matlamat. Kerana cara
tersebut terkadang berulang pada masalah yang berbeza. Ada kalanya juga hanya separuh
daripada cara berfikir dari masalah lalu yang boleh diguna pakai dan perlu kepada
gabungan cara fikir dari kaedah yang berlainan. Kajian yang berterusan perlu kepada
peningkatan pengalaman dan pengetahuan. Hasil dari jalinan kesemua aspek pengetahuan
keilmuan dan berfikir senantiasa akan menjadi peluang bagi seseorang pemikir untuk
terus maju.

ABDUL RAZAK
RENCANA
Utusan Malaysia 04 Mei 2001

Kekuatan tamadun Islam dan Asia


Oleh: AMINI AMIR ABDULLAH
BARU-baru ini bertempat di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, telah
dilangsungkan seminar dua hari mengenai Kecemerlangan Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Seminar itu telah mengundang ramai peserta dari seluruh negara dan pakar-pakar mengenai
pengajian ketamadunan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
Dalam perbincangannya mengenai Tamadun Melayu, Anwar Zainal Abidin dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganalisis realiti tamadun Melayu, menghuraikan
cabaran kontemporari dan masa depan tamadun itu. Pembentang ini telah memetik pendapat
Ibn Khaldun bahawa pencapaian tamadun dan peradaban manusia, perubahan dalam cara
hidup, pembangunan dan kemajuan yang tinggi haruslah dimulai dengan suatu perubahan
dengan cara pemecahan pemusatan kuasa dalam sistem politik.
Analisis pembentang mengenai istilah-istilah yang berkaitan dengan peradaban dan
ketamadunan seperti al-Hadarah, al-Umran, al-Madaniyyah dan al-Thaqafah diberikan
rumusan bahawa yang dimaksudkan dengan tamadun Melayu ialah sebahagian daripada
tamadun Islam sebenarnya.
Perubahan sikap dan kuasa politik diperlukan oleh orang Melayu dalam sektor
pembangunan ekonomi. Banyak perkara yang diperlukan untuk memartabatkan penguasaan
dan kepakaran dalam berbagai bidang ilmu, profesional dan pendidikan. Orang Melayu dari
segi sosial budaya dipuji kerana mengisi ciri-ciri pengisian kebangkitan Islam.
Namun demikian, Anwar mempersoalkan hakikat bahawa apakah perlakuan zahiriah umat
Melayu adalah hasil daripada kesedaran, keyakinan dan berasaskan ilmu. Begitu juga dengan
watak lahiriah, apakah ia seiring dengan apa yang tersemat di sanubari dan merupakan
manifestasi tingkah laku.
Dr. Muhammad Sabri Haron dari UKM juga dengan kertas kerjanya bertajuk Tamadun
Islam - Perspektif Sejarah, Nilai dan Cabaran Masa Depan menegaskan bahawa Tamadun
Islam adalah tamadun yang berasaskan manifestasi Islam sebagai addin yang mencakupi
kemajuan rohani dan jasmani. Tamadun Islam mewujudkan keseimbangan dalam hubungan-
hubungan manusia-Allah-alam sekitar.
Beliau menyarankan agar kita belajar dan mengambil pengiktibaran daripada pemaparan
sejarah masyarakat lampau di dalam al-Quran mengenai akibat dan kesudahan menentang
Allah dan para Rasul-Nya. Oleh kerana Islam tidak memisahkan urusan keduniaan dan urusan
keagamaan, maka Islam boleh menjadi teras kepada sebuah tamadun agung. Akidah tauhid
menjadi paksi kepada segenap aspek berkaitan dengan soal pembangunan ketamadunan.
Menyentuh soal nilai dalam Islam, beliau menyatakan bahawa nilai yang diiktiraf oleh Islam
adalah nilai yang diredhai oleh Allah s.w.t dan bukan berdasarkan pertimbangan mutlak
manusia.
Beliau menggariskan lima cabaran masa depan tamadun umat Islam iaitu cabaran
menghadapi iblis dan sekutunya, cabaran tentang ilmu, jati diri dan akidah Islam, kefahaman
mengenai hak dan batil dan ancaman globalisasi.
Ustaz Azzam Hamzah dari UiTM pula membentangkan kertas kerjanya mengenai
pengajaran mata pelajaran Tamadun Islam kepada pelajar-pelajar bukan Islam UiTM. Antara
tujuan utama penawaran kursus ini ialah untuk menghilangkan salah faham, perasaan bimbang
dan salah sangka sebagai persiapan ke arah pembinaan masyarakat majmuk Malaysia yang
harmoni.
Kebanyakan pelajar bukan Islam UiTM adalah terdiri daripada pribumi Semenanjung
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Di antara beberapa persepsi salah di kalangan pelajar
ini ialah bahawa Islam adalah agama orang Melayu/Arab, mereka tidak dibenarkan meneliti al-
Quran dan kurang bergaul dengan rakan-rakan Muslim yang lain.
Azzam mengakui bahawa sejak kursus ini diperkenalkan pada tahun 1983, ia mendatangkan
banyak kesan positif walaupun banyak aspek-aspek lain yang perlu diperbaiki terutamanya dari
sudut metodologi pengajaran dan pendekatan yang bersesuaian.
Azhar Mad Ros dari Universiti Malaya melihat beberapa aspek berkenaan dengan Tamadun
Jepun. Menurut beliau, tamadun Jepun banyak menerima pengaruh China dan Korea dalam
pembinaan tamadunnya. Tamadun Jepun berasaskan pandangan semesta, falsafah dan
kosmologi serta konsep agama dan ajaran Shinto, Buddha dan Konfusius yang memperkuatkan
sistem kepercayaan diri orang Jepun.
Tamadun Jepun yang juga dikenali sebagai Daughter of Chinese Civilization banyak
meminjam daripada budaya China dan diacukan dalam bentuk baru bersesuaian dengan
budaya Jepun itu sendiri, seperti dalam bidang tulisan, agama Buddha, falsafah Konfusius dan
lain-lain lagi.
Menyentuh soal asal-usul falsafah dan pandangan semesta tamadun Jepun, Azhar telah
berhujah bahawa ia berasal daripada faktor latar belakang dan keperibadian orang Jepun sendiri
dari kelompok Ainu, persoalan metos dalam budaya Jepun dan kepercayaan kepada dewa-dewi
dan sifat dan sikap orang Jepun yang teliti dan tekun. Mereka mengadun dan menjepunisasikan
semua pengetahuan dan budaya-budaya asing terutamanya aspek-aspek budaya dan cara hidup
Tang yang berasal dari China.
Di dalam kertas kerjanya yang bertajuk Tamadun Cina: Signifikan di Dalam Pembentukan
Tamadun Dunia, Prof. Madya Obaidellah Mohamad membincangkan tiga persoalan pokok
dalam tamadun Cina yang berkaitan dengan ilmu tentang manusia, sifat-sifat naluri manusia
dan pandangan tentang nilai dan ilmu. Berdasarkan ajaran-ajaran Konfusius tentang ilmu
manusia, pembentang telah menganalisis beberapa ajaran Konfusius yang meletakkan manusia
itu sebagai titik tolak segala perubahan dan pemupukan diri manusia menuju kesempurnaan
peribadi dan ketinggian nilai kehidupan.
Perubahan-perubahan ini berkait rapat pula dengan ilmu pengetahuan, proses belajar dan
berfikir. Mengenai sifat-sifat semula jadi manusia, Obaidellah menghuraikan beberapa
pemikiran tokoh-tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi. Pada dasarnya, sifat
semula jadi manusia itu boleh dibentukkan sama ada menjadi baik ataupun jahat.
Beliau berpendapat bahawa pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran
Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan
tingkah laku. Dalam tamadun Cina, pandangan nilai-nilai tertentu sama ada yang berbentuk
keagamaan dan tradisi mempengaruhi perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri.
Antara pandangan nilai-nilai itu ialah nilai agama, kesedaran, ekonomi, politik, masyarakat,
akhlak dan kejayaan.
Prof. Madya Dr. Zainiy Uthman dari ISTAC telah mengutarakan sebuah kertas kerja
konsepsual mengenai pemupukan tamadun cemerlang. Kertas kerjanya yang bertajuk
Pandangan Alam dan Budaya Cemerlang telah membincangkan persoalan kualiti, penghuraian
asas falsafah pandangan alam Barat dan pandangan alam Islam. Beliau menyarankan agar
pengertian kualiti yang selama ini dilihat dari sudut atau sifat jasmani turut disertakan bersekali
dengan pemahaman aspek ruhani insan.
Bahkan aspek ruhani insan dalam perbincangan mengenai kualiti atau mutu harus
dibincangkan secara mendalam. Bagi beliau, sesuatu yang baik dan berkualiti itu harus
diberikan kepada mereka yang arif. Maknanya, hanya yang terbaik dapat melahirkan yang
terbaik. Menyentuh soal falsafah pandangan alam Barat, pembentang telah mengutarakan
pandangan-pandangan Aristotle di dalam bukunya Nicomachean Ethics yang menyentuh soal
ilmu, akal dan intelek, gerak laku manusia, tujuan-tujuan ilmu dan kehidupan serta kebaikan
ruhani dan jasmani.
Pandangan alam orang Barat bertitik tolak daripada fahaman bahawa kaedah-kaedah
saintifiklah merupakan kaedah yang dapat menceritakan kebaikan alam. Fahaman ini
mewarnai pemikiran Barat tentang alam sepanjang sejarahnya hinggalah pada awal zaman
kebangkitan semula Eropah di mana penemuan-penemuan sains dan teknologi menundukkan
kepercayaan-kepercayaan asasi mengenai pandangan alam Kristian. Implikasinya, alam ruhani
yang batin yang tidak dapat disukat oleh kajian-kajian saintifik dinafikan hakikat dan
kebenarannya. Sebenarnya, pada ketika inilah bermulanya apa yang dikatakan sebagai era
sekularisme.
Mengenai pandangan alam Islami pula, pembentang berpendapat bahawa pandangan alam
Islami menjurus kepada pemikiran secara akli mengenai hakikat dan kebenaran benda
bernyawa dan tidak bernyawa dan seterusnya melahirkan ilmu dalam jiwa manusia. Ilmu-ilmu
ini ialah ilmu yang merangkumi pengetahuan tentang alam ruhani dan jasmani yang
memanifestasikan amal dan menuruti perintah Allah dan menjauhi larangannya baik yang
bersangkutan dengan dunia mahupun yang akhirat.
Sebagai rumusan, asas kecemerlangan tamadun secara umumnya bertitik tolak daripada
kepercayaan, agama, nilai, akhlak, moral, etika, tatasusila dan ilmu pengetahuan. Manusia
sebagai pelakon utama dalam pembinaan tamadun harus menjalin hubungan yang rapat dengan
Tuhan dan alam sekitar.
Pandangan alam semesta dan kosmologi turut menggarap perkembangan ketamadunan
yang berkualiti. Nilai-nilai falsafah bagi setiap tamadun ternyata banyak mencorakkan
perjalanan tamadun itu sendiri. Ilmu dan pengetahuan merupakan teras kepada tamadun dan
sentiasa dikaji dan diperkembangkan untuk memupuk tamadun sejati. Bagi tamadun Islam,
addin yang berpaksikan tauhid menjadi tunjang kekuatan tamadun itu sendiri.
* DR. AMINI AMIR ABDULLAH bertugas di Jabatan Pengajian Umum, Fakulti
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Tamadun Islam

20 NOV.2008’
SAIFUL BAHARI ALIYAS
KULIAH’ 2

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan
serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes
dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi
dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin
kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang
akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah
mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di
Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan,
astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti
Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya
melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia
Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat


Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat
menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat
terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar
tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa
membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada
keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan
terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun
Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu


Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu
walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak
abad ke-13 lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu
bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau
mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah
daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.
Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah
seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu
umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang
disifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka
maju.
Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan
Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun
abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut.
Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.
A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim
Mystics and Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb
tentang hal kejatuhan ini:
"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan
penyatuan Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu
perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara
kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi,
dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang
stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang
luas." (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).
Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah
muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti
mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan
pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada
penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan
mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka
bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain
daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah
Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah
dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula
dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur
dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini
berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan
untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara
ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad
ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang
sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia
yang maha luas itu.
Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan
mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di
kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf
mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-
mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang
terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama
Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)
Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam
hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan
Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith
serta lain-lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat
didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke
Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat.
(Azyumardi Azra, 1995, 17)
Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan
kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa,
ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan
semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.
Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat
pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani,
Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan
tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-
Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain.
Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.
Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga
berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat
menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja
Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali
Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama
terutamanya usuluddin dan tasawuf.
Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk
mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah,
usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku
Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat
menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan
perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario
pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar
sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan,
kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di
kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti
yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat
menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.
Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi,
tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab
utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding
dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.
Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan
kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak
seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di
atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan
pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti falsafah, matematik,
fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.
Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat
pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah
diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada
tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba
bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan
saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang
penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan
usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang
dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme
dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-
perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada
Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.
Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai
ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku
hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!

Dunia hari ini menjadi saksi bahawa tamadun Barat mencapai tahap kemajuan
materialistik yang memuncak. Ia menjadi tamadun contoh pada zaman ini, bagi
negara-negara yang turut mengejar kemajuan materialistik.

Namun, benarkah tamadun Barat mampu menjadi sebuah contoh tamadun yang
sempurna, dalam erti ketamadunan manusia yang sebenar? Ini kerana, pembangunan
yang paling penting dalam sesebuah tamadun manusia
ialah pembangunan aspek kemanusiaan itu sendiri.

Ini kerana, kemanusiaan merupakan aset yang paling utama dalam sesebuah
tamadun manusia kerana kemanusiaanlah yang menjadi esensi manusia itu sendiri. Tiada
gunanya manusia hidup dalam sesebuah tamadun yang tersergam moden dan mewah dari
sudut materialnya, namun kosong dari nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian

Ini kerana, kemanusiaan merupakan intipati paling utama dalam sesebuah


tamadun manusia, dalam membentuk sebauh tamadun yang sempurna dan maju. Maka,
sesebuah tamadun yang dibina atas dasar materialistik semata-mata tanpa mempedulikan
aspek kerohanian, akan menyebabkan manusia hidup dalamnya dalam keadaan sengsara
dan menderita, walaupun tinggal di dalam bangunan-bangunan yang canggih lagi mewah.

Dalam masa yang sama, tamadun yang tidak dibina atas dasar pembangunan
dari sudut kemanusiaan akan menuju kemusnahan satu masa nanti, kerana
masyarakatnya tidak mampu lagi untuk hidup bahagia di dalamnya, kerana meluasnya
fenomena jenayah dan keganasan yang lahir dari ketandusan nilai-nilai kemanusiaan
dalam masyarakat tersebut.

Maka, untuk menguji, benarkah tamadun Barat merupakan sebuah tamadun yang
sempurna, ukurannya yang paling asas ialah, pembangunan kemanusiaan yang dibina
dalam masyarakatnya, sebelum mengukur kemajuan dari sudut-sudut yang lain.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (dengan bukunya: Al-Islam…Hadharah Al-Ghad),


Muhammad Nuroddin Usman (dengan bukunya: Menanti Detik-detik Kematian Barat)
dan Cahyadi Takariawan (dengan bukunya: Dialog Peradaban: Islam Menggugat
Materialisme Barat) di antara penulis-penulis Islam yang mengkritik hebat tamadun yang
dibina oleh Barat.

Bahkan, Dr Yusuf Al-Qaradhawi turut menyenaraikan kritikan-kritikan terhadap


tamadun Barat oleh para sarjana Barat sendiri, di dalam buku beliau. Muhammad
Nuroddin pula menghuraikan pelbagai kritikan-kirtikan para sarjana Islam (seperti Hasan
Al-Banna, Dr. Al-Qaradhawi, Abul ‘Ala Al-Maududi, Kamal Al-Halbawi dan
Muhammad Moro) terhadap tamadun Barat.

Dalam pada itu, Cahyadi Takariawan mengkritik tamadun Barat dengan cara yang
berbeza, iaitu dengan membandingkan antara tamadun Barat dan tamadun yang dibina
oleh Islam (seperti yang dibentangkan oleh bahagian terakhir buku Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi).

Terlebih dahulu, marilah kita menganalisis kritikan-kritikan yang diberikan oleh


para sarjana Islam dan Barat mengenai tamadun Barat yang dibina atas ideologi
materialistik.

Kritikan Para Sarjana Islam terhadap Peradaban Barat

Imam Hasan Al-Banna r.h.l. menegaskan bahawa, peradaban Barat adalah


peradaban yang menghancurkan apa yang telah dihancurkan oleh agama-agama samawi,
bertentangan dengan dasar-dasar yang diajarkan oleh agama Islam, yang menyatukan
antara rohani dan kebendaan.[1]

Imam Hasan Al-Banna r.h.l. turut menegaskan bahawa, peradaban Barat gagal
menciptakan kebahagiaan bagi manusia, meskipun tingkat kemajuan ilmu pengetahuan
yang mereka capai mengatasi bangsa-bangsa lain, serta tingkat kemakmuran dan
kekayaannya telah memberi kesempatan kepada mereka untuk menguasai muka bumi
ini.[2]

Imam Abul ‘Ala Al-Maududi r.h.l. turut lantang menegaskan bahawa,


‘‘peradaban Barat sedang bunuh diri !’’.[3] Menurutnya, masyarakat Barat telah dikuasai
oleh dua nafsu, iaitu nafsu seks dan nafsu kekuasaan.[4]

Menurut Muhammad Qutb, “…sains berkembang maju (di Barat), tetapi manusia
semakin tertinggal jauh, kehilangan perhatian terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang
lebih tinggi.”[5]

Disamping mereka, terdapat ramai lagi tokoh-tokoh yang mengkirtik hebat


tentang dunia Barat, yang tidak termuat di dalam penulisan ini. Namun, semestinya
kebanyakkan sarjana-sarajana Islam akan mengkritik tamadun Barat yang semakin
mengancam kedaulatan agama Islam di dunia Islam.
Namun, adalah lebih adil, sekiranya dibentangkan kritikan-kritikan para sarjana
Barat sendiri, yang menghuni di kediaman peradaban Barat. Ini kerana, pengakuan
daripada pihak yang terlibat lebih kuat dalam membuktikan sesuatu kenyataan.

Kritikan-kritikan Para Sarjana Barat terhadap Peradaban Barat

Dr. Alexis Carel menyatakan bahawa, tamadun Barat moden dibentuk tanpa
mengenal tabiat kita yang sebenarnya (bercanggah dengan fitrah manusia). Ini
disebabkan ia dilahirkan daripada khayalan-khayalan, imaginasi-imaginasi, ideologi-
ideologi dan hasrat manusia…Aspek kemanusiaan sewajibnya dijadikan pertimbangan
bagi segala sesuatu. Akan tetapi, realiti yang berlaku adalah sebaliknya.[6]

Prof. Renan Dupont menegaskan bahawa: “Kita (Barat) mendakwa bahawa kita
hidup pada abad ilmu pengetahuan…Namun, kehidupan yang keluar dari hukum alam
yang dijalani oleh manusia pada umumnya pada masa sekarang mencekik dan
mematikan interaksi penting yang diperlukan bagi keselamatan mental dan
perkembangan sumber daya kemampuan manusia… Dilihat dari banyak aspek, manusia
moden lebih mirip dengan “binatang darat” yang menghabiskan hidupnya di dalam
zoo! Binatang-binatang tersebut diberi makan dan perlindungan yang cukup, namun
tidak memenuhi hajat asasi bagi fungsi fizikal mahupun intelektualnya. Manusia moden
bukan sahaja asing denagn alam sekitarnya, bahkan ia terasing daripada realiti
dirinya sendiri (erti seorang manusia).”[7]

Steward L. Olade (bekas seorang Setiausaha Kementerian Dalam Negeri


Amerika) pernah mengatakan bahawa: “Mudah untuk beranggapan bahawa, Amerika
yang diciptakan oleh manusia merupakan malapetaka dalam peringkat benua.”[8]

John Dewey, seorang ahli falsafah Barat menyatakan bahawa: “Tamadun (Barat)
yang membiarkan sains menghancurkan nilai-nilai yang diakui oleh masyarakat dan
tidak meyakini bahawa sains mampu menciptakan ilmu-ilmu baru, adalah sebuah
tamadun yang akan menghancurkan dirinya dengan sendirinya.”[9]

Arnold Tonybee (seorang penulis dari Britain) menyatakan bahawa, “Tamadun ini
(Barat) telah mengaburi mereka, lalu menjual roh mereka untuk digantikan dengan
‘panggung wayang’ dan ‘radio’. Natijah dari kehancuran tamadun ini, yang disebabkan
oleh transaksi baru ini, adalah kekosongan rohani yang disifatkan oleh Plato sebagai
“masyarakat khinzir” dan dilukiskan oleh Aldus Hoksly sebagai, “Dunia Kebongkakan
Baru”.”[10]

Pruschert (seorang sasterawan Jerman) menerangkan bahawa: “Kita adalah


generasi tanpa agama dan tanpa ketenteraman. Matahari kita sempit dan cinta kita
(adalah) kekejaman. Generasi muda kita tanpa kepemudaan!! Kita generasi tanpa
ikatan, tanpa batasan dan tanpa perlindungan dari sesiapa.”[11]

Presiden Wilson turut mengeluh mengenai tamadun Barat yang sudah kehilangan
nilai-nilai agama, dengan katanya: ‘‘Intipati yang menjadi permasalahan seluruhnya
adalah : tamadun kita (Barat) tidak dapat bertahan hidup dari aspek material(semata-
mata), kecuali jika aspek kerohanian yang dihidupkan kembali’’.[12]

Bertrand Arthur William Russel (seorang pakar matematik dan falsafah Inggeris,
serta penerima Nobel dalam bidang sastera pada tahun 1949), menyatakan bahawa:
“Bahaya manusia di masa hadapan atau masa-masa yang tertentu bukan datang dari
alam sekitar tetapi dari diri mereka sendiri. Apakah mereka menggunakan kuasa alam
untuk menghantam mereka sesama sendiri ?”[13]

Isaac Singer (seorang Yahudi dari Amerika yang mendapat hadiah Nobel pada
1978 dalam bidang sastera) turut mengatakan bahawa: “Sepuluh ribu tahun dari
sekarang, seorang gadis akan tetap menghadapi kesulitan dalam mencari suami yang
baik sebagaimana susahnya mereka mencari suami yang baik pada saat ini. Orang
masih akan tetap mengalami sakit dan mati, serta mereka tetap kecewa”.[14]

Demikianlah secebis daripada kritikan-kritikan jujur para sarjana Barat. Bahkan,


masih banyak lagi kritikan-kritikan yang tidak termuat dalam penulisan ini. Namun,
kritikan-kritikan yang dilampirkan sebelum ini sudah cukup untuk membuktikan betapa
masyarakat Barat sendiri sudah merasai azabnya tinggal dalam dunia Barat.

Realiti-realiti yang ‘Mengkritik’ Dunia Barat

Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun Barat,
bahkan realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik peradaban Barat secara majazi.
Fakta-fakta tersebut juga mewakili keruntuhan tamadun Barat dan membuktikan secara
jelas, bahawa Barat sememangnya sudah kehilangan kemanusiaan bahkan sudah jauh dari
fitrah manusia.

Terlebih dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf
Al-Qaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam… Hadharah Al-Ghad,) mengenai
kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah cukup untuk membuktikan
betapa dunia Barat hari ini menuju kehancuran (terutamanya dalam aspek kemanusiaan).

Beliau menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden,


tergambar dari beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga,
kegelisahan jiwa, kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.

Mari kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh Prof.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh tamadun Barat.

1.Keruntuhan Akhlak

Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa
takut yang bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu
alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk
bersenang-senang merasai kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang
tidak menghormati agama dan ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan keluarga
ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan yang berjalan sekarang mencari dan terus
mencari kenikmatan hidup tanpa jemu.[15]

Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat,
sememangnya hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis
hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-
lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-
budaya tertentu.

Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah
punk, dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling
memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya)
terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang berlainan.

Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head,
hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih menyebabkan
masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan budaya-budaya tersebut
sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah yang berlaku di sekitar
mereka.

Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka


hidup di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara
Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka.

Budaya hip-hop yang terhimpun di dalamnya beberapa budaya lain seperti


rappers, grafity, D.J. dan sebagainya nampaknya mendominasi budaya masyarakat Barat
khususnya para remaja. Bahkan, budaya ini turut berkembang-biak dalam kebanyakkan
negara-negara di Timur. Budaya ini merupakan simbol keruntuhan majoriti masyarakat
Barat, khususnya dalam pergaulan bebas dan hiburan yang melampau. Ia juga merupakan
simbol budaya bagi kebanyakkan disko-disko dan kelab-kelab malam di dunia Barat,
khususnya untuk para remaja.

Bahkan, selain daripada tarian-tarian ‘break dance’ yang dicetak rompak daripada
seni bela diri Brazil (Cappoera), budaya vandalisme juga diketengahkan dengan nama
manja ‘grafity’. Aktiviti berkaitan dengan grafity merupakan suatu aktiviti menconteng
dinding di tempat-tempat awam, di bangunan-bangunan terbiar, di lorong-lorong, di
dinding-dinding dan sebagainya, dengan warna-warna dan corak-corak yang menarik,
tanpa menghormati hak milik seseorang mahupun hak milik awam.

Skin-head juga merupakan suatu golongan yang memperjuangkan kebebasan


tindakan. Ia juga memiliki falsafah hidup yang hampir sama seperti golongan punk.
Mereka turut menindas kaum yang lemah serta melakukan pelbagai jenayah-jenayah. Ini
kerana, golongan ini mewarisi budaya daripada golongan mafia yang berasal dari Itali.
Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas.
Para lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah
merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya
melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang
kejutan atau memberi teguran.

Berdasarkan laporan, 40 000 remaja perempuan digugurkan (dibuang) daripada


sekolah menengah kerana mengandung, pada setiap tahun.[16]Hal ini menggambarkan
kepada kita bahawa, anak gadis yang dicipta oleh tamadun Barat sudah sampai ke tahap
yang menakutkan (sudah mengandung sewaktu sekolah menengah tanpa suami!).

2.Kemusnahan Keluarga

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di


dalam insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewengan-
penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki
daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang
dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak),
pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa
bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya.[17]

Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang


bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga,
tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah
dalam rumahtangga.

Kami kemukakan fakta-fakta jenayah dan kepincangan yang berlaku dalam


keluarga masyarakat Barat, yang dinukilkan dari laman web
http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm (4 April 2005).

Hampir 1/3 perempuan-perempuan Amerika pernah melaporkan bahawa, mereka


pernah dikasari secara fizikal mahupun secara seksual samada dilakukan oleh suaminya
ataupun teman lelakinya di tempat tinggal mereka.

Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah,
termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan terhadap
wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si mangsa,
samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki.

Sejak 1992, 28% daripada pembunuhan yang melibatkan wanita (1 414 orang
wanita), dilakukan oleh orang-orang yang mereka kenali seperti suami, bekas suami
ataupun teman lelaki. Adapun 3 % daripada kes pembunuhan lelaki dilakukan oleh isteri,
bekas isteri atau teman wanita mereka.
Dalam kajian yang dijalankan terhadap 6000 keluarga di Amerika, 50% daripada
keganasan suami terhadap isteri, turut melibatkan anak-anak mereka. Lebih 3 juta kanak-
kanak berisiko dalam menghadapi keganasan rumahtangga setiap tahun. Kajian turut
mendapati bahawa, kanak-kanak mungkin akan terlibat 15 kali ganda kadarnya di masa
akan datang dalam keganasan yang berlaku di dalam sesebuah keluarga!

Lelaki yang mengalami keganasan rumah tangga pada usia mudanya, 3 kali ganda
berkemungkinan akan melakukan perkara yang sama terhadap rumah tangganya sendiri.
Pada 1996, 30% daripada kes pembunuhan kaum wanita membabitkan suami atau teman
lelaki mereka. Yang mana, 800 orang perempuan dibunuh oleh suami mereka. Setiap
hari, lebih daripada 3 orang wanita yang dibunuh oleh suami atau teman lelaki
mereka, di Amerika![18]

Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu


tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan
bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka
akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga
mereka.

Cukuplah dipaparkan secebis daripada faka-fakta kepincangan institusi


kekeluargaan Barat, bagi membuktikan bahawa,, tamadun Barat sebenarnya gagal untuk
melahirkan sebuah peradaban manusia yang sejahtera, kerana institusi kekeluargaan
mereka sendiri kacau-bilau.

3.Kegelisahan Jiwa

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa


masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu
kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa, kelahiran
golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan jiwa masyarakat
Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat.[19]

Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang


mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas
terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot
(artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya.

Disamping itu, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga turut memaparkan mengenai budaya
bunuh diri yang kian menjadi pilihan masyarakat Barat khususnya mereka yang tertekan
dan kecewa. Masyarakat Barat sememangnya terdedah dengan seribu satu kekecewaan,
namun, mereka gagal bertemu dengan penawar kekecewaan mereka (iaitu agama
Islam).[20]

Mrs. Barbara Hoiler menegaskan bahawa: “Saya tidak yakin bahawa mereka
mempunyai fikiran untuk mengubah diri mereka menjadi mayat. Tetapi, mereka
membunuh diri untuk menjadikannya satu cara untuk mengakhiri kepedihan batin dan
memecahkan masalah ataupun kesulitan yang melingkari mereka”[21]

Hal ini jelas kerana, 44% mangsa kes rogol yang melibatkan temujanji (dating),
didapati membunuh diri.[22] Hakikatnya, kecelaruan jiwa inilah yang akhirnya
menyebabkan masyarakat bertindak liar dan melakukan pelbagai jenayah. Kecelaruan
jiwa yang memendap di dalam jiwa masyarakat Barat akan menghasilkan letupan budaya
dan tindakan mereka dalam bentuk keganasan.

4.Kecelaruan akal

S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk
kota New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa.
Prof. Alex Carel mengatakan bahawa: “Yang menghairankan, penyakit mental lebih
banyak daripada semua pesakit lain secara keseluruhan”.[23]

Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh
perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit
mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan bangsa
yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa
yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental?

Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang
terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk
melakukan jenayah tanpa rasa bersalah.

33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas
daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.[24]
Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di kolej-kolej mengakui
bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan jenayah
rogol.[25]

Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah
dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk
melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang
akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah mereka.

5.Jenayah dan Ketakutan

Majalah A.S. News And World Report menukilkan laporan dari Biro Penyelidikan
Jenayah mengenai jenayah di Amerika pada tahun 1979: “Satu jenayah yang bahaya
dilakukan setiap dua setengah saat, kecurian terjadi pada setiap tiga saat, rompakan
pada setiap 10 saat, kecurain kereta pada setiap 29 saat, kes rogol terjadi pada setiap
tujuh minit dan pembunuhan terjadi pada setiap 24 minit.”[26]
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan
masyarakat Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.

4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan,


serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam
ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-
bandar kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden
masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka.[27]

Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang


berleluasa di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan,
kini sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)?

Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia.


Sehinggakan, laporan ada menyebut: “Dalam suatu kajian, 13% daripada perempuan-
perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah melaporkan bahawa,
mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali.” (Kilpatrick et al,1992, p.i)

Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari.[28]Lebih
malang lagi laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling
banyak yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat.[29] Hanya 16% sahaja daripada kes
rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.[30] Pada 2001, sebanyak 248 250 kes
rogol dan jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa.[31]

Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang
berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku dalam
masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes pada
hakikatnya, pada setiap tahun.

Marilah kita perhatikan laporan terperinci mengenai kes rogol yang berlaku di
Barat, menurut laporan sebuah laman web iaitu:
http://womensissues.about.com/od/rapecrisis/a/rapestats.htm

Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita
dirogol setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk.
47% mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita
yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah.

Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-


mahasiswi pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah
dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol). 47%
daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32]
Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang
perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang mahasiswi-
mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau hampir-hampir
dirogol. [33]

Menurut sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat),
http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol turut
melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga mangsa sendiri.

Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah,
termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan terhadap
wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si mangsa,
samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki.

503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan
rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan
terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan,
teman temu janji atau teman lelaki.[34]

Adakah jenayah rogol di dunia Barat ini merupakan contoh terbaik bagi sebuah
tamadun manusia yang dingini? Adakah kita sebagai manusia, yang inginkan kehidupan
yang sejahtera mahukan sebuah masyarakat yang menjanjikan setiap 2 minit atau setiap 6
saat, seorang wanita menjadi mangsa rogol?

Perkembangan terkini, mengenai statistik rogol yang terperinci adalah pada tahun
2003. Ia dipetik dari pebagai sumber.

Pada tahun 2003, 198 850 orang mangsa rogol dilaporkan. [2003 NCVS] Dalam
kadar tersebut, 81 000 orang dirogol secara mutlak (completed raped), 60 610 orang
wanita hampir-hampir dirogol secara mutlak dan 80 910 orang wanita hanya terlibat
dalam jenayah dan keganasan seksual. [ 2003 NCVS] Terdapat 4 065 orang wanita yang
mengandung hasil daripada kes rogol tersebut. [2003 NCVS dan RAINN]

Bahkan, 60% daripada gadis-gadis yang terlibat aktif dalam seks bebas, berpunca
kerana mereka pernah mengalami jenayah rogol.[35] Oleh kerana mereka merasakan diri
mereka sudah tidak memiliki kesucian lagi, maka mereka terlibat dengan seks bebas.

Ini suatu gambaran yang amat menggerunkan kita, selaku manusia yang masih
memiliki sifat-sifat kemanusiaan. Fakta-fakta tersebut seolah-olah menafikan secara
mutlak bahawa, tamadun atau masyarakat Barat merupakan suatu masyarakat yang
bertaraf hidup berkualiti dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.

Fakta-fakta berikut sudah cukup (sepatutnya) buat kita, untuk menolak tamadun
Barat sebagai tamadun contoh. Ini kerana, tidak ada sesebuah masyarakatpun yang mahu
hidup dalam keadaan yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Apa yang kita
ingiinkan ialah kebahagiaan dalam erti yang sebenarnya, iaitu kebahagiaan dalam
kehidupan realiti. Namun, apa yang jelas diperjuangkan oleh Barat ialah, kebahagiaan
manusia pada tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan semata-mata, namun pada realitinya,
masyarakat dilanda seribu keresahan dan kepincangan. Siapakah yang ingin menghuni
dalam masyarakat Barat berdasarkan apa yang berlaku dalam masyarakat mereka?

Maka, jelaslah bahawa, tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh
tamadun yang sempurna, kerana ianya dibangunkan secara asasnya, di atas dasar
materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun Barat.

Kesimpulanya, kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun Islam
yang dibina di atas acuan Nabawi, sebagai contoh pembangunan sesebuah tamadun
manusia yang sempurna. Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina oleh Nabi
Muhammad s.a.w. di atas dasar Aqidah,Syariah dan Akhlak Islam telah diakui
kesempurnaannya, oleh para cendikiawan yang jujur dan telus dalam mengkaji tentang
ketamadunan manusia, samada di kalangan umat Islam mahupun orang-orang bukan
Islam.

Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-Sunnah merupakan


tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut sesebuah ketamadunan manusia, yang
pernah wujud di dunia ini. Maka, hanyalah dengan Islam, sesebuah pembangunan
tamadun yang sempurna dapat dibina.

Oleh:

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Kabir


Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Manari
Tahun 4 Usuluddin (Tafsir)
Universiti Al-Azhar, Zaqziq, Mesir
24 Feb 2006

[1] Muhammad Nuroddin, Menanti Detik-detik Kematian Barat, m/a 98


[2] Ibid, m/s 99
[3] Ibid, m/s 129
[4] Ibid, m/s 135
[5] Cahyadi Takariawan, Dialog Peradaban, m/s 41
[6] Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Tamadun Islam: Alternatif Masa Depan, m/s 105-106
[7] Ibid, m/s 110-112
[8] Ibid, m/s 113
[9] Ibid, m/s 115
[10] Ibid, m/s 116
[11] Ibid, m/s 125
[12] Ibid, m/s 128
[13] Cahyadi Takariawan, Dialog Peradaban, m/s 43
[14] Ibid, m/s 43
[15] Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, op. cit., m/s 38
[16] www.wrc.umaine.edu/programs/United Sisters/statistic.htm
[17] Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Tamadun Islam, m/s47-74
[18] http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm (4 April 2005)
[19] Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Tamadun Islam, m/s 74-91
[20] Ibid
[21] Ibid, m/s 87
[22]http://womensissues.about.com/od/rapecrisis/a/rapestats.htm
[23] Op. Cit., m/s 92
[24]http://womensissues.about.com/od/rapecrisis/a/rapestats.htm
[25] www.wrc.umaine.edu/programs/United Sisters/statistic.htm
[26]Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Tamadun Islam, m/s 96
[27] Ibid, m/s 98
[28] www.wrc.umaine.edu/programs/United Sisters/statistic.htm
[29]Federal Bureau of Investigations. Uniform Crime Report, 1990
[30]National Victim Center and Crime Victims Research and Treatment Center, Rape in America: A Report
to the Nation, 1992
[31] Department of Justice Bureau of Justice Statistics, Sourcebook of Criminal Justice Statistics, 2002
[32] http://womensissues.about.com/od/rapecrisis/a/rapestats.htm (4 April 2005)
[33] www.wrc.umaine.edu/programs/United Sisters/statistic.htm (4 April 20005)
[34] http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm (4 April 2005)
[35], "Adult Male+Teen Girl=Teen Pregnancy" Adoles-cent Pregnancy Prevention Coalition of North
Carolina, 1994

Next: Al-Azhar dan Isu Penghinaan Terhadap Rasulullah s.a.w


reply share

You might also like