P. 1
KEPENTINGAN MAKANAN BERKHASIAT

KEPENTINGAN MAKANAN BERKHASIAT

|Views: 903|Likes:
Published by mazlifaz

More info:

Published by: mazlifaz on Mar 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/14/2014

pdf

text

original

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut? Terlalu banyak lemak dan kolesterol Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja. Terlalu banyak gula Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. Terlalu banyak garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema). Terlalu sedikit serat Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat

Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza.” .com. apa yang terlintas di fikiran kita ialah rakyat Malaysia tidak mengalami masalah kebuluran. setiap kumpulan makanan memberikan sumbangan nutrien atau zat yang penting dan setiap nutrien mempunyai fungsi tertentu dalam badan. piramid diet sihat adalah panduan membantu ibu bapa memilih makanan yang hendak dimakan setiap hari kerana ia merangkumi empat kumpulan makanan dan tip piramid. makanan diambil setiap hari perlu dimakan dengan banyak daripada tapak piramid dan sedikit daripada tip piramid. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh. Untuk memastikan anda makan berlebihan. Tiada satu kumpulan makanan yang lebih penting daripada yang lain untuk kesihatan kerana kita memerlukannya. seseorang itu bakal terdedah kepada sakit jantung. Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. paras kolesterol yang tinggi dan masalah perut buncit. anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak. bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Apabila berat badan terus bertambah dan mengalami masalah kegemukan. jika terlebih makan. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari. oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. “Makanan daripada semua kumpulan makanan bekerjasama membekalkan nutrien untuk kesihatan dan pertumbuhan. kencing manis. kita digalakkan memahami diet seimbang kerana ini penting untuk menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat. Namun. Beliau berkata.my APABILA disebut mengenai makanan. Beliau berkata.bharian. Farah Diba Khan. Diet Seimbang Perlu Diamal Sejak Kanak-Kanak by www. Justeru. ia sebenarnya mengundang bahaya dan boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai masalah termasuk kegemukan. berkata penyediaan makanan yang betul dan mendidik tabiat makan yang sempurna bermula sejak kecil lagi dan ibu bapa bertanggungjawab ke arah pembentukan itu. Pakar diet sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. Katanya.

Beberapa perkara perlu diambil kira termasuk menjadikan amalan mengambil satu hidangan sayuran-sayuran atau buah-buahan. Beliau berkata. Panduan makanan sihat dan kegiatan fizikal bagi kanakkanak. Berikan makanan sesuai mengikut usia anak anda. Setiap makanan boleh dipadankan ke dalam diet yang pelbagai. Justeru. termasuk kulitnya sekali dan masak buah-buahan dan sayur-sayuran terlalu lama. Justeru. tidak ada satu makanan pun yang membekalkan semua nutrien diperlukan oleh kanak-kanak untuk pembesaran fizikal dan mental secara optimum. khususnya bagi kanak-kanak kerana keseluruhan diet bagi sesuatu hari perlu diambil kira. apabila usia seseorang meningkat tua. makanan berkhasiat sebenarnya amat penting dalam kehidupan warga tua dan mereka tidak seharusnya memandang ringan perkara seumpama itu. seimbang dan sihat. Sehubungan itu. Galakkan mereka menyertai kegiatan fizikal. ayam tanpa kulit dan produk susu rendah lemak. makan seluruh buah. mereka selalunya menjadi kurang selera untuk makan.        Galakkan anak anda supaya lebih aktif dan bergiat dalam sukan. Katanya. Jangan berikan makanan sebagai sogokan atau ganjaran. Farah Diba berkata. tidak ada makanan baik atau tidak baik. kemurungan dan keseorangan sering menjadi faktor menyebabkan warga tua kurang selera . Elakkan makan berlebihan. Berikan pelbagai jenis makanan berkhasiat setiap hari. Makanan yang menyediakan nutrien diperlukan kanak-kanak untuk membina tubuh yang kuat turut membekalkan tenaga diperlukan untuk membesar secara normal. tekanan perasaan. Selang-selikan makanan daging dengan produk kacang Selain itu. sederhana.katanya. Pilihan terbaik bagi diet sihat.    Daging tanpa lemak. berikan pelbagai makanan daripada setiap kumpulan makanan berkenaan pada setiap hari bagi membekalkan nutrien diperlukan oleh anak anda. Didik mereka supaya mengambil snek dengan betul. Kurangkan pengambilan daging barbeku dan diawet. apatah lagi untuk mengambil makanan berkhasiat dan mengamalkan diet seimbang setiap hari.

pengambilan makanan berasas protein. Protein: Pengambilan makanan berasas protein amat penting untuk keperluan tubuh warga tua kerana ia membaik pulih tisu badan dan meningkatkan antibodi melawan jangkitan atau penyakit. Antara makanan berasas protein ialah daging tanpa lemak. katanya. Ia wajar diambil setiap hari kerana mudah diperoleh. bijirin. sayur-sayuran. . Karbohidrat: Karbohidrat adalah sumber utama memberi tenaga kepada tubuh manusia dan ia seharusnya diambil setiap hari.” katanya. serat. keledek. pengambilan zink yang boleh diperoleh daripada daging merah tanpa lemak mampu membantu proses penyembuhan. kalsium dan minum lebih banyak cecair dapat membantu warga tua memiliki tubuh yang sihat dan bertenaga. malah mereka perlu lebih bijak mengamalkan diet seimbang. mengamalkan diet seimbang dan makanan berzat pada setiap hari dapat memelihara kesihatan warga tua. Sebaikbaiknya warga tua mengambil makanan yang mengandungi vitamin A untuk memelihara kesihatan mata. Beliau berkata. ubi kentang dan pisang. telur dan kekacang. Selain itu. Justeru. Beliau berkata.makan biarpun suatu ketika dulu mereka berkemungkinan berselera menikmati makanan. buah-buahan. karbohidrat. ayam tanpa kulit atau lemak. mi. Vitamin dan mineral: Mengekalkan kesihatan tubuh dalam jangka panjang dan memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Antara sumber makanan yang mengandungi vitamin A ialah buah oren. mereka akan mengalami kekurangan sesetengah mineral atau garam galian seperti sodium dan kalsium di dalam tubuh. lobak merah dan pelbagai sayur-sayuran hijau. Serat: Membantu mengelakkan sembelit dan sekali gus mengurangkan risiko lebihan kolesterol di dalam darah. “Makanan berkhasiat dan diet seimbang diperlukan oleh setiap individu sejak lahir sehingga dimamah usia. Antara makanan berasas karbohidrat yang disyorkan kepada warga tua ialah nasi. Kepentingan untuk mengambil makanan berkhasiat tidak boleh dipandang mudah oleh warga tua. ikan. apabila seseorang semakin berusia.

Sumber makanan kaya kalsium ialah produk tenusu. Kurangkan mengambil makanan diawet. Sebaik-baiknya. Sumber Dari : Berita Harian Online Printer Friendly Page Hak . Sebaik-baiknya had atau kurangkan pengambilan makanan dan minuman mengandungi kadar gula yang tinggi. Warga tua dinasihatkan mengamalkan senaman ringan dengan berjalan pantas pada setiap hari. kurma. Kurangkan mengambil kek dan biskut yang manis. sayur-sayuran hijau dan bijirin dalam menu harian. Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Warga tua juga perlu mengelakkan makanan kaya lemak dan kolesterol tinggi. tapi elakkan melakukannya pada jam 11 pagi dan 4 petang. ayam tanpa kulit atau lemak. ikan bilis (sebaik-baiknya dibuang kepala kerana ia kaya dengan kolesterol). Perkataan tiada masa sering dijadikan alasan tetapi cuba bahagikan masa anda dengan bijaksana untuk mengamalkan kegiatan sihat itu. kismis dan susu skim atau rendah lemak. ikan sardin. ambil makanan rendah lemak dan elak makanan berasas santan. pilih makanan seperti daging tanpa lemak. di dalam tin atau makanan segera. Kalsium: Pengambilan kalsium amat penting untuk membantu mengatasi masalah kereputan tulang atau osteoporosis.Pastikan anda mengambil lebih banyak buah-buahan segar. Cecair: Sebaik-baiknya minum enam hingga lapan gelas air sehari untuk membantu buah pinggang menyingkirkan lebihan toksik di dalam badan. Elakkan menambah garam di dalam hidangan anda dan sebaik-baiknya cuba ambil rempah ratus atau herba. Warga tua hendaklah mengelakkan mengambil makanan berikut:      Makanan bergula.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->