You are on page 1of 6

LATIHAN HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN.

d) Budaya mempengaruhi proses2 biologi. Sebagai insan biologi, kita semua mempunyai kehendak2 biologi yg sama. Walaubagaimanapun, cara kita memenuhi kehendak2 tersebut bergantung kpd adat resam budaya kita sendiri. 3. Terangkan perbezaan budaya adaptif dan maladaptive. Adaptif - budaya yg menyunbang kpd Kelangsungan hidup manusia. Manusia mengawal dn menggunakan alam sekitar utk memastikan manusia terus kekal hidup. Maladaptif budaya yg tdk menyumbang kpd Kelangsungan hidup manusia.Budaya ini boleh membawa kpd kemusnahan dn kehancuran sesuatu masyarakat.

TOPIK 1 : BUDAYA DAN MASYARAKAT

1. Jelaskan konsep berikut : (a) Budaya. Budaya itu suatu cara hidup yg dikongsi bersama yg merangkumi nilai2, kepercayaan dan pantang larang yg diperturunkan dalam sesebuah masyarakat drpd satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan. (b) Tamadun

sejumlah

pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa. (c ) Kepelbagaian budaya Kepelbagaian budaya ialah keadaan yang majmuk di mana semua rakyat hidup dalam keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan, agama dan sebagainya.

4. Ada pendapat mengatakan budaya itu integrative. Jelaskan dgn mmberi contoh yg releven. Budaya merangkumi pelbagai aspek yg saling berkait rapat antara satu sama lain spt ekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan,kepimpinan, teknologi, dn sebagainya. Aspek2 ini saling mempengaruhi antara satu sma lain. Sekiranya terdapat perubahan mana2 aspek budaya, akan mencetuskan perubahan pada aspek2 yg lain. Contoh : kemelesetan ekonomi akan menjejaskan budaya2 yg lain spt keluarga, pendidikan dn teknologi.

(d) Kejutan budaya. Ketidakpastian dan kekaburan yg dialami seseorang apabila dia cuba bertindak dlm suatu budaya yg asing. 2. Jelaskan 4 ciri budaya dengan member contoh yg sesuai. a) Budaya dikongsi Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yg dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Ahli2 masyarakt yg berkongsi sesuatu budaya masing2 maklum ttg maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dlm konteks budaya tersebut. b) Budaya dipelajari BUdaya tidak diwarisi secara genetik. Budaya dipelejari melaui interaksi sosial antara ahli2 masyarakat. c) Budaya tidak kelihatan Budaya sebenarnya sudah sebati dgn jiwa kita sbg insane sosial. Kita tidk menyedari bhw budaya sentiasa mempengaruhi tindak tanduk dn pemikiran kita krn ia telah menjadi tabiat yg dilakukan secara automatik.

5. Pendapat ahli social antropologi mengatakan manusia adalah insane social. Huraikan penyataan tersebut. Manusia sbg insan social tidak mampu hidup bersendirian dn perlu bekerjasama dgn manusia2 lain utk mncapai matlamatnya.

Topik 2 : PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

1.Terangkan maksud : (a) Perkahwinan Perkahwinan boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yang memberikan pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga.

(b) Kekerabatan Kekerabatan merujuk kepada hubungan-hubungan dalam masyarakat yang berdasarkan pertalian darah atau perkahwinan

(c ) Sistem patrilineal Dalam sistem ini, seseorang individu itu mempunyai susur galur kekerabatan melalui bapanya, datuk sebelah bapa, dan seterusnya melalui lelaki sahaja. (d) Sistem matrilineal Dalam sistem keturunan matrilineal, seseorang itu tergolong di dalam kerabat ibunya. Sistem ini terdiri daripada : (a) Seorang wanita (b) Adik-beradiknya (c) Anak-anaknya (d) Anak-anak saudara perempuannya (e) Anak-anak kepada anak-anak perempuannya 2. Berikan 3 fungsi perkahwinan dlm system sesebuah masyarakat. (a) Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri. (b) Membahagikan tugas di antara suami dan isteri (division of labour). (c) Memastikan terbelanya kebajikan anak-anak. 3. Huraikan 3 pertimbangan ekonomi dlm perkahwinan. (a ) Mas kahwin Mas kahwin ialah bayaran yang diberikan oleh keluarga suami kepada keluarga isteri. Lazimnya, mas kahwin dibayar dalam bentuk wang tetapi budaya-budaya lain turut membayar mas kahwin dengan memberikan binatang peliharaan (biri-biri, kuda, lembu) dan barangan (tikar, selimut, lembing dan barangan berharga dan berstatus).

(e) Ia meluaskan rangkaian sosial seseorang dan ini membolehkannya meminta bantuan dalam kesusahan.

TOPOK 3 : SISTEM PENGELUARAN 1.Jelaskan maksud berikut : (a ) Ekologi Ekologi merujuk kepada keseluruhan hubungan di antara sesuatu organisme dan persekitarannya. Dalam konteks antropologi, organisme tersebut ialah manusia yang berinteraksi dengan masyarakat (persekitaran sosialnya)untuk mendapatkan makanan dan keperluankeperluannya yang lain. (b) Teknologi Teknologi merujuk kepada sesuatu cara melaksanakan tugas menggunakan proses-proses teknikal, ilmu pengetahuan dan peralatan. (c ) Hortikultur Hortikultur merupakan kegiatan menanam tumbuhan menggunakan peralatan mudah (seperti cangkul) dan kawasan tanah yang kecil. Hanya tenaga manusia digunakan dalam hortikultur; binatang, jentera, dan sistem pengairan tidak diperlukan.Teknik yang selalu digunakan dalam hortikultur ialah pertanian pindah randah di mana hutan dibersihkan dan dibakar (d) Pastoralisme Penternakan haiwan sbg sumber makanan. Berpindah randah utk mencari kwsan ragut (posture) Tidak bergantung sepenuhnya kpd ternakan, juga menjalankan bercucuk tanam dn berdagang dgn kmpl lain. Lembu mempunyai kepentingan dn makna social. Bkn shj sumber makanan, tetapi jg sbg mas kahwin, haiwan tebusan dn korban.

.
(b) Bride service masyarakat berskala kecil yang tidak mengumpul wang dan barangan, bride service diamalkan di mana pihak lelaki menawarkan perkhidmatannya kepada keluarga perempuan. Bride service biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad yang mencari makanan dengan berburu. (c ) Dowry dowry merupakan perpindahan barangan atau duit daripada keluarga isteri kepada pihak keluarga suami. Dowry sentiasa dibekalkan oleh pihak isteri, tetapi penerima dowry berbeza daripada budaya ke budaya. Dowry sering dikaitkan dengan masyarakat India pada persepsi umum 4. Bincangkan 3 kepentingan system kekerabatan dlm membantu manusia menyesuaikan diri terhadap persekitaran sosialnya. (a) Ia membataskan aktiviti seksual dan menentukan siapa boleh mengahwini siapa, mengikut prinsip sumbang mahram atau incest taboo.SEMAK KEND (b) Ia menentukan bagaimana lelaki dan wanita seharusnya bekerjasama dan membahagikan tugas. (c) Ia menyediakan landasan untuk membesarkan anakanak dengan baik. (d) Ia menyediakan mekanisme untuk berkongsi harta benda dan barangbarang.

2. Pembahagian tugas dalm masyarakat dpt memberi pengkhususan dn membantu dlm meningkatkan ekonomi. Jelaskan 3 tahap pembahagian tugas. a)Pengkhususan Jantina Dalam antropologi, terdapat perbezaan yang nyata di antara tugas-tugas yang dilakukan oleh lelaki dan wanita. Lazimnya, lelaki membuat kerja-kerja di luar rumah manakala wanita membuat kerja-kerja di dalam rumah b)Pengkhususan Umur Pembahagian tugas juga dikhususkan mengikut kategori umur. Kanak-kanak biasanya dikecualikan daripada tugastugas orang dewasa kerana mereka kurang kekuatan fizikal dan ilmu pengetahuan.

c) Pengkhususan Peranan Kemajuan teknologi membolehkan ramai orang memainkan peranan yang lebih khusus dalam .masyarakat. masyarakat primitif mengamalkan kesepaduan mekanikal di mana ahliahli masyarakat memainkan peranan yang sama, merasakan diri mereka setara dari segi sosial, dan mengamalkan nilainilai tradisi dan kekeluargaan. Kemunculan masyarakat moden menyaksikan perubahan daripada kesepaduan mekanikal kepada kesepaduan organik yang lebih berasaskan pengkhususan peranan dan saling kebergantungan 3. Jelaskan perbezaan antara hortikulter dgn agrikultur.

(c ) Pengantara dn pengikut Perantara merupakan golongan agamawan yang menduduki hirarki yang tinggi dan istimewa dalam upacara keagamaan. Mereka ini merupakan p pakar ritus yang sentiasa dirujuk oleh para pengikut kerana mereka dianggap mempunyai ilmu agama dan seterusnya layak mengetuai upacara keagamaan. Pengikut pula merupakan orang kebanyakan yang menurut ajaran atau doktrin yang dibawa oleh seseorang perantara. (d) Magis dn ajaran sesat

Agrikultur berbeza dengan hortikultur kerana ia amat bergantung kepada tenaga haiwan dan teknologi. Tidak seperti hortikultur, agrikultur banyak menggunakan teknologi seperti bajak yang ditarik oleh haiwan, baja,sistem pengairan dan jentera moden. Teknologi canggih di sini memastikan bahawa pengusaha agrikultur mendapat hasil yang berlipat kali ganda berbanding dengan petani yang terlibat dengan hortikultur. TOPIK 4 : SISTEM KEPRCAYAAN DAN AGAMA 1 . Apakah yg anda faham ttg konsep agama. Agama melibatkan kepercayaan kepada makhluk ghaib (tuhan, roh, semangat, dewa, jin, makhluk halus). Semua ini tergabung di bawah konsep kuasa supernatural, yang boleh menimbulkan perasaan-perasaan seperti misteri, gerun, takut dan hormat, serta dipercayai boleh membantu manusia dalam kesusahan dan dalam keadaan yang tidak menentu. 2. Jelaskan perbezaan elemen2 yg terdapat dlm struktur agama berikut : (a ) Kudus dn duniawi Kudus menggambarkan sesuatu yang luar biasa dan mempunyai kuasa supernatural yang boleh menimbulkan rasa takut dan gerun. Duniawi mewakili perkara-perkara yang biasa dan sekular. Pembezaan di antara yang kudus dan yang duniawi berlaku secara simbolik. Ini adalah kerana perlakuan agama banyak bergantung kepada perlambangan atau simbolisme untuk mewakili suatu kewujudan yang ghaib dan mistik. (b) Ritus dn doktrin Doktrin merujuk kepada ajaran, falsafah dan ideologi sesuatu agama. Doktrin banyak bersumberkan kitabkitab suci seperti al-Quran, kitab Injil, kitab Taurat, Bhagavad Gita dan sebagainya. Ritus pula menggariskan tatacara bagaimana agama itu diberikan wadahnya dalam bentuk yang telah ditentukan. Ritus merupakan ekspresi luaran yang menzahirkan ajaran agama melalui perbuatan yang simbolik. Jika doktrin adalah sesuatu yang kita tidak nampak, tetapi ritus dapat disaksikan dengan mata kasar.

Magis boleh didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan bagi menggunakan kuasa supernatural atau semangat untuk mencapai sesuatu matlamat melalui perlakuan yang telah ditetapkan. Magis memerlukan campurtangan bantuan luar untuk mencapai hasrat yang diminta. Ini akan mengurangkan rasa gelisah dan rasa tidak yakin sewaktu melakukan sesuatu tindakan. Ajaran sesat merujuk kepada mana-mana kumpulan agama yang tidak diiktiraf oleh masyarakat. Ini kerana kumpulan-kumpulan ini dianggap membawa ajaran yang telah terpesong daripada akidah arus perdana. Biasanya kumpulan-kumpulan ini akan mempermudahkan atau menolak terus amalanamalan agama arus perdana. 3. Jelaskan 4 fungsi agama dlm sesebuah masyarakat. (a) Mengeratkan kesepaduan sosial dalam masyarakat Agama membangkitkan semangat komuniti dalam diri sebagai ummah kepada satu kumpulan sosial yang mempunyai kepentingan bersama. Dalam ertikata lain, agama berperanan mengeratkan kesepaduan sosial di antara ahli-ahli masyarakat. (b) Menjadi alat kawalan sosial Agama sering menekankan peraturan moral yang mengawal tingkah laku manusia. Peraturan moral ini berasaskan pertentangan di antara unsur-unsur baik dan jahat. (c) Menjadi alat untuk pendidikan Agama juga memainkan peranan sebagai alat untuk pendidikan. Agama menyediakan individu untuk melalui perubahan-perubahan dalam kehidupannya melalui ritus peralihan. Ritus peralihan dilakukan untuk memberikan pengiktirafan kepada tahap peralihan dalam hidup manusia. Pada masa yang sama, ritus ini turut menurunkan ilmu yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan sesuatu kumpulan. (d) Menjadi sumber kosmologi sesuatu masyarakat Kosmologi ialah model semesta yang menjelaskan kejadian manusia dan alam. Kosmologi menjelaskan siapakah penghuni alamini dan menghuraikan bagaimana alam ini dicipta dan diatur.

(e) Menghuraikan ketidakpastian Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang tidak pasti dan di luar kawalan kita. Keadaan yang tak diduga menimbulkan masalah pemikiran dan mengganggu ketenteraman jiwa kita. Agama menyediakan jawapan kepada permasalahan kehidupan kita melalui ajaran-ajarannya yang terkandung dalam kitab-kitab suci.

keselamatan negara daripada ancaman luaran atau dalaman. (b) Ideologi Kuasa tidak mencukupi untuk mengekalkan autoriti negara. Ideologi juga diperlukan untuk meyakini rakyat bahawa pihak berkuasa berhak untuk mentadbir. Ini selalunya dicapai melalui institusi-institusi seperti agama dan media massa. 3. Jelaskan 4 cara2 kawalan social formal dlm sesebuah kerajaan. a ) Mut (Moot) Mut (moot) merupakan cara meleraikan konflik dalam kebanyakan masyarakat di Afrika. Mut merupakan pengemukaan kes secara tidak formal yang melibatkan litigan serta rakan-rakannya atau saudara maranya. Secara amnya, mut cuba menyelesaikan permasalahan domestik seperti penderaan isteri, salah faham akibat pembahagian harta pusaka, ataupun hutang yang tidak dibayar. Mut sebenarnya bertujuan untuk mengintegrasikan pihak yang bersalah kembali ke dalam komuniti dan memperbaiki hubungan di antara pihakpihak yang bertelagah. Hukuman biasanya tidaklah serius dan tidaklah begitu berat sehingga memalukan pihak yang kalah. b) Angkat Sumpah dan Ujian Angkat sumpah merupakan pengisytiharan formal kepada kuasa ghaib yang segala yang diucapkan ialah benar atau pihak yang mengangkat sumpah tidak bersalah. Angkat sumpah biasanya diiringi dengan ritus seperti menghisap paip perdamaian), bersumpah di atas kitab suci, dan sebagainya . Ujian merupakan cara menentukan kebersalahan dengan menyuruh pihak yang tertuduh untuk melalui ujian yang berbahaya. Jika orang tersebut melepasi ujian itu dengan jayanya, ia dipercayai bahawa kuasa ghaib telah menentukan bahawa dia tidak bersalah; jika dia gagal, tuhan-tuhan telah menunjukkan kebersalahan pihak yang tertuduh. c) Undang-undang Melalui sistem undang-undang yang terakam, negara menegah individu daripada menggunakan kekerasan sewenang-wenangnya dan menentukan bagaimana kekerasan harus digunakan untuk memaksa wargawarganya untuk melakukan sesuatu dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara lain. Undangundang ini biasanya dalam bentuk bertulis, ditetapkan oleh badan perundangan, ditafsir oleh sistem kehakiman, dan dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir. Apabila undang-undang dilanggar, negara mempunyai autoriti melalui mahkamah dan agensi penguatkuasaan undangundang untuk mendenda, mempenjarakan, atau menghukum mati pesalah tersebut.

TOPIK 5 : POLITIK DAN KAWALAN SOSIAL

1 . Jelaskan jenis2 organisasi politik berikut : ( a ) Masyarakat band (kumpulan) Masyarakat kumpulan (band) terdiri daripada pengumpul makanan yang berpindah-randah. Saiz mana-mana kumpulan bergantung kepada kaedahnya mengumpul makanan. Lebih banyak makanan yang boleh dikumpul, lebih ramai ahli kumpulan boleh ditampung pada sesuatu masa. (b) Masyarakat suku (tribe) Masyarakat suku (tribe) terdiri daripada pengeluar makanan (secara hortikultur atau pastoral). Masyarakat suku agak sama dengan masyarakat kumpulan dalam pelbagai aspek. Keduaduanya bersifat sama rata, dan mempunyai ketua tempatan tanpa kepimpinan berpusat. (c) Kerajaan ( chiefdom ) Kerajaaan (chiefdom) dikepalai oleh seorang ketua atau chief yang kadangkala dibantu oleh badan penasihat. Apabila masyarakat kian berkembang, terdapat keperluan untuk struktur politik yang lebih formal dan berkekalan. Tidak seperti masyarakat suku dan masyarakat kumpulan, ketidaksamaan sosial wujud di dalam kerajaan dari segi pangkat dan status. (d) Sistem Negara Sistem negara adalah yang paling formal dan kompleks. Tidak seperti masyarakat kumpulan dan masyarakat suku yang berteraskan hubungan persaudaraan, negara lebih bersifat impersonal. Negara menawarkan perkhidmatannya kepada wargawarganya yang menetap di bawah lingkungan geografinya. Di antara fungsi-fungsi negara termasuklah mengumpul cukai, merekrut askar untuk bala tentera, mentadbir organisasi-organisasi birokrasi, menggunakan kekerasan untuk meleraikan konflik, dan sebagainya. 2. Autoriti sesebuah Negara bergantung kepada 2 asas. Jelaskan asas2 tersebut. (a) Hak eksklusif untuk menggunakan kekerasan Hanya negara sahaja yang memegang hak untuk menggunakan keganasan. Sesiapa sahaja yang bersalah menggunakan keganasan secara haram akan dihukum oleh negara. Mekanisme seperti anggota polis dan angkatan tentera disediakan untuk memastikan

d) Peperangan Salah satu mekanisme kawalan sosial luar kumpulan atau masyarakat sendiri ialah peperangan yang boleh didefinisikan sebagai pertempuran yang sistematik, teratur, dan berinstitusi antara kumpulan-kumpulan yang berbeza. Manusia mungkin enggan untuk bersikap antisosial atau agresif jika kelakuan sebegitu boleh mengundang serangan daripada kuasa-kuasa luar.

3. Terdapat satu kelompok manusia yg mempunyai ciri2 warisan biologi dn fizikal yg berbeza dgn kelompok lain. Bincangkan kategori manusia berikut : (a) Kaukosoid (Caucasian) Mereka yang berkulit putih, berambut perang, berbadan tinggi. Kumpulan ini ramai terdapat di negara-negara Eropah dan Amerika dan dikatakn berasal dari kawasan Caucasus di timur Eropah (b) Negroid (Negroid) Mereka terdiri daripada kebanyakan penduduk benua Afrika yang berambut ikal, berkulit hitam dan berhidung kemek .Istilah asal daripada perkataan Negro. (c) Mongoloid (Mongoloid) Mereka kebanyakannya menduduki kawasan Asia Timur dan dikatakan berasal dari benua Asia tengah. Istilah ini adalah sempena dengan nama Mongolia, salah satu negara di Asia tengah. 4. Jelaskan perbezaan berikut : ( a ) Ras dan etnik ras merujuk kepada ciri-ciri fizikal dan biologi yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia, sementara etnik merujuk kepada ciri-ciri budaya yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan atau masyarakat. Ras adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh faktor keturunan dan biologi, sementara etnik adalah satu bentuk persepsi, sama ada oleh diri sendiri atau oleh orang lain terhadap kita. (b) Strata atas dan strata bawah Strata atas Biasanya dikategorikan sebagai kelompok dominan, superordinat, superior atau majoriti. Strata bawah Dikategorikan sebagai kelompok subordinat, inferior atau minoriti. Biasanya kelompok ras dan etnik di strata bawah ini ditindas, dinafikan beberapa hak asasi serta didiskriminasikan oleh kelompok yang menduduki strata atas. (c) Rasisme dan etnosentrisme Rasisme merujuk kepada anggapan sesorang bahawa ras sendiri adalah lebih baik, iaitu lebih superior, daripada ras orang lain. Sementara etnosentrisme pula merupakan kepercayaan bahawa unsur-unsur yang terdapat pada budaya sendiri seperti agama, nilai, sikap dan amalan budaya adalah lebih baik daripada yang dimiliki oleh kelompokkelompok etnik lain. 5. Bincangkan 4 pola yg wujud dlm masyarakat berlainan ras dn etnik. (a) Asimilasi Dalam kebanyakan kes, kelompok etnik atau ras yang minoriti diasimilasikan ke dalam kelompok etnik atau ras yang lebih besar. Asimilasi biasanya melibatkan asimilasi budaya di mana kelompok minoriti menerima sebahagian besar daripada budaya kelompok majoriti.

TOPIK 6 : HUBUNGAN ETNIK 1 . Jelaskan maksud : ( a ) Ras Istilah ras merujuk kepada ciri-ciri fizikal dan biologi yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia. (b) Kumpulan etnik Kelompok etnik merujuk kepada satu kelompok manusia yang mempunyai tradisi budaya yang sama dan satu perasaan identiti yang sepunya. Kelompok ini mungkin merupakan kelompok kecil yang wujud dalam sesebuah negara yang mempunyai kelompok-kelompok etnik yang lain. (c) Akulturasi Hubungan ras dan etnik yang dicirikan oleh asimilasi budaya, di mana kelompok-kelompok ras dan etnik yang berlainan itu saling meminjam unsur-unsur budaya sesama mereka. (d) Akomodasi Hubungan ras dan etnik dicirikan oleh hidup bersama namun mereka masih tetap hidup berasingan. Mereka hidup secara harmoni dengan setiap kelompok diwakili di peringkat pusat, di mana mereka bertolak ansur antara satu dengan lain. Hubungan ini biasanya terdapat dalam masyarakat majmuk. (e) Amalgamasi Hubungan ras dan etnik yang dicirikan dengan perkahwinan campur rentas sempadan ras dan. Akibatnya terbentuk ras yang baru. 2. Bincangkan bagaimana hubungan etnik dpt membantu menjalinkan interaksi social manusia dlm masyarakat majmuk.

(b) Pluralisme Sesetengah golongan minoriti enggan menghilangkan identiti etnik atau rasnya kerana mereka mempunyai kesedaran yang tinggi dan berbangga dengan warisan budaya ibunda mereka. Di samping itu juga, kelompok dominan sanggup membenarkan malahan menggalakkan kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakat. (c) Perlindungan undang-undang terhadap minoriti Di dalam sesetengah negara, kumpulan minoriti dilindungi oleh undangundang (d) Pemindahan penduduk Dalam situasi di mana terjadinya konflik yang begitu hebat antara kelompok-kelompok ras dan etnik, cara penyelesaiannya ialah dengan memindahkan kelompok ras dan etnik tertentu ke kawasan lain. 6. Bincangkan 3 keadaan yg perlu utk menggunakan teori konflik dlm menganalisis sebab2 terjadi rasisme dn etnosentrisme. (a) Mestilah terdapat dua atau lebih kelompok sosial yang dapat dikenal pasti melalui perbezaan ciri-ciri fizikal dan budaya. (b) Mestilah terdapat persaingan di antara kelompokkelompok ke atas sumber-sumber yang bernilai seperti kuasa, tanah atau pekerjaan. (c) Mestilah wujud kuasa yang tidak seimbang di antara kelompok-kelompok, dalam erti kata terdapat satu kelompok yang dominan yang mempunyai kuasa yang lebih kuat untuk menafikan kelompok-kelompok lain hak ke atas sumber-sumber yang bernilai itu.

2. Bincangkan 4 perbezaan antara manusia zaman prasejarah awal dgn zaman prasejarah akhir. Ciri-ciri Tempat tinggal Pakaian Sumber bahan mentah Sumber makanan Prasejarah awl Tiada tempat yang tetap, hidup secara nomad Berasaskan kulit haiwan Hasil buruan dan hutan Buruan, tangkapan ikan dan hasil hutan; dimakan mentah Rekaan kasar berasaskan batu; satu alat pelbagai guna Tiada sistem pemerintahan yang jelas Prasejarah akhir Penempatan teratur, membina bangunan Berasaskan tekstil Hasil tanaman, ternakan dan perdagangan Pertanian dan penternakan; makanan dimasak Rekaan berasaskan batu yang lebih halus; tercipta alat untuk kegunaan khusus Corak pemerintahan yang teratur

Peralatan

Pemerintahan

TOPIK 8 : TAMADUN BARAT 1 . Apakah yg anda faham ttg zaman Kebangkitan (Renaissance) dan bagaimana zaman ini membawa pembangunan pesat diseluruh Eropah ? Zaman renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dn pencerahan di Eropah. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dr pertengahan abad ke 14 shgga prtnghan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dn pemikiran manusia. Zaman kebangkitan ini membawa pembangunan yg cepat dn pesat. Timbul tema2 distinctive dlm politik, pendidikan, kesusasteraan,pembinaan,kesenian,keagamaan, kehidupan social, muzik dn gaya hidup Eropah. Hasil drpd Renaissance telah membuka jalan kpd pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 spt Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dn absolutism. Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yg berdaya maju.

TOPIK 7 : TAMADUN PURBA 1 . Jelaskan maksud : ( a ) Zaman prasejarah (prehistoric period) Zaman prasejarah adalah satu zaman silam manusia sebelum wujudnya bukti-bukti bertulis.

(b) Zaman neolitik Zaman prasejarah akhir dikenali sebagai Zaman Batu Baru atau Zaman Neolitik. Bermula sekitar tahun 7000 SM. Pada zaman inilah manusia mula menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber utama makanan mereka selain daripada menternak haiwan. Bermulanya kegiatan bercucuk tanam diiringi dengan pembinaan tempat tinggal yang lebih kekal dalam bentuk perkampungan yang dibina berdekatan dengan punca air. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Evolusi Pertanian kerana bertukarnya corak hidup mereka daripada memburu dan berpindah-randah kepada pertanian dan penempatan tetap.

2. Bincangkan 4 nilai asas Tamadun barat. Nilai-nilai asas tamadun barat adalah individualism, kegembiraan, hak (terutamanya hak asasi ), kapitalisme, sains dan teknologi.

You might also like