You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN BENGKEL PENGUCAPAN AWAM (DARE TO SPEAK) UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 2011 SMK (P) SRI AMAN,

PETALING JAYA
Pendahuluan

Pengucapan awam atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai Public Speaking ialah suatu kemahiran yang tidak ada pada semua individu. Kemahiran pengucapan awam ini tidak boleh didapati dalam masa yang singkat kerana ianya harus dibina bagi suatu jangka masa tertentu. Bagi kebanyakan individu, pengucapan awam ialah suatu perkara yang paling ditakuti dan ini banyak berlaku kepada pelajar terutamanya. Punca utama ialah kerana kurangnya keyakinan dalam diri seseorang individu itu. Tapi selagi individu tersebut TIDAK mula mencuba, sampai bila pun dia TIDAK akan memperoleh keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. Justeru itu, bagi memberi pendedahan awal terhadap kepentingan dan teknik menguasai skil pengucapan awam ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling bercadang untuk mengadakan bengkel pengucapan awam Dare to Speak khas buat murid Tingkatan 3 dan 4.
Rasional

Kemahiran pengucapaan awam adalah skil yang dimiliki oleh semua orang yang sudah berjaya dan wajib dimiliki oleh setiap individu yang ingin berjaya. Yang ironinya, ramai orang menyedari akan kepentingan Dare to Speak ini tetapi tidak ramai yang dare to speak. Bengkel ini akan memberikan kemahiran secukupnya kepada murid untuk meningkatkan keupayaan dan keyakinan di dalam memberikan ucapan kepada publik. Apatah lagi kursus ini dibimbing oleh seorang yang dianggap sebagai sifu di dalam pengucapan awam.

Objektif Setelah menghadiri bengkel Dare to Speak murid akan dapat mencapai objektifobjektif berikut:1. Mengetahui mengapa skil pengucapan awam diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya. 2. Mempelajari teknik-teknik mengatasi perasaan TAKUT bersuara di khalayak ramai. 3. Membangunkan kemahiran berkomunikasi dalam pengucapan awam. 4. Membina sikap positif dan keyakinan diri apabila berhadapan dengan khalayak. Kumpulan Sasaran 60 orang terdiri daripada murid Tingkatan 3 dan 4

Tarikh dan Masa 13 Oktober 2011 (Rabu), 9.00 pagi -2.00 petang Tempat Bilik Kuliah Bakti

Personalia Konsultan: Pro Skills Trainers Penceramah: En Azmi Shahrin bin Abdul Rahim Justifikasi Pemilihan Konsultan/ Penceramah 1. ProSkills Trainers berpengalaman mengendalikan bengkel pengucapan awam. 2. Modul yang ditawarkan adalah menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan kehendak murid. dan

3. Penceramah mempunyai pengalaman yang sangat luas sebagai pemidato dan kebolehannya mendapat pengiktirafan daripada banyak agensi swasta dan kerajaan. 4. Konsultan memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan bengkel ini.

Anggaran Perbelanjaan

Yuran seminar Manual program Minuman dan makanan


Sumber Kewangan

RM250x6jamx2harix3sesi RM12.00 x 60 orang RM3.00x 60orang

RM9,000.00 RM 720.00 RM 180.00 RM9,900.00

Peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi

RM9,900.00

Penutup

Bengkel Dare to speak ini diharap dapat meningkatkan tahap penguasaan aspek pengucapan awam murid bagi memastikan murid-murid SMK (P) Sri Aman mempunyai kualiti yang berdaya saing. Seterusnya mampu membentuk dan melahirkan individu yang jujur, bijak, berkarisma dan mempunyai bakat kepimpinan ke arah kecemerlangan diri, organisasi dan negara.

Disediakan oleh :

_______________________________

PN NORHASIMAH MOHD NOR Guru Bimbingan dan Kaunseling


Disahkan oleh:

_________________ DATIN MARY JOHN Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Diluluskan oleh:

_____________________________________

DATIN NOORUL-AINI BT AMBAK PJK Pengetua SMK (P) Sri Aman

JADUAL TENTATIF BENGKEL PENAMPILAN DIRI (GROOMING) 2011 SMK (P) SRI AMAN

Hari / Tarikh

Masa

Topik

Penceramah/ Personalia

9.00pg 10.30 pg

Ice Breaking Manners Programme - Why manners is important in our daily lives and future use - Why manners is cool and atrend to be set - So what is manners?
- Activity for table manners

Khamis 13.11.2011 10.30 11.00pg

Pn Aziah Jasmin Azizul Hassan


- Star Studio Image Consultancy

Rehat

11.00pg 2.00ptg

Grooming Module What is personal good grooming? Why do we need good grooming The youth image, rap, rock, punk versus Brad Pitt Activity fo grooming

Job Interview Module -

Manners in spaeking and communication Imaging for the prospective job Dos and donts during interviews Activity for job interviews

Semua program ini akan diadakan di dewan. Pelajar perlu membawa buku nota dan alat tulis untuk membuat catatan.

You might also like