You are on page 1of 7

PENYAKIT-PENYAKIT PADI DI SAWAH DAN DI TAPAK SEMAIAN

Penyakit-penyakit padi yang biasa menyerang anak-anak padi di peringkat semaian ialah penyakit karah, hawar daun bakteria, bintik perang dan hawar anak benih. 1. Penyakit Karah Padi (Daun) Penyakit karah ialah sejenis penyakit padi yang disebabkan oleh sejenis kulat, Phricularia oryzae. Penyakit ini pernah berlaku di serata Semenanjung Malaysia. Tanda-tanda penyakit mudah dilihat pada daun-daun. Daun-daun yang diserang mempunyai bintik-bintik bulat membesar sepanjang 1 hingga 3 mm garis pusat, berwarna biru kelabu atau berbentuk bujur dan runcing di kedua-dua hujungnya. Tengah bintik itu berwarna biru kelabu dan bahagian tepi berwarna perang atau perang kemerahan. Ukuran, bentuk, serta warna-warna bintik berlainan mengikut jenis-jenis padi dan keadaan sekeliling. Bintik-bintik tersebut barupa cedera yang terbenam. Apabila serangan penqakit telah merebak, bintik-bintik besar berbentuk gelendung akan terdapat padA jenis padi yang peka. Apabiha bintik-bintik tersebut muncul di atas permukaan daun, mereka akan bertemu dan daun akan menjadi layu. Serangan yang teruk akan menyebabkan kematian anak benih. Penyakit ini akan berlanjutan ke peringkat memecah anak, peringkat bunting dan berbunga. Jenis-jenis padi yang sederhana peka kepada penyakit ini ialah Mahsuri Baru (Improved Mahsuri) Bahagia, Murni dan Sri Malaysia Satu. Kawalan: - gunakan jenis padi yang tahan penyakit - elakkan pertumbuhan anak padi yang rapat di semaian, gunakan kadar menabur benih 1 gantang untuk 46.2 meter persegi (500 kaki persegi) batas semaian elakkan dari menggunakan baja yang berlebihan elakkan dari menggunakan biji benih dari sawah yang disyaki diserangi pen9akit pastikan air mencukupi dalam sawah dan jangan biarkan semaian menjadi kering bakar jerami untuk mengurangkan punca-punca jangkitan

Pengawalan menggunakan bahan kimia yang disyorkan adalah seperti berikut:Nama Teknikal Nama Jualan % Bahan Aktif (formulasi) Anggaran Bancuhan

Catatan

0.06-0.08 (serangan sedikit) Difenphos Hinosan (EC 50%) 0.1 (serangan teruk)

2- 2 1/2 sudu teh racun dalam 1 gelen air 2 1/2 - 3 sudu teh racun dalam 1 gelen air 1 sudu besar racun dalam 1gelen air

Sembur sebaik sahaja kelihatan tanda-tanda penyakit sebanyak 3-4 kali semburan selang 3 hari bergantung kepada keadaan penyakit itu. Semburkan setelah nampak tanda serangan seminggu sekali.

Benomyl

Benlate (WP 50%) Bla-S (EC 2%)

0.05

Blasticidin

0.02-0.05

3-4 sudu besar Semburkan setelah nampak racun dalam tanda serangan seminggu 1 gelen air sekali.

y Hawar Seludang (Thanatephorus cucumeris = Rhizoctonia solani) Bintik berwarna kelabu, kehijauan bunder seludang atau upih daun. Jika serangan teruk, bintik-bintik berjangkit keseluruh bahagian pokok. Tindakan: Tanam varieti yang tahan. Sembur dengan racun kulat

y Hawar Daun Bakteria Penyakit ini biasanya berlaku di kawasan yang mengalami banyak hujan dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Penyakit hawar ini disebabkan oleh bakteria, Xanthomonas oryzae yang boleh disebarkan melalui biji benih. Kemasukan bakteria dari luar adalah melalui daun atau akar yang cedera. Tanda-tanda penyakit akan kelihatan seminggu selepas diserang. Tanda-tanda permukaan ialah daun menjadi kuning. Kerosakan yang tidak sama akan kelihatan di sepanjang tepi bahagian atas daun. Kerosakan ini bermula di sebelah atas atau dua belah tepi daun. Kerosakan ini lekas merebak selari dengan urat-urat daun ke bahagian-bahagian sihat. Akhirnya keseluruhan tepi daun termasuk upehnya akan menjadi kuning atau putih comot. Tanda-tanda penyakit ini ialah hujung daun menjadi kering, menggulung ke dalam serta terpilih.

y Bulir Hitam (Ustilaginoide virens) Kulat membentuk seperti bebola berwarna kuning atau kehitaman baldu melekit pad buah padi. Tanam varieti yang tahan. Musnahkan perumah sementara seperti Panicum sp. dan Oryzae sp.

y Bintik Perang Penyakit ini biasanya berlaku pada daun dan seludang daun. Ianya boleh menyebabkan

kematian anak semaian dari 10% hingga 58%. Penyakit bintik perang adalah sejenis penyakit yang dibawa di dalam biji benih. Penyakit ini disebabkan oleh cendawan Helminthosporium oryzae yang juga dikenali dengan nama Cochlio-bolus miybeanus. Daun-daun yang diserang akan mempunyai bintik-bintik kecil yang berbentuk bulat atau bujur serta perang bertaburan di permukaannya. Tengah bintik-bintik itu berwarna perang atau kelabu dan tepinya berwarna gelap atau perang kemerahan. Kebanyakan bintik-bintik dikelilingi oleh gelanggang kuning. Bila serangan teruk, bintik-bintik akan bertambah besar sehingga berukuran 2.5 mm garis pusat. Akhirnya daun-daun akan menjadi kering dan berikutnya tanaman akan mati. Kesemuanya padi-padi jenis baru kecuali Bahagia adalah peka kepada serangan kulat ini. Padi Bahagia adalah sederhana peka. Pengawalan yang memuaskan akan diperolehi dengan mematuhi amalan-amalan pertanian berikut:elakkan dari menggunakan semaian kering bakar jerami dan tunggul yang berpenyakit untuk memusnahkan sumber cendawan tabur "muriate of potash" jika tanah diketahui kekurangan unsur kaliam gunakan jenis padi yang tahan penyakit jika biji benih disyaki berpenyakit, berikan rawatan air panas (rendam biji benih selama 5 minit dalam air panas pada suhu 55oC selepas merendam dalam air sejuk selama 24 jam).

y Hawar Anak Benih Penyakit ini biasanya terdapat di tapak semaian kering. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kulat, Selerotium rolfsii. Penyakit ini lazim berlaku di mana keadaan tanah mempunyai kandungan bahan organan yang tinggi. Penyakit ini tidaklah begitu mustahak. Pangkal batang dan akar pokok yang teruk diserang penyakit adalah berwarna gelap dan kelihatan seperti disebabkan oleh cendawan "Sclerotia" iaitu bintik-bintik tisu kulat yang berwarna perang akan terdapat pada akar-akarnya. Anak-anak benih yang diserang akan menjadi bantut diikuti dengan warna kekuningan dan layu. Akhirnya anak-anak padi itu akan mati. Kesemua padi-padi baru adalah sederhana peka kepada serangan penyakit ini. Penyakit ini tidak memerlukan penggunaan racun kimia untuk pengawalan. Langkahlangkah pengawalan yang disyorkan adalah seperti berikut:- pastikan bahawa tapak semaian supaya sentiasa basah - buang dan bakar tunggul-tunggul padi yang dihinggapi penyakit - elakkan dari membuat petak semaian di tanah yang mengandungi kandungan bahan reput yang tinggi - gunakan jenis padi yang tidak peka Jelas sudah bahawa anak-anak benih di semaian menghadapi ancaman beberapa serangan penyakit yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada petani-petani. Petani-petani disyorkan mematuhi amalan-amalan penanaman yang betul untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang kejadian penyakit. Pengawasan semaian yang rapi haruslah diamalkan supaya serangan penyakit dapat diketahui dari awal dan langkah-langkah mengawal dijalankan dengan segera.

y Jalur Daun Bakteria (Zanthomonas oryzicola) Jalur-jalur berair jernih timbul antara urat-urat daun yang bertukar warna menjadi kekuningan dan perang serta bintik juraian bakteria pada jalur. Jika serangan teruk seluruh daun menjadi kering. Tanam varieti yang tahan dan musnahkan perumah sementara iaitu padi liar.

y Bakanae (Gibberella fujikuroi = Fusarium moniliforme) Pokok padi mengeluarkan anak lebih tinggi daripada pokok padi normal dan daunnya berwarna hijau pucat. Anak padi mati satu persatu. Tanam varieti yang tahan. Gaul biji benih dengan Captan 4 gm dalam 10000 gm biji benih. Biji benih dibuat rawatan dengan air panas.

Penyakit merah padi adalah sejenis penyakit padi yang serius dan disebabkan oleh virus yang dibawa oleh bena hijau Nephotetix virescens, Dist and Nephotettix nigropictus, Stal. Penyakit ini tidak berjangkit secara mekanikal atau melalui biji benih. Tanda-tanda kerosakan: 1. Tanda Kerosakan Disebabkan Virus: Daun-daun padi yang diserang akan menunjukkan tompok-tompok pucat diantara urat-urat daun mulai dari bahagian hujung yang kemudian berubah menjadi warna jingga. Daun juga mungkin berputar di setengah jenis padi iaituTaichung (Native) dan Seraup 50. Pokok padi yang diserang teruk akan tergencat dan mempunyai sistem akar yang tidak sempurna. Biasanya pengeluaran anak padi adalah kurang. Padi berpenyakit akan mengeluarkan buah yang tidak berisi dan berwarna perang. Jika serangan terjadi pada peringkat awal penanaman, tanaman tidak akan memberi hasil. 2. Kerosakan Disebabkan Bena Hijau Selain dari menjangkitkan virus dengan tanaman padi, bena hijau juga merosakkan tanaman padi seperti:- menghisap cecair dari batang padi, jika bilangan bena hijau tinggi ianya akan mengakibatkan 'hopperburn' - menyekat sistem permakanan padi dengan menyumbatkan telurnya di seludang padi - mendedahkan tanaman padi kepada serangan kulat dan bakteria di tempat ianya menghisap Bena Hijau Terdapat 4 jenis bena hijau iaitu:Hanya N. virescens and N. nogropictus yang membawa virus penyakit merah. Bena-bena ini terdapat di seluruh kawasan padi di Malaysia.

Bena hijau menghisap padi yang telah berpenyakit merah disamping itu ia juga menghisap sama virus. Virus ini akan dijangkit kepada padi yang sihat semasa bena hijau menghisap padi tersebut. Kebanyakan bena hijau menghilangkan virusnya dalam 48 jam tetapi sebilangan kecil boleh mengekalkan virus selama 4-5 hari. Oleh demikian memusnahkan sumber jangkitan adalah penting untuk mengurangkan penyakit ini.

Telurnya dikeluarkan di seludang daun dan kebanyakan akan menetas selepas 7 hari. Seekor bena hijau betina mengeluarkan telur 100-350 biji dan purata 253 biji. Telur berwarna putih kelabu dan berbentuk seperti curut, ianya boleh dilihat dengan mata kasar. Anaknya mempunyai 5 peringkat. Tempoh peringkat anak adalah diantara 14-29 hari dan purata 17 hari. Tempoh hidup purata untuk bena dewasa adalah 29 hari. Kawalan:
y

Buang dan musnahkan sumber jangkitan, iaitu padi yang telah diserang dan tunggul padi yang telah dituai Gunakan racun serangga untuk mengurangkan pembawa penyakit ini. Racun serangga tersebut BPMC / MIPC / Carbaryl (0.1% bahan aktif). Sembur setiap minggu pada petak semaian dan 1-2 minggu selepas diubah. Semua petani yang tanaman padinya terlibat perlu menyembur racun-racun seperti di atas. Cara -cara menggunakan pertanian iaitu menanam serentak, jangan gunakan baja nitrogen berlebihan, bersihkan kawasan sawah terutama rumput padi burung dan rumput sambau yang merupakan perumah kedua kepada bena hijau dan penyakit merah. Menanam dengan jenis padi yang kebal seperti Mahsuri (M), Sekencang (M) dan IR 42 (R).

LELOMPAT PADI BENA PERANG DAN BENA PUTIH


Kedua-dua jenis ini merosakkan tanaman padi dengan menghisap cairan pokok dari tisu-tisu pembekal air dan makanan. Serangan teruk mengakibatkan pokok menjadi kering dan mati serta menyebabkan hasil padi berkurangan. Bena Perang dan Bena Putih adalah daripada famili Delphacidae dan golongan (Order) Homopthera. Kedua-dua bena ini mempunyai saiz badan yang agak sama tetapi berbeza dalam warna badan dan kepak. Kebiasannya bena perang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk daripada bena putih. Bena perang juga diketahui sebagai pembawa penyakit virus. Dua jenis penyakit padi yang dibawa oleh bena perang ialah penyakit kerdil rumput (grassy stunt) dan penyakit kerdil hampa (ragged stunt). Sekarang penyakit-penyakit ini tidaklah begitu mustahak. Bena putih belum lagi diketahui sebagai pembawa sebarang penyakit padi.

1. BENA PUTIH Mempunyai pusingan hidup yang ringkas seperti bena perang, iaitu mempunyai peringkat telur, anak jelmaan dan dewasa. Peringkat Telur: Bena betina bertelur di dalam pelepah daun. Kumpulan telur bagi bena putih ialah di antara 7-19 biji. Telurnya berbentuk bujur panjang dengan bahagian hujungnya tidak bersambung antara satu sama lain. Seekor bena putih betina boleh mengeluarkan telur sebanyak 200 biji dan setengahnya boleh mengeluarkan sebanyak 300-500 biji. Telur-telur ini akan menebas dalam masa 5-8 hari dan lebih cepat pada suhu 2530oC. Anak Jelmaan: Bena putih mempunyai 5 peringkat anak jelmaan dan mengambil masa antara 2-3 minggu sebelum menjadi dewasa. Jika keadaan sesuai, perubahan hanya mengambil masa 11-55 hari. Pembentukan anak jelmaan adalah cepat pada suhu 27-28oC. Anak-anak jelmaan bena putih yang pertama adalah kecil dan berwarna putih. Anak jelmaan ini bersalin kulit menjadi anak jelmaan kedua dan seterusnya sehingga anak jelmaan kelima yang berwarna putih dengan tanda-tanda hitam di belakang badan. Anak jelmaan ini cergas, menghisap cairan tumbuhan di bahagian pangkal pokok berhampiran dengan permukaan air. Biasanya anak-anak jelmaan yang baru selalu terdapat di bahagian pangkal pokok. Peringkat Dewasa: Bena putih hidup selama 9-28 hari di peringkat dewasa. Saiz badannya agak kecil sedikit daripada bena perang tetapi mempunyai sayap yang lebih panjang. Sayapnya tera terus (transparent) dan di tengahnya terdapat bintik hitam. Badannya berwarna hitam dan toreknya berwarna kuning pucat. Tanda-tanda Kerosakan: Bena putih menyerang padi sewaktu di tapak semaian hinggalah ke peringkat matang. Bena putih dewasa dan anak jelmaan menghisap cairan dari pokok padi dan serangan ini boleh menyebabkan daun-daun menjadi layu dan perlahan-lahan bertukar menjadi merah. Diantara faktor-faktor yang menyebabkan serangan ialah:- Penanaman padi yang pesat seperti tanaman padi dua kali setahun - Penanaman yang tidak serentak di dalam satu-satu kawasan - Penggunaan racun kimia tidak mengikut peraturan - Penggunaan jarak tanaman yang terlalu rapat dan banyak bilah/perdu padi - Penggunaan terlalu banyak baja nitrogen - Penggunaan jenis padi yang peka pada serangan bena ini PENGAWALAN: Jalankan pengawasan di setiap peringkat pertumbuhan pokok bermula dari peringkat semaian. Kira bilangan bena dan ambil langkah-langkah mengawal apabila bilangan bena telah mencapai peringkat pengawalan yang ekonomik.

You might also like