You are on page 1of 19

__________________________________________________________________HBEF3203 ISI KANDUNGAN m/s

1.0

PENGENALAN SEKOLAH TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH PENGENALAN PENGUKURAN 3.1 KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DEFINISI JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI

2.0

3.0

3.2

3.3

4.0

LATAR BELAKANG UJIAN

12

5.0

ANALISIS KEPUTUSAN

14

5.1

JADUAL KEPUTUSAN

14

5.2

JADUAL PERBANDINGAN ULASAN DAN KOMEN

15

5.3

16

6.0

KESIMPULAN

17

BIBLIOGRAFI

17

LAMPIRAN

18

__________________________________________________________________HBEF3203 1.0 PENGENALAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai atau nama ringkasnya SK Sungai Rambai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di kampung Sungai Rambai, Jasin Melaka. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai memiliki 161 pelajar lelaki dan 159 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 320 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru. Sepertimana sekolah luar bandar yang lain, secara umumnya, taburan latarbelakang murid-muridnya adalah kebanyakannya terdiri daripada anak-anak petani dan pekerja-pekerja industri desa dan yang berkaitan. Atas faktor itu, sehingga kini, pencapaian sekolah ini dalam bidang pendidikan bukanlah suatu kekuatan yang boleh dibanggakan bagi sekolah ini.

2.0

TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sama

pentingnya dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru pelajar serta ibu bapa malah kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri apabila memberikan maklumat yang tepat dan berkesan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat dijadikan asa kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa tujuan seperti untuk tujuan diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan, menempatkan serta memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar.

__________________________________________________________________HBEF3203 3.0 PENGENALAN PENGUKURAN Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

3.1

KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN Dalam sebarang penilaian yang dijalankan, ia perlu melibatkan penentuan objektif,

mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dilakukan secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya memastikan tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian.

Sebenarnya aktiviti penilaian telah lama wujud dalam bidang sains perlakuan, sains kemasyarakatan bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu dibuat. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya seorang pengkaji ingin mengkaji taraf bacaan murid di sekolah rendah dengan anggapan taraf bacaan mereka itu masih belum memuaskan dan satu tindakan menggalakkan minat membaca yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-alat 3

__________________________________________________________________HBEF3203 prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya. Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.

Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

PENGUJIAN Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

__________________________________________________________________HBEF3203 Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian akan menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji?

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui samada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

PENGUKURAN Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain, langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 5

__________________________________________________________________HBEF3203 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

PENILAIAN Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan samada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

__________________________________________________________________HBEF3203 Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3.2

DEFINISI JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) Jadual Penentu Ujian (JPU) didefinisikan sebagai satu rancangan bertulis yang

menyatakan agiha item-item mengikut kandungan pelajaran, objektif pembelajaran, dan tingkat relatif pentingnya setiap kandungan dan objektif. JPU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta 7

__________________________________________________________________HBEF3203 ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri-ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin keesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Tujuan penilaian/pengujian bukan sekadar untuk mendapatkan angka-angka (markah). Yang penting ialah signifikan angka-angka itu samada menunjukkan peningkatan prestasi atau penurunan prestasi, dan lebih jauh daripada itu ialah mengesan kemahiran pelajar. Dengan itu, penilaian/ pengujian mesti ada organisasinya supaya dapat berjalan dengan sistematik. Dengan makna lain, mesti ada perancangan dalam penilaian/pengujian. Jika tidak ada perancangan, agak sulit untuk mengesan kemahiran-kemahiran tertentu.

Supaya penilaian/ pengujian mempunyai organisasi yang sistematik, penetapan satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) adalah sangat berguna. Melalui JPU kita dapat merancang apa yang ingin kita tanya: bentuk-bentuk kemahiran tertentu, topik-topik tertentu, taburan soalan dan sebagainya. Contoh JPU.

Kita selalunya menyempitkan konsep dan kandungan JPU dengan mengaitkan JPU dengan item-item taksonomi Bloom. Item-item yang dibina dalam JPU tidak semestinya mengandungi aras-aras kognitif Taksonomi Bloom semata-mata. Guru boleh juga membina item sendiri berdasarkan apa yang hendak ditanya

3.3

INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon 8

__________________________________________________________________HBEF3203 yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :

p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab

Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.

NILAI (p) PENGKELASAN ITEM 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Terlalu Sukar Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru itu, soalan-soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan. Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah pengukuran ketekalan dalaman (internal consistency) bagi sesebuah ujian yang dijalankan oleh seseorang penilai. Indeks Kesukaran (Item Difficulty) adalah suatu kaedah pengukuran kesukaran keseluruhan item ujian. Lagi rendah nilai p, lagi sukarlah nilai item tersebut secara teori.

__________________________________________________________________HBEF3203 Indeks Kesukaran (Item discrimination) menunjukkan kita bagaimana sesuatu item itu berjaya mengesan atau mengasingkan pencapaian pelajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang. Indeks Diskriminasi (discrimination index) dikira dengan menolak (subtracting) bahagian bawah 27% pelajar yang menjawab jawapan dengan betul dengan 27% bahagian atas pelajar yang menjawab jawapan dengan betul. Adalah lebih penting untuk item mendiskriminasi dari item itu sukar. Tahap kesukaran item dan indeks diskriminasi dapat ditentukan dengan menjalankan kaedah pengiraan seperti yang dilakukan dibawah. Bahagikan pengambil ujian kepada tiga kumpulan, berdasarkan kepada pencapaian ujian keseluruhan : Top 25% or 27%. (bergantung kepada saiz sampel. Jika >30 gunakan 27%) Middle 50% Bottom 25% or 27%

Anda juga perlu tahu dua perkara: Bilangan pelajar dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Bilangan pelajar dalam kedua-dua kumpulan yang mendapat jawapan betul.

Katakan sejumlah 200 pelajar mengambil ujian tersebut. Kumpulan yang mendapat pencapaian tinggi adalah 54 (.27 x 200) dan kumpulan yang mendapat pencapaian rendah juga adalah 54. Pada item (soalan) 1, sebgai contoh 48 dari kumpulan atas, 42 dari kumpulan tengah , dan 37 dari kumpulan bawah mendapat jawapan atau menjawab dengan betul.

Indeks Kesukaran : agihan yang mendapat jawapan betul P = 48+42+37/200 = 127/200 = 0.64

Indek Diskriminasi : ID = % kumpulan atas mendapat jawapan betul - % kumpulan mendapat jawapan betul DI = (48/54) - (37/54) = 0.89 - 0.69 = 0.20

10

__________________________________________________________________HBEF3203 Nilai yang dicadangkan bagi nilai p dan DI? Cadangan Indeks Kesukaran bagi pelbagai item ujian:

Bilangan Pilihan (k) 2 (True-False) 4 Open-Ended

Indeks Kesukaran Optimum 0.85 0.74 0.50

Lagi tinggi nilai Indeks Diskriminasi (sehingga 1), lebih baik tugasan mendisriminasi pelajar cemerlang dengan pelajar lemah Jika D = 1, ia bermaksud semua kumpulan teratas dan tiada seorang dari kumpulan lemah dapat menjawab item itu dengan betul Jarang D (jika ada) = 1 or O Sesuatu item mempunyai tahap nilai diskriminasi jika D => .30 p dan D bukanlah nilai keberangkalian tersendiri (independent probabilities). Indeks Diskriminasi > .30 adalah kekadang diterima apabila kita memperolehi nilai p yang sangat tinggi 4.0 LATAR BELAKANG UJIAN

Ujian yang dijalankan merupakan ujian pengukuhan subjek sains untuk pelaajar darjah 6. Ia terdiri daripada 2 bahagian. Iaitu Bahagian A dan Bahagian B yang membawa kepada 100 markah.

BAHAGIAN A

Bahagian A terdiri daripada 30 soalan objektif, yang terbahagi kepada 2 bentuk, iaitu: a) aneka pilihan (multiple choice) b) aneka gabungan (multiple combination)

11

__________________________________________________________________HBEF3203 Masa yang diperuntukkan adalah selama 75 minit atau 1 jam 15 minit. Dan pelajar adalah dikehendaki, pada setiap masa sepanjang ujian ini dijalankan, mengikut segala peraturan peperiksaan yang digunapakai secara piawai di negara ini. Terdapat 10 jenis pengkategorian soalan yang biasa dikeluarkan, iaitu: y Fakta menguji pengetahuan calon mengenai sesuatu fakta seperti ciri, sifat atau kejadian. y Istilah menguji pengetahuan tentang definisi, maksud atau simbol yang berkaitan dalam soalan. y Urutan uji calon mengenai proses, aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan. y Kaedah uji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul. y y y Pengelasan uji pengetahuan tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat. Prinsip uji tentang konsep dan hukum sains. Terjemahan uji calon tentang maklumat/ data/ fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Data/ maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk graf, jadual, simbol, gambarajah atau situasi bergambar. y Tafsiran calon perlu membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan calon berdasarkan pemahaman mereka. y Ekstrapolasi uji pemahaman mereka tentang kesan/ akibat/ implikasi daripada sesuatu tindakan. y Aplikasi uji keupayaan mereka membuat keputusan berdasarkan pengetahuan sedia ada tetapi dikaitkan denga masalah kehidupan harian.

Kelas soalan 1 6 menguji aspek pengetahuan calon, manakala 7 10 menguji kefahaman calon tehadap fakta sains.

BAHAGIAN B

Secara keseluruhannya, menguji calon dalam Kemahiran Proses Sains yang meliputi: y Membuat inferens Penerangan daripada pemerhatian utama atau sebab terjadinya sesuatu fenomena. 12

__________________________________________________________________HBEF3203 y Mengawal pembolehubah y Pembolehubah dimanipulasikan Pembolehubah bergerak balas Pemboleh ubah malar

Membuat hipotesis Kenyataan yang menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas. Juga dikenali sebagai hubungan atau perkaitan antara pembolehubah dimanipulasi dengan pebolehubah bergerak balas.

Mentafsir data Menyatakan maklumat, pola/ corak, hubungan antara dua maklumat, membuat kesimpulan dan menyatakan pernyataan daripada maklumat yang dikumpul berdasarkan jadual, carta palang, rajah, gambarajah dan sepertinya.

Membuat ramalan Membuat telahan, ramalan dan menganggar secara logik mengenai kejadian yang akan berlaku berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Skor yang dicapai oleh pelajar disusun semula dalam bentuk jadual mengikut soalan (item) dan kemudiannya setiap item diproses supaya dapat dicari Indeks kesukaran dan Indeks Diskriminasi bagi membantu kajian lebih mendalam mengenai keberkesanan kertas ujian yang dibuat agar pada masa depan ujian yang lebih menepeti objektif dan silibus dapat dihasilkan.

13

__________________________________________________________________HBEF3203 5.0 ANALISIS KEPUTUSAN

Setelah ujian ini dijalankan, skor setiap murid direkodkan dalam satu jadual khas yang dipecahkan mengikur item, markah bahagian A, markah bahagian B, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap item. Tetapi untuk tugasa ini, atas beberapa faktor, hanya keputusan Bahagian A yang dianalisis. Untuk itu hanya markah bahagian A shaja yang dibuat perbandingan antara IK dan ID. 5.1 JADUAL KEPUTUSAN

Jadual keputusan pencapaian calon dirakam mengikut item didalam format Excel. Oleh kerana saiznye yang agak besar. Ia tidak muat diruangan ini. Jadi ia perlu dicetak berasingan.

SILA RUJUK NASKHAH SISIPAN JADUAL KEPUTUSAN PELAJAR

14

__________________________________________________________________HBEF3203 5.2 JADUAL PERBANDINGAN


INDEKS KESUKARAN 1.0 0.3 0.8 0.7 0.45 1.0 0.55 0.95 0.75 0.85 0.55 0.9 0.75 0.1 0.4 0.9 0.9 0.9 0.45 0.75 0.85 0.55 0.75 0.1 0.95 0.7 0.4 0.8 1.0 0.2 INDEKS DISKRIMINASI 4.0 0.8 0.8 0.4 0.6 4.0 0.6 1.8 0.6 0.6 0.6 1.0 0.2 -0.4 0.8 0.4 0.4 0.4 0.2 0.6 0.6 0.8 0.6 -0.4 0.2 0.4 0.4 0.8 4.0 0.8 TINDAKAN Ubahsuai/Sukarkan kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan Ubahsuai/Sukarkan kekalkan Ubahsuai/Sukarkan kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan Ubahsuai/Permudahkan Tukarkan/Perbaiki kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan kekalkan Tukarkan/Perbaiki Ubahsuai/Permudahkan kekalkan kekalkan kekalkan Ubahsuai/Sukarkan kekalkan

ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

15

__________________________________________________________________HBEF3203 5.3 ULASAN DAN KOMEN

Daripada jadual perbandingan diatas, dapat dikenalpasti soalan-soalan yang perlu diubah dan soalan-soalan yang perlu disingkirkan daripada set soalan yang dihasilkan.

SOALAN YANG PERLU DISINGKIRKAN Soalan yang perlu disingkirkan adalah soalan nombor 14 dan 24, kerana skor Indeks Diskriminasi yang dicatatkan adalah negatif. Hanya 2 orang pelajar mendapat menjawab soalan ini dengan betul. Ini akan menyukarkan pengasingan pelajar lemah dan pandai kerana tahap kesukaran soalan yang terlalu tinggi.

SOALAN YANG PERLU DISUKARKAN Terdapat beberapa soalan yang perlu diubah menjadi lebih sukar. Keadaan ini berlaku apabila semua atau hampir semua pelajar menjawab soalan-soalan ini dengan betul. Soalan seperti ini juga menyukarkan pengasingan kumpulan pelajar yang boleh menjawab dan memahami konsep dan pelajar yang tidak memahami konsep. Soalansoalan yang termasuk dalam kategori ini adalah soalan bernombor 1, 6, 8 dan 29.

SOALAN YANG PERLU DIPERMUDAHKAN Terdapat juga soalan yang perlu dipermudahkan kerana mencatat skor yang amat rendah iaitu 0.2. soalan yang perlu dipermudahkan adalah soalan 13 dan 25. Kerana skor yang rendah membuktikan soalan ini terlalu sukar dan tidak sesuai atau tidak setaraf dengan pengetahuan minimum yang perlu ada pada kelompok golongan sasaran ujian ini.

SOALAN YANG BOLEH DIKEKALKAN Soalan-soalan lain, boleh dikekalkan, kerana ia menepati target perbandingan IK dan ID. Soalan-soalan yang terletak dalam kategori ini adalah soalan-soalan 2, 3, 4, 5, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 26, 27, 28 dan 30.

16

__________________________________________________________________HBEF3203 6.0 KESIMPULAN

Ujian yang dijalankan tidak kira untuk tujuan apa ataupun untuk siapa, ia sentiasa mempunyai objektif terpenting yang sama, iaitu untuk menanda aras tahap kemajuan yang dicapai setelah golongan sasar ujian melalui suatu tahap pembelajaran ataupun pekerjaan. Jadi keberkesanan ujian adalah amat penting dalam memastikan ia mencapai objektif tersebut. Ujian juga adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh golongan sasar didalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga integriti sesebuah ujian. Kaedah ID dan IK ini terbukti boleh membantu dalam menjaga kualiti sesebuah ujian yang ingin dirancang.

17

__________________________________________________________________HBEF3203 7.0 BIBLIOGRAFI

Syuhada Asyikin, (2010). Diagnostic Model TestPaper Science UPSR. Selangor: Cemerlang Publications Sdn. Bhd. Rozita Mohamad, (2010). REFER Science. Kuala Lumpur: Pustaka Seni Cahaya M. Khalimi Dalhan, (2008). Soalan Latihan UPSR 2008 5A Science. Kuala Lumpur: Didik Berita Harian. Syuhada Asyikin, (2009). Kertas Model Cemerlang Science UPSR Pioneer. Selangor: Cemerlang Publications Zainal Amir, (2009). Kertas Model Gear Up UPSR Science. Selangor: Info-Didik Sdn. Bhd. Ahmad Puaad Ibrahim, (2010). Soalan Latihan UPSR Science. Kuala Lumpur: Didik Berita Harian.

18

__________________________________________________________________HBEF3203 8.0 LAMPIRAN

Lampiran : (A) Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih (B) JPU Bil 1 2 .. .. Nama Pelajar No Item 1 A C 2 3 4 .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. Markah Markah Jumlah Bah A Bah B markah

B B D A D C

(C) Kertas Soalan (D) Skema Pemarkahan (E) Tiga sampel jawapan pelajar (F) Item-item yang diubahsuai

19

You might also like