You are on page 1of 20

KECEDERAAN TISU LEMBUT

Disediakan oleh :

MOHD NIZAM BIN SABLI THAM YEONG HUEI MAZ ABDULLAH BIN HAJI MOKHTAR

FUNGSI ASAS KULIT

Mencegah jangkitan penyakit Mengawal suhu badan Membentuk vitamin D Menyingkir air dan bahan kumuh (urea, asid urik dan garam berlebihan) Menyimpan lemak

FUNGSI ASAS KULIT

Sebagai organ deria Melindungi dari sinaran ultraungu Mencegah kecederaan

LUKA
KECEDERAAN KEPADA TISU DISEBABKAN OLEH BENDA-BENDA TAJAM ATAU TUMPUL

Jenis Luka
1.

Luka Tertutup Kecederaan kepada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.

Contoh Luka Tertutup


a.

Kontuse Akibat daripada terkena pukulan kuat. Pendarahan berlaku di bawah kulit. Haematoma Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.

b.

2.

Luka Terbuka Kecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.

Contoh Luka Terbuka


a.

Luka Terhiris Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca, luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat. Walau bagaimanapun oleh sebab saluran darah di tepi luka telah terpotong mungkin berlaku pendarahan yang banyak.

b.

Luka Tikaman Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam, seperti terkena paku, tercucuk jarum atau terkena tikaman. Oleh kerana lukanya dalam, kekotoran, kuman mudah meresap jauh ke dalam tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu tinggi.

c.

Luka Terkoyak Tisu yang koyak seperti terkena kawat atau alat jentera yang mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk, walau bagaimanapun darah yang keluar mungkin berkurangan daripada luka terhiris.

d.

Luka Tembakan Luka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil di tempat tembusan tetapi lukanya meluas di ruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan, mengakibatkan kecederaan dalam yang teruk.

PENGEDALIAN ASAS LUKA

LUKA TERTUTUP Berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit. Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalam seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.

BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERBUKA Untuk luka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2C iaitu:CLEAN (BERSIHKAN) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran. COVER (TUTUP) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.

Luka yang banyak pendarahan guna kaedah -

D Direct ( tekanan langsung ) I Indirect ( Tekanan x Langsung

)
E Elevate ( Tinggikan )

Luka dengan objek asing


Jangan sesekali mengeluarkan objek asing yang ada pada luka. Langkah-langkah rawatan yang perlu diambil adalaha seperti berikut : Pastikan tangan bersih Cuci tempat luka ke arah keluar luka

Keringkan perlahan-lahan dengan kain atau tisu yang bersih. Kawal pendarahan dengan menekan sekitar tepi objek Tutup luka dengan kain kasa bagi mengelak jangkitan kuman Buat balutan sekitar keliling objek tanpa menekan Bawa mangsa ke hospital

Luka anggota terputus

Kawal darah dari terus keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasar yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.

You might also like