You are on page 1of 30

Gerak Kerja Kokurikulum

Pengurusan Perkhemahan

Definisi Perkhemahan
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermaksud anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu diutamakan.

Tujuan Perkhemahan
1. 2. 3. 4. 5. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan. Meningkatkan kecekapan dan kendiri. Menghayati erti batasan kehidupan. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin. 6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Peringkat Prosedur Tetap.


Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
1. Sebelum. 2. Semasa. 3. Selepas.

Pengurusan Perkhemahan

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN

1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan

1.1 Kebenaran
Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:
Dalam kawasan sekolah (kelulusan Pengetua) Dalam daerah di luar kawasan sekolah (kelulusan Pegawai Pendidikan) Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri (kelulusan Pengarah Pendidikan) Luar negara (kelulusan Pengarah Jabatan Pendidikan)

Dokumen yang perlu disertakan dalam permohonan


a) Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan. b) Senarai nama pelajar dan guru pengiring. c) Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan. d) Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan. e) Jadual aktiviti perkhemahan. f) Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.

1.2 Perkhemahan di luar kawasan sekolah


Perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, kita dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri (Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah) dengan mematuhi The Schools (Tours) Regulations, 1957 dengan menyertakan bersama salinan surat kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri

1.3 Perlantikan Jurulatih


Mestilah melantik secara bertulis sekurangkurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan.

1.4 Pemberitahuan
Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:
1. Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. 2. Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. 3. Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. 4. Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.

1.5 Penyertaan murid


Dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

1.6 Kesihatan Peserta


Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan.

1.7 Taklimat awal


Taklimat mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.

1.8 Kebenaran bertulis


Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.

1.9 Lokasi Perkhemahan


Mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
gangguan binatang buas dan haiwan berbisa. hakisan atau tanah runtuh. banjir. ribut atau gelombang besar. wabak penyakit. kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya.

1.10 Jurubantumula
Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan.

1.11 Guru Pengiring


Penyertaan murid mestilah disertai oleh guruguru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.

1.12 Keperluan Logistik


Semua keperluan logistik (peralatan perkhemahan) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

2. Organisasi Perkhemahan

2.1 Organisasi
Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
Penganjur. Peserta. Saiz Kumpulan. Syarat. Kepimpinan. Jawatankuasa.

Pengurusan Perkhemahan

PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN

Perkara atau Tindakan yang Perlu diambil Semasa Perkhemahan

Kesihatan dan Kebajikan Peserta


Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkaraperkara berikut:
Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lainlain. Keracunan makanan. Kemudahankemudahan asas. Sistem komunikasi.

Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.

Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkaraperkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktorfaktor alam, manusia dan lainlain. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai danmembincangkan masalahmasalah yang timbul untuk diperbaiki pada hai berikut/masa hadapan. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa

Pengurusan Perkhemahan
PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan: Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan.

Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya. Membentang dan membuat laporan:
Kewangan. Aktiviti.

Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.

Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.

Kesimpulan
Aktiviti di luar bilik darjah seperti perkhemahan mampu menjana minda pelajar untuk pembangunan sahsiah dan disiplin pelajar yang tinggi untuk diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang berkesan.

You might also like