You are on page 1of 12

1.

Pengenalan

Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras yang minimum. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang.

Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil lagi kerana pada usia itulah pelajar akan diberi pengetahuan untuk mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam. Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan

keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.

2.0

Objektif Pendidikan Konservasi

Pendidikan

konservasi

merupakan

satu

usaha

yang

dilakukan

secara

berperingkat-peringkat atau terus-menerus supaya masyarakat mempunyai kesedaran dan keprihatinan terhadap konservasi alam sekitar dan segala permasalahannya yang meliputi pengetahuan, sikap, ciri-ciri, motivasi, kaedah dan komitmen untuk manangani masalah konservasi. Terdapat beberapa objektif Pendidikan Konseversi mengikut UNESCO 1976.

Tujuan pendidikan konservasi yang pertama ialah untuk memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar dan alam semula jadi termasuk permasalahannya. Objektif ini akan meningkatkan keprihatinan individu dan kelompok komuniti serta masyarakat terhadap konservasi alam semula jadi. Contoh isu-isu yang perlu kita ambil perhatian adalah seperti masalah kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon serta kenaikan purata suhu. Seterusnya ialah pengetahuan knowledge. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pemahaman dan pengetahuan yang terperinci mengenai alam sekitar, permasalahan, peranan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pengetahuan ini dapat memberikan peluang kepada semua orang untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, dan komitmen untuk bersama-sama berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi. Objektif yang seterusnya ialah sikap attitude. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah rasa prihatin yang mendalam terhadap alam, motivasi untuk turut serta dalam usaha-usaha perlindungan alam sekitar serta semangat dalam manghargai alam secara lestari yang harus ditanam dalam diri pelajar. Pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan menjadikan manusia lebih menghargai sumber-sumber yang semakin kurang dan generasi yang akan datang tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber.

Keterampilan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam konservasi sumber daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan konservasi. Objektif ini dapat mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan tentang cara dan kaedah yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar. Seterusnya ialah kemampuan penilaian evaluation ability. Sekiranya setiap pelajar mempunyai kemampuan untuk menilai konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan, alam sekitar pada masa depan pasti dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat ditangani dengan mudah. Objektif yang terakhir ialah mengambil bahagian participation. Apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap sesuatu masalah konservasi alam lalu dapat mengambil tindakan yang relevan dan sewajarnya untuk mengatasinya. Contohnya mereka yang mengambil bahagian akan menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kesan rumah hijau dengan cara yang saintifik dengan menggunakan kemajuan teknologi yang ada.

2.1

Kepentingan Pemuliharaan dan Pemiliharaan Alam Sekitar

Pemuliharaan dan pemiliharaan alam sekitar perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar. Air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Selain itu, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membenteras aktiviti pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi. Perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat. Namun secara tidak langsung,segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.

2.2

Aktiviti Pemuliharaan dan Pemiliharaan Alam Sekitar di Sekolah

2.2.1 Aktiviti Kitar Semula Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kita sebagai individu dan pelajar untuk memelihara alam sekitar. Salah satu amalan yang boleh pelajar laksanakan di sekolah adalah Kitar Semula. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Kitar Semula membawa bermaksud kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula. Kitar Semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian dan diguna atau diproses dengan menghasilkan satu produk baru. Aktiviti kitar semula ini dapat menghindari pembaziran bahan yang masih boleh digunakan, mengurangkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran) dan air (daripada pemendaman tapak pembuangan sampah) dengan mengurangkan pembuangan bahan lazim dan mengurangkan gas kesan rumah hijau, berbanding dengan proses panghasilan produk menggunakan bahan asas. Kitar Semula adalah satu komponen daripada pengurusan bahan buangan moden dan juga elemen ketiga daripada carta buangan 3R; "Reduce, Reuse, Recycle". Bahan yang boleh dikitar semula termasuk pelbagai jenis kaca (botol-botol kaca), kertas (majalah, surat khabar), logam (tin minuman), plastik (botol atau bekas plastik), tekstil dan barangan elektronik. Walaupun hasilnya sama, tetapi kompos atau proses guna semula bahan buangan biodegrasi seperti makanan atau bahan buangan berkebun adalah bukan dikategorikan kitar semula. Bahan-bahan yang akan dikitar semula samada dihantar ke Pusat Kitar Semula oleh pengguna atau dipungut oleh pihak Pusat Kitar Semula di kawasan yang tertentu mempunyai perkhidmatan tong sampah kitar semula.

2.2.2 Kempen Satu Pelajar, Satu Pokok Berikutan dengan aktiviti penebangan pokok yang semakin giat dijalankan dan sukar dibendung, kuantiti hutan di dunia menjadi semakin berkurangan. Untuk menimbulkan perasaan cinta akan alam sekitar, pihak sekolah boleh menganjurkan kempen Satu Pelajar, Satu Pokok. Kempen ini dapat dilakukan dengan menjemput seorang penceramah untuk menerangkan tentang kepentingan alam sekitar serta kesan yang akan berlaku jika tidak menjaganya.

Selepas itu, penceramah akan memberikan penerangan tentang cara menanam pokok dan menjaganya. Setiap pelajar dikehendaki menanam satu pokok di rumah masing-masing dan menjaganya dengan sendiri. Setiap bulan, pelajar-pelajar tersebut dikehendaki memberikan laporan kepada guru kelas masing-masing tentang

perkembangan pokok tersebut atau segala masalah yang berlaku sepanjang penjagaan pokok tersebut. Guru berperanan untuk membimbing dan menolong pelajar sekiranya terdapat masalah berkaitan penanaman pokok.

Oleh itu, guru juga perlu mempunyai ilmu berkaitan penanaman dan penjagaan pokok. Guru juga dapat melakukan pemantauan dengan melawat rumah setiap pelajar untuk melihat sendiri pokok yang ditanam oleh pelajar. Akhir sekali, ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menjaga tanamannya dengan baik dan dalam keadaan yang baik melalui markah yang diberi oleh guru berdasarkan pemeriksaan terhadap setiap pokok pelajar.

Melalui kempen ini, setiap pelajar dapat memotivasikan diri mereka untuk menjaga alam sekitar dan menyedari betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Pelajar juga dapat memahami bahawa tumbuhan merupakan sumber makanan dan habitat haiwan. Jikalau pokok-pokok ditebang dan tidak ditanam semula, kehidupan haiwan dan manusia akan terjejas.

2.3

Pendidikan alam sekitar

Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Objektif pendidikan alam sekitar pula bertujuan agar pelajar-pelajar mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan masalahnya.Selain itu, pelajar akan lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. Pelajar juga dapat memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pelajar perlu memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada secara terancang. Pelajar dapat menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya serta berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar.

Memberi input tentang pengetahuan Pendidikan Alam Sekitar sewaktu kelas dengan sendirinya telah menyediakan domain kognitif guru-guru dan muridnya dengan konsep dan fakta berkenaan isu-isu alam sekitar, yang secara langsung mewujudkan motivasi dalam diri guru-guru untuk melaksanakan tindakan yang sesuai. Seterusnya, guru-guru dan para murid yang telah dimotivasikan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar sewaktu kelas adalah bertanggungjawab untuk melakukan tindakan dengan menyepadukan Pendidikan Alam Sekitar dalam

kokurikulum. Usaha penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar yang dilaksanakan oleh guru-guru sewaktu menjalani aktiviti kokurikulum merupakan pengukuran terhadap tindakan yang harus diaplikasikan kepada murid berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari tentang Pendidikan Alam Sekitar.

Badan beruniform dan dan persatuan pula menawarkan ruang dan peluang untuk Pendidikan Alam Sekitar disepadukan sewaktu melaksanakan aktivitinya. Setiap jenis badan beruniform dan persatuan yang terdiri dari Pengakap, Kadet Pandu Puteri, Pasukan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah Dan St. John Ambulans menekankan kepentingan aktiviti perkhemahan kerana wujudnya slot aktiviti

perkhemahan sebagai aktiviti yang wajib dilaksanakan.

Hal yang sedemikian tidak

terjadi dalam bidang sukan/permainan. Menerusi peluang yang wujud dalam aktiviti perkhemahan ini, penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam badan beruniform dan persatuan dapat dilaksanakan.

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar dapat dilakukan melalui pendekatan rohani dan moral, penyerapan dan berpusatkan pelajar. Maka, pelajar mendapat hasil pembelajaran melalui pengetahuan dan kefahaman konsep, nilai-nilai murni dan sikap positif, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif dan penggunaan deria dan aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru dan secara tidak langsung dapat dikembangkan.

2.4.1 Flora 2.4.1.1 Jenis tumbuhan

Pokok puding atau Codiaeum variegatum yang juga disebut dengan nama biasa seperti croton, puding emas, puding perak dan daun segenting adalah sejenis pokok renek yang mempunyai pelbagai warna daun. Ia lazimnya membentuk sebahagian lankskap. Pokok puding dikatakan berasal dari kepulauan Fiji, Australia dan Maluku. Ia berasal daripada keluarga Euphorbiaceae bersama pokok getah dan ubi kayu serta mempunyai 6 spesis. Pokok itu tidak berbunga, tetapi daunnya unik dan berwarna warni yang cukup sesuai untuk hiasan taman yang agak luas. Pokok itu memang mudah diurus dan mampu menyerlahkan kecantikannya. Harganya murah dan cara menanamnya juga mudah. Ia boleh ditanam sebagai hiasan dalaman dengan menggunakan pasu tetapi memerlukan dedahan cahaya yang banyak.

2.4.1.2

Saiz tumbuhan

Tumbuhan ini terdiri dari batang lembut bewarna hijau dengan daun bertompok kuning, putih dan hijau. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang tidak bercabang. Batangnya berwarna hijau dengan belang atau bintik-bintik putih serta berair dan mempunyai getah. Ketinggian biasa adalah antara 1.2 hingga 2.4 meter dan ada juga yang tumbuh melebihi 3 meter tinggi. Ia berbentuk bujur dengan ukuran panjang 30 cm dan lebar 25 cm. Ianya selalu digunakan sebagai pokok hiasan dalam dan luar rumah. Puding yang mempunyai saiz daun yang lebar di bahagian hujung dan tepian yang licin dikenali sebagai Platifilum. Daun yang berpintal-pintal, kerinting dan tepi daun yang beralun dipanggil Krispum. Manakala yang berdaun kecil dengan urat daun utama yang tertonjol adalah dari jenis Kornutum. Puding jenis Lobatum mempunyai daun yang bercuping tiga dan lebar di bahagian tengah. Apaendikulatum pula dari jenis daun yang berbentuk garisan di bahagian tengah. Pokok yang matang boleh mengeluarkan bunga dalam jambakan sepanjang 10 hingga 25 sentimeter yang dikeluarkan pada aksil (celahan daun) dengan warna putih atau kuning krim yang tidak menarik untuk hiasan. Puding dari Aucubifolium mempunyai daun yang kecil berwarna hijau berbintik kuning di mana daunnya berbentuk tirus ke arah pangkal. Puding Connutum pula menyerlahkan daunnya seakan-akan bujur panjang dengan kedua-dua sisi yang hampir selari dan tidak simetri. Hujung daunnya berbentuk dempak dan sesetengahnya membulat. Tepi daunnya beralun dengan warna hijau muda dan bercampur dengan tompokan warna kuning terang.

2.4.1.3

Jangka hayat tumbuhan

Tumbuhan ini dapat bertahan lama jika ditanam di tanah yang sesuai serta dengan penjagaan yang rapi. Oleh kerana cara penjagaannya yang mudah, tumbuhan ini dapat bertahan sehingga melebihi 50 tahun.

2.4.1.4

Kesesuaian tanah

Secara umumnya, puding gemar akan cahaya matahari penuh, lokasi terbuka dengan edaran udara yang baik, kelembapan tinggi, bekalan air yang sederhana serta tanah gembur yang peroi yang mempunyai zat makanan mencukupi, seimbang serta lembap.

2.4.1.5

Faktor komersial dan sebagainya

Pokok ini sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan dengan ditanam di dalam pasu, atau sebagai pokok pagar atau ditanam secara berkelompok. Puding juga mempunyai daun berwarna-warni, berbelang atau berbintik dan memiliki bentuk berputar, berjurai serta berdaun genting. Oleh itu ia boleh memberi tekstur, iaitu bentuk yang diperlukan untuk mengindahkan lagi taman sebagai tumbuhan hiasan. Spesies tumbuhan berbatang ini hanya mempamerkan keindahan warna dan reka bentuk daunnya saja. Ia turut sesuai ditanam secara kelompok sebagai tanaman tumpuan. Sekiranya teknik kombinasi menjadi pilihan, ia bermanfaat sebagai latar belakang kepada pokok hiasan lain. Seni landskap turut mengklasifikasi kesesuaian puding sebagai elemen pagaran, ditanam di pinggir jalan, taman rekreasi atau di pembahagi jalan di mana ketinggiannya dikawal secara seragam. Bagi pembiakan pokok ini selalunya ia dilakukan dengan keratan akar atau secara tut atau cantuman baji. Bagi mendapatkan pokok puding yang sihat, segar serta dan mengeluarkan daun yang cantik, ia perlulah dibaja dari masa ke semasa. Ini adalah kerana tumbuhan yang segar dan sihat mempunyai daya

ketahanan untuk mencegah penyakit dan serangga.

Oleh itu penjagaan yang

berterusan seperti penyiraman yang teratur dan mencukupi, cantasan yang baik untuk menentukan sudur pokok mendapat cahaya matahari dan aliran udara, tanah digembur serta dibaja. Ini semua bagi menjamin kesihatan dan kesegaran pokok. Selain ditanam sebagai pokok hiasan, spesis Dieffenbachia dilaporkan pernah digunakan oleh kaum asli di Brazil dan penduduk negara-negara Caribean untuk meningkatkan kesuburan. Beberapa sumber perubatan lama turut menyebut beberapa spesis tumbuhan ini digunakan untuk merawat gout (sejenis penyakit sendi). Tumbuhan ini mempunyai racun yang merbahaya terutama pada daunnya. Sekiranya daun

tumbuhan ini dikunyah, mulut dan lidah mangsa apabila terkena akan mengalami rasa terbakar, pecah-pecah dan rasa sakit serta-merta. Ini diikuti dengan pengaliran air liur yang banyak, lidah dan tekak menjadi bengkak hingga menyebabkan sukar untuk menelan dan bernafas. Ia juga pernah digunakan dalam campuran sebagai racun anak panah, dan dikatakan lebih berkesan sekiranya dicampurkan dengan curare iaitu sejenis racun yang boleh melumpuhkan. Diberitakan pada zaman dahulu, tumbuhan ini digunakan untuk menghukum dan menyeksa hamba sahaya dengna menyapukan pada bahagian mulut mereka. Terdapat juga laporan yang menyebutkan bahawa pihak Nazi juga pernah menggunakan tumbuhan ini untuk menyeksa tawanan mereka semasa perang dunia kedua dahulu. Cara untuk merawat jika terkena racun tumbuhan ini ialah dengan

membersihkan saki baki tumbuhan dari anggota badan. Kemudian bersihkan dengan air dan sabun jika terkena bahagian kulit. Berkumur dan minum air atau susu jika tertelan kerana ia dapat melarutkan racun dalam tumbuhan ini. Menghisap ketulan ais juga dapat mengurangkan kesakitan pada mulut. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk keselamatan.

You might also like