You are on page 1of 94

KANDUNGAN

Kata Pengantar Modul Impak dan respons global terhadap HIV/AIDS Siapakah yang dijangkiti HIV/AIDS? Kesan HIV/AIDS Melindungi diri daripada HIV/AIDS Bekerjasama dalam komuniti Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum Penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid, teknik kemahiran diri dan media dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS Alat penilaian untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS Rujukan Panel Kawal Mutu

17 37 49 61 71

83

105

121 123

KATA PENGANTAR

Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina murid yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti (PKK) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran KBSR dan KBSM. Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi ia diajar secara bersepadu dan merentasi kurikulum. PKK diajar dalam mata pelajaran bahasa, Sains, Sains Tambahan, Biologi, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam Pendidikan Kesihatan, PKK diberi tumpuan khas dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Dalam menghadapi gejala sosial masa kini, murid perlu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta memupuk dan menanamkan sikap dan nilai yang sihat dalam diri. Modul-modul Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merujuk panduan yang disediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan seksualiti dan gaya hidup sihat terhadap kesejahteraan dalam kehidupan.

Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran untuk menyempurnakan modul-modul ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga modul-modul ini dapat dimanfaat oleh semua pihak.

(Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 1 IMPAK DAN RESPONS GLOBAL TERHADAP HIV/AIDS


Masa Mesej : : 3 waktu HIV/AIDS merupakan wabak yang semakin membimbangkan komuniti global termasuk negara-negara di rantau Asia Pasifik.

Gambaran Keseluruhan

Memahami epidemik global HIV/AIDS akan membolehkan manusia menangani ancaman yang kian merebak ini. Keberatan untuk membincangkan HIV/AIDS disebabkan halangan kebudayaan dan sosial tidak membantu untuk menggalakkan pemahaman mengenai penyakit ini dan tingkah laku seseorang individu itu yang terdedah kepada HIV. Segelintir manusia mengelakkan diri daripada membincangkannya kerana takut dicela, dan ada pula yang menganggapnya sebagai isu sensitif dan kontroversi, ataupun tidak relevan dalam kehidupan mereka. Memandangkan ancaman penyakit AIDS yang semakin meningkat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengambil satu pendekatan inovatif. Pada tahun 1996, enam pertubuhan telah digabungkan untuk membentuk program yang dinamakan UNAIDS (Joint United Nations Programme on HIV/AIDS). Modul ini akan membantu murid berasa selesa ketika membincangkan situasi HIV/AIDS serta respons PBB dan ahli-ahli gabungannya yang lain dari perspektif geografi, masyarakat dan individu.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini, murid dapat : 1. Menerangkan status serta trend HIV/AIDS di dunia khasnya di rantau Asia Pasifik 2. Meluahkan perasaan serta rasa takut terhadap HIV/AIDS 3. Menjelaskan impak HIV/AIDS di kalangan muda-mudi serta kepentingan intervensi berasaskan sekolah.

Kandungan

1. Status serta trend HIV/AIDS di rantau Asia Pasifik dan dunia 2. Perasaan takut terhadap HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran

1. Kerja berkumpulan mengenai keserantauan terhadap HIV/AIDS

impak

global

dan

2. Menghubungkaitkan diri dengan HIV/AIDS

Penilaian

Lengkapkan mana-mana satu pernyataan jelaskan jawapan anda secara ringkas : Saya mempelajari ... ... ... ... ... ... .

berikut

dan

Saya berasa ... ... ... ... ... ... ... ... .. Saya berhajat ... ... ... ... ... ... ... ... . Saya menyedari ... ... ... ... ... ... ... .. Saya berharap ... ... ... ... ... ... ... .. .. Saya percaya ... ... ... ... ... ... ... ... .. Saya akan ... ... ... ... ... ... ... ... .. .. Saya merancang ... ... ... ... ... ... . Saya menjangkakan ... ... ... ... ... ... . Saya meramalkan ... ... ... ... ... ... ... . 4

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 1 Kerja berkumpulan terhadap HIV/AIDS


Masa :

mengenai

impak

global

dan

keserantauan

1 waktu

Persediaan

Persembahan slaid yang menggambarkan sifat semulajadi dan setakat mana wabak HIV/AIDS merebak.

Pengenalan

Kini hampir setiap negara terjejas kerana HIV/AIDS. Ia merupakan satu wabak yang menjangkiti serta membawa maut di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Apakah trend dan impak HIV/AIDS di Asia Pasifik? Mengapakah penyakit ini terus menjadi satu ancaman kepada golongan muda? Apakah ramalan yang boleh dibuat berkaitan dengan penyakit ini?

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : 1. Menerangkan statistik terkini impak global HIV/AIDS berdasarkan 5

2. Menganalisis trend dan status HIV/AIDS di Asia Pasifik 3. Menjelaskan sebab-sebab mengapa HIV/AIDS terus mengancam golongan muda 4. Menerangkan peranan pendidikan pencegahan HIV/AIDS 5. Menjelaskan sebab-sebab mengapa sesetengah tempat dijangkiti HIV/AIDS dengan teruknya 6. Meramalkan beberapa situasi berkaitan wabak HIV/AIDS.

Kandungan

Impak global dan keserantauan terhadap HIV/AIDS 1. Ringkasan global terhadap HIV/AIDS 2. Status dan trend HIV/AIDS di Asia Pasifik 3. Mengapakah HIV/AIDS mengancam golongan muda? 4. Peranan pendidikan pencegahan HIV/AIDS 5. Mengapakah sesetengah tempat dijangkiti HIV/AIDS dengan teruknya? 6. Beberapa kesimpulan dan ramalan mengenai HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Prosedur

1. Bahagikan murid kepada enam kumpulan kecil dan setiap guru diberikan satu salinan Bahan Sumber 1. 2. Berikan setiap kumpulan satu berdasarkan senarai kandungan. topik untuk diteliti

3. Setiap kumpulan menjalankan tugasan berikut : Kumpulan 1 Menerangkan impak global dan keserantauan terhadap HIV/AIDS berdasarkan statistik terkini Kumpulan 2 Menganalisis trend HIV/AIDS dengan menunjukkan : Pola merebaknya penyakit AIDS Kawasan/negara yang dijangkiti Kesan terhadap manusia Kumpulan 3 Menjelaskan mengapa HIV/AIDS dianggap sebagai satu ancaman kepada golongan muda Kumpulan 4 Menerangkan peranan pendidikan pencegahan HIV/AIDS 6 Kumpulan 5 Menjelaskan mengapa sesetengah HIV/AIDS dengan teruknya Kumpulan 6 Membuat kesimpulan dan meramal beberapa situasi berkaitan HIV/AIDS. 4. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing selama 3 hingga 5 minit dengan menggunakan transparensi yang telah disediakan terlebih dahulu serta bahan visual lain agar penyampaian yang dilakukan adalah jelas dan menarik. 5. Meminta ahli lain yang tidak terlibat dalam penyampaian tersebut memberi komen berkaitan dengan topik yang dibentangkan. 6. Memberi pujian kepada penyampai kerana melaksanakan tugas dengan baik. 7. Meminta seorang atau dua orang murid membuat ringkasan aktiviti tersebut. tempat dijangkiti

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Hasil Pembelajaran

1. Lengkapkan salah satu daripada yang berikut : Saya mempelajari ... ... ... ... Saya mendapati ... ... ... ...... Saya berasa ... ... ... ........... Saya akan ... ... .... .............. Saya tertanya-tanya ... ... ....

2. Tuliskan satu perkataan atau ungkapan yang terlintas secara spontan ketika membaca salah satu daripada perkara berikut : HIV/AIDS Tingkah laku yang berisiko Golongan muda Pendidikan pencegahan HIV/AIDS Negara-negara sedang membangun Wanita Kematian akibat AIDS UNAIDS Kondom Wabak 7

Bahan Rujukan

Wabak HIV/AIDS di rantau Asia Pasifik

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Menghubungkaitkan diri dengan HIV/AIDS


Masa : 2 waktu

Bahan

Kad berwarna Pen

Persediaan

Kad berwarna yang telah digunting untuk diagihkan kepada murid

Pengenalan

Murid mempunyai perasaan takut, pendapat dan soalansoalan yang belum terjawab mengenai beberapa aspek HIV/AIDS sama seperti orang lain dalam masyarakat. Aktiviti ini membolehkan murid menghubungkaitkan diri dengan HIV/AIDS secara bertulis mengenai : 1. Apakah yang paling ingin diketahui mereka? 2. Apakah yang paling ditakuti mereka? Maklumat ini akan digunakan secara optimum oleh guru bagi :

1. Menjawab persoalan tersebut 2. Mengurangkan ketakutan sejauh mungkin.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : Menerangkan perasaan takut terhadap HIV/AIDS

Kandungan

Perasaan takut terhadap HIV/AIDS

Prosedur

1. Setiap murid mengambil kad berwarna pilihan masingmasing. 2. Murid diminta menulis satu perkara yang ingin dipelajari berkaitan HIV/AIDS pada sebelah muka kad itu dan apa yang paling ditakuti apabila terdedah kepada HIV/AIDS pada muka lain kad yang sama. Nama peserta tidak harus ditulis pada kad tersebut. Berikan tempoh 5 minit untuk melakukan aktiviti ini. 3. Kutip semula semua kad diberikan oleh murid. dan baca respons yang

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

4. Mulakan dengan perkara yang ingin diketahui murid mengenai HIV/AIDS dan rujuk modul untuk mendapatkan jawapan. 5. Bacakan perasaan takut murid mengenai HIV/AIDS. 6. Galakkan murid membincangkan sebab-sebab wujudnya perasaan takut terhadap HIV/AIDS. 7. Minta seorang murid merumuskan dalam 3 ayat berkaitan perasaan takut terhadap HIV/AIDS.

Hasil Pembelajaran

Hasilkan cogankata mengenai HIV/AIDS berdasarkan apa yang telah dipelajari daripada aktiviti yang terkandung dalam modul ini.

BAHAN SUMBER 1 Pandemik HIV/AIDS : HIV/AIDS di Rantau Asia Pasifik


Penduduk rantau Asia Pasifik berjumlah 2.5 billion orang, mewakili lebih daripada 60% jumlah penduduk dunia, termasuk China, India, negara-negara lain di Selatan, Timur dan Asia Tenggara, Oceania, Jepun serta negara-negara di sepanjang Lingkaran Pasifik. Kecuali Jepun, Korea Utara, Australia, New Zealand dan beberapa kepulauan kecil di Pasifik, rantau tersebut merangkumi kawasan di mana faktor risiko HIV tersebar dengan luas dan seterusnya mencatat tahap jangkitan sederhana hingga tinggi di kalangan penduduk secara amnya, iaitu kedua selepas Afrika serta mempunyai persamaan trend yang terdapat di negara tersebut. Sifat dan magnitud wabak HIV/AIDS agak berbeza. Namun demikian, China dan India amat mengambil berat akan hal ini disebabkan jumlah penduduk yang besar walaupun secara keseluruhannya kadar jangkitan adalah agak rendah. Hal sebaliknya berlaku di kawasan sempadan Greater Mekong Subregion (Cambodia, Laos, Thailand dan Vietnam), Malaysia, Myanmar, Yunan (Selatan China), Nepal dan India, di mana kemungkinan tercetusnya pandemik HIV/AIDS pada tahap yang mengancam penduduk. Jumlah kematian kumulatif akibat AIDS telah meningkat sehingga kini. Jumlah kematian pada tahun 1998 ialah 2.6 juta orang. Daripada 33.6 juta orang yang hidup dengan HIV/AIDS, sejumlah 5.6 juta adalah jangkitan baru. 9

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Untuk tujuan manual ini, statistik dan ciri-ciri di rantau Asia Pasifik pada Disember 1999 adalah seperti berikut : Selatan dan Asia Tenggara Wabak bermula - lewat tahun 1980an Orang dewasa dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV/AIDS - 6 juta Orang dewasa dan kanak-kanak yang baru dijangkiti HIV - 1.3 juta Kadar jangkitan di kalangan dewasa (15 hingga 49 tahun) - 0.69% Wanita HIV positif - 30% Cara jangkitan - hubungan heteroseksual

Asia Timur dan Pasifik Wabak bermula - lewat tahun 1980an Orang dewasa dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV/AIDS - 530,000 Jangkitan baru - 120,000 Kadar jangkitan di kalangan orang dewasa - 0.068% Wanita HIV positif - 15% Cara jangkitan - penggunaan dadah secara intravena (IDU), heteroseksual, homoseksual (hubungan lelaki dengan lelaki/MSM)

Australia dan New Zealand Wabak bermula - lewat tahun 1970an dan awal tahun 1980an Orang yang hidup dengan HIV/AIDS - 12,000 Jangkitan baru - 500 Kadar jangkitan di kalangan orang dewasa - 1% Wanita HIV positif - 10% Cara jangkitan - penggunaan dadah secara intravena (IDU), heteroseksual, homoseksual (hubungan lelaki dengan lelaki/MSM)

10

HIV di kalangan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah Hidup dengan HIV/AIDS : 1.2 juta Asia Selatan dan Asia Tenggara - 94,000 Asia Timur dan Pasifik - 2,400 Australia dan New Zealand - < 100 Kematian akibat AIDS dalam tahun kajian sehingga bermulanya pandemik tersebut : 510,000 hingga 3.2 juta Asia Selatan dan Asia Tenggara - 40,000 hingga 140,000 Asia Timur dan Pasifik - < 1000 hingga 1,700 Australia dan New Zealand - < 100

Anggaran bilangan jangkitan HIV baru di kalangan golongan muda Lebih kurang 7,000 orang berusia dalam lingkungan 10 hingga 24 tahun dijangkiti HIV setiap hari iaitu pada kadar 5 orang setiap minit Kira-kira 1.7 juta orang di Afrika dijangkiti HIV setiap tahun Hampir 700,000 orang dijangkiti HIV setiap tahun di Asia Pasifik.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Senario Kesihatan dan Mengapa Golongan Muda? Penyakit berjangkit dan malnutrisi akan terus menjadi faktor penyebab utama mortaliti dan morbiditi di rantau Asia Pasifik. Penghijrahan sempadan dan seberang laut akan mempercepatkan globalisasi yang berkemungkinan membawa masuk serta menyebarkan penyakit. Sementara itu, degradasi alam sekitar, pencemaran, urbanisasi yang meluas, perindustrian serta perubahan gaya hidup di kawasan metropolitan akan menjadi punca utama faktor stres. Ini akan mengakibatkan masalah kesihatan iaitu penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Kini, Asia yang semakin pulih daripada krisis ekonomi akan mengalami pertumbuhan pesat dan penyebaran maklumat serta perkembangan teknologi. Seseorang individu harus menerima perubahan dan mengambil pelbagai peluang luas yang ada. Kadar pertumbuhan penduduk yang terbesar dijangka akan berlaku di negara-negara rantau ini dengan majoriti penduduknya berusia 18 tahun ke bawah.

Pertimbangkan dan perhatikan bahawa 95% kes HIV/AIDS berlaku di negaranegara sedang membangun Dalam lingkungan usia 18 tahun ke bawah, murid mula menjadi aktif secara seksual, berminat pada cabaran, dan juga menerima tekanan rakan sebaya dalam pergaulan sosial. Golongan muda amat cenderung dalam memenuhi keseronokan dunia dan konsumerisme. Mereka akan melakukan perkara yang disifatkan sebagai in-thing, seperti hubungan seks, penggunaan dadah, meniru idola, serta berlagak rich and famous. Ini memberi ruang kepada berlakunya tingkah laku tidak bertanggungjawab dan seterusnya menyebabkan situasi di mana mereka mudah terdedah kepada jangkitan HIV. Dalam keadaan lain, terdapat kanak-kanak yang dijual untuk tujuan pelacuran, dan didera oleh rakan sebaya atau orang dewasa. Terdapat juga kepercayaan bahawa AIDS boleh dirawati dengan mengadakan perhubungan seks dengan orang yang muda atau masih dara. Kejahilan, kebimbangan serta pantang larang menghalang kanak-kanak daripada mendapat pengadilan dan penjagaan yang sepatutnya. Jika tidak menjadi mangsa AIDS, kanak-kanak juga menjadi piatu pada usia muda disebabkan ibu bapa yang menghidapi AIDS. Justeru itu, mereka tidak mendapat sokongan moral dan keperluan asas yang sepatutnya dinikmati pada usia tersebut.

11

Intervensi dan perkhidmatan berasaskan sekolah Terdapat lebih daripada satu billion remaja di dunia. Jumlah golongan ini di negaranegara sedang membangun adalah melebihi 800 juta dan angka ini akan bertambah 20% dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Mempromosikan program pendidikan kesihatan yang efektif di sekolah dengan disertai usaha pencegahan dalam komuniti adalah satu cara melindungi golongan remaja daripada binasa akibat HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Pendidikan dilaksanakan pada peringkat kebangsaan dan secara global. Kerjasama pihak atasan kerajaan adalah penting dalam menjayakan program pendidikan AIDS di sekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa usaha sama antara Kementerian Pendidikan dengan Perkhidmatan Kesihatan dan Sosial, serta Program AIDS Kebangsaan setiap negara di dunia seharusnya bertujuan ke arah menyediakan Pendidikan HIV/AIDS kepada 100% kanak-kanak di sekolah. Pendidikan HIV/AIDS yang baik mestilah merangkumi pencegahan yang berkesan, penjagaan dan sokongan kepada penghidap HIV/AIDS tanpa sebarang diskriminasi. Pendidikan sebegini dapat membantu menangguhkan pengalaman seks remaja, dan apabila aktif secara seksual maka mereka dapat membuat keputusan dengan bijak untuk mengelakkan tingkah laku berisiko. Walau bagaimanapun, golongan kanak-kanak dan remaja tidak didedahkan kepada Pendidikan HIV/AIDS di sekolah atas sebab-sebab tertentu. Ia disifatkan sebagai sensitif dan kontroversial di kalangan sesetengah masyarakat. Terdapat juga kekangan masa untuk memuatkan Pendidikan HIV/AIDS ke dalam kurikulum yang sesak. Terdapat sekolah di sesetengah tempat menyampaikan maklumat mengenai HIV/AIDS tetapi kemahiran tingkah laku yang diperlukan untuk tujuan pencegahan dan sokongan tidak diajar. Amalan yang baik untuk intervensi berasaskan sekolah termasuklah : Mewujudkan permuafakatan di antara penggubal dasar, ketua komuniti dan agama, ibu bapa serta guru untuk menggubal dasar yang kukuh bagi Pendidikan HIV/AIDS 12 Mereka bentuk kurikulum yang baik atau/dan program kokurikulum yang disesuaikan dengan budaya masyarakat tempatan, serta memfokus kepada kemahiran hidup dan tidak hanya tertumpu kepada maklumat biomedik Mengajar murid sekolah rendah dan menengah untuk menganalisis dan memberi respons terhadap norma-norma sosial, termasuk membuat perbezaan antara keburukan dengan kebaikan yang boleh melindungi serta memberikan kesihatan dan kesejahteraan Latihan yang baik untuk guru serta rakan sebaya remaja yang dipilih khususnya untuk membimbing rakan dan kenalan mereka mengenai HIV/AIDS Memulakan program pencegahan HIV/AIDS serta promosi kesihatan untuk kanak-kanak pada usia paling muda, terutamanya sebelum bermula usia aktiviti seksual. Untuk mendapatkan keputusan yang berkesan, program yang bersesuaian dengan usia perlu dimulakan pada peringkat sekolah rendah.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan HIV/AIDS antara negara :

1.

Faktor tingkah laku Tingkah laku berisiko tinggi adalah berbeza. Kajian menunjukkan bahawa jenis pasangan dan pola amalan seksual dalam sesuatu komuniti memberi jawapan kepada persoalan ini. HIV didapati merebak dengan lebih cepat di kawasan perlakuan seks berleluasa secara komersial, berbanding dengan satu komuniti di mana amalan seks secara casual berlaku melalui satu rangkaian sebenar yang melibatkan pasangan bukan komersial. Dua pembolehubah yang mempunyai korelasi positif dengan kadar jangkitan HIV yang tinggi adalah : (a) Kadar pusing-ganti pelanggan seks terutamanya di kalangan pelacur (pekerja seks) iaitu jumlah purata pelanggan yang diterima bagi tempoh seminggu Peratusan penduduk lelaki yang menggunakan khidmat pelacur dalam satu tahun.

(b)

Kedua-dua pembolehubah tersebut adalah sangat relevan apabila mengambilkira keengganan menggunakan kondom dan amalan seks vaginal atau anal.

2.

Faktor-faktor lain (a) Cara jangkitan penyakit, misalnya, IDU dan MSM. Kadar HIV yang tinggi terdapat di tempat-tempat di mana seks vaginal atau anal adalah ketara. Walau bagaimanapun, IDU juga boleh membawa jangkitan HIV kepada pasangan Pertambahan insiden HIV/AIDS di kalangan ibu dan kanak-kanak adalah disebabkan suami yang suka berfoya- foya Kadar HIV/AIDS yang tinggi di kalangan golongan seperti polis, tentera, pemandu trak dan pelayar tertentu

13

(b)

(c)

(d) (e)

Sebaran HIV stereotaip yang berbeza seperti di Thailand Variasi dalam kaedah pengawasan serta kumpulan sasaran.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Apakah yang perlu dijangka?

(a)

Pelbagai situasi berpotensi menyebabkan tercetusnya wabak di kalangan populasi am dan/atau golongan tertentu bergantung kepada keberkesanan usaha pengawalan oleh semua pihak yang terlibat Kematian di kalangan mereka yang dijangkiti akan terus meningkat walaupun terdapat terapi antiretroviral dan langkah-langkah pencegahan Faktor usia menjadikan AIDS sebagai satu ancaman kepada kanak-kanak dengan jumlah kumulatif sebanyak 11.2 juta anak yatim piatu sebelum mencapai usia 15 tahun disebabkan ibu bapa atau kedua-duanya adalah penghidap AIDS HIV/AIDS menjadi satu masalah kesihatan dalam komuniti yang kaya raya dan juga miskin, terutamanya di kalangan mereka yang miskin, di mana kemiskinan, sistem kesihatan yang lemah serta kekurangan sumber untuk pencegahan dan penjagaan akan meningkatkan penyebaran virus Penyalahgunaan dadah dan penyakit jangkitan seks akan terus menghantui dan menunjukkan betapa mudahnya seseorang terdedah kepada ancaman HIV/AIDS Kualiti hidup merosot disebabkan impak keseluruhan HIV/AIDS Jangka hayat dipendekkan oleh kematian akibat HIV/AIDS Jangkitan HIV/AIDS akan membantutkan pembangunan sosioekonomi Kadar jangkitan HIV akan terus kekal atau menurun di negara-negara yang mana program pencegahan sudah mula beroperasi dan terus dilaksanakan Kajian relevan untuk meningkatkan pengetahuan dalam semua aspek epidemiologi HIV/AIDS dan pengawalan diperlukan untuk program perancangan serta pelaksanaan secara berkesan Kesedaran yang tinggi dan penglibatan semua sektor dalam komuniti akan tercapai.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f) (g) 14 (h) (i)

(j)

(k)

Walau apa sekalipun, masih ada harapan sekiranya kita tidak hilang keyakinan dan terus memberi fokus kepada matlamat yang hendak dicapai.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

STATISTIK DAN CIRI-CIRI HIV/AIDS MENGIKUT KAWASAN (DISEMBER 1999)


Dewasa & kanakkanak yang baru dijangkiti HIV Dewasa & kanakkanak yang hidup dengan HIV/AIDS Kadar sebaran di kalangan dewasa

Peratus wanita yang HIV positif

Sub Sahara Afrika Afrika Utara, Timur & Tengah Selatan dan Asia Tenggara Asia Timur Pasifik Amerika Latin

Lewat 70an dan awal 80an

23.3 juta

3.8 juta

8.0 %

55 %

Lewat 80an

220,000

19,000

0.13 %

20 %

Lewat 80an

6 juta

1.3 juta

0.69 %

30 %

Lewat 80an Lewat 70an dan awal 80an Lewat 70an dan awal 80an

530,000

120,000

0.068%

15 %

1.3 juta

150,000

0.57 %

20 %

Cara utama jangkitan di kalangan orang dewasa yang hidup dengan HIV/AIDS

Permulaan Pandemik

Rantau

Hetero

IDU, Hetero

Hetero IDU, Hetero, MSM IDU, Hetero, MSM

15
360,000 57,000 1.96 % 35 % Hetero, MSM

Caribbean

Eropah Timur & Asia Tengah Eropah Barat

Awal 90an

360,000

95,000

0.14 %

20 %

IDU, MSM

Lewat 70an dan awal 80an Lewat 70an dan awal 80an Lewat 70an dan awal 80an

520,000

30,000

0.25 %

20 %

IDU, MSM

Amerika Utara Australia & New Zealand JUMLAH

920,000

44,000

0.56 %

20 %

IDU, Hetero, MSM

12,000

500

0.1 %

10 %

IDU, MSM

33.6 juta

5.6 juta

1.1 %

46 %

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 2 SIAPAKAH YANG DIJANGKITI HIV/AIDS?


Masa Mesej : : 2 waktu Amat penting untuk mengetahui situasi dan tingkah laku yang berkaitan dengan risiko tinggi jangkitan HIV/AIDS.

Gambaran Keseluruhan

Manusia perlu memahami mengapa dan bagaimana AIDS boleh mempengaruhi mereka. Walaupun AIDS kerap menjangkiti golongan miskin dan kurang berpendidikan, HIV/AIDS merupakan masalah kesihatan yang serius dan mengancam tanpa mengira masyarakat miskin atau kaya. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti HIV tanpa mengira umur, jantina dan status ekonomi. Tingkah laku tertentu boleh menyebabkan seseorang dijangkiti HIV. Ini termasuk tingkah laku seks yang tidak bertanggungjawab atau melakukan persetubuhan tanpa perlindungan (enggan memakai kondom), mengadakan perhubungan seks dengan banyak pasangan (multiple partners) dan menyuntik dadah dengan berkongsi jarum. 19 Modul ini akan membincangkan fakta-fakta asas HIV/AIDS iaitu bagaimanakah ia berjangkit dan siapakah yang berkemungkinan besar dijangkiti.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini, murid dapat : 1. Menerangkan fakta asas mengenai HIV/AIDS 2. Membezakan mitos dengan fakta mengenai HIV/AIDS 3. Menganalisis risiko mengenai jangkitan HIV/AIDS

4. Mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS 5. Menyenaraikan kumpulan kepada HIV/AIDS. yang mudah terdedah

Kandungan

1. Fakta asas mengenai HIV/AIDS 2. Fakta dan mitos mengenai HIV/AIDS

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

3. Risiko menghidap HIV/AIDS 4. Kumpulan yang berisiko tinggi dan mudah terdedah kepada HIV/AIDS. Aktiviti Pembelajaran

1. Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS 2. Penilaian kendiri mengenai tingkah laku yang berisiko tinggi 3. Sesi buzz : Siapakah yang paling berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS?

Penilaian

1. Soalan Benar/Salah (a) Mereka yang menghidap HIV selalu diuji positif. (b) HIV menyerang semua organ badan secara langsung. (c) Berkongsi jarum suntikan antara penagih dadah adalah salah satu tingkah laku yang berisiko tinggi.

20

(d) HIV boleh merebak melalui perkongsian tandas dan berus gigi. (e) Semua orang yang dijangkiti menghidap penyakit AIDS. HIV akan

2. Mengenal pasti seseorang yang mudah terdedah kepada HIV dan beri sebabnya.

Kunci Jawapan : (a) (b) (c) (d) (e) Salah Salah Benar Salah Benar

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 1 Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS


Masa Bahan : : 2 waktu Kotak kecil Kad kecil berwarna Gunting

Persediaan

1. Salin Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS (Bahan Sumber 2.1) dalam kad kecil dan gunting setiap pernyataan. 2. Letakkan kad-kad yang telah digunting ke dalam sebuah kotak. 3. Sediakan salinan Bahan Sumber 2.2 yang mencukupi (Fakta Asas HIV/AIDS) untuk diedarkan. 4. Gunakan Bahan Sumber 2.3 (Mencari Jawapan). Salin terminologi pada Kumpulan A ke dalam kad berwarna dan maksud setiap terminologi pada Kumpulan B ke dalam kad warna lain. 5. Bersedia untuk memberi mengenai HIV/AIDS. maklumat yang benar 21

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : 1. Membezakan mitos daripada fakta tentang HIV/AIDS 2. Memberi penerangan tentang istilah berkaitan dengan HIV/AIDS.

Kandungan

1. Fakta mengenai HIV/AIDS 2. Mitos berkaitan HIV/AIDS.

Prosedur

1. Bahagikan kelas kepada dua kumpulan. 2. Murid pertama akan mencabut satu kad dari kotak dan membaca pernyataan tersebut kepada diri sendiri.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

3. Murid tersebut kemudian membacakan pernyataan itu dengan suara lantang untuk memberitahu sama ada pernyataan tersebut adalah fakta atau mitos supaya fasilitator dan ahli kumpulan lain boleh mendengar dan menilai sama ada betul atau salah. 4. Kedua-dua kumpulan akan memilih soalan-soalan secara bergilir sehingga kesemua soalan telah habis dibaca. Kumpulan yang berjaya memberikan paling banyak jawapan yang betul menjadi pemenang. 5. Mengedarkan lembaran kerja tentang "Fakta Asas HIV/AIDS" (Bahan Sumber 2.2). 6. Murid diberi 5 10 minit untuk membaca. Kemudian mereka dikehendaki memilih salah satu fakta untuk berkongsi pendapat dengan ahli kumpulannya. Hasil Pembelajaran

Mencari Jawapan 1. Bahagikan kelas kepada dua kumpulan (Kumpulan A dan B). 2. Kad-kad yang sama warna ditulis dengan perkataanperkataan berkaitan HIV/AIDS diberikan kepada murid kumpulan A. Murid kumpulan B diberikan kad-kad yang berlainan warna (Bahan Sumber 2.3). 3. Untuk menjadikan frasa kepada ayat, murid perlu mencari pasangan yang mempunyai jawapan betul dari kumpulan lain. 4. Setiap pasangan dikehendaki berbincang tentang pernyataan HIV/AIDS yang telah dilengkapkan. 5. Setiap pasangan diminta menunjukkan kad mereka dan salah seorang daripada mereka dikehendaki memberitahu semua ahli dalam kumpulannya tentang perkara yang telah dibincangkan oleh mereka secara ringkas. 6. Rumuskan aktiviti dengan menunjukkan transparensi iaitu Bahan Sumber 2.3.

22

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Mengetahui risiko HIV/AIDS


Masa Bahan : : 1 waktu Gambar/Visual Transparensi Projektor Bahan Sumber 2.1 hingga 2.5

Persediaan

1. Sediakan satu gambar/visual untuk setiap bahagian dalam Bahan Sumber 2.4a dan 2.4b (berkenaan dengan cara HIV dijangkiti dan cara HIV tidak dijangkiti). 2. Sediakan transparensi untuk Bahan Sumber 2.4a dan 2.4b (tentang cara HIV dijangkiti dan cara HIV tidak dijangkiti). 3. Sediakan salinan Bahan Sumber 2.5 yang mencukupi untuk aktiviti individu.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : 1. Menyenaraikan cara-cara HIV/AIDS dijangkiti dan tidak dijangkiti 2. Mengetahui risiko seseorang dijangkiti HIV/AIDS. 23

Kandungan

Kecenderungan untuk dijangkiti HIV adalah universal. 1. Cara-cara HIV/AIDS dijangkiti atau tidak dijangkiti 2. Mengetahui risiko seseorang dijangkiti HIV/AIDS

Prosedur

1. Murid diminta memilih satu tindakan untuk jawapan YA dan satu tindakan lagi untuk jawapan TIDAK. 2. Tunjukkan dengan cepat setiap gambar yang terdapat dalam Bahan Sumber 2.4 (Bagaimanakah Seseorang Dijangkiti atau Tidak Dijangkiti HIV) dan murid dikehendaki memberi jawapan mereka dengan menggunakan tindakan yang telah diplih untuk jawapan YA dan jawapan TIDAK.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

3. Ringkaskan cara-cara seseorang boleh dijangkiti atau tidak dijangkiti HIV dengan menggunakan transparensi. 4. Edarkan Bahan Sumber 2.4. 5. Murid dikehendaki memberi jawapan bagi aktiviti individu dalam masa 5 minit. 6. Jelaskan salah tanggapan konsep. Hasil Pembelajaran

Setiap murid diminta menyenaraikan cara-cara seseorang : 1. dijangkiti HIV/AIDS 2. tidak dijangkiti HIV/AIDS.

24

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 3 Siapakah yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS?
Masa : 1 waktu

Bahan

Gambar-gambar orang berlainan bangsa, etnik, budaya, umur dan pekerjaan.

Persediaan

1. Gunting 8 hingga 12 gambar orang yang berlainan daripada majalah atau surat khabar. Staple atau gamkan pada kertas berwarna. 2. Jelaskan penerangan pada setiap gambar. Contohnya, Orang ini berumur 50 tahun, dia merupakan seorang pengurus bank dan mempunyai harta yang banyak. Kemudian buat keputusan sama ada orang tersebut menghidap penyakit AIDS atau tidak. Tuliskan jawapan dengan huruf besar pada belakang gambar. 3. Tunjukkan carta flip dengan jadual seperti yang dinyatakan dalam bahagian prosedur.

Pengenalan

Mengetahui siapakah yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti serta menghidap penyakit HIV/AIDS merupakan langkah penting dalam membendung jangkitan ini daripada merebak.

25

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : Mengenal pasti golongan yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS.

Kandungan

Kumpulan berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS.

Prosedur

1. Tunjukkan gambar-gambar yang berbeza untuk dilihat oleh seluruh kelas. Huraikan perwatakan orang dalam gambar dan menyoal, Pada pendapat anda, adakah orang ini dijangkiti HIV/AIDS? 2. Mereka dikehendaki menjawab soalan tersebut secara berkumpulan. Kemudian menyoal, Mengapakah anda berpendapat sedemikian?

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

3. Jelaskan bahawa kita tidak boleh menilai dan membuat kesimpulan bahawa seseorang itu dijangkiti HIV atau AIDS hanya berdasarkan kepada wajah/muka orang berkenaan. 4. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil. Minta mereka untuk mengisi jadual di bawah dalam carta flip. 5. Berikan mereka 10 minit untuk melakukan aktiviti ini. Setiap kumpulan diminta menggantungkan carta flip mereka dalam bilik untuk dipersembahkan kepada kelas.

KUMPULAN BERISIKO TINGGI

SEBAB-SEBAB

KUMPULAN YANG MUDAH DIJANGKITI 26

SEBAB-SEBAB

Hasil Pembelajaran

Nyatakan seorang yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS dan terangkan sebab-sebabnya.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 2.1 Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS


Nota : Anda mungkin tidak ingin menggunakan kesemua soalan ini. Pilih soalan-soalan yang dianggap paling bersesuaian dengan tahap kematangan dan usia kumpulan murid anda.

1.

Seseorang itu boleh dijangkiti AIDS jika duduk bersebelahan dengan pesakit AIDS. Seseorang itu boleh dijangkiti AIDS jika dia melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur. Seseorang bayi yang belum dilahirkan boleh menghidap AIDS jika ibunya telah dijangkiti AIDS. Serangga dalam rumah seperti kutu katil dan lipas boleh membawa HIV dan menjangkiti orang lain. Sekiranya seekor nyamuk menggigit seseorang pesakit AIDS dan kemudian menggigit orang lain, orang kedua yang digigit itu mungkin akan dijangkiti AIDS. Wanita yang menghidap penyakit AIDS boleh merebak HIV kepada lelaki melalui perhubungan seks. Anda boleh dijangkiti AIDS apabila menggunakan telefon yang baru digunakan oleh seorang pesakit AIDS. Anda boleh dijangkiti AIDS jika seorang pesakit AIDS batuk atau bersin berhampiran anda. Anda boleh dijangkiti HIV melalui penggunaan mangkuk tandas. Anda boleh dijangkiti AIDS dengan mencium pipi pesakit AIDS. Anda boleh dijangkiti HIV jika berkongsi minuman dalam gelas yang sama dengan seseorang yang telah disahkan HIV positif. Anda boleh dijangkiti AIDS melalui perhubungan seks oral dengan pasangan lelaki penghidap AIDS. Anda boleh dijangkiti AIDS jika telah menyentuh air mata seorang pesakit AIDS. Orang yang melakukan perhubungan seks rambang adalah berisiko tinggi dijangkiti HIV. Anda boleh dijangkiti AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh seorang pesakit AIDS. 27

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28 28. 29. 30.

Anda boleh dijangkiti HIV jika mandi di hot tubs atau kolam renang. Anda mudah dijangkiti AIDS jika tidur di atas katil yang sama dengan seorang pesakit AIDS. Anda boleh menghidap AIDS dengan memeluk pesakit AIDS. Kanak-kanak sekolah boleh dijangkiti HIV jika duduk bersebelahan atau bermain bola dengan murid yang disahkan HIV positif. Seseorang boleh menghidap AIDS melalui persetubuhan dengan orang yang dijangkiti AIDS. Abang dan kakak kepada seseorang pesakit AIDS biasanya juga akan dijangkiti AIDS. Doktor dan jururawat yang merawat pesakit AIDS kerap kali dijangkiti AIDS. Seorang bayi boleh dijangkiti AIDS melalui penyusuan ibu yang HIV positif. Anda boleh dijangkiti AIDS apabila berjabat tangan dengan seorang pesakit AIDS. Anda boleh dijangkiti HIV melalui jarum yang digunakan semasa suntikan atau transfusi darah. Seseorang pesakit AIDS yang kelihatan sihat tidak akan dapat memindahkan HIV kepada orang lain melalui perhubungan seks. Mereka yang menjalani ujian darah dan disahkan negatif semasa window period mungkin tidak dapat memindahkan HIV melalui transfusi darah. Bayi yang belum dilahirkan boleh dijangkiti AIDS jika salah seorang daripada ibu bapanya adalah HIV positif. Hanya orang miskin dan tidak berpendidikan akan dijangkiti AIDS. Perkongsian jarum antara penagih dadah menyumbang kepada faktor merebaknya AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kunci Jawapan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Mitos Fakta Fakta Mitos Mitos Fakta Mitos Mitos Mitos 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Mitos Fakta Mitos Fakta Mitos Mitos Mitos Mitos Mitos Fakta 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. Mitos Mitos Fakta Mitos Fakta Mitos Mitos Fakta Mitos Fakta

29

10. Mitos

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 2.2 Fakta asas HIV/AIDS


HIV adalah singkatan bagi Human Immuno-deficiency Virus. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV melemahkan sistem imun manusia, mekanisme pertahanan tubuh terhadap sebarang jangkitan organisme. Seseorang yang dijangkiti HIV boleh berasa sihat dan kelihatan sihat. Dia masih boleh menjalani aktiviti harian.

Tahukah Anda

HIV, seperti virus lain, adalah sangat kecil dan tidak akan dapat dilihat hanya melalui mikroskop biasa. HIV boleh hidup dalam tubuh manusia untuk beberapa tahun lamanya dan boleh dipindahkan kepada orang lain sebelum sebarang tanda dikesan. Oleh kerana HIV mengganggu mekanisme pertahanan tubuh, penghidap HIV tidak berupaya menentang sebarang jangkitan atau penyakit lagi. HIV perlu masuk ke dalam sejenis sel badan, iaitu sel keimunan untuk membiak. HIV mengganggu sistem imun dan menyebabkan tubuh kita tidak dapat dilindungi daripada penyakit yang biasanya dipertahankan oleh sel-sel imun. Jangkitan yang disebabkan oleh pemusnahan sistem imun oleh HIV juga dipanggil jangkitan berkesempatan" atau opportunistic infections. Contohnya, penyakit respirasi, gastro usus dan penyakit kulit. Mereka yang dijangkiti HIV mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda penyakit ini dan boleh menjangkiti orang lain tanpa mengetahuinya.

30

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome


Acquired (pemerolehan) bermaksud ia merupakan hasil daripada interaksi dengan satu sumber luar, misalnya, pasangan seksual. Immune (imun) bermaksud sistem pertahanan semula jadi badan yang memberi perlindungan terhadap organisme yang membawa penyakit. Deficiency (kekurangan) bermaksud kekurangan respons daripada sistem imun terhadap organisme yang menyebabkan badan tidak berupaya melindungi diri daripada jangkitan penyakit. Syndrome (sindrom) bermaksud sekumpulan gejala atau tanda hasil daripada sesuatu penyebab utama atau kombinasi penyebab dan mengakibatkan manifestasi klinikal bagi sesuatu penyakit.

Tahukah Anda ...

AIDS disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil HIV yang menyerang dan dalam satu jangka masa yang tertentu memusnahkan sistem imun tubuh. Seseorang menghidap AIDS apabila virus tersebut telah melakukan kemusnahan yang serius terhadap sistem imun tubuh dan membenarkan jangkitan serta penyakit lain merebak. Jangkitan sedemikian melemahkan orang tersebut dan boleh membawa maut. Bagi setiap orang yang telah disahkan menghidap penyakit AIDS, terdapat ramai lagi yang telah dijangkiti AIDS tanpa mengetahuinya. Kita tidak mengetahui jangka masa bagi seseorang yang dijangkiti HIV untuk mendapat AIDS, tetapi adalah dianggarkan bahawa 25 hingga 50 peratus orang akan dijangkiti AIDS dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas jangkitan HIV. Kadar kematian adalah sangat tinggi (50 peratus orang dewasa yang dijangkiti AIDS mati dalam tempoh 18 bulan selepas diagnosis). Bagi kanak-kanak, jangka masa hidup adalah lebih singkat. Buat masa ini, masih tiada vaksin atau ubat untuk merawat AIDS walaupun ujian bahan vaksin dan beberapa jenis ubat-ubatan sedang dijalankan.

31

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Apakah Window Period ? Window period adalah tempoh yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk menghasilkan jumlah antibodi tertentu selepas sesuatu jangkitan. Untuk HIV, tempoh ini mungkin mengambil masa 2 - 12 minggu, dalam kes-kes tertentu, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama lagi.

Ini bermakna, jika satu ujian antibodi HIV dijalankan dalam window period, keputusan ujian adalah negatif memandangkan antibodi belum berada pada tahap yang boleh dikesan. Walau bagaimanapun, orang yang dijangkiti boleh memindahkan HIV kepada orang lain dalam tempoh tersebut. Orang yang mengambil ujian tersebut dinasihatkan untuk melakukan follow-up dalam masa 3 bulan jika keputusan ujian adalah negatif supaya dalam tempoh itu, antibodi dapat dikesan untuk mengesahkan sama ada dijangkiti atau tidak. Ujian yang biasa digunakan bagi antibodi HIV adalah ujian ELISA. 32 Cara HIV Merebak HIV tidak merebak melalui kegiatan dan aktiviti sosial atau harian. HIV tidak merebak melalui sentuhan biasa dengan orang lain ataupun melalui udara dan air. HIV tidak merebak hanya dengan berada di sisi seseorang yang dijangkiti AIDS. Kulit melindungi tubuh kita daripada agen berjangkit termasuk HIV. Pertolongan cemas dan pembersihan sudah memadai. Gunakan kain, pembalut plastik, pembalut luka (gauze) atau sarung tangan latex sebagai penapis semasa berdepan dengan darah orang lain. Sentiasa cuci tangan dengan sabun dan air selepas memberi pertolongan cemas tidak kira sama ada anda memakai sarung tangan atau tidak.

Mengapakah AIDS tidak merebak melalui nyamuk? Adakah HIV merebak melalui nyamuk atau serangga lain yang menghisap darah? Itulah persoalan yang paling biasa ditanya. Jawapannya adalah tidak. Mengapa?

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Parasit malaria memerlukan spesis nyamuk tertentu untuk melengkapkan kitar hidup mereka. Parasit akan memasuki badan seekor nyamuk melalui darah dan kemudian berkembang serta berganda dalam sel-selnya. Selepas itu, parasit akan berpindah ke kelenjar air liur nyamuk untuk disuntik ke dalam salur darah orang lain. HIV hanya berganda dalam sel imun manusia dan jangkitan hanya boleh berlaku jika bersentuhan dengan cecair atau bendalir dalam tubuh (air mani, darah, bendalir faraj). Kajian telah menunjukkan bahawa walaupun terdapat pesakit AIDS dalam sebuah rumah yang banyak nyamuk atau serangga lain, tiada jangkitan yang berlaku melainkan terdapat pasangan seks atau jangkitan AIDS daripada ibu kepada anaknya.

BAHAN SUMBER 2.3 Mencari Jawapan


Kumpulan A HIV adalah singkatan bagi AIDS adalah singkatan bagi Kumpulan B Human Immuno-deficiency Virus Acquired Immune Deficiency Syndrome Kurang respons dari sistem pengimunan untuk menentang organisme yang membawa penyakit 33 Sindrom Manifestasi sesuatu jangkitan atau keadaan Keupayaan badan untuk melawan jangkitan Sejenis penyakit yang boleh dipindahkan daripada seorang kepada orang lain Tempoh yang diambil oleh tubuh untuk menghasilkan antibodi selepas sesuatu jangkitan Bahagian darah yang bertanggungjawab menghapuskan sebarang jangkitan yang memasuki tubuh Memilih untuk tidak melakukan persetubuhan

Kekurangan pengimunan

Keimunan

Penyakit yang boleh merebak

Window Period

Sel darah putih

Menahan diri (abstinence)

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 2.4a Bagaimana HIV merebak?


Persetubuhan Kebanyakan orang dijangkiti HIV melalui perhubungan seks tanpa perlindungan dengan orang yang menghidap AIDS. Mengadakan persetubuhan tanpa perlindungan bermaksud melakukan hubungan seks vagina atau anal tanpa menggunakan kondom. HIV juga boleh dijangkiti melalui mulut. Seseorang boleh dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dengan darah yang dijangkiti. Seseorang boleh dijangkiti HIV melalui peralatan yang pernah digunakan oleh pesakit AIDS untuk menindik telinga, tatu atau berkhatan di mana peralatan tersebut telah digunakan tanpa pensterilan yang sempurna. Seseorang boleh dijangkiti HIV dengan menggunakan jarum yang tidak disterilkan dengan sempurna dan telah digunakan oleh orang lain untuk suntikan. 34 Jangkitan HIV dari ibu kepada bayi yang belum atau baru dilahirkan Bayi yang dilahirkan mungkin dijangkiti HIV dalam uterus ibu sebelum atau semasa dilahirkan dan kadang-kadang melalui susu ibu.

Darah yang dijangkiti

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 2.4b Bagaimanakah HIV tidak merebak?

Bersekolah

Bersin atau batuk Berpeluh atau air mata

Berpelukan

Menggunakan tandas atau kemudahan mandi

Berjabat tangan 35

Nyamuk atau serangga lain

Menggunakan telefon, komputer, kerusi dan meja

Berkongsi pakaian

Makan makanan yang disediakan atau dihidang oleh orang yang dijangkiti HIV Berkongsi garpu, pisau, sudu dan cawan Berenang Menggunakan alat-alat sukan dan gimnasium.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 2.5


Untuk setiap tindakan/amalan yang disenaraikan di bawah, nyatakan dalam petak berkenaan tahap risiko setiap tindakan. Tiga tahap tersebut adalah : TR RR RT 1 (Tiada Risiko) (Risiko Rendah) (Risiko Tinggi)

Menggunakan tandas awam

Menyentuh atau memberi simpati kepada pesakit HIV/AIDS Mengadakan hubungan seks dengan seseorang tanpa menggunakan kondom Mengamalkan hubungan seks rambang Ciuman kering Berkongsi jarum untuk kegunaan suntikan dadah secara intravena Berenang bersama dengan orang yang disahkan positif HIV Berkongsi jarum untuk membuat tatu dan menindik telinga

3 4 5

7 8 36 9

Mengelakkan persetubuhan

10

Bersekolah dengan orang yang HIV positif

11

Digigit oleh nyamuk

12

Menderma darah Persetubuhan dengan menggunakan kondom Memakan makanan yang disediakan oleh orang yang dijangkiti HIV.

13

14

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 3 KESAN HIV/AIDS


Masa Mesej : : 2 waktu HIV/AIDS mempengaruhi fizikal, emosi, sosial, moral dan ekonomi serta mengancam kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Gambaran Keseluruhan

Epidemik HIV/AIDS adalah satu ancaman serius terhadap kesihatan tanpa mengambil kira had umur, jantina, status sosial ataupun masyarakat. Kehilangan nyawa dan produktiviti merupakan halangan dalam pembangunan sosioekonomi. Modul ini akan menerangkan impak HIV/AIDS dari aspek fizikal, emosi, sosial, moral dan ekonomi dalam kehidupan manusia. Ia menjelaskan kesan HIV/AIDS terhadap individu, keluarga dan masyarakat.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini, dapat : 1. Menyenaraikan kesan HIV/AIDS 2. Mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS

murid 39

3. Menerangkan kesan HIV/AIDS dari aspek fizikal, emosi, sosial, moral dan ekonomi terhadap individu, keluarga, masyarakat, negara serta dunia 4. Membincangkan isu-isu berkaitan dengan HIV/AIDS.

Kandungan

1. Kesan HIV/AIDS 2. Klasifikasi kesan HIV/AIDS 3. Isu-isu berkaitan dengan HIV/AIDS.

Aktiviti Pembelajaran

1. Percambahan fikiran mengenai kesan HIV/AIDS 2. Kerja kumpulan untuk mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS 3. Sidang pleno: kritikan dan forum terbuka 4. Lakonan: kesan HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Penilaian

Menerangkan secara ringkas kesan HIV/AIDS dari aspek fizikal, emosi, sosial, moral dan ekonomi terhadap : (a) individu (b) keluarga (c) masyarakat/komuniti (d) negara (e) dunia

Aktiviti Pembelajaran 1 Percambahan fikiran mengenai kesan HIV/AIDS


Masa 40 Bahan : : 1 waktu Pen Kertas

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : Menyenaraikan kesan HIV/AIDS berdasarkan persepsi atau pemerhatian individu.

Kandungan

Kesan HIV/AIDS

Prosedur

1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 - 5 orang. 2. Minta murid memilih seorang ahli selaku pencatat atau jurucakap bagi kumpulan masing-masing. 3. Minta setiap kumpulan mencatat seberapa banyak yang mereka ketahui mengenai kesan HIV/AIDS. Berikan masa selama 15 minit untuk tugasan ini.

Hasil Pembelajaran

: Ringkaskan semua kesan HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Kerja kumpulan untuk mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS


Masa Bahan : : 2 waktu Pen Kertas

Persediaan

Sediakan salinan Bahan Sumber 3.1 kepada semua murid.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : Mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS terhadap individu, keluarga, masyarakat/komuniti, negara dan dunia dari aspek fizikal, emosi, sosial, moral dan ekonomi.

Kandungan

Klasifikasi kesan HIV/AIDS

Prosedur

1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil yang terdiri


daripada 4 - 5 orang. Berikan kertas dan pen. 2. Murid dikehendaki mengisi jadual yang disediakan bagi Aktiviti 3.1. 3. Beri masa 10 minit untuk setiap kumpulan meneliti hasil kerja mereka dan seterusnya menambahkan kesan yang mungkin terlepas pandang. 4. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka dalam sesi pleno. 5. Kumpul dan semak semua tabulasi dalam satu carta flip untuk aktiviti seterusnya. 41

Hasil Pembelajaran

Merumuskan kesan HIV/AIDS dari aspek fizikal, emosi, sosial, moral dan ekonomi terhadap : (a) individu (b) keluarga (c) masyarakat/komuniti (d) negara (e) dunia

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 3 Sidang pleno : kritikan dan forum terbuka


Masa : 1 waktu

Persediaan

Edarkan salinan Bahan Sumber 3.2 kepada semua murid.

Pengenalan

HIV/AIDS memberi kesan ke atas setiap aspek kehidupan kita dari segi peribadi dan sosial.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : Menganalisis isu berkaitan HIV/AIDS.

Kandungan

Isu berkaitan HIV/AIDS

Prosedur

1. Mengkaji semula Bahan Sumber 3.2. 2. Mengajak murid merenung dan membincangkan isu berkaitan HIV/AIDS dengan menggunakan bahan persediaan yang telah dikumpul semak dari Aktiviti 3.1 dan 3.2.

42

Hasil Pembelajaran

Padankan item dalam Lajur A dengan jawapan di Lajur B. Lajur A 1. Aspek sosial Lajur B (a) isu penyingkiran atau diskriminasi (b) kesukaran mendapat pekerjaan (c) tidak berupaya (d) perasaan putus asa takut dan mudah marah : 1 2 3 4 (a) (c) (b) (d)

2. Aspek fizikal 3. Aspek ekonomi 4. Aspek emosi

Kunci Jawapan

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 4 Lakonan : kesan HIV/AIDS


Masa : 1 waktu

Persediaan

Potong cebisan kertas untuk cabutan undi bagi topik yang akan dilakonkan : (a) kesan fizikal HIV/AIDS (b) kesan sosial HIV/AIDS (c) kesan sosioekonomi HIV/AIDS (d) kesan ekonomi HIV/AIDS.

Pengenalan

Melakonkan situasi sebenar adalah satu cara untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai HIV/AIDS dan orang yang menghidapinya.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : Menjelaskan kesan HIV/AIDS. 43

Kandungan

Kesan HIV/AIDS

Prosedur

1. Bahagikan kelas kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mencabut undi untuk memilih topik lakonan. 2. Garis panduan lakonan : setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk persediaan setiap lakonan harus dilakonkan dalam 5 minit setiap murid harus bercakap dengan suara yang jelas gunakan kreativiti masing-masing untuk menyampaikan mesej dalam lakonan mereka dengan jelas.

4. Setiap kumpulan dijemput mempersembahkan lakonan (cungkil reaksi semasa lakonan dan ucapkan tahniah kepada setiap kumpulan selepas lakonan). Hasil Pembelajaran

Komen mengenai kesesuaian lakonan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 3.1 Klasifikasikan kesan HIV/AIDS


Fizikal Individu Keluarga Masyarakat Negara dan Dunia Emosi Sosial Moral Ekonomi

BAHAN SUMBER 3.2 Kesan HIV/AIDS


44 1. Individu Immuno defisiensi (kelemahan pada sistem imun iaitu daya tahan semula jadi seseorang terhadap jangkitan yang membawa kepada jangkitan sekunder seperti cirit-birit, kanser kulit dan pneumonia). Sebanyak 50% daripada orang dewasa yang disahkan sebagai penghidap AIDS meninggal dunia dalam lingkungan 18 bulan selepas diagnosis. Perasaan tersingkir dari kawan-kawan dan orang tersayang, serta keterasingan dari aktiviti sosial dan komuniti. Sebanyak 30% daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dikenal pasti sebagai HIV positif juga akan turut menjadi HIV positif. Isu-isu psikologi termasuk : takut pada kesakitan dan kematian (terutamanya apabila keseorangan) rasa kehilangan yang berkaitan dengan cita-cita, keyakinan, daya tahan, poten, perhubungan seksual, status dalam masyarakat/komuniti, kestabilan kewangan, rancangan masa depan dan berdikari

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

menyalahkan diri kerana dijangkiti HIV dan juga terhadap orang lain yang menganggapnya sebagai penderaan terhadap dirinya kecenderungan membunuh diri mungkin dilihat sebagai cara untuk mengelak kesakitan dan kurang selesa atau untuk mengurangkan perasaan malu dan kesedihan orang yang disayangi kehilangan harga diri dan rasa nilai diri kerana disingkirkan oleh rakan sejawat atau orang yang disayangi, ditambah pula dengan kesan fizikal penyakit berkaitan dengan HIV/AIDS seperti kecacatan, susut berat badan dan kehilangan kekuatan hypochondria adalah satu keadaan obsesi akibat terlalu menumpukan perhatian terhadap kesakitan serta cara-cara mengelakkan jangkitan kesedihan terhadap kehilangan yang telah dialami atau kelak dialami rasa bersalah terhadap kemungkinan menyebabkan jangkitan HIV kepada orang lain, dan keperitan yang akan dialami oleh orang disayangi, terutamanya kanak-kanak kemurungan disebabkan ketiadaan rawatan serta rasa hilang upaya dan kawalan diri penafian sebagai cara mengatasi keputusan daripada diagnosis kerungsingan terhadap : ramalan jangka pendek dan jangka panjang risiko jangkitan penyakit lain risiko menjangkiti orang lain dengan HIV hilang kebebasan dari aspek fizikal dan kewangan hilang keupayaan untuk berfungsi secara efisien tidak disenangi kelak dari aspek seksual atau emosi hilang kehidupan peribadi kewujudan rawatan perubatan/pergigian yang sesuai keupayaan orang yang disayangi untuk menanganinya ketakutan mati dalam kesakitan serta dalam keadaan hina kemungkinan diabaikan atau dipulaukan 45

ditamatkan perkhidmatan atau ditolak permohonan pekerjaan tanpa sebab

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

perasaan takut, kerungsingan, paranoid dan kehilangan harga diri orang yang tidak dijangkiti tetapi rapat dengan individu HIV positif diskriminasi terhadap kumpulan pelacur dan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan dilarang masuk ke negara-negara tertentu.

2.

Keluarga Stres secara psikologikal di kalangan semua ahli keluarga akibat kemarahan, kesedihan dan kegagalan memenuhi keperluan individu yang dijangkiti Diskriminasi dan penyisihan dihadapi oleh semua ahli keluarga yang terlibat dalam penjagaan individu yang dijangkiti Masalah ekonomi disebabkan kos perubatan yang tinggi serta rawatan yang kerap diiringi dengan ketidaksanggupan untuk bekerja.

3.

Masyarakat Peruntukan bagi keperluan lain terpaksa dikurangkan akibat perbelanjaan berkaitan pencegahan AIDS, diagnosis, rawatan dan penjagaan

46

Bebanan pada sistem penjagaan kesihatan dan syarikat insurans Kehilangan output ekonomi dan produktiviti disebabkan penyakit pada tahun-tahun yang paling produktif bagi seseorang yang bekerja.

4.

Pengurangan Impak Menurut laporan kemajuan UNAIDS 1996-1997, kajian yang dijalankan di benua Afrika dan Asia memberi maklumat mengenai impak HIV/AIDS terhadap tahap masyarakat serta populasi secara spesifik. Kini, kita mengetahui bahawa keluarga yang dijangkiti menghadapi pengurangan pendapatan dan kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah dikeluarkan dari sekolah untuk memulihkan pendapatan, serta kematian disebabkan AIDS mengakibatkan ramai anak menjadi yatim piatu. Kanak-kanak sering kali menjadi ketua keluarga dan orang tua dibiarkan menjaga diri sendiri. Strategi keluarga sedemikian untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengurangkan makanan, menghabiskan wang simpanan, menjual aset (tanah, kenderaan dan ternakan) serta berhutang. Justeru itu, UNAIDS dan penaja-penajanya telah menjalankan beberapa projek termasuk sokongan yang diberi kepada kajian-kajian utama dan penerbitan bertujuan untuk berkongsi pengalaman antara kawasan, daerah serta negara dalam usaha mengurangkan impak AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Impak AIDS terhadap ekonomi Sektor Kesihatan Individu Perbelanjaan bertambah Komuniti Perbelanjaan bertambah Kebangsaan Perlu meluaskan infrastruktur kesihatan Kehilangan orang yang terlatih

Pendidikan

Ketidakhadiran

Kekurangan nilai sumber tenaga manusia di masa akan datang Bertambahnya penghijrahan

Perdagangan dan perindustrian

Kehilangan produktiviti

Kesan kepada sektor pelancungan Ancaman terhadap industri pemakanan

Pertanian

Kehilangan produktiviti

Kekurangan tanah yang diusahakan

Perbelanjaan dan tahap jangkitan HIV Perbelanjaan Secara langsung Sebelum jangkitan Langkah kawalan dan pencegahan Kematian Jangkitan Pengujian dan penjagaan pesakit luar Penyakit Penjagaan pesakit dalam Pengebumian dan perbelanjaan berkaitan Hilang pendapatan 47

Secara tidak langsung

Simpanan

Kemerosotan produktiviti orang yang dijangkiti Penurunan penggunaan dan peluang pelaburan Perbelanjaan penjagaan pesakit

Kemerosotan produktiviti dan hilang pendapatan Penurunan penggunaan dan peluang pelaburan Perbelanjaan penjagaan pesakit Kos dari segi psikologi

Insurans

Penurunan pendapatan keluarga

Menerima pekerjaan yang kurang berisiko tetapi dengan gaji yang rendah

Kesihatan yang tidak memuaskan di kalangan ahli yang masih hidup

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Perbelanjaan

Sebelum jangkitan

Jangkitan Kos dari segi psikologi bagi pesakit dan ahli keluarga Perbelanjaan pada orang lain terjejas secara tidak sengaja

Penyakit

Kematian

Dari sudut ekonomi 1. Wanita tidak berpeluang mendapat pekerjaan bergaji tetap. Tanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga, memaksa mereka bergantung kepada pasangan lelaki (suami) untuk kestabilan ekonomi. Keadaan ini menghalang kempen pencegahan HIV/AIDS secara efektif. Sesetengah wanita terpaksa melacur sebagai satu strategi ekonomi, justeru mendedahkan diri mereka kepada risiko tinggi jangkitan HIV. Kemiskinan merupakan masalah yang memberi ruang kepada wabak ini merebak. Jangkitan HIV/AIDS membawa kepada ketandusan serta disintegrasi sosial dan ekonomi. Masalah yang dihadapi pada mulanya ialah pemeliharaan, menjaga suami yang menghidapi penyakit berkaitan dengan HIV, rumahtangga dan membesarkan anak-anak. Menjalankan semua urusan harian iaitu menjaga pesakit, cuba memenuhi keperluan suami serta anak dan diri sendiri, tetapi mengalami kekeliruan. "AIDS menyebabkan saya sakit tetapi jika saya tidak bekerja, keluarga saya akan kelaparan", (rintihan daripada seorang ibu dan suri rumah yang HIV positif).

2.

48

3.

4.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 5 BEKERJASAMA DALAM KOMUNITI


Masa Mesej : : 2 waktu Setiap ahli komuniti mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam menghadapi masalah HIV/AIDS.

Gambaran Keseluruhan

Menangani impak epidemik HIV/AIDS memerlukan kerjasama komuniti. Masyarakat perlu memahami peranan individu dan kumpulan serta tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah HIV/AIDS, termasuk individu yang menghidapi HIV/AIDS serta keluarganya.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini, murid dapat : 1. Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab pelbagai kumpulan dalam komuniti berkaitan pencegahan HIV/AIDS 2. Memilih tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah HIV/AIDS 3. Sentiasa berhubung atau berinteraksi dengan pelbagai agensi yang bertanggungjawab dalam pencegahan dan kawalan terhadap HIV/AIDS. 63

Kandungan

1. Peranan dan tanggungjawab pelbagai kumpulan dalam komuniti 2. Kajian kes 3. Mengenali agensi yang terlibat dalam pencegahan dan kawalan terhadap HIV/AIDS.

Aktiviti Pembelajaran

1. Perbincangan panel mengenai peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti untuk menangani masalah HIV/AIDS 2. Analisis kajian kes 3. Temuduga

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Penilaian : 1.

Isikan tempat kosong yang berikut dengan tiga peranan dan tanggungjawab utama pelbagai kumpulan dalam komuniti yang terlibat dalam pencegahan dan kawalan HIV/AIDS.

Kumpulan komuniti

Peranan

Tanggungjawab

1.

Murid dan guru

1. 2. 3.

1. 2. 3.

2.

Ibu bapa dan penjaga

1. 2. 3.

1. 2. 3.

3. 64

Golongan profesional

1. 2. 3.

1. 2. 3.

4.

Komuniti keagamaan

1. 2. 3.

1. 2. 3.

5.

Industri hiburan dan tayangan

1. 2. 3.

1. 2. 3.

6.

Penghidap HIV/AIDS

1. 2. 3.

1. 2. 3.

2.

Berbincang dengan ahli keluarga mengenai cara membantu individu yang menghidap HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

3.

Mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga agensi menghulurkan bantuan kepada penghidap HIV/AIDS keluarganya.

yang serta

Nama & Alamat agensi

Individu yang dihubungi

Bantuan yang diberikan

1.

2.

3. 65

4.

Lain-lain (sila jelaskan)

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 1 Perbincangan panel mengenai peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti untuk menangani masalah HIV/AIDS
Masa : 2 waktu

Persediaan

1. Sediakan dan hantar surat jemputan. 2. Lantik seorang pengacara majlis untuk : 2.1 2.2 2.3 memperkenalkan penceramah mengendalikan forum merumuskan perbincangan panel.

Pengenalan

Terdapat pelbagai kumpulan dalam komuniti yang mengambil berat tentang masalah HIV/AIDS. Adalah penting untuk mengenal pasti peranan serta tanggungjawab mereka supaya mereka dapat digerakkan secara efektif dan berkesan apabila keadaan memerlukan.

66

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : 1. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab pelbagai kumpulan dalam komuniti yang terlibat dengan masalah HIV/AIDS 2. Menerangkan bagaimana kumpulan ini dapat membantu penghidap HIV/AIDS serta keluarganya.

Kandungan

Peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti serta bantuan yang dapat disumbangkan kepada penghidap HIV/AIDS dan keluarganya.

Prosedur

1. Menjemput 2 atau 3 orang individu yang mewakili 2 3 kumpulan dalam komuniti untuk mengambil bahagian dalam perbincangan panel. Contoh : - Para pendidik/guru - Tokoh agama - Penghidap HIV/AIDS atau ahli keluarganya - Persatuan ibu bapa dan guru

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

- Pegawai kesihatan - Pertubuhan bukan kerajaan - Ahli perniagaan - Pemimpin belia Nota : Kumpulan lain dalam komuniti yang boleh dijemput - penghidap AIDS, pemimpin kerajaan (tempatan dan kebangsaan) serta ahli media. 2. Meminta setiap penceramah memberi ceramah selama 10 minit tentang peranan dan tanggungjawab mereka. 3. Memperkenalkan penceramah secara ringkas. 4. Membuka forum untuk perbincangan. 5. Merumuskan isi perbincangan panel. Hasil Pembelajaran

1. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti untuk membantu penghidap HIV/AIDS serta keluarganya. 2. Merumuskan peranan bersama yang disumbangkan oleh kumpulan dalam komuniti untuk mengatasi masalah HIV/AIDS. 67

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Analisis kajian kes


Masa Bahan : : 2 waktu Kajian kes

Pengenalan

Pada kebiasaannya terdapat pelbagai reaksi terhadap masalah mereka yang menghidapi HIV/AIDS. Mendalami keadaan hidup, keperluan dan aspirasi mereka adalah langkah pertama dalam memberi bantuan kepada mereka.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, murid dapat : 1. Menganalisis keadaan hidup penghidap HIV/AIDS dalam pelbagai situasi 2. Mengenal pasti tindakan yang sesuai apabila menghadapi masalah berkaitan HIV/AIDS.

Kandungan 68

Kajian kes (Bahan Sumber 5.1) Tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah berkaitan HIV/AIDS.

Prosedur

1. Bahagikan kelas kepada kumpulan kecil seramai 4 - 5 orang setiap kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki membuat analisis kajian kes berdasarkan lakon peranan (role play) menunjukkan reaksi individu apabila mengetahui salah seorang ahli keluarga dijangkiti HIV/AIDS. 3. Menetapkan pelakon dalam lakon peranan (LP). LP1 : individu yang dijangkiti HIV/AIDS LP2 : individu yang diberitahu oleh LP1 tentang jangkitan beliau LP3 : individu yang akan menyoal mengenai lakon peranan tersebut.

4. Minta kumpulan tersebut mengambil kira isu-isu seperti stigma sosial, diskriminasi, penyisihan dan lain-lain yang sepatutnya dielakkan.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

5. Selepas lakon peranan tersebut, bincangkan perasaan LP1 dan LP2. Hasil Pembelajaran

Menerangkan bagaimana setiap LP dapat mengatasi situasi dan masalah berbeza yang berkaitan dengan HIV/AIDS.

BAHAN SUMBER 5.1 Kajian kes


Kes 1 Janet adalah seorang pekerja seks. Beliau lebih suka menggunakan kondom kecuali jika pelanggannya enggan berbuat demikian. Baru-baru ini, Janet telah diuji HIV positif dan dipaksa keluar dari rumah yang disewanya bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Janet keberatan untuk pulang ke kampungnya kerana takut layanan yang akan diterima daripada keluarga serta saudara maranya.

69 Kes 2 Abu cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu dan telah menerima transfusi darah ketika berada di hospital. Baru-baru ini, beliau berasa kurang sihat dan telah meminta doktornya menjalankan ujian HIV ke atas dirinya. Beliau telah diuji dan didapati HIV positif. Abu khuatir isteri dan anaknya yang berusia 2 tahun juga berkemungkinan telah dijangkiti HIV dan beliau tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Kes 3 Andy adalah seorang pemuda yang berasal dari sebuah kampung terpencil dan telah kehilangan kedua-dua ibubapanya dalam satu kebakaran baru-baru ini. Beliau kemudian telah berhijrah ke bandar untuk bekerja tetapi kesunyian dan tertekan; lalu mula menggunakan dadah. Baru-baru ini, seorang rakan karib yang selalu berkongsi jarum suntikan dengannya telah disahkan HIV positif. Ini menakutkan Andy dan beliau telah pergi ke hospital untuk menjalani ujian HIV. Keputusannya adalah positif.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kes 4 Julia pernah bekerja di sebuah hotel yang terletak di sebuah bandar besar di mana ramai warga asing menginap. Beliau telah bercinta dengan seorang pemuda selama tiga tahun dan kemudian telah memutuskan hubungan kira-kira dua tahun lalu. Pemuda tersebut telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ini menyebabkan Julia kesunyian. Tidak lama kemudian beliau mendapati ramai lelaki yang menginap di hotel tersebut ingin mendampinginya. Julia mula bertukar-tukar pasangan dan pernah sekali mengadakan hubungan seks tanpa menggunakan kondom. Akhirnya, Julia telah dijangkiti HIV dan seterusnya menghidap AIDS. Beliau telah meminta bantuan daripada salah seorang rakan sekerja. Malangnya, rakan sekerja yang sememangnya tidak bersetuju dengan perbuatan Julia yang suka bertukar-tukar pasangan dengan para pengunjung hotel tersebut telah memberitahu pihak pengurusan hotel tentang Julia. Dia dibuang kerja.

Kes 5 Stoli adalah seorang pekerja pembinaan yang telah diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi kini. Beliau risau memikirkan bagaimana hendak menanggung keluarganya tanpa sebarang pekerjaan. Pada mulanya, Stoli memang tidak mahu terlibat dengan penyalahgunaan dadah tetapi kemudian telah mendapat tahu daripada rakan-rakannya bahawa melalui pengedaran dadah akan menghasilkan pendapatan lebih lumayan serta dapat menampung keluarganya. Sekali sekala Stoli sendiri telah menggunakan dadah dan dibekalkan dengan jarum suntikan oleh pembekal dadah. Dua bulan yang lalu, Stoli telah diuji HIV positif. Isterinya telah meninggalkannya dan pulang ke kampung bersama-sama dengan anak-anak. Beliau telah cuba menghubungi isterinya tetapi gagal. Stoli telah menggandakan penggunaan dadah kerana memikirkan tiada bezanya kerana beliau telah pun dijangkiti HIV. Pada masa yang sama, dadah tersebut juga dapat membantunya melupakan penderitaan yang dialami.

70

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 6 INTEGRASI PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS DALAM KURIKULUM


Masa Mesej : : 3 waktu Fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS boleh diintegrasikan dalam kurikulum sekolah sebagai satu pendekatan holistik dalam pendidikan kesihatan di kalangan remaja.

Gambaran Keseluruhan

Wabak AIDS menunjukkan impak negatif terhadap pelbagai aspek kehidupan. Dalam usaha menangani wabak ini, pelbagai kajian tentang ubat-ubatan dan kaedah rawatan terus dijalankan. Selain itu, program pendidikan pencegahan juga dijalankan untuk meningkatkan kesedaran bagi mencegah penyakit ini. Program di sekolah sepatutnya memberi fokus ke arah meningkatkan keupayaan golongan remaja untuk membuat keputusan yang rasional bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan mereka. 73

Objektif

Pada akhir pengajaran guru dapat :

dan

pembelajaran

modul

ini,

1. Mengilustrasikan proses mengintegrasikan fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran 2. Mereka cipta matriks fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS yang boleh diintegrasikan dalam mana-mana mata pelajaran pada peringkat yang bersesuaian 3. Menyenaraikan kebaikan mengintegrasikan pendidikan dalam kurikulum sekolah dan kelemahan pencegahan HIV/AIDS

4. Menulis rancangan pelajaran yang mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mana-mana mata pelajaran. Kandungan : 1. Proses integrasi 2. Senarai fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

3. Kebaikan dan kelemahan mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mana-mana mata pelajaran 4. Bagaimanakah menulis rancangan pelajaran yang kreatif? Aktiviti Pembelajaran

1. Kumpulan perbincangan kreatif 2. Rancangan pelajaran yang mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah.

Penilaian

1. Gunakan ilustrasi untuk menerangkan proses integrasi. 2. Gunakan matriks untuk mengintegrasikan fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah pada mana-mana peringkat yang sesuai. 3. Senaraikan kebaikan dan kelemahan mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah. 4. Beri komen tentang rancangan pelajaran yang mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan pelbagai mata pelajaran yang diajar di sekolah.

74

Rumusan

Adalah penting mengintegrasi fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan kurikulum sekolah kerana pada peringkat ini generasi muda mudah terpengaruh dengan pelbagai perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Melalui pendidikan pencegahan HIV/AIDS, kita boleh menyediakan generasi muda dengan pengetahuan serta membantu mereka membentuk nilai, sikap dan kemahiran untuk melindungi diri mereka.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 1 Kumpulan perbincangan kreatif


Masa Bahan : : 2 waktu Kertas carta flip Pen Masking tape

Pengenalan

Guru yang inovatif boleh merangsang pemikiran dan pergerakan aktif murid. Mereka boleh mengekalkan keinginan intelek dan produktiviti murid. Dalam aktiviti ini, guru dikehendaki bersikap kreatif dalam mengintegrasi fakta, konsep atau mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, guru dapat : 1. Mengilustrasikan proses mengintegrasi fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah 2. Mereka cipta matriks untuk diintegrasikan dengan pelbagai mata pelajaran pada tahap yang berbeza 3. Menyediakan senarai kebaikan dan kelemahan mengintegrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah.

75

Kandungan

Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum : Integrasi Prinsip pembelajaran Mata pelajaran di sekolah Pemilihan isi kandungan Sebab integrasi Kebaikan dan kelemahan mengintegrasi

Prosedur

1. Bahagikan kelas kepada 3 kumpulan kecil dan minta mereka membaca Bahan Sumber 6.1 2. Tugaskan kumpulan 1 untuk mengilustrasikan proses mengintegrasi fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan pelbagai mata pelajaran di

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

sekolah. Minta mereka menyenaraikan fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS serta mata pelajaran di sekolah (20 minit). 3. Minta kumpulan 1 dan 2 menyediakan satu matriks untuk diintegrasikan dengan pelbagai mata pelajaran pada pelbagai peringkat. 4. Kumpulan 3 dikehendaki menyediakan satu senarai kebaikan dan kelemahan mengintegrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah (20 minit). 5. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan tugasan mereka dalam sesi pleno (5 minit setiap kumpulan). 6. Setiap guru diminta memberi komen untuk penambahbaikan setiap pembentangan (5 minit). 7. Beberapa orang guru diminta memberi dua atau tiga ayat untuk merumuskan aktiviti ini (5 minit). Hasil Pembelajaran

1. Ilustrasi proses integrasi (Bahan Sumber 6.1a). 2. Matriks untuk integrasi fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran lain serta pelbagai peringkat di sekolah (Bahan Sumber 6.1b).

76 3. Senaraikan kebaikan dan kelemahan integrasi (Bahan Sumber 6.1b).

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 6.1


6.1 Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan kurikulum di sekolah 6.1a Proses mengintegrasi fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran lain di sekolah

Fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS : Maksud HIV/AIDS

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Moral Sains Biologi Matematik Geografi Sejarah Pendidikan Seni Visual, dll.
77

6.1b Matriks untuk integrasi fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran lain serta pelbagai tahap di sekolah

Fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS

Mata pelajaran

Tahap T1SR T2SR SM

Nota :

T1SR Tahap 1 sekolah rendah T2SR Tahap 2 sekolah rendah SM Sekolah menengah

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Menulis rancangan pelajaran yang kreatif


Masa Pengenalan : : 2 waktu Menyediakan rancangan pelajaran adalah tugas yang mencabar. Kita perlu ingat tentang kepentingan isi kandungan mata pelajaran, persekitaran pembelajaran, keperluan dan jangkaan murid serta contoh format yang disediakan boleh diubahsuai untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan. : Selepas menyertai aktiviti ini, guru dapat : Menulis rancangan pelajaran yang mengintegrasikan fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Kandungan : Format untuk rancangan pelajaran Motivasi Objektif Garis panduan isi kandungan Bahan/peralatan Kaedah/aktiviti Penilaian Rumusan Tugasan (pilihan)

Objektif

78

Prosedur

1. Guru bekerja secara berpasangan dan baca Bahan Sumber 6.2 dan 6.2a. 2. Setiap pasangan diminta mengenal pasti fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS yang mereka rancang untuk diintegrasikan dengan mata pelajaran tertentu pada pelbagai peringkat, dan sediakan rancangan pelajaran (30 minit). 3. Guru digalakkan memberi komen pada setiap rancangan pelajaran untuk penambahbaikan (5 minit). 4. Guru menyemak semula dan mengubah suai rancangan pelajaran selepas cadangan daripada guru lain ( 10 minit ). 5. Guru merumuskan hasil aktiviti ini (5 minit).

Hasil Pembelajaran

Menulis rancangan pelajaran yang mengintegrasikan fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran lain di sekolah.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 6.2


6.2 Bagaimanakah cara untuk menulis rancangan pelajaran yang kreatif? 6.2a 6.2b Objektif pengajaran Rancangan pelajaran dalam pendidikan kesihatan

BAHAN SUMBER 6.3


6.3 Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum 6.3.1 6.3.2 Proses mengintegrasi fakta, konsep dan mesej pencegahan HIV/AIDS dengan kurikulum di sekolah pendidikan

Matriks integrasi fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 6.4 Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah
Pengenalan Pembelajaran dari pengalaman menggalakkan perubahan dan tindak balas tingkah laku yang akan membantu individu berhadapan dengan pelbagai situasi pada masa akan datang. Pendidikan termasuklah mengajar murid untuk memahami norma sosial dan membezakan perkara yang akan merosakkan kehidupan dengan perkara yang akan menjamin kesihatan dan kesejahteraan. Di sini kita akan mengajar murid untuk membuat keputusan dan tindakan yang betul apabila berhadapan dengan situasi yang mendedahkan mereka dengan jangkitan HIV. 79

Integrasi Integrasi ialah satu strategi untuk menyediakan pengalaman pembelajaran tentang kawalan pencegahan HIV/AIDS dalam pendidikan di sekolah. Ini merupakan proses meletakkan fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam konteks mata pelajaran lain. Ia memberi fokus untuk merangsang murid menyertai secara aktif dalam menimba ilmu pengetahuan, membina sikap dan nilai serta menambahkan kemahiran yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan atau menghalang penyakit.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Prinsip pembelajaran Aplikasi prinsip pembelajaran untuk pendidikan pencegahan adalah seperti berikut : Murid belajar dengan mengamalkan atau melakukan Peringkat persediaan untuk pembelajaran adalah sangat penting Motivasi adalah syarat pembelajaran Tindak balas mesti diperkukuhkan dalam bentuk maklum balas Tindak balas murid adalah berbeza berdasarkan apa atau cara mereka memahami situasi Kebolehan murid untuk mendalami proses adalah dipengaruhi oleh faktor keturunan, latar belakang serta pengaruh persekitaran tertentu

Mata pelajaran di sekolah Murid seharusnya didedahkan dengan pelbagai pengalaman pembelajaran supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan produktif. Murid seharusnya datang dari sekolah yang telah menjalankan proses integrasi kurikulum secara seimbang, disemak dan melibatkan beberapa mata pelajaran serta isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti. Antara contoh mata pelajaran yang boleh digabungkan dengan fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS ialah : Sains Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Bahasa Pendidikan Moral Matematik Geografi Pendidikan Seni Visual Mata pelajaran lain

80

Pemilihan isi kandungan Garis panduan pemilihan fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah ialah : Mengambil kira objektif mata pelajaran yang ingin anda integrasikan Isi kandungan sepatutnya sesuai dengan kesediaan pembelajaran murid Isi kandungan yang dipilih perlu dibina berdasarkan kesesuaian dengan mata pelajaran Tempoh yang ditetapkan mestilah berpatutan dan mengambil kira minat murid

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Mengapakah integrasi? Banyak sekolah mendakwa kurikulum sedia ada adalah membebankan dengan pelbagai mata pelajaran diajar kepada murid. Sebenarnya, integrasi boleh dilakukan secara optimum dengan menggunakan tempoh yang ditetapkan dalam mata pelajaran sedia ada melalui kaedah pembelajaran holistik. Guru yang inovatif sentiasa mencari idea untuk memotivasikan murid meneroka idea dan konsep baru. Mereka menggalakkan pemikiran kreatif untuk mengenal pasti masalah atau isu, dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah atau isu tersebut. Dalam hal ini, guru seharusnya berkemampuan untuk menunjukkan hubungkait bidang pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini, terdapat sikap saling hormatmenghormati dan penerimaan hubungan antara guru murid. Murid berpeluang untuk berbincang dan bertanya soalan. Guru mengalu-alukan usaha murid untuk berfikir secara kreatif. Oleh itu, fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS boleh diintegrasikan dengan mudah. Murid boleh menyoal tentang HIV/AIDS tanpa rasa malu atau bersalah. Guru pelbagai mata pelajaran boleh bersama-sama menentukan fakta, konsep, dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS yang boleh diintegrasikan dengan manamana mata pelajaran lain. Dalam aktiviti ini, guru juga boleh mengenal pasti jurang pengajaran mereka. Mereka boleh mengurangkan tugas bertindih yang tidak sesuai dan meningkatkan tugas lain yang perlu. Untuk mempercepatkan proses ini, guru sepatutnya diberi tugas dari peringkat awal perancangan hinggalah ke peringkat pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Soalan : Adakah anda merupakan guru yang ingin mengintegrasikan fakta, konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran yang diajar? Mungkin anda adalah guru kelas yang muridnya mengamalkan budaya saling mempercayai dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Anda mesti memulakan integrasi sekarang. 81

Terdapat kebaikan dan kelemahan dalam proses integrasi. Antara kebaikan integrasi : Pendidikan pencegahan HIV/AIDS boleh dimasukkan dalam kurikulum sekolah dengan menambah fakta, konsep dan mesej yang sesuai pada mana-mana mata pelajaran yang sesuai Bahan pengajaran boleh dibina dan guru-guru boleh dilatih Program latihan jangka pendek boleh dijalankan untuk melatih guru-guru menggunakan bahan pengajaran secara berkesan Pentadbir dan penyelia juga boleh diorientasikan dalam program ini supaya mereka boleh melakukan pemantauan dan penilaian terhadap pendidikan pencegahan HIV/AIDS

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Antara kelemahan integrasi : Mata pelajaran sedia ada padat dengan isi kandungan dan aktiviti, mungkin tidak ada masa yang mencukupi untuk pendidikan pencegahan HIV / AIDS Halangan daripada guru dan pentadbir Salah maklumat dan kekurangan bahan pengajaran yang sesuai Sensitiviti agama dan budaya masyarakat Halangan daripada ibu bapa dan komuniti.

Cadangan matlamat pendidikan pencegahan HIV/AIDS Matlamat ini boleh digunakan sebagai panduan dalam menentukan isi kandungan untuk integrasi dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah : 82 Membina kemahiran diri untuk menghadapi masalah hidup Menggalakkan sikap berdikari tetapi ada had dan batasan Mengambil kira persekitaran kompleks yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan murid Meningkatkan kemahiran yang bersesuaian untuk menghadapi masalah tekanan diri Menekankan tingkah laku yang baik dan gaya hidup sihat.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 7 PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID, TEKNIK KEMAHIRAN DIRI DAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS
Masa Mesej : : 3 waktu Kita belajar melalui pendengaran (11%) dan penglihatan (83%). Kita mengingat apa yang kita baca (10%), mendengar (20%), melihat (20%), melihat dan mendengar (50%), bercakap (70%), bercakap dan melaksanakan (90%).

Gambaran Keseluruhan

Guru yang kreatif akan menggunakan masa dan keupayaan untuk memilih dan merancang kaedah, teknik serta strategi pengajaran. Aktiviti pengajaran berpusatkan murid dan menyediakan ruang penglibatan murid secara aktif adalah aktiviti yang paling sesuai. Setiap pelajaran menggunakan lebih dari satu aktiviti untuk disesuaikan dengan pelbagai kebolehan dan minat murid.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini, dapat : 1. Menerangkan konsep pengajaran berpusatkan murid 2. Membandingkan kaedah tradisional pengajaran berpusatkan murid dengan

guru

85

kaedah

3. Menyediakan sampel ujian pra dan ujian pasca tentang bagaimana murid berfikir atau memberikan pendapat dan menyatakan perasaan mereka tentang HIV/AIDS 4. Membina contoh strategi pembelajaran berpusatkan murid 5. Menyediakan contoh teknik kemahiran diri (life skill techniques) 6. Mengaplikasi kriteria dalam memilih dan menggunakan media 7. Demontrasi contoh strategi dan media pengajaran untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kandungan

1. Konsep pembelajaran berpusatkan murid 2. Arahan tradisional lwn pembelajaran berpusatkan murid 3. Contoh ujian pra dan ujian pasca tentang pendidikan pencegahan HIV /AIDS 4. Strategi pembelajaran berpusatkan murid 5. Teknik kemahiran diri (life skill techniques) 6. Media pengajaran

Aktiviti Pembelajaran

1. Pertukaran kumpulan dengan kumpulan 2. Bengkel tentang persediaan sampel ujian pra dan ujian pasca, strategi pembelajaran berpusatkan murid, teknik kemahiran diri dan penggunaan media pengajaran dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS 3. Tunjuk cara tentang penggunaan contoh aktiviti : Strategi pembelajaran berpusatkan murid Teknik kemahiran diri.

86

Penilaian

Ujian ialah sebahagian daripada penilaian yang sahih atau penilaian aktiviti pengajaran berpusatkan murid dan merupakan indikator pencapaian murid bagi sesuatu masa. Penilaian yang sahih menilai keseluruhan prestasi murid dan tidak mengasingkan aspek tertentu. Contoh penilaian yang sahih ialah ilustrasi, artifek bergerak, kolaj, permainan video, puisi, lisan dan aktiviti bertulis seperti cerita pendek yang kreatif dan esei; potfolio yang menggalakkan kemahiran berfikir dan kemahiran mengurus, log pembelajaran, jurnal, surat dan sebagainya. 1. Berdasarkan kepada aktiviti pertukaran kumpulan dengan kumpulan : 1.1 1.2 1.3 Terangkan satu idea atau konsep baru yang anda telah pelajari. Idea atau Mengapa? konsep manakah yang berkesan?

Apakah cadangan yang boleh anda beri supaya murid menyertai secara aktif semasa pembelajaran?

2. Tafsir atau nilai aktiviti dan media pengajaran yang anda sediakan dengan menyediakan senarai semak. 3. Berdasarkan tunjuk cara sampel strategi pengajaran, buat pemerhatian ke atas senarai semak.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

4. Berdasarkan corak dan penggunaan media dalam tunjuk cara aktiviti pengajaran, sediakan Skala Likert yang memasukkan perkara berikut : 4.1 4.2 Pilih media yang sesuai dengan objektif. Kaitkan media dengan pelajaran dengan mengambil kira keadaan tempoh masa, dan lain-lain bahan pembelajaran. Terangkan sebahagian ciri-ciri media sebelum bahan ini digunakan. Sediakan peralatan atau kemudahan terlebih dahulu sebelum pengajaran. Sediakan media alternatif jika berlaku perkara yang menyebabkan bahan sedia ada tidak dapat digunakan. Pastikan penyertaan murid secara maksimum apabila media digunakan. Tentukan sama ada murid memberi maklum balas positif terhadap media yang digunakan.

4.3 4.4 4.5

4.6 4.7

Rumusan

Aktiviti pengajaran sepatutnya : Menekankan sikap positif, nilai, hubungan interpersonal, perubahan tingkah laku dan pembangunan diri atau individu secara keseluruhan Menarik dan dapat dilaksanakan Membantu murid menyelesaikan masalah yang diutarakan Menggalakkan pembelajaran dan penyertaan secara aktif, mengaitkan pengetahuan dengan gaya hidup sihat serta tingkah laku yang bertanggungjawab Menggalakkan murid menggunakan kemahiran diri dalam mengelakkan risiko dijangkiti HIV/AIDS Belajar dengan melakukan atau mengamalkan, belajar cara untuk belajar dan meningkatkan kemahiran diri dengan membina perasaan serta tindakan yang konstruktif.

87

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Senarai semak pemilihan media


Baca setiap item dengan teliti dan semak jawapan anda dalam ruangan yang sesuai. Bil. 1. Kandungan i. ii. iii. iv. v. 2. Adakah ia tepat dan terkini? Adakah ia bersesuaian dengan tahap kebolehan murid? Adakah ia tepat dan jelas? Adakah ia bebas dari syak wasangka dan diskriminasi? Ciri-ciri lain (sila nyatakan). Aspek Ya Tidak Tidak Pasti

Jenis pengajaran (Instructional design) i. ii. Adakah objektifnya jelas? Adakah format dan strategi media yang digunakan sesuai dengan tahap kebolehan murid, objektif dan kandungan? Adakah arahan jelas untuk murid? Adakah diadakan penilaian? Ciri-ciri lain (sila nyatakan).

iii. iv. v. 88 3.

Aspek teknikal i. ii. iii. iv. Adakah mudah dilihat, didengar atau dibaca? Adakah format bersesuaian dengan peralatan dan kemudahan yang ada? Adakah murid dan guru memiliki kemahiran untuk menggunakan media? Adakah masa yang diperlukan untuk penggunaan media sesuai dengan masa pengajaran dan pembelajaran? Ciri-ciri lain (sila nyatakan).

v.
4.

Pakej i. ii. iii. iv. v. Adakah mudah diurus, disimpan dan dikenal pasti? Adakah tempoh pakej mencukupi untuk kegunaan dan penyimpanan? Adakah ia boleh mencapai matlamat yang diharapkan? Adakah menjimatkan berbanding dengan media lain? Ciri-ciri lain (sila nyatakan).

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Senarai semak pemerhatian (observation checklist )


Nama guru : ________________________ Tahap gred : ________________________ Tempoh Tarikh : ________________________ : ________________________ ) pada ruangan yang sesuai.

Sila tandakan (

Bil. 1. i.

Soalan Adakah objektif mengandungi unsur pembangunan pemikiran kritis dan kebolehan untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab? ii. Adakah objektif tercapai?

Ya

Sebahagian

Tidak

2.

Aktiviti pengajaran i. ii. Adakah aktiviti pengajaran ini menarik? Adakah melibatkan penyertaan murid secara maksimum? iii. Adakah aktiviti bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap kebolehan murid? iv. Adakah aktiviti yang dijalankan mengarah kepada objektif yang dikehendaki?

89

3.

Berikan komen dan cadangan anda untuk memperbaiki atau meningkatkan keberkesanan aktiviti.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 1 Pertukaran antara kumpulan


Masa Persediaan : : 2 waktu 1. Sediakan lima kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan merujuk topik yang ditetapkan pada Bahan Sumber 7.1. 3. Setiap kumpulan diminta membawa bahan yang diperlukan untuk persembahan seperti pentel pen, kertas carta flip, masking tape, dan lain-lain.

Pengenalan

Pengajaran ialah aktiviti yang bertumpu kepada proses pembelajaran. Pertukaran antara kumpulan merupakan contoh pembelajaran koperatif di mana terdapat peraturan tertentu antara ahli kumpulan.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, guru dapat : 1. Menerangkan konsep pembelajaran berpusatkan murid

90

2. Membandingkan arahan tradisional pembelajaran berpusatkan murid

dengan

arahan

3. Mengulas perbezaan contoh strategi pembelajaran berpusatkan murid dan teknik kemahiran diri (life skills techniques) 4. Menyatakan isu asas dan kebaikan menggunakan media yang dipilih.

Kandungan

1. Konsep pembelajaran berpusatkan murid 2. Pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran tradisional 3. Strategi pembelajaran berpusatkan murid : ujian pra dan ujian pasca pembelajaran koperatif pengajaran dan pembelajaran setara (peer teaching and learning) kajian kes cerita untuk membuat keputusan (decision stories) teka silang kata permainan

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

4. Teknik kemahiran diri (life skill techniques) meningkatkan harga diri membuat keputusan secara bertanggungjawab memantapkan kemahiran sedia ada

5. Media pengajaran

Prosedur

1. Minta setiap kumpulan melihat kembali topik sebelumnya dari Bahan Sumber 7.1

Kumpulan I II III IV V

Tajuk yang perlu diberi perhatian Konsep pembelajaran berpusatkan murid Pengajaran tradisional dan pengajaran berpusatkan murid Strategi pembelajaran berpusatkan murid Teknik kemahiran diri Media pengajaran

2. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan menggunakan teknik kreatif seperti kata kunci, drama, poster, carta, lukisan, dan lain-lain. 3. Minta setiap kumpulan memilih ahli yang akan membuat persembahan. Persembahan setiap kumpulan boleh mengikut urutan berikut (25 minit). I I 91

II

Sekuen persembahan

IV

III

4. Galakkan interaksi dengan bersoal jawab. 5. Perkukuhkan dengan komen dan cadangan. 6. Minta beberapa ahli merumuskan aktiviti ini.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Hasil Pembelajaran

Berdasarkan pengalaman menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan murid, teknik kemahiran diri dan penggunaan media dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS : 1. Guru melengkapkan mana-mana rangkai kata di bawah : Sekarang saya sedar bahawa ........... Sekarang saya menyokong ............... Saya ingin ............. Saya ingin menilai semula ................ Saya hairan ................ 2. Guru menerangkan sekurang-kurangnya dua idea baru atau konsep yang telah dipelajari : Strategi pembelajaran berpusatkan murid Teknik kemahiran diri Media pengajaran 3. Idea atau konsep yang paling guru minati.

92

BAHAN SUMBER 7.1 Penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid, teknik kemahiran diri dan penggunaan media dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS
Konsep pembelajaran berpusatkan murid Pembelajaran berpusatkan murid di bilik darjah : 1. 2. 3. 4. Guru membantu murid membina pengetahuan asas tentang pendidikan pencegahan HIV/AIDS. Guru membantu murid menghubungkaitkan pengetahuan asas tentang HIV/AIDS dengan pengetahuan yang baru diterima. Memperkembangkan kemahiran sosial dan kemahiran koperatif murid. Aktiviti direka untuk membantu murid menggunakan strategi berfikir dan pembelajaran untuk mencapai kejayaan di sekolah serta dalam kehidupan sebenar.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

5. 6.

Murid belajar bekerja dalam kumpulan, berkongsi, berbahas atau berbincang dan mensintesis. Murid menjadi peserta yang aktif dalam pembelajaran, berkeupayaan untuk membuat pilihan dan maju mengikut tahap pencapaian masing-masing.

Strategi pembelajaran berpusatkan murid Antara contoh strategi pembelajaran berpusatkan murid ialah ujian pra dan ujian pasca, pembelajaran koperatif, pengajaran dan pembelajaran sebaya (peer teaching and learning), kajian kes, bercerita untuk membuat keputusan (decision stories), teka silangkata dan permainan. Ujian pra dan ujian pasca Ujian pra dan ujian pasca adalah ujian yang sama. Ini bertujuan untuk membolehkan murid mengesahkan atau membetulkan respons berdasarkan apa yang telah mereka pelajari daripada program. Pembelajaran koperatif Murid membantu antara satu sama lain, mengamalkan kemahiran sosial dan mendorong sikap saling bergantungan yang positif melalui aktiviti yang dijalankan. Pembelajaran koperatif juga merupakan asas kepada banyak aktiviti pembelajaran berpusatkan murid di bilik darjah. Guru menggalakkan sikap saling bergantungan melalui pengagihan peranan, bertanggungjawab terhadap pembelajaran, menghasilkan produk yang kreatif dan menggalakkan identiti serta standard kumpulan. Murid terdorong, berfokus dan berprestasi tinggi. Pengajaran dan pembelajaran sebaya (peer teaching and learning) Contohnya, 'pasangan pembelajaran' di mana pasangan murid bergilir-gilir bertanya dan menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca. Pendekatan ini menyediakan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan sebaya bagi meningkatkan kefahaman tentang subjek. Kajian kes Kes-kes yang dikaji biasanya merupakan situasi kehidupan sebenar berkaitan dengan satu masalah spesifik. Dalam laporan kes, perbincangan sepatutnya berfokuskan pertanyaan soalan, menjelaskan isu, memberi kesimpulan yang mencabar, menggalakkan analisis serta menguji kesahihan generalisasi dan penyelesaian. Perkara yang perlu diberi pertimbangan Apakah masalahnya? Apakah punca masalah? Apakah bukti yang menyokong kewujudan punca masalah? Apakah kesimpulan dan cadangan kajian ini? 93

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Bercerita untuk membuat keputusan (decision stories) Ini adalah vignette terbuka (open-ended) yang menerangkan sesuatu isu atau masalah. Murid mencadangkan keputusan dan tindakan yang sewajarnya dalam aktiviti ini. Cerita sepatutnya menggambarkan situasi kehidupan sebenar dan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Cerita yang mengandungi pelbagai tindakan akan menjadikan aktiviti ini lebih berkesan. Cerita yang baik seharusnya menggalakkan murid untuk memberi pendapat, nilai dan perasaan. Ia juga seharusnya dapat menggalakkan murid untuk berfikir, menganalisis dan mencuba. Panduan dalam menyediakan cerita untuk membuat keputusan : Cerita seharusnya ringkas iaitu antara 50 - 150 patah perkataan. Pastikan terdapat realisme dan kenal pasti watak. Fokuskan isu utama (yang disokong dengan kenyataan dan peristiwa). Sediakan pelbagai tindakan yang akan diambil. Beri tajuk yang deskriptif. Pada akhir pembelajaran, soalan harus berfokus ke arah menyokong tindakan yang dicadangkan. Kumpulkan idea berdasarkan soalan yang difokuskan.

94

Teka silang kata Aktiviti ini sangat berguna dalam membina perbendaharaan kata dan pengukuhan konsep. Ini boleh dilakukan oleh guru dan murid. Bahan komersial juga boleh digunakan.

Permainan Permainan menggembirakan di samping dapat melatih murid untuk mengikut peraturan dan menyediakan pengalaman yang berguna dalam proses sosialisasi. Walau bagaimanapun, permainan tidak boleh terlalu kompetitif.

Contoh bahan pengajaran dan pembelajaran :

Tajuk 1

Perasaan terhadap individu yang dijangkiti HIV/AIDS

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Menyatakan perasaan atau sikap mereka tentang isu berkaitan HIV/AIDS 2. Bersimpati dengan individu yang dijangkiti HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Prosedur

1. Perkenalkan pelajaran dengan menulis tajuk kajian kes berikut : "Rakan sekelas yang dijangkiti AIDS" Anda mengetahui rakan anda, Joey, dijangkiti AIDS. Walaupun AIDS tidak berjangkit melalui hubungan biasa, sekumpulan ibu bapa meminta murid ini dihalang daripada menghadiri kelas. Ramai rakan sekelas anda mengelak dan enggan berkawan dengan Joey. Mereka ini adalah rakan anda juga dan mereka menjangka anda akan menyokong tindakan mereka. 2. Untuk memudahkan perbincangan, anda boleh menyoal tentang pilihan murid dan akibatnya : Adakah anda akan bersama rakan kelas mengelak atau tidak berkawan dengan Joey? Akibatnya : Adakah anda menolak untuk bersama rakan sekelas? Akibatnya : Tidak berbuat apa-apa dan bersikap neutral. Akibatnya : Adakah anda akan cuba mengubah tindakan rakan sekelas? Akibatnya :

95

Apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda menerima akibat tersebut? Adakah anda akan menyatakan pendirian anda?

Tajuk 2 Objektif

: :

Harga diri dan pencegahan HIV/AIDS Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. 2. 3. Mendefinisikan maksud harga diri Menghubungkaitkan harga diri dengan tingkah laku seks yang bertanggungjawab Membincangkan kepentingan mempunyai harga diri dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab dalam pencegahan HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Prosedur

1.

Tulis perkataan harga diri di atas papan hitam. Bulatkan perkataan berikut dan buat garis seperti di bawah :

Harga diri

2.

Murid diminta menulis pada setiap garis perkataan yang boleh dikaitkan dengan harga diri. Murid diminta memilih perkataan atau rangkai kata untuk mendefinisikan konsep berikut : Pendapat individu yang positif Penghormatan diri, imej diri, perasaan dihargai Percaya dan menyukai diri sendiri

3.

96

4.

Menyoal murid : Apakah faktor yang boleh meningkatkan harga diri? Apakah kemungkinan yang menyebabkan kekurangan harga diri?

5.

Rumuskan aktiviti ini dengan memberi definisi dan peningkatan harga diri. Setiap murid melukis bulatan di atas sehelai kertas dan bahagikan bulatan kepada enam bahagian yang sama besar.

6.

6 5 4

1 2 3

7.

Tandakan setiap bahagian dengan nombor 1 - 6. Murid menjawab soalan-soalan berikut : Tiga perkataan yang menerangkan kualiti, karektor dan tingkah laku terbaik anda

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Satu nilai hidup yang anda tidak akan ubah Milik anda yang paling bernilai dalam hidup Pencapaian peribadi terbaik dalam hidup anda Namakan tiga individu yang paling penting dalam hidup anda. Satu perkara yang akan membantu anda berjaya dalam hidup. 8. Murid memilih pasangan untuk membincangkan tugasan yang diberi. 9. Pada akhir aktiviti, murid disoal mengenai perasaan terhadap diri sendiri. 10. Rumuskan aktiviti ini serta kaitkan harga diri dan tingkah laku seks bertanggungjawab yang berkaitan dengan pencegahan HIV/AIDS. 11. Seterusnya murid melakar tapak tangan mereka (menekap lima jari di atas sehelai kertas).

97

12. Beri arahan berikut : Setiap pasangan menulis di atas lima jari yang mewakili kualiti yang baik tentang diri mereka. Bincangkan kualiti ini dan bagaimanakah cara mereka boleh meningkatkan harga diri. Terangkan cara-cara harga diri mempengaruhi tingkah laku seseorang yang tidak sihat dan tidak bertanggungjawab.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Bengkel tentang menyediakan aktiviti dan media pengajaran untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS
Masa Persediaan : : 3 waktu Sebelum bengkel dijalankan, tugaskan pasangan bagi merancang contoh bahan penulisan untuk strategi pengajaran dan pembelajaran serta membawa bahan yang diperlukan untuk media pengajaran.

Pengenalan

Penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid, teknik kemahiran diri dan media yang sesuai merupakan aktivitiaktiviti yang boleh disertai murid secara aktif. Dalam modul ini, guru akan menyedia dan menunjuk cara contoh strategi pengajaran yang berpusatkan murid serta dapat meningkatkan kemahiran diri murid melalui media pengajaran.

Objektif 98

Selepas menyertai aktiviti ini, guru dapat : 1. 2. Memberi komen terhadap contoh aktiviti pengajaran Menyediakan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid serta dapat meningkatkan kemahiran diri mereka Menunjukkan contoh media pengajaran Menunjuk cara sebahagian strategi pengajaran dan pembelajaran.

3. 4.

Kandungan

1. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pembelajaran berpusatkan murid Kemahiran diri 2. 3. 4. 5. Penggunaan strategi pengajaran Pemilihan strategi pengajaran Media pengajaran Senarai semak pemerhatian (Aktiviti Pembelajaran 1).

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Prosedur

1. Setiap pasangan dikehendaki memberi komen terhadap contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Bahan Sumber 7.2 dan 7.2a (10 minit). 2. Guru dikehendaki mengubah kesesuaian (5 minit). suai bahan mengikut

3. Guru dikehendaki menyediakan contoh sendiri, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memilih media pengajaran yang diperlukan (30 minit). Rujuk Bahan Sumber 7.2b. 4. Guru dikehendaki memberi komen terhadap tugasan pasangan lain. Setiap pasangan menyemak tugasan masing-masing berdasarkan komen dan cadangan daripada pasangan lain (5 minit). 5. Guru dikehendaki menunjuk cara contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan (40 minit). Rujuk senarai semak pemerhatian (Aktiviti Pembelajaran 1). 6. Rumuskan hasil bengkel dan tunjuk cara pengajaran dengan melengkapkan sekurang-kurangnya satu daripada rangkaian kata berikut (5 minit) : i. Saya belajar bahawa saya ... ii. Saya berasa bangga bahawa saya ... iii. Saya berasa bahawa saya ... iv. Saya tertanya-tanya ... v. Saya berharap ... Hasil Pembelajaran 99

Mengumpul aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid serta meningkatkan kemahiran diri (yang digunakan bersama media pengajaran) dalam pendidikan pencegahan HIV/ AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 7.2a Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Karektor murid Kemahiran guru Isi kandungan pelajaran Masa yang mencukupi untuk menyampaikan pelajaran Kemudahan yang mencukupi di sekolah Pengetahuan, sikap dan kemahiran Kaedah yang diminati murid Kaedah yang berkaitan dengan objektif dan penilaian.

Tips untuk guru dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS 100 Tukar sikap dan tingkah laku, bina komunikasi dan kemahiran interpersonal daripada memfokuskan punca penyakit. Gunakan strategi untuk membantu murid menghadapi tekanan dan takut terhadap AIDS. Gunakan situasi untuk menekankan apa yang perlu dilakukan, tindakan apakah yang perlu diambil serta faedah berbuat demikian dan situasi yang menyebabkan kita gagal melakukan. Menyampaikan mesej kesihatan secara jelas dan konsisten melalui pelbagai saluran komunikasi. Berpemikiran terbuka dan terus meneroka isu yang bermakna kepada murid. Menggalakkan pembelajaran kreatif dan kolaboratif dengan bertanya kepada murid untuk mendapatkan maklumat baru. Menyoal murid : manakah bahagian pelajaran yang berkesan dan alasannya. Menyoal murid : maklumat manakah yang akan mereka bincangkan dengan rakan.

BAHAN SUMBER 7.2b Kriteria untuk memilih strategi pengajaran


Pilih strategi yang boleh menyumbang kepada pembelajaran keseluruhan. Sesetengah strategi membantu meningkatkan pengetahuan, sementara yang lain lebih sesuai untuk membantu membuat keputusan. Strategi yang dipilih seharusnya melibatkan penyertaan murid secara aktif. Gunakan lebih daripada satu strategi untuk menerangkan konsep yang kompleks dan/atau susah. Ini membolehkan murid belajar pelbagai kaedah dan konsep.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Mulakan dengan strategi mudah kepada yang sukar. Sementara murid semakin mahir untuk berdepan dengan konsep yang semakin sukar, strategi semakin kompleks boleh digunakan untuk strategi penemuan kendiri atau analisis bahan. Bahan bantu mengajar boleh digunakan pada mana-mana peringkat yang sesuai. Ia boleh membantu untuk meningkatkan pembelajaran.

BAHAN SUMBER 7.2c Kriteria dalam memilih dan menggunakan media


1. Adakah bahan ini memberi gambaran sebenar? 2. Adakah bahan ini dapat membantu tajuk yang diajar? 3. Adakah media bersesuaian dengan peringkat umur, kebolehan dan pengalaman murid? 4. Adakah bahan ini membantu murid berfikiran lebih matang dan kritis? 5. Adakah bahan ini sesuai digunakan dalam jangka masa yang ditetapkan, sesuai dengan perbelanjaan dan pencapaian yang diharapkan?

Perbandingan antara pembelajaran tradisional dengan pembelajaran berpusatkan murid


Komponen arahan 1. Menetapkan matlamat 2. Objektif 3. Objektif dimaklumkan kepada murid 4. Pencapaian yang dijangkakan 5. Penguasaan 6. Grading 7. Pemulihan Tradisional Berdasarkan buku teks Berdasarkan kebolehan guru Objektif tidak dimaklumkan kepada murid Berdasarkan keluk normal Hanya sebilangan kecil murid menguasai objektif Berdasarkan perbandingan dengan murid lain Biasanya tidak dirancang Pembelajaran berpusatkan murid Berdasarkan keperluan penilaian Berdasarkan kebolehan murid Objektif dimaklumkan kepada murid sebagai panduan dalam pembelajaran Berdasarkan rujukan kriteria Sebahagian besar murid menguasai objektif Berdasarkan penguasaan objektif Dirancang untuk murid yang memerlukan bantuan

101

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Komponen arahan 8. Strategi pengajaran 9. Penilaian 10. Ulangkaji pengajaran dan bahan

Tradisional Berdasarkan minat dan pilihan guru Rujukan norma Berdasarkan kesediaan bahan baru

Pembelajaran berpusatkan murid Dipilih untuk mencapai objektif ; penggunaan pelbagai strategi Rujukan kriteria ; menilai penguasaan murid terhadap objektif Berdasarkan data yang telah dinilai dan kerap kali muncul

Teknik kemahiran diri (Life skills techniques )


Kemahiran diri adalah keupayaan individu menangani cabaran dan halangan persekitaran di samping memupuk sikap yakin diri dalam kehidupan. Contoh kemahiran hidup ialah : Meningkatkan harga diri Mengukuhkan kemahiran ketahanan diri atau mengatakan 'tidak kepada unsur negatif Kemahiran membuat keputusan bertanggungjawab. : Memiliki harga diri ialah menerima diri sendiri, berkebolehan menerima kelemahan diri dan bertanggungjawab bagi sesuatu tindakan. Harga diri boleh juga ditingkatkan oleh ibu bapa, guru dan kawan-kawan. Individu yang memiliki harga diri yang tinggi berkemungkinan dapat mengelakkan diri daripada risiko dijangkiti HIV. Antara contoh pernyataan imej meningkatkan harga diri ialah : yang positif untuk

Harga diri 102

Saya okey. Saya suka diri saya. Saya kreatif. Saya boleh belajar dari orang lain. Saya akan memulakan hari dengan senyuman.

Pengukuhan kemahiran ketahanan diri atau mengatakan tidak Keputusan berkaitan seks merupakan perkara peribadi dan sensitif. Kita memerlukan kemahiran untuk mengatakan tidak dalam situasi yang tidak diperlukan. Antara contoh seseorang mungkin mengatakan tidak ialah : Saya sukakan anda, tetapi saya belum bersedia untuk melakukan seks. Saya tidak percaya kepada seks sebelum kahwin. Saya ingin menunggu. Saya gembira bersama anda tetapi saya belum cukup matang untuk melakukan seks. Saya tidak perlu memberi alasan untuk menolak. Ini adalah keputusan saya.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Selain daripada itu, berkongsi pandangan, kepercayaan, perasaan dan paling penting ialah saling menghormati akan menjalinkan perhubungan berkekalan. Cara untuk meningkatkan kemahiran diri dalam menghadapi rintangan : Bersikap tegas Mengamalkan tingkah laku non-verbal yang berpadanan dengan verbal Mempengaruhi orang lain untuk memilih tingkah laku bertanggungjawab Mengelakkan situasi yang mungkin menyebabkan tekanan untuk keputusan negatif Bersikap tegas terhadap tekanan yang boleh menyebabkan tingkah laku tidak sihat.

Kemahiran membuat keputusan bertanggungjawab Kemahiran ini boleh dibina dengan mengikut langkah-langkah berikut : Menerangkan situasi atau masalah secara jelas Senaraikan tindakan yang mungkin boleh diambil berdasarkan situasi atau masalah Berkongsi senarai bertanggungjawab kemungkinan tindakan dengan orang dewasa yang

Menilai setiap tindakan dengan berhati-hati. Tindakan bertanggungjawab ialah tindakan yang sihat, selamat, sah, menghormati diri dan orang lain, ada panduan ibu bapa dan guru serta dapat membina karektor yang baik Membuat keputusan tindakan manakah yang bertanggungjawab dan sesuai Mengamalkan cara yang bertanggungjawab dan menilai keputusannya. 103

Media pengajaran Media pengajaran ialah arahan yang disampaikan kepada murid. Ini termasuklah semua bahan bantu mengajar tradisional seperti kapur tulis, buku, peta, carta, surat khabar dan lain-lain bahan bercetak. Media audio visual ialah radio kaset, video, radio dan rancangan TV, slaid, filem dan komputer. Contoh alatan visual ialah diagram, carta, peta, graf, gambar dan ilustrasi kartun. Media pengajaran yang efektif Sediakan asas yang kukuh untuk membentuk pemikiran Murid perlu berminat Membantu pembelajaran yang lebih mantap Mempertingkatkan perbendaharaan kata Menyumbangkan kecekapan dan kepelbagaian pembelajaran Membolehkan pelajar memberi maklum balas secara aktif

Perkara asas dalam memilih media pengajaran Adakah media yang sedia ada bersesuaian? Adakah praktikal untuk digunakan? Adakah sesuai dengan karektor murid?

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 8 ALAT PENILAIAN UNTUK KEGUNAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS


Masa Mesej : : 3 waktu Alat penilaian digunakan supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

Gambaran Keseluruhan

Bahan penilaian merujuk kepada pelbagai cara atau kaedah murid menguasai objektif pembelajaran. Ini termasuklah ujian dan instrumen lain yang subjektif. Ujian merujuk kepada ujian bentuk objektif dan esei. Alat ujian yang lain ialah skala penilaian, senarai semak dan soal selidik. Alat penilaian dibuat berdasarkan objektif ujian yang dinyatakan secara jelas. Untuk membina alat ujian yang sah, beberapa prinsip dan peraturan tertentu perlu diberi perhatian. Dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS, penilaian tidak seharusnya dihadkan kepada aspek pengetahuan atau domain kognitif tetapi juga perlu meliputi penilaian terhadap sikap, nilai yang diamalkan dan kemahiran diri di kalangan murid. Oleh itu, pilihan dan penggunaan alat yang sesuai mengikut tahap atau kumpulan murid sangat penting. Modul ini akan dapat membantu guru menilai semula pengetahuan dan kemahiran dalam pembinaan ujian. Kebaikan dan kelemahan pelbagai jenis ujian juga perlu dikaji semula.

107

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini, dapat : 1. Menerangkan penggunaan Ujian Rujukan Kriteria

guru

2. Membina ujian yang baik untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS 3. Menyemak semula pelbagai alat penilaian untuk menguji pengetahuan, tingkah laku dan kemahiran 4. Mematuhi prinsip dan peraturan untuk pembinaan alat penilaian 5. Menulis ujian HIV/AIDS. sampel dalam pendidikan pencegahan

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kandungan

1. Ujian Rujukan Kriteria 2. Langkah-langkah dalam membina ujian yang baik 3. Jenis alat penilaian 4. Prinsip dan peraturan dalam pembinaan bahan ujian

Aktiviti Pembelajaran

1. Panel perbincangan : alat penilaian untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS. 2. Bengkel : pembinaan alat penilaian untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS.

Penilaian

Berdasarkan pengalaman pembelajaran dalam membina alat penilaian, tulis dua perenggan yang dimulakan dengan manamana satu daripada rangkai kata berikut : 1. 2. 3. 4. 5. Saya mula tertanya-tanya ... Saya hairan ... Sekarang saya percaya Saya bertambah mahir Saya suka atau gembira

108 Rumusan : 1. Alat penilaian terdiri daripada dua jenis iaitu objektif dan subjektif bergantung pada reka bentuk dan tujuan penilaian. 2. Terdapat beberapa alat penilaian untuk menguji pengetahuan, sikap dan kemahiran seperti ujian aneka pilihan, senarai semak, borang pemerhatian dan penilaian prestasi. 3. Prinsip dan peraturan tertentu menentukan pembinaan alat ujian yang baik. 4. Ujian yang sah dapat mengukur apa yang tercatat dalam objektif. 5. Penilaian sepatutnya digunakan sebagai susulan terhadap perkembangan pencapaian objektif pelajaran.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 1 Panel perbincangan : alat penilaian untuk kegunaan dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS
Masa Persediaan : : 2 waktu 1. Jemput 2 atau 3 orang panel atau kakitangan sumber yang mahir dalam subjek berkaitan beberapa hari sebelum perbincangan panel. 2. Guru dikehendaki menyediakan soalan yang ingin disoal berkaitan bahan penilaian dan ujian. (Lakukan perkara ini beberapa hari sebelum perbincangan panel diadakan). 3. Kemukakan soalan ini kepada kakitangan sumber untuk membimbing mereka semasa perbincangan. 4. Dapatkan 3 sukarelawan di kalangan guru untuk mewujudkan panel kedua yang akan menyoal dan membangkitkan isu semasa perbincangan. Walau bagaimanapun, guru lain juga boleh menyoal jika perlu. 5. Jemput guru lain sebagai pembimbing. 6. Susun bilik latihan dengan dua panel di depan, iaitu satu panel bertindak sebagai kakitangan sumber dan satu lagi sebagai kumpulan guru yang akan menyoal. 109 Pengenalan : Membina alat penilaian berdasarkan penentuan objektif secara jelas merupakan kemahiran yang diperlukan guru secara berkesan. Dalam aktiviti ini, guru akan menyemak kembali ujian rujukan kriteria; alat untuk menguji pengetahuan, sikap dan kemahiran; tujuan menguji; prinsip dan peraturan untuk membina ujian; serta pengujian pra dan pasca.

Objektif

Selepas menyertai aktiviti ini, guru dapat : 1. Menerangkan penggunaan ujian rujukan kriteria 2. Membina ujian yang baik tentang pendidikan pencegahan HIV/AIDS 3. Menjelaskan pelbagai alat penilaian untuk menguji 4. Menghitung kebaikan sesetengah alat ujian 5. Mengulangkaji ujian. prinsip dan dan kelemahan peraturan menggunakan membina

untuk

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kandungan

1. Ujian rujukan kriteria 2. Langkah-langkah dalam pembinaan ujian 3. Alat untuk menilai pengetahuan, sikap dan kemahiran 4. Kebaikan dan kelemahan menggunakan sesuatu alat penilaian 5. Prinsip dan peraturan pembinaan ujian.

Prosedur

1. Pastikan anda telah menyediakan panel perbincangan. 2. Minta kakitangan sumber dan guru yang akan menyoal duduk dalam panel yang ditetapkan. 3. Pengacara duduk di antara kedua-dua panel. 4. Mulakan perbincangan dengan pengacara memperkenalkan ahli daripada kedua-dua panel. 5. Minta kakitangan sumber menyoal, diikuti pertanyaan daripada panel guru dan penonton. dengan

6. Pengacara bertindak sebagai fasilitator untuk memulakan forum. 7. Pengacara merumuskan keputusan perbincangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti. 110 Hasil Pembelajaran : Berdasarkan pengalaman pembelajaran tentang penggunaan alat penilaian dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS, guru dikehendaki menjelaskan secara ringkas perkara yang menjadi topik utama perbincangan panel dengan memulakan manamana satu daripada yang berikut : 1. Sekarang saya percaya ... 2. Saya terkejut ... 3. Saya gembira ... 4. Saya bertambah mahir ... 5. Saya tertanya-tanya ...

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Bengkel : membina alat penilaian untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS
Masa Persediaan : : 3 waktu Guru membawa rancangan yang telah disediakan dalam sesi lepas. Penilaian sepatutnya tidak dikelirukan dengan pemarkahan (grading), walaupun kita tidak boleh memberi gred tanpa menilai murid pada kali pertama. Adalah lebih sesuai membuat penilaian tanpa memberi markah. Berkemungkinan tujuan kita adalah untuk menetapkan data asas melalui ujian pra. Guru juga mungkin ingin membantu murid dalam pembelajaran seterusnya dan memaklumkan kepada mereka apa yang telah dipelajari. Dalam aktiviti ini, guru seharusnya boleh membezakan jenis alat penilaian. Selepas menyertai aktiviti ini, guru dapat : 1. 2. Memberi komen tentang alat penilaian yang telah disediakan terlebih dahulu dalam rancangan pelajaran Membina alat penilaian untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS. 111

Pengenalan

Objektif

Kandungan

1. 2. 3. 4.

Alat penilaian digunakan untuk menguji pengetahuan, sikap dan kemahiran Prinsip dan peraturan untuk pembinaan alat pengujian Langkah-langkah dalam membina ujian yang baik Ciri-ciri untuk menilai item ujian yang baik.

Prosedur

1. Guru dikehendaki memilih pasangan dan memberi komen tentang alat penilaian yang telah disediakan berdasarkan kriteria di bawah : Alat penilaian sepatutnya menyatakan dengan jelas : (i) Tujuannya (ii) Bidang yang diliputi (iii) Keutamaan setiap item. Alat penilaian sepatutnya memberi arahan yang jelas dan mudah. Setiap item adalah berdasarkan objektif yang dinyatakan secara jelas. Item sepatutnya tidak mengelirukan atau trick murid.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Setiap item mestilah tidak terlalu panjang sehingga boleh mengelirukan murid. Setiap item adalah bebas dari sebarang kesilapan teknikal atau maklumat yang salah. Setiap item adalah bebas daripada sebarang kecenderungan (bias) kaum, agama atau jantina.

2. Guru menyemak alat yang telah disediakan terlebih dahulu berdasarkan kriteria di atas. 3. Pasangan guru dikehendaki membina alat penilaian baru berdasarkan tajuk-tajuk HIV/AIDS yang telah dibincangkan. Ingatkan pasangan untuk membina alat penilaian yang berbeza seperti aneka pilihan, padanan, Skala Likert, esei dan sebagainya. 4. Jemput 2 - 4 pasangan untuk membentangkan alat penilaian mereka dalam sesi lain dan galakkan guru lain memberi komen serta cadangan untuk penambahbaikan. 5. Dua orang guru diminta merumus aktiviti ini. Hasil Pembelajaran

112

1. Alat penilaian seperti ujian aneka pilihan, betul/salah, isi tempat kosong, jawapan pendek, esei, padanan, senarai semak, Skala Likert, soal selidik dan lain-lain dapat dikumpul dan digunakan dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS. 2. Rancangan pelajaran beserta dengan alat penilaian/pengujian yang telah disemak semula dapat dikumpul. 3. Buku rujukan guru tentang pendidikan pencegahan HIV/AIDS dapat disediakan. Ini merupakan koleksi artikel, rancangan pelajaran, kaedah dan teknik pengajaran, alat penilaian, artikel jurnal, nota dan sebagainya.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 8.1 Alat penilaian untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS
Pengenalan Murid biasanya takut dengan ujian. Andaikan bahawa tujuan latihan telah difahami oleh murid. Berikut adalah beberapa panduan tentang kegunaan alat penilaian secara umum. Rujukan berkaitan pendidikan pencegahan HIV/AIDS termasuk dalam bahan sumber. Ujian rujukan kriteria Pendekatan terkini untuk menilai dan menguji adalah membina alat yang berasaskan kepada objektif pengetahuan dan kemahiran yang dinyatakan secara jelas. Ujian dibuat untuk mengukur kebolehan murid mencapai objektif. Ujian jenis ini dikenali sebagai rujukan objektif atau ujian rujukan kriteria (objective-referenced or criterionreferenced test). Ia adalah berdasarkan pencapaian murid secara individu vis--vis parameter luaran lebih daripada skor agihan relatif murid lain yang dikenali sebagai Pengukuran Rujukan Norma (norm-referenced measurement). Kedua-dua ujian tersebut mungkin mempunyai persamaan dari segi isi dalam soalan aneka pilihan atau benar/salah. Namun, wujud perbezaan dalam interpretasi keputusan. Kebolehan murid diukur berdasarkan pencapaian objektif, iaitu item ujian sepatutnya sepadan dengan objektif. Murid menyedari apa yang penting dipelajari kerana terdapat kesesuaian antara objektif pengajaran dan arahan penilaian. Oleh itu, kaedah penilaian dan alat yang digunakan mempunyai banyak fungsi seperti mengukur, mendapat maklum balas dan pemulihan. Contoh alat penilaian untuk menguji pengetahuan ialah aneka pilihan, benar/salah, isi tempat kosong, padanan, jawapan pendek dan esei. Contoh alat penilaian untuk menilai sikap ialah temu bual, survey, pemerhatian, Skala Likert dan inventori. Contoh alat penilaian untuk mengukur kemahiran ialah penyelesaian masalah, pemerhatian, senarai semak, perbincangan, Skala Likert dan soal selidik. Contoh alat penilaian untuk menguji pengetahuan, sikap dan kemahiran ialah projek, kajian kes, dan penilaian porfolio. Tujuan penilaian Menilai keberkesanan aktiviti pembelajaran Memotivasikan murid Memastikan kualiti dan kebolehan murid Mengredkan prestasi murid Mengenal pasti nilai dan kesesuaian perubahan tingkah laku murid Mengambil langkah-langkah pemulihan yang sesuai. 113

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Prinsip pembinaan alat penilaian Objektif penilaian mesti dapat menyampaikan dengan jelas apa yang diukur dan menunjukkan bagaimana pengukuran dilaksanakan. Perlu diingat bahawa arahan direka untuk menghasilkan pembelajaran. Ujian digunakan untuk menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku atau tidak. Prinsip yang perlu dipatuhi dalam pembinaan alat penilaian : Alat penilaian mestilah dapat membentuk/mewakili sampel pelajaran Alat penilaian mestilah menjelaskan tujuan ujian, bidang yang diliputi dan keutamaan setiap item Item ujian mesti jelas dan tidak kabur Item ujian sepatutnya tidak memperdaya (trick) atau mengelirukan murid Alat penilaian mesti dapat menunjukkan arah dan memberi arahan yang jelas

Sila rujuk Bahan Sumber 8.1a tentang kebaikan dan kelemahan penggunaan alat penilaian yang khusus dan Bahan Sumber 8.1b tentang peraturan dan pembinaan ujian. Menguji pengetahuan Mendapatkan pengetahuan adalah asas untuk mempelajari tahap domain kognitif yang lain. Enam tahap tersebut ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kata kerja digunakan dalam objektif untuk menerangkan cara menulis item ujian. Contoh adalah seperti berikut : Objektif Untuk mengenal pasti Untuk menyenarai Untuk menerangkan Untuk menyelesaikan Untuk membina Untuk menjangka Ujian Aneka pilihan, senarai Isi tempat kosong Esei Jawapan tafsiran Skala Likert, senarai semak Aneka pilihan, esei

114

Menjalankan pemerhatian dan menguji sikap Perasaan, nilai dan kepercayaan adalah sukar untuk dinilai kerana sifat semula jadi yang personal. Seseorang hanya boleh membuat kesimpulan daripada percakapan dan tindakan murid. Walau bagaimanapun, tindak balas murid mungkin tidak menggambarkan perasaan sebenar dan hasil pengajaran mungkin akan dapat dilihat selepas sesuatu pelajaran atau tajuk selesai diajar. Beberapa kegunaan penilaian sikap : Hasil perubahan sikap mengukur sejauhmanakah sikap seseorang berubah selepas pengajaran Pengajaran ditentukan dengan menyoal murid apa yang disukai atau tidak, dan dengan mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Penilaian terhadap sikap adalah sangat sesuai dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS. Ia menyatakan perasaan seseorang terhadap orang lain, tempat, benda atau idea. Sikap melibatkan perasaan, nilai dan penghargaan yang sukar untuk diukur dengan ujian objektif. Alat penilaian lain yang umum ialah skala perubahan sikap, pemerhatian, rekod anekdotal, soal selidik, senarai semak, survey, Skala Likert dan panduan temuduga. Skala perubahan sikap (attitude scales) memerlukan murid memilih beberapa alternatif (sepanjang kontinum). Contohnya, skala pilihan terhad seperti ya/tidak atau setuju/tidak setuju. Skala ini menyediakan hanya dua pilihan bagi setiap pernyataan. Skala Likert menyediakan beberapa pilihan tentang isu berkaitan sikap seseorang individu. Contohnya :

Sangat Tidak Setuju 1. Anggota keluarga sepatutnya menjaga pesakit AIDS 2. Saya takut akan menghidap penyakit AIDS kemudian hari

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

115

Pemarkahan bergantung kepada bagaimana sesuatu pernyataan dibentuk. Kontinum maklum balas mungkin diberi keutamaan dari skala 1 - 5 dengan skor terendah adalah untuk pernyataan sangat tidak setuju. Jika murid sangat setuju dengan item pertama skor adalah betul. Pemarkahan adalah sebaliknya untuk pernyataan yang negatif, seperti item kedua di mana jawapan sangat tidak setuju mandapat skor 5. Skala perubahan sikap tidak boleh digunakan untuk tujuan menggred (pemarkahan) kerana skala akan cenderung kepada maklum balas murid. Pemerhatian boleh digunakan sebagai tambahan kepada skala perubahan sikap. Pemerhatian ialah salah satu cara menilai tingkah laku secara berkesan. Ia dapat menyediakan gambaran penting tentang perubahan sikap. Anekdotal menyimpan rekod seiring dengan pemerhatian. Kedua-dua pemerhatian dan anekdotal merupakan teknik yang subjektif. Senarai semak sangat berguna untuk menilai tingkah laku murid dan aktiviti pembelajaran. Senarai semak membolehkan guru mencatat dengan cepat dan berkesan sama ada berlaku perubahan sikap. Penilaian portfolio lebih berbentuk kabinet yang mempunyai fail berbeza mengikut bahagian. Setiap fail mengandungi bukti pembelajaran iaitu satu bahagian untuk kerja bertulis, media, projek, kerja seni dan sebagainya. Dalam hal ini, murid diajar bagaimana mengurus kerja mereka iaitu salah satu aspek kemahiran berfikir. Portfolio ialah koleksi hasil kerja harian atau mingguan yang terbaik bagi sesuatu mata pelajaran.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Menguji kemahiran dan tingkah laku Untuk menilai kemahiran dan tingkah laku, kita mesti memerhati tindakan murid dan cara mereka menguruskan sesuatu tugas yang diberikan. Standard pencapaian adalah berdasarkan objektif arahan dan aktiviti. Murid mempunyai peluang untuk mempraktik dan mengaplikasi kemahiran melalui pembelajaran. Ujian pra dan ujian pasca (pre-testing and post-testing) Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, perubahan sikap atau kemahiran murid berdasarkan pelajaran atau unit yang dipelajari. Tiga fungsi penting ujian pra : 1. Menilai tahap kebolehan murid dalam sesuatu pelajaran atau tajuk 2. Menentukan bahagian dalam sesuatu pelajaran atau tajuk yang telah dikuasai oleh murid 3. Mengetahui penambahbaikan selepas pengajaran selesai. Kebaikan ujian pra dan ujian pasca : 116 Menyedarkan murid tentang apa yang diketahui atau tidak tentang sesuatu topik Menunjukkan kerja pemulihan yang perlu dibuat sebelum pengajaran dimulakan Memotivasikan murid untuk mempelajari apa yang mereka tidak ketahui Menyediakan data asas untuk menentukan perubahan tingkah laku dengan membandingkan pra dan pasca ujian Memberi peluang kepada guru untuk mengubah suai dan memulakan pelajaran mengikut kesediaan murid.

Kelemahan ujian pra dan ujian pasca : Mengambil sebahagian besar waktu pengajaran Murid mungkin memberikan lebih tumpuan perhatian terhadap apa yang mereka tidak ketahui dan kurang tumpuan terhadap tajuk lain Boleh menyebabkan perasaan negatif di kalangan murid yang mendapat skor rendah. Untuk mengelakkan situasi ini, pastikan murid memahami tujuan ujian pra dan dengan ini tidak akan memberi kesan terhadap gred mereka.

Rumusan 1. Alat penilaian boleh menjadi objektif atau subjektif bergantung pada reka bentuk dan tujuannya. 2. Ujian objektif terhad kepada menguji daya ingatan murid. 3. Ujian yang sah adalah satu ujian yang dapat mengukur apa yang dinyatakan dalam objektif. 4. Penilaian sepatutnya digunakan untuk tujuan positif. 5. Alat penilaian sepatutnya dikaitkan dengan pencapaian yang objektif. 6. Kombinasi teknik penilaian memberi petunjuk yang lebih baik tentang kebolehan serta tahap pencapaian murid vis--vis keputusan yang dijangkakan daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 8.1a Langkah-langkah dalam mereka bentuk ujian yang baik :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sediakan jadual spesifikasi berdasarkan objektif pengajaran. Deraf item ujian. Tentukan panjang ujian. Pilih dan edit item ujian. Susun item mengikut tahap dari paling mudah kepada paling sukar. Sediakan arahan ujian dan pilihan jawapan. Perbanyakkan ujian.

BAHAN SUMBER 8.1b Kebaikan dan kelemahan menggunakan alat penilaian yang khusus
Ujian betul/salah Ujian ini mengandungi pernyataan benar atau salah. Murid mesti menentukan setiap item dan menjawab. Kebaikan : 1. Menguji kandungan yang luas. 2. Mudah menentukan pemarkahan dan skor markah adalah objektif. 3. Boleh digunakan untuk kuiz, ulangkaji pelajaran dan ujian pada akhir pelajaran. 4. Sangat berguna apabila cuma ada dua pilihan dalam sesuatu isu. Kelemahan : 1. Menggalakkan murid meneka. 2. Biasanya sukar untuk membina pernyataan yang betul-betul benar dan salah. 3. Sukar mengelakkan petunjuk, ketaksaan atau perincian. 4. Keterangan yang sedikit diberi keutamaan. Ujian aneka pilihan Ujian ini menyediakan peluang untuk membentuk pemikiran. Ia merangkumi bidang pengajaran yang luas dan merupakan ujian jawapan pendek yang terbaik. Kebaikan : 1. Item dibina untuk menguji daya ingatan murid. 2. Item ditulis untuk mengukur perbezaan, pengadilan dan diskriminasi. 3. Ia meliputi bahan pengajaran secara ekstensif. 4. Ia ditentukan secara objektif dan berterusan. 117

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kelemahan : 1. Pembinaan ujian mengambil masa. 2. Item berasaskan fakta menyebabkan tekanan untuk mengingat. 3. Lebih daripada satu pilihan jawapan yang hampir tepat. 4. Pilihan jawapan biasanya sukar dibina. 5. Format yang ada tidak membenarkan murid memberi pendapat mereka. Ujian padanan Ujian ini adalah sejenis ujian aneka pilihan di mana pilihan jawapan adalah banyak. Kebaikan : 1. Boleh diadaptasikan dengan banyak tajuk. 2. Boleh dibina dengan cepat. 3. Format ini menggunakan ruang yang sedikit. 4. Mudah untuk mendapat markah. Kelemahan : 1. Ia cuma menguji maklumat atau fakta. 2. Menggalakkan murid meneka. 3. Ia cenderung untuk memasukkan clue dalam jawapan yang betul. 118 4. Meningkatkan tahap kesukaran jika bilangan item untuk dipadankan bertambah. Ujian melengkap (completion test) Ujian ini mengukur kebolehan murid untuk memilih perkataan atau rangkai kata yang logik dan mengikut kenyataan. Kebaikan : 1. Mudah untuk dibina. 2. Meminimumkan tekaan kerana jawapan adalah daripada murid. 3. Digunakan secara meluas dalam banyak jenis ujian, rajah dan carta. 4. Menggalakkan skor yang objektif. Kelemahan : 1. Menegaskan fakta. 2. Memberi penekanan kepada tahap ingatan berbanding dengan pemahaman sebenar. 3. Pilihan jawapan yang disediakan oleh murid mungkin hampir kepada jawapan yang tepat menyebabkan masalah dalam pemarkahan. 4. Clue menggalakkan murid meneka jawapan.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Ujian esei Penggunaan ujian ini membenarkan murid mengurus maklumat dalam cara yang lebih sistematik. Ia juga memberi kefahaman mendalam kepada guru mengenai pemahaman murid terhadap pelajaran. Kebaikan : 1. Menggalakkan kreativiti murid. 2. Menggalakkan murid untuk membina kemahiran berfikir. 3. Peluang menipu sangat minimum. 4. Peluang meneka adalah minimum. 5. Menyediakan jawapan yang memberi gambaran tentang sikap, nilai dan kemahiran. Kelemahan : 1. Pemarkahan mungkin terlalu subjektif. 2. Pemarkahan mengambil masa. 3. Murid yang lemah kemahiran menulisnya tidak dapat menguasai ujian ini. 4. Ia hanya boleh mencakupi bidang pelajaran yang kecil.

119

You might also like