You are on page 1of 225

SELAMAT DATANG KE BLOG KARANGAN BM

Saturday, December 19, 2009 1:09:34 AM Esei, Panduan menulis, Karangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua remaja Malaysia. Selamat datang ke Blog Karangan BM. Insya Allah blog ini akan menghidangkan karangan-karangan BM yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM. Semoga Anda semua diberkati Allah s.w.t. UNTUK MELIHAT TAJUK-TAJUK KARANGAN YANG TELAH LAMA DIPOSKAN KE BLOG INI, SILA KLIK MENU "ARCHIVE". TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI. No comments

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar


Thursday, February 24, 2011 2:01:17 PM Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk

menangani pencemaran. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit. Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam. Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi. Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya. Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia. Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

Dipetik daripada: http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udarakepada-manusia-dan-alam-sekitar/ No comments

Punca-punca Pencemaran Udara


Tuesday, February 22, 2011 9:37:03 AM

1. PENDAHULUAN Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut. 2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab

mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. 3. KENDERAAN MOTOR Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap. 4. PENJANAAN KUASA

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro. 5. AKTIVITI HARIAN Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara. 6. PEMBAKARAN TERBUKA Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.
No comments

Remaja dan Kesalahan Juvana


Sunday, August 22, 2010 2:49:26 AM masalah remaja, Gejala sosial Remaja dan Kesalahan Juvana Penglibatan golongan remaja dalam masalah juvana Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah". Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun 1997-1998, 685 kes, bulan Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlah tangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999 sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala pada tahun 1998 (439 orang), dan antara bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang). Kesalahan jenayah yang amat ketara dilakukan oleh golongan remaja ialah kesalahan yang melibatkan jenayah harta benda (80 peratus), misalnya mencuri kenderaan, terutama motosikal (Seksyen 379A). Jumlah keseluruhan tangkapan dalam kes ini, 113 kes (1997), 142 kes (1998), 37 kes (Jan.-Mei 1999). Terdapat peningkatan yang tinggi dalam kes ini. Adakalanya remaja yang pernah tertangkap mengulang melakukan jenayah yang sama. Keseluruhan tangkapan yang dilakukan ke atas golongan remaja yang melibatkan kes kecurian kenderaan bagi tempoh 1997 hingga Mei 1999 adalah sebanyak 447 orang. Dari segi perbandingan, pada tahun 1997 kes siasatan yang dijalankan berjumlah 269, manakala tangkapan yang dapat dibuat pula berjumlah 463 orang; pada tahun 1998, jumlah kes siasatan adalah 416, manakalah jumlah tangkapan 660 orang. Terdapat peningkatan sebanyak 147 kes siasatan, 54.6 peratus. Kecurian motosikal melibatkan pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga empat. Sesetengah mereka mencuri untuk main-main sahaja, sesetengahnya memang untuk mendapatkan lebih wang saku dengan menjual bahagian- bahagian motosikal. Perbuatan ini semakin lama membudaya dalam hidup mereka. Oleh sebab itulah ada antara mereka yang sudah tertangkap, melakukan jenayah ini lagi setelah dibebaskan atau setelah dijamin oleh ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menentukan corak kehidupan anak-anak. Ibu

bapa mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak. Baru-baru ini berlaku peristiwa dua kumpulan pelajar semasa makan-makan di medan selera di kawasan Jalan Kelang Lama bergaduh sehingga meragut nyawa dua orang pelajar daripada satu kumpulan. Apabila disiasat puncanya cuma kerana tindakan ejek-mengejek antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain disebabkan kehadiran perempuan. . Didapati salah satu kumpulan meminta bantuan samseng. Dalam siasatan lanjut terhadap gadis-gadis yang ada bersama-sama sehingga pukul dua hingga tiga pagi, Ibu bapa mereka sendiri memberi kebenaran kepada mereka berada di luar rumah pada tempoh waktu itu. Pada awal tahun ini berlaku kematian seorang pelajar. Apabila dibuat tangkapan didapati pelajar tingkatan 4 terlibat dalam kejadian ini, anak-anak sekolah yang masih berkeliaran di luar rumah meskipun sudah pukul 2.30 pagi.Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak kita berada di rumah pada pukul 11 malam, misalnya, kalau masih bersekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh memainkan peranan memberi panduan kepada ibu bapa dalam mengatur pendidikan anak di luar sekolah. Kawalan disiplin di sekolah berasrama boleh dijadikan panduan. Peraturan sekolah mengawal waktu pelajarnya, belajar, berehat, mengulang kaji, bersembahyang, dan tidur boleh digunakan oleh ibu bapa. Mereka tidak dibenarkan langsung ke mana-mana.Ibu bapa perlu mendapatkan panduan bagaimana memantau anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa mesti peka dan mengambil berat tentang perkembangan sosial anak. Dengan cara ini kadar jenayah akan dapat dikurangkan. Pergaduhan kecil-kecilan antara pelajar yang melibatkan kaum yang berbeza ditangani oleh pentadbiran sekolah. Tentang pergaduhan antara pelajar dari sekolah yang berlainan ada juga berlaku, dan polis dapat diatasi dengan mengadakan pemuafakatan dengan ibu bapa dan pihak sekolah. Kes yang disebut tadi hingga melibatkan kematian, yang pertama pergaduhan sesama pelajar Cina, manakala yang kedua adalah antara pelajar Melayu. Sebenarnya pergaduhan berlaku bukan disebabkan kaum. Sekarang pihak polis mengambil tindakan untuk mengadakan Kelab Pendidikan Jenayah di sekolah untuk mendidik anak-anak sekolah dari peringkat usia yang masih muda supaya menghormati orang dan tidak melibatkan diri dengan jenayah. ANALISIS MASALAH REMAJA Beberapa masalah yang melanda remaja masa kini boleh dikenal pasti dengan mudadaripada masalah yang kecil hingga kepada masalah yang besar dan yang sukar ditangani. Secara amnya masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: MASALAH DISIPLIN Masalah yang dihadapi oleh remaja ketika di bangku sekolah seperti: o Ponteng o Merokok

o Vandalisme @ Pugut MASALAH PERGAULAN Masalah yang melibatkan pergaulan dihadapi oleh remaja pada semua peringkat sama ada di bangku sekolah mahupun di luar sekolah. Contoh masalah pergaulan ialah: Gangsterisme Lepak Pergaulan bebas Permainan video Bahan lucah Dipetik daripada: http://www.scribd.com/doc/3038711/PENULISAN-KARANGAN-SPMISU-REMAJA No comments

ISLAM SEBAGAI PENYELESIAN MASALAH KEHIDUPAN


Saturday, August 21, 2010 5:24:50 AM islam sebagai penyelesaian, islam, Gejala sosial ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN Dato' Ustaz Dahlan Mohammad Zain Muqaddimah Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Saya hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi'. Sepatutnya tajuk "Islam Sebagai Penyelesaian" menghuraikan skop dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali oleh Allah SWT. Konsep penyelesaian tersendiri Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam? Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan).

Firman Allah SWT: Terjemahannya: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah Saba': ayat 28) Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, 'aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula. Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang-undang yang lain. Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau'iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da'wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak? Cara Islam Menyelesaikan Permasalahan Hidup Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da'wah Rasulullah SAW. Yakni da'wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara. Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah. Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da'wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT, maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa: 1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, maka sebelum baginda menjalankan Da'wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah 'Arabiyyah demi membebaskan

bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab. Setelah umat Arab bersatu, buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan semangat Qaumiyyah 'Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki, memantapkan 'Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka. Dengan cara ini, tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan tentangan yang keras daripada Kafir Qura'isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan 'Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. 2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba'. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat, lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka. Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan 'Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan undangundang Islam dalam kehidupan masyarakat, tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. 3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa. Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam hidup-hidup. Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan seumpamanya berleluasa. Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da'wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral, membentuk disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebih- lebih lagi pada ketika itu masih terdapat di kalangan orang-orang 'Arab yang mempunyai sifat-sifat dan `basic morality' yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda'wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. Allah SWT Maha Mengetahui Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses pembentukan jiwa berasaskan 'aqidah yang sahih. 'Aqidah yang akan menentukan sikap dan nilai sebenar. Apabila 'aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para sahabat Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi berbagai halangan dan tentangan yang keras, maka terbentuklah 'Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari'ah dan peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka.

Pencetus Dan Pengawas Yang Kuat Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata, membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila kalimah Lailaha Illallah menguasai jiwa manusia, pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi. Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang lain. Bersihlah masyarakat 'Arab daripada sebarang bentuk kezaliman. Tertegaklah peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan saksama untuk manusia. Bersihlah jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud, qisas dan ta'zir dijalankan pada generasi yang unik ini. Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran semata-mata. Mereka melaku atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT dan inginkan balasan yang baik daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang ramai ketika ini. Realiti Umat Islam Kini Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincanganperbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Namun, amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar, perhubungan hati dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan. Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain. Rahsia Kejayaan Generasi Awal Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan citacita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Islam berhajatkan kerja-kerja da'wah. Maka tampillah para du'at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da'wah tanpa takut atau mundur ke belakang. Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada

Rasulullah SAW, "Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan." Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang- pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan, sumbagan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata. Islam Bermula Dengan Usul, Tidak Dengan Furu' Islam tidak memulakan da'wah dengan mengenegahkan permasalahan furu' tetapi memulakannya dengan perkara usul (perkara asas atau dasar). Islam di peringkat awal, di zaman Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di medan peperangan, berpuasa,berzakat, meninggalkan arak, menjauhkan judi dan sebagainya. Tetapi Islam di peringkat awal meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-mata. Tegasnya Islam bermula dengan 'aqidah, tidak bermula dengan taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang menjadi asas dalam perlaksanaan taklif (kewajipan). Islam bermula dengan batin , hati dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki, yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan. Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian ummah yang berorientasikan iman. Keperibadian itu menjadi kenyataan. Mereka iltizam dan intizam kepada titah perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa berhajatkan pengawasan luar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak hanya melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT: Terjemahannya: "Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia, dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang telah mereka nafkahkan. Katakanlah : Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayatayatNya kepadamu supaya kamu berfikir" (Surah al-Baqarah: ayat 219) Terjemahannya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun (Surah an Nisaa ayat 43) Terjemahannya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung

nasib adalah kotor dari amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan." ( Surah al-Maidah: ayat 90) Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat diselesaikan oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya, kerajaan Amerika suatu ketika dahulu pernah melarang rakyatnya meminum arak. Dijalankan dia'yah (kempen) kepada masyarakat umum massa kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut. Hinggalah undang-undang pengharaman arak dikuatkuasakan di Amerika. Kerajaan Amerika menanggung beban perbelanjaan bagi melaksanakan undang-undang tersebut sebanyak 250 juta dollar. Akibat daripada pengharaman undang-undang arak itu, seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan arak dan 500,000 orang dipenjarakan. Denda yang dikumpulkan sebanyak 400 juta dollar. Namun akhirnya, pada tahun 1933, kerajaan Amerika terpaksa memansuhkan undang- undang pengharaman arak. Perhatian Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia. Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya: "Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi." (Surah al Imraan ayat 85)

Dipetik daripada: http://www.scribd.com/doc/13851604/G-Islam-Sebagai-Penyelesaian No comments

PEMBUANGAN BAYI: MENCARI PUNCA DAN JALAN PENYELASIAN


Saturday, August 21, 2010 5:05:49 AM FAKTOR PEMBUANGAN BAYI, MASALAH SOSIAL, Gejala sosial, MENANGANI PEMBUANGAN BAYI ... Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut. Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata

tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor. Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut. Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya? Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan. Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh. Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut. Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati. Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas,

pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi. Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah. Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilainilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan. Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan Babys Craddle untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di Babys Craddle akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya. Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat. Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang Safe Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan

tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang Safe Haven ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah www.robynsnest.com/. Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita? Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini? Dipetik daripada: http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/03/pembuangan-bayi-mencari-punca-dan.html No comments

PUNCA-PUNCA GEJALA PEMBUANGAN BAYI


Saturday, August 21, 2010 5:01:25 AM MASALAH SOSIAL, Gejala sosial, PEMBUANGAN BAYI Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebihlebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai

sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian. Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Dipetik daripada: http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/23/gejala-pembuangan-bayi/ No comments

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP


Wednesday, August 18, 2010 8:53:27 AM Islam sebagai cara hidup. Islam bererti penyerahan diri. Penyerahan diri di sini bukan bermakna pasrah atau putus asa, tetapi penyerahan ini bererti mengembalikan fitrah diri ini kepada pengaturan penciptanya. Sebagaimana kita pasrah dalam masalah ajal dan tuah begitu jugalah kita perlu berserah dalam pengaturan cara hidup yang sebenar. Allah mengaturkan seluruh kehidupan kita secara fizikal merupakan kepercayaan semua manusia. Semua manusia tahu bahawa mati itu ketetapan Tuhan. Sama ada mereka itu muslim atau bukan. Mereka juga akur bahawa pembinaan sel dalam rahim adalah aturan Tuhan secara fitrah. Manusia sekali lagi akur dengan fitrah bayi yang belajar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Tetapi apabila sudah sampai tahap manusia memilih di sini ada yang memilih selain fitrah. Ada yang memilih selain penyusunan Tuhan. Inilah yang dikatakan semua manusia itu diberi hak memilih. Kemudian mereka akan

dibicarakan atas pilihan mereka. Islam merupakan satu system hidup yang paling sempurna. Allah menurunkan kitab Al Quran dalam tempoh 23 tahun kepada seorang nabi yang hidup dalam segenap lapangan masyarakat, bergerak dalam banyak suasana, bekerja dalam pelbagai bidang dan menjadi pemimpin kepada bermacam macam bangsa. Al Quran menceritakan semua kisah kisah penting umat dahulu sebagai panduan hidup. Al Quran kalau dirumuskan dapat kita fahami kesemua perbahasan Al Quran ada dalam satu Bab yang digelar Surah. Surah Al Fatihah mengandungi 7 ayat yang menyingkap isi Al Quran iaitu kita mesti melalui hidup dengan mengenali Tuhan. Islam adalah agama yang menukar peribadi manusia dengan hanya perakuan lisan tanpa sebarang upacara. Sekadar menyatakan Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Maka dia sudah menjadi Muslim. Dalam ayat kedua Al Fatihah Allah menceritakan tanggungjawab hambaNya adalah memuji Allah dan menyatakan Allah lah yang mencipta dan mentadbir alam ini dan bersifat pemurah lagi pengasih bahkan merupakan Raja di hari pembalasan merupakan alasan Allah mesti dipuja. Selepas perintah memuja Allah, Allah menyatakan tugas lanjut iaitu menyembah hanyasanya Allah serta meminta bantuan hanya dari Allah. Kita diberitahu supaya memohon pedoman untuk mengikuti jalan yang benar. Dan Al quran menceritakan kisah kisah silam bagi manusia menilai mana jalan yang benar dari kisah kisah orang yang baik. Kisah sempadan juga disertakan bagi manusia menghindarinya. Jadi Al Quran merupakan perlembagaan hidup. Kalau dalam persatuan kita akan disembahkan 2 buku panduan. Satu undang2 tubuh satu lagi panduan kerja. Jadi Al Quran inilah undang-undang tubuh kemanusiaan kemudian panduan kerja itu adalah Rasul atau Nabi utusan Tuhan yang mempamerkan bagaimana kehidupan seorang Muslim. Menjadi Muslim cukup dengan ungkapan 2 kalimah syahadah. Tetapi untuk menghindar seksaan neraka perlu kepada perlaksanaan perintah Allah dan meninggal laranganNya. Oleh yang demikian Nabi menceritakan beberapa perkara mesti dibuat bagi menghindar neraka iaitu solat, puasa, zakat dan juga haji jika mampu. Seandainya perkara ini dilaksana manusia itu akan terpelihara dari azab selepas mati. Namun manusia ditimbang kanan dan kiri, Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan terperinci mengikut kesesuaian manusia lantas Islam juga menjaga manusia dari menzalimi dan menindas manusia lain. Oleh yang demikianlah Islam menyenaraikan kepatuhan kepatuhan ini untuk kebaikan manusia pada dirinya dan pada orang lain. Sebagai cara hidup yang sempurna Islam juga menegah manusia dari beberapa perkara buruk supaya dijauhi, seperti zina, bunuh, curi, umpat, arak, judi dan perkara perkara yang merupakan gejala kepada masyarakat.

Islam bukan sekadar mengatur perkara perkara besar tetapi juga perkara yang disebut hal remeh. Seperti buang air, kebersihan diri, adab-adab amalan harian seperti makan, minum, bercakap dan sebagainya. Semuanya ada panduan yang lengkap menurut pandangan Islam dan bagaimana yang sebenarnya. Islam itu lebih modern dari masa kini. Islam telah lama menceritakan hal hal diet dan penjagaan pemakanan. Islam telah lama membicarakan tentang hak manusia seperti masalah hamba, masalah perkauman, masalah buruh, hubungan manusia dengan makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan. Semua masalah yang dipandang sebagai perbincangan baru ole

masyarakat barat telah lama Islam bincangkan. Islam lebih ekonomis dari sistem perbankan. Islam menagajar jimat cermat tetapi menganjur kepada sedekah dan bermurah hati. Islam mewajibkan rasa puas hati dalam soal berjual beli dan sebarang urusniaga tunai atau hutang. Islam mengharamkan riba atau penindasan ekonomi. Islam tidak menyokong sikap suka berhutang. Konsep ekonomi Islam adalah lebih tulin. Islam lebih adil dari saksama. Ketika mahkamah menghala kepada banyak kesalahan dalam menyabitkan kesalahan, Islam sebenarnya sudah lama menegaskan mensabitkan kesalahan itu perlu kepada tahap yakin iaitu 100peratus bersalah. Kerana pada pandangan Islam hukuman itu bukan untuk menzalimi tetapi untuk menyekat kezaliman. Jadi daripada kemungkinan tersalah menghukum lebih baik tersalah memafkan. Manakala hukuman dalam Islam adalah paling saintifik tetapi saintis enggan mendedahkannya. Islam menghukum pancung sebagai cara hukum bunuh, ini supaya saraf Tunjang putus dahulu sebelum saraf jantung. Ini mengelak dari pancutan darah. Walaupun ianya lebih ngeri dari melihat hukuman pancung. Islam lebih politis dalam masalah kepimpinan. Islam mencegah sebarang rasa ingin berkuasa tetapi meletakkan beban yang sangat berat di atas bahu pemimpin bukan sebagai kebanggaan. Islam menjelaskan ciri ciri yang pelbagai untuk seorang pemimpin. Islam tidak menyamakan suara orang yang cerdik pandai dengan suara orang yang dungu. Islam mencegah keras amalan rasuah. Islam system pertama yang membezakan antara hadiah dan rasuah. Sekiranya ada agama lain seperinci Islam maka yakinlah Islam bukan sahaja perinci tetapi tepat dalam setiap perinciannya. Tiada agama dalam dunia ini yang hanya bertuhankan Allah selain Islam. Ini menunjukkan pembebasan manusia dari penyembahan sesama ciptaan. Islam membebaskan manusia dari belenggu menghambakan diri pada bukan selayaknya kepada perhambaan yang sebenar. Islam adalah yang sebenar dan Islam sahaja yang benar. DIPETIK DARIPADA http://brohamzh.blogspot.com/2008/07/islam-satu-cara-hidup.html No comments

PEMANASAN GLOBAL
Monday, August 16, 2010 9:20:34 AM Peringatan tentang penyebab utama pemanasan global: Pada tahun 2006, PBB melaporkan bahwa peternakan menghasilkan emisi rumah kaca lebih banyak dari yang dihasilkan seluruh gabungan mobil dan truk di seluruh dunia. Pejabat senior Organisasi Pertanian dan Pangan PBB Henning Steinfield melaporkan bahwa industri daging merupakan salah satu penyumbang yang paling signifikan bagi masalah

lingkungan hidup yang paling serius hari ini. TANDA PERINGATAN Antartika mengalami pencarian es yang dramatis sama halnya dengan Arktik di musim panas yang lalu. Setelah melihat neraca pencarian es Antartika di bulan Januari 2008, Perdana Menteri Norwegia Jens Stoltenberg menyatakan, Lonceng tanda bahaya berbunyi. Sangat tidak bertanggung jawab jika para pembuat keputusan tidak mengindahkan tanda bahaya ini. Penemuan dari riset oleh Hans von Storch, pemimpin dari Institut Riset Pantai di Jerman GKSS memberikan indikasi pemanasan di Laut Baltik yang sangat tinggi dan tidak seperti biasanya. Masyarakat Ilmuwan Bumi dan Antariksa terbesar di dunia, Persatuan Geofisika Amerika (AUG), telah menyiarkan pernyataan yang mengidentifikasi aktivitas manusia sebagai penyebab pemanasan global. Ilmuwan menemukan bahwa hutan dan laut telah melebihi kapasitas, tidak dapat menyerap emisi lebih banyak lagi, ini berarti peningkatan suhu akan semakin cepat. Dengan suhu global meningkat 1,4 derajat dan terus meningkat, John Holdren, seorang ilmuwan kebijaksanan pemerintah dari Universitas Harvard berkata, peningkatan 3,6-4,5 derajat akan menjadikan Bumi menerima dampak perubahan iklim yang tidak dapat ditolerir dan tidak dapat dikelola. Dalam riset 20 tahun yang dilakukan oleh Universitas Helsinki, musim dingin sekarang dapat mengurangi kemampuan hutan di belahan Bumi bagian utara dalam menyerap emisi gas rumah kaca. Pemimpin Riset Timo Vesala berkomentar, Ini berarti efek pemanasan yang lebih besar. Pemanasan global menjadikan gletser di China menurun 7% setiap tahun, efeknya dapat menghancurkan 300 juta orang yang tergantung kepada glasier sebagai sumber air. Telaga di Arktik yang telah menjadi bagian dari lanskap selama 6.000 tahun telah kering karena musim panas di Arktik yang lebih panjang. Naiknya permukaan air laut dan badai besar yang disebabkan oleh pemanasan global dapat menyebabkan tersapunya beberapa situs Warisan Dunia UNESCO di Irlandia. Ahli Meteorologi di stasiun riset Troll Norwegia di Antartika berkata bahwa karbon di atmosfer telah mencapai rekor tertinggi. Efek-efek dari pemanasan global dapat membuat suhu lautan menghangat yang menyebabkan terjadinya zona mati di lautan. Ahli Geologi Inggris dari Universitas Leicester berkata bahwa perubahan lingkungan hidup

karena naiknya populasi manusia dan industrialisasi besar-besaran membuat era pra-industri Bumi Holocene telah berakhir dan sekarang memasuki era baru yang disebuth Anthropocene. BENCANA ALAM Sebuah laporan PBB mengenai bencana alam tahun 2007 mengatakan bahwa sembilan dari sepuluh bencana alam terburuk disebabkan oleh gangguan iklim. DARATAN-DARATAN YANG TENGGELAM, EROSI & KENAIKAN PERMUKAAN AIR LAUT Ahli Lautan Australia Steve Rintoul memperkirakan bahwa kecepatan mencairnya es dapat membuat 100 juta orang yang tinggal pada ketinggian 1 meter di atas permukaan air laut harus pindah ke suatu tempat untuk menghindari kenaikan air laut. Para petugas merelokasikan 20.000 penduduk pulau pada tahun 2000 dari daerah Pulau York yang terendah, salah satu pulau di Papua Nugini. Pulau Lohachara India telah menghilang ke dalam air karena pemanasan global yang membuat 70.000 orang mengungsi ke pulau-pulau tetangga. Garis pantai di negara-negara Afrika Barat seperti Benin, Ghana, Pantai Gading, Guinea, dan Nigeria naik kurang lebih 10 meter setiap tahunnya, dan tingkat permukaan air laut di Pantai Afrika Barat dapat terus meningkat. Menurut Richard Lochhead, Seketaris Urusan Pedesaan Inggris, Musim dingin kita lebih basah dan hangat, permukaan air laut naik dan erosi pantai terus bertambah. Itulah yang terjadi sekarang dan kita harus mengambil tindakan. Para ilmuwan memperingatkan bahwa jika permukaan air terus meningkat, lebih dari 80.000 hektar lahan di Yunani dapat terendam air setinggi 1,6 meter pada tahun 2100, dengan negaranegara pantai Barat juga berisiko hal yang sama. Maladewa dapat menjadi negara pertama yang tidak dapat dihuni karena kenaikan air sehubungan dengan pemanasan global. Kenaikan permukaan air laut mengancam kota-kota pantai di sepanjang Karolina utara, Amerika Serikat, menurut para ahli ilmu bumi. Para ilmuwan yang memperkirakan kenaikan permukaan air laut berkata bahwa negara Tuvalu akan menjadi negara pertama yang tenggelam ke dalam lautan. Beberapa daerah di Provinsi Vietnam selatan, C Mau, menunjukkan bukti bahwa daratannya telah terendam air laut hingga 6 meter. Benin perlahan-lahan kehilangan ibukotanya yang ramai, Cotonou sehubungan dengan kenaikan

air laut. Para penduduk Carteret mempertimbangkan untuk meninggalkan rumah mereka saat kenaikan permukaan air laut merusak hasil pertanian mereka dan meninggalkan pulau tersebut tak berpenghuni. Kawasan Lingkungan Pesisir yang diterbitkan oleh Institut Teknologi Wessex melaporkan tentang perkiraan risiko penggunaan tanah pantai sehubungan dengan kenaikan air laut di Laut Kaspia. Peninjauan Ahli Bumi Amerika Serikat menunjukkan bahwa pantai Alaska sedang mengalami erosi yang tercepat seiring dengan tebing-tebing yang runtuh sehubungan dengan pencairan permafrost karena pemanasan global. Para penduduk kepulauan Papua Nugini berisiko tenggelam sehubungan dengan pemanasan global dan meminta bantuan pada konferensi pemanasan global terakhir di Bali, Indonesia. GAS-GAS BERACUN Sebuah laporan yang pertama kali dipublikasikan pada tahun 2005 menyebutkan bagaimana gasgas beracun menyembur keluar dari lautan dalam yang telah menyebabkan hilangnya lapisan ozon 250 juta tahun yang lalu. Program Lingkungan PBB melaporkan munculnya lebih dari 200 zona mati karena kehabisan oksigen di lautan. Munculnya bakteri-bakteri jenis baru menghasilkan gas hidrogen sulfida yang mematikan bagi semua kehidupan laut di Bumi kita. Dua penyebabnya termasuk hasil pembuangan dari pabrik-pabrik, penyubur, dan pembuangan pertanian yang juga mengakibatkan gangguan pada arus air dan cuaca, yang semuanya juga mengakibatkan pemanasan global. Zona mati di lautan yang disebabkan oleh pemanasan global menghasilkan tidak adanya kehidupan akibat hilangnya oksigen dan terlepasnya hidrogen sulfida, sebuah gas yang beracun. Salah satu contoh zona mati berada di Samudra Pasifik dekat pesisir Oregon, Amerika Serikat, yang ukurannya telah menjadi empat kali lipat pada tahun terakhir ini. Lainnya adalah di dekat pesisir Namibia, Afrika, dimana jutaan ikan mati pada saat gas hidrogen sulfida menyembur dari dasar laut. Sehubungan dengan perikanan liar dan hilangnya puluhan juta ikan sarden yang sangat penting, air-air di pesisir barat daya Afrika penuh dengan sebuah gas beracun yang menyembur dari dasar samudra untuk membunuh kehidupan laut dengan luas yang melebihi negara bagian New Jersey Amerika Serikat, dan memperburuk dampak pemanasan global.

KESEHATAN MANUSIA Seketaris Jendral Perserikatan Bangsa Bangsa Ban mendorong para pemimpin dunia untuk memprioritaskan keamanan air, ia berkata bahwa perubahan iklim dan kekurangan air yang berhubungan telah menyebabkan perselisihan di masa lalu. Dr. Hugh Montgomery, Direktur Institut Kesehatan dan Performa Manusia Kampus Universitas London berpendapat, Kita telah menyaksikan dampak-dampak perubahan iklim bagi kesehatan. Seorang ilmuwan Australia, Profesor Kevin Parton dari Universitas Charles Sturt di New South Wales, Australia, telah berpendapat bahwa kondisi-kondisi yang disebabkan oleh pemanasan global seperti penyakit nyamuk-borne membawa lebih banyak dampak pada masyarakat kecil karena keterbatasan mereka untuk mendapatkan pelayanan kesehatan. Ilmuwan-ilmuwan Inggris menyatakan kepeduliannya terhadap dampak-dampak perubahan iklim yang merusak kesehatan manusia seperti arus panas, kebakaran hutan, dan banjir. Peneliti Australia Dr. Tony McMichael melaporkan di Jurnal Medis Inggris, Penyakit-penyakit menular tidak dapat distabilkan dalam keadaan iklim yang tidak stabil, banyaknya arus-arus pengungsi, serta kemiskinan. KEPUNAHAN SPESIES Di Kutub Utara, beruang-beruang kutub sedang kelaparan karena perubahan iklim di habitat mereka. Kessie Siegel dari Pusat Keanekaragaman Biologis berkata, Kami telah mengamati pencairan es di lautan Arktik yang sangat besar pada tahun-tahun terakhir ini, dan mereka tidak dapat bertahan hidup tanpa es-es tersebut. Seperempat burung di Amerika Serikat sedang menghadapi kepunahan karena pemansan global, dan 75% burung di Eropa jumlahnya diperkirakan akan segera menyusut. Para ilmuwan berkata jika pemanasan global terus terjadi dengan kecepatan sekarang, sedikitnya 20% spesies di dunia akan segera punah. Apa yang dikatakan oleh para pemimpin dunia: Berita baiknya adalah, kita mempunyai semua yang kita butuhkan untuk menanggapi tantangan pemanasan global. Tetapi kita tidak seharusnya menunggu, kita tidak dapat menunggu, kita tidak boleh menunggu. Al Gore, Presiden Amerika Serikat ke-45 Kita mengetahui ilmu pengetahuan, kita dapat melihat ancamannya dan kita tahu bahwa sekarang adalah waktunya untuk bertindak.

Gubernur Arnold Schwarzenegger,R- Kalifornia, Amerika Serikat Menurut saya ilmu pengetahuan sangatlah jelas bahwa perubahan-perubahan ini sedang terjadi. Hal-hal tersebut sangatlah serius dan kita harus bertindak. Stephen Harper, Perdana Menteri Kanada Kita perlu memperluas konsep pengembangan yang berkelanjutan dari semua aspek sosial dan ekonomi masyarakat" Chi-Beom Lee, Menteri Lingkungan, Republik Korea Kita sedang berada di ambang sejarah yang tidak dapat diubah. Sebuah revolusi industri baru yaitu pengembangan yang berkelanjutan ada di depan kita." Jacques Chirac, Mantan Presiden Perancis Deklarasi pejabat Australia saat ini adalah kita akan menjadi anggota Protokol Kyoto yaitu sebuah langkah maju serta usaha-usaha yang signifikan di negara kita untuk melawan perubahan iklim di dalam negeri. Kevin Rudd, Perdana Menteri Australia Kita dapat mengatakan bahwa perubahan iklim dan kekurangan air telah menjadi sumber perpecahan di masa lalu, seketaris jendral tersebut berpendapat Masih ada cukup air untuk kita semua hanya saja kita harus menjaganya agar tetap bersih, menggunakannya dengan bijak, dan membaginya dengan adil. Seketaris Jendral Perserikatan Bangsa Bangsa Ban Ki-moon Kita sekarang dalam keadaan sebuah titik balik yang kritis dalam perdebatan; mereka terus mengacuhkan ancaman dan penyebabnya, atau terlibat dalam argumen yang setengah-setengah untuk membingungkan dan menghambat, akan melakukan tindakan merugikan bagi generasi kini dan masa depan." Marthinus Van Schalkwyk, Menteri Lingkungan Afrika Selatan Bagaimana Anda dapat membantu 1. Selamatkan banyak nyawa dan palnet ini dengan tidak makan daging Laporan Perserikatan Bangsa Bangsa, Bayangan Panjang Peternakan, dokumen-dokumen itu mengatakan industri peternakan menyumbang 18% terhadap pemanasan global, yang jauh lebin tinggi dari semua sektor transportasi di seluruh dunia. Sebuah laporan tahun 2007 dari Institut Bumi menegaskan bahwa sebuah pola makan nabati hanya mengonsumsi 25% dari pola makan hewani. Dan perubahan dari pola makan hewani ke pola makan nabati kurang lebih 50% lebih efektif dalam menangkal perubahan iklim seperti mengganti mobil SUV menjadi mobil Toyota hibrida. Tolong kurangilah makan daging, daging memiliki intensitas karbon yang tinggi. Jangan makan daging, naiklah sepeda, dan jadilah pembeli yang hemat. Itulah cara Anda membantu untuk

mengerem pemanasan global. Rajendra Pachauri, Ketua Panel Antarpemerintah untuk Perubahan Iklim PBB. Organisasi Lingkungan Internasional EarthSave menampilkan VEGPLEDGE!TM di www.vegpledge.com, sebuah program yang didedikasikan untuk membantu siapa saja yang ingin membantu planet ini dengan sebuah ikrar Jadilah Vegetarian! Penelitian oleh profesor geofisika Universitas Chicago Gordan Eishel Gidon Eshel dan Pamela Martin menyimpulkan bahwa menjadi vegan selama satu tahun dapat menghemat 1,5 ton emisi sesuai dengan standar pola makan Amerika, 50% lebih daripada mengganti mobil SUV menjadi Toyota Prius. Artikel New York Times yang ditulis oleh Mark bittman, seorang non-vegetarian, menjelaskan tentang beban konsumsi daging yang merugikan terhadap planet kita, kesehatan kita, dan orang miskin. Jika setiap orang di Belanda tidak makan daging satu hari per minggu, jumlah emisi terendahnya akan sama dengan target pengurangan emisi Pemerintah Belanda untuk semua rumah tangga selama setahun. Seorang vegetarian yang mengendarai sebuah mobil Hummer SUV lebih ramah lingkungan daripada seorang pemakan daging yang naik sepeda. Di Amerika Selatan, dimana 400 juta hektar tanaman kedelai digunakan sebagai pakan hewan ternak, hanya 25 juta hektar yang diberikan untuk memberi makan semua manusia di dunia. 2. Daur Ulang memberikan sebuah perubahan Kalifornia memperkirakan bahwa daur ulang secara luas di negara bagian tersebut akan menghemat energi untuk 1,4 juta rumah, mengurangi 27.047 ton polusi air, menghemat 14 juta pohon, dan mengurangi emisi gas rumah kaca yang setara dengan 3,8 juta mobil. Univesitas Teknologi Denmark menemukan bahwa daur ulang aluminium menggunakan 90% energi lebih hemat daripada aluminium yang tidak didaur ulang, 70% lebih hemat untuk plastik, dan 40% untuk kertas. 3. Menanam pohon memberi manfaat pada Bumi Dua tahun setelah menanam anak pohon besar di daerah-daerah ujung barat Catahula Parish, para ilmuwan Universitas Teknologi Louisiana menemukan bahwa setiap ekar dari hutan yang telah ditanami kembali menyerap karbon yang setara untuk mengimbangi mobil yang dikendarai selama setahun. Sebuah Layanan Penelitian Hutan Amerika menunjukkan bahwa dengan menanam 95.000 pohon, Chicago dapat menyediakan udara yang lebih bersih dan akan menghemat sebesar 38 juta dolar lebih dari 30 tahun sehubungan dengan pengurangan panas dan biaya pendinginan.

4. Mengurangi emisi karbon dengan transportasi energi alternatif Sebuah penelitian di Universitas Chicago menunjukkan bahwa mengendarai mobil Toyota Prius atau mobil hibrida elektrik-gas akan menghemat 1 ton emisi per tahunnya. Makanan yang ditanam lokal dianggap memiliki jejak karbon yang lebih sedikit, seperti yang ditunjukkan oleh penelitian Universitas Iowa pada tahun 2003, yang menemukan bahwa makanan yang bukan berasal dari daerah setempat telah menempuh jarak kurang lebih 1.494 mil, dibanding dengan 56 mil untuk makanan daerah setempat. Saya mencoba untuk menghemat energi dengan menggunakan sepeda saya untuk pergi kerja sesering yang saya bisa. - Margot Wallstrom, Presiden Komisi Eropa. 5. Efisiensi energi dan energi berkelanjutan dapat memperbaharui Bumi kita Dewan Amerika untuk Ekonomi Efisiensi Energi merekomendasikan tindakan-tindakan untuk mengurangi penggunaan energi seperti Mematikan semua peralatan saat tidak digunakan. Memasang peralatan yang memiliki tanda Bintang Energi dan alat pengatur panas yang dapat diprogram. Memisahkan pipa air panas dan menggunakan bola lampu yang hemat energi. Dipetik daripada: http://www.pemanasanglobal.net/laporan/Pemanasan-Global-Waktunya-untuk-Bertindak.htm No comments

CARA=CARA MENGATASI MASALAH PONTENG


Sunday, August 15, 2010 3:25:16 PM

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa

memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknikteknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. 4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini. No comments

MASALAH PONTENG
Sunday, August 15, 2010 3:21:38 PM Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin

menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Pada hemat saya puncapunca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa depan. Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu.

Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang

terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai kedi di padang golf, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius. Dipetik drp http://www.angelfire.com/mi/salleh/ponteng.htm No comments

BULI: KESAN DAN CARA MENGATASINYA


Saturday, August 14, 2010 5:44:03 AM Pengenalan Apa itu buli? Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse) Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual. Adakah ia kerap berlaku? Buli sebenarnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru. Buli amat ketara/berlaku di kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi.

Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara halus seperti tidak mahu berkawan. Tanda dan Gejala Kebanyakan kes tidak dapat dikesan melainkan terdapat tanda fizikal atau mangsa memberitahu ibu-bapa ataupun guru. Gejala-gejala yang wujud juga mungkin tidak spesifik seperti yang berkaitan dengan tekanan dan masalah perubatan seperti pening kepala, sakit perut dan sebagainya atau penurunan prestasi pelajaran. Komplikasi Kesan-kesan buli Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang. Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti; 1. Tiada keyakinan diri 2. Rasa rendah diri 3. Prestasi pelajaran merosot 4. Kehadiran ke sekolah rendah/menurun 5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa [Atas] Pencegahan Cara-cara membantu mangsa buli 1. Beri perhatian jika ada mangsa secara sukarela dengan memberitahu mengenai buli dan meminta pertolongan. Kadang-kadang mangsa hanya memerlukan perhatian dan seseorang untuk mendengar. 2. Ibu bapa mangsa buli dan pembuli perlulah dimaklumkan.

3. Aturkan perjumpaan jika perlu. Bincangkan cara-cara penyelesaian masalah dengan mereka. 4. Buat susulan dengan berkomunikasi dengan mangsa, ibu bapa dan guru-guru mengenai masalah ini. 5. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di sekolah dan persekitarannya secara menyeluruh.

Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan buli? * Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah berkenaan wujud. * Jangan teragak-agak untuk memberitahu orang dewasa atau orang yang boleh dipercayai seandainya anda tahu ada individu yang dibuli. Sekolah atau institusi perlu * Memastikan dan memperjelaskan bahawa sebarang kejadian buli tidak boleh diterima (never acceptable) * Mengadakan perbincangan yang khusus berkenaan buli dan masalahnya * Mempertingkatkan pengawasan orang dewasa di kawasan seperti bilik air, kaki lima atau perkarangan dan sebagainya. * Menekankan kepentingan keselamatan, nilai hormat menghormati dan sentiasa mengambil berat. * Menekankan kesan atau akibat dari menyakitkan orang lain * Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap semua kelakuan agresif. * Lakukan susulan terhadap semua aktiviti yang agresif. * Memperbaiki hubungan dan komunikasi di antara pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar. * Menyediakan kotak permasalahan (problem box) di sekolah supaya pelajar dapat melaporkan masalah serta memberi cadangan. * Mengajar cara bekerjasama dalam aktiviti pembelajar Dipetik daripada:

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&s toryid=1257754389481 No comments

SATU MALAYSIA
Thursday, March 25, 2010 6:44:30 PM

PENGUAT INGATAN, PENINGKAT TUMPUAN, PENAMBAH MOTIVASI Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan adalah satu impian, satu hati, dan satu haluan untuk mewujudkan sebuah Negara maju yang aman. HASRAT GAGASAN SATU MALAYSIA: 1. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan nilai bagi mencapai matlamat tersebut: Ketabahan, Penerimaan, Pendidikan, Integriti, Meritokrasi, Rendah hati, Kesetiaan, dan Budaya 2. Mewjudkan bangsa Malaysia tanpa mengira warna kulit dan agama bersama-sama menggembleng tenaga mencapa Wawasan 2020. 3. Melahirkan sebuah Negara yang kukuh melalui perpaduan.

E-GENIUS: KUATKAN INGATAN, TINGKATKAN TUMPUAN, TAMBAH MOTIVASI STRATEGI UTAMA UNTUK MEREALISASIKAN SATU MALAYSIA: 1. Menerapkan prinsip keadilan sosial untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama. Memastikan nasib semua rakyat dapat dibela dan tidak ada mana-mana pihak yang dipinggirkan.

2. Memberi keutamaan terhadap pendidikan. Setiap individu berhak mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang peribadi dan geografi. Mewujudkan integrasi nasional melalui pendidikan. 3. Turut memberikan keutamaan kepada pembangunan teknologi maklumat. 4. Menjalin kerjasama serantau yang melibatkan pertukaran tenaga dan hubungan institusi pengajian tinggi. 5. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang berdasarkan merit sepenuhnya sebagai satu usaha untuk melahirkan modal insan terbaik tanpa mengira kaum. 6. Menerapkan budaya menepati masa, meningkatkan kecepan, keberanian inovasi, dan meneroka peluang ada. 7. Memupuk sikap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air tercinta, ketabahan dalam mengharungi cabaran, dan integriti dalam segala urusan. 8. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance indicators) dalam urusan kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berwibawa, dihormati, dan disegani bersesuaian dengan identiti sebuah Negara bangsa yang maju dan berjaya.

PERANAN REMAJA/ PELAJAR DALAM MEREALISASIKAN SATU MALAYSIA: 1. Belajar bersungguh-sungguh, mengenalpasti minat dan potensi diri masing-masing serta merebut peluang yang ada. 2. Bersatu-padu dan menjauhi sebarang bentuk kata-kata dan perbuatan yang boleh menyebabkan suasana yang tidak aman di sekolah dan dalam masyarakat. 3. Mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas agar masa dan tenaga tidak tersia-sia. No comments

BENCANA JEREBU : KESAN PEMBAKARAN TERBUKA


Wednesday, February 3, 2010 7:30:49 AM jerebu, pembakaran terbuka

TINGKATKAN DAYA INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS Pendahuluan Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian di sekitar Riau, Sumatera Utara dan Kalimantan, Indonesia. Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga ke paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan. Akibat bencana jerebu ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat jerebu bermula 11 Ogos 2005 sehingga ke suatu tarikh yang ditetapkan kemudian berkuat kuasa serta merta di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 531 dan 529. Pengisytiharan darurat jerebu ini merupakan kali kedua selepas Sarawak pada 19 September 1997 dengan IPU 650. Apakah jerebu? Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Selain itu, jerebu juga disebabkan faktor luaran akibat pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian terutama di Indonesia. Oleh itu, dengan percampuran faktor tempatan (seperti asap dari sektor perindustrian dan kenderaan) dan faktor luaran, maka keadaan menjadi kritikal. Apabila partikel tersebut wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya mengurangkan jarak penglihatan.

Oleh itu, setiap pemandu dinasihatkan supaya : Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal. Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain. Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu. Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan. Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat

sekiranya ingin berbuat demikian. Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin. Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu. Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik. Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis. Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain. Kesan jerebu pada kesihatan Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu penyebab jerebu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai penyakit wujud terutama yang melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta mengancam golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan kepada udara yang tidak sihat. Oleh sebab jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan kesannya amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi kehidupan yang sihat. Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu : Kanak-kanak. Orang tua. Perokok. Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. Golongan berpenyakit seperti : Asma. Bronkitis. Radang paru-paru. Penyakit paru-paru yang kronik. Penyakit jantung. Alahan. Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah : Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.

Sukar bernafas atau sesak nafas. Mata pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal. Sakit-sakit dada. Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah : Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. Penutup Bencana jerebu yang kerap melanda negara ketika musim panas kering mengakibatkan beberapa

sektor tertentu seperti pengangkutan udara, darat dan air, pembinaan, pelancongan, perhutanan dan pertanian terjejas teruk. Kesan jerebu terhadap kesihatan orang ramai juga semakin buruk apabila jumlah pesakit yang mengalami gangguan kesihatan semakin meningkat. Justeru, setiap individu perlu sentiasa berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing dan mendapatkan rawatan doktor sekiranya perlu. Dipetik daripada http://www.pensabah.gov.my/berita/Jerebu%20ok.html

No comments

MAKANAN TRADISIONAL
Wednesday, January 27, 2010 2:46:03 PM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerna kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita xpernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita... Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan. Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.

Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan. Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa. Kuih bunga tanjung Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi menambah perisa. Halua maskat Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula. Kuih kasidah dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi serta gula. Merupakan sejenis kuih yang lemak dan manis. Nekbat Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih. Dipetik daripada: http://iskandarirfan.blogspot.com/2009/04/makanan-tradisional-melayu.html No comments

PERMAINAN TRADISIONAL
Monday, January 25, 2010 1:47:29 PM permainan tradisional

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS Sepak Raga Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Dipetik daripada http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/2009/03/najihah-yaakob-ca-08116-jenispermainan.html Laga Biji Getah Bagi kanak-kanak bermain tidak kira apa jenis dan caranya tetap mengisi masa dan menggembirakan mereka. Ada permainan yang tidak memerlukan tempat dan waktu yang khusus. Ada satu objek di ladang getah yang mencetuskan idea untuk dijadikan permainan iaitu biji getah. Tidak sukar untuk mendapatkannya, lebih-lebih lagi jika bertepatan musim biji getah luruh. Dalam permainan laga biji getah ini, kekuatan dan ketahanan tempurung dan ketahanan inilah yang hendak diuji. Permainan laga biji getah ini hanya sesuai untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Ini kerana untuk memecahkan biji getah itu memerlukan tenaga yang banyak dan tapak tangan yang kuat. Dari segi teknik, permainan ini agak pasif tetapi mendedahkan kepada kecederaan tapak tangan sekiranya kurang berhati-hati. Permainan ini hanya memerlukan kekuatan tapak tangan semata-mata. Berdua pun sudah memadai untuk menyempurnakan permainan ini. Namun penglibatan lebih ramai pemain pastinya lebih menyeronokkan. Para pemain masing-masing menyediakan buah getah yang terbaik di antara semua buah getahnya dipanggil "jaguh". Bisanya biji getah yang kuat adalah padat isinya, bersaiz kecil dan bersudut sedikit. Bucu ini nanti akan menjadi "penukul" untuk membinasakan biji-biji getah pencabar. Bagi menentukan siapa yang dahulu bermain, "jaguh" masing-masing akan dicabar dalam ujian ke atas 10 biji getah yang diberi secara rawak oleh pengadil. Pemilik "jaguh" yang berjaya menewaskan banyak biji getah adalah layak menduduki tempat terawal bermain.

Pemain yang berhajat untuk berlawan hendaklah menyediakan seberapa banyak biji getah yang mungkin. Mata diperolehi apabila "jaguh" masing-masing berjaya memecahkan satu biji getah yang diberi oleh pengadil. Pengadil akan memberi mata cara menghadiahi 1 biji getah. Biji getah yang ini bukan untuk diuji tetapi hendaklah di simpan sebagai bukti pungutan mata. Jika "jaguh" tewas kepada getah pencabar, peluang bermain terpaksa di serahkan kepada pemain lain. Bagi mengelakkan penipuan, pengadil akan mengenal pasti yang mana biji getah pencabar. Biasanya pengadil menanda biji getah pencabar dengan cara mengikisnya sedikit. Ada juga pemain yang nakal dan cuba menipu untuk menang. Penipuan dibuat dengan cara melagakan biji getah pencabar dengan anak batu yang disembunyikan dalam genggaman. Ini menjadi tanggungjawab pengadil untuk mengelakkannya. Begitulah seronoknya permainan ini. Ibubapa tentunya tidak keberatan mengizinkan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan ini. Dipetik daripada http://memorikedah.net/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=1&totalRows_Recordset1=10&p=2&ids topic=29&idskandungan=101&mtopic=3 Batu Selambut Selambut atau seremban adalah satu permainan yang mampu mengisi matlamat tersebut. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung. Di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Memandangkan kaedah bermainnya yang lembut nyata permainan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Agak janggal jika dimainkan oleh kanak-kanak lelaki walaupun penyertaan mereka biasa dilihat. Permaian selambut agak pasif. Dilihat dari segi masa bermain, permainan ini tidak memerlukan waktu yang khusus. Malah permainan ini tidak memerlukan penumpuan serius sewaktu bermain seperti bermain permainan-permainan lain. Permainan selambut tidak memerlukan kawasan yang luas. Asalkan ada permukaan rata, permainan ini pasti boleh dimainkan. Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah, serambi, di halaman, di kolong rumah, malah di taman sekalipun. Namun sebagaimana permainan lain, permainan ini juga ada aspek kemahiran yang hendak ditonjolkan. Kemahiran yang diperlukan dalam permainan ini adalah kemahiran melambung dan menyambut anak batu dengan gaya tersendiri lagi lembut. Pendek kata tangan si pengasar memang tidak menjadi untuk bermain selambut. Setiap pemain bermain dengan cermat dan berhati-hati kerana konsep permainan ini adalah mengumpul mata. Sering dirasakan, bermain selambut dengan peserta yang sedikit jauh lebih baik dan menyeronokkan berbanding dengan bermain beramai-ramai. Barangkali maksimum 5 orang sudah dianggap ramai kerana undang-undang secara giliran. Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5 - 10 butir dan inilah satu-satunya alat dalam permainan ini. Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain. Jika sepakat, hendak menggunakan anak batu, maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja.

Setelah mengetahui giliran masing-masing, permainan pun dimulakan. Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira. Tujuannya adalah untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu". Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggik "ibu". Khas di sini bermaksud batu itu memiliki ciri-ciri tersendiri terutama untuk membezakan dengan batu-batu lain. Teknik-teknik mengutip anak batu adalah seperti berikut: * Kaut satu per satu * Kaut beransur-ansur. Misalnya kali pertama 1 butir, kali kedua 2 butir dan seterusnya sehingga habis dikaut. Tidak dapat dinafikan memang ada gangguan dalam permainan selambut terutamanya apabila peserta yang menunggu giliran berasa bosan kerana sudah lama menunggu. Selalunya ketika asyik melangut memerhatikan pergerakan batu itu, diam-diam pemain lain melakukan sebotaj. Biasanya cara yang dilakukan ialah mengalih anak batu. Apabila anak-anak batu dialih posisinya, si pemain pasti gelabah dan hilang tumpuan kerana terkaut lantai kosong. Gangguan kedua ialah apabila pemain lain menyambut batu ibu yang dilambung, atas gangguan ini biasanya pemain mahu mengulang semula permainannya. Namun pastinya tumpuan si pemain sudah terjejas. Begitulah pemain selambut. Namun masa beredar dan permainan ini sudah diubahsuai mengikut citarasa pemain masa kini. Demikianlah pemain selambut. Sekali imbas nampak pasif dan mudah. Jika diteliti pemain ini memerlukan kemahiran. Pemain mesti menjangka masa di samping pantas dan cekap. Saksikan sendiri bagaimana pemain selambut mengutip anak batu tanpa memandang ke lantai. Dipetik daripada http://memorikedah.net/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=29&idskandungan=101&id=428&mtopic=3 Gasing Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. Jenis-jenis Gasing Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. Cara Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Pertandingan Gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan. Gasing Uri Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kirakira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya

gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam. Gasing Pangkah Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula. Dipetik daripada http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

Congkak Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian. [sunting] Asas permainan Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Papan congkak berbentuk bangau menyudu. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa: 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan keduadua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh

memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam. [sunting] Cara membuat congkak Congkak plastik moden. Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. 1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. 2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. 3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. 4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. 5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. 6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. 7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuhtumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya. 8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat

dan sesuai boleh digunakan. Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak No comments

PERANAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN ANAKANAK


Sunday, January 24, 2010 2:52:49 AM pemdidikan kekeluargaan, pendidikan keluarga

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS Artikel ini adalah dalam bahasa Melayu Indonesia. Walau bagaimanapun melihatkan kepentingan isi kandungannya, maka diperturunkannya di sini. Semoga beroleh manfaat.

Pendidikan keluarga merupakan bagian integral dari sistem Pendidikan Nasional Indonesia. Oleh karena itu norma-norma hukum yang berlaku bagi pendidikan di Indonesia juga berlaku bagi pendidikan dalam keluarga. Dasar hukum pendidikan di Indonesia dibagi menjadi tiga dasar yaitu dasar hukum Ideal, dasar hukum Struktural dan dasar hukum Operasional. Dasar hukum ideal adalah Pancasila sebagai sumber dari segala sumber tertib hukum. Oleh karena itu landasan ideal pendidikan keluarga di Indonesia adalah Pancasila. Tiap-tiap orang tua mempunyai kewajiban untuk menanamkan nilai-nilai luhur Pancasila pada anak anaknya. Landasan Struktural pendidikan di Indonesia adalah UUD 1945. Dalam pasal 31 ayat 1 dan 2 dijelaskan bahwa setiap warga berhak mendapatkan pengajaran dan pemeritah mengusahakan sistem pengajaran nasional yang diatur dalam suatu perundang-undangan. Berdasarkan pasal 31 UUD 1945 itu maka ditetapkan Undang-Undang Republik Indonesia nomor 2 Tahun 1989 tentang Sistem Pendldikan NasionaL Berdasarkan Bab IV, pasal 9 ayat 1 disebutkan bahwa satuan pendidikan menyelenggarakan kegiatan belajar-mengajar yang dilaksanakan di sekolah dan di luar sekolah meliputi keluarga, kelompok belajar, kursus dan satuan pendidikan yang sejenis. Dari kutipan ini dapat disimpulkan bahwa orang tua itu mempunyai wajib hukum untuk mendidik anak-anaknya. Kegagalan pendidikan yang merupakan kegagalan dalam pendidikan. Keberbasilan anak dalam pendidikan yang merupakan keberhasilan pendidikan dalam keluarga. Berdasarkan Tap MPR No. II/MPR/1988 seperti telah dijelaskan sebelumnya bahwa pendidikan itu berdasarkan atas Pancasila dasar dan fa]safah negara. Di samping itu dijelaskan bahwa pendidikan merupakan tanggung jawab bersama antara orang tua, masyarakat dan pemerintah. Oleh karena itu secara operasional pendidikan anak yang berlangsung dalam keluarga, masyarakat dan sekolah merupakan tanggung jawab orang tua juga. Pendidikan dalam keluarga berlangsung karena hukum kodrat. Secara kodrati orang tua wajib mendidik anak. Oleh karena itu orang tua disebut pendidikan alami atau pendidikan kodrat.

Peran OrangTua dalam Keluarga Jika diperhatikan sungguh kehidupan keluarga itu tampak tidak satu tetapi kesatuan. Menurut Driarkara SY, kesatuan ini dapat disebut bhineka tunggal (Pengasuh Majalah Basis, 1980, p.96). Bhineka tunggal karena dalam kesatuan hidup terlibat saling hubungan antara ayah-ibu-anak. Oleh karena itu dalam keluarga terjadi strukturalisasi. Dalam sirukturalisasi akan terjadi deferensiasi kerja. Pembagian tugas dan peran dalam keluarga mernbawa konsekuensi dan tanggung jawab pada masing-masing peran itu dalam keluarga. Seperti telah kita katakan di muka bahwa dalam keluarga itu terdapat susunan keluarga yang terdiri orang tua dan anak. Orang tua terdiri dan ayah dan ibu. Bambang Yunawan (1983) menyatakan bahwa susunan anak dalam keluarga terdiri dan anak sulung, anak tengah, anak bungsu dan anak tunggal (Singgib D. Gunarsa, Ny. Y, Singgth D. Gunarsa ed, 1983, p. 174). Sedang Agus Suyanto dalam kaitannya anak yang perlu mendapat perhatian adalah anak tiri, anak tunggal, anak sulung, anak bungsu dan anak pungut (Agus Suyanto, 1981, p.147). Dari dua pendapat tersebut dapat disimpulkan bahwa susunan anak dalam keluarga itu ada kemungkinan hanya ada satu yaitu anak tunggal atau anak pungut atau anak tiri. Ada susunan anak dalam keluarga itu lebih dari dua. Maka dalam keluarga itu akan ada susunan anak sulung, anak tengah dan anak bungsu. Dalam susunan keluarga yang demikian inilah yang memungkinkan terjadi defrensiasi dan stratifikasi tugas dalam keluarga. Sehingga tugas ayah akan berbeda dengan tugas ibu, tugas ayah dan ibu akan berbeda dengan tugas anak, tugas anak, tugas anak tunggal dan berbeda dengan tugas anak dalam keluarga yang jumlah anaknya besar. Anak sulung akan mempunyai tugas yang lain dengan anak bungsu atau anak tengah dan sebagainya. Peran Ayah dalam Keluarga Dari tujuan psikologis dan jasmaniah pria yang kawin lebih menguntungkan. Dari hasil penelitian Jessie Benard tentang setelah kawin yang dikutip oleh Sikun Pribadi menunjukkan bahwa dilihat (1) sifat murung dari laki-laki yang kawin sebesar 37% dan yang tidak kawin 50%, (2) gejala-gejala sakit syaraf yang senius laki-laki yang kawin 17% dan yang tidak kawin 30%, (3) kecemasan laki-laki yang kawin 30% dan laki-laki yang tidak kawin sebesar 40%, (4) kepastian laki-laki yang kawin 50% dan laki-laki yang tidak kawin 60%. Dari hasil peneitian ini dapat disimpulkan, dilihat secara psikis laki-laki yang kawin lebih sedikit yang dilandasi kelainan psikis. Dilihat dari gangguan kesehatan laki-laki yang kawin lebih rendah dari pada laki-laki yang tidak kawin. Makin tua gangguan kesehatan memang makin tinggi, tetapi persentase gangguan kesehatan laki-laki yang kawin lebih rendah dani pada laki-laki yang tidak kawin. Sebagai contoh gangguan kesehatan pada lakai-laki yang kawin 11.7% dan yang tidak kawin 20.5% pada umur 20 - 29 tahun. Sedang pada umur 50- 59 tahun laki-laki yang kawin sebesar 25.7% dan laki-laki yang tidak kawin 46.1%. Perkawinan membawa konsekuensi yang berupa tanggung jawab yang melekat pada peran ganda seorang ayah. B. Simanjuntak dan I.I. Pasanibu menyatakan bahwa peran ayah itu adalah (1) surnber kekuasaan sebagai dasar identifikasi, (2) penghubung dunia luar, (3) pelindung ancaman dunia luar dan (4) pendidik segi rasional (B. Simanjuntak, II Pasaribu, 1981, p.110). Sikun Pribadi membagi peran ayah menjadi (1) pemimpin keluarga, (2) sex poster, (3) pencari nafkah, (4) pendidik anak-anak, (5) tokoh identifikasi anak, (6) pembantu pengurus rumah tangga. Dari dua pendapat tersebut ternyata tidak berbeda dan justru melengkapi. Ayah sebagai pemimpin dalam keluarga disebut juga kepala keluarga atau kepala rumah tangga. Oleh karena itu ayah memegang kekuasaan di dalam keluarga. Ayah berperan sebagai pengendali jalannya rumah tangga dalam keluaga. Sebagai pemimpin keluarga orang tua wajib mempunyai pedoman

hidup yang mantap, agar jalannya rumah tangga dapat berjalan dengan lancar menuju tujuan yang telah dicita-citakan. Secara psikologis diketahui pedoman hidup yang mantap dan kuat merupakan salah satu ciri maskulinitas dalam suatu Aku yang kuat, yang mampu melihat dan menghadapi segala jenis kenyataan hidup duniawi. Pedoman hidup juga mengimplikasikan adad cita-cita yang luhur, yang dapat membawa keluarganya kepada kehidupan dunia akhirat. Seorang ayah sebagai warga negara Indonesia harus menghayati dan mengamalkan nilai-nilai luhur Pancacila, serta menanamkan kepada anak anaknya agar anak menjadi warga negara yang pancasilais. Ayah sebagai sex partner : Ayah merupakan sex partner yang Setia bagi istrinya. Sebagai sex partner, seorang ayah harus dapat melaksanakan peran ini dengan diliputi oleh rasa cinta kasih yang mendalam. Seorang ayah harus mampu mencintai istrinya dan jangan selalu minta dicintai oleh istrinya. Ayah sebagai pencari nafkah : Tugas ayah sebagai pencari nafkah merupakan tugas yang sangat penting dalam keluarga. Penghasilan yang cukup dalam keluarga mempunyai dampak yang baik sekali dalam keluarga. Penghasilan yang kurang cukup menyebabkan kehidupan keluarga yang kurang lancar. Lemah kuatnya ekonomi tergantung pada penghasilan ayah. Sebab segala segi kehidupan dalam keluarga perlu biaya untuk sandang, pangan, perumahan, pendidikan dan pengobatan. Untuk seorang ayah harus mempunyai pekerjaan yang basilnya dapat dipergunakan untuk mencukupi kebutuhan keluarga. Ayah sebagai pendidik : Peran ayah sebagai pendidik merupakan peran yang penting. Sebab peran ini menyangkut perkembangan peran dan pertumbuhan pribadi anak. Ayah sebagai pendidik terutama menyangkut pendidikan yang bersifat rasional. Pendidikan mulai diperlukan sejak anak umur tiga tahun ke atas, yaitu saat anak mulai mengembangkan ego dan super egonya. Kekuatan ego (aku) ini sangat diperlukan untuk mengembangkan kemampuan realitas hidup yang terdiri dari segala jenis persoalan yang harus dipecahkan. Ayah sebagai tokoh atau modal identifikasi anak : Ayah sebagai modal sangat diperlukan bagi anak-anak untuk identifikasi diri dalam rangka membentuk super ego (aku ideal) yang kuat. Super ego merupakan fungsi kepribadian yang memberikan pegangan hidup yang benar, susila dan baik. Oleh karena itu seorang ayah harus memiliki pribadi yang kuat. Pribadi ayah yang kuat akan memberikan makna bagi pembentukan pribadi anak. Pribadi anak mulai terbentuk sejak anak itu mencari Aku dirinya. Aku ini akan terbentuk dengan balk jika ayah sebagai model dapat memberikan kepuasan bagi anak untuk identifikasi diri. Ayah sebagai pembantu pengurus rumah tangga : Pengurusan rumah tangga merupakan tanggung jawab ibu sebagai istri. Dalam perkembangan lebih lanjut maka ayah diperlukan sebagai pengelola kerumahtanggaan. Sebab keluarga merupakan lembaga sosial yang mengelola segala keperluan yang menyangkut banyak segi. Oleh karena itu ayah sebagai kepala keluarga juga ikut bertanggung jawab dalam jalannya keluarga sebagai lembaga sosial yang memerankan berbagai fungsi kehidupan manusia. Dari uraian tersebut di atas dapat disimpulkan bahwa ayah mempunyai banyak peran (berperan ganda). Agar dapat melaksanakan peran ganda ini maka seorang ayah dituntut untuk bekerja keras, dan berpengetahuan yang memadai. Pengetahuan ini sangat diperlukan karena persoalan-persoalan kehidupan makin lama makin sulit dan kompleks. Peran Ibu dalam Keluarga

Kartini Kartono (1977) menyebutkan bahwa fungsi wanita dalam keluarga sebagai berikut (1) sebagai istrl dan teman hidup (2) sebagai partner seksual (3) sebagai pengatur rumah tangga (4) sebagai ibu dan pendidik anak-anaknya, (5) sebagai makhluk sosial yang ingin berpartisipasi aktif dalam lingkungan sosial. Sikun Pribadi (1981) menyatakan bahwa peranan wanita dalam keluarga adalah (1) sebagai istri (.2) sebagai pengurus rumah tangga (3) sebagai ibu dari anakanak, (4) sebagai teman hidup dan (5) sebagai makhluk sosial yang ingin mengadakan hubungan sosial yang intim. Kedua pendapat tersebut ternyata dapat sama, hanya penempatan urutan dan kombinasi peran yang brbeda. Nani Suwondo (1981) menyatakan bahwa wanita dalam keluarga itu mempunyai panca tugas yaitu (1) sebagai istri (2) sebagai ibu pendidik (3) sebagai ibu pengatur rumah tangga (4) sebagai tenaga kerja (5) sebagai anggota organisasi masyarakat. Jika ketiga pendapat tersebu kita bandingkan maka pendapat Nani Suwondo menambah satu peran Wanita sebagai isteri. Ibu sebagai istri sekaligus sebagai seks partner bagi suami dan juga sebagai teman hidup bagi suami. Ibu sebagai isteri merupakan pendamping suami, sebagai sahabat dan kekasih yang bersama-sama membina keluarga sejahtera. Oleh karena itu di lembaga-lembaga pemerintah di mana suami bekerja maka ia akan menjadi anggota organisasi yang ada di tempat suami bekerja. Wanita sebagai ibu pendidik anak dan pembina generasi muda : Ibu sebagai pendidik anak bertanggung jawab agar anak-anak dibekali kekuatan rohani maupun jasmani dalam menghadapi segala tantangan zaman dan menjadi manusia yang berguna bagi nusa dan bangsa. Ibu sebagai pengatur rumah tangga : Ibu pengatur rumah tangga merupakan tugas yang berat. Sebab seorang ibu harus dapat mengatur segala peraturan rumah tangga. Oleh karena itu ibu dapat dikatakan sebagai administrator dalam kehidupan keluarga. Oleh karena itu ibu harus dapat mengatur waktu dan tenaga sescara bijaksana. Ibu sebagai tenaga kerja : Dalam perkembangan sekarang ini dapat dikatakan baik di desa maupun di kota tampak bahwa ibu juga berperan sebagai pencari nafkah. Di pasar, di kantor, di persawahan, ibuibu ikut berkerja untuk mencukupi kebutuhan keluarga. Istri-istri yang bekerja memang sangat berat, sebab di samping mengurus keluarga dan mendidik anak masih harus mencari tambahan penghasilan. Akan tetapi juga banyak justru ibulah yang berfungsi pencari nafkah. Sebab penghasilan ibu lebih banyak dari penghasilan ayah. Oleh karena itu jika kedua-duanya bekerja, maka harus ada kesepakatan yang kuat dan bijaksana sehingga tidak menjadikan keluarga sebagai terminal bis yang selalu gaduh. Ibu sebagai makhluk sosial : Ibu sebagai makhluk sosial tidaklah cukup berfungsi (1) beranak, (2) bersolek, (3) memasak atau seperti predikat ibu di Barat ibu hanya mengurusi (1) anak, (2) pakaian, (3) dapur, (4) makanan saja (Hardjito Notopuro, 1984, p.45). Ibu sebagai makhluk sosial perlu diberi peran dalam masyarakat dan lembaga-lembaga sosial dan politik. Di desa-desa ibu berperan aktif dalam PKK, baik sebagai anggota maupun sebagai pengurus, di kantor-kantor ia diberi kesempatan untuk mendampingi suami sebagai pengurus atau anggota Darma Wanita, Darma Pertiwi dan sebagainya. Ibu dengan tugas-tugas ini akan merasa puas dan banagia, jika semua tugas itu dapat dilaksanakan sebaik-baiknya. Jenis-jenis Pendidikan dalam Keluarga Jenis-jenis pendidikan yang perlu diberikan pada anak. Dalam keluarga diberikan bermacammacam kemampuan jika diperhatikan kegiatan di dalam rumah tangga maka terjadi transformasi

nilai-nilai yang beraneka ragam. Anak laki-laki bersama-sama ayahnya mencuci sepeda motor, memperbaiki sesuatu di rumah, ia bersama-sama bersembahyang dengan ayahnya di rumah atau di masjid. Anak putri bersama ibu membantu memasak, mengatur tempat tidur, menyapu dan sebagainya. Fenomena kehidupan ini dapat dilihat sebagai suatu proses kegiatan mendidik. Di sini terjadi usaha ayah atau ibu untuk membawa anaknya ke dalam lingkungan (N. Driyarkara S.Y), orang dewasa ingin membawa ke dalarn dunia nilai. Nilai ada bermacam-macam, Driyarkara S.Y. yang dikutip dalam Pengasuh Basis (1980), (1) nilai vital, (2) nilai estetik, (3) nilai kebenaran dan (4) nilai moral Anton Sukarno (1986) membagi nilai menjadi (1) nilai material, (2) nilai vital, dan (3) nilai rohaniah yang terdiri dari nilai kebenaran, nilai moral, nilai keindahan dan nilai religius. Dari dua pendapat tersebut tidak terdapat perbedaan. Nilai material menurut Driyarkara termasuk nilai vital. Nilai material berkaitan dengan kebutuhan-kebutuhan jasmani, seperti pakaian, bermacam-macam perhiasan, kendaraan, rumah dan sebagainya. Nilai vital semua barang yang dapat memenuhi kebutuhan hidup kejasmaniah , umpama beras, ketela, buah-buahan, daging, sayur-sayuran, air dan sebagainya. Menurut Driyarkara SY.nilai vital semua yang dapat menyelenggarakan, mempertahankan dan memperkembangkan hidup manusia menurut aspek kejasmanian disebkan nilai vital. Termasuk golongan nilai vital ini adalah perumahan, pakaian, obat-obatan dan sebagainya. Jadi Driyarkara menggabungkan antara nilai material dan nilai vital. Nilai-nilai yang menyebabkan seseorang dapat merasakan bahagian dengan mengalami barangbarang yang bagus dan indah disebut nilai estetika atau nilai keindahan. Oleh karena itu orang menciptakan berbagai macam nilai keindahan. Oleh karena itu orang menciptakan berbagai macam nilai keindahan. Baju tidak sekedar untuk memenuhi tuntutan nilai material atau alat vital, akan tetapi pakaian dibuat sedemikian rupa sehingga pakaian itu memberikan rasa indah bagi yang memakainya. Nilai kebenaran : Dalam kehidupan sehari-hari dapat kita ketahui setiap orang ingin mengetahui dan mengerti tentang sesuatu hal baik yang bersumber dari dalam dirinya maupun hal-hal yang diluar dirinya. Orang akan merasa senang jika dikatakan mengerti sesuatu hal, sebab orang mengerti sesuatu disebut pintar. Dia akan merasa susah jika dikatakan tidak mengerti sesuatu hal, sebab ia dikatakan bodoh. Dan kenyataan ini dapat kita ketahui bahwa orang itu mengejar suatu nilai. Dalam zaman sekarang nilai ini berkembang dalam bermacam-macam ilmu pengetahuan, sistem filsafat, teknologi dan sebagainya. Setiap orang akan mengejar ini semua, maka ia mengejar suatu nilai kebenaran. Nilai kebenaran berkaitan dengan berpikir logis manusia. Sesuatu itu bernilai kebenaran jika dipandang dari akal suatu hal itu benar. Jika seseorang dalam memecahkan suatu persoalan yang dihadapi maka ia merasa puas, sebab ia telah menemukan kebenaran terhadap sesuatu yang tadinya merupakan kesulitan tadi. Nilai-nilai moral : Manusia sebagai makhluk jasmani dan rohani. N. Driyarkara S.Y. menjelaskan bahwa untuk perkembangan manusia, manusia itu harus melaksanakan hukum-hukum yang melekat pada diri manusia sebagai manusia (Pengasuh Majalah Basis, 1980, p.110). Hukum-hukum ini disebut hukum moral atau kesusilaan. Menurut hukum moral manusia itu harus melaksanakan suatu kewajiban, harus cinta sejati kepada sesama, meluhurkan martabat dan derajat manusia. Hukum moral dan kebebasan adalah dua hal yang melekat pada diri manusia. Dengan hukum moral manusia terikat, tetapi manusia bebas untuk melaksanakan. Oleh karena itu manusia itu bebas tapi terikat. manusia itu bebas tapi bertanggung jawab. Nilai-nilai moral atau riilai susila berkaitan dengan perilaku yang baik dan buruk. Manusia harus brbuat baik dan menjauhi yang

buruk. Nilai religius atau nilai keagamaan: Nilai religius merupakan manifestasi dari manusia sebagai makhluk Tuhan. Manusia sebagai makhluk Tuhan dapat mengalami dan merasakan suatu keharusan di dalam dirinya untuk mengakui bahwa adanya bukan adanya sendiri, tetapi adanya karena diadakan oleh Yang Maha Pencipta. Manusia mengakui suatu realitas bahwa dia sebagai makhluk yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Oleh karena itu ia dapat disebut makhluk Tuhan yang harus taat dan taklim kepada-Nya. Dnyarkara SY. menga takan bahwa nilai keagamaan merupakan fondasi dari nilai-nilai moral. Manusia tidak bisa sempuma sebagai manusia, jika ia tidak sempurna sebagai makhluk Tuhan. Sikap adil terhadap sesama, berkasih sayang menjunjung tinggi manusia tidak mungkin terjadi jika tidak didasarkan pada pengakuannya terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Nilai moral dan nilai agama ini merupakan tuntutan dari dalam diri manusia. Dalam keluarga terjadi transformasi nilai-nilai. Seluruh nilainilai tersebut telah ditransformasikan ke dalam diri anak oleh orang tua. Oleh karena itu segala jenis pendidikan telah dilaksanakan dalam keluarga. Sudardjo Adiwikarta (1988, p.66) menyatakan bahwa di semua lingkungan pendidikan semua aspek mendapat tempat. Seperti telah dijelaskan di muka, kita mengenal tiga lingkungan pendidikan yaitu lingkungan keluarga, llngkungan sekolah dan lingkungan masyarakat. Semua lingkungan pendidikan ini telah menyelenggarakan pendidikan untuk mengembangkan aspek kognitif, aspek afektif dan aspek psikomotor. Berhubungan dengan pernyataan ini maka Sudardjo Adiwikarta menyatakan bahwa pernyataan ini adalah tidak benar jika dikatakan bahwa segi afektif dikembangkan di dalarn keluarga, segi kognitif di sekolah dan segi motorik di masyarakat. Juga tidak benar kalau dikatakan bahwa pendidikan di rumah dilandasi emosional dan pendidikan di sekolah dilandasi rasiorial, di masyarakat segi kepraktisan. Pendidikan dalam keluarga memang telah memberikan segala jenis pendidikan, akan tetapi untuk ini pendidikan yang diberikan hanyalah dasar-dasarnya saja. Oleh karena itu Sikun Pribadi menyatakan bahwa lingkungan keluarga merupakan lingkungan pertama bagi perkembangan anak. Pendidikan yang pertama merupakan pondasi bagi pendidikan selanjujtnya (Sikun Pribadi, 1981, p.67). Semua jenis pendidikan masih dikembangkan dan disempurnakan di lingkungan sekolah dan lingkungan masyarakat. Dan akhirnya hanya pendidikan moral dan religius saja yang bertahan di lingkungan di rumah. Sudardjo Adiwikarta menjelaskan lebih lanjut bahwa di dalam keluarga telah dipelajari pengetahuan dasar, keterampilan, aspek-aspek kerohanian serta kepribadian dasar yang dapat dikembangkan lebih jauh dalam lingkungan sekolah dan lingkungan kerja dan dalam lingkungan hidup lain dalam masyarakat. Dalam keluargalah anak-anak mulai berkenalan dengan orang lain dan benda-benda. Di sini pula ia mulai mempelajari cara-cara dan aturan berbuat dan berperilaku sesuai dengan norma sosial yang dianut masya rakat sekitarnya. Juga diawali disini belajar berbahasa yang meliputi berbagai seginya seperti pengenalan kata, penyusunan kalimat, sopan santun berbahasa, yang kesemuanya merupakan segi kehidupan paling penting dalam kehidupan masyarakat. Sosialisasi dalam berbagai segi kehidupan dipelajari dalam keluarga. Tentu hasilnya akan sangat tergantung kepada berbagai karakteristik keluarga tempat anak itu diasuh dan dibesarkan. Pola Asuh Dalam Keluarga Jika peran-peran dalam keluarga kita perhatikan di sana ada yang disebut bapak, ibu dan anak. Ketiga istilah ini dalam kehidupan sehari-hari sangat familier. Ada bapak angkat, bapak guru, bapak dokter, bapak cam at, bapak lurah dan sebagainya. Demikian pula istilah ibu dan anak

banyak digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Apakah istilah ini? Samakah istilah bapak guru dan bapak camat serta bapak keluarga, ibu guru, ibu camat dan ibu keluarga? Dalam istilah-istilah itu semua memang berbeda-beda. Tetapi di dalamnya mengandung pesan yang sama, bahwa di sana ada relasi, ada hubungan bahkan ada interaksi. Jika berkata bapak guru, maka akan terlintas bahwa di sana ada anak didik atau siswa. Di sana hubungan antara seorang yang berperan sebagai bapak untuk anak-anaknya di sekolah. Di sana ada peran yang memerankan suatu pekerjaan. OIeh karena R.S. Downii (1974) guru dapat dipanggil sebagai peran suatu tujuan (aim job), pesan suatu keterampilan (skill job) dan peran suatu pekerjaan (role-job). Bapak guru adalah orang yang dalam pekerjaannya memiliki tujuan untuk mendidik ahli matematika maka ia disebut guru matematika. Seseorang disebut guru karena ia memiliki keterampilan dari seorang guru. Kata ibu guru mempunyai dua kemungkinan bahwa ia isteri dari seorang guru atau ia memang orang yang berperan sebagai aim-job, skill-job atau role-job. Marilah kita lihat bapak dan ibu keluarga. Bapak keluarga mempunyai makna khusus yaitu sebagai role-job, skill-job, dan aim-job. Bapak sebagai peran telah kita bicarakan di muka bahwa bapak memiliki peran ganda termasuk di daiamnya aim-job dan skill-job. Dalam kesempatan akan lebih berkaitan dengan skill-job dalam kaitan interaksi antara bapak dan anak, ibu dan anak. Pengertian ibu dan bapak dalam keluarga akan nampak peran ibu dan bapak sebagai orang yang memiliki keterampilan untuk mendidik, mengajar dan melatih anak. Keterampilan bapak dan ibu dalam menyampaikan nilai-nilai kepada anak-anaknya. Keterampilan dalam menyampikan nilai-nilai kepada anak ini dapat berpusat pada dua kutub yang dipengaruhi oleh gaya orang tua. Sudardjo Adiwikarta (1988) membedakan dua pola yang berpusat pada anak (child centered) dan pola yang berpusat pada orang tua (parent centered). Singgih D. Gunarsa (1983) berdasarkan gaya orang tua membedakan tiga cara yaitu (1) cara otoriter, (2) cara bebas, (3) cara demokrasi, (Singgih D Gunarsa dan Ny. Y. Singgih D. Gunarsa, 1983, p. 82-84). Pola asuh otoriter : Pola asuh yang otoriter akan terjadi komunikasi atu dimensi atau satu arah. Orang tua menentukan aturan-aturan dan mengadakan pembatasan-pembatasan terhadap perilaku anak yang boleh dan tidak boleh dilaksanakannya. Anak harus tunduk dan patuh terhadap orang tuanya, anak tidak dapat mempunyai pilihan lain. Orang tua memerintah dan memaksa tanpa kompromi. Anak melakukan perintah orang tua karena takut, bukan karena suatu kesadaran bahwa apa yang dikerjakan itu akan bermanfaat bagi kehidupannya kelak. Orang tua memberikan tugas dan menentukan berbagai aturan tanpa memperhitungkan keadaan anak, keinginan anak, keadaan khusus yang melekat pada individu anak yang berbeda-beda antara anak yang satu dengan yang lain. Perintah yang diberikan berorientasi pada sikap keras orang tua, sikap keras merupakan suatu keharusan bagi orang tua. Sebab tanpa sikao keras ini anak tidak akan melaksanakan tugas dan kewajibannya. Pola asuh bebas : Pola asuh bebas, berorientasi bahwa anak itu makhluk hidup yang berpribadi bebas. Anak adalah subiek yang dapat bertindak dan berbuat menurut hati nuraninya. Seorang anak yang lapar, ia harus memasukan nasi ke dalam mulutnya sendiri, mengunyah sendiri dan menelan sendini. Tidak mungkin orang tua yang mengunyah dan memasukkan makanan ke dalam perut anaknya. Orang tua membiarkan anaknya mencari dan menemukan sendiri apa yang diperlukan untuk hidupnya. Anak telah terbiasa mengatur dan menentukan sendiri apa yang dianggap baik. Orang tua sering mempercayakan anaknya kepada orang lain, sebab orang tua terlalu sibuk dalam pekerjaan, organisasi sosial dan sebagainya. Orang tua hanya bertindak sebagai polisi yang

mengawasi permainan menegur dan mungkin memarahi. Orang tua kurang bergaul dengan anakanaknva, hubungan tidak akrab dan anak harus tahu sendini tugas apa yang harus dikerjakan. Jika perhatikan dua pola asuh tersebut di atas kita dapat mengetahui bahwa pola otoriter memandang anak tidak ada pilihan lain, kecuali mengikuti perintah dan orang tua. Pada pola yang kedua anak dipandang sebagal subjek yang diperbolehkan berbuat menurut pilihannya sendiri. Segala tugas diserahkan sepenuhnya pada anak. Dua pola ini memang memiliki kelebihan dan kekurangan. Pola asuh memang memiliki kelebihan dan kekurangan. Pola asuh otoriter memang memungkinkan terlaksananya proses transformasi nilai dapat berjalan lancar. Akan tetapi anak mengerjakan tugas dengan rasa tertekan dan takut. Akibatnya jika orang tua tidak ada mereka akan bertindak yang lain. Dia akan melakukan hal-hal yang menyimpang dari aturan yang telah ditetapkan. Pola asuh bebas memang memandang anak sebagai subyek, anak bebas menentukan pilihannya sendiri. Akan tetpi anak justru menjadi berbuat semau-maunya; ia berbuat dengan mempergunakan ukuran diri sendiri. Pada hal anak berada dalam dunia anak dan dia harus masuk pada dunia nilai dan dunia anak. Oleh karena itu anak akan kebingungan ibarat anak ayam yang ditinggalkan induknya. Akhirnya anak akan lari ke sana-kemari tanpa arah. Dalam dua kondisi tersebut di atas tidak akan terjadi pola asuh yang bersifat bineka antara orang tua dan anak. Relasi antara orang tua dan anak tampak renggang pada pola asuh bebas dan ada batas yang kuat serta jurang pemisah antara anak dan orang tua pada pola asuh yang otoriter. Pola asuh domokratis : Pola asuh ini berpijak pada dua kenyataan bahwa anak adalah subjek yang bebas dan anak sebagal makhluk yang masih lemah dan butuh bantuan untuk mengembangkan diri. Manusia sebagai subjek harus dipandang sebagal pribadi. Anak sebagai pribadi yang masih perlu mempribadikan dirinya, dan terbuka untuk dipribadikan. Proses pempribadian anak akan berjalan dengan lancar jika cinta kasih selalu tersirat dan tersurat dalam proses itu. Dalam suasana yang diliputi oleh rasa cinta kasih ini akan menimbulkan pertemuan sahabat karib, dalam pertemuan dua saudara. Dalam pertemuan itu dua pdbadi bersatu padu. Dalam pertemuan yang bersatu padu akan timbul suasana keterbukaan. Dalam suasana yang demikian ini maka akan terjadi pertumbuhan dan pengembangan bakatbakat anak yang dimiliki oleh anak dengan subur Dipetik daripada http://www.lpmpjogja.diknas.go.id/materi/ti/KeluargaPendidikan.pdf No comments

PERANAN REMAJA/ BELIA MASA KINI


Sunday, January 24, 2010 2:19:03 AM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GINIUS

Remaja dan belia pada masa kini banyak terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa ditambah pula dengan konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh nagara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah umat Islam seluruh negara. Para belia yang ditarbiyah memainkan peranan yang amat penting supaya akidah umat Islam akan terus terpelihara. Ini kerana para belia inilah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara seterusnya mencorakkannya menjadi sebuah negara islam yang unggul. Ingatkah lagi kita pada kegemilangan pemerintahan islam suatu masa dahulu di mana islam berkembang di dua pertiga dunia! Para belia yang ditarbiyah harus memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej pelajar yang ditarbiyah di ipt atau di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, menjaga batas-batas aurat, serta menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. First impression orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar. Selain itu, perkara yang amat perlu dititikberatkan ialah menjaga batas-batas aurat serta pergaulan. Terapkan unsur-unsur pemakaian yang menepati tuntutan syariat islam yang benar kepada sahabat-sahabat kita. Elakkan diri daripada terjebak dalam

masalah couple. Inilah peranan belia yang ditarbiyah untuk menyeru kepada kebaikan dengan contoh teladan serta akhlak yang baik. Para belia yang ditarbiyah perlu menjadi pendengar yang baik. Suasana di ipt yang memaksa kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia adalah lumrah kehidupan sebenarnya. Oleh itu, kita digalakkan mencari teman yang baik. Walau bagaimanapun, bersilaturrahimlah meramaikan kawan seperti kata pepatah berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari. Jadilah seseorang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Manfaat yang dimaksudkan mungkin dari segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya. Memetik kata-kata dari sebuah hadis, Allah menolong kita selagi mana kita menolong orang lain. Apabila ada dalam kalangan sahabat datang kepada kita untuk meluahkan masalahnya bermakna kita telah menjadi seorang sahabat atau individu yang boleh dia percayai. Di sinilah, kita sebagai pelajar yang ditarbiyah harus berperanan untuk cuba menaikkan semangatnya dan membawanya ke jalan tarbiyah. Namun sebelum itu, carilah teman dan jagalah hubungan baik dengan rakan-rakan sebanyak-banyaknya. Belia yang ditarbiyah perlu menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya terhadap dirinya sendiri. Jadilah pemimpin yang berwibawa. Belia yang ditarbiyah seharusnya mampu menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan baik dari segi sahsiah dan akademik yang cemerlang di ipt. Jadikan al-quran sebagai teman yang paling akrab. Marilah sejenak kita telusuri rahsia kegemilangan seorang tokoh kegemilangan Islam iaitu Sultan Muhammad al-Fateh. Pernahkah kita bertanya bagaimana sampai al-Fateh mampu menjadi seorang panglima terbaik bagi pasukan tentera terbaik lantas menjadikan hadith Rasulullah 7 abad sebelumnya sebagai realiti bagi dirinya? Kuncinya ialah al-Fateh menyiapkan hidupnya untuk melaksanakan misinya untuk menjadi orang yang disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w. Kalau tidak menjadi panglimanya, sekurang-kurangnya menjadi seorang tentera dari pasukan terbaik sebagai matlamatnya. Sultan Muhammad al-Fateh hanya mempersiapkan dirinya menjadi yang terbaik semampunya. Tapi persiapannya bermula awal, sejak sebelum baligh hingga berjaya menyumbang untuk kemenangan Islam. Tiada apa yang mustahil bila kita menetapkan matlamat, kemudian mencurahkan segenap kemampuan untuk mencapai matlamat tersebut. Tetapkan target, tanamkan semangat membara, bekalkan hati dengan nurani rabbaniyyah dan seterusnya penuhi diri dengan ilmu dan disiplin ketaatan. Bermula daripada tarbiyah diri sendiri sehingga akhirnya tertegaknya kebenaran di muka bumi ini. Seperti kata seorang mursyid tegaklah Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak di negerimu. Namun harus diingat bahawa tarbiyah hanyalah merupakan satu proses yang tiada akhirnya, iaitu belajar serta mengajarkan. Kitalah yang menggerakkan proses tarbiyah hingga menghasilkan perubahan tidak hanya pada diri sendiri, malah kepada semua yang berhubungan langsung dengan diri kita, sehingga sibghatullah-pencelupan Allah mewarnai ummat di bumi ini dengan nur Islam yang hakiki. Hanya jalan tarbiyah sebagaimana yang dijalani oleh Rasulullah s.a.w bersama para sahabat yang mampu menjadi landasan terbaik bagi membentuk para pelajar menjadi muslimin dan muslimah sejati. Ingatlah bahawa Umar al Khattab RA pernah berkata kepada sahabatnya: Impikanlah! .Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah. Inilah sebenarnya modal untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda yang

sanggup meletakkan hidupnya demi Islam jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya. Belia yang ditarbiyah merupakan modal tak ternilai untuk kejayaan pembentukan khairu ummat demi kegemilangan Islam sejagat. Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyeru yang maruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah-(QS3:110). Segalanya bermula daripada diri individu yang ditarbiyah. Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber mata air kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan rahim umat itu melahirkan tokoh tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya (Al Banna: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun) Dipetik dan diubahsuai daripada blog Halaqah Online http://www.halaqah-online.com/v3/dakwah-harakah/peranan-belia-sebagai-sumber-mata-airkebangkitan-ummah.pdf No comments

GLOBALISASI DAN MEDIA GLOBAL


Friday, January 22, 2010 2:06:44 PM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Oleh: Samsudin A. Rahim Pengenalan Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan siaran melalui siaran penyiaran langsung (DBS), aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak begitu diperdebatkan. Sebaliknya isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang diskusi di peringkat antarabangsa. Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru. Dunia sekarang ini bukan lagi dikenalpasti dengan sandaran ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global. Organisasi perdagangan dunia (World Trade Organisation) adalah mekanisme yang digunakan untuk merealisasikan impian global tersebut. Dalam bidang komunikasi pula, proses penglobalan dunia boleh terhasil dengan mewujudkan media global yang berperanan bukan sahaja menyebarkan maklumat tetapi juga mencorak dan mempengaruhi pendapat awam dunia. Bagi penyokong isu globalisasi dan media global, mereka melihat satu peluang keemasan untuk warga dunia menjadi masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini disebabkan proses menyerbarluas bahan berita dan pengetahuan dapat dilakukan dengan pantas tanpa sekatan keseluruh pelusuk dunia. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang pasimistik mengenai

globalisasi dan media global ini, situasi ini akan mengulangi satu lagi usaha penjajahan. Pada masa lalu penjajahan dilakukan secara fizikal melalui kekuatan ketenteraan dan kemudiannya berlaku secara kuasa ekonomi. Kini penjajahaan boleh dilakukan secara elektronik dengan mendominasi rangkaian media global. Isu imperialisme media pernah dibangkitkan pada tahun 1980an lagi dalam konteks aliran berita yang tidak seimbang antara negara maju dan negara sedang membangun. Gagasan untuk mewujudkan order baru maklumat dunia bagi mengimbangi aliran berita antarabangsa yang dipelupori oleh Unesco tidak kecapaian disebabkan kurang sokongan daripada negara maju berdasarkan prinsip kebebasan media. Dalam menghadapi polemik globalisasi dan media global ini kita perlu melihatnya dengan cara terbuka dan menilai implikasi dan impaknya kepada masayarakat dan negara. Natijahnya kita kurang berupaya untuk membendung arus globalisasi yang pesat berlaku sekarang ini. Namun begitu kita juga perlu memantaunya secara kritikal untuk membolehkan kita memberikan respon yang sesuai agar kita dapat menguasai destini politik, ekonomi, budaya dan identiti nasional kita. Untuk membolehkan kita memantau perkembangan globalisasi dan media global ini secara kritikal, kita seharusnya mempunyai minat dan keupayaan untuk mengenalpasti perkempangan dan prestasi media global ini seperti.agensi berita, rangkaian television dunia, agensi periklanan dan juga internet. Disamping itu kita juga harus berupaya mengikuti perkembangan industri komunikasi di negara kita sendiri serta aspek-aspek perundangan yang berkaitan dengan perjalanan media. Pengetahun ini akan membolehkan kita membuat analisis yang berkesan mengenai impak globalisasi dan media global kepada masyarakat setempat. Globalisasi Globalisasi yang mula diperkatakan diakhir tahun 1980an dan tahun 1990an difahami sebagai usaha yang membabitkan pergerakan modal, manusia, barangan, maklumat dan budaya. Pada peringkat awal, pengerak globalisasi menganggapnya sebagai sesuatu yang baru, sukar untuk ditolak dan akan memberikan faedah kepada semua. Tetapi kemudiannya realiti menunjukkan bahawa globalisasi bukanlah sesuatu yang baru, tidak boleh ditolak malah tidak memberikan manafaat kepada semua (Jin, 2002). McGrew (1992:65) menggambarkan globalisasi sebagai intensification of global interconnectedness. Apa yang dimaksudkan oleh McGrew dengan peningkatan hubungan jaringan global adalah pada waktu ini sempadan negara tidak lagi menjadi rintangan dalam kehidupan kita. Hampir semua aktiviti sudah mula bergerak merentasi sempadan negara sama ada barangan, modal, manusia, pengetahuan, imej, jenayah, pencemaran alam, dadah, fashion dan juga kepercayaan. Keadah pergerakan itu berlaku dalam pelbagai cara, sama ada melalui jaringan hubungan antara peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi. Proses globalisasi telah menjadikan dunia semakin kecil seperti mana metafora Marshall McLuhan (1964) yang mengatakan dunia sudah menjadi sebagai Kampong Sejagat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula telah menggunakan metafora Jiran Global Kita untuk menghuraikan konteks politik negara-negara dalam proses globalisasi ini. Apakah yang sebenarnya berlaku dalam proses globalisasi? Adakah dunia telah mengucup menjadi kecil atau pun kaki dan tangan kita sudah memanjang sehingga boleh menjangkau merata pelusuk dunia dengan mudah? Satu perkara penting yang merealisasikan proses globalisasi ini adalah perkembangan dalam teknologi komunikasi. Melalui jaringan sistem komunikasi seperti Internet, telefon, atau rangkaian television global dunia telah dikecilkan dengan memungkinkan hubungan yang

merentasi sempadan negara dilakukan dengan begitu mudah sekali. Begitu juga halnya diperingkat individu dimana dunia menjadi semakin rapat kerana kita mempunyai peluang menggunakan alat teknologi kmunikasi untuk memperluaskan sempadan ruang dunia tempatan kita kepada dunia global. Tomlinson (1999) mengganggap perkembangan tersebut sebagai deterritorialization. Maksudnya, kita sudah tidak boleh lagi mempertahankan ruang dan masa kita sebagai hak kita tanpa boleh dicerobohi oleh orang lain. Dalam proses globalisasi, ruang dan masa sudah menjadi hak sepunya masyarakat sejagat. Sempadan negara bangsa bukan lagi menjadi sebab untuk mempertahankan kemasukan maklumat daripada luar. Ruang dunia sudah menjadi hak bersama. Bagi kita di Malaysia walaupun bahang globalisasi belum dirasakan sepenuhnya tetapi bibitbibitnya telah menjadi kenyataan. Kita tidak boleh lagi mengatakan negara kita terasing daripada rangkaian hubungan globalisasi ini. Walaupun mempunyai perkhidmatan siaran televisyen satelit yang terhad, tetapi sama ada siaran itu secara langsung atau tertangguh, kita sudah dapat menikmati program daripada media global setiap hari. Kita bukan sahaja disajikan dengan maklumat politik, kewangan dan sosial daripada pelbagai tempat didunia melalui CNN dan CNBC tetapi juga berkongsi hiburan yang sama dengan penduduk dunia yang lain melalui filemfilem melalui rangkaian tematik televisyen seperti HBO, Cinemax, dan Star Movies. Begitu juga generasi muda terdedah kepada rancangan tematik musikal seperti MTV dan V Channel, selain daripada diperagakan dengan perisian program kanak-kanak daripada Disney Channel dan Nicoldeian. Natijah daripada perkembangan ini, bukan sahaja kita akan beruntung untuk menerokai dunia luar dengan mudah dan mendapat faedah daripadanya, tetapi dalam masa yang sama juga kita akan lebih terdedah kepada unsur-unsur luar ke dalam persekitaran kita. Keterbukaan kepada dunia luar tanpa kawalan inilah yang kurang disenagi oleh kebanyakan negara kerana mereka merasa kehilangan keupayaan untuk menentukan apakah yang baik untuk negara mereka, terutama budaya yang menjadi identiti mereka. Andaian ini adalah berasaskan bahawa globalisasi akan cuba menwujudkan budaya yang homogen. Menurut Tomlinson (1999), tesis budaya homogen atau cultural homogenization berasakan andaian bahawa globalisasi adalah sebagai usaha untuk menseragamkan permintaan mewujudkan budaya pengguna, di mana menjadikan setiap tempat akan menjadi lebih kurang sama. Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ianya bukah sahaja menyentuh tentang hubungan antara pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya. Walaupun kita tetap kekal di tempat kita tinggal, tetapi dengan globalisasi ini simbol budaya luar akan datang kepada kita melalui pernatara media. Kita akan terdedah kepada proses intergrasi dan disintergrasi budaya di mana budaya luar menyerap dan diterima dalam budaya kita disamping ia juga mengdisintergrasikan budaya yang sedia ada. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintergrasikan ciri-ciri budaya luar. Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam proses globalisasi kita akan dapat melihat budaya tempatan atau introvert culture yang telah wujud begitu lama dan membayangi budaya luar atau translocal culture akan secara beransur-ansur dibayangi ke belakang oleh budaya luar yang mengandungi pelbagi unsur secara beransur-ansur menonjol ke hadapan. Adalah sukar untuk meletakkan nilai moral dalam assimilasi budaya luar dengan budaya tempatan. Ini disebabkan nilai moral itu adalah subjektif berdasarkan ruang dan masa. Namun

begitu, setiap generasi ingin mengekalkan ciri-ciri budaya positifnya untuk diwarisi. Ciri-ciri budaya ini ada kalanya berkaitan dengan adat resam dan ada juga yang berkaitan dengan pegangan agama. Mungkin sesuatu generasi itu ingin mempertahankan apa yang dianggap teras dalam gaya hidupnya. Apa yang kurang disenangi oleh masyarakat tempatan dalam arus globalisasi ini kemungkinan wujud satu budaya yang homogen iaitu yang berteraskan budaya barat. Ini disebabkan representasi simbolik yang kita terima melalui perantaran media kebanyakaannya adalah bepengkalan di barat. Tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya arus globalisasi ini songsang daripada timur ke barat di mana gaya hidup timur diterima sebagai gaya hidup barat. Tetapi kekerapannya adalah terlalu jarang. Satu perkara yang tidak boleh kita ketepikan dalam membincanhkan tentang globalisasi adalah peranan teknologi komunikasi yang semakin canggih yang berupaya menghubungkan pelbagai pelusuk dunia dalam satu rangkaian global. Ini berlaku sama ada melalui rangkaian telefon, faximili, Internet, atau pun media global. Teknologi komunikasi adalah satu alat penting dalam mengoperasikan proses globalisasi dengan peningkatkan keterhubungannya antara individu dan negara. Namun begitu aktiviti yang mengalami proses globalisasi membabitkan pelbagai aktiviti termasuklah ekonomi, sosial, politik dan budaya. Dalam aspek ini bukan sahaja kita terdedah dan melibatkann diri dalam aktiviti global diluar perbatasan sempadan negara dan lokaliti kita, tetapi juga ada ketikanya kita akan cuba mengarap aktiviti global itu kedalam aktiviti tempatan kita. Sebab itulah yang yang mengatakan bahawa proses globalisasi diibaratkan global production of the local dan localizaton of the global. Order Baru Maklumat Dunia (NWIO): Tinjauan kembali Order baru maklumat dunia adalah satu isu yang hangat diperdebatkan oleh negara-negara yang menjadi anggota Unesco pada tahun 1980an. Tujuannya adalah untuk membetulkan keadaan aliran maklumat dunia yang semakin memihak kepada dunia maju. Melalui ketidak seimbangan aliran maklumat ini kerap berlaku salah laporan dan paparan negatif negara membangun di kalangan audien media di negara maju. Negara maju terutama Amerika Syarikat menolak hujjah untuk memperbetulkan order maklumat dunia dengan alasan ia akan mejejaskan kebebasan media yang dipelupori oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara maju yang lain (Dunia Pertama). Walaupun isu ini mendapat sokongan padu daripada negara membangun (Dunia Ketiga) dan negara blok Soviet (Dunia Kedua) namun perlaksanaannya tidak kecapaian. Ekoran daripada ketegangan hasil daripada perdebatan isu ini, Amerika Syarikat akhirnya menarik diri dari keahlian Unesco hingga kini. Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru. Klasifikasi dunia kepada tiga sudah tidak ada lagi kerana dengan runtuhnya empire Soviet Union, dunia kini berpaksikan satu pola yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, McPhail (2002) mengemukan klasifikasi baru dunia yang juga terbahagi kepada tiga iaitu Core Nations, Semi-Peripheral Nations and Peripheral Nations. Core Nations adalah negara-negara industri yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat. Negera Semi-Peripheral pula adalah negara yang sudah melangkah ke pembangunan industri tetapi dalam masa yang sama juga mejalankan ekonomi pertanian. Negara peripheral adalah negara yang berteraskan ekonomi pertanian. Dalam hubungan antara ketiga kelompok warga dunia ini, lazimnya negara core akan mendominasi hubungan, baik dari segi ekonomi, politik dan sosial. Menurut McPhail, syarikat multinasional yang berpangkalan di negara utama cuba menguasai pasaran global melalui rangkaian syarikatnya yang beroperasi di negara subodinate. Jika dalam teori dependency, Andre Frank menyatakan bahawa diantara punca kemunduran negara sedang membangun adalah

disebabkan hasil kekayaan buminya telah diperah untuk mengkayakan negara maju yang menjadi penjajah, keadaan yang sama juga berlaku sekarang ini melalui arus globalisasi. Yang berbeza adalah pada ketika ini bukan kekayaan bumi yang diperah, tetapi kuasa membeli warga negara membangun itu yang dikuasainya melalui promosi produk yang menggunakan keupayaan dan pengaruh komunikasi. Peranan negara utama ini adalah untuk memperluaskan dagangan mereka dengan dua kelompok negara lain yang dianggap sebagai subordinate. Perluasan dagangan ini dilakukan dengan menguasai hak milik melalui dasar deregulasi dan pasaran terbuka global. Disamping itu, penguasaan dagang ini juga dilakukan melalui menguasai kuasa beli warga negara yang terbabit dengan promosi periklanan. Dengan belanjawaan periklanan yang tinggi, secara langsung atau tidak langsung ia menggalakkan pertumbuhan media di negara subordinate yang kemudiannya akan menjadi alat penyebaran dan promosi produk daripada negara utama ini. Dalam komunikasi global ini, periklanan menjadi nadi kepada usaha dominasi negara utama terhadap negara subordinate. Menurut Competative Media reporting (CMR) pada penghujung tahun 1990an, 10 pengiklan yang utama adalah berpengkalan di Amerika Syarikat di mana diantara mereka telah membelanjakan sejumlah US$ 11 Billion setahun (RM 41.1 billion) untuk pengiklanan secara global. Untuk mempastikan kesan periklanan ini, syarikat periklanan multinasional juga beroperasi di negara subordinate. Syarikat multinasional ini dengan belanjawan yang besar lazimnya dapat menerapkan nilai, sikap dan amalan niaganya di negara di mana mereka beroperasi. Kehadiran mereka yang mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi terutama dalam menganalisis pasaran dan mengatur strategi pemasarannya telah meminggirkan agensi periklanan tempatan yang sering kali merupakan agensi kecil yang tidak mempunyai kemahiran dan kemmpuan kewangan yang besar. Isu yang dikaitakan dengan agensi periklanan ini bukan sahaja ia meminggirkan agensi periklanan tempatan tetapi adalah usaha untuk membentuk satu budaya konsumer global. Ada usaha untuk menggunakan satu agensi periklanan untuk menghasilkan satu produk global. Barubaru ini McDonald telah memberikan khidmat periklanan kepada sebagai agensi periklanan multinasional di Sweeden untuk menghasilkan satu iklan global yang sama untuk semua pasarannya baik di negara utama atau pun negara Semi-Peripheral dan Peripheral. Dalam konteks ini jika dahulu NWIO ingin mengimbangkan aliran maklumat tetapi isu imbangan tidak lagi wujud. Isu yang ketara sekarang ini adalah penerimaan umum tentang kewujudan pasaran global. Apa yang ingindiperdebatkan dalam konteks ini adalah apakah tren sedemikian akan menglenyapkan kedaulatan dan identiti nasional sesebuah negara. Dengan lenyapnyan isu NWIO, Unesco mulai akhir 1990an menumpukan usaha kepada World Information Report yang fokasnya adalah kepada analisis lebuhraya informasi global atau global information highway. Usaha Unesco kini lebih tertumpu kepada memberikan respon positif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang melanda dunia sekarang ini. Isu yang kini lebih diberikan perhatian adalah mengenai masyarakat bermaklumat, lebuhraya maklumat, implikasi ekonomi, isu hak cipta dan beberapa isu sosial dan perundangan lain. Berteraskan perspektif baru ini, aktiviti yang dilakukan oleh Unesco bukan lagi menyoalkan ketidak seimbangan dalam aliran maklumat tetapi lebih tertumpu untuk membuka peluang akses kepada teknologi maklumat kepada semua iaitu equal access to information and communication technologies (Unesco, 2000). Bekas ketua pengarah Unesco Federico Mayor menyatakan bahawa teknologi baru terutamanya pembangunan lebuhraya maklumat mempunyai potensi

untuk meyumbang kepada solidariti global dengan mengambilkira mereka yang terpinggir kerana rangkaian teknologi tersebut boleh dicapai oleh semua, tanpa mengira di mana mereka berada. Walaupun usaha ini adalah baik sebagai satu perkhidmatan sosial kepada warga dunia, hakikatnya perkembangan dan pelaburan dalam teknologi komunikasi ini banyak didominasi oleh sektor dagang yang bermotifkan keuntungan. Sejauh manakah akses kepada teknologi komunikasi ini akan memberikan faedah hidup kepada sebahagian besar penduduk di negera peripheral yang masih lagi kekurangan kemudahan asas untuk hidup? Ekonomi Media dan Budaya Media Pembukaan pasaran global memberikan keistemewaan kepada syarikat gergasi dunia untuk memperluakan pasaran produknya keseluruh pelusuk dunia. Tidak ketinggalan dalam persaingan ini adalah industri media. Dengan adanya pasaran global, industri media akan menikmati economics of scale di mana kos pengeluarannya akan menurun disamping mempunyai pasaran yang lebih luas. Dengan itu industri media akan dapat mengurangkan kos produksi dan memaksimumkan keuntungan seperti juga dengan entiti ekonomi yang lain. Industri media dan hiburan dikatakan tumbuh dengan pesat, lebih pesat daripada pertumbuhan keluaran negara kasar negara-negara sedang membangun. Media industri dianggap sebagai satu komponan integral dalam ekonomi global. Pada tahun 1980an dimana bermulanya perkembangan media global, perbelanjaan industri media dan komunikasi dalam tahun 1980 berjumlah US$350 billion atau 18 peratus daripada jumlah dagangan dunia. Pada tahun 1986 jumlah ini meningkat kepada US$1,600 billion. (Herman and McChesney, 1997). Namun begitu fungsi industri media tidak jauh lari daripada fungsi industri lain. Menurut Picard (1998), ekonomi media adalah berkaitan dengan bagaimana pengendali media memenuhi permintaan dan keperluan maklumat dan hiburan audien, pengiklan dan masyarakat dengan sumber yang ada. Industri media adalah berlainan sedikit dengan industri yang lain. Pertama, industri media tidak semestinya didorong oleh motif keuntungan semata-mata. Ada juga organisasi dalam industri media yang bermotifkan perhidmatan kepada masyarakat. Kedua, industri media tidak bergerak atas landasan teori asas ekonomi iaitu scarcity of resources dimana penggunaan sesuatu sumber yang berlebihan akan mengurangkan penawaran sumber berkenaan serta menaikkan kos output kepada sumber tersebut. Dalam industri media, sumber dan kos produksi sesuatu isi kandungan media adalah tetap tanpa mengira berapa bilangan audiennya. Berapa banyak kali sesuatu filem, lagu, drama atau berita itu digunakan oleh audien, sumbernya tidak akan kehabisan. Misalnya industri yang berasaskan bijih timah sudah berkurangan di negara ini kerana sumber bijih timah sudah kehabisan. Walau bagaimanapun, filem P. Ramlee terus ditonton berkali-kali oleh audien stesen televisyen atau pemilik cakera padat sekalipun filem tersebut diterbitkan dalam tahun-tahun 1960an. Konsumpsi filem P. Ramlee yang berulang-ulang tidak akan melibatkan pertambahan kos disebaliknya membawa keuntungan yang banyak kepada pemilih hak ciptanya. Keunikan induatri media adalah hubungan antara pengeluar dengan pembeli adalah tidak jelas. Maksudnya audien media tidak membayar kos produk media secara langsung kepada pengeluar atau pembekal (melainkan dalam konteks bayaran pelanggan untuk televisyen kabel atau satelit). Industri media dikatakan mempunyai pasaran dua produk Komoditi pertama yang dihasilkan media adalah isi kandungan (program television, berita akhbar, artikel majalah dll.). Industri media boleh menjual isi kandungan media yang akan ditonton, dibaca atau didengar oleh pelanggannya. Komoditi kedua produk media adalah audien yang menggunakan isi kandungan

media. Audien adalah satu komoditi yang induatri media boleh jual kepada pengiklan. Lebih besar jumlah audien bagi sesuatu program media maka lebih tinggilah bayaran pengiklan kepada organisasi media berkenaan. Dengan adanya mekanisme dunia seperti World Trade Organization (WTO) yang ingin membuka pasaran global dan beberapa dasar liberal yang memecahkan monopoli dan pemilikan asing, maka sudah tentu dengan secara semulajadi kebanyakan pemilik organisasi media di negara maju ingin mengembangkan pasarannya. Disamping itu perkembangan teknologi komunikasi juga membantu industri media untuk meningkatkan lagi usaha pelaburanya di negara yang jauh daripada pengkalan ibu pejabatnya. Kebanyakan organisasi media berpendapat bahawa masih banyak peluang pasaran untuk diteroki bukan sahaja di negara subordinate tetapi juga di kalangan negara utama. Dalam konteks economics of scale inilah wujudnya media global kerana ia akan memberikan pulangan yang besar kepada pengusaha industri ini. Walaupun dari segi perkiraan ekonominya adalah baik, media global juga memberi implikasi sosial yang berbeza di kalangan audiennya. Industri media dikatakan lebih berpengaruh dalam proses sosialisasi dan penyuburan isian media terhadap khalayaknya. Sebagai contoh kita ambil industri penyiaran. Satu ketika dahulu terdapat dua sistem penyiaran iaitu sistem penyiaran awam yang berakar umbi di Eropah dan diamalkan di kebanyakan negara membangun, dan sistem penyiaran komersial yang menjadi asas penyiaran di Amerika Syarikat Dengan perkembangan masa dan beban tanggungan industri penyiaran awam oleh kerajaan, kebanyakan negara telah mempelbagaikan sistem penyiaran dengan mengizinkan penubuhan stesen-stesen komersial. Fungsi asas sistem penyiaran awam adalah mementingkan maklumat dan pendidikan untuk mendidik khalayak sasarannya untuk menjadi warganegara. Menurut William (Barker, 1999), tujuan penyiaran awam adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh negara iaitu untuk memberitahu, merangsang dan mendidik warganegara sesebuah negara untuk membentuk khalayaknya menjadi warga negara yang bertanggungjawab melalui program yang berteraskan pendidikan, pembujukan dan juga hiburan. Di Malaysia, perkhidmatan stesen television satelit Astro menggambarkan pertembungan antara industri media tempatan dengan industri media global. Astro tidak perlu memberi tumpuan kepada pembikinan isi kandungan seperti television tempatan yang lain. Astro kebanykannya menyalurkan program daripada organisasi media global yang membekalkan isi kandungan untuk saluran-saluran khusus seperti ESPN, HBO, Star TV dan sebagainya. Untuk menghadapi persaingan ini, dasar liberal kerajaan telah membolehkan perkhidmatan television kommersial. Bagitu juga stesen awam iaitu Television Malaysia saluran TV1 dan TV2 juga akan dikorporatkan untuk membolehkanya menghadapi persinagn dengan stesen komersial dan satelit yang lain. Fungsi sistem penyiaran komersial pula lebih mementingkan memenuhi citarasa khalayak dengan program berunsur hiburan kerana itulah yang dikatakan dikehendaki oleh sasarannya. Khalayak penyiaran komersial adalah konsumer yang perlu dimenangi dan ini memberikan sebab kenapa rating sesuatu program adalah penting. Lebih popular sesuatu program itu dan banyak penontonnya, maka lebih tinggilah keuntungan yang boleh dicapai. Sistem penyiaran komersial menganggap khalayaknya sebagai konsumer yang perlu dijual kepada pengiklan. Menurut Hellman (1999), sistem penyiaran awam ingin membentuk nili-nilai yang berasaskan kesejagatan, kepelbagaian pendapat dan pilihan program yang luas. Tetapi media komersial berasaskan nilai yang berbeza iaitu populariti, perkiraan pilihan dan ekonomi. McQuail (1987) pula berpendapat dalam penyiaran televisyen komersial hubungan antara stesyen dengan

khalayak adalah hubungan konsumer-produk, bukan hubungan moral atau sosial sepertimana dalam penyiaran awam. Media global dan media lokal Tahun 1980an adalah satu era perkembangan media global yang pesat disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengswastaan, deregulasi dan perkembangan teknologi baru komunikasi. Pada akhir tahun 1980an telah wujud apa yang dikatakan sebagai pasaran media global di mana syarikat media lebih merupakan syarikan bercorak transnaional yang menjalankan operasinya dimerata tempat di dunia ini. Diantara syarikat tersebut adalah Time-Warner, The Walt Disney Company, News Corporation, Turner Broadcasting, Matsushita dan Sony Corpoation (pemilik CBS Records dan Columbia Picture). Walaupun pada tahun 1990an masih lagi wujud sistem media nasional dan tempatan, syarikat media terus mengukuhkan operasinya yang melintasi sempadan negara dan memberi kesan kepada sistem media tempatan. Perkembangan media global berlaku dalam tiga cara. Pertama melalui mengukuhkan kedudukan syarikat dengan mengambilalih pemilikan syarikat yang bersaing. Kedua melalui penerokaan pasaran baru di luar daripada negara di mana syarikat itu beroperasi. Ketiga dengan melambakkan sebanyak mungkin program atau perisian media di negara peripheral yang kurang keupayaan untuk menghasilkan perisian media mereka sendiri. Jika diambil contoh dalam industri penyiaran di mana sektor program kanak-kanak dianggap sebagai satu segmen pasaran global yang lumayan. Dalam konteks ini terdapat tiga syarikat gergasi yang memonopoli pengeluaran dan pemilikan saluran televisyen tematik iaitu The Walt Disney Company, Cartoon Network dan Nickelodeon. The Walt Disney Company selain daripada berfungsi sebagai pengeluar filem dan program televisyen juga melancarkan jenama saluran telivesyennya sendiri iaitu Disney Channel di Amerika Syarikat pada atahun 1983 dan kemudiannya di Eropah dan Asia pada atahun 1995. Untuk mengkukuhkan kedudukannya sebagai syarikat media yang utama The Walt Disney Company telah mengambilalih Fox Family Worldwide pada tahun 2001 dan sekali gus mejadikan syarikat ini sebagai pemilih rangkaian stesen televisyen kabel di Amerika Syarikat dan mempunyai pegagangan majoriti dalam Fox Kids Europe (Wescott, 2002) Cartoon Network yang juga berpengkalan di Amerika Syarikat mempunyai rangkaian tematik televisyennya sendiri dan dimiliki oleh Time Warner. Pada tahun 2000, Cartoon Network dikatakan memperlehi pendapatan kasar sebanyak US$500 juta. Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya, Cartoon Network terpaksa melihat pasaran di luar Amerika Syarikat dengan berkembang ke negara Amerika Latin dan Asia pada tahun 1994. Nichkelodeon yang mula memperkenalkan saluran tematik kanak-kanak pada tahun 1979 di Amerika Syarikat juga sedang berkembang di pasaran luar negara dengan pelaburan dalam program baru. Dalam keadaan di mana syarikat gergasi global ini tidak boleh menembusi pasaran tempatan melalui rangkaian tematik mereka, ia akan berkerja sama dengan syarikat televisyen tempatan dengan membeli program secara blok. Misalnya dalam rangkaaian televisyen tempatan kita dapat melihat program yang dikeluarkan oleh The Waly Disney Company ditayangkan dalam satu blok khas dan dinamakan dengan jenama Disney. Media global bukan sahaja begitu dominan dalam program hiburan tetapi juga dalam program berita. Pelancaran televisyen satelit Cable News Network (CNN) yang menyiarkan berita selama 24 jam sehari telah mengubah corak masyarakat dunia mendapat berita dengan cepat dan secara langsung. CNN bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1980 dengan menggunakan satelit untuk menyampaikan berita kepada stesen-stesen television kabel. Walau bagaimanapun hanya

20 peratus daripada penduduk Amerika mempunyai perkhidmatan televisyen kabel. Untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas CNN menfokuskan siarannya kepada pasaran global dengan meningkatkan keupayaan siaran satelit, mengembangkan keupayaan pencarian berita dan menjadi rangkaian televisyen global untuk berita yang utama. CNN yang diilhamkan oleh Ted Turner akhirnya dibeli oleh Time Warner dengan harga US$6.5 billion dan kini menjadi syarikat televisyen yang terungul dari segi membawa berita dengan cepat dan secara langsung kepada audien diseluruh dunia. Diantara pesaing kepada CNN adalah BBC World, Euronews, Skynews, MSNBC dan sejak akhir-akhir ini Al-Jazerra. BBC yang telah terkenal dengan perkhidmatan radio keseluruh dunianya akhirnya membuat keputusan melancarkan perkhidmatan berita televisyen 24 jam dengan jenama BBC World. Anihnya pasaran pertamanya dilancarkan ke Asia pada tahun 1994. Di Malaysia khususnya di antara rangkaian berita yang boleh diterima melalui televisyen satelit adalah CNN, BBC World, MSNBC, Deutsche Welle dan juga Al Jazeera. Al Jazeera adalah stesen televisyen berbahasa Arab yang berpengkalan di Dubai. Stesen ini menjadi pesaing kepada rangkaian beirta televisyen global yang lain sewaktu perang Afganistan pada tahun 2000 di mana ia berupaya melaporkan berita dari dalam Afghanistan dengan banyak liputan eksklusif. Petikan daripada siaran televisyen Arab ini banyak juga digunaka oleh stesen televisyen berita tempatan. Perkembangan dalam televisyen satelit global telah mengubah industri berita global. Menurut Herman dan McChesney (1997) empat agensi berita yang utama AP, UPI, Reuters dan AFP masih lagi mendominasi pasaran berita cetak global. Sementara itu Reuters TV dan Worldwide Televisyen News terus menjadi agensi berita televisyen global yang dominan. Walau bagaimanapun impak perkhidmatan berita cetak ini tidak dapat menandangi impak CNN yang siaran beritanya diterima oleh lebih daripada 200 buah negara di dunia ini. Satu lagi fenomena dalam perkembangan media global ini adalah muzik televisyen MTV yang dapat menembusi lebih daripada 100 buah negara dengan audien dianggarkan disekitar 340 juta isirumah (McPhail, 2002). Industri muzik adalah satu industri yang besar yang dianggarkan mepunyai jumlah juaalan sebanyak US$40 billion setahun. Lima syarikat utama yang mendominasi industri ini adalah Vivendi Universal Music Group (Peranchis), Sony Music (jepun), EMI Group (United Kingdom), Warner (Amerika Syarikat) dan Bertelsmann (Germany). Perkembangan MTV adalah satu fenomena baru dalam industri muzik di mana muzik diadun dengan visual video telah menarik ramai penonton sasarannya yang berumur antara 12 hingga 34 tahun. Siaran MTV yang disiarkan 24 jam sehari tujuh hari seminggu dipancarkan melalui satelit keseluruh pelusuk dunia dimana audiennya dapat menikmati muzik yang disiarkan serentak dengan audien di tempat lain. Disamping itu MTV.com merupakan website muzik yang popular walaupun terdapat pesaingan daripada lebih kurang 80,000 website yang berunsurkan muzik. Untuk menarik lagi minat penonton, MTV telah mewujudkan jenama tempatan seperti MTV Asia MTV India, MTV Europe, MTV Mandrin, MTV Latino dan sebagainya. Walaupun program ini telah diberi nafas tempatan tetapi kebanyakan muzik yang disirakan masih lagi lagulagu barat atau setidak-tidaknya irama barat dengan lyrik tempatan. Dalam konteks ini MCPhail (2002) menyatakan MTV bukan sahaja menyebarkan muzik kegemaran remaja tetapi juga mempengaruhi ekonomi global serta corak budaya popular global.

Dengan meningkatnya penglobalan ekonomi dunia, periklanan juga memainkan peranan yang penting. McCann-Erickson menganggarkan perbelanjaan periklanan global akan meningkat daripada US$335 billion pada tahun 1995 kepada US$2 trillion pada tahun 2020. Oleh kerana pengiklan terbesar di dunia adalah terdiri daripada syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat seperti Disney dan Time-Warner, maka tidak asinglah jika kebanyakan agensi periklanan terbesar di dunia juga berpengkalan di negara tersebut. Walau bagaiamanapun, agensi periklanan ini meluaskan perkhidmatannya di negara semi-peripheral dan peripheral dan dalam masa yang sama juga menerapkan nilai, sikap dan amalan perniagaannya. Di kebanyakan negara peripheral, agensi periklanan domestik yang utama sering kali diambilalih oleh rangkaian agensi periklanan global ini terutamanya untuk mendapatkan pekerja kreatif yang memahami keadaan tempatan yang tidak boleh disediakan oleh syarikat gergasi transnasional ini dan memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran. Menurut Herman dan McCheney (1997) tren dalam tahun 1990an adalah bagi syarikat transnasional seperti Colgate-Palmolive, Coca-Cola dan Intel untuk memusatkan akaun periklanan mereka yang berada dalam lebih kurang 50 agensi yang berlainan ke dalam satu agensi global. Diantara agensi periklanan global yang utama adalah WPP Group (United Kingdom), Omnicom (Amerika Syarikat), The Interpublic Group (Amerika Syarikat), Dentsu Inc. (Jepun) True North Cpommunication (Amerika Syarikat). Satu lagi aspek media global adalah Internet. Sekarang ini internet dianggap sebagai satu medium massa yang telah mencipta dimensi baru dalam komunikasi global. Sistem internet sebenarnya sudah bermula pada tahun 1950an apabila pihak tentera Amerika Syarikat mencipta dan menggunakannaya untuk meyalurkan maklumat ketenteraan. Walau bagaimanapun internet mula digunakan secara meluas oleh orang ramai mulai tahun 1990an. Adalah dianggarkan pada awal 2000 pengguna intenrt telah meningkat hampir 400 juta di kalangan penduduk dunia. Dalam konteks perkembangan intenrt ini, bukan saja jumlah penggunaanya dianggap penting, tetapi juga corak sinergi yang telah dilakukan antara internt dengan media massa yang lain. Penggabungan antara American Online (AOL) dan Time-Warner Corporation diibaratkan sebagai marks the passage of the Internet from an exotic technology into a mass media industry (McPhill, 2002). Internt pada peringkat awal perkembangannya adalah sebagai narrow-casting system di mana pengguna tertentu boleh mendapat akses kepada data atau maklumat yang tertentu sahaja. Namun kini Internet menjadi satu sistem 24 jam yang memberikan perkhidmatan maklumat web, portals dan juga laman web berita. Pengabungan AOL-Times-warner telah menlengkapkan lagi dominasi rangkaian televisyen satelit CNN kali ini dengan laman web beritanya. Respon tempatan terhadap media global Apakah impak pemusatan pemilikan dan operasi media global kepada masyarakat setempat. Sebagai sebuah negara penerima Malaysia mungkin menganggap ia mendapat faedah daripada perkembanagan semasa ini kerana media global bertindak sebagai jendela dunia kepada penduduknya. Implikasi kepada tren media global ini adalah peningkatan pemusatan pemilikan dan operasi dan mengurangkan ciri pluralisme dalam industry media. Isu pluralisme ini ada kaitannya dengan aspek sosio-politik dan budaya kerana ia akan mengurangkan kebebasan dari segi penyaluran pelbagai maklumat. Pluralisme media bermaksud bukan sahaja dari segai kepelbagai penawaran kandungan media tetapi juga dari segi pemilikan media yang bebas dan berotonomi. Isu pluraisme ini adalah bertentangan dengan isu globalisasi dimana dalam konteks industri

media adalah untuk merkukuh dan mengembangkan operasinya untuk menadapat pulangnan yang semaksimum mungkin. Seperti yang telah dinyatakan perkambangan media global ini bukan sahaja berlaku secara vertikal iaitu menguasai pasaran kandiungan tetapi juga secara horizontal dengan mengambilalih pemilikan pesaing yang ada dalam pasaran. Pengguasaan media global ini akan menyempitkan ruang untuk media tempatan berkembang kerana kurang mempunyai economic of scales untuk menjadikannya lebih kompetatitif. Dalam konteks ini kemungkinan organisasi media tempatan akan menjadi lemah dan berhenti beroperasi ataupun menjadi sebahagaian daripada pemilihan syarikat gergasi media. Isu sebegini bukan sahaj penting untuk negara peripheral seperti Malaysia, tetapi European Union juga memberikan perhatian serious terhadap isu ini dengan menubuhkan Committee of Experts on Media Concentration and Pluralism (Doyle, 2002). Apakah initiatif dasar awam yang boleh diperkenalkan untuk menangani impak negatif terhadap perkembangan industri media tempatan. Adakah dasar 80 peratus penggunaan Bahasa kebangsaan dalam siaran televisyen masih lagi sesuai dan perlu diperjuangkan? Begitu juga adalah usaha untuk menggalakan industri periklanan temapatan dan juga penggunakan 75 peratus isian temapatan dalam iklan perlu diteruskan? Bagaimana pula respon industri kandungan bahan penyiaran bertindak untuk meningkatkan bahan bermutiu yang dapat bersaing dengan bahan luar? Baru-baru ini Tiimbalan Menteri Peneranagan telah mengumumkana bahawa siaran TV1 akan disiarakan ke seluruh dunia melalui penyewaan satelit negara China. Diantara tujuan utamanya adalah untuk membolehkan maklumat berita daripada Malaysia disampaikan kepada masyarakat anatarabangsa selaras dengan kewdudukan Malaysia waktu ini sebagaoi pengerusi pergerakan negara berkecuali (NAM) dan juga organisasi negara-negara Islam (OIC). Persoalannya adalah TV1 akan berjaya mencapai misinya memandangkan terdapat persaingan yang hebat dalam penyaluran maklumat berita di peringkat global. Di peringkat tempatan TV1 nampaknya sudah tidak berupaya bersaing dengan stesen televisyen komersial yang lain!. Penutup Proses globalisasi dikatakan akan melenyapkan sempadan negara bangsa. Namung begitu tidak semua negara bersedia untuk melenyapkan identiti budaya dan nasionalnya. 12 Walaupun jika kewujudan media global ini akan meyekat dari segi kepelbagaian dan kebebesan memilih dan bersuara, usaha perlu diteruskan untuk mempastikan bahawa masyarakat mempunyai akses kepada pelbagai saluran untuk membolehkan mereka mendapat kepelbagaian maklumat yang membantu mereka dalam membuat keputusan. Bagi negara pula, dalam dominiasi media global untuk menonjolkani identiti global, perlu juga diteruskan usaha agar ciriciri identiti setempat terus dipertahan dan dipromosikan. Untuk tujuan itu diperlukan satu dasar jangka panjang untuk menentukan halatuju dan juga respon tempatan untuk menangani tren media global ini Dipetik daripada http://ippbm.gov.my/ No comments

LEPAK: FAKTOR-FAKTOR BELAKU LEPAK DAN PROGRAM UNTUK MENGATASINYA

Friday, January 22, 2010 2:01:11 AM lepak

TAMBAH TUMPUAN DAN INGATAN DENGAN E-GENIUS

Samsudin A Rahim Ph. D Pendahuluan: Isu tingkah laku lepak di kalangan remaja mula mendapat perhatian dalam tahun 1993. Ketika itu diandaikan bahawa tingkah laku ini yang sering dilabelkan sebagai 'budaya lepak begitu menular di kalangan pelajar sekolah. Masyarakat begitu memberikan perhatian kepada perkara ini kerana di ruang akhbar sering dipaparkan gambar pelajar sekolah yang menghabiskan masa sebelum atau selepas sekolah di kompleks membeli belah. Satu kajian awal tentang tingkah laku lepak di Kuala Lumpur (Samsudin dan Iran, 1993) menunjukkan bahawa tingkah laku lepak ini tidak terhad di kalangan pelajar malah lebih menular di kalangan remaja yang sudah bekerja. Ada sesetengah pihak yang meragui kenapakah kita perlu heboh dengan tingkab laku lepak di kalangan remaja? Tidakkah di zaman

remajanya, orang dewasa sekarang ini juga melepak? Begitu juga pada tahun 1960an dan 1970an juga diperkatakan orang dewasa di luar bandar kerap duduk di kedai-kedai kopi membuang masa berbual kosong tanpa mengusahakan tanah-tanah terbiar yang banyak dikawasan kampung? Persoalan-persoalan tersebut mungkin ada hujahnya. Ada yang salah tafsir erti melepak. Mereka mengatakan apa salahnya remaja melepak dengan bermain bola? Atau yang bertanya apa salah kalau Temaja melepak sambil berbincang tentang kerja sekolah? Jika remaja berbincang tentang kerja sekolah atau menonton permainan bola sepak, mereka sebenamya bukan melepak. Ini disebabkan mereka mempunyai sesuatu matlamat yang ingin dicapai dalam sesuatu pertemuan. Tetapi yang dimaksudkan tingkah laku lepak ini adalah jika remaja berkumpul dan berada di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan ramai tanpa mempunyai tujuan tertentu atau tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual kosong dan bergelak ketawa sahaja. Negara sekarang ini sedang melalui zaman pembangunan yang pesat. Dengan pertumbuhan ekonomi melampaui 8 peratus setahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang beranggapan bahawa negara kita telah pun berada di landasan yang kukuh untuk menjadi sebuah negara maju. Namun perlu diperhatikan bahawa pembangunan bukan sahaja menghebatkan dimensi ekonomi, tetapi juga dimensi sosial dan budaya. Remaja adalah aset negara yang penting di mana daya sumber tenaga manusia untuk masa hadapan adalah bergantung kepada remaja masa kini. Kemajuan sesebuah negara tidak ditentukan oleh kekuatan tentera dan ekonominya, atau pun keindahan kota raya dan bangunannya, tetapi oleh kesejahteraan hidup rakyatnya (UNICEF, 1993). Pembangunan sesebuah negara mestilah mengambil kira kualiti hidup penduduknya termasuklah aspek pekerjaan, kesihatan, pendidikan, kadar hayat, kadar kematian bayi dan sebagainya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pembangunan di Malaysia telah dapat menangani perkara tersebut dengan baik sehingga perkara tersebut tidak menonjol sebagai agenda utama pembangunan. Di sebaliknya, sejak akhir-akhir ini isu berkaitan perilaku remaja dan gejala sosial yang berkaitan dengannya menarik perhatian orang ramai dan kerajaan. Adakah isu remaja dan gejala sosial ini suatu realiti atau sekadar pernyataan pendapat umum setelah diberikan penonjolan yang berlebihan dalam media? Media sering melaporkan tentang penagihan dadah, lepak, bohsia, lumba motor, lari dari rumah, mengandung sebelum kahwin, ponteng sekolah, hubungan seks sebelum kahwin dan sebagainya. Begitu juga media mempopularkan 'budaya' hippies, punks, rokers, heavy metals dan lain-lain. Penonjolan berita tersebut yang ada

ciri-ciri kontroversi sudah tentu mencetuskan perbincangan di kalangan orang ramai. Pepatah Inggeris mengatakan, Beauty is in the eyes of the beholder. Begitu jugalah dengan isu gejala sosial di kalangan remaja. Remaja tidak menganggap diri mereka bermasalah dan menimbulkan gejala sosial. Tetapi orang dewasalah yang melabelkan remaja sebagai bermasalah. Ini disebabkan orang dewasa melihat sesuatu tingkah laku remaja itu dari kaca mata dirinya, tidak dalam konteks hidup remaja hari ini. Ukuran yang sering digunakan adalah zaman remaja orang dewasa itu sendiri. Jika anak muda melampaui batasan nilai dan norma orang dewasa, maka remaja itu dianggap bermasalah. Tingkah laku lepak dan gejala sosial Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat-tempat awam (Samsudin et. al., 1994). Kadar ini lebih menonjol di kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah FELDA (28.4 jam) dan kampung tradisional (22.4 jam). Dalam masa setahun dianggarkan remaja akan menghabiskan 847.6 jam melepak iaitu bersamaan dengan 35 hari. Tingkah laku lepak ini adalah lebih ketara di kalangan mereka yang datang daripada keluarga yang berpendapatan dan berpendidikan rendah (54 peratus ibu bapa berpendapatan RM700 dan 71 peratus ibu bapa berkelulusan sekolah rendah). Kestabilan hubungan kekeluargaan juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja yang mempunyai kestabilan hubungan keluarga yang tinggi (15.4 jam) secara relatif kurang melepak daripada mereka yang mempunyai kestabilan hubungan keluarga yang rendah (19.5 jam). Jika ditinjau faktor diri remaja itu sendiri didapati mereka yang menganggap dirinya berprestasi rendah dalam pelajaran atau pekejaan (26.3 jam) menunjukkan saiz lepak yang secara relatif lebih tinggi daripada mereka yang mempersepsikan diri mereka sebagai berprestasi tinggi (17 jam). Umur juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja berumur 12-15 tahun melepak sebanyak 14.4 jam berbanding dengan remaja 22-25 tahun yang melepak sebanyak 18.5 jam. Jika faktor umur dan prestasi diri diambil kira, remaja berumur 23-25 tahun yang berprestasi rendah menunjukkan saiz lepak yang paling tinggi iaitu 36.1 jam. Remaja lepak juga didapati rendah dari segi orientasi tugas (keinginan untuk melaksana dan menyempurnakan tugas) berbanding dengan orientasi diri (keinginan untuk mendapat ganjaran dan penghargaan) dan orientasi interaksi (keinginan untuk bersosialisasi dan mendapat penerimaan rakan sebaya). Diperingkat awal remaja (12-15 tahun) didapati remaja mempunyai orientasi tugas yang lebih tinggi berbanding dengan remaja yang berumur 23-25 tahun. Dilihat dari segi

etnik, remaja Melayu daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,050 sebulan mempunyai orientasi tugas yang lebih rendah daripada remaja India dan Cina. Remaja Melayu juga didapati lebih inginkan pengiktirafan (orientasi diri) berbanding dengan remaja Cina dan India. Tidak ada perbezaan yang signifikan antara etnik dari segi orientasi interaksi. Bolehlah dikatakan bahawa masalah lepak di kalangan remaja berpunca daripada kedudukan sosio-ekonomi keluarga yang mempengaruhi tanggapan remaja terhadap prestasi dirinya. Begitu juga nilai yang dipegang oleh remaja. Seramai 73 peratus mengatakan mereka melepak kerana hendak berjumpa kawan-kawan, 68 peratus menganggap melepak bukan aktiviti membuang masa, 62 peratus menganggap melepak sebagai trend remaja masa kini dan 52 peratus menganggap melepek sebagai cara untuk menghilangkan kerungsingan. Suasana persekitaran tempat awam adalah faktor tarikan utama mendorong remaja melepak. Seramai 54 peratus remaja menyatakan tempat tersebut ada menyediakan hiburan sementara 53 peratus menyatakan terdapat suasana nyaman di tempat berkenaan. Faktor kekeluargaan seperti ibu bapa tidak melarang (47 peratus) dan kurang sedar tentang tanggungjawab agama (47 peratus) juga merupakan faktor yang mendorong remaja melepak. Faktor latar belakang keluarga dan juga nilai diri banyak mempengaruhi remaja untuk melepak. Ini mungkin disebabkan remaja tidak mempunyai bimbingan yang sesuai untuk menentukan hala tuju hidupnya. Tidak dapat dinafikan zaman remaja adalah zaman yang penuh pancaroba. Kajian tingkah laku remaja juga mendapati kebanyakan remaja tidak mempunyai role model yang boleh mereka teladani. Selain daripada tokoh politik (38 peratus) yang menjadi role model (itu pun terhad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammed, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Bekas Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba), role model lain yang diteladani oleh remaja adalah ibu bapa (15 peratus), penyanyi, pelakon, personaliti TV (6 peratus), ahli sukan (2 peratus), guru (2 peratus), tokoh perniagaan (2 peratus) dan tokoh budaya (0.4 peratus). Adakah aktiviti yang dilakukan oleh remaja sewaktu melepak menunjukkan kecenderungan melakukan aktiviti devian? Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan, bersiarsiar, berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan melihat gelagat orang lain atau mendapatkan hiburan. Kenyataan tersebut menunjukkan secara terbuka remaja tidak melakukan apa-apa aktiviti yang dianggap devian atau sumbang. Dalam konteks yang sama remaja juga ditanya adakah mereka mempunyai kawan-kawan yang melakukan aktiviti devian, didapati 71 peratus mengatakan mereka mempunyai kawan yang merokok, 40

peratus yang menonton video lucah, 39 peratus membaca majalah lucah, 18 peratus telah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin, 25 peratus berjudi, 25 peratus meminum minuman keras, dan 14 peratus mengambil dadah. Remaja yang secara relatif lebih banyak mempunyai kawan yang bertingkah laku devian adalah remaja yang telah bekerja dan juga remaja yang menganggap dirinya berprestasi lemah. Kecenderungan untuk memberikan perhatian kepada isu lepak ini ada kaitannya dengan kebimbangan orang ramai dan juga kerajaan terhadap kes-kes deviain yang melibatkan remaja. Kes jenayah yang melibatkan remaja dilaporkan semakin meningkat. Menurut laporan polis, daripada 1,770 tangkapan juvenil pada tahun 1990 telah meningkat kepada 2,036 kes sehingga November 1994. Begitu juga dengan kes remaja lari dari rumah. Pada tahun 1990 jumlahnya adalah 1, 578 kes dan telah meningkat kepada 2,267 kes pada tahun 1993. Daripada jumlah tersebut, 58 peratus (1,318 kes) melibatkan remaja Melayu, 18 peratus (407 kes) melibatkan remaja Cina dan 24 peratus (542 kes) melibatkan remaja India dan lain-lain etnik. Antara Januari hingga Oktober 1994 pula didapati 34 kes membuang bayi dilaporkan. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 1988 dimana hanya 5 kes yang dilaporkan. Menurut laporan Badan Petugas Anti Dadah, Kementerian Dalam Negeri, sekarang ini terdapat lebih kurang 180,000 penagih dadah yang berdaftar. Menurut satu pendapat bahawa untuk setiap satu penagih yang melaporkan diri akan terdapat 3 lagi penagih yang tidak berbuat demikian. Jika angka ini diterima, jumlah penagih di Malaysia tidak kurang daripada 500,000 orang. Ini adalah satu angka yang membimbangkan kerana sebahagian besarnya melibatkan remaja. Kajian di barat menunjukkan bahawa di antara mereka yang menagih dadah bermula dengan menghisap rokok. Kempen anti merokok yang telah dijalankan nampaknya kurang memberi kesan kerana remaja masih lagi menganggap merokok adalah satu cara untuk menunjukkan kematangan diri mereka. Remaja dan pendedahan media Media massa dikatakan mempunyai pengaruh terhadap pembentukan realiti sosial remaja. Media dianggap sebagai jendela dunia untuk remaja kerana melaluinya remaja dapat melanjutkan jangkauan pengalamannya yang terhad kepada dunia luar. Oleh kerana pengalaman yang terhad, remaja berkemungkinan menerima imej media tentang sesuatu isu sebagai satu realiti. Pengalaman daripada budaya media inilah yang akan mempengaruhi remaja dari segi gaya hidup, hubungan seks, pemilihan pakaian, hubungan rakan sebaya, penggunaan dadah dan minuman keras dan lain-lain peri laku berkaitan hidup seorang remaja. Kajian-kajian di barat mengakui bahawa remaja menggunakan

televisyen untuk membuat ketentuan tentang sesuatu situasi yang mana mereka tidak mempunyai pengalaman secara langsung (Hawkins dan Pingree, 1982). Kajian di barat juga menunjukkan bahawa televisyen mengambarkan realiti sosial yang amat berbeza dengan realiti sebenarnya. Mereka yang mempunyai pendedahan televisyen yang tinggi akan terpengaruh dengan realiti yang dipaparkan oleh televisyen disebabkan kesan penyuburan dalam jangka masa yang lama (Gerbner dan Gross, 1976 dan Gerbner et. al., 1980). Thornton dan Voigt (1984) juga mendapati terdapat hubungan di antara remaja daripada klas sosio-ekonomi rendah dengan pendedahan yang tinggi kepada rancangan televisyen yang bercorak ganas dan keterlibatan mereka dalam kesalahan juvana. Walau bagaimanapun perlu diberikan perhatian bahawa remaja juga mempunyai skemata yang boleh membuat tafsiran realiti sosialnya. Dengan itu kesan media massa terutamanya televisyen perlu dilihat dalam konteks keupayaan memproses maklumat, sistem kepercayaan, pengalaman lalu, rujukan sosial seperti rakan sebaya, hubungan kekeluargaan dan sejauh mana kritikalnya remaja terhadap imej media yang diterimanya. Dari segi pendedahan media di kalangan remaja yang melepak (Samsudin et.el., 1994), didapati bahawa majoriti remaja meminati rancangan bercorak hiburan. Majalah seperti Gila-Gila, URTV, Remaja, Roda-Roda, Humor, Varia Sari, Smashit dan Pesta lebih diminati daripada majalah seperti Dewan Masyarakat atau Siswa.. Di kalangan mereka yang berprestasi lemah, minat terhadap rancangan hiburan dalam TV adalah lebih tinggi (62 peratus) berbanding dengan pendedahan kepada rancangan lain (seperti berita 23 peratus, agama 16 peratus dan sukan 37 peratus). Jika dilihat di kalangan remaja yang mempersepsikan diri mereka sebagai berprestasi tinggi, pendedahan kepada rancaugan TV adalah lebih seimbang (49 peratus meminati rancangan hiburan berbanding dengan 57 peratus berita, 46 peratus agama dan 51 peratus sukan). Satu perkara yang perlu kita akui ialah program import pada umumnya memaparkan nilai yang tidak sejajar dengan nilai dan budaya tempatan. Masyarakat Amerika sendiri menolak nilai yang dipaparkan melalui televisyen mereka. Di sana konsep program televisyen yang bercorak edutainment atau infotainment kurang diberikan perhatian kerana stesen televisyen utama adalah bersifat komersial. Justeru itu, program televisyen juga lebih mementingkan nilai komersial kerana program sedemikian akan dapat menarik rating penonton yang tinggi dan kutipan yang maksimum daripada iklan. Tidak dapat dinafikan bahawa program edutainment ada kesan positifnya. Misalnya program Roots dan Roots: The Next Generation yang disiarkan melalui stesen komersial telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu etnik dan prasangka antara etnik (Ball-Rokeach, Grube, dan Rokeach, 1981). Begitu juga dengan program Hum Log telah dapat meningkatkan

kesedaran di kalangan penonton di India tentang status wanita, perancang keluarga dan pembentukan peribadi dan moral (Singhal dan Rogers, 1989). Lagu-lagu pop juga ada kalanya tidak memberikan pengaruh yang baik. Bergantung kepada individu, ada kalanya mereka suka memberikan tumpuan kepada melodi dan ada kalanya pula tumpuan diberikan kepada lirik sesebuah lagu. Analisis isi kandungan lagu-lagu popular menunjukkan bahawa ada unsur-unsur positif dan negatif yang dipaparkan melalui lagu-lagu berkenaan (Samsudin, 1995). Di antaranya ialah lagu Top 10 yang disiarkan oleh Radio 4 antara 31 Julai hingga 21 Ogos 1994 iaitu lagu Drop Dead Beautiful oleh kumpulan Six Was Nine. Di antara lirik lagu berkenaan adalah: Oh! I don't want to take my bestftiend's baby but She's drop dead beautiful Is it right? Is it wrong? I've been good all my life I've been good but baby tonite We're gonna get arrested by a piece of love But I see it in your eyes we're committing no crime You are nude so how can we be still ............ Lagu ini mengisahkan tentang pemuda yang jatuh hati kepada kekasih rakan baiknya. la menggambarkan wanita sebagai loose-sexobject yang akhirnya menyerahkan diri kepada orang lain walaupun telah mempunyai kekasih sendiri. Satu lagi lagu pop yang tersenarai sebagai 14th Best Selling Album di kedai muzik Salem Power House adalah lagu Sleeping In My Car oleh Roxette. Liriknya seperti berikut: Sleeping in my car ........ I will undress you Sleeping in my car ........ I will caress you Staying in the back........seat of my car making up So come out tonite......... I'll take you for a ride Sleeping in my car .......staying in the back seat of my car making love Sleeping in my car ........ I will possess you Lagu ini jelas membawa tema seks yang mungkin menjadi lumrah dalam kehidupan barat yang liberal. Komen pembantu penyelidik: This song must be banned With its catchy melody it could get into the heads of youngsters who lacks moral values and too liberated Pengawasan keluarga dan orientasi remaja Pengaruh keluarga juga penting dalam isu remaja. Menurut UNICEF (1993), tekanan ekonomi dan susutan nilai wang ini juga menyebabkan suami lebib banyak menghabiskan masa bekerja sekurang-kurangnya

10 jam sehari. Akibatnya kanak-kanak kurang mendapat masa bersama keluarga. Pada tahun 1992, masa untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat dapat bersama ibu bapa mereka adalah kurang 10-12 jam seminggu berbanding pada tahun 1960. Akibatnya ibu bapa tidak mempunyai banyak masa untuk melihat anak-anak mereka membesar dan juga membimbing mereka dari segi pembangunan emosi. Tekanan dalam kehidupan keluarga ini telah mula menonjol, di mana kebanyakan negara maju telah mengalami peningkatan dalam masalah keciciran sekolah, prestasi rendah dalam sekolah, penganiayaan kanak-kanak sama ada fizikal atau seksual, tingkah laku ganas dan membunuh diri di kalangan remaja, penagihan arak dan dadah, dan juga dari segi ketidak puasan, lemah semangat, dan kehampaan. Inilah akibat yang terhasil dalam rumahtangga dan komuniti yang bukan miskin dari segi kewangan, tetapi disebabkan tekanan ke atas kehidupan berkeluarga dan hubungan kekeluargaan. Di Malaysia, remaja yang melepak pada keseluruhannya menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah dengan keluarga mereka. Hubungan antara remaja dan ibu bapa mereka adalab stabil. Sejumlah 83 peratus menyatakan mereka selesa bersama keluarga, 83 peratus juga menyatakan ibu bapa menghormati mereka dan 74 peratus bersetuju bahawa ibu bapa menerima kehadiran mereka dengan baik. Tambahan pula, 94 peratus menyatakan bahawa mereka tetap menyayangi keluarga mereka walau pun ada kalanya mereka menghadapi masalah dalam hubungan kekeluargaan. Di antara aspek yang remaja menyatakan mereka kurang mendapat perhatian keluarga adalah 75 peratus menyatakan ibu bapa tidak ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, 89 peratus menyatakan ibu bapa tidak memberi dorongan untuk masa depan, 79 peratus keliru dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa untuk mereka dan 86 peratus menyatakan mereka tidak mempunyai kemesraan dalam keluarga. Jika dilihat data di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun tidak terdapat keretakan dalam keluarga remaja yang melepak tetapi ramai juga di antara remaja yang mengakui bahawa mereka kurang mendapat dorongan, kemesraan dan juga pengawasan yang lebih ketat daripada ibu bapa mereka. Samsudin (1993) dalam kajian remaja di rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati hubungan peribadi yang rendah di antara ibu Melayu dengan anak remaja mereka berbanding dengan ibu Cina dan ibu India. Walaupun ibu Melayu menyatakan mereka mempunyai komunikasi ibu-anak yang tinggi, tetapi anak remaja mereka menganggap komunikasi ibu-anak adalah lebih rendah daripada yang disangkakan oleh ibu mereka.

Walaupun ibu bapa mempunyai harapan yang tinggi terhadap masa depan anak remaja mereka, tidak ramai ibu bapa yang dapat membantu anak remaja mereka terutamanya tentang perkara yang berkaitan dengan pelajaran di sekolah. Remaja menyatakan mereka kurang berbincang dengan ibu bapa mereka tentang kerja sekolah, masa depan dan juga keupayaan akademik mereka. Dengan tahap pendidikan ibu bapa yang rendah, adalah tidak mungkin mereka dapat membantu dalam kerja sekolah dan membantu memperbaiki keupayaan akademik anak remaja mereka. Samsudin (1995) mendapati bahawa remaja yang tinggal di bandar dan pinggir bandar juga lebih banyak berbincang dengan rakan sebaya tentang masalah persekolahan mereka (min 2.6) berbanding dengan ibu (min 2.3) dan bapa (min 2. 1). Begitu juga rakan sebaya (min 2.2) merupakan sumber utama untuk membincangkan perasaan emosi berkaitan dengan teman lelaki atau teman wanita berbanding dengan ibu (min 1.7) dan ayah (min 1.5). Walaupun begitu remaja masih merujuk kepada ibu bapa untuk penentuan nilai moral (min ibu 2.5, min ayah 2.3, dan min rakan 2.2). Anak-anak yang kurang mendapat bimbingan ibu bapa berkemungkinan akan memberi perhatian kepada agen sosialisasi lain untuk mendapat bimbingan hidup. Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu aspek proses sosialisasi adalah untuk membentuk realiti sosial melalui pengalaman dengan keluarga, sekolah, rakan sebaya, tempat kerja dan juga media massa. Realiti sosial merujuk kepada makna, nilai, sikap, norma, dan juga tingkah laku sebagai asas untuk interaksi sosial. Dalam konteks ini remaja akan membentuk realiti sosialnya dengan memerhati fenomena sosial dan melibatkan diri dengan berinteraksi bersama agen sosialisasi dalam persekitarannya. Justeru itu, realiti sosial adalah khusus untuk remaja berkenaan kerana ia terbentuk hasil tafsiran remaja berkenaan. Menurut Peterson dan Peters (1983), realiti sosial adalah hasil pemerhatian dan penafsiran terhadap peristiwa dalam persekitaran sosial (seperti televisyen) atau interaksi dengan orang lain (seperti rakan sebaya). Seperti yang pernah dinyatakan diperingkat awal bahawa remaja adalah remaja yang akan melalui tahap tahap perkembangan remajanya. Perwarnaan hidup remaja akan diacu dengan pesekitaran yang wujud dalam perkembangan diri remaja berkenaan. Justeru itu remaja yang terbimbing hidupnya dari segi peluang, kebendaan dan juga emosinya akan lebih berdaya untuk melawan rangsangan yang mengheretnya kepada perkara perkara devian berbanding dengan remaja yang kurang terbimbing terutama daripada keluarga mereka sendiri. Remaja dalam kajian lepak juga menunjukkan bahawa pada umumnya mereka mempunyai onentasi interaksi dan orientasi diri yang

tinggi berbanding dengan orientasi tugas. Maksudnya remaja lebih suka meluangkan masa berinteraksi terutama dengan kawan-kawan untuk bertukar fikiran dan juga mendapat identiti diri. Begitu juga sebagai insan biasa adalah mementingkan diri sendiri daripada memberikan ruang kepada orang lain. Walau bagaimapun, remaja secara relatif mempunyai orientasi tugas yang rendah iaitu melaksana dan menyempurnakan tugas. Lebih meningkat umur seseorang remaja itu semakin menurun orientasi tugasnya. Tetapi peningkatan umur menunjukkan lebih meningkat orientasi diri. Keadaan ini menunjukkan bahawa remaja akan lebih mementingkan pengitirafan daripada orang lain apabila umur mereka meningkat, tetapi sebaliknya keperluan pengiktirafan itu tidak selaras dengan penurunan keinginan melaksana dan menyempurnakan tugas. Bolehlah dikatakan bahawa remaja lebih berkurangan keinginan memikul tanggungjawab apabila umur mereka meningkat tetapi sebaliknya ingin lebih berkeinginan mendapatkan pengiktirafan daripada orang lain. Sekilas pandang tidak dapat dinafikan remaja hari ini kurang memikul tanggungjawab berbanding dengan remaja satu genarasi yang lalu. Remaja generasi lalu terpaksa memikul tanggungjawab bersama keluarga bagi menyara hidup keluarga. Remaja pada generasi lalu kebanyakannya datang daripada kelas bawahan. Justeru itu mereka terpaksa membantu keluarga dalam pelbagai kerja untuk menambahkan pendapatan keluarga. Jika tidak bekerja di luar rumah mereka sentiasa merasa pahit getir hidup memandangkan kedudukan keluarga yang serba kekurangan. Tekad untuk keluar daripada putaran kemiskinan itu mungkin serba sedikit menguatkan ketabahan remaja menghadapi liku-liku hidup dan meggenggam citacita untuk berjaya pada suatu hari nanti. Keadaan untuk remaja generasi ini berbeza pula. Tidak dinafikan masih ada yang datang daripada keluarga yang miskin. Namun begitu rata-rata pembangunan ekonomi yang pesat telah mengubah retak hidup masyarakat umum. Kemunculan kelas menengah dan taraf hidup yang lebih baik untuk kelas bawahan membolehkan keluarga menanggung kehidupan tanpa banyak bantuan anak-anak. Begitu juga kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling seperti kompleks membeli belah, pusat rekreasi, arked video, keselesaan menonton televisyen dan video selain daripada kemampuan ibu bapa mencorakkan remaja pada masa kini yang ada kalanaya alpa dengan tanggungjawab mereka kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di Amerika Syarikat, anak-anak yang dilahirkan dalam tahun 1950an mempunyai segala kemudahan untuk mencapai American Dream mereka. Keadaan ekonomi mereka adalah baik dan mereka boleh membuat perancangan untuk membesarkan keluarga mereka dengan pendidikan yang baik serta memiliki sebuah rumah untuk keluarga

mereka. Keadaan masa kini sudah berubah. Dengan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat, telab muncul satu generasi yang dinamakan Generation X yang dilengkongi dengan kehidupan penyalahgunaan dadah, sistem pendidikan yang semakin tenat, masalah alam sekitar, prospek ekonomi yang meleset, dan juga kadar kejayah yang semakin meningkat. Mereka kecewa dengan American Dream yang dirasakan tidak mungkin tercapai. Mereka juga kecewa dengan struktur sokongan yang semakin rapuh seperti pemimpin politik, kerajaan dan juga ibu bapa mereka. Remaja di Malaysia mungkin bernasib baik kerana keadaan ekonomi negara berkembang dengan pesat dan memungkinkan keselesaan hidup untuk mereka sekeluaraga. Perkembangan ini sepatutnya memberikan keyakinan kepada remaja kita tentang masa depan yang semakin cerah untuk mereka berbanding dengan alam remaja ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun, gejala sosial yang terdapat di Malaysia pada masa kini tidak menggambarkan keyakinan dan keghairahan remaja untuk menghadapi masa depan yang lebih terjamin. Keadaan remaja di Malaysia lebih menggambarkan kekecewaan Generation X yang wujud di Amerika Syaikat. Jika dilihat dengan lebih dekat lagi, perkembangan ekonomi yang pesat telah mengubah corak hidup keluarga. lbu mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah, bukan kerana desakan pendapatan yang tidak cukup, tetapi lebih untuk meningkatkan jumlah pendapatan keluarga untuk memenuhi keperluan material yang semakin menjadi status keselesaan hidup sekarang ini. Dengan itu anak remaja hidup sendirian dan tersisih sebahagian besar daripada perkembangan hidup hariannya daripada ahli keluarga terutama ibu bapa. Tidak dapat dinafikan bahawa secara umum, anak-anak membesar dalam keadaan lebih terdedah kepada rakan sebaya, pengasuh dan juga maklumat daripada media massa. Program Rakan Muda dan Remaja Untuk menangani isu lepak di kalangan remaja ini, Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan Program Rakan Muda. Program ini menampilkan 11 gaya hidup yang boleh diikut serta oleh remaja berdasarkan minat dan keupayaan mereka. Sejak dilancarkan pada Oktober 1994, program Rakan Muda telah berjaya menerima 1.2 juta permohonan imtuk mengikuti aktiviti Rakan Muda daripada 850,000 remaja. Konsep Rakan Muda dari segi idealnya adalah untuk mewujudkan pelbagai aktiviti yang terancang untuk remaja yang kelak menjadi wahana mencungkil potensi sebenar diri remaja agar mereka penuh yakin kepada potensi diri selaras dengan moto Rakan Muda Yakin Boleh! Laporan prestasi program Rakan Muda (KBS, 1995) menunjukkan bahwa di antara aktiviti yang menarik minat remaja adalah aktiviti

berkaitan dengan rekreasi, pertahanan diri, sukan dan alam sekitar. Namun begitu aktiviti seperti keusahawanan, meningkatkan kemahiran, dan penciptaan kurang mendapat sambutan daripada remaja. Walau pun sambutan remaja terhadap program Rakan Muda adalah menggalakkan, tetapi sedikit sebanyak kredibiliti program ini terjejes kerana pihak kementerian tidak mempunyai sokongan logistik yang secukupnya di peringkat akar umbi untuk melayani kesemua permintaan daripada remaja. Ada pula yang bertanya, apakah yang terjadi kepada remaja yang bermasalah? Sudahkah mereka menyertai aktiviti Rakan Muda? Ada pula yang mula menyangsikan keupayaan program Rakan Muda untuk terus memukau imaginasi remaja kerana setelah menimbulkan harapan yang memuncak hasil daripada promosi yang begitu menonjol bertukar ganti kepada kekecewaan yang memuncak kerana program berkenaan tidak dapat menangani masalah yang menjadi asas untuk mewujudkan program Rakan Muda. Perkara ini telah pun disedari oleh pihak Kementerian dimana untuk tahun 1996 program Rakan Muda akan memberi tumpuan kepada remaja berumur antara 18-25 tahun yang berada di luar sistem persekolahan. Maksudnya, tumpuan akan diberikan kepada sasaran asalnya yakni remaja yang bermasalah. Sehingga Oktober 1995 sejumlah RM16.2 juta telah dibelanjakan untuk menggerakan 6,571 aktiviti Rakan Muda. Pembangunan sosial terutama pembangunan remaja memerlukan peruntukan yang tinggi. Seolah-olah masalah remaja di negara ini hanya perlu ditangani oleh kerajaan. Di manakah tanggungjawab ibu bapa dalam membimbing anak-anak mereka ke arah pembangunan yang sihat? Rakan Muda perlu dijadikan program penyertaan masyarakat atau community participation programmme. Maksudnya, masyarakat setempat mengenal pasti masalah anak remaja mereka dan menentukan apakah aktiviti yang perlu untuk menanganinya. Peruntukan kewangan juga boleh diusahakan oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan masalah dan punca remaja adalah berbeza mengikut tempat. Justeru itu cara penyelesaiannya juga perlu berbeza. Adalah mustahil untuk kita bergantung kepada kerajaan untuk menangani isu remaja. Setiap perkampungan atau taman perumahan sudah tentu mempunyai masalah dan kemudahan yang berlainan. Untuk menangani isu remaja ini masyarakat tempatan perlu tampil melibatkan diri. Dengan itu setiap komuniti mempunyai keupayaan menangani masalahnya sendiri tanpa bergantung kepada orang luar. Penglibatan masyarakat yang menyeluruh adalah penting dalam usaha untuk mencegah isu remaja lepak dan salah laku yang lain. Menurut Askew, McDonald dan Lenton (1986): Community participation is the educational dan empowering process in which people, in partnership with those able to assist them, identify problems and needs and increasingly assume responsibility themselves in

plan, manage, control and assess the collective actions that are proved necessary. Jika remaja adalah aset negara, perlu juga kita tahu nilainya dari masa ke semasa. Apakah dengan program Rakan Muda nanti remaja kita akan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik daripada masa sekarang? Adalah sukar dipastikan kerana kita tidak mempunyai indeks untuk menentukan hala tuju pembangunan remaja bagi menyahut cabaran pada masa akan datang. Bagaimanakah ciri kendirinya, nilai kekeluargaan, ketaat setiaan kepada negara, toleransi dalam masyarakat berbilang bangsa, pencapaian akademik, aspirasi diri, pengetahuan am, pengetahuan agama dan sebagainya? Usaha pembentukan indeks remaja dalah perlu kerana dengan adanya indeks kita dapat melihat perubahan yang berlaku terhadap diri remaja dengan lebih khusus lagi di masa akan datang. Seperti indeks ekonomi dan indeks harga pengguna, indeks remaja boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan program pembangunan remaja mengikut landasan yang diingini oleb negara. Penutup Isu remaja hari ini adalah satu manifestasi masyarakat dalam menuju pembangunan. Tingkah laku remaja adalah satu produk masyarakat kerana masyarakatlah yang membentuk nilai dan tingkah laku remaja melalui agensi sosialisasi yang ada dalam pesekitaran remaja. Adakah kita perlu menyalahkan remaja terhadap peri laku mereka? Kita sebagai anggota masyarakat juga perlu dipersalahkan. Jika kita hendakkan remaja kita mempunyai nilai dan tingkah laku positif bersesuaian dengan peradaban bangsa dan agama, maka kita perlu mengubah dan membetulkan pesekitaran remaja agar mereka mempunyai satu pesekitaran yang membina untuk melazimkan nilai dan tingkah laku positif Apakah nilai dan pesekitaran yang sesuai? Selalunya apa yang dianggap makanan enak untuk seseorang dianggap sebagai racun untuk orang yang lain. Begitulah ragam dunia! Dipetik daripada http://ippbm.gov.my/ (taip pada search : "lepak") No comments

BUDAYA LEPAK
Friday, January 22, 2010 1:41:31 AM lepak

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah. Punca wujudnya budaya lepak Sikap ibu bapa Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak. Keadaan di rumah Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak. Pengaruh rakan sebaya Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Pengaruh media massa dan eletronik Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.

Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_lepak Faktor-Faktor Lepak dan hubungan Keibubapaan di kalangan Pelajar Remaja oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Masalah sosial memberikan gambaran umum mengenai pelbagai gejala yang tidak baik berlaku di seluruh dunia dengan memberikan penumpuan kepada beberapa gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Masalah sosial dan psikologikal di kalangan remaja telah banyak menarik perhatian ramai orang. Masalah sosial bersifat subjektif dan boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan masa. Laporan yang disiarkan di dada akhbar, majalah dan media massa telah membuktikan kepada umum bahawa gejala tidak sihat telah melanda kaum remaja di Malaysia. Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Ia telah menjadi tema perbincangan forum, seminar, bengkel dan ceramah mengenai remaja. Gejala membuang masa dengan melepak pastinya merupakan suatu penyakit di dalam masyarakat. Kegiatan ini bukan sahaja dilakukan oleh remaja lelaki tetapi juga remaja perempuan. Tingkah laku ini dilakukan oleh golongan remaja yang menjadi golongan terbesar penduduk negara. Golongan remaja yang dianggap oleh Hall (1904) sebagai kumpulan individu yang sedang berada di dalam zaman yang penuh dengan keributan dan tekanan perasaan. Kedudukannya di dalam tahap yang sedang memikirkan tujuan kehidupan. Menurut Harre dan Lamb (1983) remaja mula melakukan penyesuaian diri yang lebih kompleks dengan keluarga, teman sebaya dan guru, melalui aktiviti seharian dan kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya. Datuk Dr.Abdul Hamid Othman dalam akhbar tempatan (Berita Harian: 15hb Febuari 1994) menegaskan bahawa remaja yang melepak berasal daripada masyarakat yang mendiami perkampungan baru di sekitar bandar. Suasana dalam keluarga dan masyarakat tersebut tidak wujud sifat tegur menegur atau nasihat menasihati antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai sikap hidup yang tidak mahu mencampuri hal-hal urusan orang lain. Papalia dan Olds (1978) berpendapat hubungan sosial dengan teman sebaya akan membina budaya tertentu dalam kehidupan remaja. Hubungan sosial yang sihat dan baik boleh menghasilkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran sosial, kemahiran penyesuaian diri, sikap bekerjasama dan hormat menghormati. Sebaliknya, kumpulan teman sebaya yang tidak sihat akan meruntuhkan sifat dan perwatakan yang positif. Tingkah laku mengunjungi pusat membeli belah dan tempat hiburan di kalangan remaja bandar yang pernah diselidiki oleh Anthony (dalam Iran Herman, 1995) adalah hasil jalinan remaja dengan teman sebaya mereka. Di kompleks membeli belah di New England menggelarkan diri remaja perempuan sebagai remaja arnab dan remaja lelaki sebagai remaja tikus serta tujuan mereka adalah untuk berinteraksi dengan teman sebaya mereka. Fenomena ini hanya berlaku di bandar sahaja kerana di kawasan bandar terdapat berbagai tempat yang menarik untuk remaja melakukan

tingkah laku lepak. Namun satu penelitian sistematik wajar dilakukan untuk melihat tingkah laku lepak. Kita dapat memperhatikan ramai remaja suka berlepak di kawasan-kawasan seperti pusat membeli-belah, pusat permainan atau lebih popular dengan nama Kafe Siber merupakan tempat berkumpulnya kebanyakan remaja. Isu lepak ini sangat hangat dan popular pada tahun 1994 hingga 1995 dan pelbagai pendapat, cadangan dan perbincangan telah dipaparkan dalam media cetak sehingga perlakuan remaja menjadi sebagai budaya lepak. Menurut Bowlby (dalam Shahizan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin, 2004), hubungan yang rapat di antara ibu bapa dan anak memudahkan perkembangan dalaman atau internal working model iaitu struktur pemikiran tentang diri dan orang lain. Apabila hubungan yang erat terjalin, individu akan menganggap dirinya sebagai baik, bernilai, dikasihi serta menganggap orang lain boleh dipercayai dan bertanggungjawab seterusnya memperkukuhkan keyakinan personal dan interpersonal dalam menghadapi cabaran hidup berbanding dengan individu yang rasa kurang selamat dalam hubungan keibubapaan. Tugas ibu bapa dalam memantau perkembangan sahsiah dan tingkah laku anak-anak remaja akan memberi impak positif terhadap tingkah laku dan penampilan remaja dalam masyarakat serta hubungan yang erat di antara anak dan ibu bapa mereka. Rice dan Kobak (dalam Shahizan Hassan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin, 2004), berpendapat walaupun remaja dikatakan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa, namun hubungan yang mesra di antara ibu bapa dengan anak dianggap penting dalam proses perkembangan remaja. Mereka memerlukan sokongan daripada ibu bapa supaya menjadi lebih berdikari dan cekal. Corak didikan ibu bapa adalah aspek utama yang memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. Secara tidak langsung ia membentuk personaliti seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu melengkapkan diri dalam bidang keibubapaan untuk membentuk diri dan jiwa anakanak ke arah kebaikan. Tingkah laku ibu bapa akan dapat mempengaruhi jiwa anakanak. Robiah et.al (2001) berpendapat kepercayaan agama adalah tenaga paling unggul bagi menentang semua unsur negatif yang menyerang emosi dan mental. Pegangan prinsip dan pendirian yang kukuh berlandaskan ajaran agama dapat mencegah remaja daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur pergaulan bebas yang melampaui batasan. Sarina Othman (1995) mengatakan pendidikan agama yang disemai sejak zaman kanak-kanak dapat membentuk remaja yang mempunyai nilai-nilai murni dalam jiwa serta dapat menolak unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama. Anak-anak remaja khasnya pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin di sekolah akan mengakibatkan penurunan prestasi dalam pelajaran. Sememangnya secara logik dapat dilihat perkaitan yang ketara antara disiplin dengan pencapaian akademik. Sebagaimana kajian Othman (dalam Oskasmazila, 2000) yang dijalankan

kepada 723 sampel dari sepuluh buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dapatan beliau menunjukkan bahawa suasana keluarga murid-murid tidak mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap tingkah laku akademik mereka. Walaupun remaja sedang menuju ke arah berdikari, mereka memerlukan ibu bapa yang dapat memberi sokongan kepada mereka. Menurut Small (1990) menyatakan remaja inginkan ibu bapa yang menghormati mereka, memberi kasih sayang, mempunyai minat yang sama, mengakui dan menerima perkembangan kognitif dan sosioekonomi mereka. LEPAK DI KALANGAN REMAJA Menurut Idris (2000) telah membuat kajian tentang fenomena budaya lepak di kalangan pelajar remaja di bandaraya Johor Bahru. Fenomena budaya lepak disebabkan oleh faktor kerenggangan hubungan kekeluargaan, faktor persekitaran sebagai pemangkin dan kurang pendidikan agama. Daripada kajian ini didapati institusi kekeluargaan adalah permulaan untuk membendung segala masalah sosial dalam masyarakat dapat dibendung. Sememangnya terbukti hanya ibu bapa sajalah individu paling hampir yang dapat menangani masalah anak-anak mereka. Remaja lebih terpengaruh kepada media massa berbanding didikan ibu bapa atau pendidikan di sekolah. Dengan itu remaja lebih terpengaruh pada faktor luar. HUBUNGAN KEIBUBAPAAN DI KALANGAN REMAJA Keibubapaan yang merupakan corak asuhan dan peranan ibu bapa pasti berfungsi dalam menunjukkan arah, membimbing, mendidik dan menggerakkan individu yang berada dalam institusi tersebut. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anak. Kewajipan ini mesti dilaksanakan dengan contoh dan amalan seharian. Solat berjemaah adalah cara yang terbaik mengumpulkan semua ahli keluarga. Perbincangan, teguran dan ajaran boleh dilakukan selepas solat. Hukum-hakam dan peraturan agama mengenai hidup perlu diajar kepada anak sebelum mereka mencapai baligh, khususnya perkara-perkara yang seksualiti. Menurut Kaplan (1975) budaya lepak adalah berkaitan dengan psikopatologi iaitu mengalami masalah personaliti, gangguan mental, gangguan emosi, selalu anxieti atau depresi. Didapati juga kebanyakan golongan remaja yang terlibat dalam budaya lepak mempunyai masalah keluarga, sukar membina hubungan rapat dengan ahli keluarga dan sebagainya. PELAJAR REMAJA Masa remaja merupakan satu penggal dalam kehidupan manusia yang batasan usia mahupun peranannya sering kali tidak terlalu jelas. Segala gerak laku yang dahulu dianggap sebagai tanda awal keremajaan ternyata tidak lagi bernilai sebagai batasan untuk dikategorikan remaja sebab usia yang dahulu terjadi pada akhir usia belasan 15

hingga 18, kini terjadi pada awal belasan bahkan sebelum usia sebelas tahun. Teori remaja secara tradisional telah menekankan kepentingan keluarga dalam proses perundingan dimana remaja melalui pelbagai transisi pada fasa tersebut, termasuk pembentukan identiti seksual sepertimana yang diperkatakan oleh Freud (1958) dan juga naluri kendiri mengikut Erickson (1968) serta dalam pembentukan peluangpeluang kehidupan masa depan dan juga dalam pembentukan nilai hidup. Kesimpulan

Aktiviti melepak bukanlah perkara baru, ianya sudah lama wujud di Malaysia. Ibu bapa sewajarnya turut memberi perhatian kepada corak asuhan dan peranan ibu bapa yang dilakukan di rumah kerana ianya memberi kesan yang tersendiri kepada keterlibatan aktiviti lepak di kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu agama yang cukup. Dipetik daripada http://eprints.utm.my/3864/1/Azizi_lepak.pdf No comments

SALAH LAKU MORAL MENERUSI INTERNET


Thursday, January 21, 2010 2:16:09 PM salah laku moral dalam penggunaan internet

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Oleh: Ahmad Shamsul Data' Abd Aziz Ooi Yeng Keat PENGENALAN Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan satu era baru dalam perkem bangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan, kewangan dan sebagainya (Presidents Working Group, 2000). Selain itu, teknologi terbaru ini sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi . Tidak keterlaluan jika dikatakan dunia perniagaan hari ini banyak bergantung kepada internet untuk membolehkan atau melancarkan proses urusan perniagaan harian. Penggunaan komputer yang meluas menjadi pemangkin kepada peru bahan ini khususnya dalam proses perniagaan. Namun demikian, kawalan yang kurang ketat daripada pihak atasan serta kesenangan untuk melayari internet telah membolehkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penghantaran bahan-bahan seksual dan lucah seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya melalui internet semakin menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang dikenali sebagai gangguan seksual elektroni k atau e-harassment (Towns, 2000). Dalam bidang akademik pula, perbuatan plagiarisme di kalangan para pelajar semakin berleluasa. Ramai pelajar pada masa kini begitu mudah mencuri dan menciplak karya penulis lain untuk dijadikan sebagai tugasan mereka untuk dihantar kepada pensyarah (Auer & Kruper, 2001 & Laird, 2001). Perbuatan tidak bermoral ini timbul lantaran terdapat begitu banyak sekali laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Researchpaper. com dan Term papers-on-file. corn (Hricko, 1998).

Selain itu, perbuatan melayari laman web lucah juga dikatakan semakin meningkat terutamanya di kalangan remaja. Keadaan bertambah buruk apabila keupayaan setiap keluarga di Malaysia yang mampu memiliki komputer semakin bertambah sejajar dengan usaha kerajaan mewujudkan konsep Satu Keluarga Satu Komputer . Kawalan yang kurang daripada pihak ibu bapa telah memudaratkan lagi keadaan Sementara itu, kajian yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati golongan pelajai menjadikan laman web lucah sebagai tempat melepaskan tekanan ketika belajar (Salina. 200 1 ). APA ITU SALAHLAKU MORAL MENERUSI INTERNET? Salahlaku moral menerusi internet bukanlah suatu perkara baru tetapi kebelakangan ini ia telah dibincangkan secara meluas. Artikel ini akan menumpukan kepada tiga aspek perbincangan utama iaitu gangguan seksual di tempat kerja, kegiatan plagiarisme di kalangan pelajar dan juga keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda yang melayari internet. Secara ringkasnya, salahlaku moral menerusi internet merupakan satu perbuatan yang melanggari etika penggunaan internet dengan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ta!asusila dan salah di sisi undang-undang. Gangguan seksual menerusi internet di tempat kerja merupakan salah satu bentuk atau cabang gangguan ;eksual. Gangguan seksual menerusi internet secara umumnya boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu: i) gangguan seksual yang hanya berlaku di internet sahaja iaitu di alam siber. ii) gangguan seksual di internet yang bertukar menjadi gangguan seksual di alam nyata dan yang lebih berbentuk fizikal (Cyberangels, 1999). Gangguan seksual menerusi internet boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya penghantaran e-me1 yang tidak diingini oleh seseorang yang berbentuk mengancam dan lucah kepada seseorang lain (McGraw, 1 995). Ini merupakan gangguan seksual menerusi internet secara langsung di mana ia melibatkan sabotaj secara elektronik, iaitu menghantar mesej lucah dalam bentukjunk e-mail kepada mangsanya atau dikenali juga sebagai spamming (Ellison & Akdeniz, 1998). Penghantaran ini biasanya dilakukan dengan menghantar mesej lucah kepada ratusan mangsa dan bukan hanya kepada seorang sahaja. Gangguan seksual menerusi internet juga boleh berlaku dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan chatting. Gangguan h i berlaku dalam keadaan penghantaran pesanan serta mesej yang berunsur seksual dan perihal aktiviti seks dengan mangsa melalui talian Internet ReZq Chat (IRC) atau Usenet (Cyberangels, 1999). Ia berlaku dalam situasi seperti seseorang bertanyakan soalan berbentuk peribadi yang menyentuh perkara sulit yang tidak sepatutnya disoal. Antaranya ialah mengenai bentuk fizikal badan ataupun kegiatan seks pasangannya (Bell, 1999). Manakala CyberstaZking pula merupakan bentuk gangguan yang tidak langsung yang merujuk kepada penggunaan internet, e-me1 atau alat komunikasi elektronik lain untuk mengganggu pengguna lain secara berterusan (Hatcher, 2000). Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan informasi, pelajar di institusi pendidikan boleh memperolehi segala maklumat akademik yang diperlukan dengan mudah. Internet dalam ha1 ini telah memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar. Pelajar hanya perlu memasukkan alamat laman web yang diingini, maka segala

maklumat yang dikehendakinya akan terpapar pada layar komputer dengan sekelip mata. Malangnya, kepesatan kemudahan internet telah memberi peluang kepada pelajar melakukan plagiarisme di dunia akademik (Weiner & Whittington, 1998). Lantaran itu, apakah yang dimaksudkan plagiarisme akademik? Menurut Love dan Simmons ( 1998) plagiarisme akademik ialah perbuatan mengambil sesuatu karya, pemikiran atau idea seseorang dan mengiktirafnya sebagai hasil kerja sendiri. Pelajar hanya memuat turun karya atau idea seseorang daripada internet dan menterjemahkannya untuk dijadikan hasil tugasan. Mengapakah perbuatan plagiarisme menerusi internet boleh terjadi? Terdapat beberapa faktor penyumbang yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah seperti kaedah cut and paste daripada internet didapati lebih mudah daripada menaip semula bahaF-bahan yang diperoleh dari sumber-sumber rujukan (Zack, 1998). Selain itu, faktor masa juga menjadi penyumbang plagiarisme kerana mencedok daripada internet menyebabkan seseorang pelajar dapat menghabiskan tugasan yang diberi dengan cepat (Schneider, 1999). Selain itu, melayari laman web lucah juga dikatakan salahlaku moral menerusi internet. Kemudahan melayari internet pada era teknologi sesungguhnya merupakan satu perkara yang senang. In i berikutan tiada terdapat sebarang tapisan terhadap bahan- bahan dalam internet. Fenomena ini menyebabkan ramai remaja khususnya yang dikatakan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mencari laman-laman web seks untuk memenuhi naluri tersebut. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Sehubungan dengan itu, kes salahlaku moral menerusi internet haruslah diberi perhatian serius sebelum ia merebak dan pihak terbabit dikehendaki mengambil tindakan tegas dalam menangani kejadian tersebut daripada bermaharajalela. Untuk itu, langkahlangkah seperti berikut wajar diambil: a) Gangguan seksual di tempat kerja: i) Syarikat perlulah melaksanakan polisi untuk mencegah penyalahgunaan ii) Syarikat juga boleh mewujudkan prosedur kekilanan berhubung dengan perkhidmatan e-me1 gangguan seksual menerusi internet. Selain daripada itu, para majikan juga harus bertindak lebih proaktif berkenaan dengan masalah gangguan seksual menerusi internet (Fox, 1999). Majikan boleh memanfaatkan mekanisme komputer untuk mengawal penerimaan e-me1 yang lucah. Mekanisme ini termasuklah: i) mekanisme kill file yang menghalang penghantaran mesej daripada penghantar tertentu. Bagaimanapun, kaedah sebegini mungkin tidak sesuai untuk keadaan tertentu apabila pengirim dan penghantar harus berhubung selalu untuk urusan kerja rasm i . ii) program pemantauan, yang akan memadamkan perkataan atau gambar yang tidak disenangi dalam e-mel. iii) prosedur mengaudit e-me1 secara rawak. Menurut perspektif undang-undang, Seksyen 2 1 1 (i) Akta Multimedia dan Komuni kasi 1 998'memperuntukkan :"Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang

menggunakun perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikun kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang". Peruntukan undang-undang ini menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan j ika seorang individu menghantar kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah atau mengancam orang lain menerusi internet. Dari segi hukuman pula, Seksyen 2 1 l(ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 menyatakan:Seseorang yang melanggar sub@) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,OOO. 00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi I tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RMI, 000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabit. Plagiarisme Akademik Di antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau mengelak dari melakukan perbuatan salahlaku tersebut ialah seperti: i) Pelajar harus memberi kredit atau penghargaan terhadap apa-apa idea, cadangan atau teori yang diambil menerusi internet. Selain itu, pelajar juga dikehendaki membuat petikan terhadap setiap penulisan atau idea penulis asal (www.indiana.edul-wts/wts/plagiarism.html). . ii) Para pensyarah haruslah meminta pelajarnya mengemukakan nota-nota tugasan, draf serta rangka tugasan (Bruno, 2001). Selain itu, pelajar juga dikehendaki mengepilkan senarai bahan rujukan yang telah digunakan semasa membuat sesuatu tugasan. Melayari laman web lucah Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah gejala buruk ini berterusan. Lantaran itu, kawalan dan pemantauan haruslah ketat agar anak mereka tidak berpeluang melayari laman web seks pada ketika ibu bapa tiada di rumah. Ini dapat dilakukan dengan memasukkan kata kekunci pada komputer di rumah tanpa diketahui anak-anak. Di samping itu, kesedaran individu amat penting kerana kecenderungan melakukan perbuatan tersebut akan mempengaruhi individu untuk melakukan jenayah seksual (Kingsmill, 1997). Pegangan agama yang kuat dalam sanubari juga harus ditekankan. KESIMPULAN Salahlaku moral menerusi internet perlu dipandang serius oleh semua pihak. Dengan perkem bangan teknologi internet yang begitu pesat, pengguna haruslah sent iasa ingat bahawa kegunaan internet untuk tujuan yang memanfaatkan dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah penting pengguna-pengguna internet menyemai dan memupuk kesedaran dalam diri masing-masing terhadap penggunaan internet yang betul. Sekiranya setiap pengguna mempunyai sifat sebegitu, maka salahlaku moral menerusi internet akan dapat dibendung. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan pensyarah bolehlah juga mendidik anak-anak atau pelajar-pelajar mereka tentang etika penggunaan internet yang betul bagi mem banteras perbuatan salahlaku moral menerusi internet.

Dipetik daripada http://eprints.uum.edu.my/839/1/SALAHLAKU_MORAL_MENERUSI_INTERNET__SATU_TINJAUAN.pdf No comments

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEVISYEN SERTA CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN MENONTONNYA


Tuesday, January 19, 2010 8:34:30 AM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Televisyen (TV) merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan TV ini kepada kita semua? Kebaikan:1. Alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara (macam berita pukul 8 malam tu dan berita dunia). Segala maklumat di dalam dan luar negara, kita perolehi

dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. 2. Alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program macam ni, ianya seperti maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3 melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita, ianya amat berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. 3. Alat hiburan. Alat hiburan juga merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja, kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita. 4. Alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasaalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya. 5. Alat untuk pengiklanan produk dan servis sesebuah syarikat. Ini memberi kelebihan kepada pengiklan dalam mempromosikan produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh mereka. Keburukan:1. Boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak, ini adalah kerana:- menyekat perkembangan teknik membaca. Dalam usia yang muda, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam pembacaan. Ini masih terdapat kanakkanak yang sudah masuk darjah 1 tapi masih tidak tahu membaca. - menyekat perkembangan skill-skill lain seperti bahasa, pergaulan, kreativiti dan juga skill mendengar. Skill-skill ini hanya boleh ditingkatkan dengan memperbanyakkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa. - Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu. 2. Rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada dua golongan ini. Pada masa kini tidak mustahil kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh membuat aksi seperti bercium. Ini adalah pengaruh dari TV. 3. Membazir duit. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran duit berlaku apabila penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut. Undi bukan sekali dua, malah mungkin beratus-ratus kali. Berapa yang telah dilaburkan? Siapa yang untung? Adakah orang yang mengundi akan mendapat

untung? Jadi fikir-fikirkanlah. 4. Membazir masa. Pembaziran masa ini terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan. 5. Penonton terpengaruh dengan iklan-iklan yang dilihat di TV. Apabila terpengaruh fahamfaham sahaja lah, benda yang tidak perlu di beli...terus di beli. 6. menyekat perkembangan otak kanan iaitu bahagian untuk kreativiti. Apabila kita menonton TV, kita hanya mendengar dan melihat tetapi otak kita jarang digunakan dalam masa tersebut. Berbeza jika kita membaca buku cerita misalnya. Apabila kita membaca buku cerita, kita akan cuba menggambarkan (macam imaginasi) apa yang diceritakan dalam cerita tersebut, sekaligus mengaktifkan otak kanan kita. Otak kiri dan otak kanan kita seelok-eloknya di balancekan. 7. Digunakan oleh orang-orang tertentu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat/masyarakat. Ini berlaku ketika pilihanraya yang lepas yang mana terdapat parti politik yang menggunakan sepenuhnya media elektronik dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Kuasa yang mereka ada telah digunakan sepenuhnya. Pada sesetengah pihak, ianya menganggap sebagai kebaikan. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing. 8. Terdapat juga maklumat yang diterima adalah maklumat yang salah. Media-media elektronik mestilah bertanggungjawab terhadap setiap maklumat yang mereka sampaikan. Bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV:1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila kita balik, kita akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja. 2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa. 3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktis sejak anak-anak masih kecil lagi. 4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak. Kita hendaklah pandai dalam memilihkan program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Fikir-fikirkan lah. Dipetik daripada Hapraq http://alyadina.blogspot.com/2009/06/televisyen-kebaikan-dan-keburukan_12.html

No comments

PANDUAN MENULIS KARANGAN


Monday, January 18, 2010 2:45:27 PM panduan menulis karangan

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Bagaimana hendak berfikir secara kritis tentang sesuatu topik itu? Ini satu persoalan yang sukar untuk dijawab oleh kebanyakan pelajar kerana mereka tidak suka berfikir lalu menganggap

berfikir membuang masa sahaja. Namun berdasarkan pengalaman saya dalam bidang penulisan, konsep berfikir inilah yang mencetuskan sesuatu idea untuk menulis. Semakin bagus seseorang pelajar itu berupaya untuk berfikir maka semakin baguslah penulisannya kelak kerana ideanya akan jelas dan matang ketika menghuraikannya. Buat pelajar kemahiran berfikir ini perlu dimiliki terlebih dahulu sebelum mampu menulis. Untuk menulis, pelajar harus mengenal pasti masalah itu dan melihatnya daripada dua kemungkinan yang wujud. Pertama kesan masalah itu dan cara-cara untuk mengatasinya. Konsep kesan dan cara mengatasinya merupakan dua skop peperiksaan yang sering ditanya. Jika pelajar faham dua konsep utama ini, pelajar seharusnya sudah boleh berfikir tentang aspek-aspek yang menjurus kepada kesan dan cara ini. Biasanya untuk mendidik seseorang pelajar itu berfikir secara kritis, konsep pertanyaan harus dijadikan asas perbincangan. Pelajar harus sedar bahawa semua tajuk yang ditanya boleh dilihat daripada dua sudut secara umum yakni positif atau negatif. Baiklah ambil contoh karangan tentang internet. Sudah pasti ada dua kesimpulan umum yakni kebaikan dan keburukan internet. Selalu fokus kepada dua kemungkinan tentang sesuatu perkara itu. Kewujudan dua kemungkinan ini memaksa pelajar untuk berfikir secara mendalam dan serentak tentang sesuatu perkara tersebut. Buat pelajar yang mampu berfikiran kritis, mereka akan cuba menghuraikan perkara-perkara yang mampu dibawa oleh internet kepada pelajar sebagai satu bentuk pengetahuan. Fikir secara mendalam semua perkara yang anda nampak dalam internet yang mampu memberi pendidikan kepada pelajar. Dan tulis serta huraikan dengan panjang lebar. Setelah siap menulis, huraikan lagi perkara yang sudah anda huraikan kali pertama tadi. Maksud saya sudah pasti ada penerangan atau contoh lain yang berkaitan dengan isi yang anda tulis. Setiap kali melihat sesuatu tajuk, pelajar harus selalu melihat dalam dua aspek. Huraikan keduadua aspek itu secara mendalam. Baca akhbar dan nampak sahaja sesuatu topik, sila fikirkan dua kemungkinan yang menyebabkan perkara itu berlaku dan sebabnya secara langsung. Sebenarnya masalah menulis merupakan satu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan pelajar baik di sekolah mahupun di peringkat universiti. Masalah ini memang begitu ketara berdasarkan pengalaman saya dalam bidang pendidikan. Ada pelajar yang tidak tahu untuk memulakan sesuatu ayat pun dan kalau mereka mampu untuk menulis, masa yang panjang diperlukan oleh mereka untuk menyiapkannya. Pelbagai alasan akan diberikan jika mereka gagal untuk menyiapkan tugasan penulisan itu. Kenapakah masalah ini berlaku? Adakah menulis berasaskan bakat semata-mata? Jawapan kepada pertanyaan ini begitu mudah iaitu pelajar tidak ada kemahiran menulis dan menganggap kemahiran menulis ini tidak penting berbanding dengan kemahiran mengira atau membaca yang amat diperlukan dalam subjek Matematik dan Sains. Sebenarnya tanpa pelajar semua sedari, aspek kehidupan kita banyak ditentukan oleh kemahiran untuk menulis dengan baik. Ya, memang kemahiran mengira dan membaca penting tetapi bayangkan seseorang pekerja yang ada semua data-data yang menarik tetapi tidak mampu untuk menulis dengan begitu meyakinkan untuk memudahkan majikannya membuat keputusan tentang sesuatu perkara itu.

Bahan penulisan bukan sahaja untuk menerangkan tetapi mampu menjelaskan sesuatu dengan mudah kepada seseorang. Maka, bukankah kemahiran mengira dan membaca itu sesuatu yang membazir jika pada masa yang sama pelajar tidak tahu cara untuk menulis yang berkaitan dengan pengiraan dan pembacaan tersebut? Lantaran itu, hujah yang mengaitkan kegagalan seseorang pelajar itu menulis dengan ketiadaan bakat juga bukanlah sesuatu yang kukuh. Sepanjang pengalaman saya sebagai pendidik, ada pelajar yang memiliki bakat menulis tetapi keputusan peperiksaannya terutama dalam aspek penulisan agak mengecewakan. Ada juga pelajar yang tiada bakat menulis tetapi berkat ketekunan dan kerajinan yang tinggi, pelajar terbabit berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Pada saya semua pelajar boleh menulis dan harus tahu menulis dalam hidup mereka dengan syarat mereka tahu teknik dan kesanggupan untuk mencuba menulis dengan tekun. Kemahiran menulis ini boleh diperoleh jika pelajar tahu cara-cara yang mudah untuk menulis. Pengetahuan mengenai teknik menulis ini boleh menjadi asas kepada mereka untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih baik menerusi tulisan. Sudah pasti mereka yang memiliki bakat menulis mempunyai kelebihan tetapi harus kita sedar bahawa bakat sahaja belum cukup untuk membawa kejayaan dalam aspek penulisan kerana ada pelbagai aspek lain yang turut mempengaruhi kejayaan pelajar dalam penulisannya. Antara aspek lain yang penting untuk memahirkan seseorang itu menulis ialah: (1) kemahiran untuk memikir secara kritikal sesuatu topik itu. (2) semangat yang tinggi untuk berlatih menulis (3) kesanggupan untuk melakukan kesilapan ketika menulis (4) membaca dengan meluas Pelajar juga banyak gagal menulis kerana mereka tidak mempunyai keyakinan menulis. Setiap kali mereka ingin menulis sudah pasti setiap kali itu juga perasaan tidak yakin akan kemampuan mereka timbul lalu sikap negatif ini menjadi satu kelazaiman yang menghalang perkembangan pelajar untuk memahirkan diri mereka menulis dengan baik. Sebenarnya, pelajar harus menanam keyakinan menulis dalam diri mereka terlebih dahulu. Setiap kali mereka berasa malas atau tidak suka menulis, pelajar harus meneriakkan kata-kata perangsang yang mendalam dalam jiwa mereka bahawa mereka akan menulis kerana yakin mereka mampu menyiapkan satu karangan dengan sebaiknya. Suara keyakinan inilah yang membentuk jiwa pelajar untuk meminati penulisan lalu akan menjadi mahir pada suatu masa nanti tanpa mereka sedari pula. Satu hari cuma satu perenggan atau dua perenggan dan kemudian menambah menjadi tiga atau empat perenggan pada minggu seterusnya. Teknik menulis sebegini memberi pelajar keyakinan sedikit demi sedikit untuk memahirkan diri menulis. Pada masa yang sama pelajar akan menyedari kelemahan dan kelebihan mereka ketika menulis. Mungkin pelajar akan sedar mereka lebih mahir dalam aspek pendahuluan tetapi sedikit lemah dalam perengan. Kesedaran ini menyebabkan pelajar akan berusaha meningkatkan kemahiran dalam penulisan perenggan pula.

Kenapa pelajar perlu mahir menulis Hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan pelajar menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Keadaan ini menyebabkan seseorang pelajar yang tidak memiliki kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan bukan kerana diri mereka tidak bijak tetapi mereka tidak memiliki kemahiran untuk meluahkan kebijaksanaan mereka itu dalam bentuk tulisan. Lantaran itu, pelajar yang mampu menjawab soalan dengan baik dalam peperiksaan ialah pelajar yang memiliki kemahiran menulis yang tinggi kerana selain mampu memberikan data-data yang tepat, pelajar sebegini juga berupaya menyusun jawapannya dalam bentuk yang begitu mudah, teratur dan meyakinkan pemeriksa bahawa pelajar terbabit sememangnya bijak dalam sesuatu subjek pelajaran tersebut. Jadi, tanpa pelajar semua sedari mahu tidak mahu, minat atau tiada minat, penulisan merupakan satu latihan yang harus dibuat oleh pelajar setiap hari. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa latihan menulislah yang lebih penting daripada semua latihan yang ada dalam hidup pelajar terutama apabila pelajar bakal memasuki alam kerjaya. Semua laporan kerja terutama pembentangan projek, laporan kewangan dan rancangan pembangunan produk perlu dibentangkan juga dalam bentuk penulisan. Oleh itu, mahirkan diri pelajar dengan menulis dan menulis. Dipetik daripada blog panduan Menulis karangan http://karanganbagus.blogspot.com/ No comments

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT MEMBACA BAHAN-BAHAN SASTERA DALAM KALANGAN PELAJAR
Monday, January 18, 2010 3:54:43 AM minat terhadap bahan sastera

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Pengaruh Minat Mengapa pelajar tidak minat belajar sastera? Kelemahan dalam minat dan perasaan fobia terhadap sastera telah menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan skor markah dan prestasi sastera. Keadaan ini menimbulkan masalah-masalah susulan seperti pelajar kurang memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, pasif, tidak membuat kerja rumah dan tiada insentif untuk meningkatkan prestasi diri. Dweck (1975) dalam kajiannya membuktikan students attributions of failure to lack of effort (rather than to luck, ability or other variables may alleviate learned helplessness. Pelajar perlu sedar kekurangan usaha pada dirinya supaya dia dapat memperbaiki kelemahan pada dirinya dalam proses pembelajaran. Safiah (1979) menegaskan minat membaca di kalangan pelajar berkait rapat dengan faktor pencapaian. Membaca teks sastera memerlukan cabaran-cabaran intelektual yang berbeza. Membaca teks sastera bukan sahaja sekadar menikmati maksud yang tersurat, tetapi juga maksud

yang tersirat di mana ia melibatkan penaakulan dan gerak hati. Unsur sastera dalam pendidikan berfungsi untuk memperluaskan pemikiran individu kerana genre sastera yang bermutu tinggi mempunyai makna yang tersirat yang perlu diperhalusi oleh pembaca. Bahan bacaan sastera boleh menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar dan membudayakan tabiat membaca dalam masyarakat. Terdapatnya faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar kurang meminati sastera. Pertama, kurangnya minat membaca di kalangan pelajar menjadi penyumbang utama ke arah fenomena ini. Pelajar hari ini didedahkan kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan berbentuk hiburan. Kedua, tidak ada galakan daripada ibu bapa kerana mereka beranggapan dengan membaca bahan sastera seperti novel dan cerpen akan mengganggu pencapaian akademik. Ketiga, kurangnya pendedahan tentang sastera dan peluang pekerjaan yang berkaitan. Keempat, harga buku sastera yang tinggi. Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku-buku sastera berbentuk rekreasi di pasaran merupakan faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera. Beliau mencadangkan kelab membaca ditubuhkan agar pelajar boleh digalakkan membaca dengan adanya sedikit cenderahati dan menyeru pihak penerbit atau pengarang menghasilkan buku-buku sastera dalam bentuk rekreasi yang sesuai untuk dibaca oleh pelajar. Kajian Kathy (1994) juga menggunakan teknik baca kuat untuk menggalakkan pelajar membaca dan buku percuma diberikan kepada pelajar yang terlibat. Buku-buku bentuk rekreasi perlu ditambahkan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar. Dalam memupuk minat membaca di kalangan pelajar, seharusnya ada galakan berbentuk motivasi intrinsik atau motivasi ekstrinsik daripada pihak ibu bapa atau guru. Ina Sue (1994) menjalankan kajian ke atas 39 orang murid Gred 3 dengan tujuan memupuk keseronokan membaca di kalangan murid dan murid memilih untuk membaca apabila terdapatnya galakan, pilihan bahan bacaan dan masa untuk membaca. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid membaca dengan penuh minat setelah mendapat galakan daripada ibu bapa dan guru. Murid juga menunjukkan respon yang positif dalam penulisan jurnal. Mohd Nasir Hassan (2002) menjalankan kajian kes selama empat minggu semasa praktikum dengan menggunakan teknik melagukan puisi. Beliau menggunakan kecerdasan muzikal yang ada pada pelajar dengan melagukan sajak diiringi petikan guitar dan tiupan harmonika serta disesuaikan dengan latar belakang yang membantu proses mengapresiasi sajak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar Cina yang tidak meminati sastera dan tidak faham sastera mula meminati sastera dan boleh menghafal sajak yang dipelajari apabila dipuisilagukan. Beliau mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar adalah perlu untuk memupuk minat pelajar dalam mempelajari sastera. Terdapat keserasian antara hasil dapatan beliau dengan pandangan Ronald & Michael (1991) iaitu: A student-centred literature class is one which allow more exploration of the literary text by the learners and invites learners to develop their own responses and sensitivities. Murphy & Roopchand (2003) menjalankan untuk meninjau hubungan antara motivasi intrinsik terhadap pembelajaran dan harga diri di kalangan pelajar tradisional dan pelajar dewasa. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar perempuan dewasa mempunyai skor motivasi intrinsik dan harga diri yang tinggi. Motivasi intrinsik yang lemah telah menyebabkan pelajar tradisional menghadapi tekanan dalam mencapai prestasi yang baik. Sebaliknya, pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi, dia dapat menangani sebarang tekanan dan mencapai prestasi

yang baik. Dapatan kajian ini menyokong pendapat Flink et. Al. (1990) seperti berikut: In relation to autonomy in the learning experience, evidence has shown that pressure on traditional students to maximise their performance is strongly associated with undermining intrinsic interest. Pengaruh Ibu Bapa Cohen (1972) mendapati variabel motivasi ibu bapa mempunyai hubungan signifikan dengan aspirasi pendidikan anak. Sikap anak boleh dikatakan menyerupai sikap ibu bapa, maka peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan pembelajaran anak yang berjaya. Pendapat ini sejajar dengan pandangan Wilkins (1981) yang menyatakan bahawa: the attitudes of children are almost always the attitudes of their parents also, so that it could be said that the parents do much to determine the lack of success of their children in learning (m.s.53) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menggalakkan anak membaca sastera. Sastera yang digunakan sebagai bahan pengajaran dalam pendidikan tidak terlaksana secara sewenangwenangnya sahaja. Tujuan pelaksanaan pendidikan sastera ialah mendidik pelajar untuk menjadi seorang pembaca tulen, mendidik pelajar untuk memahami dan menghayati unsur serta nilai kebaikan dan hiburan yang dapat diberikan oleh sastera, serta mendidik pelajar untuk terus menjadi pembaca tulen yang setia dan kritis sepanjang hayat. (Hashim, 1989) Dapatan kajian Johnette (1994) membuktikan peranan ibu bapa adalah penting dalam memupuk minat membaca anak-anak. Sekiranya ibu bapa meluangkan masa membaca bersama-sama dengan anak atau membaca untuk anak, minat membaca anak akan terpupuk secara tidak langsung. Terdapatnya hubungan yang baik dan sokongan daripada ibu bapa boleh meningkatkan minat pelajar dalam pelajaran. (Field, Lang, Yando & Bendell, 1995) Pengaruh Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pensyarah Faktor guru dan pengajaran merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Guru yang mengajar dengan baik dapat mengubah persepsi pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Untuk mengubah persepsi pelajar, guru perlu memainkan peranan membentuk minat pelajar serta lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran kelas. Oleh itu, guru harus sentiasa bersikap proaktif dan mengambil inisiatif untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran berkesan yang mampu menarik minat pelajar, dan pada masa yang sama turut memenuhi keperluan sukatan pelajaran. Menurut Prettyman (1996), daya kreatif guru adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Minat dan kesungguhan yang mendalam pada guru itu membantu mempercepatkan proses penghayatan pelajar. Guru juga tidak seharusnya beranggapan mempelajari sastera merupakan sesuatu perkara yang mudah dan membiarkan pelajar membaca dan faham sendiri. Guru mesti mempunyai keupayaan untuk menarik hati pelajar dengan menyelami peristiwa yang berlaku sehingga pelajar benar-benar dapat merasakan sesuatu peristiwa itu. Bimbingan dan galakan daripada guru kepada pelajar amat penting agar pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. Pendapat ini juga disarankan oleh Mike, yang menyatakan bahawa: teachers are the decisive element in the classroom. Teachers posses power to make a chlids life joyous or miserable. Teachers can be an instrument of inspiration or torture to a childs motivation to learn. Guru seharusnya menggunakan pelbagai teknik untuk memotivasi pelajar semasa pengajaran dan

pembelajaran. Kajian kesan pendekatan mengalami-menghayati terhadap pembelajaran sajak ke atas 51 orang pelajar Tingkatan 6 dijalankan oleh Noriah (1986). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor guru dan pendekatan pengajaran guru amat mempengaruhi pencapaian pelajar dari segi kefahaman, peningkatan minat dan perubahan sikap pelajar terhadap pembelajaran sajak. Guru seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran pemusatan pelajar agar pelajar dapat menikmati pembelajaran sajak. Guru memainkan peranan sebagai pelajar contoh di dalam kelas. Pelajar mudah dikawal sekiranya guru pandai memilih aktiviti yang sesuai, menjalankan pengajaran dan pembelajaran dua hala, memahami kehendak individu di dalam kelas dan menjalankan aktiviti pengukuhan berdasarkan kemampuan pelajar. ( Charles, 1985) Penerapan model pembelajaran Role Playingdigunakan oleh Sadali dalam menjalankan kajian tindakan untuk meninjau pengaruh model ini ke atas 30 orang siswa dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa (a) terdapat peningkatan kemampuan guru dalam mencapai objektif pembelajaran, memotivasikan pelajar dan membimbing perbincangan; (b) pelajar lebih berani menyatakan pendapat; (c) terdapatnya kesedaran hubungan antara peranan yang dimainkan dengan masalah kehidupan masyarakat yang sebenar dan (d) memudahkan pelajar mengingat kembali tentang konsep, fakta dan teori. Model Main Peranan dicadangkan sebagai salah satu alternatif untuk mengatasi masalah kualiti proses dan hasil pembelajaran. Patricia & Barbara (1993) mengkaji perspektif guru dalam pengajaran sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa: (i) guru perlu faham dan menilai kepentingan pelajar terhadap pendedahan bentuk karya sastera; (ii) guru sentiasa meminta pelajar faham kriteria spesifik dan teknik-teknik untuk menganalisis sastera; (iii) guru mengutamakan penghayatan estetika karya sastera; (iv) guru mengutamakan penglibatan pelajar dalam aktiviti penulisan kreatif; (v) guru membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif; dan (vi) guru perlu memilih bahan bacaan sastera yang diminati oleh pelajar. Ini bemakna dari sudut guru, pelajar perlu menguasai kemahiran menganalisis, kemahiran penghayatan, kemahiran pembelajaran kolaboratif, dan kemahiran membaca genre sastera. Boza Krakar (2001) menjalankan kajian ke atas pelajar vokasional yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Sebanyak 40% daripada peruntukan masa ditumpukan ke atas pembelajaran sastera. Tindakan ini sangat sesuai kepada pelajar vokasional dari aspek pemupukan minat dan meningkatkan tahap penguasaan. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan sastera amat mempengaruhi minat membaca dan memimpin pelajar ke arah kecemerlangan diri. Teknik membaca kuat merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk menggalakkan pelajar membaca sastera. Deborah & Linda (2003) menjalankan kajian ke atas murid Gred 1 dan Gred 4 bertujuan mewujudkan motivasi murid membaca bagi menghayati dan mengamati sastera dengan menggunakan teknik membaca kuat. Mereka mendapati bahawa murid lebih suka memilih aktiviti selain daripada membaca. Murid tidak mempunyai inspirasi untuk membaca buku-buku lain selain daripada buku teks. Kajian dijalankan dengan menggunakan teknik membaca kuat dan program Home-School Independent Reading. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik membaca kuat memainkan peranan penting dalam perkembangan kemahiran membaca di kalangan murid. Teknik ini dan program tersebut dicadangkan untuk diaplikasikan di sekolah bagi memupuk minat membaca di kalangan murid. Wheatley (1992) menunjukkan bahawa pembelajaran aktif dapat mempertingkatkan pemikiran dan tindak balas pelajar. Pelajar seharusnya diberikan peluang untuk membuat refleksi terhadap

aktiviti yang dijalankan untuk pembentukan makna daripada pengalaman. Piramid Pengalaman Pembelajaran oleh Dale (1954), menggalakkan pembelajaran secara konkrit kepada pembelajaran secara abstrak. Pelajar dapat berfikir induktif. Ini bertepatan dengan pendapat Glenn, Steward & Simpson (1991) yang menyatakan bahawa pengajaran yang menggunakan bahan yang bermakna. Pensyarah perlu membantu pelajar dalam pembentukan pembelajaran yang bermakna. Ini sejajar dengan Gardner (1986) yang menegaskan bahawa pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan yang perlu diperkembangkan oleh guru. Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) Menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap social, kemantapan emosi dan daya penghargaan. ABM yang digunakan melibatkan penggunaan deria pelajar seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan semua deria, pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah pelajar lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya. Penggunaan ABM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. ABM bukan sahaja membantu menghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif dan afektif pelajar. Pendapat ini sependapat dengan Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson (1971), Charles (1972). Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru sastera perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi genre sastera melalui media elektronik, pengisian komputer, borang grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sastera. Guru sastera perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri (1985). Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. ABM dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar. Pengajaran Dan Pembelajaran Interaktif (Active Learning / Interactive Learning / Reciprocal Teaching) Vygotskian (1978) menegaskan proses interaktif semasa pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar adalah amat penting. Chickering & Gamson (1987) mencadangkan pelajar mesti lebih membuat daripada mendengar dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu membaca, menulis, membincang atau terlibat dalam penyelesaian masalah. Charles & James mendapati pelajar lebih suka strategi yang menggalakkan pembelajaran aktif seperti perbincangan kumpulan, pengajaran berasaskan audio visual, pembelajaran koperatif, perbahasan, drama, main peranan, simulasi dan bimbingan rakan sebaya. Pelajar tidak suka pengajaran dan pembelajaran yang diadakan secara kuliah tradisional. Ruhl, Hughes & Schloss (1987) dalam kajian mencadangkan pengajaran dan pembelajaran guru memasukkan aktiviti pembelajaran yang aktif lagi singkat tanpa mengurangkan isi kandungan. Dengan ini, pelajar dapat belajar lebih daripada

proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran interaktif mula diperkenalkan oleh Brown, Campione, Reeve, Ferrara & Palincsar (1991). Pembelajaran interaktif adalah suatu kaedah yang melibatkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar, pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan komputer. Pembelajaran berlaku semasa pelajar dan pensyarah berkongsi idea dan saling memimpin dalam perbincangan. Ia mencabar pelajar untuk membentuk kebolehan untuk membuat pembentangan dapatan dan membuat rumusan hasil dapatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Grinder (1991) dalam kajian ke atas pelajar seramai 30 orang, menunjukkan bahawa 22 orang pelajar adalah berkebolehan belajar secara berkesan jika guru membekalkan aktiviti secara visual, pendengaran dan kinestetik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran multisensori amat sesuai dengan kehendak pelajar. Dapatan kajian Computer Technology Research (1993) menunjukkan bahawa proses penggabungan lebih daripada satu modaliti deria dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan deria untuk mengalami peristiwa baru, pelajar dapat menyelesaikan tugasan dan memperoleh pemahaman yang lebih luas dan mendalam. Dapatan kajian Schroeder (1993) membuktikan bahawa pelajar lebih suka melibatkan diri secara langsung dan pengalaman konkrit, berbanding dengan pembelajaran teori. Pengajaran dan pembelajaran aktif adalah amat sesuai bagi pelajar pada zaman sekarang. Sharmini (2001) mengemukakan pengajaran dan pembelajaran sastera amat berguna dalam masyarakat Malaysia kerana dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran bahasa dan menambahkan ilmu pengetahuan. Sastera boleh merentasi kurikulum dan pelajar dapat mempelajari dengan lebih bermakna. Beliau mencadangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diubahsuaikan dengan mengintegrasikan teknik atau pendekatan kontemporari yang mesra pelajar. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru melemahkan perkembangan potensi pelajar dalam proses pembelajaran. Ini mengakibatkan prestasi pelajar tidak mencapai optimum. Interaksi kuliah kebanyakannya adalah berpusatkan pensyarah. Dapatan kajian Nuny Sulistiawaty (2004) menunjukkan bahawa teknik pembelajaran yang variatif dan inovatif dapat membangkitkan minat pelajar untuk belajar. Teknik interaktif mensyaratkan adanya proses pembelajaran yang komunikatif, pelajar mempunyai peluang untuk meluahkan perasaan dan pendapat, serta wujudnya integrasi penggunaan ketrampilan berbahasa. Kajian Kecenderungan Minat Pelatih MPSS Terhadap Gaya-gaya Pengajaran dengan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik menunjukkan (a) terdapat dua gaya pengajaran yang diminati iaitu perbincangan kelas yang dibantu oleh pensyarah dan kuliah dengan penglibatan sukarela pelatih; (b) terdapat tiga gaya pengajaran yang tidak diminati iaitu kuliah tanpa penglibatan pelajar, kuliah dengan penglibatan wajib oleh pelajar dan kaedah tunggal iaitu pembentangan dan demonstrasi; (c) pendekatan pembelajaran koorperatif dapat membentuk pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan dan meningkatkan prestasi pelajar. Hasil dapatan ini sejajar dengan hasil dapatan Beishline & Holmes (1997) di Emporia State University (ESU) dan Weber State University (WSU). Terdapat persamaan nyata antara kecenderungan pelajar MPSS dengan pelajar ESU dan WSU. Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/leeMPRM.pdf

No comments

CARA-CARA MENGGALAKKAN PELAJAR MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM


Sunday, January 17, 2010 1:44:40 PM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Isu tentang penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang semakin kurang memberangsangkan menjadi buah mulut banyak pihak. Mengapakah masalah sebegini boleh berlaku ? Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Lazimnya, semua pihak sedar bahawa masalah ini jika dibiarkan berterusan sememangnya akan menjadi sesuatu perkara serius yang melibatkan masa depan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah perlu diambil untuk menggalakkan para pelajar menyertai kegiatan kokurikulum kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Satu daripada tindakan yang perlu dilaksanakan ialah pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa. Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat mereka. Kegiatan yang dijalankan hanya untuk memenuhi jadual. Sebagai contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain bola sepak tanpa bimbingan secara sistematik. Mereka berpendapat bahawa mereka tidak perlu datang untuk bermain bola sepak, sebaliknya mereka boleh bermain di kawasan taman tempat tinggal mereka. Oleh itu, pihak sekolah mestilah memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mestilah benar benar mendatangkan manfaat kepada mereka.

Di samping itu, pihak kerajaan haruslah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum dalam kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu. Dalam hal ini, sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya semua murid ada hati untuk menyertainya. Melalui cara ini, mereka akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contohnya, penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah diambil kira semasa seseorang iu memohon untuk kemasukan ke universiti. Tindakan ini secara langsung akan menyebabkan para pelajar menitikberatkan kegiatan kokurikulum. Selain itu, pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar. Sejajar dengan perkara ini, pihak sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar dalam jenis aktiviti kokurikulum yang ingin diceburi dan seterusnya berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar. Dengan itu, para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati. Sebagai contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat. Hal ini sememangnya akan dapat menarik minat para pelajar untuk bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum tersebut kerana tak kenal maka tak cinta. Tanggungjawab menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum bukanlah hanya terletak pada bahu pihak kerajaan serta sekolah sahaja. Pihak swasta, turut boleh meringankan beban pihak kerajaan dengan memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan yang diperlukan oleh kelab dan persatuan di sekolah kerana ada padi semua jadi ada beras semua kerja deras. Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk dinikmati oleh para pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum. Sebagai contohnya, pihak sekolah bolehlah membina gelanggang tenis yang baru untuk ahli kelab tenis yang semakin bertambah dengan menyumbangkan derma. Sokongan padu daripada pihak swasta ini sememangnya akan menarik minat para pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum . Kesimpulannya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikum. Semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dengan kerjasama yang terjalin, impian untuk melahirkan modal insan yang mampu menerajui pucuk pimpinan negara dengan berkesan dapat direalisasikan. Dengan itu, barulah hala tuju dan masa depan negara kita akan menjadi lebih terjamin. Dipetik daripada Blog Bahasa melayu 1 http://galusbm1.blogspot.com/2009/09/tema-cara-cara-menggalakkan-pelajar.html No comments

MEROKOK: KEBURUKAN MEROKOK DAN PETUA BERHENTI MEROKOK

Friday, January 15, 2010 3:03:38 PM merokok

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS Latar belakang Merokok adalah tabiat yang merbahaya. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Mengapa tidak merokok atau berhenti merokok itu penting? Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. Kajian menunjukkan : o Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%. o Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih. Apa keburukan merokok? Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :

Gigi berkarat (staining). Nafas berbau (halitosis). Penyakit gusi (penyakit periodontium). Kanser mulut. Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti : Kanser paru-paru. Tekanan darah tinggi. Strok. Penyakit jantung. Mati pucuk. Perhatian Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok. Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda seorang perokok? Anda perlu membuang tabiat merokok. Pastikan anda : Melakukan pemeriksaan mulut sendiri. Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian. Petua berhenti merokok Bukan senang untuk membuang ketagihan merokok. Anda memerlukan kekuatan mental untuk membuang tabiat ini. Beberapa petua untuk berhenti merokok : Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan. Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh membuang tabiat merokok". Dapatkan sokongan. Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan : o mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum) o lakukan senaman o mandi dengan lebih kerap Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy). Dipetik daripada Info Sihat http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/MEROKOK.pdf

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DNEGAN E-GENIUS No comments

MEMBANGUNKAN INSAN YANG BERAKHLAK/ BERMORAL


Thursday, January 14, 2010 11:21:09 AM

NILAI MURNI, MORAL, AKHLAK, PEMBANGUNAN INSAN

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Oleh: Suariza @ Hidayah Muhammad M.A. (Malaya) Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan menjadi tugas bersama bagi memperkukuh perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara kita namun di masa yang sama ketuanan Melayu perlu dikekalkan. Kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sama pentingnya dan merupakan dua imperatif yang perlu difahami secara positif agar tidak lari dari imperatif yang lebih besar di dalam sebuah peradaban, khususnya peradaban yang berteraskan agama Islam.

Secara umumnya masyarakat bertuah hidup di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti konflik kampung Medan mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya dan juga isu keadilan sosial dan ekonomi. Dalam konteks ini pentingnya isu ketuanan Melayu diberi perhatian iaitu salah satu sebab mengapa ketuanan Melayu perlu wujud ialah untuk memastikan keadilan ekonomi bagi mereka yang mungkin tercicir atau dicicirkan.

Ilmu ketamadunan juga penting dewasa ini kerana manusia kini berada di persimpangan jalan, ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang menghasilkan kehidupan yang bertamadun. (Azizan Baharuddin, 2005: 5)

Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan beragama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan tamadun Islam yang telah mencapai tahap golden agenya itu misalnya adalah dipengaruhi oleh ransangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu.

Dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu tersebut, sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun atau peradaban oleh kerana penghayatan moral dan akhlak yang terpuji yang termasuk di dalamnya kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat disiplin dan kekreatifan.

Nilai yang mana teori kajian nilai atau aksiologi ialah satu cabangan dalam ilmu falsafah yang meneliti, menganalisis dan menghuraikan prinsip dan kaedah pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Segala sesuatu yang dianggap benar, patut, baik dan indah adalah amat diingini dan disanjung tinggi oleh masyarakat dan dengan demikian memperolehi nilai dan harga yang tinggi.

Sebaliknya perkara dan benda yang palsu, tidak berguna, buruk dan merosakkan akan dibenci, disisih dan dibuang oleh masyarakat dan dengan demikian mempunyai nilai yang rendah ataupun tidak ada nilai langsung. Tindakan dan amalan yang berkaitan dengan nilai ini sama ada nilai tinggi dan disanjung ataupun rendah dan dibenci, dijelmakan dalam tingkah laku, tindak-tanduk, percakapan dan perbuatan yang dicakupi oleh konsep moral, etika dan akhlak.

Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik, berguna, diingini, ataupun sebaliknya palsu, buruk, tidak diingini, tidak berguna dan dibenci.

Nilai dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, nilai estetik yang berkaitan dengan ukuran rasa keindahan dan kecantikan. Manakala nilai instrumental pula yang secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat tertentu. Contohnya nilai-nilai diam dalam kelas membantu pencapaian matlamat belajar dengan berkesan. Oleh itu diam secara tersendiri tidak ada nilai, tetapi ianya bernilai apabila dikaitkan keperluan belajar dalam kelas.

Nilai moral, etika dan akhlak iaitu standard atau prinsip untuk mengukur dan menghakim sama ada sesuatu perlakuan dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai keputusan etika. (Hashim Musa, 2001: 55)

Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangun negara atau tamadun.

Penghayatan nilai-nilai murni telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze, dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam tamadun India, serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam. (Azizan Baharuddin, 2005: 6)

Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak tetapi terdapat perbezaan yang nyata. Istilah akhlak daripada bahasa Arab ada kaitan dengan dua istilah yang lain iaitu istilah Khalik (Tuhan Pencipta) dan makhluk (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu khalaka (mencipta). (Hashim Musa, 2001: 61)

Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada

orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika dalam ertikata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia.

Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku yang baik adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala makhluk.

Untuk memperolehi akhlak mulia, Miskawayh menegaskan kita mesti terlebih dahulu mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkannya dalam pelakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani.

Miskawayh membahagikan fakulti atau anggota rohani kepada tiga aspek yang berkaitan dengan sifat insan yang membuahkan akhlak yang mulia, iaitu fakulti akal yang boleh membuahkan sifat ilmu dan bijaksana, fakulti syahwah yang boleh membuahkan sifat kemurahan hati (dermawan) dan fakulti kebengisan (irascible) yang boleh membuahkan sifat keberanian dan ketabahan.

Namun ketiga-tiga fakulti itu hanya boleh membuahkan akhlak yang mulia apabila tercapainya keadaan keseimbangan (itidal) antara ketiga-tiga yang dengan itu akan menzahirkan keadaan keadilan/justice. Miskawayh mentakrifkan keadilan sebagai pencapaian keseimbangan (itidal) yang sempurna antara ketiga-tiga akhlak mulia itu sehingga terbitlah adil dalam pelakuan manusia itu. (Hashim Musa, 2005: hal 73)

Pembangunan insan ini juga merujuk kepada akhlak atau peribadi seseorang, akhlak adalah sifat yang sebati dalam diri yang mengarah seseorang menzahirkannya melalui perbuatan, sama ada kelakuan baik atau kelakuan buruk. Ia juga disebut sebagai tingkah laku yang menjadi adat kebiasaan pada seseorang. Akhlak yang mulia sebagai buah kepada usaha pembangunan insan keseluruhannya. Akhlak yang mulia adalah perhiasan diri dan pandangan luar Islam pada seseorang, kerana ia dapat dilihat secara jelas. Ia menjadi matlamat yang penting kepada pembangunan insan.

Mengikut agama Islam, akhlak sangat penting dalam agama Islam, kerana Islam mementingkan kelakuan yang baik yang terpancar dari keimanan seseorang. Akhlak dan iman seperti pokok dan buah. Antara kedua-duanya selaras. Akhlak yang baik menunjukkan iman yang baik manakala akhlak yang buruk menunjukkan iman yang buruk. Antara Islam dan akhlak tiada pemisahan. Kedua-duanya menunjukkan antara satu sama lain.

Akhlak boleh dibangunkan melalui cara-cara seperti melalui latihan, iaitu latihan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Penambahan ilmu dan kefahaman, iaitu untuk menambah dan memantapkan ilmu supaya dapat dibezakan antara baik dan buruk dan kesan melakukan kedua-duanya. Pembinaan akidah, iaitu membina akidah supaya lebih mantap sehingga ia meninggalkan kesan pada seseorang.

Kawalan masyarakat, iaitu peranan masyarakat mengawal anggotanya supaya melakukan kebaikan dan tertegah melakukan keburukan. Melalui pendedahan kepada suasana yang baik, iaitu mendedahkan seseorang kepada keadaan-keadaan yang baik untuk membentuk akhlak baik. Penutupan pintu-pintu dan dorongan-dorongan keburukan, iaitu supaya tiada peluang kearah itu. Pemberian nilai baik dan galakan kepada orang yang melakukan kebaikan.

Melalui hukuman yang sesuai dan cukup iaitu mengenakan hukuman yang sesuai sebagai halangan. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)

Selain itu juga terdapat dua perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam pembinaan akhlak; menjaga kepentingan akidah, terutamanya yang berkait dengan Allah, yang melihat segala sesuatu, manusia dibawah pengawasan para malaikat manusia akan dibalas di akhirat nanti dan dunia tempat ujian manusia. Membina fitrah supaya kekal semula jadi seseorang.

Namun begitu perlu dihindari tentang masalah pembangunan akhlak iaitu pendidikan dari rumah atau keluarga yang tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak ia menjurus kepada ibubapa yang tidak membimbing anak-anak mereka dengan sepatutnya. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)

Meluasnya pusat-pusat hiburan yang boleh menjejaskan akhlak orang ramai. Pusat-pusat hiburan yang melekakan telah menjadi suatu tempat pilihan ramai untuk berhibur sehingga melupakan adat resam, agama dan budaya dengan senang dilanggari etika moral tersebut.

Nilai-nilai baik yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat. Masyarakat kurang mengambil peranan dalam membangunkan akhlak insan persekitaran mereka dan lebih bersifat individualistik dalam menjalani kehidupan harian ini kerana sibuk dengan kerja rutin harian dan lupa tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.

Semangat kebendaan yang kuat. Dorongan untuk mendapatkan sesuatu benda dan sanggup berbuat apa sahaja walaupun bertentangan dengan perintah agama. Akhlak yang baik dilupakan dan material yang dikejar adalah menjadi matlamat utama.

Akhlak sangat penting untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya membina tamadun manusia.

Pembangunan pengurusan diri sebahagian daripada program pembangunan insan. Ia berkait rapat dengan pembangunan akhlak, sebagai kesan baik daripada pembangunan motivasi, pembangunan pemikiran dan pembangunan akidah. Pembangunan pengurusan diri dibahagikan kepada beberapa sudut dan yang utamanya iaitu pengurusan masa, pengurusan melakukan kerja yang terbaik, pengurusan kesihatan, pengurusan perbelanjaan, pengurusan iltizam menuju citacita, pengurusan hubungan dan komunikasi, pengurusan kerja secara teratur dan sistematik serta perubahan sikap. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 65)

Pengurusan masa perlu diurus dengan betul, kerana masa amat terhad sedangkan yang perlu dibuat banyak. Pengurusan masa diperlukan untuk memastikan kerja-kerja yang perlu dilakukan terlaksana dengan sempurna. Dengan itu, tiga perkara diperlukan dalam pengurusan masa yang betul dengan mengenalpasti kerja-kerja yang perlu dilakukan, supaya kerja-kerja yang tidak perlu tidak dilakukan. Mengenalpasti masa-masa yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang diperlukan itu. Kawalan untuk kepastian setiap kerja itu dilakukan pada masa yang ditetapkan dan perancangan yang jelas dan teratur.

Pengurusan melakukan kerja yang terbaik, setiap orang hendaklah melakukan kerja-kerja yang terbaik. Sebarang kerja, terutamanya yang penting dan besar faedahnya hendaklah dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Pengurusan kesihatan penting ini kerana manusia mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan supaya wujudnya faedah, bukan setakat untuk dirinya sendirinya tetapi untuk orang lain. Untuk melakukan amalan-amalan yang baik banyak rintangan pada kebiasaannya. Selain daripada kesihatan dalaman, manusia perlu kepada kesihatan luaran atau kesihatan tubuh badan untuk layak memikul tanggungjawab yang berat ini. Untuk memiliki tubuh badan yang sihat, memerlukan pegurusan dan sistem pemakanan yang seimbang.

Pengurusan perbelanjaan yang mana setiap perbelanjaan perlulah sederhana. Ini kerana boros mengakibatkan kerosakkan kerana tiada imbangan, manakala kedekut juga akan merosakkan kerana keperluan tidak dapat dipenuhi. Untuk melicinkan perbelanjaan supaya selaras, maka ia hendaklah diuruskan mengikut satu jadual yang sempurna. Setiap perbelanjaan hendaklah berlaku secara sedar dan berdasarkan kepentingan dan kesesuaian.

Pengurusan komunikasi yang baik sangat diperlukan, terutamanya dalam hubungan keluarga dan masyarakat. Ia memerlukan satu pengurusan yang betul, supaya hubungan menjadi mudah dan selesa. Komunikasi yang baik ialah komunikasi yang berkesan. Manakala komunikasi yang berkesan ialah komunikasi yang boleh membina hubungan baik dikalangan pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai matlamat.

Pengurusan kerja secara tertatur dan sistematik. Kerja hendaklah diurus dengan baik supaya sesuatu kerja yang dilaksanakan mencapai objektifnya. Dalam kehidupan harian, ada kerja yang sangat penting, ada kurang penting dan ada kerja yang tiada menafaatnya. Ianya mengikut tanggapan seseorang. Untuk mengetahui taraf kerja, matlamat hidup hendaklah diletakkan di hadapan untuk menjadi panduan. Maka perkara yang paling penting ialah mengenalpasti matlamat hidup untuk menentukan kerja-kerja yang mesti dilakukan ke arah pencapaian matlamat tersebut.

Perubahan sikap. Dunia terus terus berubah maka tanggapan, mekanisme dan perkara-perkara terus berubah. Orang yang sedar tentang perkara tersebut akan bersedia untuk berubah untuk mendapat faedah sebaiknya dari perubahan alam sekeliling. Sebaliknya, mana yang tiada kesedaran tersebut akan terus berada di takuk lama. Sikap seperti itu boleh merugikan. Untuk berubah memerlukan fikiran yang jelas dan usaha untuk mengungkai diri dari keadaan lama yang mungkin telah sebati. Ia juga memerlukan kefahaman yang jelas tentang perkara-perkara yang perlu di ubah, perkara-perkara yang tidak perlu diubah,malah tidak boleh diubah. Dipetik daripada Kenegaraan: http://kenegaraan.webs.com/humancapital.htm

No comments

KEMPEN CINTAILAH SUNGAI KITA


Monday, January 11, 2010 8:30:41 AM Pemeliharaan sungai, cintailah sungai kita

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

1.0 PENGENALAN Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia telah melancarkan di peringkat

nasional Kempen Cintailah Sungai Kita pada awal Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal untuk,; * Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagimenimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai * Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai * Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan. * Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan. * Bahagian Kejuruteraan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia telah dipertanggungjawabkan bagi menyelaras dan memantau perjalanan program ini.

2.0 LATARBELAKANG 2.1 Kempen Fasa I Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak tahun 1993 ialah; * Sungai Angkat * Pemerhatian Sungai * Pendidikan & Ceramah, * Expedisi Sungai dan * Pengindahan Sungai

2.2 Kempen Fasa II Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema Pencegahan Asas Pemulihan, Fasa II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro aktif telah diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan pengurusan sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan pegawai-pegawai berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan sungai yang lebih mapan merangkumi aspek pengurusan, perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil disetiap negeri dan daerah adalah seperti berikut: * Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task * Force). * Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca * pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai. * Memperkenalkan undang-undang/akta-akta yang sedia ada bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan *

Penerbitan Brosur - Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997) - Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997) - Creation of Nature Rich Rivers(1997) Penerbitan Buku - Rivers Towards The Making of Rivers Rich In Nature(1996) - Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998) Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti berikut: * Perlis * Kedah * Pulau Pinang * Negeri Sembilan * Melaka * Selangor

2.3 Kempen Fasa III Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal dan juga orang ramai khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan tadahannya. Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri telah dibuat dengan mejemput beliau bagi melancarkan Kempen pada tahun ini. Program kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan ditambah dengan aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan Sungai , Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan, di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa II. Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu; * Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai * di kalangan setiap lapisan rakyat jelata. * Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan * proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai. * Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai.

3.0 KEPERLUAN PROGRAM Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa sekarang telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir, kekurangan sumber air dan

yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran dan kawasan tadahannya. 4.0 SKOP PROGRAM Objektif program ini adalah untuk merumus dan menghasilkan sebuah pelan pengurusan yang lengkap untuk Lembangan Sungai yang dipilih merangkumi komponen-komponen seperti berikut; 4.1 Pengurusan Sungai Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau koridor sungai yang diperlukan. 4.2 Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai yang merangkumi aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan domestik dan kemudahan rekreasi sungai. 4.3 Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu,satu program kesedaran masyarakat berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa. 5. Aspek-aspek Perundangan Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undang-undang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya River Laws yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan sungai. 6. Sistem Maklumat Geography(GIS) Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).

7. Imbuhan atau Insentive Merangka dasar-dasar berbentuk imbuhan atau intensive yang boleh diberikan kepada individu, syarikat dan pemaju yang telah menjalankan kaedah pemulihan dan penjagaan sungai seperti; * mengurangkan kadar caruman perparitan drainage contribution. * membekalkan tong sampah atau memberi khidmat mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan perbandaran. * menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.

8. Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat Menentukan dan merangka program pendidikan kepada setiap peringkat masyarakat dengan melibatkan mereka dengan program-program yang dijalankan seperti; Masyarakat * Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat Community Center di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di kampung tersebut. * Program pembangunan kawasan * Menggalakkan program Sungai Angkat * Menganjurkan program Ekspedisi Sungai * Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat * sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang Pelajar Sekolah * Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang berhampiran dengan sungai. * Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program pendidikan riverwatch dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya. * Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar khususnya sungai. * Menjalakan lain-lain aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa Dipetik dan diubahsuai daripada laman web JPS http://www.water.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=18&Itemid=300 No comments

MASALAH PENCEMARAN, FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA


Saturday, January 9, 2010 2:34:59 PM pencemaran

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Pengenalan Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-

mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: 1.Pencemaran udara 2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut 4.Pencemaran bunyi 5.Pencemaran tanah 6.Pencemaran haba 7Pencemaran sungai dan kolam Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenal pasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut. Pencemaran udara Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara. Pencemaran air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah: a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . 3. Pencemaran laut Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya. b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut. c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut. 4.Pencemaran tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar

contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir. 5.Pencemaran bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Antara punca-punca pencemaran ini ialah: a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan. Kesimpulan Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini. Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar

lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang

pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah: a.Pameran b.Kempen-kempen c.Pertandingan d.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai. C.PERTANDINGAN Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan

tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya. Dipetik daripada Iqra' Bacalah http://www.zappafly.com/zapaframe.php?url=aHR0cDovL2t1ZGVlZC50YmxvZy5jb20vcG9zd C8xOTY5OTUzNTA2&title=dEJsb2cgLSBUYWp1azogUGVuY2VtYXJhbiBBbGFt&searchid =1046960&zapurl=punca+masalah+alam+sekitar 2 comments

CARA-CARA MENGURANGKAN KEGEMUKAN/ OBESITI


Saturday, January 9, 2010 2:00:31 AM kegemukan, obesiti

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

1.Berpuasa: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan. 2.Penjagaan makanan:

Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya. 3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera: Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politi dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahanbahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan. 4.Bersenam: Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen. 5.Kawal nafsu makan: Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok. No comments

PENJAGAAN MAKANAN SEIMBANG UNTUK KESIHATAN BADAN


Saturday, January 9, 2010 12:53:35 AM diet seimbang, makanan seimbang

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari. 2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan. 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula. 3. Kurangkan kafein Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera. 5. Kurangkan gula Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan. 6. Berhenti merokok Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok. 7. Berhenti dari pengambilan alkohol Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres. 8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang. Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres. 9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt Yogurt mengandungi Lactobacillus acidhophitis yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria pathogens di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. 10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit. Dipetik daripada Seindah Mimpi http://katakata-hati.blogspot.com/2009/05/10-langkah-penjagaan-diet-seimbang.html No comments

MASALAH PENGANGGURAN
Friday, January 8, 2010 1:44:30 PM pengangguran

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 16 ke 64 tahun dan sanggup bekerja. Dalam masyarakat di mana kebanyakan orang boleh mencari nafkah dengan bekerja dengan orang lain, pengangguran adalah masalah serius. Kesan negatifnya termasuk kehilangan, perasaan ditolak dan kegagalan peribadi, dan kerana itu pengangguran digunakan secara secara meluas untuk mengukur kebajikan pekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi. Menurut pakar ekonomi Keynes, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran 4% atau kurang menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh. Cara paling biasa digunakan untuk mengukur pengangguran dibangunkan di AS pada tahun 1930an; dan diikuti oleh banyak negara lain atas cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Maklumat diambil daripada aktiviti setiap orang dalam umur boleh bekerja (16 tahun atau lebih di AS) melalui tinjauan bulanan sampel isi rumah yang mewakili keseluruhan populasi. Untuk memastikan ketepatan dan kesenangan pengumpulan data, penemuramah bertanya apa yang mereka lakukan dalam satu minggu. Seseorang yang melakukan apa saja kerja bagi minggu itu dan mendapat bayaran atau keuntungan, bekerja 15 jam atau lebih sebagai pekerja tak berbayar dalam perniagaan keluarga, atau mempunyai kerja di mana dia tidak hadir sementara, dikira sebagai mempunyai pekerjaan. Seseorang yang tidak bekerja tetapi mencari pekerjaan atau diberhentikan sementara dan boleh mengisi sesuatu pekerjaan dikira sebagai menganggur. Pengiraan kadar pengangguran dikira dengan jumlah mereka yang menganggur kemudian dibahagikan dengan jumlah orang dalam tenaga buruh (iaitu jumlah mereka yang bekerja dan tidak bekerja). Di sesetengah negara, daripada membuat tinjauan, pengangguran dianggarkan daripada data jumlah mereka yang mencari pekerjaan melalui pejabat pekerjaan kerajaan atau jumlah mereka yang menerima pampasan pengangguran. Pengangguran juga boleh dihitung dengan menggunakan rumus berikut:

Pengangguran = tenaga buruh guna tenaga Di mana guna tenaga adalah tenaga buruh yang bekerja dalam sesebuah ekonomi. Oleh itu beza antara jumlah tenaga buruh dengan guna tenaga adalah pengangguran. Sebab Pengangguran boleh disebabkan kepada beberapa faktor termasuk geseran atau normal (friksional), bermusim, berstruktur dan berkitar (cyclical). Pengangguran geseran atau normal berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi tidak menjumpainya serta merta; dan ketika itu mereka dikira sebagai penganggur. Friksional ini merujuk kepada ketaksesuaian di antara permintaan dan bekalan buruh. Pengangguran jenis ini berlaku sementara sahaja sehingga pekerja menjumpai pekerjaan yang mereka mahukan. Pengangguran bermusim berlaku contohnya apabila industri mengalami musim yang lembab seperti dalam pembinaan, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai, dan nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh. Pengangguran berstruktur muncul daripada ketakseimbangan di antara jenis pekerjaan yang pekerja mahu dan jenis pekerja yang majikan mahu. Ketakseimbangan ini boleh disebabkan oleh kekurangan kemahiran, lokasi, atau karektor peribadi. Pembangunan teknologi misalnya menyebabkan keperluan kemahiran baru dalam banyak industri, menyebabkan mereka yang tidak mengemaskini kemahiran mereka kehilangan pekerjaan. Dan kilang dalam industri yang merosot akan tutup yang menyebabkan pekerja mereka hilang pekerjaan. Pengangguran berkitar disebabkan oleh kekurangan permintaan bagi buruh. Apabila kitaran perniagaan menjunam contohnya dalam kemelesetan ekonomi, permintaan bagi barang dan perkhidmatan jatuh; akibatnya pekerja diberhentikan. Kesan Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial. Kesan ekonomi termasuk mengurangkan keluaran negara, menurunkan taraf hidup dan sekaligus melambatkan pembangunan negara. Dengan pengangguran yang tinggi juga boleh meningkatkan kadar kemiskinan dalam sesebuah negara. Kesan pengangguran terhadap sosial termsuk pengaruh negatif dalam keluarga dan mewujudkan ketidaktenteraman yang boleh membawa kepada pergaduhan dan penceraian. Ia juga boleh membawa kepada peningkatan jenayah akibat masalah kewangan dan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri. Dipetik dan diubahsuai daripada Wikipedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangguran Bacaan tambahan: Kajian tentang pengangguran dalam kalangan siswazah http://www.usm.my/ipptn/fileup/Pengangguran%20Siswazah.pdf Masalah pengangguran http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=26890 Cara mengatasi masalah pengguran http://www.rahsiaebiz.com/self-motivation/cara-mengatasi-masalah-pengangguran-2.html Memecahkan masalah pengangguran di Indonesia http://rudyct.com/PPS702-ipb/08234/jelamu.pdf No comments

MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GEBERASI MUDA


Friday, January 8, 2010 10:47:16 AM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

OLEH: DATO HAJI DUSUKI AHMAD 1. Budaya Keusahawanan bukanlah suatu yang asing daripada kerangka Islam. Malah Islam sebagai ad-din atau cara hidup amat menekankan nilai-nilai positif yang boleh diaplikasi dalam membentuk budaya perniagaan yang jernih menepati prinsip dan matlamat syariah. 2. Tidak hairanlah jika budaya keusahawanan turut ditekankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan 3. Walaupun Islam begitu menitik-beratkan bidang perniagaan dan keusahawanan, realiti hari ini menunjukkan umat Islam lebih selesa menjadi masyarakat pengguna (consumer) terhadap barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain atau negara luar terutamanya dari Barat. Demikian jugalah suasana dalam negara yang memperlihatkan umat Islam khususnya golongan bumiputera yang agak ketinggalan dalam penguasaan ekonomi khususnya bidang perniagaan dan keusahawanan berbanding bukan Islam. 4. Kertas kerja ini akan cuba menyingkap perspektif Islam mengenai budaya keusahawanan dan bagaimanakah budaya ini mampu digarap dan dicanai di kalangan generasi muda terutamanya melalui Sistem Pendidikan Nasional dan Pengajian Agama. ISLAM DAN BUDAYA KEUSAHAWANAN 5. Budaya keusahawanan sebagaimana yang disebutkan, pada hakikatnya amat sebati dengan keperibadian Nabi s.a.w. Sebelum baginda diangkat menjadi Rasul lagi, baginda merupakan seorang usahawan yang berjaya. 6. Nabi Muhammad s.a.w. pernah diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang bertanggungjawab mengurus dan memperdagangkan harta yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah. Budaya keusahawanan yang dimiliki baginda ditambah dengan akhlak terpuji yang dizahirkan dalam mengurus perniagaan lantas berjaya menambat hati Khadijah hingga dilamar

menjadi suami. 7. Tidak terhenti setakat itu, apabila diangkat menjadi Rasul, baginda tetap menerapkan budaya yang sama di kalangan sahabat dan umat Islam. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila baginda berhijrah ke Madinah. 8. Selaku ketua negara bagi sebuah kerajaan Islam yang baru bertapak, Nabi s.a.w. amat mengerti dan memahami kepentingan untuk memperkasa ekonomi kerajaan Islam. Apatah lagi dalam suasana Madinah yang pada ketika itu ekonominya hampir sepenuhnya dikuasai kaum minoriti Yahudi. 9. Sebelum penghijrahan Nabi s.a.w. ke Madinah (atau Yathrib), ekonomi Yathrib dikuasai oleh golongan minoriti Yahudi. Merekalah yang menguasai pasar-pasar utama dan sumber-sumber asasi seperti air telaga dan sebagainya. Mereka juga terkenal dengan kelicikannya menindas bangsa Arab dalam urusan muamalah harian. Umpamanya, perniagaan yang dijalankan secara hutang dikenakan bunga yang amat tinggi hingga menjerat sesiapa sahaja yang berhutang dengan mereka. Malah caj penggunaan air juga amat tinggi hingga menjadikan mereka sebagai golongan yang amat berkuasa. 10. Sebab itulah sejarah telah memaparkan bagaimana usaha kedua terpenting Nabi s.a.w selepas membina masjid sebagai lambang pengukuhan aqidah dan iman penduduk Islam Madinah, baginda turut membina pasar yang dikhaskan kepada umat Islam sebagai satu usaha penting pemantapan ekonomi Madinah. 11. Usaha pemantapan ekonomi tidak hanya sekadar memberi penumpuan kepada aspek fizikal iaitu membina pasar semata-mata, malah yang lebih ditekankan Nabi s.a.w ialah mencanai budaya keusahawanan yang luhur dan jernih berpandukan akhlak dan nilai-nilai yang diwahyukan Ilahi. Baginda sendiri turun dan mentarbiyah usahawan-usahawan baru di kalangan masyarakat Arab yang sebelumnya tidak pernah terdedah kepada bidang perniagaan dan perdagangan. Malah kebergantungan mereka kepada kaum minoriti Yahudi sebelum ini telah memaksa mereka hidup dalam suasana penganiayaan dan persekitaran yang terhimpit dan tertekan. 12. Sebab itulah kehadiran Nabi s.a.w telah berjaya membebaskan mereka dari segala bentuk penindasan dan perhambaan yang berkait-rapat dengan kegagalan mereka mengurus ekonomi hingga terpaksa bergantung kepada ihsan orang lain. 13. Kemandirian ekonomi ini amat penting bagi memastikan bukan sahaja umat Islam kuat dari segi fizikal tetapi membolehkan mereka mempertahankan aqidah dan keimanan. Kekuatan ekonomi juga menjadikan umat Islam dipandang tinggi dan membantu menyebar-luaskan agama ke seantero dunia. 14. Ulama feqah merumuskan suatu kaedah feqah (qaidah fiqhiyyah) yang berbunyi: Sesuatu yang tanpanya menyebabkan perkara wajib itu tidak lengkap maka ia menjadi wajib Apa yang difahami melalui kaedah ini ialah apabila wujud suatu perkara yang tanpanya tuntutan kefarduan itu tidak lengkap atau tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna maka perkara itu dengan sendirinya menjadi wajib. 15. Dengan demikian, aspek ekonomi yang menjadi faktor penting menjana kekuatan tamadun Islam dan penyebaran agama Allah s.w.t dengan sendirinya menjadi wajib bagi menyempurnakan tanggungjawab dakwah yang difardukan Allah s.w.t. PENYIMPANGAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM KINI 16. Hakikat yang menyedihkan kita hari ini, rata-rata umat Islam mengalami masalah kecelaruan

pemikiran yang menyebabkan mereka menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. 17. Umat Islam gagal memahami keutamaan (fiqh awlawiyat) dalam mengatur kehidupan mereka. Rata-rata umat Islam memahami agama daripada perspektif ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Sedangkan aspek muamalah yang sama penting telah dikesampingkan. 18. Apabila disebut Islam, seolah-olah tidak tergambar dalam pemikiran mereka bahawa Islam itu adalah ad-din yang merangkumi segenap aspek kehidupan termasuklah soal-soal pengurusan harta dan pembudayaan nilai-nilai keusahawanan. 19. Mereka lupa hakikat bahawa Al-Quran sendiri menekankan serentak kepentingan bersolah dan berniaga sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Jumuah, ayat 9: Setelah selesai menunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat) 20. Akibat penyimpangan pemikiran sebeginilah yang menyebabkan umat Islam hari ini dilihat lemah dalam pelbagai bidang kehidupan, utamanya dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran keduniaan, termasuklah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. 21. Kebanyakan negara-negara Islam dikategorikan sebagai miskin dan terkebelakang, sedangkan 1/3 sumber asli dan galian serta ekonomi dunia berada di negara-negara Islam. 22. Umat Islam tidak mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Kebanyakan mereka lebih selesa menjadi masyarakat pengguna (consumer) daripada pengeluar (distributor) dan pencipta (innovator) yang menyebabkan kita seringkali tersisih daripada arus persaingan dalam dunia moden hari ini. 23. Semua ini pastilah tidak menepati semangat dan nilai yang terkandung dalam ajaran Islam. Malah umat Islam hari ini bolehlah dikatakan gagal dalam menghayati Islam sebagaimana tuntutan wahyu Ilahi yang difirmankan Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 110: Kamu adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan kepada (faedah) umat manusia sejagat, (kerana) dengan tugas menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN MELALUI KURIKULUM BERSEPADU 24. Secara dasarnya di Malaysia, kerajaan telah menyediakan insfrastruktur pendidikan yang baik dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum. Bantuan serta sokongan kepada bangsa Melayu yang kesemuanya beragama Islam dilaksanakan secara komprehensif, lengkap dan setara. Ratarata bangsa Melayu tinggal di pinggir dan luar bandar, kerajaan telah menyediakan akses seluasluasnya dengan menaiktaraf kemudahan insfrastruktur dan teknologi pembelajaran di sekolahsekolah tersebut sehingga hampir setara dengan kemudahan di bandar. 25. Sekolah agama juga tidak terkecuali. Salah satu daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah memartabatkan Sistem Pendidikan Agama. Dalam hal ini, kerajaan menawar tempat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) untuk bernaung di bawah KPM bagi membolehkan sekolah ini menerima bantuan seperti sekolah bantuan kerajaan yang lain. 26. Pada pandangan saya, pemantapan institusi-institusi agama ini bukan sekadar dari segi kemewahan dan kehebatan prasarana sahaja tetapi juga perlu ditekankan aspek kurikulumnya.

27. Hari ini kurikulum agama di sekolah-sekolah hinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi lebih banyak menfokuskan kepada fekah ibadah. Sedangkan aspek muamalah tidak diberikan penekanan sewajarnya. 28. Jika ada sentuhan berhubung dengan pentadbiran kewanganpun, ianya lebih berpusat kepada teori dan tidak menepati kehendak pasaran. Kesan daripada itu, pelajar-pelajar agama kita bagaikan terpisah daripada realiti dan tidak melihat kepada tuntutan-tuntutan semasa. 29. Sebagai contoh, berapa ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat perkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam semasa yang hari ini berkembang dengan begitu pesat sekali. Perkiraan kasar dianggarkan bahawa jumlah aset dan dana yang berlegar dalam sistem kewangan Islam hari ini berjumlah $US1.3 trilion. Jumlah tenaga pakar yang diperlukan dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang sebanyak 20,000 setahun terutamanya yang berada dalam bidang syariah. 30. Sistem kewangan Islam yang berasaskan sepenuhnya prinsip Syariah mengaplikasikan prinsip-prinsip penting yang dulunya tersimpan sebagai bahan khazanah yang tidak begitu dititik-beratkan. Ulamak-ulamak terdahulu membincangkan panjang lebar mengenai prinsipprinsip muamalah ini. 31. Siapa sangka hari ini istilah-istilah syarak seperti riba, mudarabah, murabahah, musyarakah, wakalah, hiwalah, waad dan sebagainya digunakan secara meluas dalam sistem kewangan antarabangsa kini. Malah baru-baru ini, kerajaan Amerika Syarikat sendiri menubuhkan jawantankuasa Senat untuk mengkaji sistem kewangan Islam sebagai sistem alternatif bagi menangani krisis kewangan global yang semakin parah. 32. Sebab itulah aspek muamalah ini harus diberi penekanan yang sewajarnya agar pelajarpelajar agama memahami Islam daripada perspektif yang lebih luas. Ayat terpanjang di dalam Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, ayat 282, yang memberi penekanan kepada aspek muamalah maliah sudah cukup mengisyaratkan betapa pentingnya budaya keusahawanan ini diterapkan dalam kurikulum bersepadu pendidikan negara. 33. Saya mengimpikan suatu hari nanti, pelajar-pelajar agama bukan lagi hanya terikat kepada bidang-bidang tertentu seperti menjadi qadi, imam, tok bilal, ustaz atau mengharapkan makan gaji daripada jawatan-jawatan yang disediakan kerajaan sahaja. Tetapi mereka juga berkemampuan menjadi bankers, usahawan dan pakar-pakar kewangan yang hebat dipersada antarabangsa. PENGHIJRAHAN MINDA MELALUI PENDIDIKAN 34. Selain itu, faktor paling asas yang perlu dibentuk dan menuntut perubahan / penghijrahan sikap pelajar Islam dalam memupuk pembudayaan keusahawanan adalah dengan menjadikan ilmu ekonomi (economic), pengurusan (management), perakaunan (accountancy) dan perniagaan (business) sebagai satu jihad. Cita-cita untuk makan gaji sebaik sahaja menamatkan pengajian di negara gading perlu dikikis. Jihad ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah melalui gabungan peranan pihak sekolah, ibu bapa, persekitaran dan sokongan korporat serta masyarakat; . Sekolah menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk mendalami ilmu keusahawanan dan perniagaan melalui pembelajaran yang lebih kreatif dan interaktif. . Ibu bapa mengalakkan anak-anak untuk menceburi dan merasai pengalaman berniaga seperti dorongan bagi menyertai aktiviti keusahawanan. . Persekitaran mencontohi cara didikan dan pendedahan kaum Cina yang telah memberi pendedahan realiti dunia pernigaan kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi. . Korporat dan masyarakat memberi sokongan dan galakkan untuk mengerakkan aktiviti keusahawanan dan program-program motivasi seperti sekolah angkat, program keusahawanan

dan bengkel serta ceramah kecemerlangan usahawan. 35. Di peringkat pengajian tinggi, peranan universiti yang menyediakan asas ilmu dan keterampilan boleh dikembangkan secara kreatif dan inovasi supaya graduan muda boleh memulakan bidang keusahawanan sebaik sahaja tamat pengajian. Mentaliti graduan yang terlalu bergantung kepada makan gaji perlu dikikis dengan membuka ruang minda mereka dengan realiti dunia perniagaan. Galakan ini perlu diterapkan melalui pendedahan praktikal dalam sektor industri khususnya pendedahan dan penyertaan dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Ini penting untuk membentuk minat mereka sebelum terjun ke bidang keusahawanan yang sebenar. 36. Perdana Menteri, YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan RMK9 baru-baru ini memberi fokus kepada pembangunan modal insan untuk menekankan sokongan dan bantuan bagi meningkatkan pembabitan kaum bumiputera terutamanya golongan muda Islam dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan perusahaan peringkat tinggi. Dalam hubungan ini, institusi keusahawanan yang sudah ada seperti Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN Nasional dan pelbagai agensi lain yang ditubuhkan khusus untuk melahirkan usahawan yang cemerlang, perlu digerakkan dengan lebih berkesan. Kerajaan hendaklah memperkemaskan strategik dengan menyediakan lebih banyak kemudahan dan bantuan kewangan, bimbingan kepakaran, latihan, kemudahan premis dan pemantauan ke arah menarik penyertaan generasi muda Islam dalam dunia perniagaan. PERANAN AMANAHRAYA 37. AmanahRaya sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan ikut bertanggungjawab membantu membangunkan masyarakat yang seimbang khususnya dalam melahirkan dan membangunkan generasi muda Islam yang berpendidikan, berkemahiran dan kecenderungan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. . Biasiswa AmanahRaya Meluluskan peruntukan kewangan lebih RM8 juta untuk membiayai pengajian 45 pelajar terbaik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk mengikuti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dengan memberi penekanan kepada bidang Pentadbiran Kewangan dan Perbankan Islam. Tujuannya untuk melahirkan modal insan yang bakal menjadi usahawan yang boleh mengaplikasikan bidang pengajian Islam dalam mewujudkan ekonomi Islam di Malaysia amnya dan merealisasikan hasrat negara menjadikan Malaysia sebagai hub kewangan Islam di rantau ASEAN dan dunia khususnya. . Pakatan Strategik Perniagaan / Ejen Korporat Mewujudkan peluang perniagaan kepada golongan muda dengan menjadi ejen berdaftar AmanahRaya untuk menawarkan perkhidmatan Wasiat kepada orang ramai. AmanahRaya juga memberi peluang kepada graduan muda untuk menjadi ejen dalam industri Unit Amanah. Penglibatan syarikat bukan sahaja melibatkan peluang perniagaan malahan juga melalui khidmat nasihat, latihan dan bimbingan kepakaran. . Sumbangan Amal Sumbangan amal dalam bentuk penajaan wang tunai atau barangan untuk penganjuran konvensyen, forum dan aktiviti yang bertujuan mendedahkan generasi muda Islam dengan dunia keusahawanan dengan keutamaan dalam bidang yang berteraskan Islam. CADANGAN DAN GAGASAN 1. Menilai semula kurikulum di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi, supaya

ianya dapat memberi keutamaan kepada penjanaan budaya keusahawanan yang menepati ciriciri, nilai dan prinsip yang digariskan oleh Islam. 2. Memastikan pengubahan dan penambahbaikan kurikulum agama yang sedia ada tidak hanya menfokuskan aspek teori, tetapi juga paktikal dan dapat menepati kehendak pasaran semasa. 3. Mencanai dinamika Syariah supaya ianya dapat difahami bahawa pengajian Islam itu bukan sahaja dalam ruang lingkup ibadah, tetapi juga mengambil kira aspek maliah yang melibatkan isu-isu ekonomi, perdagangan, perakaunan dan sebagainya. 4. Mengubah paradigma pemikiran pelajar agama supaya minda mereka lebih terbuka selaras dengan tuntutan semasa. Selama ini mereka mengaji agama dengan harapan masa depan mereka untuk berkhidmat dalam ruang lingkup hal-hal yang berhubung dengan Feqah Ibadah sematamata. 5. Pelajar-pelajar, khususnya dalam bidang syariah harus disedarkan tentang pentingnya peranan mereka akan datang, terutamanya dengan perkembangan bidang perbankan dan kewangan Islam hari ini. 6. Pihak swasta / korporat hendaklah membantu usaha-usaha memperbanyakkan golongan usahawan dan peniaga melayu, sekurang-kurangnya dengan menganak angkatkan mana-mana sekolah yang sesuai atau menaja forum atau konvensyen keusahawanan dari masa ke semasa. 7. Ibubapa hendaklah mendedahkan anak-anak untuk menyertai aktiviti perniagaan dan keusahawanan dengan cara yang difikirkan sesuai bagi maksud mengalakkan kecenderungan mereka ke arah itu. Dipetik daripada: http://www.islamgrid.gov.my/muamalat/static/pdf/15%20JAN%202009/TAJUK%208/TAJUK% 208%20-%20DATO%27%20HJ%20DUSUKI%20AHMAD.pdf No comments

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH BULI


Wednesday, January 6, 2010 2:15:35 PM buli

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama. 2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa memilih bulu. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain. 3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok. 4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli. 5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan programprogram yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS No comments

MASALAH BULI
Monday, January 4, 2010 1:58:54 PM buli

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. Siapakah yang sering membuli dan dibuli? Pembuli * Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam. * Bertubuh besar, tegap, dan tinggi. * Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. * Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. * Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak. Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah. * Bertubuh kecil. * Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran. * Pelajar baru di sekolah.

Kenapakah mereka sering membuli? Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah: * Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar. * Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka. * Mereka pernah menjadi mangsa buli. * Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan. * Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. * Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin. * Akibat perceraian ibu bapa. * Terlalu dimanja oleh ibu bapa. * Sekadar mahu berseronok. * Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. * Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris. * Ingin menunjukkan kekuatan sendiri. * Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja. Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli? Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut. Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung. Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan.

Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki. Jenis-jenis buli Buli fizikal * Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. * Paling ganas boleh menyebabkan kematian. Buli mental * Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. * Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah. Kesan buli Kesan luaran: * Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah. * Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Kesan luaran * Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. * Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian. Kesan dalaman * Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna. Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli? Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:

Tahap sekolah 1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan. 2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774. 3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli. 4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster. 5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. 6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) Tahap kelas 1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. 2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. 3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa. Tahap individu 1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka. 2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa. Dipetik daripada Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli No comments

TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENGUASAI BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK


Sunday, January 3, 2010 1:14:10 AM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Seringkali kita dibelenggu dengan masalah lemah dalam pengusaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kehidupan seharian kita. Kita mungkin tidak terasa kelemahan BI kita bila kita berada dirumah tapi akan terasa kelemahan kita apabila ditempat kerja terutamanya apabila bekerja di syarikat swasta yang banyak menggunakan banyak BI dalam komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga dengan pelanggan.

Kelemahan dalam BI juga akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat oleh kerana majikan akan menilai kita sebagai lemah dalam bahagian komunikasi. Dari pengalaman saya dalam mempelajari Bahasa Inggeris ada 3 bahagian yang penting dalam mempelajari BI iaitu:i) "Vocabulary" ii) "Grammar" iii) "Written English" i) "Vocabulary" "Vocabulary" ataupun kosa kata adalah pada pandangan saya yang paling penting dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kita tidak akan dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris jika vocabulary kita adalah lemah. Ianya seumpama seorang budak kecil yang baru belajar bercakap dan sukar untuk kita fahami apa yang cuba disampaikan nya.Malangnya kebanyakan dari kita amat malas untuk meningkatkan vocabulary kita dalam Bahasa Inggeris. Berapa banyakkah dari kita yang membuatkan ianya satu tabiat untuk membaca suratkahabar Bahasa Inggeris setiap hari? Berapa banyak kah dari kita yang ada membeli sebuah kamus Bahasa Inggeris yang komprehensif sebagai rujukan kita? Tanpa "vocabulary" yang mencukupi anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea dan pendapat kita dengan lancar. Atau lebih buruk anda menggunakan perkataan yang silap atau tidak sesuai dan menimbulkan salah faham di mata pendengar/pembaca. Dalam Bahasa Inggeris amat banyak perkataan yang hampir2 serupa akannya tapi lebih sesuai digunakan dalam situasi2 yang tertentu sahaja. Terdapat beberapa jenis kamus yang terdapat di pasaran dan antara jenis kamus yang boleh didapati ialah :i) Kamus Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia. Jenis kamus ini sesuai jika anda masih dalam peringkat permulaan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan masih lemah dalam vocabulary Bahasa Inggeris anda. ii) Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris . Kamus jenis ini memberi definisi perkataanperkataan Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuai untuk mereka yang tahu maksud perkataan dalam Bahasa Melayu tapi tiada lansung idea apakah maksudnya dalam Bahasa Inggeris. iii) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Ini bolehlah dikatakan kombinasi kedua2 jenis kamus diatas. Kamus ini memudahkan pengguna yang juga dalam peringkat beginner untuk mencari perkataan yang mereka cari samaada dalam Bahasa Inggeris mahupun dalam Bahasa Melayu. iv) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris. Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-

perkataan Bahasa Inggeris dalam bahasa Inggeris Ini adalah kamus yang terbaik untuk mereka yang dalam peringkat "intermediate" dan "advance". Untuk mereka yang sudah agak selesa dengan "vocabulary" Bahasa Inggeris mereka disarankan untuk menggunakan kamus jenis ini. Sesetengah dari kita takut untuk menggunakan kamus ini kerana risau tidak faham apa yang di definisikan dalam kamus ini. Mereka tidak perlu rasa kurang yakin kerana dengan menggunakan kamus jenis ini anda akan mepercepatkan kemahiran vocabulary anda. Apakah yang terdapat dalam sebuah Kamus? 1. "Introduction" Dalam ruangan pengenalan ini biasanya akan diterangkan bagaimana cara menggunakan kamus itu dengan efektif.Pengguna disarankan untuk mengambil masa membaca ruangan ini untuk memastikan mereka dapat menggunakan sebuah kamus itu dengan efektif. 2. "Spelling" Kamus akan memberi anda cara ejaan yang sebenar untuk sesebuah perkataan yang and a cari.Ada juga jenis2 ejaan yang berbeza iaitu :i) Ejaan penuh Dimana perkataan dieja sepenuh nya ii) Akronim Dimana akronim/singkatan di beri seperti NASA yang merupakan singkatan kepada National Aeronatics and Space Administration. iii) Singkatan Dimana singkatan yang telah diterima umum sebagai singkatan kepada ejaan penuh seperti mkt yang merupakan singkatan kepada merket(pasar) 3. "Meaning" Kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah kamus yang lebih komprehensif akan turut memberi 2-3 ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang bersifat teknikal. "Grammar" Kamus juga akan menunjukkan bagaimana sesebuah perkataan itu akan digunakan secara grammatically. Secara amnya sesebuah kamus juga akan mendifisikan samaada perkataan itu adalah :i) "Verb" Kata kerja. Verb bermaksud perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan. Antara contoh "verb" ialah "run,laugh,walk,talk,sleep,swim,sing". Perhatikan semua perkataan tersebut menggambarkan perbuatan. ii) "Noun" Kata Nama.Contoh "Noun" ialah car,house,man,woman,dog,cat dan lain-lain. iii) Adverb Adverb digunakan untuk menerangkan "verb". Jika "verb" nya ialah run maka

"adverb" digunakan untuk menerangkan perkataan "run" tersebut. Contoh:"Ali run slowly to the car". Dalam contoh diatas `slowly' digunakan untuk menerangkan bagaimana perbuatan Ali (i.e. run) itu berlaku. iv) "Adjective" "Adjective" pula digunakan untuk menerangkan sesuatu noun. Jika dalam noun nya ialah house maka adjective akan digunakan untuk menerangkan bentuk atau keadaan fizikal rumah itu. Contoh:"The house is big". "The house is colourful". Jadi dalam contoh diatas "adjective" yang digunakan ialah "big" dan "colourful".

4. "Pronounciation" Dalam kamus biasanya akan ditunjukkan juga bagaimana sesuatu perkataan itu akan disebut(pronounced). Perlu diingat bahawa BI banyak meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain dan walaupun bahasa asing itu telah diserap dalam Bahasa Inggeris kebiasaanya pronounciation nya masih dikekalkan dalam bentuk asal. Antara yang pronounciation nya yang jauh berbeza dari ejaan nya ialah perkataan yang diambil dari bahasa Perancis. Antara contohcontoh perkataan ini ialah:"Grand Prix, Buffet, Par Avion, Rendezvous" Dipetik daripada Queer Eye For the Blog Skins http://arau.blogdrive.com/archive/11.html No comments

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEFON BIMBIT


Saturday, January 2, 2010 1:54:45 AM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Semakin zaman berlalu, telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk. Pada awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit semakin kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja orang yang bekerja, malah remaja juga kini ramai yang memiliki telefon bimbit. Di sini, saya akan membincangkan tentang kebaikan dan keburukan memiliki telefon bimbit. Saya akan membincangkan tiga kebaikan telefon bimbit. Pertama sekali, penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana sahaja mereka berada. Contohnya, pada waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan ahli keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya. Kebaikan yang kedua adalah tentang memuat turunkan maklumat dengan menggunakan teknologi 'bluetooth'. Kita boleh melungsuri internet di telefon bimbit tersebut dan menyimpan data-data dengan mudah untuk menyelesaikan sesuatu projek. Merapatkan silaturahim dengan rakan yang berada jauh di rantauan adalah kebaikan yang ketiga. Telefon bimbit 3G membolehkan kami membuat panggilan video dengan rakan di luar negeri. Teknologi sebegini membenarkan kami berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini boleh mengubati perasaan yang rindu terhadap dirinya. Di sebalik kebaikan yang telah disebutkan tadi, ada juga beberapa keburukan yang perlu diingatkan.

Yang pertama, jika kita tidak tahu mengawal kos, penggunaan telefon bimbit boleh mencapai beribuan dolar. Contohnya, kos membuat panggilan video agak mahal jika kita terlalu asyik berbual sehingga tidak sedari masa yang terlalu lama bergantung di telefon. Remaja-remaja sekarang juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini. Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan remaja yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan sederhana, ini menjadi suatu bebanan untuk

memaksa diri memiliki benda yang tidak mereka mampu. Yang penting sekali ialah ini memupuk persaingan yang kurang sihat. Kita patut bersyukur terhadap apa yang kita ada. Yang akhir ialah dikhuatiri pelajar meniru melalui SMS bersama kawan-kawan di dalam dewan peperiksaan. Kemudahan teknologi yang membantu dalam kehidupan tetap boleh membantu orang untuk membuat kejahatan, seperti mendorong sesetengah pelajar untuk menipu. Saya rumuskan bahawa pelajar boleh memiliki telefon bimbit tetapi sebaiknya tidak dibenarkan untuk membawanya ke sekolah kerana di sekolahlah tempat untuk mereka menimba ilmu dan bukan untuk tunjuk-menunjuk telefon bimbit masing-masing. Telefon bimbit jika digunakan dengan sebaik mungkin boleh memudahkan kehidupan dan bukan sebaliknya.. Dipetik daripada Jauh Perjalanan Luas Pemandangan http://jabatanbahasamelayu.blogspot.com/2009/06/kebaikan-dan-keburukan-memilikitelifon.html No comments

KEBAIKAN DEN KEBURUKAN INTERNET


Friday, January 1, 2010 2:34:16 PM kebakan den keburukan internet

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti : Pendidikan dalam Internet Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Perniagaan dalam Internet Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua

cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. Perubatan dalam Internet Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan. Keburukan Internet Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Terdapat beberapa keburukan Internet seperti : Medium penyebaran dakyah jahat Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Pornografi Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat. Kesimpulan: Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu

dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet. Dipetik dan diubahsuai daripada WikiAnswers http://wiki.answers.com/Q/Apa_kebaikan_dan_keburukan_internet No comments

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI


Friday, January 1, 2010 4:34:55 AM pelajar cemerlang

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Pengenalan: Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk, akan membimbing kamu disepanjang hidup kamu. Gred keputusan yang kamu perolehi adalah sangat penting bagi mendapatkan perkerjaan pertama kamu, atau untuk memohon melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang memerlukan beberapa kemahiran tertentu; tetapi, kemahiran ini semuanya dapat dipelajari dan diamalkan. Asas sebagai seorang pelajar:

Beri keutamaan dalam hidup: Berjaya dalam pelajaran sepatutnya menjadi keutamaan tertinggi Belajar: Tiada jalan lain atau ganti Sentiasa menghadiri kuliah Buat semua kerja rumah dan banyakkan membaca: Terutama yang disuruh oleh pengajar Bina disiplin diri Uruskan masa kamu Disiplin diri: Mudah saja. Manusia adalah makhluk yang mempunyai tabiat. Oleh itu, bina suatu tabiat dengan memberi sebab bila melakukan perkara yang perlu kamu buat. Bukankah bodoh jika kelakuan kamu bertentangan dengan apa yang kamu fikir akan buat? Bukankah menjadi lebih harmoni dan bahagia jika kamu mendapati diri kamu mahu membuat apa yang kamu tahu kamu patut buat? Latihlah diri kamu supaya wujud mekanisma tindakbalas spontan dalam diri kamu: Kamu mempunyai sebab untuk melakukan sesuatu, dan kamu lakukan nya. Orang lain yang mudah mendisiplinkan diri mungkin telah berlatih banyak kali. Pengurusan masa: Sehari semalam hanya ada 24 jam. Pengurusan masa yang baik memerlukan: Tidak membuat apa-apa yang lebih dari yang termampu. Menganggar masa yang perlu bagi menyiapkan sesuatu tugasan. Membuat yang sebenarnya apa yang diperlukan. Hanya kamu yang boleh melakukan perkara ini. Seminit sekarang adalah sama nilainya dengan seminit kemudian. Kamu tidak boleh mengundurkan masa. Jika kamu tidak menepati jadual, kamu telah ketinggalan.

Muhasabah diri: Fahami, dan berlaku jujur dengan diri sendiri. Semua perkara lain akan bergantung dengan hal ini. Jadilah atlit dan jurulatih serentak: Perhatikan apa yang sedang kamu buat, dan juga perhatikan diri sendiri. Jadilah nakhoda kepada, dan juga tanggungjawab untuk, diri sendiri. Hadapilah segala masalah. Jangan mengelak masalah, ini akan mengundang bahaya besar. Memilih program: Setiap pelajar mempunyai semua atau sebahagian sikap berikut: Mahu belajar apa yang diajar. Mahu mendapat gred dan keputusan yang baik. Tidak kisah dan tidak peduli. Untuk cemerlang dalam program yang diikuti, adalah tugas kamu sebagai pelajar untuk melakukan perkara ini: Belajar apa yang diajar Kenali pengajar kamu Beri perhatian kepada cara pengajaran pengajar dalam kuliah, apa yang dititikberatkan dan ditekankan, dsb. Dapatkan maklumat tentang pengajar dari pelajar lain. Pengajar yang baik pula, mengajar secara yang tidak mendedahkan dirinya, agar pelajar tidak mudah mengenalinya, menyebabkan pelajar terpaksa belajar apa yang diajar. Kerja rumah

Ingatlah bahawa kerja-kerja kamu dinilai dan diperiksa oleh manusia. Oleh itu: tulis dengan baik, elok dan tersusun. beri segala komen dan ulasan yang perlu untuk menjelaskan apaapa yang kamu cuba dan sedang buat Memudahkan kerja pemeriksa dan penilai akan memberi kamu kelebihan bila berlaku sebarang keraguan. Jangan sesekali berfikir bahawa dengan dapat memberikan jawapan yang betul kepada kerja-kerja rumah bererti kamu sudah menguasai perkara dan topik tersebut. Apa yang kamu telah buat ialah menyelesaikan satu masalah tertentu sahaja; itu tidak bermakna kamu telah mahir dan mampu menyelesaikan semua masalah berkaitan (seperti masalah yang keluar dalam ujian dan peperiksaan). Adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk melihat kerja rumah yang diberikan dari sudut yang lebih luas. Jika berpeluang, selalulah meneliti jawapan kamu dengan pengajar, walaupun kamu mendapat markah yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Pengajar mungkin menunjukkan cara-cara lain atau maklumat berguna yang kamu tidak pernah terfikirkan.

Peperiksaan Persediaan awal: o Susun atur bahan-bahan kamu dalam kategori mengikut kepentingannya (penting, sederhana penting, kurang penting), dan fokus ulangkaji kamu pada tajuk-tajuk yang penting. Ingat, pengajar hanya mempunyai masa yang terhad untuk menguji pengetahuan dan kebolehan kamu. Oleh itu, soalan-soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan tidaklah terlampau sukar, jika tidak ianya tidak boleh dijawab dalam masa yang ditetapkan. Lima soalan yang perlu dijawab dalam masa tiga jam memerlukan masa lebih kurang 35 minit bagi setiap soalan. o Belajarlah dalam cara yang paling sesuai dengan diri kamu Belajar dalam kumpulan atau bersendirian bergantung pada cara mana yang terbaik bgi kamu. Buat kerja-kerja yang paling berat dan penting pada masa dan ketika yang kamu boleh melakukan yang terbaik.

o Ringkaskan bahan-bahan atau topik-topik yang diajar menggunakan perkataan kamu sendiri. Ini bukan sahaja memaksa kamu meneliti bahan-bahan yang diajar dengan lebih mendalam, tetapi juga memudahkan rujukan semasa mengulangkaji sebelum peperiksaan. o Jangan ambil risiko: Hafal lebih banyak lagi perkara dari apa yang disuruh oleh pengajar. Bawa mesin kira, pembaris, pemadam dll walaupun tidak diperlukan. o Belajar dan buat semua soalan-soalan peperiksaan yang lalu. Jika pengajar memberi soalan-soalan yang hampir serupa, kamu akan bernasib baik. Tetapi kamu jangan sesekali fikir bila telah boleh menyelesaikan semua soalan peperiksaan yang lalu, kamu telah memahami semua bahan-bahan yang diajar dan boleh berjaya dalam peperiksaan. o Bawa jam atau jam tangan sendiri. o Lawan darah gemuruh dan cemas: Yakinkan diri bahawa apa yang kamu boleh buat ialah apa yang kamu boleh buat; tetapi jangan sesekali jadikan kamu berpuas hati. Tanamkan keinginan untuk membuat yang terbaik sepanjang masa peperiksaan. Memulakan peperiksaan: o Baca arahan kepada calon dengan menyeluruh dan berhati-hati. o Gunakan masa membaca kertas soalan untuk membaca soalan-soalan sahaja. Ramai pelajar yang tidak menggunakan masa ini dengan sebaik-baiknya. Buat keputusan mengenai soalan mana yang akan dijawab, jika ada pilihan. o Jangan menjawab dalam turutan tertentu. Malah, jawab semua soalan yang kamu yakin boleh dijawab dengan cepat dan tepat. Tumpuan harus diberikan kepada bahagian soalan yang dapat memberikan kamu markah mudah. o Sebelum menulis jawapan, fikir dengan mendalam. Mungkin ada cara lain yang mudah mendapatkan jawapan, dan ini boleh menjimatkan masa. o Buat hanya apa yang diminta. Jangan buat perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan membuang masa, saperti menulis semula soalan (jika tidak diminta berbuat demikian). Melangkah maju melalui peperiksaan. Setiap detik berlalu, semakin banyak markah terkumpul. Selalu lah menulis sesuatu yang bermakna bagi setiap masalah, walaupun sedikit. Berhubung lah dengan pemeriksa, terutama jika masa sudah suntuk. Tulis langkah-langkah yang kamu akan ambil jika kamu ada masa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tunjukkan langkah-langkah dan fakta-fakta dengan jelas, ini akan membolehkan kamu mendapat markah tambahan. Tulis dengan jelas, terang dan teratur. Jawab soalan subjektif kalau boleh saperti yang diterangkan semasa kuliah atau dalam buku. Memberi pendapat sendiri adalah bagus, tetapi dikhuatiri bercanggah dengan pendapat pemeriksa. Semak semua jawapan jika masa mengizinkan.

Cadangan tambahan: 1. Kemas dan mudahkan pengetahuan kamu: Ambil langkah untuk memahami bahan-bahan yang diajar dengan cara pemahaman kamu, mungkin melibatkan hubungkait yang tidak diterangkan dalam syarahan atau buku. 2. Ingat, hampir semua topik adalah mudah asas nya. Cuba fahami hubungkait yang mudah antara topik yang diajar. 3. Cuba belajar prinsip dan cara yang asas. 4. Belajar sebanyak mungkin cara menyelesaikan masalah. 5. Tanya diri sendiri: Mengapa pengajar tidak buat begini atau begitu? Cari idea sendiri. Fahami topik dengan mendalam. 6. Cara belajar yang paling baik ialah dengan mengajarkannya kepada orang lain. Adakah kamu memahami topik yang diajar sehingga boleh menerangkannya dengan jelas dan lengkap kepada orang lain? 7. Belajar dengan cara memerhatikan orang lain. Perhatikan cara orang lain buat, dan fikirkan cara untuk menggunakan cara itu untuk diri sendiri. 8. Jadilah seorang yang bekerja dengan teratur, kemas, menulis dengan baik dan mudah dibaca, berhati-hati dan cermat, tepat, berpengetahuan dan boleh diharap, pada masa yang sama juga, kreatif, spontan, imiginatif, pintar, cerdik, petah dan berhemah tinggi, dan fleksibel. Mentaliti pertama menekankan tentang cara, dan seterusnya berbuat yang terbaik apa yang telah diketahui cara untuk melakukannya; mentaliti kedua menekankan tanpa cara, dan seterusnya mengembang setakat termampu. Ambil yang terbaik dari mentaliti tersebut, yang mana sangat berguna jika terdesak kelak. Mentaliti pertama sangat bergantung kepada kemahiran sediaada, tetapi, mentaliti kedua mungkin gagal untuk menggunakan kemahiran yang sama. 9. Fikir dan tanya lah tentang setiap perkara. Tetapi, fahamilah bahawa adalah bodoh untuk menjadi lain dari orang lain hanya kerana mahukan kelainan, dan juga mengikut apa sahaja orang lain buat tanpa berfikir. 10. Untuk memperoleh kecekapan yang maksima, buat beberapa projek serentak. Maka, jika kamu berasa letih, kecewa, atau bosan bekerja dengan satu projek, kamu boleh berpindah ke projek yang lain dengan mudah, ini membuatkan kamu sentiasa produktif disamping memberi masa kepada masalah semasa diselesaikan secara tidak sedar. 11. Ramal dan rancang masa depan. Kamu pasti akan diberi tugasan atau miniprojek, jadi jumpa pengajar awal untuk berbincang sebelum beliau sibuk dan sukar ditemui. 12. Jangan amalkan tidak tidur malam, tidak kira untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan ini hanya meminjam hari esok, yang mana hari esok kamu akan jadi tidak bermaya. Mereka yang tidak tidur malam sebenarnya adalah orang yang tidak merancang aktiviti mereka. 13. Jika boleh, bawa buku teks ke kuliah. 14. Tulis nota syarahan dengan pensil, sebarang kesilapan dan tambahan dapat dibuat dengan cepat dan kemas. Penutup Umumnya, terdapat suatu sifat yang membezakan pelajar cemerlang dengan yang tidak:

PELAJAR CEMERLANG PAKSA DIRI MEREKA UNTUK FAHAM Pelajar cemerlang tidak semata-mata pergi kuliah, membaca buku, buat kerja rumah, dan berharap ini sudah mencukupi. Malah, mereka selalu bertanya pada diri mereka, "Apakah aku benar-benar memahami apa yang berlaku?" Mereka bertanya pada diri mereka soalan ini secara jujur, dan menyelami dalam diri mereka untuk mencari sebarang kekurangan dalam kefahaman, baik yang timbul secara tidak disedari mahupun dari kekeliruan. Dan, jika jawapan nya adalah "Tidak", maka keadaan itu dianggap sesuatu yang tidak dapat diterima, dan tindakan meningkatkan lagi usaha akan diambil serta merta. Dipetik daripada: http://www.angelfire.com/ultra/muzir/home/pelajar.pdf No comments

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA


Tuesday, December 29, 2009 11:08:17 PM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRES DENGAN E-GENIUS

Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi 3 P iaitu * Pendidikan * Perundangan * Penyelidikan Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.

PENDIDIKAN Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya. Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu: * melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral, * melalui sekolah memandu * melalui komunikasi awam seperti televisyen. Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa. PERUNDANGAN Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan tidak masuk ajar akan terus mengancam keselamatan jalan raya. Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu: * Pembentukan undang-undang * Penguatkuasaan undang-undang Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan. Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan

undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. PENYELIDIKAN Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah. * Ilmu kaji kejenayahan (criminology) * Pengurusan jalan raya Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini. Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang. [sunting] Kesimpulan Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya. Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang buruk, penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi yang memecahkan benteng moral pemandu. Bagi menyelesaikan masalah salah laku jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan 3 P, iaitu pendidikan, pengundangan dan penyelidikan. Akhir sekali, pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya. Dipetik daripada Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Salah_laku_jalan_raya No comments

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN JALAN RAYA


Tuesday, December 29, 2009 8:51:15 AM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRES DENGAN E-GENIUS

Salah laku jalan raya Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri. Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripda itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak. Kecuaian memandu Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu: * Tekanan jiwa * Memandu sambil buat kerja lain * Kemabukan

Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar. Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa. Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan pekara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu. Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan kesuntukkan masa bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamtan. Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah. [sunting] Memandu secara terburu-buru Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan

Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya. Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah: * Menunjuk-nunjuk * Kecetekan melayan nafsu sensasi * Tidak menghargai nyawa Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai. Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak, sombong, angkuh dan pongah. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti Malaysia. Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokkan dari segi sensasi. Adalah sukar menerangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya rasa kegentingan itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru. Pekara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan menerangkan pekara ini secara lebih mendalam. Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Pekara ini menunjukkan peribadi mereka mengahadapi kecetakkan dari segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral. Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut ini, dapat dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika. [sunting] Keganasan jalan raya

Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut: * Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta. * Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan. * Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan * Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi. * Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah. Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa keganasan jalan raya sememangnya lumrah di negara Malaysia. Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut: * Tekanan jiwa * Kesedaran perlindungan diri yang melulu Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. Katanya, Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari kemalangan kecil. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta bahawa bahawa pada tahun 1995, terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur. Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian Sin . Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada perkerjaan dan kesesakkan jalan raya tidaklah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. Maka pemandu-pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki.

Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata. Dipetik daripada Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Salah_laku_jalan_raya No comments

INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI PEMANGKIN SEKTOR PELANCONGAN


Monday, December 28, 2009 6:13:31 AM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRES DENGAN E-GENIUS Malaysia semakin terkenal di kalangan pelajar asing sebagai destinasi pilihan utama bagi pengajian tinggi dan lanjutan. Kini, para pelajar dan cerdik pandai dari serata dunia membentuk komuniti pelajar yang menyumbang pelbagai budaya dan bahasa di Malaysia. Salah satu sebab penting Malaysia menjadi destinasi pengajian pilihan utama ialah kadar sara hidup yang rendah serta tahap kualiti kehidupan yang tinggi. Ini diperkuatkan lagi dengan adanya teknologi dan peralatan bantuan pembelajaran yang canggih di sini. Tambahan lagi, penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan mesra memudahkan pelajar asing untuk mengenali lebih mendalam perihal berkaitan penduduk, tradisi dan budaya yang ada sambil mereka meneruskan pembelajaran mereka. Malaysia mempunyai lebih dari 600 institusi pengajian awam dan swasta yang menawarkan pengajian di tahap pra-universiti hingga tahap universiti. Ini termasuk institusi pengajian tempatan dengan gabungan pelbagai pusat pengajian luar negara, serta beberapa cawangan kampus universiti luar negara yang tersohor. Kelayakan yang diterima dari cawangan-cawangan seperti ini adalah setaraf dengan kelayakan yang diterima di kampus induk pusat pengajian tersebut. Terdapat juga beberapa buah institusi pengajian tinggi tempatan yang telah berjaya menempah nama di persada dunia seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Multimedia. Di Malaysia juga terdapat institusi pengajian tinggi berprestij yang telah lama bertapak seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Tambahan lagi, beberapa buah pusat pengajian tinggi antarabangsa telah bergabung bagi mewujudkan program berkembar dengan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan kini, institusi seperti Monash, Nottingham dan lain-lain menawarkan pilihan kepada para pelajar untuk memilih samada menyempurnakan seluruh pengajian mereka di Malaysia atau di negara luar seperti Australia, New Zealand dan United Kingdom. Kelebihan yang boleh diperolehi di Malaysia sekiranya mereka ingin menghabiskan tempoh pembelajaran ialah penjimatan kos pengajian tanpa menjejaskan kualiti pengajian. Malaysia mempunyai pilihan meluas bagi pengajian yang berkualiti tinggi pada kos yang amat berpatutan serta kursus-kursus yang ditawarkan telah diiktiraf antarabangsa. Hasilnya, kini terdapat beribu pelajar dari lebih kurang 100 buah negara yang sedang belajar di institusiinstitusi pengajian tinggi di Malaysia. Pelajar yang sedang membuat pertimbangan untuk belajar di Malaysia tetapi belum membuat sebarang keputusan berpeluang mengambil bahagian di dalam beberapa program pelancongan pelajar yang akan mendedahkan mereka kepada negara ini, mendekati penduduknya dan pilihan pusat-pusat pengajian tinggi yang ditawarkan. Program ini bukan sahaja berjaya membantu pelajar membuat keputusan mengenai pengajian mereka, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk menikmati percutian di destinasi yang paling indah dan mempesona di dunia. Dipetik daripada laman web Cuti-cuti Malaysia http://www.tourism.gov.my/my/activities/default.asp?activity_id=15

No comments

PELANCONGAN KESIHATAN
Sunday, December 27, 2009 3:16:27 AM

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN, KUTANGKAN STRES DENGAN E-GENIUS

Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan. Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan. Caj perubatan dan kos penginapan hospital di sini amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia. Sebagai contoh, kos pembedahan pemintasan jantung (CABG) lazimnya adalah di antara USD6,000 hingga

USD7,000. Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI. Pakar perubatan di sini terdiri dari para profesional yang mempunyai kelayakan bertaraf antarabangsa dan dibantu oleh kakitangan separa-perubatan yang terlatih. Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat sepenuh masa. Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi, dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangkamasa panjang menjadi pilihan menarik bagi pelawat asing. Namun demikian, perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah! Dipetik daripada laman web cuti-cuti malaysia http://www.tourism.gov.my/my/activities/default.asp?activity_id=23 No comments

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Saturday, December 26, 2009 2:08:05 PM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRESS DENGAN EGENIUS

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA: Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.Rakyat Malaysai perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Dengan mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.

Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan."Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu

mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu.Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import. Cara seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang. Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan. Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sekto swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing. Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini. Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka. Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anakanak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk

berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dan galakan oleh kerajaan dan swasta. R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk mencuba pakai.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini. hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada para pengkaji untuk mengkaji dan menghasilkan produk ciptaan tempatan. Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi? Dipetik dan diubahsuai daripada laman web Pusat Maklumat Rakyat http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2646:kempenbelilah-barangan-buatan-malaysia&catid=16:isu-nasional 1 comment

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI


Friday, December 25, 2009 3:57:09 AM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRESS DENGAN EGENIUS

Oleh:Datuk Seri Utama Rais Yatim

NEGARA TELAH melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Dan pada tahun 2020 Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan terlalu sedikit kepada asasasas jiwa dan penjiwaan, kualiti hidup dan jati diri bangsa. Kita, misalnya, sentiasa mengukur pencapaian mengikut KDNK, pertumbuhan ekonomi sebenar, ketinggian bangunan yang kita bina dan lain-lain pencapaian fizikal. Pada tahun 2020, iaitu sekitar 15 tahun dari kini tentunya serba-serbi berjalan pantas. Kehidupan masyarakat Malaysia, seperti yang diramal, akan dipenuhi pembaharuan demi pembaharuan. Teknologi informasi dan komunikasi pada masa itu akan secanggih mungkin. Cara hidup kita di Malaysia dan juga di merata dunia akan turut berubah.

Kita sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia global dengan hebatnya. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas diperolehi. Cara berfikir, cara bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah. Banyak penyakit yang tidak terubat pada masa ini mungkin beroleh penawar yang mujarab di zaman itu. Atau sebaliknya, masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu, akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru. Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang dikehendaki kerana proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil osmosis di mana proses nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal

disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah fenomena ini mungkin akan dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti berlaku.

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan kontroversi dalam penggunaan istilah bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun Menteri Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. Hiburan, berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan. Alat-alat canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama. Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris. Nisbah perkataan baru yang di ceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian bahasa rojak kita. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin? Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat dan kalau dijawab pun ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin terjadi. Jika diamati generasi muda Melayu di pusat-pusat Bandar, akan tersua amalan asas mereka. Mereka leka dengan perkelilingan baru keluarga, hiburan, sukan, tempat kerja dan tumpuantumpuan hidup yang lain lantas dipengaruhi unsur-unsur global yang telah dipopularkan melalui media, dagangan antarabangsa dan hiburan muzik serta wayang gambar hollywood dan bollywood. Mereka kian lama kian jauh dari apa yang dahulunya boleh dikesan sebagai belia Melayu. Sementara itu golongan Korporat Melayu cuba berlumba-lumba mendapatkan hak mereka dari kuih ekonomi yang ada, sekali pun tahap yang dicapai setakat ini masih di paras 18%. Jelaslah 12% lagi masih di awangan dan belum menepati janji serta aspirasi kita yang digurindamkan pada tahun 1971 dahulu.

Dalam perkelilingan beginilah masyarakat Malaysia hidup di negara ini. Dan dalam perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa Melayu (BM). Cuma kali ini ditambah sedikit dengan kaitannya dengan senario global. Sebenarnya memperkatakan tentang bahasa Melayu hakikatnya ialah kita memperkatakan satu-satunya aspek asas orang Melayu itu

sendiri. Survival bahasa Melayu di peringkat yang maju dan beridentiti lantas juga mencerminkan bangsa Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya. Cuma bangsa Malaysia adalah igauan politik yang hendak dicapai tetapi Bangsa Melayu sudah ada dan nyata. Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu. Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yang memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Tajuk-tajuk yang digemari ialah masalah bahasa rojak; keupayaan bahasa Melayu dalam dunia moden, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu, kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua franca di kepulauan Melayu, bahasa Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan, kelunturan bahasa Melayu dan pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh tentang pusaka perhubungan Melayu ini. Malangnya tiada satu pun di antara rencana-rencana itu yang memuji atau memberi markah tinggi kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu. Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah dilupai, seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap tangkap muat atau taking things for granted dalam kiasan bahasa Inggerisnya. Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia amnya. Ia juga suatu masalah pembudayaan yang amat berat dan rumit. Tajuk ini walaupun pernah dibincangkan dalam beberapa polemik yang terdahulu lebih banyak menimbulkan masalah daripada jawapan. Ini adalah kerana bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri. Bercakap pasal bahasa Melayu di era global semestinya memerlukan kita membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa secara domestik. Jika tidak, perbincangan kita semacam belum tegak sudah berlari. Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai fungsi. Ia berfungsi mengungkapkan konsep, gambaran dan menjelmakan perbuatan. Ia berfungsi menyampaikan kehendak mental. Ia berfungsi mengungkapkan perasaan, rasa hati dan gerak hati. Pendeknya sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kita dapat kita ungkapkan melalui bahasa. Dengan bunyi glottal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu. Pengalaman begini memakan masa dan merentas zaman. Perkataan baru sebelum diterima pakai sebagai sebahagian bahasa sesuatu masyarakat itu mengalami ujian penerimaan atau penolakan. Proses menerima atau menolak ini bergantung kepada sekuat mana jati diri bangsa penuturnya. Jika lemah maka lebih banyaklah kata-kata yang diimport sekalipun di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah sedia ada kata-kata sendiri. Sesuatu yang bermain-main dalam fikiran secara umumnya disebut bayangan dan secara khususnya disebut sebagai citra dalam Bahasa Sanskrit dan atau imej dalam alih Bahasa Inggeris. Citra atau imej muncul dalam bentuk simbol atau perkembangan. Misalnya apabila kita berfikir tentang kuda, kita menuturkan sebagai kuda atau menulisnya dalam istilah-kata "Kuda". Ertinya setelah membayangkan konsep "kuda" dalam fikiran, kita jelmakan ianya dalam bentuk lisan atau tulisan sebagai kuda.

Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan tahap-tahap ilmu yang tertentu. Dalam hierarki mempelajari sesuatu ilmu, wujud empat tahap keilmuan. Ilmu yang terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya - ilmu sains dengan berbagai-bagai cabang ilmunya), diikuti tahap yang paling tinggi iaitu ilmu rasional ( ilmu falsafah dan ilmu pemikiran kreatif), ilmu laduni (intuitive knowledge) iaitu ilmu terus daripada Allah dan ilmu tertinggi ialah ilmu makrifat yakni ilmu tentang Ilahi yang merupakan ilmu yang tertinggi dalam hierarki ilmu.Setiap tahap ilmu mempunyai kata, istilah dan konsepnya yang tersendiri. Misalnya bahasa yang di ungkapkan pada tahap ilmu empirikal adalah bahasa saintifik. Bahasa saintifik membawa pengertian bahasa yang logik yakni yang berfungsi dan bersifat tersendiri tetapi yang melibatkan erti tepat. Dalam konteks inilah sayang sekali konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan tidak didalami sebelum kita mengaku kalah lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi wahana sains dan matematik. Isu-isu bahasa : Pada amnya terdapat 7 isu pokok yang berkaitan bahasa Melayu dalam konteks bina bangsa (nation building):i. Masalah penjiwaan bahasa Melayuii. Masalah bahasa rojakiii. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa Melayuiv. Utiliti atau sifat perlu-guna bahasa Melayuv. Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayuvi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963vii. Perubahan dasar bahasa ilmui. Penjiwaan bahasa: Bagi tempoh tahun-tahun 1960an Isu bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan menjadi perkara hangat dan isu yang membakar semangat perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Bahasa Jiwa bangsa sesungguhnya sebahagian dari jiwa nasionalisme orang Melayu. Begitu penting dan utama bahasa Melayu sehingga UMNO sendiri menerapkannya ke dalam fasal 3 perlembagaannya tentang bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Sementelahan pula istilah Melayu itu sendiri mengikut Perkara 160 Perlembagaan negara mewajibkan seseorang itu berbahasa Melayu selain beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu sebelum layak diiktiraf sebagai seorang Melayu. Kempen Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir Ismail masih diingati sebagai yang terhebat dan berkesan. Secara rambang keutuhan bahasa Melayu tidak banyak dipertikaikan sehingga 1986. Bahasa Melayu itu sendiri mengalami edaran zaman dan evolusi. Sistem ejaan, kerjasama penyeragaman Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, penulisan novel, cerpen dan penyemarakan bahasa menjadi amalan biasa sehingga apabila menjelang tahun 1985 penulisan novel, cerpen, sajak terus beroleh tempat di kalangan pembaca. Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai semenjak 1959 hingga awal 1980an terus menjadi kilang guru bahasa Melayu yang berkesan dan disegani. Kini ianya cuma jadi sejarah. Penekanan kepada bahasa Melayu dari sudut perguruan khusus sudah kurang mendapat perhatian. Bila pengkhususan pengajaran bahasa berkeadaan sedemikian, maka hasil penjiwaannya juga turut berkurangan. Sastera Melayu, penulisan kreatif Melayu, bahasa Indah Melayu dan pada amnya pembudayaan bahasa Melayu turut merana. Bila jiwa sudah lemah dalam sesuatu amalan, maka aspek praktisnya juga turut lemah. Lemahnya penjiwaan adalah terasas kepada tuntutan perkelilingan. Lemah penjiwaan ini hanya dapat diatasi dan diperkukuh semula jika hala tuju

jiwa bangsa tadi bersedia memungut yang cicir, mencari yang hilang. Jika polemik hanya tertumpu kepada hujah yang secara asasnya tidak yakin kepada bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa ilmu tentulah ubat yang dicari tidak akan menyembuhkan penyakit. Penyakit lama akan hinggap kembali. Kini orang Melayu tak pandai sangat berkata halus lagi. Antara Hi dan Hello dan showtime pepatah-petitih sudah dilupai. Apa khabar juga sudah dipulas oleh Assalamualaikum. Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka murah. Buku Kiliran Budi dan Ilmu Mengarang Melayu karya Pendeta Zaba sudah disaluti habuk kerana tidak dirujuk lagi. Kita menerpa dan melompat ke hadapan tanpa menyusun langkah. Di sinilah barangkali tepat dikatakan: koyak baju kerana lenggang; pesuk songkok kerana lonjak. Kerosakan ini semua adalah akibat badan yang buruk pinta. Rangkap lama mengingatkan kita: Jangan disalai ciku kedondong Salailah ikan atas para Jangan salahkan ibu mengandung Salahkan badan yang buruk pinta. ii. Masalah bahasa rojakKini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak. Bahasa rojak wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa Melayu malu dipalunya. Awal-awal lagi boleh diperakukan, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Zaba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun mengetahuinya. Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti e-mail, sms internet, software, hardware, ISDN, html, computer website dan sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti berikut: Hei, hari ini birthday I lah Dalam hal ini you yang paling best How are you today...harap OK lah You dah breakfast kah Hei, kawan-kawan, its showtime Inilah showtime yang ori Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. Di kaki lima dan di kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. Warga emas juga diheret sama. Jelas tiada pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya bahasa rojak dalam kehidupan kita sehari-hari. Di samping pengawasan di media barangkali boleh dilakukan, tetapi ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah memilih tatabahasa yang baru untuk bercakap antara seorang dengan seorang yang lain. Jika diamati, contoh-contoh ini boleh dituruti oleh ratusan contoh lain yang rata-rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak keunggulannya. Sebaliknya bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan campur-aduk ini ke tahap yang dialami bahasa Melayu. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan

rasa prihatin masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang penggunaan bahasa. Ada beberapa petua sebelum masyarakat harus membenarkan bahasanya dirasuk bahasa rojak yang tidak indah dan tidak mencerminkan jati diri. Pihak yang mengatakan bahawa apa salahnya diambil perkataan asing, sedangkan perkataan-perkataan asing sudah pun dipinjam semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ini memang boleh diterima tetapi peminjaman itu berasas kepada beberapa syarat dan ketertiban demi menjaga keutuhan bahasa Melayu:i. Istilah atau perkataan baru itu bolehlah diambil jika tiada perkataan yang sama maksudnya dalam bahasa Melayu; Jika dalam bahasa sendiri ada perkataan yang sesuai, kenapa kita perlu tiru hak orang? Dalam pengertian ini, misalnya kita tak perlu ambil birthday sedangkan hari jadi atau hari kelahiran ada dalam bahasa Melayu. Showtime boleh diganti dengan masa persembahan atau saat persembahan; ori dengan asli;ii. Peniruan atau pengambilan kata perbendaharaan orang lain harus menambah ilmu dan jati diri kepada masyarakat.iii. Pihak pengembang dan pemaju bahasa ibunda harus bertindak dan membetulkan sesuatu ungkapan atau perkataan yang dirasakan menceroboh bahasa sendiri. Malangnya kuasa membetulkan ini tiada pada sesiapa atau mana-mana pihak pada masa ini. Manakala siaran pantas dari satelit atau multimedia yang lain bertambah pesat, seperti yang laksanakan Astro pada masa ini, kita dapat bayangkan betapa besar dan dahsyatnya kemungkinan pencabulan berlaku di bidang-bidang lain kehidupan kita. Secara amnya kita terdedah dan terlalu terbuka kepada anasir-anasir luar. Mekanisme penahanan atau mengehadkan penerapan luaran ini tidak cukup ada pada kita sekalipun agama itu tampaknya patut lebih berkesan sebagai penangkis.Apabila bahasa berubah dan diubah soalan yang muncul ialah: siapa yang ubah dan kenapa? Jawabnya tentu terletak pada hakikat bahawa ianya diubah sedemikian cara kerana penuturnya berasa bahasa ibundanya tidak lagi cukup untuk melahirkan maksudnya sehingga ia terpaksa menggunakan perkataan-perkataan asing. Sebaliknya mereka mungkin beranggapan bahawa imej yang mereka perolehi dengan menyelitkan perkataan Inggeris di celah-celah ayat Bahasa Melayu akan meninggikan imej mereka walaupun ini tentunya berupa pendekatan bersifat makjujad (hypocrite); atau dengan bahasa Melayu rojak mereka berasa boleh mencapai kepuasan berkomunikasi; atau, dan ini penting, mungkin asuhan bahasa Melayu mereka di sekolah tidak sampai ke tahap mantap. Juga terdapat di beberapa kalangan, termasuk pemimpin yang tidak berpendidikan aliran Inggeris, lantaran mereka rata-rata dianggap tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, mereka cuba menyelitkan sepatah dua perkataan Inggeris dalam perbualan dengan tujuan supaya orang menganggapnya boleh speaking atau tinggi tahap pendidikannya. Walaupun gejala ini barangkali kecil bilangannya, boleh diperakukan bahawa ianya wujud nyata di kalangan masyarakat kita.Sebenarnya ungkapan sekerat belut-sekerat ular tadi: Hei, hari ini birthday I lah boleh dituturkan sebagai Hei, hari ini hari jadi saya (aku)lah. Semua ungkapan di atas tadi boleh belaka dituturkan secara Melayu 100%. Tetapi kenapa tidak dilakukan sebegitu? Ini semua adalah petanda yang bakal membawa kepada kelunturan. Ini bukan sekadar ramalan seorang idealis atau yang semata-mata bersifat tulen tak menentu, tetapi pandangan ini bertapak pada alam nyata: Sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betina Kilat beliung ke kaki, kilat cermin ke muka. Jika demikian cara dan kaedah yang paling berkemungkinan untuk menangani bahasa rojak yang

memuramkan imej bahasa kita ialah dengan menjayakan program-program latihan lisan yang membina amalan komunikasi. Ia harus dijalankan di semua institusi persekolahan dan pengajian tinggi. Personaliti media utama, pemimpin, institusi kawalan kerajaan harus mengutamakan percakapan bahasa Melayu yang betul. Gejala bahasa rojak tidak akan hapus kerana pembudayaan bahasa ibunda belum wujud sepenuhnya di negara ini. Jati diri tidak dikaitkan dengan pentingnya bahasa ibunda dipersadakan.iii. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa MelayuDari segi bahasa, bahasa Inggeris sudah nyata akan merobah cara berfikir dan juga cara bertindak di samping cara menimba ilmu serta jenis ilmu yang bakal ditimba. Akan wujud sekian ramai anak Melayu yang nanti berfikir dalam bahasa Inggeris kemudian bercakap dalam bahasa Melayu. Malah bermimpi dalam bahasa Inggeris juga kebiasaan. Juga akan ada anak-anak masyarakat Cina dan India Malaysia yang bercakap dalam bahasa Melayu dan berfikir dalam bahasa Cina dan India. Sekarang pun kecenderungan ini sudah berlaku. Juga tidak dapat dinafikan bahasa Mandarin dan Tamil akan beroleh tempat yang lebih signifikan melalui langkah-langkah pembudayaan bahasa mereka. Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris, Bahasa Melayu akan disadur banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. Penutur bahasa Melayu mesti bersedia untuk perubahan-perubahan ini. Mereka yang bersifat sebagai pengamal keaslian (purist) mungkin akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan menghilang, struktur dan gaya baru pula akan muncul.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Ia juga bahasa rasmi Parlimen Malaysia. Status ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Cuma kemajuan dan kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu. Bila ini berlaku, Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi keutamaan global bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Peranan dan posisi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dari sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan industri buku yang seharusnya diperjuangkan.Bahasa Melayu, seperti yang telah diketahui, akan lebih terdedah kepada pelbagai pindaan informal yang dicetuskan oleh dan melalui media elektronik, khususnya oleh pengaruh komunikasi serta aliran alam siber. Dalam erti kata sebenar, cara hidup baru itu nanti bakal merubah pemakaian tatabahasa Melayu. Seharusnya, bibit-bibit budaya yang indah, yang halus, yang murni perlu dikekalkan tetapi berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bermakna kita tidak minta dibuli atau dipijak. Ini termasuklah asuhan Islam positif yang perlu dibudayakan terus-menerus. Khususnya dalam hal ini nilai-nilai yang dijalin dan disajikan melalui Islam Hadhari akan lebih diminati. Amalan Islam yang mengambil kira tamadun yang berevolusi, konsep dan amalan budi-bahasa, amalan tradisi Melayu seperti sopan-santun, kekeluargaan, hormat-menghormati dan sebagainya akan lebih membimbing. Pendeknya mesti diteruskan apa yang selama ini dikenali sebagai asuhan budi. Barangkali falsafah Rukunegara yang membentuk masyarakat Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh disemarakkan semula. Kejuruteraan sosial (social engineering) tidak boleh dihentikan atau dicanai oleh pemikiran seseorang sahaja. Satu muafakat bangsa mesti diadakan. Mewujudkan Kementerian Kebudayaan kesenian dan Warisan hanya sebahagian daripada usaha ke arah itu. Di samping Bangsa Malaysia hendak diwujudkan, soal adab dan tamadun tidak harus

dikelasduakan. Bahasalah menjadi penjalin dan penjana bangsa.iv. Utiliti atau sifat perlu guna bahasa Melayu adalah lumrah manusia iaitu jika sesuatu itu tidak berapa menepati tuntutan kegunaan atau utilitinya, perkara atau barang itu akan kurang disimpan, kurang dipakai dan kurang keperluannya. Dalam satu aspek bahasa Melayu mungkin tergolong kepada keadaan ini jika bahasa ilmu terus menerus disalur oleh bahasa Inggeris. Tetapi hakikat yang satu lagi ialah bahawa bahasa Melayu masih diperlukan sebagai syarat lulus dan cukup syarat dalam peperiksaan dengan kelulusan dalam bahasa Melayu. Lagipun sebagai lingua franca negara ini BM akan tetap digunakan sebagai wahana komunikasi. Sebagai bahasa ilmu BM dikhuatiri tidak akan terlalu membangun kecuali dasar pembukuan negara diubah dengan erti kata semua teks ilmu moden dan usang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Tetapi soalnya, sekalipun buku-buku aeronautik, kimia, kaji cuaca, kejuruteraan, elektronik dan lain-lain diterjemahkan, siapa akan baca lantaran bukubuku ini dengan mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris, bahasa yang dipelajari di sekolah untuk menimba ilmu. Di sini sudah jelaslah kedudukan BM sebagai bahasa ilmu. Sebaliknya pula jika anak-anak Melayu tidak berlumba-lumba pula untuk menguasai bahasa Inggeris, mereka akan tercicir terus dalam usaha menimba ilmu semasa. Keadaan serba-salah ini sebenarnya tidak harus digusarkan. Ini adalah kerana jika zaman moden dunia hendak disertai oleh warga Malaysia melalui kebangkitan global, bahasa Inggeris tidak dapat dinyahkan lagi. Ini bererti sekian banyak istilah bahasa Inggeris akan menerpa masuk kepada perbendaharaan kata BM. Bahasa rojak akan berterusan dituturkan dan dilaungkan. Mungkin dalam bahasa tulisan sedikit sagu hati akan diperolehi kerana nahu semasa akan terus digunakan. Sebagai perbandingan, bahasa Arab juga menghadapi permasalahan yang sama. Mereka belum mampu menimba ilmu moden dengan bahasa ibunda mereka. Justeru saban tahun sekitar 20,000 mahasiswa dalam pelbagai jurusan sains mengaji di universiti dan institusi pengajian tinggi Barat yang bahasa pengantarnya ialah Inggeris. v. Unsur-unsur yang merosakkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, ialah bahasa yang ditulis dan dijadikan sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Sementara keadaan bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding BM tulisan, beberapa sebab dapat diperhatikan: a. kurang latihan pertuturan yang baik yang melibatkan anak-anak sekolah, mahasiswa dan petugas awam. b. Kurangnya asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam pembahasaan dan pertuturan. c. Kurangnya asuhan bahasa baik, bahasa indah. d. Kurangnya latihan atau mata pelajaran berkaitan karya-karya besar sastera bangsa sendiri. e. Pembelajaran dalam bidang the Arts yang tidak disaring dan dikemas. f. Kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasaan sebagai satu bidang kajian atau mata pelajaran. Sementara itu amalan-amalan di peringkat pimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan rasmi juga dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan penggunaan BM yang

baik. Jika bahasa mesyuarat juga bercampur-aduk dengan selingan bahasa rojak, bagaimana penggunaan bahasa baik dapat dicapai? Sementara itu akhbar Utusan Melayu berkeadaan mati segan hidup tak mahu lantaran orang Melayu sendiri bersikap dingin terhadap tulisan Jawi. Menurut pihak berkuasa di syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi sebagai pencetus nasionalisme Melayu kini sudah jadi edisi sekali seminggu. Itu pun dengan jualan yang kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Ini memalukan. Jika dicari di mana hilangnya, jika dipintas di mana hanyutnya, puncanya ialah pembelajaran bangsa. vi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963Cinta rakyat kepada Bahasa Kebangsaan meluap-luap sehingga mereka yang mulanya memperleceh Bahasa Kebangsaan akhirnya diam dan mula segan dan hormat terhadap bahasa ibunda orang Melayu itu. Pada tahun 1963 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan Parlimen. Akta itu hanya sekadar mengisytiharkan peruntukan Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Ia tidak memperuntukkan sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa atau yang tidak mengamalkan penjiwaan bahasa, umpamanya. Malah jika terdapat penggunaan bahasa pada iklan papan tanda, Dewan Bahasa dan Pustaka, misalnya, tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan. Apabila Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965 Bahasa Melayu lantas dijadikan bahasa rasminya. Banyak pihak beranggapan bahawa Akta bahasa Kebangsaan 1963 adalah tulang belakang kepada maju atau mundurnya bahasa Melayu. Pada satu hakikat ini mungkin benar tetapi pada pengertian khususnya Akta ini hanya bersifat deklatori, yakni menyatakan apa yang sudah jelas dan nyata daripada hal bahasa Melayu itu. Sebaik-baiknya beberapa pindaan harus dilakukan dalam usaha memberi sedikit kuasa penguatkuasaan kepada satu-satunya agensi bahasa di negara ini, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penguatkuasaan yang dihajati benar ialah apabila disuai penggunaan yang telah disalahgunakan, DBP tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis, misalnya, Biro Bahasa Perancis di bawah Kementerian Kebudayaan berkuasa membetulkan sesuatu penyelewengan bahasa Perancis. Fenomena pencapaian dan kecapaian pada tahun 1996 seharusnya boleh diatasi dengan segera oleh DBP tetapi lantaran ketiadaan peranan yang jelas dari segi membetulkan bahasa yang disalahgunakan, anggota masyarakat bermaharajalela dengan pembahasaan salah. Kesalahan bahasa papan tanda juga sedemikian. vii. Perubahan dasar: Benarkah ia melemahkan Bahasa Melayu?Pada suatu hakikat memang boleh diterima bahawa dasar 2002 yang mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran matematik dan sains merobah satu lagi pancang seri yang selama ini menjadi kebiasaan dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut di Sekolah Kebangsaan. Tetapi realiti perkara ini memerlukan penilaian objektif dan bukan subjektif. Sebelum anjakan dasar ini dibuat dua tahun lalu, keciciran anak-anak Melayu dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains memang ketara sedangkan penguasaan sains dan matematik di kalangan bukan Melayu berada di tahap baik. Ini adalah kerana pengajaran bahasa Inggeris di SRJK lebih mantap dan berkesan sedangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan adalah di sebaliknya. Pencapaian sains dan matematik di sekolah-sekolah berbahasa Mandarin, sebaliknya, terus meningkat. Ini disebabkan kualiti pengajaran menyumbang kepada pencapaian anak-anak di SRJK. Justeru sampai kini sekolah-sekolah ini enggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran sains dan matematik. Tetapi pencapaian mereka di bidang-bidang berkenaan terus meningkat sekalipun pencapaian bahasa Inggeris mereka cuma di peringkat sederhana.Apa akan berlaku jika amalan lama tidak dianjak? Pertama anak-anak Melayu akan terus berada di tahap

lama, mereka akan terus lemah pencapaian B Inggeris, sains dan matematik. Sekurang-kurangnya bahasa Inggeris mereka selepas ini akan bertambah baik lantas secara teorinya mereka akan lebih profisyen dan boleh menimba ilmu lain dengan lebih mudah. Tetapi ini bergantung kepada kualiti pengajaran bahasa itu kepada murid-murid. Ini bergantung kepada kualiti para guru itu sendiri. Jika kualiti pengajarannya melonjak maka pencapaian di kedua-dua subjek itu juga akan turut melonjak. Dalam hal ini pendekatan paling baik ialah mewujudkan kumpulan pengajar yang fasih dan berilmu tinggi. Peranan Maktab Perguruan Bahasa tidak boleh dipandang ringan.Juga akan berlaku ialah bahasa Melayu akan kekurangan peranan dalam pengajaran dua ilmu tersebut. Dari satu sudut ini kenampakan sebagai suatu kerugian tetapi dari segi sebenar jika diimbangi ia boleh menjadi rangsangan baru. Tetapi bahasa Melayu tidak boleh dianggap bahawa lantaran bahasa Inggeris dipilih untuk menyegarkan pengajian matematik dan sains maka BM akan terus lemah dan menghilang. Ini merupakan sikap mengalah dan pesimis. Rumusan TindakanTampak sebagai penting iaitu penggunaan bahasa Melayu perlu dijana semula dan dikempenkan semula. Para pengucapnya mesti dalam keadaan sedar (conscious) selalu supaya megah dan berasa senang berbahasa Melayu dengan baik. Sekolah, universiti, agensi-agensi Kerajaan, NGO dan kumpulan-kumpulan lain harus bersekutu dan bekerjasama memperjuangkan kembali perkara nasional yang amat penting ini.Banyak bidang yang boleh terus diperjuangkan: meningkat dan memperhebatkan dasar buku nasional; menerbitkan bukubuku bermutu dunia dan serantau; meningkatkan kerjasama bahasa serantau; mengamalkan dasar cintakan bahasa sastera, sesungguhnya bermacam-macam projek bahasa boleh diteruskan. Dengan lain pengertian, pembudayaan bahasa perlu diusahakan terus-menerus. Kesimpulan boleh dibuat pada peringkat ini, iaitu kita tidak harus terus berasa hilang tenaga dalam menghadapi cabaran global. Untuk menghalang bahasa Melayu daripada diselangi perkataan dan nilai luar secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi yang berterusan. Asas pendidikan kita harus kuat. Pendekatan kita demi BM zaman depan mesti bersandar kepada situasi menang. Untuk itu pembudayaan bahasa harus nyata.Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera atau Lorong tekan & pacu Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenangwenang menggunakan touch n go Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya selera. Dipetik daripada Blog Bahasa Melayu SPM http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-era.html No comments

MASALAH SUMBANG MAHRAM


Wednesday, December 23, 2009 2:18:02 PM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRESS DENGAN EGENIUS

Masalah Sumbang Mahram Fenomena sumbang mahram boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang masih hangat di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acapkali berita tentang terjadinya sumbang mahram terhias di dada-dada akhbar. Banyak juga Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat khasnya melaungkan suarasuara perjuangan mereka. Ini terutama sekali kerana mangsa yang terlibat adalah seringkali merupakan kanak-kanak perempuan atau gadis di bawah umur. A. Definisi Sumbang Mahram Mengikut pengertian Kamus Dewan perkataan sumbang membawa erti tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan. Perkataan mahram pula

adalah merupakan variasi kepada perkataan muhrim yang membawa erti laki-laki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam. Dalam pada itu, dari perkataan sumbang juga terdapat beberapa frasa iaitu sumbang balai melintang yang bermaksud berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama dan adat). Sumbang kadim yang bererti berzina dengan keluarga yang rapat dan sumbang pati juga membawa erti berzina dengan saudara sendiri. B. Istilah Sumbang mahram Istilah yang dilihat dari aspek keagamaan pula sumbang mahram adalah merupakan perhubungan jenis antara seorang lelaki dan perempuan yang dilarang bernikah oleh adat dan agama. Selain itu, dari segi istilah juga melihat sumbang mahram adalah pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga di mana perkahwinan sesama sendiri ditegah atau dari segi konteks Islamnya muhrim atau mahram. Pencabulan seks ini bermaksud sebarang kegiatan seksual yang tidak difahami dan tidak direlakan oleh mangsa perlakuan seks atau perlakuan seks yang melanggar norma sosial. Ia termasuklah mulut-kemaluan (oral genital), dubur-kemaluan (anal genital) iaitu liwat, kemaluan-kemaluan (genital-genital) antara orang dewasa dan kanakkanak, onani bersama, mendedahkan kemaluan (exhibitionism) dan menggunakan kanak-kanak untuk tujuan lucah. C. Undang-undang Berkaitan Sumbang Mahram Mengikut Undang-Undang Sivil Malaysia, sumbang mahram didefinisikan sebagai apabila seorang lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang itu. Di Mahkamah Syariah pula, Seksyen 2 Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (1997), Selangor (1995), Pulau Pinang (1996), Johor (1997) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 pula telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditegah berkahwin. Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992) untuk Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak pula telah memberikan takrifan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang diharamkan berkahwin sama ada di kalangan muabbad (haram nikah buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad (haram nikah buat sementara). D. Konsep Sumbang Mahram Konsep sumbang mahram adalah berbeza-beza mengikut fahaman agama dan budaya sesuatu masyarakat itu sendiri. Jika ditinjau sepintas lalu, sumbang mahram di dalam negara seringkali menekankan kepada hubungan tidak wajar yang terjadi di antara seorang lelaki dan perempuan yang tidak boleh berkahwin menurut adat dan agama. Mangsa kejadian sumbang mahram adalah merupakan gadis-gadis atau kanak-kanak perempuan yang meningkat remaja. Sementara itu, pelaku sumbang mahram adalah merupakan gadis-gadis atau kanak-kanak perempuan yang

meningkat remaja. Sementara itu, pelaku sumbang mahram pula adalah seringkali merupakan lelaki-lelaki yang mempunyai perhubungan yang rapat dengan mangsa. Mereka adalah termasuk bapa kandung, bapa tiri, bapa saudara, abang ipar dan juga datuk. Belum ada laporan atau siasatan yang dilakukan terhadap pesalah perempuan. Ini mungkin kerana tidak ada laporan yang dibuat berkaitan dengan kajian tersebut.

E. Faktor-Faktor Pendorong Terdapat berbagai-bagai faktor yang dikatakan boleh mendorong kerana terjadinya perbuatan sumbang mahram ini. Faktor-faktor itu pula terbahagi kepada dua: a) Dalaman Faktor dalaman yang menjadi pendorong kepada terjadinya sumbang mahram, di antaranya adalah lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri serta nafsu seks secara formal, lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi akibat perasaan rendah diri, taksub kepada seks, keinginan seks yang tidak tercapai dengan pasangannya, pengetahuan agama yang cetek atau kurang penghayatan agama, kesibukan tugas menyebabkan tiada masa untuk pasangan dan anak-anak dan sikap kurang bertanggungjawab. b) Luaran Faktor luaran juga banyak memainkan peranan di dalam mempengaruhi seorang pelaku di dalam melakukan perbuatan percabulan ini. Antara faktor-faktor tersebut adalah tahap ekonomi yang rendah dan keadaan rumah yang sempit, keakraban perhubungan di antara adik-beradik, keruntuhan institusi keluarga, kurang kawalan atau pemantauan ibu bapa di dalam atau di luar rumah, pengaruh negatif media, penyalahgunaan teknologi maklumat dan ada juga keadaan di mana si ibu sedar tentang apa yang terjadi tetapi tidak berdaya untuk menegahnya kerana sebabsebabnya yang tersendiri seperti takutkan suami atau sedar tentang kesilapan dirinya yang telah mengabaikan keperluan suami dan anak-anaknya. F. Statistik Sumbang Mahram Di Malaysia Statistik menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja lelaki sering dicabuli di luar kawasan rumah sementara gadis dan kanak-kanak perempuan seringkali dicabuli dalam atau sekitar kawasan rumah. Namun begitu statistik yang didapati berkemungkinan adalah tidak tepat kerana terdapat kemungkinan kes-kes kejadian tidak dilaporkan atas beberapa sebab seperti diancam oleh pelaku, rasa malu kerana pandangan rendah daripada masyarakat sekeliling dan tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk melaporkan kejadian. 30% dari kes rogol adalah melibatkan perbuatan sumbang mahram dan pelaku yang paling kerap adalah ayah kandung (48%) sementara bapa tiri pula 24.4% dan pelaku pula berumur di antara 18 hingga 65 tahun. Sementara itu mangsa pula adalah merupakan gadis-gadis di antara umur 11 hingga 15 tahun dan mewakili 54.9% daripada mangsa yang terlibat. Menurut Polis Diraja Malaysia (2003), berikut adalah statistik kes sumbang mahram di antara 1997 hingga 2002:

Jadual Kes Sumbang Mahram di Malaysia TAHUN JUMLAH KES 1997 247 1998 317 1999 275 2000 213 2001 246 2002 298 Biarpun jumlah kes yang dicatatkan masih berada di bawah angka 300, namun ia mungkin tidak menggambarkan apa sebenarnya terjadi kerana kebanyakan kes yang dilaporkan adalah yang melibatkan gadis bawah umur. G. Kesan-Kesan Sumbang Mahram Terdapat berbagai-bagai kesan yang akan timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram. a) Kesan Terhadap Mangsa Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan penyakit kelamin, berat badan naik mendadak akibat ketidakseimbangan hormon atau selera makan yang berubah secara tiba-tiba, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering mengadu sakit perut. Terdapat juga kesan-kesan yang boleh diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa (kurang sesuai dengan umur mereka) atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar rakan sebayanya tentang seks. Seandainya tidak ditangani dengan sempurna, kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat remaja dan dewasa. Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan, perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak, terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah, perubahan emosi menyebabkan mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, keyakinan diri dan maruah yang rendah, rasa bersalah mendorong mangsa menyisihkan diri dan kadangkala mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri. b) Kesan Terhadap Masyarakat

Hasil dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan kehamilan yang tidak diingini berlaku. Oleh kerana undang-undang di Malaysia tidak mengizinkan pengguguran dilakukan, kehamilan yang tidak diingini ini akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada ibu dan anak tadi. Antara kesan-kesan yang mungkin terjadi kepada ibu dan bayi malang tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir dengan kelahiran bayi cacat, bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental yang teruk, 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan, tidak sempurna dan kebanyakannya meninggal dunia sewaktu atau di peringkat awal kehidupan dan kecacatan genetik seperti penyakit jantung congenital, pekak-bisu dan kecacatan sistem saraf pusat, sistem dalaman tubuh serta kecacatan alat kelamin. Kebarangkalian untuk kecacatan teruk pula adalah 25%. Selain daripada kesan-kesan terhadap kehamilan, terdapat juga kesan-kesan psikologi jangka panjang yang tidak sihat seperti percubaan membunuh diri, pcychosis yang kronik, obesiti atau anoreksia, pelacuran atau kehidupan yang dipengaruhi oleh seks, masalah personaliti termasuklah perasaan bersalah, cemas, ketakutan, murung dan kehilangan maruah diri, pengulangan perbuatan penderaan, histeria, agresif dan kecelaruan personaliti, tidak percaya kepada orang lain serta masalah penagihan dadah dan ketagihan arak yang menjurus kepada masalah kesihatan yang berkaitan. Ini memberi kesan kepada keadaan kesihatan keseluruhan rakyat yang mana terdapat lebih ramai kelahiran cacat serta timbulnya pelbagai penyakit yang kronik. Kerajaan akan terpaksa menyalurkan lebih banyak dana untuk membendung atau membantu pesakit sedangkan sepatutnya perkara itu boleh dielakkan daripada berlaku. Keluarga juga mengalami kesan dari kejadian sumbang mahram. Antaranya ialah nama baik dan maruah keturunan yang tercemar, hina dan dicela oleh masyarakat, hilangnya perasaan sayang, hormat dan mesra sesama ahli keluarga, tidak sah taraf untuk anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram dan lemah mental, kemungkinan nikah sesama mahram, kebajikan generasi yang dilahirkan terabai, anak yang mewarisi sifat keji ibu bapa (pelaku sumbang mahram), disisih masyarakat, menyumbang kepada masalah sosial masyarakat dan berlakunya pengabaian tanggungjawab. Selain daripada itu, terdapat juga kesan keseluruhan terhadap masyarakat, antaranya ialah melambatkan proses pembangunan masyarakat, menjejaskan imej masyarakat Islam dan Malaysia amnya, melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat, merenggangkan hubungan kemasyarakatan, meningkatkan keruntuhan institusi keluarga di samping penambahan kepada masalah sosial sedia ada. Akibat dari perbuatan sumbang mahram ini bukan sahaja meliputi kehilangan maruah diri, tetapi juga mengakibatkan kepada timbulnya berbagai-bagai masalah psikologi dan mental yang boleh merosakkan generasi yang akan datang. Selain dari itu, terdapat juga kesan negatif kepada ekonomi negara seperti terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti. H. Langkah-Langkah Untuk Menangani Sumbang Mahram

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram dari terus berleluasa. Antaranya adalah dengan memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri, memberi penerangan bahawa mangsa sumbang mahram adalah tidak bersalah dan menanamkan keyakinan untuk meneruskan hidup baru, meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi mereka, memberikan pendidikan seks di sekolah yang memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita, mempraktikkan ajaran agama yang kukuh di kalangan anggota keluarga terutama sekali tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti, mengadakan pusat rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan, mengadakan khutbah nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri, anak-anak dan juga anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya, rancangan bersepadu yang membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan prasarana untuk membendung gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. Ini termasuklah rumah berbilik tiga untuk keselesaan penduduk, sama ada yang berpendapatan rendah ataupun yang sebaliknya di samping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk pesalah sumbang mahram dan juga undang-undang untuk melindungi mangsa. No comments

GANGSTERISME
Tuesday, December 22, 2009 8:26:33 AM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRESS DENGAN EGENIUS

Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol. A. Sejarah Awal Gengsterisme Penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia. Migrasi masyarakat Cina terutamanya dari wilayah Kwantung dan Fukian akibat keadaan politik serta pernah menyertai aktiviti penggulingan Dinasti Manchu menyebabkan Malaya turut diresapi aktiviti ini. Mereka yang paling aktif adalah dari kumpulan Ang Bin Hoay yang cuba mendapatkan ahli melalui sistem Kapitan iaitu menyatukan ahli untuk memastikan kepentingan mereka terpelihara. Aktiviti kumpulan-kumpulan ini tidak lagi berpusatkan kepada memelihara kepentingan ahli semata-mata tetapi mula melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan bersifat jenayah seperti mencuri, membunuh dan mengancam keselamatan orang ramai untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai kumpulan berpengaruh. Dalam kalangan masyarakat India pula, pelabelan istilah geng bermula sejak tahun 1960-an apabila ramai remaja India mula terlibat dengan aktiviti yang menjurus kepada jenayah terutama dengan pengaruh dari kumpulan etnik Cina. Ada kumpulan yang menyamai aktiviti ini seperti mendapatkan wang perlindungan manakala ada pula yang bergaduh semata-mata kerana isu wanita. Pada tahun 2000, 459 daripada 1560 buah sekolah menengah berhadapan dengan pelajar berisiko terlibat dengan gengsterisme. B. Faktor Penyebab Gengsterisme

a) Institusi Kekeluargaan Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja. Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan. b) Pengaruh Rakan-Rakan Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.

c) Kekuatan Diri Sendiri Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit di dalam gengsterisme. Mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka. Desakan keluarga dan kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa. Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti di kalangan mereka sendiri berbanding dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha. Ketiadaan role model yang sesuai juga dianggap faktor pendorong pembabitan mereka di dalam gengsterisme. d) Kesan Persekitaran

Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gengsterisme.

e) Media Massa Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi role model bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

f) Sekolah Sungguhpun sekolah bukan punca yang menyebabkan gengsterisme, tetapi sekolah boleh menjadi tempat pertemuan ketua dan ahli-ahli kumpulan ketika sebelum kelas bermula, masa rehat, masa selepas persekolahan atau ketika pelajar ponteng kelas. g) Didikan Agama Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini. C. Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurangkurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali. Antaranya:

a) Peranan Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif di dalam aktivit di antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka, terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga di sekolah. b) Peranan Sekolah Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya. c) Peranan Masyarakat Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar. d) Peranan Kerajaan

Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko. e) Peranan Media Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton role model yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka. No comments

MASALAH SEKS SEBELUM NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA


Tuesday, December 22, 2009 1:20:16 AM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRESS DENGAN EGENIUS

A. Senario Seks Sebelum Nikah di Malaysia Fokus terhadap aktiviti seksual remaja penting kerana tingkah laku dan pengalaman seksual, terutamanya pengalaman seksual yang awal didapati berhubung kait dengan tingkah laku seksual yang lebih berisiko dan masalah-masalah psikososial yang lain, contohnya, STD dan kehamilan yang tidak dirancang. Inisiasi seksual awal (melakukan seks pada usia yang terlalu muda) juga didapati berhubung kait dengan cara gaya hidup dewasa yang kurang matang. Ia juga merupakan indikator yang penting bagi tingkah laku berisiko yang berpanjangan. Kesemua alasan ini, ditambah lagi dengan kenyataan bahawa golongan remaja yang merupakan 20% dari jumlah penduduk dunia, akan memberi impak yang besar terhadap pertumbuhan penduduk dunia pada masa depan adalah alasan-alasan yang kukuh untuk dilakukan kajian tentang setakat mana pengetahuan remaja tentang seks. Maklumat tentang perkara ini juga signifikan untuk pembuatan polisi-polisi psikososial yang sesuai dan relevan untuk membantu dan membimbing para remaja menjalani hidup yang sihat.

Satu kajian telah dijalankan di Malaysia pada tahun 1992 mendapati 52% remaja yang berumur antara 17-24 tahun telah mempunyai lebih dari satu pasangan seks dan separuh daripada mereka telah melakukan seks di luar nikah (Kajian Kesihatan dan Cara Gaya Hidup, Kementerian Kesihatan 1992). Satu lagi kajian telah dijalankan pada akhir tahun 1996 ke atas 30, 233 orang pelajar sekolah menengah (Umur di antar 13-18 tahun) yang mendapati 1.8% remaja telah melakukan seks (Second National Health and Morbidity Survey, Kementerian Kesihatan 1997). 40 % remaja yang berumur antara 13-19 tahun mula dating ketika berumur antara 13 dan 15 tahun. Apabila mencapai umur 18 tahun, 84% telah mula berpegang tangan, 85% telah berkucup dan 83% telah bercumbu (Lembaga Penduduk dan Keluarga Kebangsaan, 1996). Jelasnya kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa peratusan remaja yang melakukan seks sebelum nikah pada usia yang muda telah meningkat di negara kita.

B. Takat Keagamaan atau Relegiositi Remaja yang tidak menganuti apa-apa agama merupakan golongan yang paling cenderung melakukan hubungan seks dan remaja yang melakukan seks pada umur yang sangat muda didapati kurang religios dah lebih toleran terhadap devian. Kajian-kajian psikologi yang lepas

juga telah menunjukkan remaja yang religios atau alim kurang cenderung menjadi aktif dari segi tingkah laku seks (lees sexually active). Banyak juga kajian-kajian di barat yang telah melaporkan sering pergi ke gereja dan kuat agama adalah faktor penting dalam membentuk sikap terhadap seks. Hujah-hujah politik dan moral sering mengatakan hakisan nilai-nilai adalah punca utama kepada trend remaja mula mengadakan seks pada umur yang masih muda. Hujah ini mengatakan menjauhkan diri dari agama dan tuhan (detachment from religion) dan nilai moral yang rendah adalah sebab utama kenapa remaja-remaja melakukan seks terlalu awal. Majoriti orang melayu (65%) adalah beragama Islam tetapi malangnya inisiasi seks ketika usia masih terlalu muda sangat nyata dan secara perlahan-lahan meningkat. Sekuat mana kepercayaan remaja Islam yang seks sebelum nikah itu satu dosa? Adakah kepercayaan-kepercayaan ini tergambar dalam tingkah laku mereka? Adakah dengan mempunyai takat relegiositi yang tinggi akan menghalang remaja dari melakukan seks sebelum nikah?

C. Rangsangan Seksual Sebahagian remaja perempuan menjadikan cinta sebagai sebab utama mereka menjadi aktif seks. Aktiviti heretoseksual dikebanyakan negara barat didapati berhubung kait dengan cinta, intimasi dan untuk jadi rapat dengan orang lain. Remaja melihat cinta sebagai faktor yang menghalalkan aktiviti seks dan memperspeksikan aktiviti seks satu luahan atau ekspresi cinta. Pada zaman dahulu, hukuman kepada seks sebelum nikah ialah remaja yang telibat diusir dari kampung malah dipinggirkan oleh masyarakat dan dikutuk oleh agama. Bukan sahaja remaja, ibu bapanya juga akan menanggung malu dan menghadapi konsekuan psikososial seperti dipulau oleh orang kampung. Dalam kajian yang dibuat oleh Jas Laile Suzana Jaafar terhadap 115 orang remaja Melayu (13-20 tahun) di Kuala Lumpur mendapati 43% remaja melaporkan yang mereka mula dating ketika berumur 13-15 tahun dan 36% ketika mereka berumur 16-17 tahun. 44% memberitahu mereka mula belajar tentang seks dari kawan-kawan, 35% dari VCD, 29% dari teman wanita atau lelaki dan 27% dari majalah-majalah berunsur lucah (lihat Jadual 1). Dari segi peratusan menurut jantina, remaja lelaki paling banyak melaporkan belajar dari kawan (46%), manakala remaja perempuan paling banyak melaporkan dari teman lelaki (46%). D. Sebab-sebab Melakukan Seks

75% remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin tahu dan ingin merasa seks, 71% lakukan seks kerana sudah terangsang, 64% mahukan pengalaman seks, 61% ingin membuktikan rasa cinta dan 58% ingin memuaskan kehendak pasangan. Dari segi peratusan menurut jantina, remaja lelaki lebih banyak mengatakan ingin tahu dan sudah terangsang sebagai alasan melakukan seks (38% bagi kedua-duanya), manakala remaja perempuan mengatakan sebagai bukti cinta (17%).Terdapat dua perbezaan signifikan di antara remaja lelaki dan perempuan. Perbezaan yang pertama ialah menyentuh soal melakukan seks kerana sudah terangsang. Didapati lebih ramai remaja lelaki yang melaporkan alasan ini untuk tingkah laku melakukan seks berbanding dengan remaja perempuan. Satu lagi perbezaan yang signifikan ialah mahukan pengalaman seks di mana remaja lelaki banyak melaporkan sebab ini bagi tingkah laku seks mereka berbanding dengan remaja perempuan.

E. Kesimpulan Walaupun remaja Melayu secara umumnya dilihat sebagai lebih konservatif dari segi seks berbanding dengan Barat dan terikat pada nilai-nilai agama dan adat-adat yang secara relatifnya ketat, kes-kes seks sebelum nikah masih berlaku. Dating ketika usia masih muda dan mempunyai hubungan yang agak stabil telah didapati berhubung kait dengan aktiviti seksual dan mempunyai teman lelaki atau perempuan menawarkan dan mewujudkan satu tekanan kepada remaja untuk melakukan seks. Dating menawarkan satu laluan bagi aktiviti seksual dan apabila satu-satu hubungan dating telah menjadi stabil, transisi yang pesat dari hubungan yang bersifat casual ke hubungan seksual akan berlaku. Teman lelaki atau perempuan adalah faktor peramal (predictor) yang signifikan dalam menentukan aktiviti seks remaja. Para remaja memerlukan bimbingan dalam memperkembangkan hubungan peribadi yang akrab (close personal relationships) dengan rakan-rakan dari jantina yang berlawanan. Remaja lelaki didapati lebih belajar seks dari kawankawan, manakala remaja perempuan dari teman lelaki mereka. Remaja yang kuat agama kurang cenderung untuk melakukan hubungan seks dan remaja yang mula melakukan seks sejak usia yang muda cenderung untuk tidak berminat dengan agama. Aspek rangsangan memainkan peranan penting walaupun remaja percaya kepada balasan Allah s.w.t, rangsangan teman lelaki, kawan, VCD lucah, internet dan cinta telah mengatasi kepercayaan mereka.

Elemen-elemen penting dalam pendidikan Islam iaitu pendidikan keimanan, akhlak dan mewujudkan suasana yang baik yang boleh mendorong kepada perlakuan baik dan menghalang suasana-suasana yang boleh merangsang kepada seks adalah perkara-perkara asas yang paling penting dalam menjauhi remaja daripada seks sebelum nikah. Jika pendidikan iman dan akhlak sahaja ditekankan tetapi perkara yang merangsangkan seks tidak dibuang, maka mustahil sesuatu pendidikan itu akan berjaya kerana yang merangsangkan itu akan mencemarkan didikan yang diberikan. No comments

MASALAH MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA


Monday, December 21, 2009 5:47:36 AM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRESS DENGAN EGENIUS

Di seluruh dunia, 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus. Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa. Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan percubaan pertamanya. Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak mencuba. Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama dengan ketagihan heroin dan kokain. Jika dilihat, sangat sedikit remaja yang berjaya meninggalkan tabiat merokok apabila mereka telah mula merokok. Disebabkan inilah kita akan mendapati tidak ramai perokok tetap mula merokok di usia dewasa.

Terdapat tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. Peringkatperingkat tersebut ialah permulaan (initiation), penggunaan bermasalah (problem use) dan pergantungan (dependency). Peringkat yang pertama iaitu permulaan, merujuk kepada faktorfaktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok. Faktor-faktornya termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat perokok di kalangan ahli keluarga, sama ada ibu bapa atau adik-beradik dan terdapat perokok di kalangan rakan sebaya. Pada peringkat permulaan, remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai.

Isu rupa fizikal juga memainkan peranan apabila terdapat remaja perempuan yang percaya dengan merokok mereka dapat kekal langsing. Pengaruh media, artis dan filem juga berperanan dalam peringkat pertama ini. Remaja akan terdorong untuk merokok, apabila media menggambarkan tingkah laku tersebut sebagai satu tingkah laku yang bergaya dan sebagai ekspresi penentangan jiwa mereka. Peringkat permulaan merokok ini kemudiannya akan membawa kepada peringkat ketagihan, apabila remaja merasakan merokok dapat memberi kelegaan dan menenangkan diri mereka. Peringkat kedua, iaitu penggunaan bermasalah merujuk kepada keadaan remaja yang akan merokok apabila mereka bersama rakan-rakan atau ketika mereka bosan dan gelisah. Lamakelamaan, tingkah laku merokok ini terus akan menjadi tabiat yang tidak dapat dibuang. Peringkat pergantungan bermula apabila remaja yang merokok merasakan tingkah laku tersebut sebagai satu keseronokan. Namun begitu, akhirnya nikotin bertindak sebagai cara untuk remaja berhadapan dengan tekanan dan masalah seharian. Remaja yang ketagihan nikotin akan mencari rokok sebagai satu cara mereka melepaskan rasa rungsing dan kebimbangan. Apabila berada di peringkat ini, remaja sebenarnya sudah mengalami ketagihan nikotin, yang menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan murung sekiranya mereka tidak merokok.

Kecenderungan remaja untuk merokok atau tidak merokok adalah berdasarkan kekerapan dan jangka masa mereka berhubungan dengan individu yang merokok. Hubungan yang lebih rapat dan lebih lama yang muncul dalam diri remaja adalah sangat penting dalam proses pembelajaran sosial. Untuk itulah, keluarga dan rakan-rakan berada dalam kategori utama yang boleh mempengaruhi tingkah laku remaja seperti merokok. Remaja yang merokok mungkin berasa lebih yakin dengan diri mereka atau merasa lebih disukai oleh orang lain disebabkan oleh tingkah laku tersebut. Sekiranya tidak ada kawalan, sekatan dan hukuman kepada tingkah laku merokok, pola tingkah laku merokok ini akan kekal dan penglibatan seseorang dalam tingkah laku merokok ini akan menjadi lebih serius. Konsep kendiri yang dibina oleh remaja dalam diri mereka adalah penting dalam menentukan identiti sosial dan kumpulan. Lalu ia membawa kepada kecenderungan untuk mempunyai tingkah laku yang sama di kalangan remaja dalam satu kumpulan. Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang kepada identiti kumpulan mereka. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat penting dalam menentukan identiti sosial kumpulan, maka ahli-ahli sesebuah kumpulan selalunya akan berkongsi tingkah laku yang sama. Ideanya ialah akan terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan merokok dan tidak merokok. Proses sosialisasi mempengaruhi pembentukan tingkah laku dan personaliti remaja. Proses ini membolehkan seseorang itu mengenal diri sendiri dan mempelajari apa yang dipercayai oleh orang lain di sekelilingnya, dan mempelajari bagaimanakah cara bertingkah laku yang bersesuaian (Musgrave, 1988). Melalui proses inilah, individu belajar tentang nilai dan norma dalam budaya. Individu akan terdorong untuk mengikuti perkara-perkara yang dianjurkan oleh budaya masyarakat di sekeilingnya. Sosialisasi juga membolehkan individu mengenal dirinya dan belajar menempatkan dirinya dalam masyarakat. Keluarga dan rakan-rakan merupakan dua kumpulan agen sosialisasi terpenting selain sekolah dan media. Sebagai agen sosialisasi, keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkah laku dan kendiri seseorang remaja. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama bermula dari awal kelahiran sehinggalah seseorang itu dewasa. Apabila seseorang itu meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja, pengaruh ibu bapa sebagai agen sosialisasi mula diganti dengan peranan rakan-rakan. Rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja berkongsi interaksi sosial dan mengatasi ketakutan, kekeliruan dan masalah. Selain itu, rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja bersama-sama cuba untuk keluar daripada kawalan orang dewasa dan peraturan-peraturan. Pengaruh keluarga dalam menentukan tingkah laku merokok telah menarik minat ramai pengkaji-pengkaji isu sosial. Terdapat banyak kajian yang menyatakan hubungan antara tingkah laku merokok dengan faktor keluarga. Kajian mendapati tingkah laku merokok di kalangan adik beradik yang lebih tua mendorong remaja untuk turut sama merokok. Sebagai agen sosialisasi utama, tingkah laku ahli keluarga terutamanya ibu bapa menjadi contoh dan ikutan oleh anakanak. Ibu atau bapa yang merokok memberi gambaran awal kepada anak-anak bahawa tingkah laku tersebut adalah sebahagian daripada norma yang biasa dalam keluarga. Apabila tingkah laku tersebut dilihat sebagai norma dan kebiasaan, maka anak-anak akan menjadi lebih cenderung untuk turut serta.

Jika tingkah laku merokok oleh ahli keluarga menjadi ikutan oleh remaja kerana kebiasaan melihat tingkah laku tersebut seharian, pengaruh oleh rakan-rakan pula lebih menjurus kepada tekanan. Walaupun tidak dipaksa secara langsung oleh rakan-rakan untuk merokok, remaja sebenarnya berasa tertekan untuk turut merokok sekiranya rakan-rakan di sekeliling mereka adalah perokok. Dalam hal ini, remaja merokok disebabkan mereka mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan, dan untuk mengelakkan mereka daripada tersisih. Dengan turut sama merokok, remaja memperolehi pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan. Tingkah laku merokok di kalangan remaja juga membuatkan remaja berasa memperoleh kebebasan dan autonomi. Tekanan lain yang turut dihadapi oleh remaja agar menghisap rokok juga berlaku secara langsung. Remaja sering berhadapan dengan rakan-rakan yang akan menggalakkan mereka agar mencuba merokok. Remaja mungkin akan dipaksa dan juga diusik sekiranya enggan berbuat demikian. Kedua-dua agen ini memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk tingkah laku dan tabiat merokok di kalangan remaja. Remaja bukanlah satu entiti yang berasingan dengan kedua agen ini, sebaliknya ia saling mempengaruhi.

Sebenarnya agen sosialisasi yang kedua iaitu rakan-rakan, juga sebenarnya bermula dengan peranan keluarga. Rakan sebaya ini juga mempunyai keluarga dan dipengaruhi oleh tingkah laku keluarga mereka. Kedua-dua agen ini seolah-olah berantai dan saling mempengaruhi. Keluarga berperanan mengawal pemilihan rakan sebaya anak-anak. Keluarga yang sensitif akan cenderung untuk mengenali rakan sebaya remaja dan boleh mempengaruhi keputusan remaja untuk memilih rakan mereka. Untuk mengawal atau mengelakkan remaja merokok, ibu bapa berperanan mengenal pasti sama ada anak-anak mereka berkawan dengan golongan yang merokok ataupun tidak. Seseorang yang telah membentuk tabiat merokok pada usia yang muda akan mempunyai tahap ketagihan nikotin yang lebih serius berbanding dengan mereka yang bermula merokok pada usia yang lebih tua. Tingkah laku merokok yang kerap di kalangan remaja akan membawa kepada masalah kesihatan semasa dan juga kelak apabila dewasa. Tabiat merokok seawal usia remaja

akan mengurangkan kadar tumbesaran paru-paru untuk berfungsi pada kadar maksimum. Remaja yang merokok juga mempunyai kadar kecergasan yang lebih rendah berbanding dengan remaja yang tidak merokok. Tahap kecergasan seseorang perokok itu adalah berkadar langsung dengan jangka masa dan kekerapan merokok. Remaja yang merokok akan sering mengalami sesak nafas, batuk, pitam, berkahak dan secara keseluruhannya mempunyai tahap kesihatan yang rendah. Selain dari itu, penglibatan awal remaja dalam tingkah laku merokok juga berkait dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan kepada kadar kolesterol. Jika tingkah laku merokok berlarutan sehingga dewasa, tabiat ini akan meningkatkan risiko pembentukan awal penyakit kardiovaskular. Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti merokok. Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja untuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima dalam masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kempen anti merokok sejak tahun 2000 lagi. Jadual Perbelanjaan Kempen Anti Merokok oleh Kerajaan, 2000-2003 Tahun RM 2000 RM 70,000 2001 RM 94,000 2002 RM 88,000 2003 RM 80,000 Jumlah RM 332,000 Sumber: Bernama, 22 September 2004. Sebagaimana kerajaan melihat kepentingan menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kempen anti merokok, industri tembakau pula sebaliknya terlebih dahulu telah melihat kepentingan golongan ini dalam usaha mengukuhkan pasaran mereka. Untuk itu, kita sering melihat promosi demi promosi oleh industri ini yang dibuat dalam persekitaran sosial yang digemari oleh remaja. Sebagai contoh, memberi tajaan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan di pusat-pusat hiburan. Perkara sebeginilah yang menyebabkan golongan remaja memberi gambaran yang positif kepada tingkah laku merokok ini. Golongan remaja merupakan pasaran utama kepada produk tembakau. Ini berkaitan dengan percubaan awal merokok bermula pada usia awal remaja. Golongan kanakkanak dan remaja terus-terusan didedahkan dengan kaedah pemasaran oleh syarikat-syarikat tembakau yang mampu mempengaruhi tingkah laku remaja. Kaedah pengiklanan yang mempromosikan gaya hidup bergaya misalnya mampu menggalakkan remaja berkeinginan untuk turut serta. Para remaja sering mengaitkan diri mereka sebagai perokok sosial yakni mereka merokok untuk mendapat tempat dalam persekitaran sosial mereka dan tidak percaya bahawa mereka sebenarnya

telah ketagih kepada rokok. Ini telah memudahkan lagi promosi pasaran tembakau kerana remaja mengaitkannya dengan cara bersosial, bukannya sebagai satu bentuk ketagihan yang berbahaya dan perlu dijauhi.

Isu merokok di kalangan remaja bukanlah satu isu kelompok tertentu atau dalam jangka masa tertentu sahaja. Kempen yang berterusan mungkin dapat membantu usaha mengurangkan jumlah perokok remaja sementara kawalan dan penguatkuasaan secara fizikalnya menyukarkan remaja untuk mendapatkan bekalan rokok. Namun, perkara ini bukanlah petunjuk yang kukuh kepada perubahan sikap dan definisi yang diberikan oleh remaja kepada tingkah laku merokok. Perkara utama yang penting untuk diusahakan ialah perubahan kepada definisi yang diberikan oleh remaja terhadap tingkah laku tersebut. Perubahan definisi merokok sebagai diterima secara sosial perlu bermula dengan pendidikan. Pendidikan ini merangkumi kesedaran kepentingan kehidupan yang berkualiti, bebas daripada sebarang bentuk ketagihan. Perlu ditanam dalam diri remaja bermula dari keluarga bahawa kebolehan untuk tidak terlibat atau meninggalkan tabiat merokok sebagai sesuatu yang membanggakan. Cabarannya ialah untuk membolehkan remaja mendefinisikan tingkah laku tidak merokok sebagai keupayaan mereka untuk memilih gaya hidup. Remaja perlu dibakar semangat mereka bagi meyakinkan mereka, di usia yang muda mereka sudah boleh memilih gaya hidup yang berkualiti dan tidak tunduk dengan tekanan dan

pengaruh. Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja untuk tidak terlibat dengan tabiat merokok, sangat bergantung dengan pendekatan dan tingkah laku seharian isi rumah. Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah. Keluarga perlu mempunyai maklumat dan kesedaran tentang bahaya merokok dan melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif budaya dan kesihatan. No comments 1 2 Next

Karangan Bahasa Melayu

Blog search

Photos

Friends (42)

nuar95

greatNiaa

Spys89

theyullia

nnha

Amisofie2

Show all friends

Shoutbox

budax comey 2011-09-16 11:36:57 Karangan Bahasa melayu ny best la .. bnyak bnd kta lh plajari n tuk kta thu ... :)

ruzain 2011-02-01 00:29:38 renaja pemacu kejayaan..

ruzain 2011-02-01 00:29:21 tajuk

ruzain 2011-02-01 00:29:13 tatuk..

ruzain 2011-02-01 00:28:50 cmne bwat pidato

ruzain 2011-02-01 00:28:34 bley tlg x

Latest comments

samseng kimaknya sya mahu cari karangan kepentingan/kebaikan membeli ...

Karangan Bahasa Melayu bagus tu...banyakkan membaca bahan-bahan yang baik seperti D ...

harjit kaur saya minat bm tapi kadang kadang macam boring so ......luv p ... February 2012 M T W T F S S January 2012March 2012 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29

Tags

AKHLAK buli cintailah sungai kita diet seimbang Esei FAKTOR PEMBUANGAN BAYI Gejala sosial islam islam sebagai penyelesaian jerebu Karangan kebakan den keburukan internet kegemukan lepak makanan seimbang masalah remaja MASALAH SOSIAL MENANGANI PEMBUANGAN BAYI merokok PEMBUANGAN BAYI

Recent visitors

truckengines

cikbunga kiday

minialirahim nisa44

budaksamseng

MASALAH MEROKOK
Sunday, December 20, 2009 12:34:53 PM

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN,KURANGKAN STRESS DENGAN E-GENIUS

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian. setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit. Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok. Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok. 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia. Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik. Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan. Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang. 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok. Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok. 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok. Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok. Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun. Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung). Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun. Perspektif Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit

yang berpunca dari ketagihan rokok. Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara. Tabiat merokok adalah satu penagihan Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan JulaiOgos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanakkanak tidak kerap merokok. Dipetik daripada laman web Bhg. Pendidikan, Kementerian Kesihatan malaysia http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php No comments

MASALAH GEJALA SOSIAL


Saturday, December 19, 2009 1:20:20 AM Gejala sosial

MASALAH GEJALA SOSIAL Antara gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah ponteng sekolah dan kelas, merosakkan harta benda sekolah dan awam, merokok, mencuri, buli, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, rempit, pergaulan bebas, melihat atau menonton bahan lucah, seks luar nikah, pelacuran, pembuangan bayi dan telah sampai ke peringkat membunuh. Di samping itu terdapat juga gejala sosial dalam aspek meninggalkan atau tidak memahami ajaran agama seperti tidak solat, tidak berpuasa, tidak tahu mengangkat hadas besar, tidak tahu membaca al-Quran dan sebagainya. A. Latar Belakang Gejala Sosial di Malaysia Pada tahun 1960-an, negara dikatakan masih baru menerima kemerdekaan dan isu-isu sosial remaja sangat jarang diperkatakan. Namun, perhimpunan golongan hipi di Woodstock, Amerika Syarikat sekitar tahun 1969 secara tidak langsung memulakan satu lembaran baru dalam episod kehidupan remaja di Malaysia dan isu pergolakan sosial remaja mula muncul di negara ini pada tahun tersebut. Pengaliran budaya tersebut ke negara ini telah memberi impak yang negatif kepada masyarakat Malaysia kerana kehidupan mereka sering kali dikaitkan dengan masalah dadah. Ini disebabkan pengikut budaya hipi dan penagihan dadah dikatakan agak sinonim kemunculan kumpulan muzik yang memuja dadah dalam nyanyian mereka seperti Rolling Stone merangsangkan lagi pertumbuhan masalah dadah di kalangan remaja di Malaysia. Malah, salah satu nama simbolik untuk dadah yang selalu digunakan oleh remaja pada masa tersebut adalah stone. Penularan budaya hipi terutama dalam kalangan remaja Bandar pada penghujung tahun 1960-an jadi merebak sehingga awal tahun 1970-an. Budaya ini amat jauh bertentangan dengan norma kehidupan yang dipraktikkan oleh masyarakat timur. Budaya hipi juga dikatakan sebagai penjajahan mental remaja manusia supaya terus terikat dengan budaya

kolonial yang dibawa sebelum ini. Bersama-sama dengan pengaruh hipi, masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja mula menyerang negara sehingga kerajaan mengambil langkah untuk mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Malah, peperangan ke atas musuh utama ini masih berjalan sehingga sekarang. Pada pertengahan tahun 1970-an, masalah penagihan dadah yang tidak pernah berkurangan ditambah pula dengan masalah penagihan alkohol. Kemelesetan ekonomi dunia yang menyebabkan kadar pengangguran dan kemiskinan penduduk meningkat. Kesannya, ramai remaja melepak di kompleks membeli-belah sambil mendengar lagu irama rock dan berimej punk dan Mohican . Budaya ini menjadi kegilaan remaja pada masa itu sebagai langkah melarikan diri daripada realiti kehidupan sebenar yang perlu mereka tempuhi. Imej devian yang dibawa oleh remaja yang berkumpul secara beramai-ramai tanpa hala yang pasti itu merupakan satu proses penyesuaian diri dengan pengaruh muzik yang mereka dengar dan dianggap up to date. Fenomena tersebut juga dikenali sebagai budaya lepak dan ia menjadi satu masalah sosial negara yang menarik perhatian kerajaan untuk bertindak tegas kepada golongan remaja terbabit. Pada pertengahan tahun 1980-an pula, Pelan Induk Perindustrian Negara Pertama diperkenalkan dan Dasar Pensyarikatan serta Penswastaan dilaksanakan. Kepesatan pembangunan perindustrian negara menyebabkan berlakunya migrasi golongan muda dari kawasan luar bandar ke bandar untuk memenuhi permintaan tenaga buruh di sektor tersebut. Seiringan dengan itu masalah bohsia dan bohjan atau kegiatan seks bebas dalam kalangan remaja mula dihadapi oleh negara. Ketika itu juga, masalah penagihan dadah bentuk baru seperti menghidu gam dan petrol serta penggunaan ubat batuk secara berlebihan bermula. Walaupun ketiga-tiga jenis bahan rangsangan tersebut bukanlah jenis dadah yang sebenar tetapi tujuan penggunaannya adalah sama iaitu untuk menjadikan diri berada dalam keadaan khayal. Ia digemari oleh remaja kerana harganya murah dan mudah didapati. Penggunaan bahan ransangan seperti gam dan ubat batuk itu tadi secara langsung mengikat diri remaja untuk mencuba dadahdadah lain yang lebih berat dan berbahaya seperti ganja (ia juga dikenali sebagai dam, pot, stone, sayur dan tahi kambing), heroin (juga dikenali sebagai chok, tepung, teh dan fit) dan morfin (atau dipanggil quenn, dragon dan serbuk). Pada awal tahun 1990, kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional sebagai ganti kepada Dasar Ekonomi Baru serta menjadikan Wawasan 2020 sebagai pemacu pembangunan negara untuk menjadi sebuah negara maju. Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika paling tinggi. Walau bagaimanapun, ketika kerajaan melancarkan matlamat ini masalah pembungan bayi sedang hebat berlaku di Malaysia. Ia berpunca daripada kegiatan bohsia dan bohjan yang wujud pada pertengahan tahun 1980-an dahulu yang mengamalkan seks bebas tanpa batasan. Remaja pada peringkat umur yang terlalu muda dan terlanjur mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah malu dan takut mereka dengan membuang anak sendiri di tempat pelupusan sampah, sungai, semak, kawasan pembinaan dan sebagainya. Namun, sehingga pertengahan tahun 1990-an, fenomena kegiatan seks bebas dan pembuangan bayi di kalangan remaja masih berlarutan. Dalam tahun 1991-1996, sejumlah 278 kes telah direkodkan. Peningkatan yang ketara sebanyak 90 peratus dikenal pasti berlaku khususnya sepanjang tempoh tahun 1994, 1995 dan 1996. Kemakmuran pertumbuhan ekonomi negara ketika itu dikatakan penyebab utama fenomena ini

berlaku. Kenyataan tersebut tidak terlalu prejudis atau dibuat secara semberono tetapi mempunyai asas yang kukuh dan ada kewajarannya memandangkan bentuk keluarga tradisional telah bertukar kepada keluarga nukleas di bandar dan kaum wanita mulai memasuki pasaran kerja secara beramai-ramai menyebabkan ikatan kekeluargaan semakin longgar. Pada masa yang sama, anak-anak remaja kehilangan perhatian dan tumpuan yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa. Malah, Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-7) dengan jelas mengaitkan fenomena sosial remaja ini dengan faktor seperti kepesatan perbandaran, kemajuan perindustrian dan penghijrahan penduduk. Pada tahun 1996, Pelan Induk Perindustrian Negara Kedua serta RM-7 dilancarkan dan masalah kegiatan seks bebas remaja diganti pula dengan aktiviti pelacuran bawah umur. Selain itu, penagihan dadah berbentuk pil psikotik atau pil khayal seperti amphetamine, extacy dan syabu turut dikesan dalam kehidupan sosial remaja. Walhal, RM-7 sendiri meletakkan matlamat menangani gejala sosial di kalangan remaja sebagai satu rangka dasar penting yang mesti yang mesti dilaksanakan kerajaan. Sebelum ini, tidak pernah ada satu pun rancangan Malaysia yang dibuat menyentuh secara spesifik tentang perkara menangani masalah sosial. Rangka dasar bagi menangani masalah sosial yang terkandung dalam RM-7 dinyatakan seperti berikut: "Kemajuan perindustrian dan peningkatan pembandaran serta penghijrahan luar bandar ke bandar telah mengakibatkan berlakunya peningkatan tingkah laku sosial yang negatif. Masalah sosial seperti penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, lepak, jenayah juvana, gaya hidup yang tidak sihat serta ketegangan dalam keluarga telah mula timbul. Dalam tahun 1994, 17 600 kes penagihan dadah; 8938 kes AIDS; 871 kes penderaan kanak-kanak dan 4774 kes lari dari rumah telah dilaporkan. Dengan mengambil kira kes yang tidak dilaporkan, situasi ini mungkin lebih teruk dan masalah ini boleh merosakkan moral generasi akan datang jika langkah tidak diambil untuk mengatasinya. Dalam konteks ini, kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa peringkat tinggi antara agensi untuk menggubal dasar dan program bagi meningkatkan lagi pembangunan sosial dan keluarga. Sokongan institusi akan dikaji semula bagi membolehkan tumpuan yang lebih besar dan penyelarasan program pencegahan dan pemulihan bagi kumpulan sasaran khusus seperti kanak-kanak, belia dan ibu bapa. Pendidikan agama dan moral akan dipergiatkan bagi memupuk tingkah laku yang baik dan menggalakkan gaya hidup sihat". Sehubungan itu, pemberian seks secara percuma oleh gadis-gadis remaja yang bergelar bohsia melalui pergaulan bebas didapati tidak lagi diamalkan memandangkan kepesatan pembangunan ekonomi negara menuntut mereka menghargai kehidupan melalui penampilan gaya hidup yang lebih mewah. Oleh yang demikian, seks bebas yang bertujuan untuk keseronokan tadi bertukar kepada perkhidmatan seks berbayar dan mereka secara langsung bergelar bohsia berbayar atau dalam kajian pelacuran dikenali sebagai pelacur meskipun mereka masih di bawah umur. Kegawatan ekonomi yang melanda negara semenjak pertengahan tahun 1997 menjadikan aktiviti pelacuran remaja semakin meningkat sehingga ke hari ini. Dari tahun 1989-1999, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan jumlah tangkapan gadis pelacur tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Gadis daripada etnik Cina dan Melayu didapati paling ramai melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran di Malaysia. Kajian yang dibuat oleh Lukman Z. Mohamad dan Zuriana Zahrin terhadap 60 orang gadis remaja bawah 21 tahun yang ditahan di pusat pemulihan akhlak kerana kesalahan melacurkan diri mendapati sebahagian besar remaja yang menjadi pelacur (85.0%) berada dalam lingkungan

15-20 tahun. Namun, terdapat segelintir mereka (13.3%) yang berusia 12-14 tahun. Situasi sebegini amat memeranjatkan kerana pada usia yang begitu muda mereka berani mengambil risiko yang tinggi dalam usaha mengejar kemewahan hidup. Pada penghujung 1990-an Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang dan begitu pesat di Malaysia. Internet telah semakin banyak dipasang dan digunakan di rumah-rumah. Perkembangan internet walaupun banyak faedahnya daripada segi capaian ilmu pengetahuan dan komunikasi tetapi telah mendedahkan masyarakat kepada bahan pornografi atau lucah dan golongan remaja tidak terkecuali daripada menerima kesan buruk ini. Para remaja mengambil kesempatan untuk melayari laman-laman web lucah ketika ibu bapa tiada di rumah atau ketika ibu bapa mereka tidur. Bahkan di ketika ibu bapa sedang jaga pun masih ada yang melayarinya kerana banyak ibu bapa yang tidak mahir dengan komputer dan internet membolehkan para remaja berkenaan menggunakan cara hide windows ketika ibu bapa datang ke arah mereka. Keadaan ini ditambah buruk lagi dengan penjualan video cereka padat (VCD) lucah yang boleh dikatakan mudah didapati di bandar-bandar besar. Kini masalah ini semakin berleluasa di mana video-video lucah dengan mudah boleh dimuat turun daripada internet secara mudah. Dengan perkembangan teknologi telefon bimbit, kini, klip-klip gambar dan video lucah boleh dihantar melalui telefon bimbit. Keadaan ini telah menyebabkan penyebaran bahan-bahan lucah dalam kalangan remaja semakin sukar dikawal. Salah satu lagi yang membuka jalan kepada pendedahan terhadap info dan bahan-bahan lucah dalam kalangan remaja ialah aktiviti chatting melalui ruangan sembang maya. Remaja dapat bersembang dengan sesiapa sahaja tanpa terlebih dahulu mengenali orang berkenaan. Ini menyebabkan mereka tidak segan untuk bersembang tentang sebarang hal termasuklah yang berkaitan dengan seks. Ada yang disebabkan oleh rasa ingin tahu mengambil kesempatan untuk bertanya hal-hal seks kepada orang yang lebih berpengalaman. Ada kalanya mereka mendapat info tentang tentang seks dan laman web lucah daripada pengguna ruangan chatting yang nakal walaupun mereka tidak berniat untuk mencarinya. Hasil daripada chatting ada kalanya membawa kepada pertemuan antara pasangan yang pernah berchatting dan hal ini banyak berlaku dalam kalangan remaja. Akibatnya, ada remaja perempuan yang telah dirogol setelah bertemu dengan teman chatting dan ada yang melakukan hubungan seks setelah berkali-kali bersembang tentang seks dan melakukan cyber sex di ruangan chatting No comments Prev 1 2

Karangan Bahasa Melayu

Blog search

Photos

more from this album

Friends (42)

icelandfan

theyullia

farah8180

Aziesha

Kejora99

nurulaimithuray

Show all friends

Shoutbox

budax comey 2011-09-16 11:36:57 Karangan Bahasa melayu ny best la .. bnyak bnd kta lh plajari n tuk kta thu ... :)

ruzain 2011-02-01 00:29:38 renaja pemacu kejayaan..

ruzain 2011-02-01 00:29:21 tajuk

ruzain 2011-02-01 00:29:13

tatuk..

ruzain 2011-02-01 00:28:50 cmne bwat pidato

ruzain 2011-02-01 00:28:34 bley tlg x

Latest comments

samseng kimaknya sya mahu cari karangan kepentingan/kebaikan membeli ...

Karangan Bahasa Melayu bagus tu...banyakkan membaca bahan-bahan yang baik seperti D ...

harjit kaur saya minat bm tapi kadang kadang macam boring so ......luv p ... February 2012 M T W T F S S January 2012March 2012 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

M 13 20 27

February 2012 T W T F S S 14 15 16 17 18 19 21 22 23 24 25 26 28 29

Tags

AKHLAK buli cintailah sungai kita diet seimbang Esei FAKTOR PEMBUANGAN BAYI Gejala sosial islam islam sebagai penyelesaian jerebu Karangan kebakan den keburukan internet kegemukan lepak makanan seimbang masalah remaja MASALAH SOSIAL MENANGANI PEMBUANGAN BAYI merokok PEMBUANGAN BAYI

Recent visitors

truckengines

cikbunga

kiday minialirahim

nisa44 budaksamseng

You might also like