Professional Documents
Culture Documents
BBD 18002
Pendahuluan
Jika melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falasafah pendidikan era sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan.
1/36
era penjajahan
2/36
3/36
Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas. Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran.
4/36
Era Penjajahan
Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula menguasai negeri-negeri Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok, Sekolah Vernakular bagi etnik Cina dan India.
Sekolah aliran Melayu yang ditubuhkan oleh pihak penjajah menekankan kepada kurikulum asas, iaitu pelajaran membaca, mengarang, ejaan, menulis, ilmu kira-kira, ilmu alam dan latihan jasmani. Bentuk kemahiran asas yang diajar pula ialah perkebunan dan penternakan.
5/36
Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosioekonomi negara. Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza.
6/36
Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian. Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya
Laporan Barnes 1950 Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956 Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di negara kita.
7/36
Terdapat pelbagai peringkat pada pascamerdeka iaitu era 1957-1970, era 19711990, era 1991-2000 dan era 2001-2010.
8/36
DASAR PENDIDIKAN
Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957. Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah. Disemak semula pada thn 1960 yg menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
10/36
OBJEKTIF
BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg diisytiharkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 ialah utk menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat memenuhi keperluan negara & menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, & politiknya
11/36
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar yg utama; Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua; Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
12/36
2.
3.
4.
STRATEGI PELAKSANAAN
5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang & bersepadu; Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar @ pedalaman;
13/36
6.
7.
STRATEGI PELAKSANAAN
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd KBSM pada thn 1989; Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sek. vokasional pada tahun 1978;
9.
10. Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dlm bidang sastera gunaan & sains gunaan
14/36
STRATEGI PELAKSANAAN
11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral & disiplin; 12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa Cina & Bahasa Tamil; 13. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dll.
15/36
PENCAPAIAN SEMASA
Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu. Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam @ swasta. Mengurangkan kemiskinan bumiputra yg berpendidikan. terutamanya kaum
16/36
2.1 PERKEMBANGAN BARU HASIL DARIPADA PERSIDANGAN KAJIAN SEMULA PIPP 2009
Persidangan Kajian Semula PIPP anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan pada 19-22 Julai 2009. Tujuan utama persidangan ini adalah untuk mengenalpasti kesesuaian strategi pelaksanaan, pelan tindakan, aktiviti, indikator dan jangka masa yang ditetapkan sama ada perlu dikekalkan, dipinda atau digugurkan berdasarkan perkembangan dasardasar baru Kerajaan.
19/36
21/36
26/36
27/36
31/36
2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA [Saranan YAB Menteri Pelajaran Malaysia]
Mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan, berketerampilan, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan berinovatif. Melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurangkurang tiga quotient iaitu Intelectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar selaras dengan Pendidikan Untuk Semua (Education For All) yang disasarkan oleh UNESCO.
32/36
2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA [Saranan YAB Menteri Pelajaran Malaysia] (sam.)
Melakukan anjakan paradigma seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri :a) anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan; b) anjakan daripada budaya kesan nyata (output) kepada budaya keberhasilan (outcome); c) anjakan daripada birokrasi menyusahkan kepada birokrasi memudahkan; d) anjakan daripada produktivi semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi bagi melonjakkan kejayaan secara lonjakan berganda.
33/36
2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA [Saranan YAB Menteri Pelajaran Malaysia] (sam.)
Menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan generasi muda di sekolah sejak dari peringkat rendah. Menyisipkan unsur futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi. Mengkaji dan memurnikan perancangan sedia ada dalam PIPP dan perancangan pelan strategik untuk RMKe-10,dengan memberi tumpuan kepada merealisasikan Gagasan 1Malaysia.
34/36
35/36
36/36
4.0 RUMUSAN
Semua bahagian KPM diharapkan dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penyediaan PIPP RMKe-10. Usaha KPM diperlukan bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.