You are on page 1of 12

MODEL-MODEL REKABENTUK PENGAJARAN Model rekabentuk pengajaran ini member tumpuan kepada model yang berorientasikan bilik darjah,

model berorientasikan produk, dan model yang berorientasikan tasikan sistem. Model-model ini dapat membantu guru dalam merancang pengajaran ini. Model ini digunakan sebagai bahan sumber bagi melaksanakan kurikulum berkenaan. MODEL ADDIE. Model ini merupakan proses generic yang perlu diubah sebelum digunakan dan merupakan model asas kepada semua model rekabentuk pengajaran.Model ini mengandungi lima peringkat iaitu:
1. Analisis 2. Rekabentuk 3. Perkembangan 4. Pelaksanaan 5. Penilaian

Analysis Design Development Implementation Evaluation

Peringkat Analisis Pada peringkat ini pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada pada murid perlu dikenal pasti bagi memudahkan matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai panduan: a) Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka? b) Apakah hasil pembelajaran? c) Apakah pilihan strategi penyampaian? d) Berapakah tempoh pelaksanaan? Peringkat Reka Bentuk Dalam peringkat ini ianya lebih menekankan kepada objektif pembelajaran, alat taksiran, latihan, isi kandungan, perancangan pengajaran - pembelajaran dan pemilihan media. Ianya memerlukan persediaan awal dan lebih sistematis dan teliti. Peringkat Perkembangan

Pada peringkat ini pula ianya melibatkan pemilihan dan penyatuan isi kandungan dan teknologi. Ianya memerlukan proses ujian dan percubaan.hasil maklum balas daripada ujian dan percubaan ianya membantu dalam perperbaiki projek kepada yang lebih baik Peringkat Pelaksanaan Proses ini melibatkan prosedur latihan dibentuk. Latihan termasuk memahami kurikulum, hasil pembelajaran, penggunaan media, cara pencapaian dan proses penilaian bagi pengajaran. Jika ada pengunaan media pastikan ianya berfungsi dan boleh diguna pakai Peringkat Penilaian Peringkat ini merangkumi dua bahagian, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dilaksanakan sepanjang proses ADDIE pada setiap peringkat. Penilaian Sumatif diadakan dalam betuk ujian domain khusus dan ianya merupakan maklum balas daripada pihak pengguna atau pelajar. RAJAH MODEL ADDIE

MODEL HANNAFIN DAN PECK (1988) Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan. Fasa Analisis Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan. Fasa

ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan.Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Pelaksanaan dan Penilaian Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif. Fasa 1 Fasa3 Pembangunan dan perlaksanaan Penilaian dan pengulangan Analisis Keperluan Reka bentuk

Fasa 2

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan terhad. RAJAH HANIFIN (1988) MODEL DAN PECK sasaran yang

MODEL REKA BENTUK RAPID PROTYPING (1998) Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu bentuk model pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.

Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas perisian sebenar.

RAJAH MODEL REKA BENTUK RAPID PROTYPING (1998)

REKA BENTUK PENGAJARAN (KEMP, MORRISON DAN ROSS) Rekabentuk pengajaran adalah suatu proses membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Dalam reka bentuk pengajaran kemp, Morrison and ross terdapat 2 bujur luaran yang menunjukkan pembetulan dan penambahbaikan sentiasa berlaku, kesemua eleman dalam sistematik untuk mereka bentuk,

reka bentuk pengajaran tidak bergantung antara satu sama lain dan kesemua elemaan boleh dijalankan serentak. Berorientasikan bilik darjah, dimana ia bertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kualiti kandungan pengajaran dan mempunyai beberapa cirri unik seperti membincangkan pengajaran dari perspektif pelajar. Meneliti perkembangan dari perspektif sistem umum dalam mana setiap komponen bagi model rekabentuk pengajaran dianggap bebas antara satu sama lain. Memberi penekanan kepada pengurusan proses reka bentuk pengajaran Terdapat 8 unsur dalam reka bentuk pengajaran ini iaitu: a) Mengenal pasti masalah pengajaran dan menyatakan tujuan relevan bagi membuat reka bentuk program pengajaran b) Meneliti ciri pelajar c) Mengenal pasti kandungan mata pelajaran dan menganalisis komponen tugasan yang berkaitan dengan tujuan pengajaran d) Menyatakan objektif pembelajaran e) Menyusun kandungan dalam setiap unit pengajaran bagi mengekalkan pembelajaran yang logikal f) Membuat reka bentuk strategi pengajaran bagi membolehkan setiap pelajar mencapai objektif pembelajaran g) Membuat pelan bagi menyampaikan mesej pengajaran dan bentuk pengajaran h) Mereka bentuk instrument penilaian untuk mentaksir objektif pembelajaran

Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)


1. Mengenalpasti matlamat pengajaran Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.

Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.

Mata pelajaran yang dipilih adalah Bahasa Melayu Pemulihan Tahun 2. Matlamat pengajaran ialah supaya kesemua pelajar dapat menguasai kemahiran yang diajarkan mengikut kumpulan masing-masing.

2. Menganalisa pelajar

Bilangan murid dalam kelas terdiri daripada 8 orang, 5 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang kesemuanya Melayu . Kelas ini terbahagi kepada 3 kumpulan yang mempunyai kemahiran yang berbeza tetapi mempunyai pengetahuan sedia ada yang sama. Kumpulan 1 - Kumpulan Cerdas, Kumpulan 2 - Kumpulan Sederhana, Kumpulan 3 - Kumpulan Lambat

Kemahiran yang akan diperolehi daripada topik pengajaran adalah:


i. Menyebut kemahiran vokal berganding ii. Membatang perkataan vokal berganding iii. Membaca petikan perkataan vokal berganding

3. Mengenalpasti objektif Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-mana objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini dilaksanakan dan piawaian atau kriteria yang mesti dicapai oleh pelajar.

Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Perkataan Vokal

Berganding ialah :
i. Murid-murid boleh mengeja dan membunyikan perkataan vokal berganding dengan sebutan yang betul (Kumpulan Cerdas, Kumpulan Sederhana, Kumpulan Lambat). ii. Murid-murid boleh membaca perkataan vokal berganding tanpa mengeja (Kumpulan Cerdas).

iii. Murid-murid boleh membaca ayat mudah dalam petikan yang mengandungi perkataan vokal berganding (Kumpulan Cerdas dan Kumpulan Sederhana). iv. Menulis perkataan vokal berganding secara imlak (guru menyebut murid menulis).

Nilai-nilai

murni

yang

diterapkan

didalam

pengajaran

dan

pembelajaran tajuk ini ialah rajin dan berusaha. Pengetahuan sedia ada murid pula ialah:
i. Murid sudah mengenal huruf kecil dan huruf besar

ii. Murid dapat membezakan huruf vokal dan huruf konsonan iii. Murid sudah menguasai kemahiran perkataan yang mengandungi diftong.

4. Merancang aktiviti pengajaran Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi susulan. Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah penting bahawa keseluruhan rancangan pengajaran disediakan bagi membolehkan pelajar dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang telah ditentukan. pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran,

persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti

Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut : i. Set induksi - dimulai dengan memperdengarkan lagu dan seni kata lagu slaid power point. Murid beserta guru menyanyikan bersamasama dengan membuat beberapa gerakan. ii. Langkah 1 - Kemahiran vokal berganding kv+vk berserta contoh dan erkataan-perkataan vokal berganding kv+vk berserta gambar dalam bentuk power point untuk kesemua murid bagi mencapai objektif pengajaran yang pertama iaitu murid-murid boleh mengeja dan membunyikan perkataan vokal berganding yang betul iii. Langkah 2 Guru mula membahagikan murid kepada kumpulan masing-masing. iv. Langkah 3 Pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut Penilaian dan pengukuhan juga diberi mengikut kemahiran kumpulan masing-masing.. kemampuan dan kemahiran murid. v. Penutup - Rumusan hasil pembelajaran. dengan sebutan

5. Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI) Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan. Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan) yang menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ianya bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran & pembelajaran yang menarik dan bermakna sekaligus membantu pencapaian matlamat pembelajaran. Mengandungi unsur-unsur menghiburkan

Alat bantu mengajar persembahan power point yang digunakan mempunyai daya tarikan dan menghiburkan dengan adanya animasi

dan pautan kepada bahan yang diolah dan dimanipulasi dari lamanlaman web yang berkaitan dengan perkataan vokal berganding. Berikut adalah senarai bahan/media yang digunakan:
i. Klip video chicken dance ii. Permainan jejak labah-labah iii. Nyanyian lagu kanak-kanak iv. Slaid MS Power Point v. Lembaran Kerja

6. Membina alat penilaian Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang menekankan fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk membekalkan pelajar suatu penilaian tentang kemajuan dalam menguasai objektif pembelajaran. Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung dengan kualiti pengajaran yang telah disampaikan dan tahap pencapaian pelajar. Hasil ujian juga mampu menjadi rujukan kepada guru untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. vi. Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah

lembaran Kerja yang dibina oleh guru mengikut kemahiran murid.

7. Melaksanakan pengajaran Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan pengajaran yang berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan perancangan yang teliti di mana pengenalpastian matlamat pembelajaran yang khusus mengikut sukatan pelajaran, perancangan aktiviti, pemilihan media yang tepat & berkesan, satu set alat pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan kawalan/bimbingan guru yang baik.

Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Perkataan Vokal Berganding ini, satu set Skema Kerja dan Rancangan Pengajaran telah dibina sebagai panduan bagi membantu guru menjayakannya.

8. Menyemak semula pengajaran a. Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui pemerhatian /penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari pemerhatian/penilaian tersebut lakukan langkah-langkah seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan dalam pembelajaran murid. b. Jika terdapat sebahagian objektif yang tidak tercapai, pengajaran dan pembelajaran akan di ulang semula sehingga mencapai objektif tersebut tetapi dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang berbeza untuk setiap kumpulan.

You might also like