You are on page 1of 6

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia.

Jantina Kelas Sosial

Faktor-Faktor Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia.

Kumpulan Murid Berkeperluan Khas

Kumpulan Minoriti

Faktor-faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan luar bandar; jurang antara miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien Berdasarkan petikan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu di dalam Perutusan Tahun Baru 2006, jelaslah terbukti bahawa terdapat jurang dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang dalam bidang pendidikan tersebut. Antaranya ialah kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan kumpulan murid berkeperluan khas.

Kelas Sosial Kelas sosial dapat ditakrifkan sebagai lapisan sosial atau kedudukan sesuatu kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan dasar pembahagian kelas itu sama ada dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan atau dasar lain. Namun, kebiasaannya kriteria yang digunakan untuk mengelompokkan anggota dalam kelaskelas tertentu adalah berdasarkan kekayaan, kuasa, kehormatan dan ilmu

pengetahuan. Selain itu, perkara tersebut juga wujud disebabkan oleh perbezaan dari segi penghormatan dan status sosial. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya kelas-kelas sosial dalam masyarakat.

Berdasarkan kelas sosial sebegini, ketaksamaan peluang pendidikan wujud kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menikmati pelbagai pilihan dan peluang pendidikan yang sedia ada. Bahkan, mereka juga turut berkemampuan untuk memenuhi segala kehendak berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka termasuklah dari segi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Hal ini berbeza pula dengan golongan bawahan yang tidak memiliki asas kewangan yang kukuh mengakibatkan peluang pendidikan bagi anak-anak mereka agak terhad dan hanya bergantung kepada peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan sepenuhnya. Malah, disebabkan oleh masalah tidak berketidakupayaan dalam menyediakan peralatan akses Internet, perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak mereka itu tidak dapat merebut peluang pendidikan dan menikmati perolehan pelbagai bentuk maklumat dengan begitu pantas dan cepat.

Jantina Dari aspek jantina, ketaksamaan peluang pendidikan agak ketara. Perkara ini wujud sejak zaman penjajahan dahulu lagi iaitu peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Hal ini terbukti apabila kemasukan pelajar ke sekolah bagi sesetengah negara dimonopoli oleh kaum lelaki. Namun begitu, berbeza pula dengan negara kita iaitu bilangan bagi pelajar lelaki yang bersekolah di sekolah menengah kurang jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Hal ini disebabkan

oleh kebanyakkan daripada mereka menamatkan pengajian formal mereka terlebih awal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung pendapatan keluarga. Selain itu, perbezaan ini juga dapat dilihat di Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang melahirkan lebih ramai graduan-graduan dari kalangan wanita. Begitu juga dalam bidang perguruan, ketaksamaan jantina sudah lama wujud kerana bidang ini mempunyai bilangan wanita yang lebih ramai berbanding kumpulan lelaki. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kuota kemasukan bagi golongan lelaki ke pusat pengajian tinggi ataupun menceburi bidang perguruan sangat terbuka luas jika dibandingkan dengan golongan wanita yang terpaksa bersaing sesama sendiri.

Kumpulan Minoriti Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, kumpulan minoriti dapat ditakrifkan sebagai golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya. Di Malaysia, kaum Melayu dikatakan kumpulan majoriti manakala kumpulan minoriti pula termasuklah kaum Cina, India, dan kumpulan-kumpulan etnik yang lain termasuklah orang Asli. Isu ketaksamaan peluang pendidikan timbul bagi kumpulan minoriti disebabkan oleh kedudukan sebahagian daripada mereka yang agak pedalaman dan terpencil terutamanya golongan orang Asli dan juga kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak menyebabkan mereka terpinggir dalam pelbagai perkara. Tambahan pula, kelainan ciri

dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku mereka juga menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam arus kemodenan. Bahkan, mereka ini turut kekurangan dari segi perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah. Hal ini kerana bentuk muka bumi kawasan mereka agak berbukit-bukau dan dipisahkan oleh laut serta sungai yang menyebabkan bantuan dan kemudahan sukar untuk disalurkan.

Kumpulan Berkeperluan Khas Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Oleh kerana mereka ini dianggap istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain, wujud ketaksamaan peluang pendidikan bagi kumpulan ini suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, sebelum tahun 1960, kemudahan yang disediakan untuk komuniti kanak-kanak tersebut hanya pada peringkat sekolah rendah sahaja. Selain itu, sebelum kemerdekaan negara, kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan sebarang kemudahan pendidikan kerana tanggungjawab tersebut dipikul oleh pertubuhan sukarela. Namun, pada masa kini, semuanya itu telah berubah. Kumpulan itu telah diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti. Tambahan pula, kerajaan turut memberikan perhatian dan memainkan peranan yang aktif dalam pendidikan untuk murid-murid tersebut. Sebagai contoh, menyediakan keperluan asas bagi pelajar-pelajar istimewa ini

sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 yang menyatakan bahawa kerajaan mengakui kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak untuk menghadiri persekolahan formal.

You might also like