You are on page 1of 22

EDU 3106: BUDAYA DAN GAYA HIDUP MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Disediakan oleh: Adilah binti Daud Afira binti Mustafar Nur Azlika binti Khazizi Nur Hafizah binti Abdul Rahman Nurul Atiqah bte Azahari Unit : PISMP BM/PJ/MZ Sem5 IPGKDRI 2012

Pengenalan
Orang Cina Malaysia adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Mereka juga digelar mahua .

Suku Etnik dan Bahasa


Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan FuZhou. Secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan: Pulau Pinang dan Melaka : bahasa Hokkien Kumpulan Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh: Kantonis dan Hakka Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor: Mandarin

 

Agama
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Namun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina. Konfuciunisme: preservation of the state and the preservation of the family atau Hao anak (lelaki) sebagai warisan keluarga. - Galakan berkahwin untuk mendapat anak yang sah.

Taosima/Taoisme- Tao yang bermakna way atau Principle iaitu jalan kepada yang wujud. Lahir dua prinsip Yin dan Yang. - Percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati. Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.

Yin yang

Ekonomi
Cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta- Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan. Orang Cina di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.

ADAT DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT CINA

Lawatan dan Kunjungan


Semasa mengunjungi rumah orang orang Cina, tetamu sebaik baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab sebab yang sangat penting.

Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri (monogami). Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.

Pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk diatur oleh kedua ibu bapa. Biarpun keadaan itu telah berubah pada hari ini, ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak. Kini perkahwinan tidak diatur oleh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

I.

II.

III.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu : Perkahwinan sivil dimana bakal pengantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang undang. Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain. Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan dijemput.

Lazimnya, upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuanbergantung kepada kemampuan. Tetamu tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna dikaitkan dengan peristiwa sedih. Berpakaian dan hadiah bersampul merah bererti tanda baik dan gembira.

Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya tidak terperanjat dengan benda benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira kira sebulan selepas bersalin.

Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat bendabenda yang cantik.

Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya kata kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun. Ulang tahun kelahiran seseorang kaum Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anakanaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.

Kematian
Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya baiknya berpakaian muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Lazimnya kini, pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati.

Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji panji yang ditulis dengan kata kata pujian kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula gula yang diberi itu boleh dimakan.

Kematian Ibu Bapa


Upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak(hadiah terbaik untuk ibu bapa). Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.

Selepas pengebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati.

Perayaan
Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatanperbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysi a http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php?option=com _content&view=article&id=158%3Amasyarakatcina&catid=66%3Aadatresam&Itemid=105&lang=bm http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsadan-negara-malaysia-yang-berdaulat/adatdalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

You might also like