You are on page 1of 2

PERATURAN- PERATURAN DI DALAM KELAS

1. Murid-murid dilarang membuat bising semasa di dalam kelas. 2. Murid-murid hendaklah menghormati guru yang mengajar di dalam kelas. 3. Murid-murid hendaklah menerapkan nilai-nilai murni semasa di dalam kelas. 4. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan tidak boleh membuang sampah-sarap di merata-rata. 5. Murid-murid yang bertugas menjaga kebersihan kelas pada hari yang telah ditetapkan hendaklah datang awal ke sekolah. Ketua kelas dan penolong hendaklah memaklumkan kepada guru kelas sekiranya ada murid yang tidak menjalankan tugas. 6. Murid-murid dilarang makan dan minum di dalam kelas semasa waktu belajar. 7. Murid-murid dilarang keluar masuk kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kelas semasa ketiadaan guru. 8. Murid-murid dilarang menconteng dinding kelas. 9. Bahan-bahan seperti buku-buku,majalah ataupun alat bantu mengajar hendaklah diletakkan di tempat yang asal

terutamanya di sudut bacaan. Bahan-bahan ini tidak boleh dibawa keluar dari kelas. 10. Murid-murid hendaklah menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru pada masa yang telah ditetapkan. Manamana murid yang tidak membuat kerja rumah akan dikenakan denda @ hukuman.

11. Murid-murid dilarang bermain, mencuri, merokok, bergaduh, mencederakan kawan lain di dalam kelas. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, denda dan hukuman akan diberikan oleh guru kelas atau guru-guru lain. 12. Kemudahan di dalam kelas hendaklah digunakan dengan cermat. 13. 14. 15. Murid-murid tidak boleh merosakkan harta benda sekolah. Murid-murid dilarang menconteng dan merosakkan buku teks. Murid-murid dilarang menconteng dan menulis di papan tulis tanpa kebenaran guru. 16. Ketua kelas dan penolong akan bertanggungjawab menjaga kelas semasa ketiadaan guru dan boleh melaporkan kepada guru yang berkenaan atau guru lain sekiranya murid-murid lain membuat bising. 17. Pada waktu rehat, murid-murid dilarang makan, minum ataupun berada di dalam kelas. 18. Murid-murid hendaklah menjaga keselamatan semasa di dalam dan di luar kelas. 19. Sekiranya ada murid-murid yang sakit atau kurang sihat, ketua kelas atau penolong hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru kelas ataupun guru-guru lain. 20. Murid-murid dilarang memakai kasut semasa berada di dalam kelas. Kasut hendaklah disusun dengan elok di luar kelas. 21. Lampu, kipas dan pintu kelas hendaklah ditutup sebelum keluar dan balik.

You might also like