You are on page 1of 32

MODUL EKONOMI ASAS BAB 1 & 2 TINGKATAN 4

Maksud Ekonomi Perkataan ekonomi berasal daripada dua patah perkataan Greek iaitu oikou dan nomos. Oikou bermaksud isi rumah dan nomos bermaksud peraturan. Gabungan kedua-dua perkataan ini

Manakala,

Secara amnya kita mengetahui bahawa sumber ekonomi adalah terhad dan kehendak manusia amatlah tidak terhad. Kedua-dua faktor ini jika tidak diseimbangkan secara adil, akan membawa kepada masalah kekurangan yang sering berlaku di dalam masalah ekonomi sekarang ini. Sumber ekonomi (Faktor Pengeluaran) Merangkumi faktor pengeluaran atau input-input terhad yang digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan.

Jadual 1.1: Sumber-sumber ekonomi

Kehendak manusia Kehendak manusia adalah tidak terhad (terbatas) tanpa mengira individu, firma, dan kerajaan. Ini merujuk kepada keinginan manusia yang tidak terbatas untuk memiliki pelbagai jenis barang dan perkhidmatan. Contoh:

Barang yang ingin dimiliki adalah seperti telefon bimbit, jam tangan berjenama, banglo, kereta mewah, dan pakaian. Perkhidmatan yang ingin dimiliki adalah perkhidmatan internet, perbankan, pelancongan, dan perhotelan. Logiknya, kehendak manusia tidak terbatas kerana apabila sesuatu kehendak itu dipenuhi, akan wujud lagi satu kehendak yang baru. Contohnya apabila Ana telah berjaya memiliki sebuah kereta baru, dia akan mempunyai keinginan lain pula seperti memiliki sebuah rumah banglo yang baru dan mewah. Tetapi sejak dari dulu lagi keinginan/kehendak manusia tidak akan selalu dipenuhi dengan sepenuhnya berpunca daripada masalah sumber ekonomi yang terhad. Masalah Ekonomi Terdapat tiga unit ekonomi yang bertindak sebagai pembuat keputusan dalam sektor ekonomi iaitu isi rumah, firma, dan kerajaan. Jadual 1.2: Unit Ekonomi

Masalah kehendak manusia yang tidak terbatas berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad telah mewujudkan 3 masalah utama di dalam sektor ekonomi dunia. Tiga masalah tersebut adalah:

Jenis-Jenis Barang Di dalam sektor ekonomi, barang boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu:

Barang percuma Barang awam Barang ekonomi

Barang percuma Contohnya seperti cahaya matahari, udara, sungai, dan hujan. Ciri-ciri barang percuma adalah:

Barang yang dianugerahkan tuhan dan tidak dapat dihasilkan oleh tenaga manusia atau mesin Penawarannya adalah tidak terhad Penggunaanya tidak akan melibatkan masalah kos lepas kerana barang percuma tidak akan menghadapi masalah kekurangan Tidak mempunyai harga dan tidak perlu membayar untuk meggunakannya Seseorang individu tidak boleh dihalang oleh individu lain apabila ingin menggunakan barang percuma ini

Barang awam Contohnya seperti jalan raya, padang awam, pihak polis, dan bomba Ciri-ciri barang awam adalah:

Barang yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat Penawarannya adalah terhad Penggunaanya akan melibatkan kos lepas kerana barang awam menghadapi masalah kekurangan Tidak mempunyai harga dan tidak perlu mengeluarkan kos untuk menggunakannya kerana pihak kerajaan telah bertanggungjawab untuk membiayai barang ini melalui kutipan cukai Seseorang individu tidak boleh dihalang oleh individu lain apabila ingin menggunakan barang percuma ini Barang ekonomi Contohnya adalah seperti kasut, baju, televisyen, dan telefon bimbit. Ciri-ciri barang ekonomi adalah:

Pihak swasta/firma yang mengeluarkan barangan ini Tawarannya adalah terhad Melibatkan kos lepas kerana barang ini mengalami masalah kekurangan Individu terpaksa mengeluarkan belanja bagi mendapatkan barangan ini

Seseorang individu boleh dihalang dari menggunakan barangan ini oleh individu yang lain

Jadual 1.4: Perbandingan jenis-jenis barang yang terdapat dalam sektor ekonomi

Boleh dikatakan punca kepada segala masalah ekonomi yang wujud pada masa kini adalah kerana kehendak manusia yang tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang amat terhad. Ini menyebabkan wujudnya masalah ekonomi seperti kekurangan, pilihan, dan kos lepas. Akibat dari masalah ini, masalah asas yang lain akan timbul dalam setiap sistem ekonomi di dunia ini. Masalah asas ekonomi ini terdiri daripada empat perkara iaitu:

Apa yang hendak dikeluarkan? Berapa yang hendak dikeluarkan? Bagaimana hendak dikeluarkan? Untuk siapa dikeluarkan?

Apa Yang Hendak Dikeluarkan? Persoalan ini timbul akibat daripada sumber ekonomi yang terhad dan pengeluar harus menentukan jenis barang atau perkhidmatan apa yang hendak dikeluarkan. Penentuan ini dijalankan atau diselidik berdasarkan cita rasa dan permintaan masyarakat semasa. Justeru pihak pengeluar terpaksa membuat pilihan apakah barang yang hendak dikeluarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Keadaan permintaan di pasaran akan menentukan corak pengagihan sumber ekonomi.

Penentuan harga yang sesuai untuk pengguna amatlah kritikal dan ianya juga penting kepada pengeluar itu sendiri untuk menentukan tahap keuntungan maksimum yang boleh dicapai. Pengeluar akan mengelakkan pengeluaran barang yang tidak dapat memenuhi kehendak dan permintaan pengguna bagi mengelakkan kerugian berlaku. Pengeluaran barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna akan mendatangkan keuntungan maksimum kepada pengeluar. Berapa Yang Hendak Dikeluarkan? Masalah ini berkaitan dengan dilema kepada pengeluar mengenai kuantiti barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan untuk memastikan tidak berlakunya masalah kekurangan atau lebihan barang di dalam pasaran. Masalah ini bergantung pada permintaan dan kehendak pengguna. Masalah kekurangan akan menyebabkan pengguna berlumba-lumba mendapatkan barang tersebut dan seterusnya akan menyebabkan harga barang itu melambung tinggi. Masalah lebihan pula akan menyebabkan stok sesuatu barang itu bertambah dan akan membawa kepada kejatuhan harga serta pembaziran sumber. Sumber-sumber ekonomi yang ada di pasaran juga menentukan jumlah kuantiti barang yang akan dikeluarkan. Kuantiti barang yang dikeluarkan juga mempengaruhi kos pengeluaran minimum sesebuah firma pengeluaran. Kesimpulannya, kuantiti barang harus ditentukan berdasarkan permintaan masyarakat. Semakin banyak permintaan terhadap barang itu, semakin banyaklah pengeluaran barang itu. Dan sebaliknya akan berlaku jika permintaan terhadap barang itu berkurangan. Bagaimana Hendak Dikeluarkan? Ini merujuk kepada penentuan atau pemilihan teknik pengeluaran sesuatu barangan bertujuan untuk meminimumkan kos pengeluaran. Kaedah berinsentifkan modal atau buruh boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Kaedah berinsentifkan modal bermaksud kaedah pengeluaran yang menggunakan lebih banyak modal berbanding buruh. Kaedah berinsentifkan buruh pula bermaksud kaedah pengeluaran yang menggunakan lebih banyak buruh berbanding modal. Pemilihan cara pengeluaran dibuat mestilah mengambil kira harga relatif faktor dan teknik yang paling efektif yang digunakan agar pengeluar dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran.

Untuk Siapa Dikeluarkan? Masalah ini merujuk kepada masalah penentuan corak barangan, iaitu golongan pengguna manakah yang menjadi sasaran bagi pengeluaran sesuatu barang. Penyelesaian masalah agihan barangan adalah berdasarkan corak agihan pendapatan wang dalam masyarakat. Logiknya golongan kaya akan mendapat barangan dan perkhidmatan yang lebih banyak berbanding dengan golongan miskin. Kepada siapa sesuatu barang itu patut dikeluarkan bergantung kepada taraf hidup dan ekonomi masyarakat di dalam sesebuah negara bagi menggalakkan pengagihan barang secara adil dan sama rata.

Jadual 1.4: Cara penyelesaian kepada masalah-masalah asas ekonomi

Sistem ekonomi adalah gabungan peraturan tertentu yang diamalkan oleh pihak pengeluar (firma swasta dan firma awam) dan pihak pengguna di dalam sektor ekonomi. Terdapat empat sistem ekonomi yang diamalkan oleh setiap negara di dunia ini.Sistem ekonomi ini merangkumi sistem yang baru mahupun sistem yang lama. Empat sistem ekonomi tersebut adalah:

Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam

Setiap sistem ekonomi ini akan dihuraikan secara terperinci berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Pemilikan sumber Penentuan di mana individu dan pihak swasta bebas memiliki sumber ekonomi atau hanya

pihak kerajaan yang memiliki sumber secara mutlak atau kedua-duanya sekali

b)

Pembuat keputusan Menentukan individu atau pihak manakah yang berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan sebarang masalah ekonomi yang muncul

c)

Pilihan Merujuk kepada kebebasan pilihan bagi seseorang individu terhadap barangan yang ingin dimiliki dan jenis pekerjaan yang akan diceburi

d)

Penentu harga Kumpulan atau pihak yang berhak menentukan tingkat harga bagi sesuatu barang samada pihak kerajaan, kuasa pasaran, atau kedua-duanya sekali

e)

Persaingan Merujuk kajian kepada wujudnya aktiviti persaingan di kalangan pengeluar untuk meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber ekonomi dan kualiti barang

f)

Motif Merujuk kepada tujuan pengeluar dalam menghasilkan dan mengagihkan barangan samada untuk mengecapi keuntungan maksimum atau menjaga kebajikan masyarakat yang maksimum atau kedua-duanya sekali

Sistem Ekonomi
Di Malaysia, sistem ekonomi campuran digunakan di mana mekanisme harga dan kerajaan bersama-sama menyelesaikan masalah asas ekonomi. Antara langkah kerajaan bagi mengelakkan ketidakcekapan dalam pasaran di Malaysia adalah:

Mengawal aktiviti-aktiviti pasaran monopoli. Menyediakan barang awam seperti balai polis dan bomba. Mengadakan barang kawalan seperti tepung, gula, minyak masak, dan daging ayam. Mengagihkan semula pendapatan dengan adil melalui dasar cukai. Menjamin kestabilan ekonomi supaya masalah inflasi dan pengangguran tidak berlaku.

Jenis-jenis pekerjaan dalam sektor ekonomi


Di Malaysia secara umumnya, terdapat tiga sektor ekonomi yang menawarkan pelbagai jenis pekerjaan kepada individu untuk mencari sumber pendapatan. Sektor-sektor tersebut adalah:

Sektor utama Sektor kedua/sekunder Sektor ketiga

Sektor utama

meliputi semua aktiviti ekonomi yang melibatkan pengeluaran secara langsung daripada alam semula jadi tanpa mengubah suai bentuk barang. merupakan aktiviti pertama dalam proses pengeluaran. aktiviti pengeluaran bahan mentah. merangkumi pekerjaan dalam bidang pertanian, penternakan, perikanan, perhutanan, perlombongan, dan kuari. contoh pekerjaan di dalam sektor ini adalah seperti nelayan, pelombong, penternak, dan jurutera petroleum. aktiviti pengeluaran yang meliputi sumber yang boleh diperbaharui (hasil pertanian, perikanan, dan penternakan) dan juga yang tidak boleh diperbaharui (hasil lombong, galian, dan kuari). juga dikenali sebagai sektor premier.

Sektor kedua

melibatkan aktiviti pemprosesan bahan mentah dari sektor utama. tujuannya adalah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. sektor ini berkaitan dengan kilang, penyimpanan, dan pembinaan. contohnya adalah seperti industri pengetinan makanan, pembotolan minuman ringan, kilang getah, dan industri memproses kayu. pekerjaan yang tersedia di dalam sektor ini adalah seperti operator pengeluaran, jurutera kilang, buruh pembinaan, arkitek, dan kontraktor rumah. juga dikenali sebagai sektor sekunder.

Sektor ketiga

merangkumi sektor perkhidmatan yang memberi sokongan kepada sektor utama dan kedua. sektor ini tidak menghasilkan barang tetapi mereka memberi bantuan terhadap aktiviti ekonomi. sektor ini sangat bergantung kepada sektor utama dan kedua.

terdiri daripada aktiviti menyeleraskan sektor utama dan kedua seperti perkhidmatan pengangkutan, pergudangan, perhubungan, pemborongan, peruncitan, perhotelan dan restoran, insurans dan kewangan, hartanah dan perkhidmatan awam. merangkumi pekerjaan seperti doktor, peguam, guru, jururawat, akauntan, posmen, dan ejen insurans. juga dikenali sebagai sektor tertier.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan


Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang itu berminat terhadap pekerjaan yang diceburi. a) Minat Seseorang individu yang mempunyai minat dalam sesuatu bidang akan sentiasa mencari peluang pekerjaan yang selari dengan minatnya. b) Jarak Jarak antara tempat tinggal dengan tempat kerja juga menjadi faktor pemilihan sesuatu pekerjaan. Lokasi pejabat yang dekat dengan rumah akan menjimatkan masa dan kos bahan api serta pengangkutan. Oleh sebab itu, lokasi pejabat yang dekat dengan rumah akan sentiasa menjadi pilihan. c) Prospek pekerjaan Merangkumi aspek masa depan pekerjaan yang cerah dan berpotensi. Ini meliputi peluang kenaikan pangkat dan gaji serta peluang untuk melanjutkan pekerjaan atau mengikuti kursus di luar negara. d) Keadaan ekonomi semasa Ketika keadaan ekonomi meleset, individu tidak boleh terlalu memilih pekerjaan kerana peluang pekerjaan adalah terhad. Tetapi apabila keadaan ekonomi stabil dan berkembang, peluang pekerjaan akan bertambah dan peluang pekerjaan akan bercambah. Hal ini membolehkan individu memilih pekerjaan yang sesuai denganya. e) Waktu bekerja f) Pengaruh keluarga Selalunya individu akan lebih cenderung untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam membuat pemilihan pekerjaan. Individu daripada keluarga yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan lebih cenderung memilih pekerjaan dalam sektor kedua atau ketiga yang menawarkan jawatan dan gaji yang lebih tinggi.

Maksud pendapatan individu Setiap individu memerlukan wang untuk membeli barang atau perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran ekonomi. Pendapatan individu bermaksud sejumlah wang yang diterima oleh individu dalam tempoh masa tertentu.Ia juga boleh didefinasikan sebagai ganjaran yang diterima oleh individu daripada lima punca iaitu upah, sewa, keuntungan, faedah, dan bayaran pindahan. Pendapatan individu boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu ganjaran faktor pengeluaran (pendapatan faktor yang produktif) dan bayaran pindahan (pendapatan faktor yang tidak produktif). Ganjaran yang diberikan kepada pemilik faktor pengeluaran adalah: a) Upah ganjaran yang diterima oleh golongan buruh selepas menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.

b)

Faedah/Dividen diberikan kepada pemilik modal.

c)

Sewa diberikan kepada pemilik harta/tanah

d)

Untung dinikmati oleh usahawan yang berjaya menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

e)

Bayaran pindahan diberikan kepada individu yang tidak langsung terlibat dalam proses pengeluaran seperti pencen, wang saku, subsidi, dan bantuan kewangan.

Rumus untuk mengira pendapatan individu ialah:

Jenis-jenis pendapatan individu Upah Seseorang individu yang bekerja dengan orang lain di dalam sektor swasta atau awam akan diberikan ganjaran dalam bentuk gaji/upah.

Upah atau gaji merupakan ganjaran yang diterima buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Upah merangkumi semua jenis pendapatan seseorang individu seperti gaji bulanan, elaun lebih masa, elaun rumah, pengangkutan dan telefon, subsidi kos hidup, dan bonus tahunan. Tingkat upah seseorang individu bergantung kepada jenis pekerjaan, taraf kelayakan, kemahiran dan latihan seseorang pekerja. Bayaran upah diberikan kepada pekerja berdasarkan: a) Tempoh masa bekerja

ikut jam ( bilangan jam X upah sejam ) ikut hari ( bilangan hari X upah sehari ) ikut bulan ( bilangan bulan X upah sebulan )

b)

Kuantiti barang yang dihasilkan ( bilangan keluaran X upah seunit )

Upah terbahagi kepada dua bahagian iaitu upah wang (upah nominal) dan upah benar. Upah nominal Bayaran upah yang dinyatakan dalam wang semasa dan tidak mengambil kira tingkat harga pasaran Upah benar Merujuk kepada jumlah barangan yang dapat dibeli dengan upah wang dan upah wang dalam sebutan kuasa beli

Upah benar = Upah wang / Harga purata barang Upah benar akan jatuh semasa inflasi akibat kenaikan tingkat harga barangan. Upah benar akan naik semasa deflasi akibat penurunan tingkat harga barangan.

Faedah Faedah ialah ganjaran yang diterima oleh seseorang individu apabila menyimpan dan meminjamkan modal wangnya kepada pihak lain terutamanya bank. Boleh juga dikatakan ganjaran kepada pemilik modal yang sanggup menangguhkan perbelanjaan pada masa kini untuk masa hadapan. Kadar faedah dibayar mengikut tahap risiko, jangka masa simpanan, dan jumlah simpanan. Faedah atau riba tidak dibenarkan dalam ajaran Islam. Formula bagi pengiraan faedah adalah seperti berikut:

Dividen Sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diberikan kepada pemilik saham bagi tempoh masa tertentu dikenali sebagai dividen. Oleh kerana faedah mempunyai unsur riba, sistem perbankan Islam akan membayar dividen yang berasaskan keuntungan kepada pendeposit di bank ini. Pemegang unit amanah dan pencarum KWSP juga menerima pulangan dalam bentuk dividen. Sewa Sewa adalah ganjaran kepada pemilik harta/tanah kerana sanggup membiarkan pihak lain mengusahakannya atau menggunakannya. Ia dikenakan terhadap faktor pengeluaran yang mempunyai penawaran terhad seperti tanah. Contohnya seperti menyewakan rumah atau kedai kepada oleh orang lain untuk satu jangka masa tertentu. Kadar sewa bergantung kepada lokasi harta benda sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Selain rumah atau kedai, tanah juga boleh disewakan untuk tujuan pertanian atau perinsdustrian. Pada masa ini banyak lagi harta benda disewakan untuk mendapatkan ganjaran seperti kereta, pakaian, khemah kenduri kahwin, dan perabot.

Untung Untung merupakan ganjaran kepada usahawan yang bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan. Usahawan menerima untung kerana:

sanggup menanggung risiko sentiasa membuat inovasi baru berjaya menyelaraskan faktor-faktor pengeluaran lain berjaya mengurus dan mewujudkan organisasi sendiri

Untung dapat dihitung melalui rumus berikut:

Bayaran pindahan Ganjaran yang diterima oleh seseorang individu tanpa memberikan apa-apa sumbangan terhadap proses pengeluaran dalam ekonomi. Antara contoh bayaran pindahan adalah: a) Pencen Bayaran yang diterima oleh pesara selepas tamat perkhidmatannya dalam sektor awam

b)

Biasiswa Bayaran yang diterima oleh seorang pelajar untuk membiayai kos pelajarannya

c)

Bantuan kewangan Bayaran yang disalurkan oleh jabatan kebajikan kepada orang cacat, mangsa bencana alam dan kebakaran

d)

Subsidi Pemberian kerajaan kepada pekebun kecil bagi meringankan beban mereka dalam mengusahakan kebun mereka

e)

Wang saku Diberikan oleh ibu bapa kepada anak ataupun daripada anak yang bekerja kepada ibu bapa mereka yang tidak berpendapatan

Sumber-sumber pendapatan individu Bekerja sendiri Individu yang bekerja sendiri akan mengendalikan sesuatu kegiatan ekonomi dengan daya usahanya sendiri. Golongan yang bekerja sendiri ini akan menerima ganjaran dalam bentuk untung. Ciri-ciri yang penting untuk memulakan perniagaan sendiri adalah:

Memiliki sejumlah modal wang Mempunyai kelayakan profesional Mempunyai kemahiran khusus Memiliki harta benda seperti tanah dan bangunan kedai Sanggup menghadapi risiko.

Bekerja dengan orang lain Mereka ini adalah golongan buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental untuk pihak lain dalam proses pengeluaran. Ganjaran untuk golongan ini diberikan dalam bentuk upah. Mereka ini merangkumi pekerja yang bekerja dalam sektor awam atau swasta. Individu yang bekerja dengan cara ini turut menerima bayaran bonus dan elaun sebagai ganjaran. Individu ini tidak boleh bekerja secara bebas dan perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan. Tetapi golongan ini tidak perlu menghadapi risiko perniagaan dan tidak perlu menyumbangkan modal dalam perniagaan. Contoh pekerjaan dalam kumpulan ini adalah guru, polis, dan jurutera. Cara-cara lain Individu yang tidak bekerja akan menerima punca pendapatan dalam bentuk bayaran pindahan. Contohnya bayaran pencen, dividen, dan faedah. Selain itu individu yang mempunyai harta seperti tanah dan kedai menerima bayaran sewa. Aktiviti pelaburan juga boleh menjadi sumber pendapatan kepada seseorang individu tersebut. Individu yang suka menabung juga akan mendapat manfaat sumber pendapatan di masa hadapan.

Konsep pendapatan boleh guna Hasil pendapatan yang diterima oleh seseorang individu tidak boleh digunakan kesemuanya untuk memenuhi kehendak dan keperluan dalam kehidupan hariannya. Sebahagian daripada pendapatannya harus diketepikan sebagai potongan wajib yang terdiri daripada caruman KWSP, bayaran zakat, cukai pendapatan perseorangan, dan caruman PERKESO. Pendapatan boleh guna adalah baki pendapatan individu yang boleh digunakan untuk tujuan perbelanjaan, penggunaan dan tabungan setelah ditolak semua potongan wajib. Rumus pengiraan pendapatan boleh guna adalah seperti berikut:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KWSP adalah sebuah badan berkanun yang mengendalikan skim simpanan wajib para pencarum. Badan ini menjaga kebajikan sosial para pencarum di hari tua. Ia bertujuan menggalakkan aktiviti tabungan. Semua pekerja diwajibkan menjadi pencarum KWSP kecuali:

kakitangan kerajaan yang telah dimasukkan dalam skim pencen mereka yang bekerja sendiri

Para pekerja yang wajib menjadi pencarum KWSP ialah:


Pekerja sektor swasta dan awam Berusia 16 tahun dan ke atas Tidak menerima pencen Menerima upah atau gaji bulanan

Caruman KWSP terbahagi kepada dua iaitu:


caruman pekerja ( 11% x Gaji pekerja ) caruman majikan ( 12% x Gaji pekerja )

Caruman KWSP boleh dikeluarkan sebahagiannya sebelum umur bersara untuk:


membiayai pembelian rumah membiayai pembelian komputer membiayai perbelanjaan pendidikan anak pada peringkat universiti membiayai kos rawatan diri sendiri, suami atau isteri, adik beradik, anak, dan ibu bapa pencarum melabur dalam unit amanah saham yang dibenarkan

Caruman KWSP boleh dikeluarkan oleh pencarum sekiranya:


pencarum telah mencapai umur bersara pada 55 tahun pencarum telah hilang akal atau hilang upaya pencarum berhijrah ke negara luar pencarum meninggal dunia dan warisnya boleh memohon untuk mengeluarkan kesemua carumannya

Sebahagian besar daripada dana KWSP telah digunakan untuk pelaburan kerajaan khususnya dalam sekuriti kerajaan bagi membiayai projek pembangunan seperti jalan raya, jambatan, sekolah. dan hospital. Tetapi tujuan utama KWSP ini adalah untuk menanam sifat menabung dalam diri individu supaya tidak menghadapi masalah kewangan di hari tua mereka. Zakat Setiap umat Islam diwajibkan untuk membayar zakat. Ini bertujuan untuk menyucikan harta pemiliknya kerana sebahagian harta yang dimiliki itu adalah kepunyaan orang lain. Tujuan-tujuan pembayaran zakat dilakukan adalah:

menyucikan diri dan hati pemilik harta dari sifat tamak dan kedekut melahirkan golongan muslim yang sanggup berkorban untuk kesejahteraan hidup orang lain merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan miskin memupuk perasaan kasih sayang dan tolong menolong

Bayaran zakat dapat dikategorikan kepada dua iaitu: a) Zakat Fitrah Dibayar pada bulan Ramadhan dan jumlahnya ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Zakat Harta Benda Dibayar mengikut kadar sebanyak 2.5% dan dikenakan terhadap harta benda perniagaan dan pendapatan seseorang individu.

b)

Syarat bagi setiap orang Islam yang patut membayar zakat mestilah: a) b) Cukup haul Iaitu genap setahun usia harta benda tersebut. Cukup nisab nisab bagi zakat harta benda dan perniagaan ialah RM3000.00 atau bersamaan dengan 85 gram emas dan ke atas. Kadar zakatnya ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilai harta atau perniagaan.

Cukai pendapatan perseorangan Cukai pendapatan perseorangan ialah cukai langsung yang dikenakan terhadap pendapatan seseorang individu yang melebihi suatu jumlah tertentu dalam tahun tertentu sama ada dari sumber dalam atau luar negeri.

Tujuan cukai dikenakan kepada individu adalah untuk:


membiayai perbelanjaan mengagih semula pendapatan antara rakyat menambah hasil pendapatan kerajaan.

Kadar cukai yang dikenakan adalah progresif. Ini bermakna lebih tinggi pendapatan cukai, semakin banyak jumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu tersebut. Cukai pendapatan individu merupakan sejenis cukai langsung kerajaan. Setiap individu mesti membayarnya dan beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Pelepasan cukai

Sejumlah pendapatan individu yang dikecualikan daripada dikenakan cukai. Jenis-jenis pelepasan yang dibenarkan bergantung kepada perubahan semasa. Berikut adalah pelepasan-pelepasan cukai yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

Jadual 2.2: Jenis pelepasan cukai Pendapatan boleh cukai

Ini ialah jumlah pendapatan selepas ditolak jumlah pelepasan cukai.

Pengiraan cukai pendapatan


Pengiraan cukai pendapatan seseorang individu itu perlu mengikut kadar cukai perseorangan yang telah ditetapkan oleh LHDN mengikut kadar semasa. Berikut adalah contoh jadual kadar cukai pendapatan perseorangan yang telah ditetapkan LHDN:

Jadual 2.3: Kadar cukai pendapatan perseorangan di Malaysia Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) PERKESO adalah badan berkanun yang ditubuhkan untuk mengurus skim keselamatan sosial. Ia memberi perlindungan kepada para pekerja swasta terhadap kejadian di luar jangkaan seperti kemalangan semasa perjalanan, keilatan, dan kematian. Ia memberi pelindungan secara berkumpulan kepada para pekerja yang berpendapatan rendah terhadap kemalangan perusahaan. Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, semua majikan yang mempunyai pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM2000 diwajibkan mendaftarkan mereka dengan PERKESO. PERKESO menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tangungannya apabila berlaku kejadian di luar jangkaan. Kos-kos lain yang dibiayai PERKESO adalah kos rawatan perubatan, kos pemulihan jasmani, dan kos kemahiran vokasional kepada mangsa kemalangan. Caruman PERKESO dibahagikan kepada dua iaitu:

Caruman pekerja: ( 0.5% x Gaji pencarum ) Caruman majikan: ( 1.25% x Gaji pencarum )

Tujuan PERKESO diwujudkan adalah:


Menjamin kebajikan pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kemalangan atau kematian Memberi khidmat rawatan perubatan serta pemulihan jasmani dan vokasional Mengambil langkah pencegahan terhadap kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerja

Pendapatan boleh guna individu akan dibelanjakan untuk memenuhi kehendak dan keperluan asas manusia ini. Dengan ini, manusia dapat membeli barangan yang diperlukan dan menikmati perkhidmatan yang memberikan kepuasan diri yang maksimum. Selain daripada melakukan perbelanjaan harian, individu juga akan melakukan aktiviti tabungan dengan pendapatan boleh guna yang sedia ada iaitu:

Konsep Keperluan dan Kehendak

Belanjawan Peribadi 1. Belanjawan peribadi ialah anggaran pendapatan dan perbelanjaan individu untuk satu tempoh masa tertentu. 2. Tempoh masa yang dimaksudkan adalah seperti harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. 3. Seseorang individu akan membelanjakan pendapatan boleh gunanya ke atas barang yang tahan lama, barang tidak tahan lama, dan perkhidmatan. 4. Seseorang individu juga harus berhati-hati dan merancang perbelanjaan boleh guna beliau supaya tidak menghadapi masalah kekurangan pendapatan atau berhutang. 5. Jenis belanjawan peribadi a) Barang tahan lama

barang yang mempunyai jangka hayat melebihi tempoh satu tahun dan tidak mudah rosak perbelanjaan untuk memenuhi kehendak individu selalunya mengikut perubahan cita rasa, fesyen, dan tingkat pendapatan individu contohnya adalah seperti televisyen, komputer, dan telefon bimbit

b)

Barang tidak tahan lama


mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu kurang dari setahun dan mudah rosak perbelanjaan ke atas barang ini adalah untuk memenuhi keperluan individu ianya bersifat tetap tidak berubah mengikut tingkat pendapatan individu contohnya adalah seperti ikan, sayur, buah, dan ubat

c)

Perkhidmatan

perbelanjaan ke atas perkhidmatan yang diterima contohnya seperti bayaran sewa rumah dan tambang pengangkutan

6. Kepentingan belanjawan peribadi adalah seperti berikut:


Merancang perbelanjaan mengikut pendapatan Mendahulukan perbelanjaan yang penting untuk mengelakkan pembaziran

Boleh menabung Membantu mengawal kenaikan harga barang dan inflasi Mengelakkan individu daripada berhutang

7. Langkah penyediaan belanjawan peribadi adalah seperti berikut:


Mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib Mencatatkan semua perbelanjaan yang perlu dilakukan Menyusun semua perbelanjaan mengikut keutamaan Mengimbangkan semua pendapatan boleh guna dengan semua perbelanjaan yang dilakukan Mencatatkan tabungan

8. Jadual belanjawan peribadi dapat menunjukkan dan menyatakan segala sumber pendapatan, potongan wajib, dan jenis perbelanjaan individu dalam jangka masa tertentu. 9. Antara kesan-kesan yang timbul apabila perbelanjaan individu kurang daripada pendapatan boleh guna adalah:

engelak daripada berlakunya pembaziran sumber ekonomi Meningkatkan pelaburan melalui aktiviti penabungan Boleh memaksimumkan kepuasan individu Tabungan individu akan bertambah mengikut tempoh masa tertentu Dapat membantu mengawal inflasi dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat

10. Manakala kesan apabila perbelanjaan individu lebih daripada pendapatannya adalah:

Pembaziran sumber ekonomi akan berlaku Individu akan mengalami beban hutang yang bertambah dari semasa ke semasa Tabungan individu mungkin berkurang atau tiada langsung Harga barang akan meningkat akibat daripada permintaan yang berlebihan di dalam pasaran oleh meningkatkan permintaan terhadap barang import seterusnya mengakibatkan pengaliran mata wang Ringgit Malaysia ke luar dan memburukkan imbangan dagangan negara dan nilai ringgit Malaysia

Tabungan 1. Tabungan boleh ditakrifkan sebagai sebahagian daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk perbelanjaan penggunaan. 2. Tabungan yang positif terjadi apabila pendapatan boleh guna lebih daripada jumlah perbelanjaan penggunaan. 3. Tabungan yang negatif pula terjadi apabila pendapatan boleh guna kurang daripada jumlah perbelanjaan penggunaan. 4. Tujuan-tujuan tabungan adalah seperti berikut:

Membiayai segala perbelanjaan awasan dan kecemasan Membeli barang tahan lama

Menambah punca kewangan atau pulangan Membiayai perbelanjaan pendidikan Memiliki harta Memulakan atau membesarkan sesuatu pernigaan Menjamin kehidupan yang lebih selesa di masa hadapan Memenuhi cita-cita tertentu

5. Cara-cara menabung boleh dilakukan secara berikut: a) Bank perdagangan i. Individu boleh menabung dalam tiga jenis akaun iaitu: Akaun simpanan tabungan

membayar faedah kepada pendeposit dan pengeluaran pada bila-bila masa.

Akaun simpanan tetap


individu perlu menyimpan wang untuk tempoh masa tertentu. faedah yang dibayar lebih tinggi daripada akaun simpanan tabungan.

Akaun simpanan semasa


individu boleh menggunakan buku cek untuk membuat bayaran memperoleh pinjaman melalui kemudahan overdraf tidak diberikan faedah atas simpanannya dikenakan bayaran perkhidmatan

ii. Contoh bank perdagangan adalah Maybank Berhad, Public Bank Berhad, dan Cimb Bank Berhad. b) Syarikat kewangan i. Dalam syarikat kewangan, individu boleh menabung dalam dua akaun simpanan iaitu:

Akaun simpanan tabungan Akaun simpanan tetap

c) Bank Simpanan Nasional


Sebuah institusi kewangan kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan golongan miskin dan sederhana untuk menabung. Bank ini menerima deposit dalam bentuk akaun tabungan, Sijil Simpanan Premium, Akaun Simpanan GIRO, dan Akaun Simpanan Dari Pendapatan (SEDAR).

d) Lembaga Tabung Haji (LTH)


Individu boleh menabung untuk tujuan menunaikan Haji di Mekah. Segala urusan berkaitan menunaikan haji di Mekah akan diuruskan oleh LTH.

Individu boleh menyimpan secara beransur-ansur dan wang simpanan mereka akan membuahkan dividen.

e) Koperasi

Tujuan penubuhan koperasi adalah untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahlinya. Individu boleh menyimpan di koperasi dengan cara membeli saham. Koperasi akan membayar dividen kepada ahli-ahlinya apabila mendapat keuntungan. Contoh koperasi-koperasi yang wujud adalah Koperasi Polis, Koperasi Guru dan Koperasi Peladang.

f) Unit amanah

Satu institusi yang mengumpul wang tabungan daripada orang ramai melalui penjualan unit amanah saham yang ditawarkan untuk tujuan pelaburan. Tabungan orang ramai ini akan dilaburkan dalam saham-saham korporat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Pemegang unit amanah ini akan dibayar dividen dan bonus bergantung kepada tingkat keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan yang dilakukan. Contoh-contoh unit amanah ialah Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Public Bank, dan Amanah Saham Maybank.

g) Syarikat insurans nyawa


Syarikat ini ialah institusi kewangan yang memberikan perlindungan kepada pemegang polisi insurans nyawa daripada mengalami kerugian nyawa. Tabungan di dalam syarikat ini dikenali sebagai premium yang dibayar secara bulanan atau tahunan. Pemegang polisi ini akan dibayar bonus atau dividen dan ganti rugi sekiranya pemegang polisi mengalami sebarang kemalangan, hilang upaya, atau kematian. Contoh syarikat insurans yang wujud di Malaysia ialah Malaysia National Insurance (MNI) dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Pinjaman 1. Pinjaman ialah sejumlah wang yang diterima oleh seseorang individu daripada sumbersumber tertentu seperti bank, saudara mara, dan syarikat kewangan. 2. Pinjaman harus dibayar balik bersamaan dengan kadar faedah dalam tempoh pinjaman yang ditetapkan. 3. Aktiviti pinjaman ini berlaku apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatannya. 4. Tujuan pengguna membuat pinjaman adalah untuk:

Menampung kekurangan wang semasa Membeli barang tahan lama Membeli barang keperluan harian Pinjaman pendidikan

5. Tujuan pengeluar membuat pinjaman adalah untuk:


Memulakan sesuatu perniagaan Menambah barang modal dan meningkatkan produktiviti Mengurangkan pembayaran cukai syarikat Membeli bahan mentah

6. Sumber-sumber pinjaman modal adalah seperti berikut: a) Bank perdagangan a) Kemudahan overdraf

pinjaman jangka pendek untuk membayar hutang, bil-bil, dan perbelanjaan luar jangka digunakan oleh peniaga sebagai modal pusingan faedah pinjaman dikenakan ke atas jumlah wang yang dikeluarkan sahaja

b)

Pinjaman bercagar

pinjaman jangka panjang untuk membeli aset tetap (rumah kedai, tanah) memerlukan cagaran seperti geran tanah, rumah atau polisi insurans nyawa bernilai tinggi

c)

Pinjaman persendirian

tidak memerlukan cagaran memerlukan peminjam menyatakan taksiran cukai pendapatan, maklumat tentang perbelanjaan dan pendapatan peribadi.

d)

Pinjaman melalui kad kredit


dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi tidak memerlukan penjamin atau cagaran akan dikenakan yuran tahunan sebagai bayaran perkhidmatan

b) Syarikat kewangan

Mengambil pinjaman dari institusi ini untuk membeli barang yang tahan lama seperti kereta, alat-alat elektrik, dan rumah Melalui kemudahan sewa beli yang disediakan.

c) Bank Simpanan Nasional

Kemudahan yang disediakan adalah seperti perumahan, dan pinjaman perniagaan mikro.

pinjaman

persendirian,

pinjaman

d) Syarikat kredit

Syarikat kredit seperti Persatuan Bangunan Malaysia Berhad (MBSB) menyediakan pinjaman perumahan. Syarikat kredit kenderaan pula menyediakan kemudahan untuk membeli kenderaan. Kadar faedah yang dikenakan lebih tinggi berbanding institusi pinjaman yang lain.

e) Agensi-agensi kerajaan i. ii. MARA memberikan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM) pinjaman bercagaran kepada golongan yang miskin tanpa sebarang kadar faedah

f) Sumber-sumber pinjaman lain: a) Agro Bank pinjaman kepada sektor pertanian

b)

Bank Islam Islam

pinjaman perumahan dan persendirian yang mengikut prinsip-prinsip

c)

Koperasi memberi pinjaman kepada ahli-ahlinya pada kadar faedah yang rendah dan sistem bayaran balik melalui potongan gaji

d)

Badan kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan, dan pembelian komputer

e)

Syarikat insurans memberi pinjaman kepada pemegang polisi insurans nyawa dengan polisi insuransnya sebagai cagaran

7. Sebab-sebab faedah dikenakan kepada setiap pinjaman yang dibuat adalah:


Menangguhkan perbelanjaan semasanya pada masa kini Sebagai ganti rugi terhadap risiko susut nilai wang Kesanggupan menanggung risiko pinjaman tidak dibayar balik

Kesanggupan menanggung kos lepas Menanggung kesulitan kos pengurusan

Pelaburan 1. Sejumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh seseorang pengeluar terhadap barang modal atau penambahan stok modal seperti bangunan kilang, jentera dan mesin, stok bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran. 2. Pertambahan pendapatan boleh digunakan untuk meningkatkan daya pengeluaran barangbarang. 3. Tujuan-tujuan pelaburan adalah untuk:

Mendapatkan pulangan atau pendapatan daripada pelaburan Menggantikan barang modal Meningkatkan daya pengeluaran Memperoleh keuntungan

4. Cara-cara yang digunakan untuk melabur adalah:


Pembelian aset tetap Pembelian dan penyimpanan stok bahan mentah Pembelian barang modal Pelaburan dalam sumber manusia

Perbandingan pulangan daripada pelaburan dengan pulangan daripada tabungan Persamaan pulangan daripada aktiviti pelaburan dan aktivit tabungan 1. Setiap pelabur dan penabung akan memperoleh pulangan dari sumber yang produktif. 2. Pelabur dan penabung akan memperoleh pendapatan dalam tempoh jangka masa yang tertentu. Bukan serta merta. Perbezaan pulangan daripada aktiviti pelaburan dan aktiviti tabungan

You might also like