You are on page 1of 65

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Tajuk 1

PENDIDIKAN AKIDAH SEKOLAH RENDAH

1.

Pengenalan Konsep Aqidah Dalam Islam

1.1 Sinopsis Mencari kebenaran adalah naluri setiap insan. Manusia memerlukan pegangan yang benar dan betul untuk menjadi pegangan dan panduan hidup mereka. Apabila manusia menemui kebenaran, jiwa dan hatinya akan merasa tenang dan yakin terhadap diri sendiri dan apa yang menjadi pegangannya. Hanya akidah Islam yang dapat menepati ciri-ciri ini kerana ia adalah dari Allah S.W.T. Akidah dari segi bahasa bermaksud simpulan atau tali yang tersimpul. Dari segi syarak, akidah bermaksud kesimpulan yang tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri yang berkaitan dengan ketuhanan dan kepercayaan agama. Pendidikan akidah merupakan teras penting untuk menanamkan keyakinan manusia terhadap keEsaan Allah S.W.T. untuk mengabdikan diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Tujuannya ialah supaya manusia menjadi insan yang soleh yang boleh merealisasikan segala tujuan hidup di dunia dan akhirat. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Menanamkan kepercayaan yang kukuh terhadap keesaan Allah dalam diri pelajar 2. Menanamkan keyakinan kepada kekuasaan Allah serta dapat memelihara jiwa dari menurut hawa nafsu 3. Meneguhkan pendirian dan istiqamah terhadap perintah Allah dengan penuh keyakinan.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

1.3 Kerangka Konsep Tajuk

Pengenalan Konsep Akidah Dalam Islam

Definisi dan dalil

Asas Aqidah dalam Islam

Perkara yang merosakkan aqidah

Kepentingan Akidah

1.4 Konsep dan Definisi Akidah Perkataan akidah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud simpulan ikatan tali. Manakala, ilmu akidah ialah ilmu yang perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lain-lain. Akidah menurut pengertian istilah sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah ialah: a) Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan / simpulan atau tali yang tersimpul / perjanjian. b) Maksud ikatan ialah ikatan antara Allah dengan hambanya ada ikatan yang sebenarnya tidak terpisah dan tidak boleh dipisahkan, kerana Allah menjadikan hambanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepadanya dan Allahlah Pentadbir alam dan seluruh makhluknya. Dengan itu, ikatan yang memang tersedia ini di ikat lagi dengan tali (agama) dengan terasnya ialah akidah keimanan kepada ketauhidan Allah, semakin kuat terasnya / tunjangnya, semakin kukuhlah ikatan yang sama sekali tidak mudah terputus. mempelajari dan menyelidiki perkara-perkara tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara samiyyat atau perkara-

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

c) Maksud simpulan ialah simpulan antara Allah dengan hambanya ada simpulan
(simpulan mati) yang sebenarnya tidak boleh diurai atau dirombak dengan begitu mudah, seperti ibarat tali yang disimpul mati, ia tidak boleh diurai lagi kecuali dengan memotongnya dengan pisau, maka terputuslah tali itu, lalu tidak dapatlah digunakan lagi. Begitulah kalau diputuskan simpulan tali (akidah) dengan Allah ini dengan keputusan yang muktamad. d) Maksud Perjanjian ialah perjanjian antara Allah dengan hambanya ada perjanjian yakin pengakuan hamba terhadap Tuhannya yang mengaku bahawa Allahlah Tuhan dan Tuannya yang Maha Berkuasa ke atasnya, mentadbir alam seruajagat ini. Para ulama memberikan maksud yang sama dengan Ibn Taimiyah di atas, iaitu berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan atau pegangan yang diikat erat dan disimpul kuat di dalam hati nurani seseorang yang beriman kepada Allah dan seluruh rukun iman yang lain sehingga tidak mungkin akan terputus. Takrif ini membawa erti, akidah berbeza dengan syariat. Syariat merupakan bebanan kewajipan yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala akidah adalah amalan hati yang berbentuk keyakinan. Akidah juga bukan amalan berbentuk praktik, ia hanya perkara yang bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim yang memepercayainya. Manakala syariat merangkumi ibadat dan muamalat. Menurut Imam al-Ghazzali (1058-1111M) akidah ialah: Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. Daripada takrif yang dikemukakan ini, jelaslah kepada kita bahawa akidah itu mestilah bersumberkan dalil yang pasti dan meyakinkan. Ianya datang dari Allah S.W.T. dan atas dasar inilah terangkum di dalam beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh setiap muslim. Dalil Berpegang Kepada Akidah yang Benar Akidah dalam Islam adalah berkisar perkara-perkara yang datangnya daripada wahyu, al-Quran dan al-Sunnah. Selain daripada sumber-sumber ini bukanlah akidah yang sebenar kerana ia tidak mungkin membuahkan keyakinan dan kepastian. Al-Quran adalah dalil yang paling nyata dan kuat. Antara firman Allah S.W.T.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah; Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, Maka kedatangannya itu tidak menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran). (surah Fatiir : ayat 42)

1.5 Asas Akidah Dalam Islam


Iman adalah sebagai asas akidah Islam, sesuatu amalan tidak akan diterima kecuali dengan iman. Erti beriman dengan Allah Taala ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Taala. Beriman dengan Allah juga bermaksud: a) Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah;

b) Membenarkan dengan yakin akan ke Esaan Allah s.w.t ,baik dalam perbuatanNya
manjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk

c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat


kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu. Firman Allah S.W.T.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu, (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Surah Al-Baqarah:21) Maksudnya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk bumi, langit dan planet-planet lain yang dapat dilihat atau tidak semuanya adalah kepunyaan Allah s.w.t Percaya kepada Allah s.w.t ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah s.w.t maka adanya yang lain-lain itu. Kita perlu mempelajari dan memahami ajaran Allah s.w.t Maksudnya beriman kepada Allah juga sepatutnya kita pelajari dan fahami apa saja yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah s.w.t Selain itu, manusia juga perlu yakin dalam melaksanakan perintah Allah Ss.w.t Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta terbaik. Hukum mempelajari ilmu akidah adalah wajib individu atau fardhu ain ke atas lelaki mahupun perempuan dalam mempelajarinya secara ijmali (umum) dan adalah fardhu kifayah dalam mempelajarinya secara tafsili (terperinci). 1.6 Pembahagian Akidah Berdasarkan pengertian yang diberikan di atas, akidah itu dapat di bahgikan kepada tiga jenis, iaitu: 1. Tauhid Rububiyyah 2. Tauhid Uluhiyyah

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah 3. Tauhid al-AsmWasifat

Tauhid Rububiyyah Tauhid Rubbubiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Iaitu mengEsakan Allah dari sudut perbuatannya. Membawa maksud manusia tidak boleh menganggap atau merasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb. Dialah yang menciptakan menghidupkan dan mematikan serta segala kekuasaan berada padaNya. Firman Allah S.W.T


Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana , mak tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkanDia sendiri, dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka ia adalah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu . (surah al-Anam ayat 17)

Tauhid Uluhiyyah Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah s.w.t sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah s.w.t bersamasama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan Dia sahaja yang layak disembah. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Segala ibadat. Contohnya solat, puasa dan zakat, semua ibadat tersebut dilakukan oleh hambaNya hanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah S.W.T. Justeru itu, manusia tidak boleh mensyirfikkan Allah dan tidak boleh mengharapkan selain Allah. Sebagaimana firman Allah:

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Maksudnya: Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya

Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa. jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. (al-Maidah:73)

Tauhid asma Wasifat Tauhid asma Wasifat membawa maksud mengEsakan Allah dari sudut segala namaNya dan sifat-Nya. Di mana hanya Allah s.w.t yang layak bersifat dan memilih sifat kesempurnaan. Untuk itu kita wajib dan diwajibkan mempercayai dan beriman dengan segala nama dan segala sifat Allah sebagaimana yang terdapat dalam nas . sebagaimana firman Allah s.w.t ;

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Maksudnya: (Dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat . (al-Syura:11) 1.7 Perkara-Perkara Yang Merosakkan Akidah Pintu masuk ke dalam Islam dan seterusnya menjadi seorang yang beriman ialah

dengan ikrar dan tasdiq (mengucap dengan lidah dan membenarkan dengan hati). Sesiapa yang yakin dan beritikad dengan Islam dengan cara itu, maka ia dikira seorang muslim dan tidak akan keluar ke Islamannya kecuali jika muncul daripada ucapan atau perbuatan atau itikad yang bercanggah dengan ikrar dan tasdiqnya terhadap dua kalimah syahadah. Di bawah ini terdapat beberapa contoh yang menunjukkan perbuatan yang telah melanggar ucapan dua kalimah syahadah tersebut sehingga dianggap terbatal syahadahnya:

Syirik Maksud bermaksud: menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya. Iaitu memalingkan suatu ibadah kepada selain Allah. Syirik merupakan dosa yang paling besar. Allah S.W.T. memberitakan bahawa Dia tidak akan mengmpuni dosa syirik, kerana Dia telah menetapkan bahawa Dia sahaja Tuhan yang layak disembah. Dia Maha Pengasih dan rahmatNya amat luas. Firman allah dalam surah an-Nisa : 116

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka Sesungguhnya ia Telah tersesat sejauh-jauhnya Jenis-jenis syirik Syirik Jali Maksud : Perlakuan syirik dilakukan secara terang-terangan, Contoh : menyembah patung dan berhala, menyembah bulan atau matahari, mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan. Akibatnya akidah dan akan mendapat azab di akhirat. Syirik Khafi Maksud :Tidak meletakkan Allah s.w.t sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat. Contoh : riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ujub (mengagumi diri sukar menerima pandangan orang lain. Rasulullah s.a.w sendiri), takbur (membangga diri) Akibat : dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat; bersabda maksudnya: Bahawa sesungguhnya jampi-jampi (yang bukan menggunakan nama Allah atau doa-doa yang mulia yang diterima dari Nabi) maka memakai azimat adalah syirik. Kesan terhadap pegamal syirik membatalkan iman seseorang. Orang yang mengamalkan perbuatan itu berlaku kerosakan

Syirik akan

dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah s.w.t. Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik seterusnya boleh mencemarkan kesucian agama Islam. Cara untuk menjauhi syirik di kalangan masyarakat

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Umat Islam hendaklah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan Islam yang benar, pendedahan tentang Islam serta penghayatannya perlu diberi sejak asas pendidikan bermula lagi. Seterusnya umat Islam hendaklah faham tentang bahaya perbuatan syirik itu sendiri, ia bukan sahaja melemahkan individu bahkan juga boleh meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat, agama dan negara secara menyeluruh. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan penting ke arah memberi pendedahan yang betul tentang konsep dan kefahaman Islam yang sebenar terhadap masyarakat. Bagi guru, proses menanam akidah memerlukan kesabaran yang tinggi serta cabaran yang besar. Lakukanlah cara terbaik terhadap mereka demi untuk menyempurnakan didikan akidah sebagai teras ajaran Islam. Kufur Kufur bemaksud tidak percaya kepada Allah s.w.t serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w, implikasi mengingkari kekuasaan Allah s.w.t dan Kenabian membawa kepada pengingkarian terhadap syariat sekaligus membawa seseorang itu mengingkari rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Contoh : Menolak kepercayaan hari pembalasan, menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa, menyatakan berpuasa ekonomi dan lain-lain. Manakala kufur Nikmat bermaksud : nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan. ramadhan melemahkan

Mengingkari Allah sebagai pemberi dan lain-lain.

Contoh : menggunakan nikmat kejalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat / sedekah

1.8 Faktor-faktor membawa kekufuran

Pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala.

Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan.

Kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup.

10

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Riddah Riddah bermaksud berpaling atau keluar daripada agama Islam. Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sesorang itu boleh dianggap murtad melalui 3 cara:

Iktikad

: Apabila berniat hendak meninggalkan agama Islam.

Perkataan : Apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam. Perbuatan : Menganut agama selain daripada agama Islam.

Faktor yang menyebabkan riddah ialah disebabkan oleh lemah pegangan agama, jahil tentang akidah dan hukum-hukum Islam, terpengaruh dengan tawaran kebendaan. Implikasi Setelah murtad/riddah apabila seorang itu telah murtad atau terkeluar dari Islam mahu atau tidak mereka terpaksa menerima kesan pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Hubungan suami isteri akan terfasakh, haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam dan haram dikebumikan diperkuburan Islam serta menjadi penghuni neraka buat selama-selamanya. Cara Berhadapan Dengan Orang Murtad, Sebagai seorang muslim dengan Allah s.w.t, sudah tentu merasa yang beriman

sensitif apabila melihat saudara seagamanya

keluar dari agama Islam. Justeru itu kita bertanggungjawab untuk memberi nasihat supaya dia bertaubat ( sebanyak 3 kali ) dan kembali kepada agama Islam. Sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh (hukuman had yang disyariatkan). Memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf. menguatkuasakan hukum hudud. Antara hikmah Islam Menganjurkan Hukuman Bunuh Terhadap Orang Murtad ialah; Pemerintah hendaklah

Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam. Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huruhara.
Langkah Mengelakkan Diri Daripada Murtad

11

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah.

Mendalami ilmu-ilmu agama dengan memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam.

Memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad. Kemudian mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad.

Khurafat Khurafat bermaksud Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat. Contohnya: Mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang. Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial. Membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat. Faktor perbuatan khurafat masih lagi wujud dikalangan umat islam Iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar

membezakan amalan benar dan khurafat. Terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat. Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal. Cara menangani dan membenteras amalan khurafat dikalangan masyarakat Islam ialah dengan cara menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlismajlis ilmu di semua lapisan masyarakat. Mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat.

12

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat, kerana akibat buruk jika mempercayai / mengamalkan perbuatan khurafat yang menyebabkan syirik dan terbatal iman, membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia. Di samping itu ia juga menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik.

1.9 Kepentingan Akidah Kepentingan Akidah ialah : Melahirkan manusia yang kuat berusaha mencari kehidupan yang baik di dunia ini dengan penuh keyakinan diri dan keyakinan terhadap janji Allah akan mengurniakan kehidupan yang baik tanpa berserah bulat kepadanya. Menjadikan manusia tidak mudah putusasa, kecewa dan hilang harapan terhadap kegagalan dan bencana yang menimpanya, lantaran ianya adalah takdir Allah yang tentunya ada kebaikan kepada manusia. Membentuk jiwa manusia yang teguh, murni, hati yang baik dan sejahtera yangmemungkinkan tindakan yang betul dan elok serta tidak mudah tergoda dan digoda oleh mana-mana anasir jahat. Membina kehidupan manusia bermaruah tinggi, berhemah, berfikiran positif, rasional dalam amalan dan perbuatan. Namun sentiasa selaras dengan kehendak Allah Meletakkan manusia sentiasa bersiap sedia menghadapi kematian, kerana ia tidak diketahui bila akan berlaku, tanpa meninggalkan tanggungjawab dan amanah yang perlu di laksanakan di dunia. KESIMPULANNYA Secara keseluruhannya, akidah adalah perkara pokok yang wajib dipelajari dan difahami oleh setiap umat Islam. Individu yang ingin mempelajari dan berpegang kepada akidah Islamiah secara istiqamah akan membawa kejayaan cemerlang dalam hidupnya. Secara

13

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah tidak langsung, ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu, tinggi amalannya dan terpuji akhlaknya dan akan mencapai kejayaan hidup cemerlang dunia dan akhirat.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

TUGASAN

Jelaskan maksud Akidah mengikut Ibn Taimiyyah Nyatakan perbezaan antara tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan al-Asma wa sifat Senaraikan aktiviti yang ssuai bagi memantapkan akidah di kalangan peajar sekolah

Tajuk 2

Pendidikan Akidah Sekolah Rendah

2.

Akidah Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

2.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi, topik ini akan membincangkan tajuk akidah dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah. Fokus utama yang menjadi perbincangan kita ialah tentang syahadah, sifat-sifat Allah, perkara samiyyat, rukun Islam dan rukun iman. Diharapkan para pelajar memberi perhatian dan tumpuan yang lebih terhadap tajuk ini kerana ia lebih bertumpu kepada pemahaman konsep dan penjelasan istilah dalam kaedah Akidah Islamiah. 2.2 Hasil Pembelajaran

14

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah 1. Menjelaskan konsep dua kalimah syahadah 2. Menjelaskan maksud Asma al-Husna 3. Menghuraikan konsep rukun Iman dan rukun Islam 4. Menyenaraikan implikasi rukun iman dan rukun Islam terhadap kehidupan masyarakat

2.3 Kerangka Konsep

15

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

16

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

2.4 Konsep, Lafaz dan hukum dan dalil mengucap dua kalimah syahadah Definisi syahadah bererti ikrar, iktiraf, itikad, pengakuan, pengiktirafan dan persaksian. Seseorang yang bersyahadah mempercayai kebenaran apa yang disaksikan. Apa. yang dimaksudkan dengan dua kalimah syahadah ialah menafikan ketuhanan kepada sesuatu selain Allah s.w.t dan menetapkan bahawa sifat ketuhanan hanya bagi Allah s.w.t sahaja. Syahadah ke dua ialah mengenai ketetapan Nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNya.

Lafaz kalimah syahadah ialah

Maksudnya: Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Pesuruh Allah s.w.t Hukum Melafazkan Syahadah `Setiap orang yang melafazkan syahadah dengan kerelaan hatinya adalah Muslim. Ia mempunyai hak dan kewajipan menurut syariat Islam dan wajib mematuhi syariat Islam serta terikat dengan peraturan dan undang-undang Islam. Mengucap dua kalimah syahadah setelah baligh ( cukup umur ) adalah fardu ( wajib ) sekali seumur hidup bagi setiap mukallaf. Sekiranya tidak ia dikira menderhaka

( )

sepanjang hidupnya dan sekiranya ia mati maka ia dikira mati dalam

keadaan mendurhaka. Dalilnya pula ialah sebagaimana menurut hadis Rasulullah s.a.w:


Sebaik-baik apa yang aku katakan dan nabi-nabi sebelumku ialah kalimah Tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad Pesuruh Allah ( Riwayat Imam Malik, Al-Muwatta )

2.4.1 Hubungan Konsep Syahadah Dengan Kehidupan muslim Apabila seseorang itu melafazkan dua kalimah syahadah bermakna individu tersebut telah melakukan ikatan kontrak, implikasinya unsure syahadah ini harus diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, syahadah berkait erat dengan; Secara amnya;

17

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Dari segi akidah beriman dengan rukun iman dan kandungannya Dari segi ibadat melaksanakan semua Rukun Islam Dari segi syariat melaksanakan segala peraturan dalam kehidupan sama ada berkaitan kekeluargaan,politik,ekonomi,sosial,pendidikan dan lain - lain Dari segi akhlak berakhlak dengan akhlak Islam sama ada dalam urusan dengan Allah, manusia dan makhluk lain

Secara khusus : Redha bahawa Allah sahaja yang disembah Tiada yang ditakuti melainkan Allah Menerima sepenuhnya syariat Allah Bersyukur kepada Allah atas nikmatNya Mengikut & mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w Pengakuan bahawa tiada yang aku cinta melainkan Allah Tiada yang lebih besar dan agung melainkan Allah s.w.t Bertawakal dan meminta pertolongan kepada Allah

2.4.2.Tuntutan Beriman dengan Dua Kalimah Syahadah a. Menerima sepenuhnya syariat Allah Firman Allah: Terjemahannya: " Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan Hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan".

18

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Terjemahannya: Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum)

siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? b. Mengikut Rasulullah s.a.w dan mengkuti panduannya dalam setiap urusan hidup Firman Allah:

Terjemahannya: " Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya ". c. Bertawakkal dan meminta pertolongan kepada Allah dalam setiap perkara Sabda Rasulullah s.a.w:


Terjemahannya: Apabila kamu meminta sesuatu , mohonlah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan daripada Allah.

d. Taat kepada siapa yang mentaati Allah dan memusuhi siapa yang memusuhi
Allah s.w.t

19

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Terjemahannya: " Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau Saudarasaudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang Telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung . Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa setiap muslim yang melafazkan Dua kalimah Syahadah dituntut supaya sentiasa memelihara semua perkataan, perbuatan dan pengakuan selaras dengan syahadah. Seseorang itu dilarang melakukan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan syahadah. 2.4.3.Perkara yang membatalkan syahadah

1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana didalam firman Allah swt :-


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), .[maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. [An-Nisaa': 48

2. Pengambilan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdoa atau beribadah kepada Allah. Sebagaimana firman Allah swt :-


20

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Maksudnya: Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). [Az-Zumar : 3] 3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan agama mereka. 4. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum ciptaan manusia daripada hukum-hukum Nabi s.a.w, atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt :-

21

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), ( maka mereka itulah orang-orang yang kafir. ( Al-Maidah : 44 5. Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :


Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. (Muttafaq `Alaih) 5. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam. Sebagaimana firman Allah swt :


22

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Maksudnya:

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu)

tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermainmain. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. [AlTaubah : 65-66] 6. Melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau ridha terhadapnya. Firman Allah swt :-

23

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Maksudnya: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui [Al-Baqarah :102]. 7. Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan memusuhi kaum muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :-


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orangorang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [Al-Maaidah : 51)

24

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah 8. Sesiapa yang menyangka bahwa orang-orang boleh keluar dari syari'at Islam, maka orang itupun batal Islamnya dan menjadi orang kafir. Firman Allah swt :-


Maksudnya: "Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. " [Al-Nisaa :60]. 9. Barangsiapa yang acuh (lekeh) kepada agama Islam, tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya, maka orang itu adalah orang kafir. Firman Allah swt :-


Maksudnya: Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal di dalam (azab)

25

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu . [Al-Thaha :99-101) Di samping itu, syahadah juga terbatal disebabkan oleh beberapa perkara iaitu; 1. Mengengkari sifat Rubbubiyyah Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.


Maksudnya: Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)

2. Mengengkari sifat Uluhiyyah Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Maksudnya: Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan. (Al-Fatihah : 5) Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

26

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Maksudnya: Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)?. (Az-Zukhruf : 87) 3. Mengengkari Asma Allah dan sifat-sifat-Nya a. Kafir Nafi Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang. b. Kafir Isbat Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah. 4. Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya. Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.

2.5 Konsep Rukun Iman Pengertian Iman dari sudut bahasa bermaksud tasdiq iaitu membenarkan, percaya dan amanah. Iman dari sudut istilah membawa maksud seperti berikut, iaitu:

Tasdiq atau membenarkan Allah, malaikat-malaikat dan lainnya seperti yang terkandung dalam Rukun Iman Menurut Abu Hasan al-Asyari, iman ialah membenarkan Allah dan RasulrasulNya dan kepercayaan itu tidak sah kecuali dengan mengenal Allah Iman dalam erti kata lain juga membawa maksud membenarkan Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap apa yang dibawa baginda tanpa sebarang keraguan sedikit pun.

Iman itu membenarkan dalam hati, mengucapkan dengan lidah dan melakukan amalan dengan anggota.

27

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Pengertian iman ini jelas difahami daripada hadis riwayat Abu Hurairah di mana Malaikat Jibrail a.s. bertanya kepada Rasululllah s.a.w:

:
Maksudnya: " Apakah iman itu? Jawab Rasulullah s.a.w: Iman ialah percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, bertemu denganNya, para RasulNya serta percaya kepada Hari Kebangkitan". Pengertian Iman dan Islam , walaupun mempunyai erti yang berbeza dari sudut bahasa tetapi mempunyai erti yang sama dari sudut syarak. Para ulama salaf seperti Ibn Mindah, Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al-Asqalani berpendapat kedua-duanya mempunyai nama yang berbeza tetapi memberi erti yang sama. 2.5.1. Huraian Rukun Iman Pengertian Iman secara umumnya bermaksud keimanan dengan semua Rukun Iman yang enam dan mematuhinya, seperti mana dinyatakan dalam firman Allah yang berikut :


Terjemahannya: Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." ( Surah Al-Baqarah : 285 ) Berpandukan beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, pengertian Iman dan Islam membawa maksud yang sama. Sekalipun begitu, terdapat juga dalil yang memberikan

28

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah pengertian berbeza antara keduanya dan dalam ayat tertentu pula menunjukkan bahawa Iman dan Islam adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud yang sama adalah sepertimana terdapat dalam firman Allah yang berikut;


Terjemahannya: Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, Maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri." ( Surah Yunus: Ayat 84 ) Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud yang berbeza adalah sepertimana terdapat dalam firman Allah yang berikut;


Terjemahannya: Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami Telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi Katakanlah 'kami Telah tunduk', Karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Iman yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah tasdiq iaitu kepercayaan di dalam lubuk hati. Manakala Islam yang dimaksudkan ialah penyerahan atau kepatuhan lahir dengan lisan dan semua anggota. Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud saling melengkapi dari sudut amalan adalah sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang berikut;

29

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

:
Terjemahan: Nabi ditanya tentang amalan yang utama, Nabi menjawab: Beriman kepada Allah dan rasulNya kemudian berjihad, kemudian haji yang mabrur. 2.5.2. Implikasi beriman kepada Rukun Iman Setiap mukmin hendaklah memahami Rukun Iman secara sepadu dan menyeluruh. Rukun Iman hendaklah diyakini serta dihayati dalam semua aspek kehidupan. Keimanan akan memberi impak yang besar ke atas diri seseorang mukmin sama ada hati, pemikiran, perbuatan dan perkataan. Setiap mukmin yang beriman dengan Rukun Iman yang enam adalah insan yang bertanggungjawab memelihara iman agar sentiasa mendapat keridhaan Allah dan berada pada jalan yang benar. Hakikatya keimanan akan melahirkan dan membentuk insan yang taat kepada Allah dan Rasul, yakin pada setiap ketentuan Allah dan bersedia kembali kepada Allah dalam keadaan ridha dan diridhai. Huraian tentang beriman dengan rukun iman adalah sebagaimana berikut:

Mukmin yang beriman dengan Allah mempercayai bahawa Allah s.w.t itu wujud dan Dia merupakan Tuhan yang maha Esa, Maha Mencipta dan Maha Berkuasa. Allahlah yang menjadikan semua makhluk dalam alam dan menguruskan perjalanan alam ini . Oleh itu setiap mukmin akan sentiasa menjaga hubungan dengan Khalik , mentaati suruhan dan meninggalkan laranganNya, berhati-hati dalam tindakan ( taqwa ), hanya bermohon kepada Allah dan mengamalkan akhlak mulia terhadap sesama manusia dan makhluk lain. Pada masa yang sama setiap mukmin akan sentiasa berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan meninggalkan laranganNya apalagi syirik kepadaNya

Keimanan kepada Malaikat pula menuntut setiap mukmin berwaspada dalam tindakan kerana sentiasa ingat tentang kehadiran para malaikat yang mencatat amalan baik dan buruk. Keyakinan ini menjadikannya rajin beramal ibadat dan sentiasa membuat kebajikan sebagai persediaan untuk mendapat syurga dan dijauhi dari azab neraka di akhirat nanti.

30

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Keimanan kepada Kitab-kitab Suci pula menuntut setiap mukmin supaya berpegang teguh dengan Kitab sebagai panduan dalam kehidupan . Mukmin akan rajin membaca Al-Quran dan berusaha memahami dan melaksanakan perintah Al-Quran Beriman dengan rasul ialah supaya setiap mukmin menjadikan para rasul sebagai teladan terbaik dalam kehidupan. Setiap mukmin akan mentaati perintah Rasullullah s.a.w , sentiasa merujuk sirah Rasulullah s.a.w , mengamalkan sunnah baginda s.a.w serta rajin berselawat atas Nabi,keluarga dan sahabat baginda Beriman dengan Hari Akhirat, mendidik setiap mukmin agar menjadikan Akhirat sebagai matlamat dan dunia adalah alat ,hidup di dunia ini kehidupan di alam akhirat adalah kekal abadi Beriman dengan Qada dan Qadar pula menjadikan seseorang mukmin itu ridha dengan ketentuan Allah, yakin bahawa setiap kejadian ada hikmahnya dan bersangka baik dengan Allah 2.6 Konsep Rukun Islam Pengertian Islam Pengertian Islam pada bahasa ialah Tunduk , patuh dan berserah Selamat Taat, damai, aman dan tidak ada kecacatan baik dari sudut zahir mahupun dari sudut batin Antara ayat Al-Quran yang menunjukkan pengertian di atas ialah seperti berikut: adalah untuk membuat kebaikan , sentiasa ingat dan bersedia untuk mati kerana yakin bahawa

31

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Terjemahannya: Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". ( Surah AlBaqarah: Ayat 131 ) Firman Allah lagi:


Terjemahannya: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" ( Surah Fussilat: Ayat 33 )

Pengertian Islam pada istilah adalah seperti berikut: Mentauhidkan Allah, patuh kepada perintahNya, akur dan ikhlas beribadat dengan apa yang dibawa daripada Allah melalui RasulNya Tunduk, patuh serta menjunjung segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w Islam adalah agama yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t Menurut Ibnu Manzur Muhammad s.a.w Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan ialah: i. Firman Allah: dalam kamusnya Lisanul Arab, Islam bermaksud melahirkan ketaatan dengan melakukan segala syariat yang dibawa oleh nabi

32

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Terjemahannya: Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), Maka Katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku". dan Katakanlah kepada orang-orang yang Telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi[190]: "Apakah kamu (mau) masuk Islam". jika mereka masuk islam, Sesungguhnya mereka Telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, Maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). dan Allah Maha melihat akan hamba-hamba-Nya. (Surah Al- Imran : Ayat 20 )

ii. Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah , ketika malaikat Jibrail bertanya baginda di daalm satu majlis:

: ( )
iii. Hadis riwayat Ibnu Umar r.a., baginda bersabda:

( )
Berdasarkan defniisi Islam pada bahasa dan istilah dapat dirumuskan bahawa Islam adalah: Islam adalah agama Samawi Islam bererti selamat sejahtera dan aman Islam bermaksud tasdik atau membenarkan Islam bermaksud tunduk dan patu kepada segala perintah Allah Islam adalah agama fitrah yang sesuai dengan kejadian manusia dan semua makhluk 2.6.1. Huraian Rukun Islam Rukun Islam ada lima perkara iaitu:

33

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah 1. Mengucap dua kalimah syahadat Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya Bermaksud , dengan syahadat kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya. 2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam Solat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu: Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya. Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. 3. Mengeluarkan Zakat Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah. Zakat dari segi syara bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan

34

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongangolongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada pihak berkuasa menguruskannya. Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

4. Berpuasa di Bulan Ramadan


Firman Allah s.w.t; Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. 5. Mengerjakan Haji Di Baitullah

Haji dalam syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wukuf di Arafah dengan menurut syaratsyaratnya serta menunaikan segala yang wajibnya. Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. i. Implikasi beriman kepada Rukun Islam

1. Membentuk sikap dan peribadi seorang muslim supaya ia sentiasa konsisten


dalam mengerjakan ibadah. Contohnya seorang muslim berpuasa dalam bulan ramadhan ia digal;akkan juga berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis serta puasa-puasa sunat yang lain.

35

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

2. Dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh


Allah s.w.t setipa masa kerana merasakan diirinya sentiasa dalam lindungan dan pengawasan Allah s.w.t. 3. Dapat menahan nafsu amarah daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. 4. Mendidik akal dan roh manusia supaya sentiasa berfikir ke arah kebaikan diri dan kesejahteraan umat. 5. Mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t dan dipandang mulia oleh masyarakat. 6. Dapat menjalinkan rasa kesatuan dan silaturahim serta saling menghormati antara satu sama lain sebagaimana yang diperaktikkan dalam ibadat haji. 7. Mewujudkan rasa saling bergantungan, tolak ansur, toleransi dan berkerjasama melalui amalan zakat.

2.7 Sifat-sifat dan nama-nama Allah (Tauhid Asma Wassifat) Allah s.w.t. itu bersifat Esa. Allah itu satu, tidak dua, tidak tiga dan tidak lebih daripada itu serta Dia tidak juga berupa kumpulan yang bergabung menjadi satu. Justeru, kita wajib beriman bahawa Allah itu Maha Esa. Allah s.w.t. mempunyai beberapa sifat yang menunjukkan Maha SempurnaNya Dia. Dengan sifat-sifat itu, kita kenal dan yakin bahawa Allah itu Maha Sempurna dan Maha Bijaksana. Allah juga Maha Esa dalam mencipta dan menjadikan sesuatu, yakni tidak ada yang lain yang membantuNya atau bersama-sama denganNya. Dengan itu, mari kita lihat pula dalil naqli dan dalil aqli yang berkaitan. 2.7.1 Beriman dengan Asmaul Husna Ia menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk beriman dengan Asma al Husna dan yang lebih baik adalah untuk kita menghafalnya 99 Nama-nama Allah s.w.t. Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa nama-nama Allah s.w.t. itu adalah sebanyak 99 nama.Maksudnya:

36

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu memiliki 99 nama, sesiapa menyempurnakannya memerhati dan memikirkan tujuan maknanya serta beramal dengan tuntutan maknanya), nescaya mereka akan memasuki syurga (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Said Ibrahim (1999) menjelaskan bahawa setiap satu daripada sifat-sifat Allah s.w.t. itu, adalah menggambarkan sifat-sifat Allah Yang Maha Kuasa, manakala setiap satu daripada nama-nama Allah yang sebanyak 99 nama itu menunjukkan suatu sifat atau beberapa sifat bagi Allah s.w.t. Contoh: Nama Allah al-Alim (Allah Yang Maha Mengetahui) adalah menunjukkan Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat ilmu. Nama al-Qadir pula menunjukkan sifat qudrat Allah s.w.t. Nama as-Samak pula menunjukkan Allah s.w.t. adalah Maha Mendengar dan begitulah seterusnya. 2.7.2 Beriman dengan Nama as-Salam Maksud as-Salam mengikut Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) menghuraikan maksud nama Allah s.w.t. as-Salam ini sebagai Yang Maha Menyelamat atau Pemberi Keselamatan kepada seluruh makhluk. Allah s.w.t. juga Penyelamat Hakiki yang wajib dipohon keselamatan daripadaNya. Justeru kita dituntut berdoa: Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah Penyelamat, daripada Engkaulah keselamatan dan kepada Engkaulah kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami ya Tuhan kami dengan keselamatan dan masukkanlah kami ke dalam syurga Darus Salam. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan kemuliaan. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

2.7.3 Beriman dengan Nama al-Hadi


Maksud al-Hadi menurut Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) sekali lagi menjelaskan maksud Allah Yang Maha Indah ini. Al-Hadi sebenarnya bermaksud Yang Memberi Petunjuk dan Hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya. Firman Allah s.w.t.:

37

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) lantas memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya ( al-Ala 87:3)
Ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada makhlukmakhlukNya sebagai pedoman bagi mereka meneruskan kehidupan mereka di dunia ini dengan sebaik-baiknya. Allah s.w.t. juga Maha Bijaksana menyediakan atau menunjukkan kepada hamba-hambaNya jalan kebaikan serta menguji manusia dengan jalan kejahatan di alam fana ini. Firman Allah surah al-Balad ayat 10:


Terjemahannya: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi). 2.8 Konsep Dosa dan pahala
Dosa ialah suatu kesalahan atau kejahatan yang akan mendapat balasan azab daripada Allah s.w.t. kepada orang yang melakukannya. Contoh: Mencuri, meminum arak, berjudi, menderhakai ibu bapa, menipu, menerima rasuah dan sebagainya. Maka pembalasan azab itu sebagai kawalan kepada manusia supaya meninggalkan perkara-perkara yang ditegah termasuk perkara-perkara yang makruh yang boleh merosakkan diri dan masyarakat. Sebagai contoh, menagih dadah dan merompak adalah perbuatan dosa yang dimurkai Allah.

Pahala pula merupakan suatu kebaikan yang akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t. kepada sesiapa yang patuh dan taat kepada perintahNya, termasuk melakukan amalan-amalan sunat dan sebagainya.Pemberian atau pengurniaan pahala itu adalah sebagai perangsang dan motivasi kepada manusia untuk mereka melakukan perkara-perkara kebaikan untuk diri dan masyarakat seluruhnya. Balasan itu berupa pembalasan nikmat yang tidak terhingga di dalam syurga yang kekal abadi. Contoh: Menunaikan solat, berpuasa, memberi derma, membaca al-Quran, menghormati ibu bapa, memberi dan menjawab salam, membantu golongan miskin dan sebagainya. : Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam surah al-Zalzalah

38

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Terjemahannya:. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula

Buat huraian tentang perkara di bawah ini berdasarkan grafik. Huraian Rukun Islam satu persatu dan kepentingan rukun Islam kepada kehidupan masyarakat.

Konsep dosa dan pahala Untuk lebih memahami kedua-dua istilah ini, maka Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) telah menghuraikan kedua-duanya sebagaimana Rajah 4.5 berikut:

Dosa ialah suatu kesalahan atau kejahatan yang akan mendapat balasan azab daripada Allah s.w.t. kepada orang yang melakukannya. Contoh: Mencuri, meminum arak, berjudi, menderhakai ibu bapa, menipu, menerima rasuah dan sebagainya. Maka pembalasan azab itu sebagai kawalan kepada manusia supaya meninggalkan perkara-perkara yang ditegah termasuk perkara-perkara yang makruh yang boleh merosakkan diri dan masyarakat. Sebagai contoh, menagih dadah dan merompak adalah perbuatan dosa yang dimurkai Allah ( rujuk Rajah 4.6). Pahala pula merupakan suatu kebaikan yang akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t. kepada sesiapa yang patuh dan taat kepada perintahNya, termasuk melakukan amalan-amalan sunat dan sebagainya.Pemberian atau pengurniaan pahala itu adalah sebagai perangsang dan motivasi kepada manusia untuk mereka melakukan perkara-perkara kebaikan untuk diri dan masyarakat seluruhnya. Balasan itu berupa pembalasan nikmat yang tidak terhingga di dalam syurga yang kekal abadi. Contoh: Menunaikan solat, berpuasa, memberi derma,

39

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

membaca al-Quran, menghormati ibu bapa, memberi dan menjawab salam, membantu golongan miskin dan sebagainya Rajah 4.5: Dosa dan pahala (Abdul Aziz Umar Ahmad, 1995)

2.9. Perkara perkara Samiyyat 1. Hari Kiamat: Untuk menjelaskan dan membincangkan berkaitan persoalan hari Kiamat ini, maka tumpuan diberi kepada pendapat Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang berpendapat bahawa hari Kiamat itu pasti berlaku dan akan berlaku nanti. Dalam membawa pegangan tersebut, mereka berdasarkan dalil Naqli dan Aqli. Dalil Naqli yang mereka gunakan ialah sebagaimana firman Allah dalam Surah Taha ayat 15, Antara lain lagi, golongan Ahlus Sunnah berpegang dengan pendapat bahawa berlakunya Hari Kiamat dengan membawa dalil Aqli, antaranya ialah alam semesta ini yang terdiri dari langit, bumi, manusia dan segala ciptaan Allah adalah baru. Maka setiap yang baru pasti akan binasa dan berlakulah hari Kiamat. Walau pun Kiamat itu suatu peristiwa yang pasti akan berlaku tetapi masanya tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah jua. Walau bagaimana pun terdapat beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang menyatakan beberapa alamat sebagai tanda masa akan tibanya hari kiamat. Firman Allah dalam ayat 18, Surah Muhammad; 2. Hari Pembalasan a. Konsep pembalasan :

i. Semua amalan manusia, sama ada baik atau buruk akan mendapat balasan dari
Allah pada Hari Kiamat nanti. Golongan yang melakukan kebaikan akan mendapat ganjaran syurga yang dipenuhi nikmat, sementara orang yang berdosa akan diberi balasan yang setimpal iaitu dimasukkan ke dalam neraka dan menerima azab siksa. Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286.

40

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

ii. Allah menentukan peraturan dan menyatakan pembalasannya sebagaimana


firman Allah dalam surah An-Nisa Ayat 93

41

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Maksudnya: Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja Maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.

iii. Pembalasan itu menunjukkan keadilan Allah sebagaimana firmannya dalam surah
An-Nisa ayat 40


Maksudnya:


kamu tahu,

Sesungguhnya Allah-lah yang


Tidakkah mempunyai kerajaan langit dan bumi, disiksa-Nya siapa yang dikehendakiNya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

b. Bahagian pembalasan

i. Pembalasan akan berlaku sejak di dunia lagi, sama ada baik atau buruk . Ini
ditegaskan dalam firman Allah surah Al-Araf ayat 96


42

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Maksudnya: Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

ii. Pembalasan di alam Barzakh terdiri dari dua bentuk iaitu pembalasan baik /
nikmat atau buruk / azab . Semuanya bergantung kepada amalan yang dilakukan oleh seseorang semasa hayatnya di dunia, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 46

Maksudnya: sombong.

Kepada Fir'aun dan pembesar-pembesar kaumnya,

Maka mereka Ini takbur dan mereka adalah orang-orang yang

Balasan baik di alam barzakh dinyatakan dalam firman Allah surah Ali Imran ayat 169


Maksudnya: Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.

43

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

iii. Pembalasan di Padang Mahsyar bermula dengan kebangkitan dari kubur, di


mana setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing, sepertimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 33 42


Maksudnya: Dan apabila


datang suara yang memekakkan (tiupan

sangkakala yang kedua). Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya. Dari ibu dan bapaknya. Dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. Banyak muka pada hari itu berseri-seri. Tertawa dan bergembira ria. Dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka Itulah orang-orang kafir lagi durhaka.

44

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

iv. Balasan Syurga . Pembalasan ini merupakan kemuncak pembalasan nikmat


terhadap setiap hamba mengikut apa yang diusahakan di dunia sepertimana firman Allah dalam surah Al-Haqqah ayat 19-22


Maksudnya: Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, Maka dia berkata: "Ambillah, Bacalah kitabku (ini)". Sesungguhnya Aku yakin, bahwa Sesungguhnya Aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diridhai. Dalam syurga yang tinggi.

v. Bagi mereka yang menerima kitab amalannya dari tangan kiri maka balasannya
ialah dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah dalam surah AlHaqqah ayat 25 - 31


45

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah


Maksudnya: Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, Maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini). Dan Aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku. Hartaku Wahai kiranya kematian Itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. daripadaku." lehernya. nyala.

sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-

3 STRATEGI P&P DAN APLIKASI KAEDAH ( 5 JAM )

a.

Sinopsis:

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai strategi dan perkaedahan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kandungan unit ini membolehkan

46

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran membina rancangan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran yang di ajar.

b.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir kursus ini peserta dapat: 1. Menggunakan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan. 2. Mengubahsuai penggunaan kaedah pembelajaran mengikut situasi pendidikan semasa. 3. Mereka cipta kaedah pengajaran yang sesuai dengan perkembangan pendidikan 4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran pembelajaran 5. Menjalankan penyelidikan pendidikan secara sitematik dan berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

c.

Kerangka Konsep:

d.
i.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Konsep Strategi Merujuk kepada kebijaksanaan memilih suatu pendekatan dan kecekapan

merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan

47

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Antara strategi p&p dalam KBSR ialah: Strategi penggabunglinan kemahiran Strategi penyerapan isi pelajaran Strategi pemusatan guru, pelajar, bahan dan tugasan

Definisi Strategi ialah Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. - Kamus Dewan (1998)

Klasifikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Pemusatan Guru Kaedah dan Teknik
Penerangan Demonstrasi Syarahan Pengajaran berkumpulan Pengajran mikro Bercerita Keseluruhan kelas

Pemusatan Bahan Kaedah dan Teknik


Audio-visual Penggunaan komputer Penggunaan bahan cetak Pengajaran pembelajarn Projek

Pemusatan Murid Kaedah dan Teknik


Inkuiri- penemuan Perbincangan Penyoalan Penyelesaian masalah Main peranan Sumbangsaran Pembelajaran melalui pengalaman

kesepaduan
Modul Penggunaan buku teks

dan buku rujukan

Strategi merangkumi semua aspek persediaan dan pelaksanaan p &p, meliputi aspek pendekatan, teknik dan kaedah. Rajah berikut dapat menjelaskan perbezaan antara istilah-istilah berkenaan PENDEKATAN Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan Mendokong sesuatu teori TEKNIK merujuk kemahiran guru mengelola KAEDAH Siri tindakan guru yang sistematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih Mendokong pendekatan dipilih

STRATEGI Kebijaksanaan memilih pendekatan,

48

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah digunakan dalam langkah pengajaran perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih 3.4.2. Konsep Pendekatan

kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran Lebih mengambil kira objektif jangka panjang Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya

Bermaksud mendekatan sesuatu dan dalam konteks bilik darjah

merujuk kepada cara objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran.

Pendekatan

biasanya

berasaskan

suatu

teori pengajaran

dan

pembelajaran, contohnya: pedekatan induktif adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif - Teori Taba. Definisi Pendekatan Satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran - Edward M. Anthony (1963) Pendekatan wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan falsafah agama Islam dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri. Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan satu pendapat, falsafah atau satu pengajaran, tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran.

Daripada konkrit kepada abstrak Daripada mudah kepada kompleks Daripada keseluruhan kepada bahagian

49

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

Daripada umum kepada spesifik (deduktif) Darpada spesifik kepada umum (induktif) Daripada dekat kepada jauh Daripada diketahui kepada belum diketahui

Huraian Definisi Pendekatan Pendekatan didalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Pendekatan Induktif Pengajaran bermula daripada sesuatu aplikasi dan contoh yang khusus diikuti dengan prinsip,hukum, teorem atau peraturan. Konsep-konsep Induktif mengandungi elemenelemen berikut, iaitu: 1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hokum. 2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. 3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh tertentu. 4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran. 5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.

Ciri-ciri Pendekatan Induktif: 1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan. 2. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan pengetahuan. 3. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untuk menguasai sesuatu kemahiran. 4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit. 5. Menekankan penglibatan murid secara aktif.

50

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah 6. Banyak aspek lisan. Pendekatan Deduktif Pengajaran bermula daripada sesuatu rumus, prinsip,hukum, teori atau peraturan diikuti dengan aplikasinya keatas contoh yang khusus. Konsep Deduktif mengandungi langkah-langkah berikut: 1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hokum. 2. Set produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum. 3. Menganalisi fakta yang membentuk generalisasi. 4. membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus. Pendekatan Eklektif ii.

Menggunakan pelbagai kaedah. Menggalakkan usaha dan daya kreativiti guru Banyak mengggunakan latihan dalam pengajaran Konsep Teknik: Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah. Merangkumi aktiviti, perlakuan, dan kemahiran guru yang digunakan dalam

pengajaran.

Cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya: dalam

keadah bercerita, teknik seperti teknik menyoal.

iii.

Konsep Kaedah Suatu siri tindakan guru yang sistematik dan berurutan serta bertujuan

mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.

Cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau

teratur.

51

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Kaedah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Contohnya: dalam pendekatan induktif kaedah-kaedah seperti kaedah dapatan, inkuiri, kaedah projek, kaedah penyelesaian masalah boleh digunakan . Namun demikian, anda tidak perlu terikat dengan kaedahkaedah yang disediakan di atas kerana ia hanyalah satu cadangan. Anda boleh menggunakan kombinasi kaedah lain yang sesuai untuk diterapkan dalam P&P mengikut kesesuaian waktu mengajar, jumlah murid, topik yang diajar dan kebolehan serta kemampuan murid anda. Kaedah-kaedah pengajaran dan Pembelajaran Akidah: Dalam pengajaran dan pembelajaran Akidah pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah syarahan, penerangan, kuiz, perbincangan, sumbang- saran, inkuiri, soal jawab, cerita dan sebagainya Penerangan dan huraian Kaedah P&P Asas Ulum Syariah (Akidah) Tahun 4 seperti perbincangan, inkuiri, soal jawab dan kuiz dinyatakan dalam Jadual di bawah :

Jadual 4.1: Huraian Kaedah P&P Asas Ulum Syariah (Akidah) Tahun 4 1 Perbincangan -Melatih murid-murid memberikan pendapat mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. -Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. -Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah sumbang saran iaitu murid memberi idea atau pandangan dalam

52

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah bentuk perbincangan -Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid dapat bebas bersuara menyatakan pandangan dan menggalak kan pertukaran idea antara beberapa orang murid. Maka secara tidak langsung membimbing mereka memperolehi 2 Inkuiri / Selidikan engetahuan baru. -Ia dikenali sebagi satu teknik tinjau siasat. -Kaedah ini merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada soalan-soalan atau masalahmasalah yang dikemukakan. -Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini ialah merangsang pemikiran murid untuk mendapatkan jawapan daripada topik yang dipelajari secara berperingkatperingkat. -Prinsipnya sama ada daripada mudah kepada yang susah, daripada jauh kepada dekat atau sebaliknya, daripada yang umum kepada spesifik atau sebaliknya dan sebagainya untuk memperolehi jawapan yang sewajarnya. 3 Soal Jawab -Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab dengan jawapan yang sewajarnya. -Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini ialah guru dapat menggalakkan murid berfikir dan memberi tumpuan terhadap pelajaran, sekali gus mengelakkan mereka memikirkan perkara lain. -Kaedah ini juga memudahkan murid memahami dengan lebih cepat kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tajuk pelajaran 4 Kuiz -Ia merupakan satu bentuk pertandingan menjawab soalan. - Kuiz dalam kelas dapat meningkat daya kognitif dan emosi murid-murid (rujuk Rajah 4.9). - Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini dalam P&P Asas Ulum Syariah I (Akidah) ialah ia merangsangkan dan menguji minda murid-murid untuk mengingat dan memahami apa yang telah dipelajari. Aktiviti akan menjadi sangat menarik sekiranya diselit dengan unsur-unsur hadiah yang mudah seperti gula-gula, pen dan sebagainya kepada

53

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan

e. )

Aplikasi Strategi P&P Akidah Tahap 1 dan Tahap 2 / Tahun 1-6 ( 3 jam

Hasil Pembelajaran : Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar akan dapat : 1. Mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi setiap tajuk dalam bidang Akidah 2. Mengenalpasti ciri-ciri dan pelaksanaan bagi setiap kaedah. 3. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kaedah yang dipilih. 4. Memastikan setiap kaedah yang dipilh bagi setiap tajuk pelajaran mendatangkan keberkesanan yang maksimum. 5. Membezakan kekuatan dan keberkesanan bagi setiap kaedah mengikut tajuk pelajaran.

3.5.1 CONTOH-CONTOH APLIKASI PELBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH ( a ) Contoh Aplikasi Kaedah Perbincangan, sumbangsaran, soal jawab dan kuiz Mata pelajaran Bidang Masa Tajuk Pendidikan Islam Akidah 30 minit Qadha dan Qadar.

54

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Kaedah Gabung jalin Penyerapan ilmu Penerapan nilai Perbincangan (sumbang saran), soal jawab dan kuiz Memahami dan menghayati Akidah. Akidah, Adab dan Akhlak. Meyakini Qadha dan Qadar, sabar, reda dan pasrah dengan ketentuan Allah s.w.t serta berusaha ke arah meningkatkan diri Kemahiran berfikir dari masa ke semasa. Mengenal pasti dan memberi refleksi tentang isu-isu utama/asas Sumber/Media Pengajaran Hasil Pembelajaran yang diperkatakan dalam isu Qadha dan Qadar Gambar/Ilustrasi, Tayangan National Geographic, CD Tragedi Tsunami, Carta, Lembaran Kerja dan sebagainya Aras 1: Murid-murid mampu membaca dan memahami maksud Qadha dan Qadar. Aras 2: Murid-murid dapat menghafaz maksud kedua-duanya dan menyatakan perbezaannya. Aras 3: Murid-murid dapat menyenaraikan contoh-contoh Qadha dan Qadar serta menyatakan hikmah di sebalik beriman dengan kedua-duanya Sumber: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM & Modul Pendidikan Islam KPLI SR/LPBS. Bangi: Institut Perguruan Islam Selangor

Kaedah Perbincangan (Sumbang saran)

Langkah-langkah Penyampaian Sumber: Gambar/Ilustrasi contoh: Jenazah di bawa ke tanah perkuburan, bencana alam. Tayangan CD: National Geographic berkaitan bencana alam atau tayangan video hari penyampaian hadiah. (i) Berpandukan sumber yang diberikan, guru akan menerangkan terlebih dahulu media pengajaran yang dipaparkan.

55

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah (ii) Kemudian, murid-murid berinteraksi dengan guruberkaitan topik berdasarkan bahan ransangan / sumber pengajaran. ( iii ) Setelah itu, murid-murid membuat perbincangan dalam kumpulan kecil. (iv) Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. (v )Guru membuat rumusan dalam topik pelajaran Soal jawab pada hari tersebut. Sumber: Carta hikmah beriman dengan Qadha dan Qadar dan video tragedi tsnunami, banjir atau lainnya. ( i ) Murid-murid membaca carta yang dilekatkan di depan kelas. ( ii )Berdasarkan gambar dan tayangan video tragedi tsunami, guru menerangkan hikmah-hikmahnya satu persatu. ( iii ) Kemudian, guru bersoal jawab dengan muridmurid tentang perkara tersebut dan akibat menolaknya. ( iv ) Guru memberi ruang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau masalah. ( v ) Akhirnya, guru membuat ulasan dan rumusan Kuiz bagi topik berkenaan Sumber: Lembaran Kerja ( i ) Setiap murid diberikan lembaran kerja meliputi; ( ii ) Isi tempat kosong, suai padankan, penyataan salah/betul, lengkapkan dan sebagainya. ( iii ) Murid-murid diminta menjawab lembaran kerja tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan bergantung kepada peruntukan masa. ( iv ) Guru meminta agar murid-murid bertukar soalan sesama mereka, kemudian guru menerangkan jawapan yang betul sambil murid-murid menanda soalan tersebut. ( (v ) Guru meninjau pencapaian murid-murid dalam

56

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah aktiviti tersebut secara rawak. ( vi ) Akhirnya, guru membuat ulasan dan rumusan bagi topik berkenaan.

( b ) Contoh Aplikasi Kaedah Sumbangsaran dan soal jawab

Mata Pelajaran Aspek Tajuk Kaedah Gabungjalin Penyerapan Nilai Sumber Kemahiran berfikir

: Pendidikan Islam : Akidah : Qada dan qadar : Sumbang saran dan soal jawab : Membaca dan menulis : Bahasa Arab dan akhlak : Reda dengan ketetapan Allah : Carta ayat al-Quran,hadis,CD, Gambar dan slid. : Membuat rumusan

Langkah-langkah penyampaian. Pelajar berintraksi dengan guru dan bahan-bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar diberi bahan rangsangan berkaitan qada dan qadar. 1. 2. 3. 4. Gambar bencana Tsunami di banda Acheh tahun 2004 . Tayangan video para graduan sedang menerima Diploma Perguruan . Gambar slaid : bukit, hutan, sungai,laut,padang pasir dan pantai. Tayangan CD : Animals Planet.

Perbincangan kumpulan : sumbang saran.

57

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Setelah memerhati dan meneliti dalam kumpulan kecil. Perbincangan dilakukan secara sumbang saran. Setiap pelajar dalam kumpulan memberi pendapat dan idea mereka. Pendapat yang dikemukakan dicatat oleh pencatat. Pada akhir perbincangan idea-idea yang dikemukakan akan disemak dan dipilih mengikut keutamaan. Rumusan perbincangan dibentangkan dalam kelas. Guru bertindak sebagai fasilitator bahan bahan tersebut pelajar berbincang

( c ) Contoh Aplikasi Kaedah Penerangan dan Perbincangan

Pelajaran Bidang Tajuk Kaedah Gabungjalin Penyerapan Nilai

: Pendidikan Islam : Akidah : Dosa besar dan dosa kecil : Penerangan dan perbincangan : Membaca dan memahami teks : Bahasa Arab, Bahasa Melayu (terjemahan) dan Akidah : Menjauhi perkara munkar dan maksiat.

58

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Kemahiran berfikir Sumber Masa Langkah penyampaian: Pelajar berinteraksi dengan guru dan bahan-bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar diberi bahan rangsangan berkaitan Dosa Besar dan Dosa Kecil 1. 2. 3. 4. Gambar perbuatan-perbuatan yang berkaitan dengan Dosa Besar dan Dosa Kecil Tayangan video Mat Rempit dan Pergaduhan Remaja . Gambar slaid : Suasana di Kelab Malam, kedai Arak, Pusat Perjudian dan seumpamanya. Tayangan CD : Video Clip Filem Anakku Sazali ( Anak Derhaka ). : Membuat refleksi berhubung ibadat seharian seperti solat : Mashaf Uthmani, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman gambar, slaid : 40 minit

Penerangan Guru menerangkan maksud dosa besar dan dosa kecil. Guru menunjukkan contoh-contoh dosa besar dan dosa kecil dengan menayangkan Video Klip Suasana di Kelab Malam, kedai Arak, Pusat Perjudian dan seumpamanya. Guru menunjukkan gambar Slaid berkaitan dosa-dosa besar dan dosa kecil seperti Suasana di Kelab Malam, kedai Arak, Pusat Perjudian dan seumpamanya. Guru menunjukkan tayangan CD : Video Clip Filem Anakku Sazali ( Anak Derhaka

59

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Perbincangan Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan Pelajar membuat perkaitan aspek akidah dengan ayat Al-Quran dan hadis berkaitan Pelajar membuat refleksi ke atas diri mereka sebagai makhluk Allah Pelajar membuat rumusan dari tajuk perbincangan Pelajar berbincang dalam kumpulan berhubung contoh-contoh dosa besar dan dosa kecil

( d ) Contoh aplikasi kaedah kuliah / penerangan, soal jawab, sumbangsaran, pebincangan dan perbandingan Pelajaran Bidang Tajuk Kemahiran Kaedah Penyerapan Ilmu Hasil Pembelajaran: : : : : : : Pendidikan Islam Akidah Beriman kepada Malaikat Menyenaraikan sifat-sifat Malaikat Kuliah / penerangan, soal jawab, sumbangsaran, pebincangan dan Perbandingan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

60

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Aras 1 : Aras 2 : Aras 3 : Menyatakan sifat-sifat malaikat Menyenaraikan sifat-sifat malaikat menyatakan perbezaan sifat-sifat malaikat dan manusia : : : Mengkagumi kekuasaan Allah Papan tulis, kad manila, komputer dan LCD 1 jam

Penyerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar Masa

KAEDAH PENYAMPAIAN: Kaedah Kuliah / Penerangan 1. Guru memaparkan sifat-sifat malaikat di papan tulis 2. Guru membaca satu persatu sifat-sifat malaikat sambil memastikan para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya 3. Pelajar membaca secara kelas tentang sifat-sifat malaikat seperti yang terdapat di papan tulis 4. Guru menerangkan sifat-sifat malaikat satu persatu dengan menggunakan OHP/ Komputer dan LCD. Pelajar memberi perhatian . 5. Guru meminta pelajar menyatakan sifat-sifat malaikat secara individu, kumpulan dan kelas 6. Guru merumuskan sifat-sifat malaikat

Kaedah Sumbangsaran: 1. Menyenaraikan sifat-sifat malaikat 2. Guru meminta murid-murid menyenaraikan sifat-sifat malaikat secara individu, kumpulan dan kelas 3. Guru memberi ulasan / membuat pembetulan terhadap pandangan dan pendapat pelajar mengenai sifat-sifat malaikat 4. Pelajar membaca senarai sifat-sifat malaikat yang dipaparkan di layar ( OHP / LCD ) 5. Guru membuat rumusan terhadap sifat-sifat malaikat sambil pelajar member tumpuan sepenuhnya

61

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah Kaedah Perbincangan: 1. Guru dan murid-murid membincangkan sifat-sifat malaikat bersama-sama secara kumpulan dan kelas 2. Guru membincangkan maksud bagi setiap sifat malaikat berssama pelajar 3. Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil bagi menyenaraikan sifat-sifat malaikat. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan 4. Pelajar membuat perkaitan sifat-sifat malaikat dengan aspek akidah 5. Guru membuat rumusan sifat-sifat malaikat Kaedah Perbandingan: 1. Perbezaan sifat-sifat malaikat dengan manusia 2. Guru meminta murid-murid menyatakan perbandingan antara sifat-sifat malaikat dan manusia secara individu, kumpulan atau kelas 3. Guru menyenaraikan perbandingan sifat-sifat malaikat dengan manusia dengan menggunakan OHP / LCD. Murid-murid memberi tumpuan yang sebaik-baiknya 4. Guru meminta murid-murid membuat rumusan perbandingan antara sifat-sifat malaikat dan manusia

RUMUSAN: 1. Pengajaran Akidah perlu disampaikan dengan menggunakan kaedah kaedah yang sesuai dengan aspek tersebut. Disamping itu aspek kesepaduan yang lain juga perlu diambil kira . 2. Aspek akidah hendaklah diajar menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan tajuk dalam aspek tersebut. Kesesuaian kaedah dan isi pelajaran mendatangkan keberkesanan tinggi dalam hasil pengajaran

62

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah 3. Aplikasi kaedah hendaklah dilaksanakan secara teratur, sepadu dan gabungjalin dengan menggunakan strategi berpaksikan guru, berpusatkan murid dengan berbantukan bahan bantu mengajar SOALAN-SOALAN LATIHAN 1. Nyatakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk bidang akidah? 2. Pilih kaedah yang sesuai bagi tajuk Beriman dengan Rasulullah kemudian bina langkah-langkah pengajaran. 3. Anda dikehendaki menyempurnakan aplikasi kaedah berdasarkan perkaraperkara berikut. Anda juga dikehendaki menyatakan langkah-langkah penyampaian pelajaran Pelajaran Bidang Tajuk Kemahiran Kaedah Gabungjalin Penyerapan Sumber Kemahiran berfikir Masa Penyampaian. : Pendidikan Islam : Akidah : Beriman dengan Qada dan Qadar : : : : : : : 40 minit.

RUJUKAN:

1. 2. 3. 4. 5.

Ab. Saleh, Dr. Didaktif Pendidikan Agama . Jakarta : Bulan Bintang. Abdul Aziz Umar Ahmad (1995). Asas Aqidah Islam. Kota Bharu: Diyan Darul Naim Sdn. Bhd. Abdul Razak Nawfal (1972) Islam dan Ilmu Pengetahuan Moden. Singapura : Pustaka Nasional. Abdullah Nasih Ulwan (1988) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam: Pustaka Nasional, Abdullah Siddiq, Dr. Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

63

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

6. 7. 8.
9.

Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung: CV Diponegoro. Ahmad D. Murin,Dr. (1974) Pengantar Falsafah Islam. Bandung: Al Maarif Ahmad Mohd. Salleh (1997) PENDIDIKAN ISLAM: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam. Al Quran Al Karim. Bintang

10. Asma Hassan Fahmi, Dr. (1974) Sejarah Falsafah Al Islamiah. Jakarta Bulan 11. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan IslamTahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM.

12. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: JAPIM.

13. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Modul


Pengajian Islam KPLI SR/LPBS. Bangi: Institut Perguruan Islam Selangor.

14. Haji Abdullah Ishak (1995) Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia.
Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur.

15. Hanafi Mohamed, Drs. (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran. Pustaka
Ilmi, Batu Cave, Selangor.

16. Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan
Paradigma. Pustaka Aman.

17. Hasan Langgulung, Prof. Dr. (1986) Manusia Dan Pendidikan: Satu Analisis
Psikologi Dan Pendidikan. Pustaka Aman.

18. Hasan Langgulung,Prof. Dr. Asas-asas Pendidikan Islam. Pustaka Aman. 19. Ismail Ab. Rahman Abdul Aziz @ Ahmad Mohd Mohd Yasin Muda (1993) Isu-Isu
Pendidikan Islam Malaysia: Cabaran & Harapan. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.

20. Ismail Ab. Rahman.(1993). Pendidikan Islam Malaysia. Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia, Bangi.

21. Kementerian Pendidikan Malaysia: (1988) Sukatan Pelajaran Sekolah


Menengah, Pendidikan Islam.

22. Kementerian Pendidikan Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam KBSM 23. Khailani A. Jalil dan Ashak Ali Shah (1999) Modul Praktik Pengajaran Mikro
Tekno Edar, BBB, Selangor DE.

24. Luqman Hakim (1986)Tokoh-tokoh Islam Dulu Dan Sekarang. Bismi


Publishers.

64

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

25. Mohd Mukhtar Shafie dan Ghazali Basri (1982). Mengenal Islam. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara.

26. Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

27. Muhammad Said Ramadhan Al Buty Dr. Fiq Al Sirah. Misr: Darul Fikri. 28. Omar Mohammad Al Taumi (1975). Falsafah Tabiyatul Islamiah. Tripoli. 29. Said Ibrahim. (1996). Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Dar
Marifah.

30. Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : Penerbitan Mutiara. 31. Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003)
PEDAGOGI: Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd.

65

You might also like