You are on page 1of 16

TAJUK 4 : MASYARAKAT MELAYU

DISEDIAKAN OLEH : SAFAR (KUMPULAN 4)

Definisi Masyarakat Secara umum

Masyarakat didefinisikan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-samadi suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya Sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringanperhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.

Definisi Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

Takrif Melayu ( Etimologi )

Istilah Melayu ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah Melayu hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah Melayu untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu

Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah Melayu yang
merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah Melayu hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Takrif Melayu ( Etimologi )

Penggunaan istilah Melayu muncul buat pertama pada kira-kira 100 -150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah maleu-kolon.

G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan,di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud tanah yang dikelilingi air dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah Mo-lo-yu juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan Mo-lo-yo yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Takrif Melayu

Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila :

lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Takrif Melayu

Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undangundang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANGSA MELAYU

Asal Usul Bangsa Melayu

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.

Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,


tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan) Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Asal Usul Bangsa Melayu [Teori Yunan]

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster,

J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasanalasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1.

Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke

Kepulauan Melayu.
2.

Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

3.

Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu [Teori Yunan]

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.

Asal Usul Bangsa Melayu [Teori Yunan]

Orang Negrito Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Asal Usul Bangsa Melayu [Teori Yunan]

Melayu Proto Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Asal Usul Bangsa Melayu [Teori Nusantara]

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
1.

Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

Asal Usul Bangsa Melayu [Teori Nusantara]


3. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan

bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.


Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".

4. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di


Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan

daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan


mewujudkan tamadun bersendirian. 5. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan

yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-

You might also like