You are on page 1of 8

strategi berpusatkan murid

Pengenalan
Era informasi kini telah menjadikan dunia sebuah perkampungan global yang tidak bersempadan. Senario ini memberi kesan kepada dunia pendidikan. Generasi kini berupaya mendapatkan informasi dan memperoleh ilmu serta kemahiran menerusi pelbagai media seperti internet, perisian multimedia, rangkaian LAN dan WAN. Sehubungan dengan ini, peranan guru dalam pendidikan sepatutnya berubah sebagai seorang penyampai ilmu kepada seorang pengurus pembelajaran yang berkesan. Sebagai seorang pengurus pembelajaran, guru seharusnya memahami pelbagai keperluan pelajar yang berbeza-beza. Ia juga perlu menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran bestari seperti berikut:

Pembelajaran Berpusatkan Murid Pengenalan


Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid



Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Strategi Pembelajaran
Pengenalan Strategi Direktif Strategi Pemerhatian

Strategi Mediatif Strategi Generatif Strategi Kolaboratif Strategi 'Outside Context' Strategi Metakognitif

Pengenalan
Di sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.

Jenis-Jenis Strategi
Strategi Direktif
Pelajar belajar melalui penerangan tentang konsep/kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru.

Contoh : Kuliah, latih-tubi

Strategi Pemerhatian
Pelajar belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh : Demonstrasi, modelling.

Strategi Mediatif
Pelajar belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong pelajar.

belajar bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah membuat keputusan mengenalpasti andaian menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis

Contoh: dialectical reasoning, concept attainment, concept formation, inquiry training, open-ended discussion.

Strategi Generatif
Murid digalakkan menjanakan idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik. Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, synectics, pemikiran lateral dan kreatif, metafora

Strategi Kolaboratif
Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masaalah. Contoh: Pembelajaran koperatif

Strategi Outside-context
Pelajar belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa. Contoh: Seminar, bengkel, projek

Strategi Metakognitif
Pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang difikirkan:

Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu?

Contoh: Penulisan journal refleksi

Gaya Pembelajaran
Pengenalan Jenis Kecerdasan

Pengenalan
Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :

Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

Elemen-Elemen Gaya Pembelajaran


Gambarajah berikut mempamerkan elemen-elemen gaya pembelajaran yang dikenal pasti oleh Dunn & Dunn (1974).

Pelbagai Kecerdasan
Pengenalan Elemen-elemen

Pengenalan
Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual. Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja. Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk

Jenis-Jenis Kecerdasan

Jenis Kecerdasan Musical/Rhythmic LogicalMathematical Interpersonal Naturalistic Ethical/Spiritual Bodily-Kinesthetic Visual/Spatial Verbal/Linguistic Intrapersonal

Penerangan Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan. Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak. Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci. Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu. Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental. Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan. Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri

Pembelajaran Bersifat Individu


Pengenalan Pembelajaran Masteri Pembelajaran Kadar Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri

Pengenalan

Pembelajaran Bersifat Individu mengambilkira keperluan , minat dan kebolehan pelajar secara individu.Oleh itu isi kandungan, pendekatan, dan kadar kemampuan pelajar mesti diserasikan dengan keupayaan serta sifat-sifat keperibadian umum pelajar.

Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu adalah seperti berikut: Pembelajaran Masteri Pembelajaran Kadar Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai sesuatu subunit yang sedang dipelajarinya.

Prosedur Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)


Pelajar diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul pembelajaran berperingkat . Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain. Jenis-jenis PKK :

Modul dan pakej pembelajaran. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) ("Programmed Instruction"). Audio-tutorial. Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. Pembelajaran berbantukan komputer.

Pembelajaran Terarah Kendiri(PTK)


Pembelajaran yang digerakkan oleh motivasi intrinsik. Objektif utama ialah untuk mempertingkatkan pembelajaran kendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. PTK adalah satu strategi yang mendidik pelajar menjadi pelajar yang berdikari.

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan arah-kendiri bagi setiap pelajar

Pembelajaran Akses Kendiri


Pembelajaran yang menggunakan kemudahan akses kendiri dan bahan-bahan yang mudah dikendalikan serta tanpa pengawasan secara langsung oleh guru.

emudahcaraan Bestari
Fasilitator Bestari Teknik-Teknik Pemudahcaraan

Pengenalan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran fasilitator merupakan guru yang membantu pelajar mencapai matlamat pembelajarannya menerusi aktivitiaktiviti kumpulan atau individu. Fasilitator bukan sahaja penyampai ilmu dan kemahiran, malahan mereka membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran optimum dengan menggunakan kemahiran fasilitator ('facilitation skills'). Fasilitator bestari dikonseptualisasi sebagai individu yang mempunyai elemen-elemen berikut yang menjadi amalan dalam profesionnya:

Sahsiah : Mempunyai kualiti personaliti dan kemahiran seperti penyayang, penyabar, berempati, asertif, inovatif, kreatif, kritis, mempunyai visi, fleksibel, kecindan, reseptif, bertaqwa, proaktif, dan berpengalaman.. Profesional: Mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional seperti kemahiran mengawal disiplin, membahagikan tugas, menunjukcara, berkomunikasi, manipulatif, menilai, memotivasi dan menyelesaikan masalah. Teknologi: Menggunakan teknologi bagi mengurus pengajaran, khususnya teknologi maklumat dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya.

Di antara ciri-ciri, kualiti personaliti dan kemahiran yang perlu ada pada diri seseorang fasilitator bestari ialah: Selain itu mereka juga perlu motivasi, bijak menyelesaikan masalah, interpersonal, kolaboratif, memberi arahan dan teknologi.

Teknik-Teknik

Fasilitator berperanan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Semasa berinteraksi, seseorang fasilitator haruslah memberi peluang dan ruang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya. Bagi mencapai matlamat tersebut seseorang fasilitator perlu menguasai teknik-teknik pemudahcaraan yang berkesan. Di antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah: Attending, Reflecting, Focussing, Thematising, Challenging, Disclosing, Goal Setting, dan Trialling.

You might also like