You are on page 1of 8

PEMAKANAN

KONSEP MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

KELAS-KELAS MAKANAN
Karbohidrat
Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. Fungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga. Tiga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida,dan polisakarida. Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa, dan galaktosa. Disakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa, dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air. Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. ia berasa manis. Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen.

Protein
Protein terbina daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging, dan keju. Monomer bagi protein ialah asid amino. Dua kelas asid amino ialah asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak dapat disintesiskan dalam sel, contohnya leusina, dan lisina. Asid amino tidak perlu ialah asid amino yang boleh disintesiskan dalam sel. Ia tidak perlu diperolehi dari gizi makanan.C ontohnya ialah alanina. Dua kelas protein ialah protein kelas pertama dan protein kelas kedua. Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu, dan telur. Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang, dan buahbuahan.

Lemak
Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan tumbuhan. Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan pepejal manakala lemak pula berada dalam keadaan cecair. Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga simpanan, digunakan sebagai penebat haba, dan perlindungan.

Garam Mineral
Kalsium Magnesium Ferum Natrium Kalium Iodin Sulfur Fosforus Klorin

Serabut dan air Serabut terdiri daripada gentian selulosa dinding sel tumbuhan yang melalui salur pencernaan tetapi tidak dicernakan. Serabut membentuk bahan pejal untuk otot usus menolak semasa otot dinding usus mengecut dalam proses peristalsis

You might also like