1.

0

Pendahuluan

Sebagai makhluk sosial, manusia sentiasa menginginkan hubungan dengan manusia lain. Tujuan hubungan ini adalah untuk mengelakkan diri manusia itu sendiri terasing daripada kumpulan masyarakat yang sememangnya secara fitrah lahir naluri saling bergantungan antara satu sama lain. Jelasnya, manusia yang kurang atau tidak sama sekali berhubung dan berkomuniksi sesama sendiri akan menyebabkan mereka terpinggir dari kumpulan masyarakat tersebut. Akhirnya, keadaan ini akan menyebabkan individu yang terisolasi itu menghadapi tekanan mental atau masalah jiwa yang tidak seimbang. Dr. Everett Kleinjan dari East West Center Hawaii menjelaskan bahawa komunikasi merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sebagaimana keperluan manusia untuk bernafas. Terangnya disini, manusia itu wujud dan kekal kerana keperluan itu tadi dan andainya keperluan itu tidak dipenuhi, maka manusia itu sendiri umpama makhluk yang lain seperti binatang atau tumbuhan yang hidup tanpa berinteraksi walhal haiwan atau binatang sekalipun berinteraksi sesama sendiri untuk memenuhi keperluan hidup dengan bahasa dan gerak geri yang difahami oleh kumpulan haiwan itu sendiri. Profesor Wilbur Schramm menerangkan bahawa komunikasi dan masyarakat adalah dua kata kembar yang tidak boleh dipisahkan. Alasannya, tanpa komunikasi mustahil bagi sesebuah masyarakat itu untuk terbentuk pada masa yang sama masyarakat juga memainkan peranan yang penting kerana tanpanya, komunikasi itu sendiri tidak akan mungkin berkembang (Schramm; 1982). Terdapat dua faktor yang menyebabkan manusia terdorong untuk berkomunikasi dengan manusia lain. Teori dasar biologi menjelaskan bahawa wujud dua matlamat manusia untuk berkomunikasi.Pertamanya adalah untuk meneruskn kelangsungan hidupnya dan seterusnya menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.

1

(Book. proses simbolik yang mengkhendaki orang-orang mengatur lingkungannya dengan membangun hubungan antara sesama manusia melalui pertukaran informasi serta menguatkan sikap dan tingkah laku orang lain disamping berusaha mengubah sikap dan tingkah laku tersebut´. Everett M. 2 . ilmu linguistik. Kelompok sarjana yang mengkhususkan diri dalam bidang komunikasi telah menjelaskan bahawa konsep komunikasi antara manusia (human communication) itu merupakan ³satu proses transaksi. Laswell juga turut menerangkan bahawa kaedah tepat untuk menjelaskan maksud komunikasi itu adalah dengan menwujudkan persoalan ³siapa yang menyampaikan. antropologi. 1983).1 Definisi Komunikasi Pelbagai takrifan dan pendefinisian yang wujud dalam bidang komunikasi ini oleh kerana kepentingannya dalam memperkembangkan sesebuah bidang ilmu yang lain.1. Istilah komunikasi berpangkal daripada perkataan Latin Communis yang membawa erti membuat kebersamaan atau membangunkan kebersamaan antara dua manusia atau lebih. Beliau menyatakan bahawa ³komunikasi adalah proses yang mana suatu idea itu dialihkan dari sumber kepada satu penerima atau lebih. apa yang disampaikan. Kajian mendapati bahawa. banyak sarjana yang meneliti aspek komunikasi serta menghasilkan takrifan yang berbeza antara satu sama lain. melalui saluran apa. Harold D. kewartawanan dan sebagainya. Rogers merupakan pakar Sosiologi Pendesaan Amerika yang telah banyak memberikan penelitian terhadap konsep komunikasi itu sendiri dengan mengkhususkan kajian komunikasi dalam aspek penyebaran informasi. dengan maksud untuk mengubah tingkah laku mereka´. takrif komunikasi itu sendiri hadir dalam pelbagai konteks mengikut bidang kepakaran tokoh yang mengkajinya umpamanya komunikasi melalui pemahaman psikologi. kepada siapa dan apa pengaruhnya´. sosiologi. 1980). Komunikasi juga berasal daripada kata dasar bahasa Latin iaitu Communico yang membawa maksud memberi. Sememangnya. (Cherry dalam Stuart.

bukan verbal dan sebagainya. Budaya sesebuah masyarakat dapat dibezakan melalui aspek-aspek tersebut kerana setiap kumuniti yang wujud di dunia ini mempunyai tatacara kehidupannya yang tersendiri serta menjadi identiti yang tidak boleh dihapuskan sama sekali bagi menjamin kelangsungan hidup sesebuah budaya. agama. kepercayaan. Jelasnya. hubungan ruang. Cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat merupakan menifestasi daripada tingkahlaku dan tatacara kehidupan generasi yang terdahulu serta disampaikan secara berperingkat kepada generasi yang seterusnya. waktu. komunikasi wujud hasil daripada gabungan beberapa elemen yang mempunyai penjelasannya yang tersendiri. Segala bentuk takrifan yang telah diutarakan oleh para pengkaji tersebut jelas memberikan kita pemahaman serta gambaran yang lengkap mengenai konsep komunikasi. harta atau material yang dikongsi bersama dari sesebuah generasi kepada generasi yang lain. pengalaman. yang pada gilirannya akan tiba pada saling pengertian yang mendalam´. Lawrence Kincaid (1981) sehingga mewujudkan definisi baharu iaitu ³komunikasi merupakan suatu proses yang mana dua atau lebih membentuk atau melakukan pertukaran informasi dengan satu sama lain. hirearki. makna. Idea ini menjelaskan bahawa sesebuah kumpulan manusia atau sesebuah kelompok masyarakat tersebut boleh dibezakan melalui tataran pengetahuan. sikap. Di samping itu. 3 . konsep alam semestar. Elemen tersebut adalah sumber atau pemberi maklumat.Takrif tersebut kemudiannya diperkembangkan oleh Rogers dan D. nilai. informasi atau maklumat yang hendak disampaikan. kajian yang meluas terhadap bidang ilmu ini juga turut berkembang serta melahirkan subbidang yang lain umpamnyaa kajian terhadap bahasa verbal. peranan. saluran atau medium yang hendak digunakan dan elemen terakhir adalah penerima.2 Definisi Budaya Budaya amnya ditakrifkan sebagai cara hidup manusia dan tingkah laku manusia dalam sesebuah kelompok yang tertentu. 1. Tuntasnya. komunikasi merupakan satu proses menyampai mesej daripada sumber kepada penerima melalui saluran tertentu dalam satu keadaan dengan tujuan tertentu di samping adanya halangan dan peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada penerimanya.

terdapat beberapa kekangan yang mampu menjejaskan keberkesanan proses komunikasi. pada masa yang sama perlu meletakkan budaya sebagai latar belakang kendiri yang perlu dipertahankan ketulenannya. bahasa. Budaya pula akan mempengaruhi mereka dalam proses komunikasi serta menjadi aspek utama yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan interaksi sosial. Keadaan ini menyebabkan manusia perlu mempelajari budaya lain serta menyesuaikan diri mereka agar mampu untuk meneruskan kelangsungan sesebuah budaya tersebut. prasangka dan juga perbezaan daripada aspek budaya. kekurangan maklumat. 2. evolusi telah menjadikan sesetengah aspek dalam sesebuah kebudayaan mengalami pembaharuan selaras dengan perkembangan persekitaran yang memerlukan manusia untuk mengadaptasi kehidupannya hasil pengaruh tersebut. Senario ini akan menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif dalam proses komunikasi.0 Hubungan Budaya dan Komunikasi Ringkasnya. fizikal. Budaya ditakrifkan sebagai cara hidup dan tingkahlaku sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan 4 . keperluan manusia untuk berkomunikasi antara masyarakat yang lain ditekan oleh kepentingan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. personaliti.Walau bagaimanapun. budaya. Jelasnya disini. Jelasnya. Keadaan ini tidak juga mengancam keaslian sesebuah budaya tersebut kerana lazimnya jati diri sesebuah masyarakat akan tetap mempertahankan cara hidup serta pandangan mereka terhadap masayarakat Hal ini adalah kerana. Pembaharuan dan evolusi yang wujud ini merupakan hasil daripada pertembungan keperlbagaian budaya di dunia yang mengkhendaki manusia untuk berinteraksi sesama sendiri. maka akan wujudlah pelbagai kaedah atau taktik-taktik komunikasi agar mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan. budaya dan komunikasi tidak boleh dipisahkan kerana masyarakat akan sentiasa bertindak aktif dalam memenuhi keperluan hidup serta maju dalam pelbagai hal. Komunikasi merupakan proses yang berterusan serta melibatkan dua pihak yang saling bertukar maklumat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Antara faktor dominan yang menjadi halangan dalam proses tersebut adalah seperti halangan persepsi. budaya merupakan identiti serta lambang kemegahan sesebuah budaya. Kesannya. Walau bagaimanapun ketika proses tersebut berlangsung. apabila wujud kepelbagaian budaya serta beraneka ragam cara hidup manusia.

Contohnya. Sekiranya masyarakat Iban hanya tinggal di kawasan tersebut 5 . perkara ini akan mengklasifikasikan mereka sebagai kumpulan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Berbeza pula bagi kumpulan masyarakat yang mementingkan pengetahuan teknologi dan Sains sebagai identiti utama mereka. Sememangnya. kaum Melayu. Umpamanya masyarakat Iban yang tinggal di kawasan pedalaman malahan terpinggir dari kelompok masyarakat dominan. Masyarakat Melayu pula mementingkan kebudayaan. dalam konteks masyarakat Malaysia sendiri. kesenian dan perkembangan agama manakala masyarakat India pula lebih cenderung dengan tenaga mahir serta kepakaran mereka dalam sesebuah bidang dan aktiviti harian umpamanya membekalkan tenaga kerja dalam pembinaan dan perladangan. Antara aspek lain yang menjadi fokus kepada masyarakat dalam memperkembangkan identiti mereka adalah kemajuan daripada aspek intelektual umpamanya masyarakat Jepun dan China. Hal ini dapat dikenalpasti melalui peranan sesebuah budaya tersebut dalam memenuhi kepentingan budaya lain. Hal ini bergantung kepada kelompok masyarakat itu sendiri yang mana sekiranya mereka lebih mementingkan kebudayaan dan kesenian. Mereka meletakkan ilmu pengetahuan sebagai kriteria utama dalam kehidupan melebihi aspek yang lain. perbezaan ini akan menyebabkan wujudnya interaksi antara budaya yang bermatlamatkan untuk memenuhi keperluannya agar lebih berkembang. Jelasnya. Contohnya. Walau bagaimanapun tanpa komunikasi juga. Hubungkait antara budaya dan komunikasi dapat dilihat daripada aspek kepentingan kewujudan sesebuah budaya tersebut dalam kelompok masyarakat yang pelbagai.keunikan yang tersendiri. di Malaysia masyarakat Cina sendiri lebih dominan dengan penguasaan mereka dalam aspek perniagaan. sesebuah budaya juga tidak akan kekal lama. maka aspek tersebut akan menjadi identiti induk yang mampu mengangkat martabat mereka dalam kalangan masyarakat yang lain. Ketiga-ketiga kumpulan masyarakat tersebut memiliki identiti yang tersendiri serta menjadi tarikan kepada budaya lain untuk memahami perlakuan budaya tersebut. India dan Cina saling bergantung satu sama lain. Umpamanya. masyarakat Eropah yang mengutamakan perkembangan teknologi maklumat dan kajian saintifik yang bertunjangkan ilmu Sains akan menjadikan medium tersebut sebagai elemen untuk mencapai kemajuan.

0 Kepentingan komunikasi antara Budaya Komunikasi melibatkan dua pihak yang saling bertukar maklumat dan pengalaman. Jelasnya. Tuntasnya. komunikasi ini adalah medium yang perlu dikuasai oleh sesebuah masyarakat sebelum berhubung dengan masyarakat lainnya. Jika dihubungkan dengan konteks komunikasi antara budaya.tanpa sebarang mobilisasi. Di samping itu. Hal ini juga telah menjadikan bentuk hubungan antara peribadi berubah menjadi antara budaya. Korea dan Taiwan yang budayanya sangat berbeza dengan Amerika Syarikat. komunikasi antara budaya juga penting kerana keadaan ekonomi dunia yang saling bergantung antara sebuah negara dengan negara yang lain. 3. 6 . sebelum ini ekonomi Amerika Syarikat banyak berkaitan dengan Negara Eropah yang mempunyai budaya yang hampir sama. Berhijrah ke lokasi yang lain samalah juga berhijrah kepada budaya lain dengan matlamat untuk mengenali kawasan dan budaya masyarakat lain yang sememangnya mempunyai keunikannya yang tersendiri di samping mengambil peluang untuk meningkatkan ekonomi. sekarang ini banyak kegiatan perdagangan Amerika dalam bidang peralatan teknologi khususnya saling berkaitan dengan Negara di Asia Timur seperti Jepun. adalah menjadi keperluan kepada para pengkaji untuk meneliti fungsi serta peranan komunikasi tersebut. Hal ini juga berlaku kepada bangsa-bangsa lain di dunia termasuk Malaysia. Pertamanya adalah atas faktor penghijrahan dan migrasi. nescaya masyarakat Malaysia pada hari ini tidak akan mengenali budaya kaum Iban yang pelbagai dengan seni tarinya serta amalan hariannya yang unik dan penuh makna. Kelangsungan ekonomi Amerika bergantung kepada kemampuan bangsanya berkomunikasi secara efektif antara dua budaya yang berbeza ini. Justeru itu. Senario ini melibatkan perjalanan sesebuah kelompok masyarakat dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain atau dari satu benua ke satu benua yang lain. Namun. Misalnya. budaya dan komunikasi merupakan ciri yang tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. Penghijrahan masyarakat di seluruh dunia sekarang ini semakin kerap berlaku. pentingnya seseorang individu itu untuk menguasai bidang komunikasi adalah untuk memudahkan migrasi dan penyesuaian diri dengan kelainan budaya yang dihadapi.

komunikasi dan kefahaman antara budaya merupakan tunjang kepada kestabilan politik yang mampu melahirkan masyarakat yang bersatu padu. cara hidup. komunikasi dengan penduduk sekitar tidak 7 . Walau bagaimanapun terdapat beberapapa faktor atau keadaan yang mempengaruhi proses komunikasi dan sering kali keadaan ini menjejaskan proses komunikasi yang berlangsung. masyarakat asing yang datang ke Malaysia sememangnya mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendalami budaya serta cara hidup masyarakat setempat. telefon juga menjadi salah satu media komunikasi dengan dunia luar. Ketika ini kestabilan politik sangat bergantung kepada kestabilan politik budaya atau Negara lain. Jelasnya. Tidak dapat di nafikan bahawa kestabilan politik telah menjadikan komunikasi antara budaya semakin penting. kepesatan teknologi komunikasi dewasa ini telah membawa budaya luar yang adakalanya asing bagi kita masuk ke dalam minda kita. bahasa memainkan peranan yang penting kerana ia mempengaruhi keberkesanan komunikasi. Poland dan Timur Tengah sedikit sebanyak mempengaruhi keamanan Negara kita. Semua teknologi ini telah membuatkan komunikasi antara budaya menjadi lebih signifikan.0 Pengaruh kepelbagaian Budaya terhadap Komunikasi Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan dan kelangsungan sesebuah budaya. bahasa merupakan pengaruh utama dalam proses komunikasi. Walau bagaimanapun. Berita-berita dari luar negara merupakan sesuatu perkara yang biasa. masayarakat di Malaysia terdiri daripada tiga bentuk budaya yang berbeza. Antaranya adalah aspek kepelbagaian bahasa antara budaya. Hal ini akan menyebabkan perlunya komunikasi dilaksanakan dengan efektif bagi menjamin keharmonian tersebut. Setiap malam kita dapat menyaksikan apa yang terjadi di luar Negara melalui televisyen.Tambahan daripada itu. Dalam konteks interaksi antarabudaya. Pertamanya. cara hidup dan asal-usul bangsa lain. sistem sosial serta pembangunan dari aspek teknologi maklumat dan seumpamanya. Sesebuah masyarakat atau individu tersebut perlu memiliki kemahiran komunikasi yang efektif sebelum mula berinteraksi. Umpamanya. Filem-filem luar yang di tayangkan di kaca televisyen telah mendedahkan kita kepada adat. Oleh itu. 4. sistem kepercayaan. Selain itu. mudah dan praktis. Contoh lain yang dapat menggambarkan situasi ini dengan lebih jelas adalah senario politik yang berlaku di Malaysia. Ketidakstabilan politik di sesetengah Negara lain seperti Amerika Selatan.

Sistem sosial dalam masyarakat Malaysia umpamanya. labuh. Oleh itu. Jika dilihat dari sudut budaya masyarakat Malaysia sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum sebagai contoh Melayu. Senario ini dengan jelas membuktikan bahawa sebelum kita mula berinterasksi dengan seseorang individu tersebut. Hal ini adalah bagi menjamin keberkesanan komunikasi kerana bimbang individu tersebut akan rasa terganggu dengan kehadiran kita pada waktu sembahnyang mereka. Di samping itu. Selain itu. Cina dan India. perlu dilihat kepada keutamaan mereka untuk pergi menunaikan kewajipan sebelum berinteraksi. Berbeza pula dengan masyarakat Melayu yang lebih gemar mengenakan pakaian yang menutup aurat. tenaga profesional. Setiap budaya mempunyai tatacara kehidupan masing-masing serta mengamalkan prinsip-psinsip hidup yang berbeza. sistem kepercayaan yang berbeza-beza juga mempengaruhi proses komunikasi. Jelaslah bahawa bahasa memainkan fungsi yang penting dalam interaksi antarabudaya. 8 . Sebagai contoh. bertudung dan bersifat tradisional. serta masyarakat biasa. lazimnya untuk mencapai keberkesanan dalam komunikasi tidaklah mudah kerana akan wujud perasaan kekok atau kurang selesa dengan penampilan rakan bicara kerana bertentangan dengan cara pemakaian masing-masing. usaha untuk mewujudkan persefahaman antara budaya tersebut memerlukan keberkesanan dalam aspek komunikasi. terdiri daripada golongan pemimpin atau golongan pentadbir. penganutnya perlu menunaikan solat lima waktu sehari semalam berbeza dengan agama lain yang perlu melaksanakan kewajipan mereka sehari dalam seminggu. masyarakat Cina dan India lebih gemar memakai pakaian yang ringkas. Lazimnya. Tambahan daripada itu. dalam Islam. Agama Kristian dan Agama Buddha. Umpamanya dari aspek cara pemakaian sesebuah budaya. singkat dan bercirikan kemodenan. komunikasi juga dipengaruhi oleh sistem sosial yang pelbagai. Sekiranya dua budaya ini bertembung. Umpamanya masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan agama seperti Agama Islam. Jika dilihat dari sudut budaya masyarakay di Malaysia. kerajaan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara atas alasan untuk memudahkan proses integrasi antara masyarakat majmuk di Malaysia. cara hidup sesebuah budaya juga mempengaruhi proses komunikasi. tenaga mahir. Perkara yang menjadi halangan adalah kepelbagaian bahasa yang wujud.akan berlaku dengan mudah sekiranya para pelancong tidak mengetahui bahasa natif penduduk lokasi tersebut.

misalnya. pendek kata masyarakat perlu berinteraksi sesama sendiri. Jika dilihat dari konteks global. berlaku juga fenomena budaya yang disebut sebagai melting pot theory iaitu apabila terdapat banyak budaya di sesuatu tempat yang diamalkan secara bersamasama. Misalnya seorang rakyat biasa yang hendak berkomunikasi dengan pemimpin masayakat lazimnya perlu menghadapi prosedur-prosedur tertentu. negara membangun dan negara mundur. pembangunan sesebuah budaya dan masyarakat juga turut mempengaruhi keberkesanan komunikasi. Walau bagaimanapun. komunikasi antara dua pihak tersebut melibatkan laras bahasa komunikasi yang tinggi kerana perbincangan melibatkan pemimpin masyarakat. Jika diperhatikan dari aspek penyaluran maklumat. Penyertaan dalam sukan dapat mengukuhkan identiti etnik. Masyarakat biasa pula bertindak sebagai anggota pelaksana rancangan kumpulan yang memimpin serta berperanan sebagai sumber tenaga kepada negara. Kumpulan tersebut terbahagi kepada negara maju. pembagunan serta kemajuan negara tersebut akan mempengaruhi pembangunan negara lain yang mana menjadikan negara tersebut sebagai role model kepada mereka. Akhir sekali. ketika sebuah pasukan terdiri daripada anggota dari satu latar belakang etnik bersaing dengan pasukan lain dengan ahli dari latar belakang etnik yang 9 . Negara-negara yang membangun dan mundur berkemungkinan mengalami dominant culture atau pun penaklukan budaya disebabkan pengaruh budaya yang kuat dari negara maju. Negara yang membangun perlu memahami budaya. negara-negara di dunia ini terbahagi kepada tiga kumpulan. lazimnya maklumat dari negara maju akan mengalir masuk ke negara membangun atau negara mundur. Pendek kata. Pada tahap ini komunikasi akan dipengaruhi oleh status masingmasing. Budaya juga akan mneghadapi perubahan akibat proses modenisasi yang berlaku. semua pihak perlu berkerjasama serta memainkan peranan masing-masing. Berbeza pula dengan teori cultural mosaic.golongan tersebut dibezakan mengikut tahap pendidikan dan kepakaran dalam bidang masingmasing. sekiranya hendak mencapai kemajuan. Seterusnya. bahasa serta status ekonomi masyarakat negara maju supaya matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju tercapai. cara hidup. Teori ini merupakan sebuah teori yang mengemukakan bahawa masyarakat harus mendorong kumpulan-kumpulan etnik untuk mempertahankan kepelbagaian etnik dan identiti mereka. Di sesetengah negara.

Rakyat Amerika tersebut berasa sakit hati lalu menganggap bahawa rakyat Filipina tersebut tidak mahu menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab dengannya.Setiap negara mempunyai adab berkomunikasi yang berbeza. yang ada hanyalah persamaan. Halangan tersebut akan muncul apabila seseorang menilai perbezaan budaya negara lain yang berbeza dengan budayanya sebagai sesuatu yang negatif. Namun ada Negara lain yang menganggap mengelakkan pertentangan pandangan ketika berkomunikasi adalah tidak sopan kerana seolah-olah tidak berminat untuk berkomunikasi. meludah merupakan tanda afeksi. Dalam situasi ini. Orang Melayu menganggap perbuatan tersebut sekiranya dilakukan di khalayak ramai adalah tidak sopan. Manakala rakyat Filipina tersebut pula berasa sakit hati kerana rakannya itu tidak tulus mengajaknya makan malam di rumahnya. Senario ini adalah tepat sama sekali. Di beberapa buah negara. prilaku meludah. Jelasnya. Manakala di Barat pula menganggap perbuatan tersebut sebagai satu penghinaan. Contoh halangan tersebut dapat dilihat apabila seorang rakyat Amerika mempelawa rakannya seorang rakyat Filipina untuk makan malam di rumahnya. tanda hormat ketika berkomunikasi adalah dengan prilaku mengelakkan pertentangan pandangan. Umpamnya. Bagi suku 10 . Sebagai contoh. bagi orang Filipina adalah menjadi kebiasaan untuk mendapat undangan beberapa kali sebelum menyatakan persetujuan. Secara tuntasnya. sikap prejudis juga merupakan antara halangan yang dominan dalam proses komunikasi. semua budaya yang wujud di dunia ini ada perbezaannya. Hal ini kerana. mengabaikan perbezaan yang wujud antara sesebuah budaya dengan budaya yang lain merupakan perkara yang ammpu menjejaskan komunikasi. Selain itu. Seseorang itu menganggap tidak terdapat perbezaan dalam setiap budaya. Hal ini kerana. kesemua teori-teori ini secara tidak langsung memerlukan interaksi antara dua budaya tersebut. Namun bagi suku masyarakat Masai di Afrika. bagi masyarakat Indonesia pertentangan pandangan adalah tidak sopan.berbeza. Seterusnya.0 Halangan Komunikasi antara Budaya Dalam berkomunikasi. 5.Rakannya itu menolak dengan sopan. seorang gadis Amerika berkomunikasi dengan seorang lelaki Indonesia yang lebih berusia. masyarakat lazim melanggar adat kebiasaan budaya lainnya.

dalam budaya masyarakat Melayu itu sendiri terdadap kumpulan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar besar dengan juga penduduk kawasan luar bandar. Doktor tersebut menerangkan tentang penyakit pesakitnya menggunakan istilah saintifik yang langsung tidak diketahui dan difahami oleh petani tersebut. Terdapat juga dukun suku Indian yang meludahi orang sakit dengan tujuan untuk menyembuhkan penyakitnya. Orang melayu di bandar besar walaupun tidak semua. Namun bagi penduduk luar bandar yang masih berpegang kuat kepada adat kesopanan menganggap perkara tersebut sangat janggal dan tidak wajar dilakukan sesuka hati. Mereka tidak merasa janggal melakukan hal tersebut. komunikasi antara budaya dalam bentuk subbudaya akan gagal. Perkara ini jelas akan menimbulkan konflik dalam berkomunikasi kerana maksud atau maklumat yang ingin disampaikan oleh Doktor tersebut tidak difahami dan tidak mampu diterjemah oleh penerimanya. Misalnya. Hal ini telah menghalang sesuatu komunikasi daripada berlaku kerana tidak biasa dengan budaya dan cara hidup masing-masing. Hal ini kerana. seorang doktor berkomunikasi dengan pesakitnya yang merupakan seorang petani. Walau bagaimanapun. Misalnya. kita akan terjebak dalam stereotipe. Dalam setiap kelompok masyarakat yang berbeza budaya terdapat jurang yang amat besar dan ketara. Di samping itu. Isu yang sering menjadi persoalan adalah budaya berjabat salam antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim. tindakan mengabaikan perbezaan antara kelompok budaya yang berbeza juga akan menyebabkan sesebuah komunikasi itu tergendala. Akhir sekali. menganggap perkara tersebut sebagai satu perkara biasa.Indian di Amerika pula menganggap meludah sebagai sifat ramah-tamah. 11 . fokus diletakkan pada individu yang menggunakan kata-kata itu. Konsep makna tersebut tidak terletak pada kata-kata yang digunakan (semantik). Kita perlu peka terhadap prinsip ini dalam komunikasi antara budaya. Kita mengandaikan bahawa semua orang yang menjadi anggota kelompok yang sama (kelompok bangsa atau ras) adalah sama. jika perkara ini diabaikan. tindakan mengabaikan perbezaan dalam sesebuah makna juga akan menjejaskan proses berinteraksi. Sekiranya kita mengabaikan perbezaan ini.

Hal ini akan memudahkan komunikasi kerana masing-masing memahami bentuk komunikasi budaya lain dan ia akan memudahkan lagi proses komunikasi. mereka biasa bercakap ketika sedang menjamu selera. maka teguran boleh dibuat tetapi hendaklah diberikan dengan cara berhemah kerana bimbang akan menjejaskan hubungan antara 12 . Walau bagaimanapun. perlunya tiga aspek ini dipenuhi. masyarakat Melayu perlu memahami cara percakapan Bangsa Cina yang lazimnya dipertuturkan dengan lebih nyaring. setiap budaya memiliki gaya dan cara hidup masing-masing dan sebahagian daripadanya mungkin bercanggah dengan budaya lain. sesebuah budaya tersebut perlulah berinteraksi dengan budaya lain serta mempelajari keunikan dan kelainan yang menjadi amalan sesebuah budaya. Oleh itu. manakala masyarakat India pula berbicara dengan lebih pantas. Sememangnya.6. Tanpa komunikasi. Perkara ini dianggap biadap bagi budaya masyarakat Melayu. Umpamanya. Sekiranya ingin berkembang. Jika orang Melayu tersebut mengundang temannya yang berbangsa cina untuk makan. Selain itu. keduanya adalah sikap keterbukaan dan toleransi serta yang ketiga adalah penguasaan bahasa yang dipersetujui oleh kedua-dua budaya. Umpamanya. Pertamanya adalah pemahaman serta pembelajaran terhadap budaya lain selain daripada budaya sendiri. senario hari ini menunjukkan masyarakat di dunia sedang berusaha untuk memperkembangkan budaya masing-masing kerana kemajuan memberikan kelebihan kepada mereka di samping mampu meningkatkan status budaya masingmasing. dalam budaya Cina. masyarakat perlu bersikap terbuka dan bertoleransi ketika berkomunikasi dengan budaya lain. berbeza pula dengan masyarakat Melayu yang tidak bercakap ketika makan. kita perlu memahami dan mempelajari budaya teman bicara tersebut. masyarakat perlu bersikap lebih terbuka dan memahami situasi yang berlaku. Di samping itu. Aspek pertama menjelaskan sebelum berinteraksi dengan budaya lain. sekiranya hendak mewujudkan komunikasi yang berkesan antara budaya. dan sekiranya berlaku situasi yang dibincangkan tadi. sesebuah budaya tidak akan berkembang malahan akan menyebabkan sesebuah budaya tersebut akan terhapus. Hal ini bagi menjamin keberkesanan komunikasi supaya tidak terjejas akibat daripada berlakunya salah faham antara amalan yang diamalkan oleh kedua-dua pihak.0 Mewujudkan keberkesanan dalam Komunikasi Antarabudaya Komunikasi yang berkesan amat penting bagi mewujudkan hubungan antarabudaya.

Jika dilihat dari konteks masyarakat antarabangsa. masyarakat juga perlu bertindak menguasai bahasa yang telah menjadi kebiasaan atau pertuturan sehari-hari masyarakat sekeliling. Selain itu. labelling dan Prejudis. komunikasi yang seringkali berlaku tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.budaya tersebut. penguasaan terhadap bahasa rasmi (Bahasa Lingua Franca atau Bahasa Kreol) adalah perlu bagi menjamin keutuhan integrasi dan memupuk perpaduan antara kaum. Sama juga seperti sikap toleransi perlulah diamalkan sekiranya hendak berkomunikasi dengan budaya lain. Jika dilihat dalam konteks masyarakat pula. Umpamanya. 7. Namun berlaku percampuran kod antara bahasa yang dipertuturkan sebagai contoh penggunaan Bahasa Pasar yang menggunakan lazimnya dipertuturkan menggunakan loghat cina dan sedikit bahasa Melayu pada perkataan yang digunakan. kepentingan komunikasi itu adalah bagi menjamin kelangsungan sesebuah budaya atau mempelajari budaya lain yang sememangnya mempunyai kelainan yang tersendiri. perlu difahami bahawa proses tersebut melibatkan dua pihak atau lebih yang saling bertukar maklumat dan pengalaman. Wujud juga Bahasa Slaga atau bahasa yang lazimnya dipertuturkan oleh golongan remaja dan sememangnya kumpulan masyarakat ini yang memahami intipati kata-kata yang digunakan. pertembungan budaya yang berlaku secara realitinya telah mewujudkan bahasa-bahasa baru selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. ketika proses tersebut 13 . kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi antara masyarakat setempat dengan masyarakat luar. perlunya bahasa-bahasa ini dipelajari bagu memahami cara hidup dan budaya masyarakat yang menuturkannya. Jelasnya. Dalam aspek negara Malaysia sendiri. Walau bagaimanapun. Walau bagaimanapun.0 Stereotipe. Hal ini berlaku atas dua faktor yang utama iaitu untuk meneruskan kelangsungan hidup dan keperluan untuk mengadaptasi kehidupan dengan keadaan persekitaran. dalam konteks masyarakat Malaysia sendiri. apabila masyarakat Cina dan Melayu berinteraksi. Sememangnya penguasaan bahasa amat perlu bagi menjamin keberkesanan komunikasi serta memudahkan sesebuah budaya lebih berkembang. Ketika berkomunikasi.

Label. terdapat juga kumpulan individu yang bertindak menyuarakan rasa kurang selesa tersebut dengan cara yang tertib dan sopan atas alasan untuk menjamin keberkesanan proses komunikasi serta wujud persefahaman antara dua pihak tersebut. sebelum berkomunikasi. masyarakat tidak akan menunjukkan rasa ketidakselesaan tersebut ketika proses komunikasi kerana bimbang akan menjejaskan hubungan antara budaya. Konsep prejudis pula menjelaskan bahawa dalam sesetengah masyarakat. simbol atau tanda yang diberikan kepada kelompok tersebut akan terus menjadi rujukan kepada penemu bicara setiap kali ingin memulakan komunikasi dengan kumpulan tersebut. Perkara ini jelas akan mengganggu proses komunikasi antara budaya kerana lazimnya sifat atau ketidaksenangan ini hadir kerana berlaku percanggahan antara budaya yang terlibat dalam interaksi sosial tersebut. Contohnya 14 . manusia tidak akan lepas daripada tiga perkara utama yang seringkali menghalang proses komunikasi. Tanggapan atau persepsi yang akan dibina ini lazimnya dibuat berdasarkan keadaan semasa rakan bicara tersebut atau melalui pengalaman yang dimiliki oleh penemu bicara. dalam konteks masyarakat Malaysia sendiri. akan wujud rasa tidak suka atau kurang senang dengan cara atau budaya sesebuah masyarakat lain. Stereotipe merupakan tanggapan atau persepsi seseorang individu atau sesebuah masyarakat terhadap sesebuah kumpulan atau budaya yang lain. penlabelan dan prejudis dapat dijelaskan dengan menghubungkait antara komunikasi dan budaya. pandangan atau persepsi masyarakat Melayu. Lazimnya. Tiga elemen tersebut adalah konsep stereotipe. individu lazimnya akan bertindak dengan membentuk persepsi terhadap individu yang ingin dijadikan rakan komunikasi. penlabelan dan prejudis. Misalnya. Konsep stereotipe. Umpamanya.berlangsung. Tiga elemen tersebut berlaku secara tidak langsung ketika proses komunikasi dilakukan dan kebiasaannya berlaku atas faktor persekitaran yang membentuk keadaan tersebut. Namun. Penlabelan pula adalah suatu keadaan yang mana masyarakat atau individu tersebut meletakkan persepsi dan tanggapan mereka itu sebagai suatu yang kekal atau menjadi simbol kepada mereka sebelum berkomunikasi dengan kelompok tersebut. Cina dan India terhadap budaya masing-masing sememangnya sudah lama terbentuk atas faktor kesan pemerintahan zaman dahulu. Tanggapan atau persepsi ini tidak boleh diubah atau sememangnya sudah menjadi dasar kepada pemikiran sesebuah masyarakat sebelum memulakan komunikasi dengan kumpulan atau kelompok budaya lain selain daripada budaya sendiri.

Umpamanya. masyarakat Melayu telah dipaksa untuk tinggal di kawasan sawah dan di persisiran pantai. manakala kaum Cina lebih dominan dengan penguasaan aktiviti perniagaan dan kaum India pula menguasai kawasan estet-estet getah dan aktiviti perladangan. Umpamanya. Umpamanya.dapat dilihat apabila penjajah British pada zaman dahulu mengamalkan dasar pecah dan perintah dalam sistem pentadbiran menyebabkan wujud stereotipe yang jelas terhadap ketiga-tiga kelompok masyarakat tersebut. Sebagai contoh. persepsi masyarakat Cina atau Melayu terus akan melihat kepada sejarah budaya tersebut iaitu kelompok budaya yang menguasai estet-estet getah dan perladangan. masyarakat Islam yang prejudis terhadap budaya Kristian atau masyarakat bukan Islam yang 15 . Kesannya. masing-masing akan menganalisis personaliti teman bicara tersebut berdasarkan pengalaman lampau umpamanya masyarakat Cina yang dominan dengan penguasaan mereka dalam aktiviti perniagaan. Keadaan tersebut jelasnya telah membentuk persepsi dan stereotipe yang kekal dalam minda sesebuah masyarakat terhadap budaya lain. Gelaran ini wujud atas dasar persepsi masyarakat yang telah lama terbentuk akibat daripada sejarah lampau dengan melihat situasi dominan yang berkait dengan budaya Cina iaitu penguasaan dalam aktiviti perniagaan. masyarakat Cina. Prejudis pula merupakan sifat atau tingkahlaku seseorang individu yang tidak suka atau kurang gemar dengan sesebuah budaya atau tingkahlaku masyarakat tersebut. persepsi akan mempengaruhi komunikasi kedua-dua pihak. Pada zaman pemerintahan tersebut. Konsep labelling pula memperlihatkan perlakuan masyarakat yang seringkali memberi petanda atau gelaran kepada sesebuah masyarakat lain setelah melihat kepada stereotipe atau persepsi yang telah lama berakar umbi dalam minda sesebuah masyarakat. gelaran ³tauke-tauke´ yang seringkali digunakan ketika masyarakat Melayu berkomunikasi dengan Masyarakat Cina. manakala masyarakat Melayu pula lebih dominan dengan aktiviti pertanian dan perikanan kerana sejarah mempengaruhi persepsi dan stereotipe kedua-dua individu tersebut. India dan Melayu telah dipisahkan atau dibahagikan mengikut keperluan ekonomi pemerintahan British. Begitu juga dalam keadaan yang melibatkan hubungan dengan kaum India yang mana mereka seringkali ditandai dengan gelaran ³estetestet´. Begitu juga sebaliknya sekiranya masyarakat India terlibat dalam komunikasi tersebut. sebelum memulakan komunikasi sekiranya melibatkan orang melayu dan orang Cina.

Jelaslah bahawa budaya dan komunikasi merupakan dua elemen yang penting dan saling berkait bagi mendapatkan komunikasi yang berkesan.0 Penutup Kesimpulannya. kesannya persepsi kita terhadap budaya tersebut akan berubah kerana setiap perkara yang dilakukan oleh sesebuah budaya tersebut sememangnya mempunyai maksud yang tersendiri. komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian dan komunikasi juga berfungsi dalam menyatukan masyarakat. Komunikasi dan budaya perlu seiring bagi menjamin keberkesanan maklumat. Hal ini berlaku kerana tanggapan atau persepsi masyarakat Islam terhadap arak dan khinzir yang mana hukum terhadap memakan atau meminumnya adalah haram. Setiap orang perlulah mempelajari ilmu komunikasi antara budaya bagi memperolehi hubungan yang baik secara langsung dapat mengekalkan identiti budaya masing-masing. maka cara yang berkesan perlu diambil bagi mendapatkan komunikasi yang berkesan. 8. Setiap lapisan masyarakat perlulah mengetahui serta mempelajari budaya lain selain daripada budaya sendiri. hal ini demikian kerana jika budaya lain dipelajari sedikit sebanyak kita dapat mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik tanpa melukakan hati si pendengar atau penerima tersebut. 16 . sikap ini tidak mudah untuk dihapuskan dalam kehidupan masyarakat kita melainkan dengan mempelajari selok-belok sesebuah budaya tersebut. di mana pendengar mendapat input yang jelas dan faham mengenai perihal yang disampaikan melalui komunikasi daripada pengantar. Di samping itu. Hubungan dua budaya yang berbeza perlu dieratkan dengan cara berkomunikasi kerana melalui komunikasi maklumat dapat diperolehi dan disebarkan dengan lebih meluas.menjadikan khinzir sebagai makanan atau arak sebagai minuman. Dengan mempelajari budaya lain. Setiap budaya memiliki cara yang berbeza untuk berkomunikasi hal ini telah menimbulkan pelbagai halangan untuk berkomunikasi dalam sesuatu penyampaian maklumat atau interaksi. mempelajari budaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum amnya. Jelasnya. Komunikasi yang baik akan menyebabkan informasi atau maklumat dapat diperolehi dengan berkesan dan tepat walaupun pelbagai budaya diketengahkan.

Jakarta. Pusat Penerbit Universiti(UPENA) Samsuddin A. Jakarta. Dewan Bahasa dan Budaya Mokhtar Muhammad (2004). Manajemen PT Raja Grafindo Persada James Lull.0 Bibliografi Dr. Teori Komunikasi Perspektif Asia. Dewan Bahasa dan Pustaka 17 . UITM Shah Alam. Penterjemah Rahmah Hashim (1993).W Widjaja (1993). Komunikasi dan Hubunga Masyarakat. Pengantar Ilmu Komunikasi. Penterjemah A. Komunikasi Asas. Kebudayaan Suatu Pendekatan Global.Simbolon. Penterjemah Zainon Darois (1995). Yayasan Obor Indonesia L. Rahim (1997). A. Jalaluddin Rahmat (1990). Media. Kuala Lumpur. Bandung. Komunikasi Antara Budaya. Kuala Lumpur. Deddy Mulyana dan Drs. PT Remaja Rosdakarya Drs.Setiawan Abadi (1998).9. Jakarta. Komunikasi Antarabudaya. Komunikasi dan Perubahan.E Sarbaugh. Pengantar Parakitri T. Bumi Aksara Hafied Cangara (1998). Komunikasi. Dewan Bahasa dan Pustaka Wimal Dassayake. Kuala Lumpur.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.