You are on page 1of 3

LATAR

BELAKANG

DATO

MOHD

HOESSEIN

ENAS

(1924 -1995 ) Dato Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan juga dikenali sebagai Bapa Potret Malaysia.Dilahirkan pada tahun1924 di Kepulauan Jawa Indonesia.Pada tahun 1947,beliau telah memasuki Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya menyeberangi Selat Melaka dan mendarat diAyer Hitam,Pulau Pinang. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia kepada pelukis tempatan. Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni, beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan beliau. Salah satunya menjadi penarik beca. Beliau juga menjadi pelukis jalanan.Sewaktu itu,Malaya di bawah jajahan British.Pameran pertama beliau di Pusat British Council,Kuala Lumpur sangat memberangsangkan.Semua hasil seni beliau terjual.Selepas Berjaya pada pameran pertamanya,atas pengaruhdaripada Frank Sullivan iaitu Pengarah British Council pada waktu itu,beliau telah diserapkanuntuk menjadi pegawai dan ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya.Oleh kerana beliau bekerja dengan Jabatan Orang Asli,banyak karya-karya beliau menggambarkan orang-orang peribumi Sabah dan Serawak. Antara lain ia menampilkan wajah pahlawan Bajau, wanita Seranidi Melaka, penoreh getah, penari Sumazau dan nelayan di Terengganu. Beliau dianggap ikon dalam bidang seni lukis tempatan banyak menampilkan ciri-ciri unik Karya Hossein Enas yang bertajuk Gadis Penumbuk Padi memberi gambaran wanita atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di kampung. Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jatidiri yang ada pada seorang isteri atau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi menyara keluarga. Lukisan ini juga pada saya,menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan.

Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada pengalaman seniman itu sendiri. Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakat dan bangsa melayu. Di dalam lukisan ini, pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam menghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan di atas sekeping kertas lukisan. Warna tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapat kita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut. Palitan warna yang bersesuaian dengan gelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau. Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yang m e n g a m a l k a n t r a d i s i tertentu sesuatu bangsa. D a r i s e g i j a l i n a n p u l a , d a l a m k a r y a i n i l e b i h menjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan. Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semulajadi. Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai. Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yang a g a k t e r a n g d a n ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk menimbulkan suatu suasana yang kontra dan menjadikan karya yang di hasilkan lebih menarik.

You might also like