You are on page 1of 3

Negeri Bersih Rakyat Sihat

Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada di negeri yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada dibawah pemerintahan seorang sultan atau gabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada air, udara ataupun bunyi. Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.akhir sekali sihat yang bererti tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukan sebarangan omong kosong kerana hal ini dapat dibuktikan di negara-negara matahari terbenam seperti New Zealand di mana negara tersebut merupakan salah satu negara yang paling bersih daripada pelbagai pencemaran dan tahap

kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripada pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air yang bersih, pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman dan segar masih dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang. Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk membentuk rakyat sihat. Sebelum saya mengutarakan usaha-usaha untuk membentuk negara bersih saya ingin memberikan sedikit gambaran sekiranya kita tidak mengambil berat tentang kebersihan negeri kita. Antara kesannya ialah bekalan makanan akan berkurangan. Hal ini demikian kerana kilang- kilang di sekitar sungai mengambil jalan mudah untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai

bagi menjimatkan kos. Tetapi perkara ini bukan sahaja mengurangkan kos malah memburukkan lagi keadaan seperti kematian hidupan makanan laut serta kekurangan air sungai yang bersih. Selain itu, kilang-kilang memproses besi dan minyak telah mengeluarkan beribu-ribu kepul asap sehari. Hal ini telah menyebebkan indeks pencemaran udara semakin meningkat. Malahan, asap

berkepul-kepul ini akan membentuk awan yang berisi air untuk membasahi bumi. Namun air-air tersebut mengandungi pelbagai asid yang akan menyebabkan hakisan bangunan serta tumbuh- tumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid itu akan diserap ke dalam tanah. Hal ini akan menyebabkan pokok-pokok yang tubuh tidak begitu segar dan berkhasiat Malah air bawah tanah juga akan tercemar. Perkara ini juga dapat mengurangkan sumber minuman yang bersih daripada pencemaran. Kesemua pencemaran yang terjadi akan menyebabkan sumber makan dan minuman semakin berkurangan dan berkemungkinan akan berlakunya inflasi makanan dan minuman sekiranya negara kita tidak bebas dari kekotoran dan pencemaran. Hal ini sama sekali bertentangan dengan propaganda kita iaitu negeri bersih rakyat sihat. Pencemaran-pencemaran yang berlaku di negeri kita akan menyebabkan tahap kesihatan rakyat semakin teruk. Antara penyakit yang berkemungkinan akan dihidapi oleh rakyat setempat ialah penyakit Taun yang disebabkan oleh jangkitan virus vibrio cholera. Penyakit ini berpunca daripada pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini akan menyerang

saluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah diarea, perut tegang, mual, muntah dan kekeringan. Jika perkara ini tidak dirawat dengan kadar segera, kematian boleh berlaku. Disamping itu, bagi pesakit asma sudah pasti akan menjadi lebih parah apabila berada di kawasan indeks pencemaran yang tinggi seperti di antara Teluk Kalong dan Bukit Kuang yang merupakan tempat perindustri yang banyak mengeluarkan asap-asap toksik disamping habuk dan debu. Hal ini akan menyebabkan keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara yang mengakibatkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan oksigen di dalam badan. Penyakit-penyakit ini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak dirawat pantas. Hal ini sudah pasti akan mengurangkan rakyat sihat di dalam sesebuah negeri. Negatif impak yang dinyatakan tadi boleh dibanteras sekiranya kegiatan gotong-royong dijalankan di seluruh daerah di setiap negeri. Kegiatan ini boleh dilakukan di sungai, pantai dan kawasan perumahan yang tercemar dan kotor. Hal

ini akan menjadi lebih efektif sekiranya golongan atasan turut serta dalam menjayakan program gotong-royong yang dijalankan. Bak kata

pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya malah boleh dijadikan role model kepadarakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkan sikap bagai enau dalam belukar.

You might also like