You are on page 1of 20

1.

0 Penghargaan
Sepanjang saya membuat kajian ini, terdapat beberapa pihak yang telah bermurah hati memberi kerjasama, dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha menyiapkan kerja kursus Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Khususnya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Tuan Haji Mahat Bin Ibrahim. Beliau memberi panduan dan nasihat yang berfaedah kepada saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, beliau juga menerangkan data yang disediakan dengan mendalam dan penuh sabar walaupun beliau berada dalam keadaan kesibukan. Tidak ketinggalan juga saya mengambil peluang ini untuk melembarkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana bersedai memberi bantuan dari segi kewangan serta memberi sedikit maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Lantaran dorongan dan sokongan yang diberi oleh ibu bapa saya. Saya dapat menyelesaikan kerja kursus ini dan membina semula keimanan saya untuk mempratif gagasan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dalam pengerlian ringkas, bantuan dan dorongan anda akan sentiasa meresap dalam kenangan saya. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan pada tahun 2011 dengan matlamat bagi memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai. Konsep KSSR yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, KSSR juga berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid, dan akhirnya pendidikan seumur hidup. KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard Kandungan yang mementingkan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pada masa yang sama Standard Pembelajaran turut menetapkan kriteria atau indikator

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan di samping murid dapat mengukur ilmu, kemahiran dan nilai dengan jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan ( melalui assessment for learning.) dan akhirnya pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1983 dibentuk berlandaskan Perakauan 57(a) Laporan Kabinet (1979), iaitu: Kurikulum sekolah rendah ini hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu. Matlamat KBSR adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid menguasai bahasa Melayu sesuai dengan
3

kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara, seterusnya menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah, serta menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian.

Pertalian Antara KBSR dengan KSSR Transformasi telah berlaku iaitu suatu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Aspek y y Bentuk y

KBSR Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu y y y y y

KSSR Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika y Sains dan Teknologi y Tahap I  Modul Teras Asas  Modul Teras Tema  Modul Elektif

Organisasi

Berasaskan mata pelajaran

Aspek

KBSR y Tahap II

KSSR  Modul Komunikasi  Modul Komunikasi Elektif  Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai  Modul Fizikal dan Estetika  Modul Sains dan Teknologi  Modul Kemanusiaan

Kandungan

Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran y Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut:  Kemahiran Berfikir dalam P&P  Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P  Penggunaan TMK  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan  Pembelajaran Secara Konstruktivisme  Pembelajaran Secara Kontekstual  Pembelajaran Akses Kendiri  Pembelajaran Masteri  Belajar Cara Belajar

 Kemahiran Berfikir dalam P&P  Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P  Penggunaan TMK  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pedagogi  Pembelajaran Secara Konstruktivisme  Pembelajaran Secara Kontekstual  Pembelajaran Akses Kendiri  Pembelajaran Masteri  Belajar Cara Belajar

Aspek Peruntukan Masa y

KBSR

KSSR

Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris y Dijalankan secara berterusan untuk mengesan

Kaedah Pentaksiran

Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif y

perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai y Bersifat autentik dan holistik

y y

Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran y y y y Dokumen Kurikulum Standard Kandungan Standard Pembelajaran Buku Teks  Kandungan  Hasil Pembelajaran  Cadangan Aktiviti P&P Buku Teks Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

Bahan

y Pengurusan Kurikulum y

Jadual di atas jelas menunjukkan pertalian antara KSSR dengan KBSR. Walaubagaimanapun, Dasar KSSR turut mengubahsuaikan dengan menambah elemen-elemen yang baru untuk menghadapi murid yang baru pada era globalisasi ini. Reka bentuk kurikulum KBSR yang berasaskna tiga bidang iaitu

komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembang diri individu telah ditambah menjadi reka bentuk kurikulum KSSR yang berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian dan sikap serta niali kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan akhirnya ketrampilan. Hal ini jelas menunjukkan KSSR yang lebih mementingkan perkembangan diri sendiri dari segi fizikal dan estika. Di samping itu, sains dan teknologi juga digunakan dengan menggunakan alat-alat elektrik yang canggih supaya P&P boleh dijalankan dengan lebih berefektif. Bahan kurikulum KBSR iaitu sukatan pelajaran turut diubahsuai menjadi dokumen standard kurikulum KSSR. Ini dapat mengizinkan guru mengajar murid lebih fleksibel berbanding dengan sukatan pelajaran sahaja, murid turut dapat menimba ilmu pengetahuan dalam suasana yang seronok. Reka bentuk kurikulum KSSR menjadi Modular daripada Linear dalam KBSR. Guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta Pendidikan 1996, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) disemak semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KSSR) yang baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapa buah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum,2000). Konsep Sekolah Bestari juga diperkenalkan dan pelbagai modul pembelajaran telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai alternatif membantu guru-guru memahami dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. KSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan bolehlakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi.

3.0 Elemen-elemen yang Kandung dalam KSSR


Reka Bentuk Kurikulum transformasi mempunyai enam tunjang yag diambil berat bagi memupuk murid yang berfikiran kritis kreatif dan inovatif. Di samping itu, elemen KSSR ini akan membentuk insan yang seimbang dari segi akademik serta kurikulum agar dapat berjasa kepada Negara pada masa depan. Zaman era globalisasi yang penuh dengan kecanggihan teknologi, ilmu sains dan teknologi mengambil peranan yang penting dalam kehidupan kita. Maka salah satu elemen dalam KSSR ialah sains dan teknologi. Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran sikap saintifik supaya pemikiran menjadi lebih kreatif. Seterusnya penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik serta kemahiran berasaskan teknologi. Penggunaan teknologi dalam P&P turut melancarkan proses dan membolehkan murid belajar dengan lebih berefektif. Tunjang Perkembangan fizikal dan estetika yang mementingkan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Murid tidak akan hanya menumpukan prestasi akademik sebaliknya mengambil berat terhadap perkembangan fizikal dan estetika. Dengan ini, murid dapat menimba ilmu pada masa yang sama melahirkan tubuh badan yang sihat. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi turut penting dalam pelajaran. Sebagai bukti yang terbaik, murid di Europe menerima pendidikan tentang daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi sentiasa mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Seterusnya komunikasi yang memberi penekanan kepada proses menggabungjalinankan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa

berinteraksi atau berinteraksi sama ada dalam bentuk verbal dan juga nonverbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Murid akan menjadi lebih proaktif dalam P&P dengan mengamalkan teknik komunikasi. Maka kerjasama antara guru dengan murid tercapai untuk mendatangkan kesan positif. Kemanusiaan ialah penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Tunjang ini dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malayasia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memehami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran. Murid juga menghayati semangat patriotisme dan perpaduan supaya memupuk nilai cinta akan negara kita. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai yang mengutamakan penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan Negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identity Malaysia. Selain itu, tunjang keterampilan diri mengambil peranan penting dalam pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotic, rasional dalam tingkah laku dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan sehariannya.

10

4.0 Peranan Guru dalam Bilik Darjah


Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum baru iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama diperkenalkan. Justeru, guru sekolah rendah berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan KSSR. Tanggungjawab ini sangat penting khususnya kepada guru-guru yang seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksanaan serta matlamat KSSR. Hanya melalui bidang pendidikan, modal insan berkualiti dapat diwujudkan iaitu mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Guru memainkan peranan penting dengan menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) mengikut strategi baru . Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. Maka murid akan menjadi tumpuan dalam proses P&P supaya mereka akan proaktif dalam menimba ilmu yang disampaikan. Di samping itu, murid diamalkan berdikari dengan mencari jawapan sendiri tanpa menunnggu jawapan guru. Guru turut menggunakan simulasi, tunjuk ajar, dan lawatan sebagai kaedah mengajar

11

agar menambah minat murid lagi meningkat pengalaman yang luar dari buku teks.

Bahan pelajaran KSSR mengandungi dokumen standard kurikulum. Setiap P&P perlu dimulakan dengan set induksi yang relevan agar dapat menarik minat dan perhatian murid untuk dikaitkan dengan pelajaran yang akan diajar. Aktiviti yang menarik yang ada hubung kait dengan pelajaran dan aktiviti pengukuhan. Guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih cepat dengan bahan yang sesuai untuk P&P. Contohnya animasi daripada Power Point bersama dengan muzik yang menarik dapat mengizinkan murid lebih memahami konsep yang ingin diajar secara tidak langsung meningkatkan kefahaman murid. Suasana yang seronok juga boleh mengukuhkan pengingatan terdadap ilmu pegatahuan.

Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Tujuan penilaian dalam KSSR ialah aktiviti penilaian akan digunakan untuk menentukan sama ada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan akan dapat mencapai objektif yang ditentukan atau tidak. Seterusnya keputusan ujian adalah digunakan untuk membuat laporan pencapaian dan penempatan. Berdasarkan

12

ujian diagnostik, guru boleh merancang program pemulihan dan pengayaan dengan lebih berkesan.

Guru bukan hanya kertas dan pencil sahaja, sebaliknya boleh menggunakan cara pemerhatian supaya menilai perkembangan dengan lebih menyeluruh. KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. Jenis penilaian KSSR boleh dibahagikan tiga jenis penilaian, iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.

Penilaian ini dijalankan semasa guru mengajar di dalam kelas. Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran, misalnya matematik, yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta. Oleh itu, cara penilaian yang sesuai digunakan ialah penilaian tidak formal. Seterusnya ialah penilaian mengesan kemajuan, penilaian ini biasanya dijalankan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah diselesaikan diajarkan. Tujuan mengadakan penilaian ini adalah untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan. Aktiviti penilaian ini boleh dijalankan dengan cara formal atau tidak formal. Keputusan-keputusan penilaian setiap murid biasanya direkodkan dalam borang Rekod Prestasi.

13

Akhirnya merupakan penilaian mengesan pencapaian. Penilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan mengadakan penilaian ini adalah untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan mereka dalam kumpulan masing-masing. Aktiviti penilaian ini hanya boleh dijalankan dengan cara formal sahaja. Keputusan penilaian akan direkodkan dalam suatu borang yang dinamakan Rekod Profil dengan markah dan gred serta catatan dan tindakan yang sewajarnya.

14

5.0 Peranan Pelajar Dalam Bilik Darjah


Dalam menjayakan transformasi pendidikan, bukan hanya bergantung kepada dasar yang baik dan tanggungjawab guru sahaja, sebaliknya kejayaan perlu mendapat ganding bahu daripada semua pihak khasnya murid diri sendiri. Murid memainkan peranan untuk menyeru sahut dasar kerajaan dengan menerima KSSR yang dijalankan. Sementelahan itu, murid haruslah menjadi lebih aktif semasa proses P&P agar guru senang untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

Murid mesti berdikari dalam pelajaran dan mengatasi masalah dengan mencari bahan dengan pelbagai sumber iaitu buku rujukan, layari internet dan lain-lain lagi. Tambahan lagi murid dapat mendapat berbagai-bagai maklumat dan boleh memperkembangkan ilmu yang tidak dipelajari dalam buku teks sahaja. Perbincangan boleh dilakukan antara murid-murid dengan bertukar pandangan dan idea supaya mendatangkan efektif yang lebih baik. Maka etika murid mesti berubah dengan mengamalkan sikap terbuka untuk sanggup menerima pandangan orang lain. Dengan ini, kelemahan diri boleh didapati dengan mudah dan disempurnakan bagi menjadi lebih gemilang.

Jika murid mengalami masalah yang rumit dan tidak dapat diselesaikan antara kawan, mereka mesti bersedia untuk merujuk kepada guru. Hal ini demikian kerana guru mempunyai pengalaman yang banyak dan akan memberi pandangan atau tunjuk ajar kepada murid.

15

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

Justeru, transformasi pendidikan ke arah KSSR memang dapat memenuhi pelajar pada era globalisasi ini. Namun begitu, guru-guru turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan KSSR agar mendatangkan kesan yang
16

baik kepada semua generasi muda negara kita. Pada pandangan saya, kursuskursus tentang KSSR mesti dihadiri oleh semua guru berkenaan bagi memastikan semua guru boleh menjalankan pendidikan KSSR dengan bersistematik dan berefektif.

17

7.0 Refleksi
Saya Thomas Liow Zi Tong berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus Falsafah dan Pendidikan di Malaysia dalam masa yang ditetapkan. Sepanjang proses menjalankan kerja kursus ini, saya dapat memahami konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) secara teliti. Tentang tugasan ini , saya telah mencari berbagai-bagai maklumat tentang definisi, konsep, dan perbezaan antara KSSR dan KBSR. Di samping itu, saya juga bersama rakan saya berganding bahu mencari maklumat tentang menjelaskan perkaitan dan kepentingan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam pendidikan di negara kita. Melalui tugasan ini , saya dapat belajar banyak perkara. Contohnya sebelum itu saya masih tidak mengenai konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), namun sekarang saya telah memahami pelaksaannya dan ilmu ini dapat memanfaatkan saya apabila menjadi seorang guru. Di samping itu, saya juga mengetahui maklumat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan begitu lama dan sekarang telah diubahsuai menjadi KSSR bagi memenuhi era globalisasi. Akhirnya, saya juga ingin berterima kasih kepada kawan kawan saya yang telah menolong saya. Mereka telah membantu saya apabila saya menghadapi masalah iaitu mereka telah menolong saya untuk mendapatkan

18

lebih banyak maklumat yang berguna berkaitan dengan Konsep KSSR dan Konsep KBSR. Pensyarah kita, Tuan Haji Mahat Bin Ibrahim telah banyak memberi bantuan kepada saya. Beliau boleh diperlihatkan bahawa beliau seorang pensyarah yang bertanggungjawab dengan mengkorbankan masa untuk membantu kami semua serta sentiasa tanya adakah menghadapi masalah semasa menjalankan kerja kursus. Usaha pensyarah amat saya hargai. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya dalam membantu saya menjalankan kerja kursus ini.

19

8.0 BIBLIOGRAFI
LAMAN WEB: 1.) http://www.scribd.com/sendsays80s/d/43390060-Konsep-KSSR dilayari pada 13/2/2012 2.) http://cputsungai.blogspot.com/2011/03/betui-ker-kssr-itu-kerja-susahsampai.html dilayari pada 15/2/2012 3.) http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dankssr.html dilayari pada 15/2/2012 4.) http://www.slideshare.net/ckgfiezah/report-kssr dilayari pada 15/2/2012 5.) http://www.scribd.com/doc/45971493/kssr dilayari pada 16/2/2012 6.) http://www.scribd.com/doc/69976972/55409333-TOPIK-2-PENGENALANKEPADA-KBSR-DAN-KSSR-2-1 dilayari pada 18/2/2012 7.) http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanage ment/mohdjohdiUIAMfp.pdf dilayari pad 18/2/2012 8.) http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-itembaru.html dilayari pada 18/2/2012

BUKU RUJUKAN: 1.) Mok Soon Sang (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia SDN.BHD. 2.) Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur:Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 3.) Omardin Ashaari (2001).Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 4.) Perrot. E. (1982). Effecting Teaching: A Practical Guide to Improving Your Teaching. London:Longman. 5.) Stephens, P. and Crawley, T. (1994). Becoming an Effective Teacher. Great Britain: Stanley Thornes Ltd.
20

You might also like