You are on page 1of 13

Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

Latar Belakang KPJ Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat Penubuhan KPJ 1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka. 2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. Moto KPJ Mencegah lebih baik daripada Memerangi Objektif KPJ 1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah. 2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid. 3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah. 4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian. 5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia: 1. Pembudayaan Adab Murid 2. Peningkatan Disiplin Murid 3. Perpaduan Murid 4. Patriotisme 5. Jatidiri

Jawatankuasa KPJ Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh: 1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM. 2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri 3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM) 4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah Penaung: Pengetua/Guru Besar Penasihat: Penolong Kanan HEM Pegawai Perhubungan Sekolah Guru Penasihat: Guru Disiplin Sekolah (2 orang) AJK Kelab: -Pengerusi -Naib Pengerusi -Setiausaha -Penolong Setiausaha -Bendahari -Ahli Jawatankuasa (5 orang) -Pemeriksa Kira-kira (2 orang) Keahlian: Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah 1. Ceramah dan Dialog: -Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis -Penyalahgunaan dadah dan hukumannya 2. Kursus, Bengkel dan Seminar: -Membentuk keterampilan diri -Pembentukan sahsiah murid 3. Lawatan Sambil Belajar: -Penjara -Sekolah Henry Gurney 4. Kempen: -Antijenayah -Antimerokok -Antidadah 5. Perkhemahan: -Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi -Perkhemahan Jati Diri 6. Pertandingan: -Sketsa jenayah murid-murid sekolah -Mencipta logo dan slogan antijenayah 7. Penerbitan: -Menerbitkan buletin KPJ -Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah 8. Program-program Khas: -Karnival KPJ -Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop) -Program Jati Diri

3. PENYALAHGUNAAN DADAH: Definisi Dadah ialah bahan kimia yang boleh menimbulkan kesan perubahan terhadap psikologi, emosi atau tingkah laku seseorang. Penyalahgunaan dadah ialah penggunaan bahan kimia secara tidak sah ataupun haram yang mengakibatkan kerosakan fizikal, mental, emosi atau hubungan sosial seseorang. Semua dadah adalah berbahaya. Kesan dadah bergantung kepada
1. dos atau kuantiti, 2. kekerapan dadah diambil 3. cara menggunakannya (seperti menghisap, menyedut, menyuntik melalu kulit dan

sebagainya). Dadah terdiri daripada beberapa jenis seperti Morfin, Heroin, Ganja, Kanabis, Kosoin dan banyak lagi. Jenis dadah yang paling popular dan mengancam negara masa kini ialah'SYABU' Kesan-Kesan Negatif Pengambilan Dadah : Profil penagihan dadah di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur 15 - 25 tahun. Sebahagian besarnya ialah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Antara faktor yang mendorong penagihan dadah ialah:
1. Keseronokan, 2. Perasaan Ingin Tahu, 3. Pengaruh Rakan Sebaya,

4. Meningkatkan Keseronokan Seksual, 5. Tekanan Jiwa.

Kesan pengambilan dadah akan menimbulkan kerugian atau kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Orang yang paling dekat dengan penagih seperti ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan akan turut merasai kesan daripada penyalahgunaan dadah itu seperti kehilangan wang ringgit, kerungsingan, penyakit berbahaya dan banyak lagi yang boleh menghancurkan keluarga terlibat. Tanda-Tanda Penagihan Dadah:
1. Kemerosotan peratus kehadiran ke sekolah. 2. Tekanan yang kerap mengakibatkan kemarahan, selalu menguap dan tidak bermaya, 3. Hilang fokus terhadap pelajaran, 4. Risiko penagihan amat tinggi dalam kalangan pelajar yang merokok, 5. Kemerosotan prestasi pelajaran secara mendadak seperti kerja rumah tidak siap, peratus

markah jatuh secara mendadak,


6. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab, 7. Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri, 8. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki, 9. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata kuyu, 10. Sering melakukan perbuatan menyedut melalui hidung seolah-olah melakukan perlakuan

menarik hingus,
11. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap

ganja,

12. Bau badan kurang menyenangkan, 13. Berdampingan dengan mereka yang diketahui merokok atau menagih dadah, 14. Kerap meminta wang secara berlebihan daripada keluarga, 15. Kerap meminjam wang daripada rakan, 16. Sering mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, kelas atau sekolah, saudara

mara dan sebagainya,


17. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor dan bilik atau

kawasan semak yang jauh daripada orang ramai dengan tujuan menagih dadah, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang pelajar itu penagih dadah berdasarkan tanda-tanda yang saya katakan tadi. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya secara terus-terang kepada seseorang yang disyaki atau merujuk Guru Pengawas, Guru Kaunseling atau pakar-pakar perubatan. Penutup : Secara realitinya, sama ada anda ada niat untuk menceburkan diri, atau baru mula melibatkan diri atau sudah lama berkecimpung dengan dunia hina ini, Hanya anda yang tahu. Pesan KPJS HINDARILAH DAN JAUHILAH NAJIS DADAH, JANGAN SEKALI-KALI MENOLEH KEPADANYA, JANGAN CUBA - CUBA DEKATI MEREKA YANG MENAGIH, JADILAH INSAN YANG BERGUNA DAN BERMARUAH, INGAT, Dadah Musuh Negara.

5. PONTENG `TAK NAK PONTENG? Betulkah kita Tak Nak Ponteng ?, Itulah isu yang ingin KPJS paparkan pada kali ini. KPJS mendefinisikan ponteng sebagai 'tidak menghadirkan diri' atau `tidak wujud semasa orang lain wujud' tanpa sebab atau alasan yang munasabah. KPJS juga mengklasifikasikan ponteng kepada 5 jenis iaitu:
1. ponteng sekolah (tidak hadir ke sekolah pada satu atau lebih hari) 2. ponteng kelas (tidak hadir ke kelas semasa suatu-satu pengajaran dan pembelajaran

dijalankan)
3. ponteng perhimpunan (tidak hadir perhimpunan tanpa sebab) 4. ponteng GERKO dan SUKAN (tidak hadir untuk menjalankan sebarang aktiviti GERKO

atau SUKAN)
5. ponteng solat (bagi pelajar Islam )

MENGAPA KITA TIDAK HARUS PONTENG KE SEKOLAH? Kita sudah sedia maklum, sekolah merupakan institusi sosial paling penting kerana sekolah ialah tempat kita dididik dengan ilmu pengetahuan serta diterap dengan disiplin dan nilai-nilai murni. Oleh itu, saya amat yakin dan saya mengangap bahawa sekolah kita merupakan salah sebuah pusat latihan yang memberikan pendidikan kepada para pelajar agar bersedia menghadapi cabaran hidup dan seterusnya mampu memimpin diri sendiri serta generasi akan datang. Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu pengetahuan serta menerima pendidikan secara formal dan segala aspek yang berkaitan. Tanpa bimbingan dan

pengajaran yang sewajarnya, saya yakin, kita tidak akan ke mana-mana. Kita tidak akan dapat mengikuti arus pemodenan negara pada masa ini. Rakan-rakan yang dikasihi sekalian, Di sekolah, guru ialah individu yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan yang diberikan kepada kita. Mereka terlatih dan profesional dalam pendidikan segala ilmu yang diajarkan dapat membuka minda kita untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Penerapan nilainilai positif dan disiplin yang tegas pula dapat membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Ilmu yang dipelajari di sekolah merupakan benteng yang boleh menghalang kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan kita. Di samping itu, kegiatan KoKurikulum yang dijalankan di sekolah dapat membentuk dan mencungkil bakat kepimpinan seseorang pelajar yang berpengetahuan dan berwawasan tetapi dapat memberikan daya kekuatan untuk menangkis segala kegiatan jenayah . Bayangkanlah kita ponteng sekolah hari ini, Sudah tentu kita akan ketinggalan satu-satu formula atau topik yang diajarkan setiap mata pelajaran. Jika pada hari ini ada 5 subjek yang diajarkan, kita sudah mengalami kerugian 5 subjek. Kalau setiap guru memberikan kerja rumah dan sudah mengalami kerugian 5 kerja rumah dan sudah tentu kita tidak dapat menyelesaikan tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Keesokan harinya pula guru pasti akan memeriksa kerja rumah yang diberikan, dan sudah pastinya akan menerima hukuman. Bayangkan kalau kita ponteng berhari-hari. Sudah tentu kerugian dan masalah yang banyak akan kita alami. Oleh itu, janganlah ponteng jika tidak ada sebab-sebab yang terlalu penting seperti sakit atau sebagainya. Jika kita tidak pernah ponteng sekolah, sudah tentu kita dapat menguasai sesuatu topik atau bab yang diajarkan oleh guru dengan baik. Apabila kita dapat menguasai mata pelajaran itu dengan baik, kita boleh menjawab soalan dengan mudah. Dan bila kita boleh menjawab soalan dengan mudah, saya amat yakin, kita mampu lulus dengan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bahkan bukan itu saja, di sekolah juga kita diterapkan dengan nilainilai murni yang menjadikan kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang disiplin dan cemerlang akhlak. Bukankah itu sesuatu yang membanggakan pihak sekolah dan ibu bapa kita.

Ingatlah, jika sering ponteng, kita amat terdedah kepada banyak gejala sosial yang negatif di luar sana. Mula-mula melepak. Apabila melepak cuba mengganggu orang, merokok, menghidu gam, mengambil syabu dan menagih dadah. Tidak cukup dengan itu, kita mengugut, membuli, kemudian membelasah orang. Tidak puas lagi, kita terjebak dalam kegiatan hina seperti mencuri. menyamun, meragut , merompak dan seterusnya mungkin membunuh. Adakah ini matlamat hidup kita? Adakah ini sikap seorang yang terpelajar? Adakah ini yang diharapkan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat kita? Adakah kita rela untuk hidup tanpa hala tuju, jadi penganggur ukur jalan sana, sini? Bolehkah kita, 'Menuju Ke Arah Kegemilangan Yang Menyeluruh' seperti yang termaktub dalam Falsafah Sekolah, jika kita sering saja ponteng sekolah ? Adakah kita ? Bolehkah kita ? atau Mampukah kita ?.Tanyalah diri kita kerana kita penentu segala-galanyanya. Rakan-rakan yang dihormati sekalian, Pihak sekolah mempunyai peraturan yang tegas lagi adil
1 . Di dalam Buku Peraturan Sekolah : ponteng sekolah dan ponteng kelas adalah dianggap

sebagai Perkara 26.0 : Kes Salah laku Berat, yang boleh dikenakan tindakan gantung dan buang sekolah serta merta, dan
2 . hukuman rotan boleh dikenakan kepada mereka yang Lewat Hadir dan Tidak hadir ke

sekolah tanpa sebab yang munasabah serta ponteng perhimpunan rasmi dan ponteng solat (bagi pelajar Islam sesi petang) KPJS mengajak rakan-rakan semua, janganlah kerana kita rajin hadir ke sekolah kerana kita takut akan hukuman dan tindakan yang akan diambil. Tetapi
1. hadirlah ke sekolah kerana diri kita penuh dengan motivasi, 2. hadirlah ke sekolah kerana ilmu, dan 3. hadirlah ke sekolah kerana ingin berjaya.

6. GENGSTERISME ADAKAH anda seorang gengster ? Adakah kita ahli mana-mana 'geng'di sekolah kita ? Kali ini, KPJS mengutarakan satu isu yang hangat di pasaran `GENGSTERISME' Golongan remaja dapat didefinisikan sebagai satu golongan peralihan iaitu peralihan dari segi sikap, fizikal, mental, emosi, rohani dan jasmani daripada golongan atau alam kanak-kanak ke alam dewasa. Golongan ini merangkumi individu lelaki dan perempuan yang berusia dalam lingkungan umur 13 hingga 20 tahun dan termasuklah semua pelajar. Atas hakikat inilah, maka sesetengah remaja masih lagi terikut-ikut dengan gaya hidup kanakkanak dan sesetengahnya pula mahu kelihatan matang seperti orang dewasa. Hal ini mengakibatkan remaja semakin tersepit dalam arus pemodenan negara dan akhirnya munculah golongan remaja yang terjerumus dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial. PUNCA
1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa punca utama masalah ini datangnya daripada

masalah kekeluargaan. Kajian mendapati hampir 70% remaja yang terlibat dalam masalah ini terdiri daripada keluarga yang porak peranda. Remaja terbabit merasakan bahawa mereka sudah kehilangan tempat untuk mengadu segala masalah dan malu untuk menghadapi masyarakat.
2. Dalam proses memajukan negara, kita disogokkan dengan pelbagai rancangan dan artikel

yang kurang bermutu dari Barat yang bertentangan dengan ajaran agama dan budaya kita. Rancangan dari Barat menonjolkan ciri-ciri keganasan yang sesuai dengan naluri mereka yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
3. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca utama berlakunya masalah

gengsterisme dalam kalangan remaja. Hal ini kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian seseorang. Remaja seharusnya menjauhkan diri daripada

rakan yang bersikap negatif kerara dalam usia yang meningkat naik, remaja perlu dapat menilai antara yang baik dengan yang buruk. Remaja tidak akan melakukan jenayah sekiranya wujud kesedaran bahawa kegiatan tersebut menyalahi undang-undang negara atau peraturan sekolah, melangcar batas agama dan budaya bangsa remaja itu sendiri. Selain kurangnya kesedaran, remaja masa kini juga terlalu cetek dari segi didikan rohani dan jasmani. HUKUMAN ATAU TINDAKAN:
1. Hukuman atau tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan terhadap remaja yang

melakukan jenayah. Contohnya, Kes bunuh Muhammad Farid Ibrahim, seorang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan Seremban Negeri Sembilan, yang dibelasah hingga mati. Hukuman yang dikenakan ialah dihadapkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi serta didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman mati.
2. Kita merujuk kepada peraturan sekolah kita pula: Berdasarkan Buku Peraturan Sekolah

pindaan 2003, Perkara 26 tindakan ke atas pelajar yang terlibat dengan kes-kes 'gengsterisme' seperti bergaduh, mengugut, memukul, melepak dan sebagainya boleh digantung atau dibuang sekolah serta merta dan akan dikenakan sebatan rotan. Sebenarnya terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang masalah gengsterisme dalam kalangan remaja. Semua masalah ini akan berakhir jika semua pihak bersatupadu, tidak kiralah sama ada ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, masyarakat sekeliling ataupun remaja itu sendiri. KPJS mengingatkan diri kami sendiri dan juga rakan-rakan sekalian, janganlah pula kita jadikan alasan bahawa jika kita mempunyai masalah keluarga atau institusi kekeluargaan di rumah tidak kukuh, kita sewenang-wenangnya membabitkan diri ke arah budaya yang tidak bermoral ini. Janganlah pula, apabila ibu bapa kurang memberikan perhatian, kita jumps 'geng' kita. Kalau 'geng' yang kita jumpa itu baik, sering menasihati kita atau boleh berkongsi masalah dengan kita,

kita selamat. Tetapi, kalau 'geng' itu sendiri 'membatu api' atau mengajak kita melakukan sesuatu yang negatif untuk melupakan masalah kita, saya rasa kita amat-amat rugi. Satu lagi pesanan KPJS, adalah lebih baik kita menubuhkan 'geng perbincangan' atau 'study group' daripada kita menubuhkan 'geng-geng yang melampau' yang amat merugikan dan suka membuang masa, seperti suka membuli, suka menganggu, suka lepak dan banyak lagi. Saya ingin bertanya kepada kita semua, ada berapa banyak 'study group' atau `kumpulankumpulan perbincangan' yang ada di sekolah kita ini? Saya rasa kita boleh hitung dengan jari. Rakan-rakan semua, kita anak-anak bangsa yang bakal meneraju negara Malaysia yang tercinta. Fikirlah, bukalah mata, jangan sekali-kali kita asyik terleka, Jangan asyik dibuai mimpi, zaman remaja hanya sekali, sekiranya tersilap langkah, kita yang akan merana SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

You might also like