Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 1 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang

terdapat dalam gambar.

1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin. 2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan. 3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan. 4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah. 5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut. Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 2 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu. 2. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam. 3. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai. 4. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut. 5. Orang ramai lebih gemar membeli-belah di pasar minggu kerana harganya lebih berpatutan.

. 3. 4.Beberapa orang anggota keluarga sedang melakukan aktiviti di ruang tamu rumah mereka.Adik pula sedang tekun dan bersungguh-sungguh menerima tunjuk ajar daripada abangnya. 1. 5.Ibu pula sedang menjahit pakaian. 2.Ayah sedang membaca ruangan tertentu di surat khabar sambil berehat pada hari itu.Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR .Abang menunjuk ajar dan membimbing adik bongsunya menyelesaikan masalah Matematik. beliau juga merupakan seorang tukang jahit yang mahir.Set 3 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

LATIHAN SOALAN RAMALAN (1) BAHAGIAN B SOALAN RAMALAN 1 1 Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu. Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Berita Sukacita dimaklumkan. Tuan Guru Besar. Rombongan ini dijadualkan bertolak dari sekolah pada pukul 8. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 3. Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendedahkan ahli-ahli persatuan tentang cara-cara penerbitan surat khabar khususnya akhbar DIDIK.00 petang. terima kasih. Akan tetapi. Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu. Contoh jawapan 1 Khilawati binti Haji Mohamad Nasir. 5. Sekian. 2 Sebelum cuti akhir tahun bermula. Nurun Najihah binti Mohamad. dengan tidak disangka-sangka… Lengkapkan cerita di atas. 39500 Sungai Pelik. 3 Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. setiausaha persatuan ini memohon kebenaran mengadakan lawatan tersebut. Sebagai ketua kelas kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan tersebut. 39500 Sungai Pelik. Yang menjalankan tugas. Lawatan ini akan disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat persatuan ini iaitu Cikgu Hilal bin Mohamad Nor dan Cikgu Jamiah binti Yasin. Sepang. 2. saya. Saya berharap pihak tuan tidak keberatan memberikan kebenaran kepada persatuan ini untuk mengadakan lawatan tersebut. Pengalaman tersebut diharapkan akan dapat membantu ahli-ahli persatuan menerbitkan buletinnya sendiri. Sehubungan dengan itu. Selangor Darul Ehsan. Kami bercadang untuk mengadakan lawatan itu pada hari Sabtu bersamaan dengan 26 Julai 2010. Kuala Lumpur. 4. 2 JUN 2011 . Tuan. kelas kamu akan mengadakan jamuan perpisahan. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya. Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. kamu diminta menulis surat kepada guru besar untuk meminta kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar. Tulis surat kamu selengkapnya. Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini bercadang akan mengadakan lawatan ke Balai Berita. Selangor Darul Ehsan.00 pagi dan balik pada pukul 3. Sepang.

Salam sejahtera saya ucapkan. Hadirin sekalian. dan rakan-rakan sekalian. Akan tetapi. Contoh jawapan 3 Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Bolehlah kita bertemu kembali. Kalau ada umur yang panjang. Belum sempat aku membuka pintu. dengan tidak disangka-sangka ayah terdengar bunyi pintu dibuka ‘krek……’ . Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak membimbing kami. ayah telah tercegat di depanku. Sekian. guru-guru. Kami tidak mampu membalas jasa cikgu. membisu seribu bahasa. Semua ini adalah hasil kerja keras guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kami menjadi insan yang cemerlang dalam semua bidang. Sepanjang tempoh tersebut. terkunci mulutku untuk berkata-kata. tentulah banyak ilmu dan pengalaman serta kejayaan yang kami perolehi. Tidak dapat digambarkan betapa pilunya hati kami untuk meninggalkan sekolah ini. Tuan Guru Besar. Semoga Allah akan membalasnya. Terlebih dahulu. Seperti yang kita sedia maklum. kami meminta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang kami belajar di sekolah ini. Contoh jawapan 2 Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis. Saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Khilawati Mohamad Nasir ………………………………… (KHILAWATI BINTI HAJI MOHAMAD NASIR) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu. Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Bolehlah saya menumpang mandi. “Kali ini nahas aku. Maklumlah sudah enam tahun kami belajar di sekolah ini. Aku terus menuju ke bilik air.Segala yang baik itu akan kami jadikan teladan dan yang buruk itu kami jadikan sempadan. Kalau ada sumur di ladang. Pada kesempatan ini juga . “Zali pergi kemana tadi? Kenapa tak beritahu ayah dan ibu? Kenapa?!…” Aku terpaku. hari ini merupakan hari terakhir bagi kami di sekolah ini. . saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Hadirin sekalian. “Siapa di dapur!” ayah bersuara. terima kasih.” bisik hati kecilku.

00 pagi . Antara acara yang menarik ialah acara tiup belon dan rebut hadiah murid pra sekolah. “Ayah dah tahu segala-galanya. Pada waktu rehat. Mereka tersenyum lalu mengusap kepala aku. aku telah insaf. nampak Zali dengan kawan-kawan sedang melepak di pasaraya”. Lengkapkan cerita di atas. Pelbagai aksi yang melucukan dapat disaksikan.Upacara penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. .00 pagi .30 pagi . Acara kemuncak ialah tarik tali antara rumah.Acara sukan bermula dengan acara-acara sukanika murid pra sekolah dan murid tahap satu. Contoh Jawapan:Soalan 1 Sabtu. Selepas mendengar kata-kata ayah dan ibu. lagipun UPSR sudah hampir benar. 3 Aku dan beberapa orang rakanku sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah.30 pagi . Ramai rakan-rakanku telah tiba lebih awal. Bukankah lebih baik Zali duduk di rumah mengulangkaji pelajaran. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah menyempurnakan upacara tersebut. Rumah saya. Kami terus berkumpul di rumah sukan masing-masing untuk mendengar taklimat daripada ketua rumah. kamu telah melihat dua orang murid sedang bertengkar. LATIHAN SOALAN RAMALAN (2) BAHAGIAN B SOALAN RAMALAN 2 1 Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. para hadirin dihiburkan dengan persembahan gimrama oleh murid-murid tahun empat. Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh. Setiap rumah telah menunjukkan persaingan yang sengit untuk menjadi juara. Ayah terus menyerangku. Aku berjanji tidak akan melakukan kesalahan seperti itu lagi.00 tengah hari . rumah merah telah muncul sebagai juara.Acara sukan tahap dua bermula. Rumah Merah telah muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan kali ini. Tiba-tiba salah seorang daripada rakanku pengsan. “Lain kali kalau hendak pergi kemana-mana beritahulah kepada ayah atau ibu. “Zali memang suka membuang masa.Ayah terus berkhutbah. 12. 10. aku pun mengakui kesalahan aku dan segera meminta maaf kepada ayah dan ibu. Tulis catatan mengenai sukan tersebut. 8. 2 Kamu ialah seorang pengawas sekolah.Waktu rehat. 10. Zali ingat.Para tetamu telah mula memenuhi khemah-khemah tetamu kerana acara sukan akan bermula. Tadi kawan ayah telefon. 24 Mei 2010 7. mudah untuk mendapat 5A? Pergi mandi! Jangan buat lagi”. Kamu cuba untuk mendamaikan mereka.30 pagi . Budak baik patut meminta kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah supaya tidak menimbulkan kerisauan kepada orang tua”. tak payahlah Zali hendak beri alasan lagi. Kini giliran ibu pula. Tuliskan dialog antara kamu dan dua orang murid itu.Aku tiba di sekolah. 8. Kini.

Aku membuka butang bajunya. Nasir telah dibawa ke unit rawatan rapi. Lima minit berlalu. Tetapi Hisham tidak mempercayainya.Contoh Jawapan:Soalan 2 Pengawas : Hisham. aku memberitahu doktor mengenai kejadian yang menimpa Nasir. Kami meghampiri Nasir. Aku dan Hilal mengambil keputusan untuk membawa Nasir ke hospital. saya dan Sailan pergi menemui Cikgu Zainab di hadapan kelas. Zaki. Kami segera memapahnya ke tepi jalan. Zaki : Sebenarnya saya telah menjelaskan kepada Hisham bahawa saya tidak mencuri duitnya. Muka Nasir kelihatan pucat dan tidak bermaya. “Nasir pengsan! ”. Sampai di hospital . . Hisham. sambil mengipas-ngipaskannya. Janganlah kamu bertengkar lagi. Aku pasti Nasir pengsan kerana keletihan dan tambahan pula dia belum bersarapan lagi. Kami mencabut rumput dan membuang daun serta ranting kering. Hilal menjerit. Pengawas : Bertenanglah. namun Nasir masih tidak sedar. “Mujurlah kamu dapat memberi pertolongan segera. Pengawas : Semoga kamu akan berbaik-baik semula. Hisha : Saya minta maaf. Aku dan Hilal segera memapah Nasir dan membawanya ke bawah pokok. Zaki : Saya kurang pasti kerana ketika Hisham pergi ke tandas. Pengawas : Baiklah Hisham. Aku menahan sebuah kereta dan meminta pemandunya menghantar Nasir ke hospital. Tiba-tiba. Sepuluh minit kemudian. Nasir. sudah kamu periksa dengan teliti meja kamu? Hisham : Saya telah memeriksa laci meja saya tetapi duit itu tidak ada di situ. Janganlah kamu terus bertegang leher kerana tidak akan menyelesaikan masalah. Biarlah kita adukan masalah ini kepada Guru Disiplin untuk disiasat. doktor yang merawat Amran menepuk-nepuk bahuku sambil berkata. Aku berdoa semoga Nasir akan selamat. dan Hilal sedang membersihkan tapak perkhemahan. Zaki! Mengapa kamu bertengkar? Hisham : Zaki telah mengambil duit saya ketika saya tiada di dalam kelas. Hilal menyapukan minyak angin di bahagian kepala dan leher Nasir.” Aku bersyukur kerana Nasir selamat walaupun terpaksa membatalkan hasrat untuk berkhemah . Saya sedia memaafkan kamu. Contoh jawapan : soalan 3 Aku. Zaki : Tidak mengapa. Aku menyuruh Hilal mengambil kotak ubat yang kami bawa. Pengawas : Kamu tidak boleh menuduh seseorang itu mengambil duit kamu jika kamu tidak mempunyai bukti dan saksi. Zaki kerana menuduh kamu mengambil duit saya. Sebenarnya tiada siapa yang tahu orang yang telah mengambil duit itu. kalau tidak mungkin…. Aku dan Hilal tergamam seketika. Pengawas : Kamu Zaki! Ada kamu melihat sesiapa menghampiri meja Hisham ketika dia tiada di dalam kelas.

dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran. Setelah puas bermandi. Apabila sampai waktu tengahari. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. mereka berasa lapar. 2. Klinik 1 Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. 4. Jangan mencuri harta benda orang. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri 3. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buahbuahan yang berhampiran dengan sungai itu. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Pengajaran 1. Contoh jawapan Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Selepas bersalam dengan ibu. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. 5. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.Teknik Menjawab Bahasa Melayu Penulisan UPSR . Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita. 6. Kita tidak boleh menipu ibu bapa. . Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.Bahagian C Penulisan Bahagian C (1) Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu.

Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. memandikan adikadik dan memberi mereka makan. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Adam. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. jiran mereka. keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat.Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh. Dalam kesibukan di dapur. 2. ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Pandai menguruskan rumah 4. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Sikap Adam yang menggemari makanan manis. “Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Menurut/ patuh arahan ibu bapa. memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang. KLINIK 3 Pada hari minggu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya . 5. Budaya mengucapkan terima kasih. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah. Bersyukur. Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Selain itu. JAWAPAN 1. Contoh jawapan Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. rendang daging. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Bermain bunga api pula. Kali ini ib memasak ketupat. Di rumah. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Faridah terpaksa mengemas rumah. Sejak pagi lagi. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga. Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong. adiknya pula suka bergaduh dengan Ali. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah.KLINIK 2 TEMA : KELUARGA Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. KLINIK 4 Izzat seorang anak yang baik. 6. memasak. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. menyiram pokok bunga. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan. . Rajin membantu dan ringan tulang 3.

dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dia juga berani melawan guru. Apabila ditegur oleh guru kelas. Menghormati ibu bapa/ orang lain 2. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang.mengamalkan pemakanan yang seimbang.barulah dia pulang ke rumah. 3. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula. Berhati-hati / mementingkan keselamatan 3. Mesti bersikap jujur dan amanah 5. Menghormati orang lain/ kawan-kawan. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran 3. dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula. dia pun membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. JAWAPAN 1. Wang bakinya tidak dipulangkan. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Apabila disiasat. Bercakap benar . Kita perlu menepati masa 2. dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Muridmurid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Menjaga kebersihan – makanan 5. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Dalam perjalanan ke rumah. dia asyik memberi pelbagai alasan. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat KLINIK 5 Tema : Murid yang bersikap negative Jamil murid Tahun 4 Hijau. Mereka takut pada Jamil. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya. Kasih saying – memberi nasihat / teguran 4. JAWAPAN 1. Perlu jujur dan amanah 5. Semasa guru-guru mengajar. Setibanya di kedai. Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Mesti menghormati guru KLINIK 6 Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. JAWAPAN 1. Menghormati ibu 2. Tidak mengganggu dan membenci orang lain 4. dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan.Kemudian. Menghargai masa 4.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.