You are on page 1of 31

1.

Pendahuluan Malaysia yang merdeka sejak 1957 telah melaksanakan dasar dan

program ke arah menjadi sebuah negara yang maju dan makmur berteraskan Islam menjelang tahun 2020. Sehubungan ini Malaysia telah diistiharkan sebagai negara Islam pada tahun 2001. Sebagai sebuah negara Islam maka pembangunan Malaysia perlu melalui model Islam. Dengan keperluan ini maka YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yangmana masa itu selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan secara rasmi Pelancaran Islam Hadhari pada September 2002 . Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai suatu pendekatan untuk membangun ummah dan negara berdasarkan perspektif ketamadunan Islam. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Mac 2004 meminta supaya agensi-agensi kerajaan mempromosikan Pendekatan Islam Hadhari yang progresif melalui pembaharuan dan penambahbaikan. Pada 17 Oktober 2004 Jemaah Menteri telah melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras bagi melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari Islam Hadhari adalah modul pembangunan Islam yang dipraktikkan pada zaman keagungan Islam di Baghdad dan Andalusia. Pembangunan Islam di Andalusia adalah merupakan sumber kepada Kebangkitan Eropah ( Renaissance ) yang melahirkan pemodenan Eropah melalui Revolusi Industri yang seterusnya telah menjadi model utama dan pemangkin kepada pembangunan dunia moden sehingga Kegemilangan umat Islam bermula pada era pemerintahan Islam di Madinah dan berkembang pesat pada zaman Khulafa Al- Rasyidin, Bani Umayyah dan Bani Assabiyyah. Kegemilangannya terus menular dan bertapak di benua Eropah yang menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Andalusia. Ketamadunan Islam bersifat universal dan memberi manfaat kepada seluruh umat di serata dunia.

Selepas keruntuhan kerajaan Islam pada abad kedua belas, imej masyarakat Islam kini telah dikaitkan dengan kelemahan dan kemunduran. Persepsi umat Islam kini juga hanya terbatas kepada aspek-aspek ibadah khusus semata-mata. Walaupun wujud kefahaman bahawa Islam sebagai suatu cara hidup, namun sebahagiannya ditampilkan dalam bentuk slogan dan retorik semata-mata. Majoriti masyarakat sukar untuk memasukkan agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa dan keutuhan negara sebagai sebahagian daripada ruang lingkup agama seperti mana yang dikehendaki ajaran Islam. Islam adalah Al-Din, iaitu cara hidup dalam konteksnya yang sangat luas, bukan sekadar suatu kepercayaan, tetapi cara hidup yang lengkap, maju dan progresif serta mampu menyelesaikan permasalahan semasa kehidupan manusia sepanjang zaman. Suatu pendekatan dan penilaian semula pemikiran masyarakat Islam terhadap ajaran agamanya wajar dilakukan dan umat islam harus mengerti dan mengamalkan Islam secara syumul pada keseluruhannya. 1.1 Pendekatan Islam Hadhari Kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata tetapi, agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Oleh itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan memacu pembangunan ummah dan negara. Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadahari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi ia merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana amanat Nabi

Muhammad S.A.W.

Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-

prinsip akidah dan syariat dalam Islam, malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Hadhari tidak bereerti sesuatu pendekatan yang sengaja dibuat untuk menunjukkan bahawa Islam tidak cukup dan mantap, tetapi dengan kemantapan dan kekukuhan agama Islam di mata dunia inilah kerajaan telah melaksanakan Islam Hadhari untuk menjadikan agama Islam unggul dan mengembalikan semula zaman kegemilangan dengan kerjasama seluruh umat Islam. Pendekatan Islam Hadhari meemberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam ( Islamic Worlwide ) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. memajukan ummah secara holistik. Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyueluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam dan seterusnya memenuhi prinsipprinsip maqasid Al- Syariah yang sentiasa berkembang seperti :menjaga, memartabat dan mempekasa Warisan dan kegemilangan umat islam dijadikan panduan dan dorongan untuk membakar semangat kita dalam

Agama

Akal

nyawa

harta

keturunan

maruah

institusi keluarga

alam sekitar 3

Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan berdasarkan kepada beberapa rasional iaitu Islam Sebagai Agama Persekutuan hal ini berikutan kerana Perlembagaan Malaysia Fasal 3(1) menyebut bahawa Ugama Islam adalah ugama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Realitinya negara-negara luar melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, teknologi, sosio-budaya dan kestabilan politik. Walaupun Malaysia merupakan negara berbilang agama dan kaum, namun agenda pembangunan ummah dapat dijayakan secara harmoni hingga dapat membawa kemakmuran kepada rakyat dan Negara. Seterusnya, Kesinambungan Kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam iaitu Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI) telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1985. Pada tahun 2001 Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2001 Mengenai Garis Panduan Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam telah dikeluarkan. Setelah dua dekad DPNI diperkenalkan, banyak hasil dan manfaat yang telah dapat dilihat dan dinikmati bersama, khususnya dalam budaya kerja, malah secara amnya telah turut diamalkan oleh sektor swasta. DPNI juga telah dapat melahirkan sistem ekonomi berteraskan prinsip Syariah, serta kemajuan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Pada tahun 2004 Pendekatan Islam Hadhari pula diperkenalkan. Pendekatan ini merupakan tambahnilai kepada DPNI kerana konsep pendekatannya yang lebih komprehensif dan menyeluruh berdasarkan peradaban. Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan modal insan dan pembangunan fizikal yang merupakan teras pembinaan sesebuah tamadun. Pendekatan seterusnya ialah Menjadikan Islam Sebagai Penyelesai Cabaran Semasa. Dunia dan kehidupan manusia sentiasa mengalami

perubahan disebabkan oleh proses perubahan masa dan tahap pencapaian tamadun. Proses perubahan tersebut berlaku dengan pantas membawa cabaran dan permasalahan-permasalahan yang baru. Untuk menghadapi cabaran ini,ajaran Islam perlu dijadikan pemangkin bagi menghadapi realiti kehidupan semasa. Antaranya ialah bersikap fleksibel dalam berijtihad bagi perkara-perkara yang boleh diijtihadkan, dengan keyakinan bahawa ajaran Islam mampu menyelesaikan permasalahan ummah dalam sebarang situasi. Jika para ulama dan pemimpin Islam zaman dahulu telah mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada zaman mereka, maka ulama pada masa kini juga sewajarnya berupaya menyelesaikan isu-isu ummah yang berlaku pada masa kini secara berkesan. Pendekatan yang terakhir ialah Merealisasikan Islam Sebagai Agama Yang Dapat Memberi Rahmat Kepada Alam Sejagat. Hal ini dapat dilihat dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama, kepimpinan negara telah meletakkan ketamadunan Islam sebagai agenda bagi mengurus pembangunan Negara. Pendekatan Islam Hadhari akan memberi manfaat kolektif yang dapat dinikmati secara harmoni kepada seluruh rakyat. Ini kerana keharmonian ajaran Islam itu adalah meliputi seluruh umat tanpa mengira bangsa dan kepercayaan. Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan ( wasatiyyah ) sesuai dengan tuntutan agama islam. I a selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. masyarakat majmuk. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konsep

2.0

Definisi dan signifikan Islam Hadhari Islam Hadhari dapat didefinisikan sebagai satu pendekatan serta

perancangan, perlaksanaan dan pemantauan program pembangunan yang holistik, komprehensif dan mampan secara sistematik bagi kemajuan, susunan dan kehidupan umat Islam dan manusia ke arah tamadun dan budaya yang berpaksikan Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad s.a.w di mana kesyumulannya telah , sedang dan akan terbukti serta sesuai sepanjang zaman tanpa batas bangsa, masa dan sempadan. Dari sudut Etimologi, perkataan Hadhari membawa maksud bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai Civillization Islam, dan dalam Bahasa Arab sebagai Al Islam Al Hadhari. Manakala takrif Islam Hadhari secara telusnya ialah Suatu Pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. Sebagai huraian kepada takrif Islam Hadhari ia adalah suatu pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara Juzie atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik Al Islam al-Siyasi Islam bersifat Tasawwuf al Islam al-sufi dan lain-lain lagi. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran. Signifikannya Islam Hadhari kepada masyarakat di Malaysia adalah sebagai pendekatan baru (re-engineering) bagi pembangunan

umat Islam Malaysia dan dunia. Islam Hadhari tidak mengubah prinsip-prinsip asas dan nilai teras dalam Islam yang bersifat suci, murni, kekal dan signifikan dalam apa juga keadaan. Perlaksanaan Islam Hadhari adalah satu langkah ke hadapan yang lebih fokus dan utama ( aulawiyat ) berdasarkan keperluan dan cabaran pembangunan semasa melalui pandangan hidup ( tasawwur ) yang jelas, tepat dan dituntut oleh akidah dan syariat Islam. Selain itu, signifikan sebagai Proses pembangunan dalam Islam. Ibnu Khaldun dalam tulisannya Kitab Al-Ibar di dalam Muqaddimah menerangkan keperluan keseimbangan kemajuan dan pembangunan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Di dalam kitab ini juga Ibnu Khaldun membicarakan tahap perkembangan dan kemajuan masyarakat ( darat/hulu ) membawa kepada Hadhari Madani (bandar/bertamadun) dan ( kota/berbudaya ). Skop Islam Hadhari merangkumi pembangunan kesemua skop kehidupan manusia sejajar dengan Islam sebagai cara hidup ( A-din ) sebagaimana di bawah : Pembangunan Insan Pembangunan Sosial Pembangunan Ekonomi Pembangunan Sains, Teknologi & ICT Pembangunan Infrastruktur Pembangunan Mampan yang bermula dari Badwi dengan Misri ( maju/semasa ) , kemudiannya berakhir

Apabila perlaksanaan Islam Hadhari antara lain menekankan kepada pembangunan dari segi ilmu, pembangunan fisikal dan insan, kesihatan, sistem ekonomi dan kewangan direalisasikan maka Islam dilihat sebagai satu tamadun dan cara hidup yang bersepadu, menyeluruh dan holistik sebagaimana Firman Allah s.w.t; Surah Al-Maidah, Ayat 3 ( Terjemahan ) Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu. Aku telah mencukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah merasa senang , Islam itu menjadi agamaMu

2.1

Visi Islam Hadhari

Berdasarkan Islam Hadhari visi yang ingin dicapai adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. 2.2 Misi Islam Hadhari

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang 2.3 Objekti Islam Hadhari

Islam Hadhari yang dilaksanakan mempunyai objektif mantap iaitu bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat

ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Prinsip Islam Hadhari

Keimanan & ketakwaan kepada Ilahi

Kerajaan adil & beramanah

Rakyat berjiwa merdeka

Penguasaan ilmu pengetahuan

Pembangunan ekonomi seimbang & komprehensif

Kehidupan berkualiti

Pembelaan hak kumpulan minoriti & wanita

Keutuhan budaya & moral

Pemeliharaan alam semula jadi

Kekuatan pertahanan

Peta Konsep : 10 Prinsip Islam Hadhari 3.0 3.1 Prinsip Islam Hadhari Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T Prinsip Islam Hadhari yang pertama ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al Quran dan sunnah Rasulullah sebagai teras pegangan dan rujukan. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al Araaf ayat 96 yang bermaksud dan (Tuhan berfirman lagi) : Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Dalam ayat ini, maksud yang ingin disampaikan ialah Tuhan akan memberi rezeki serta keberkatan atas apa yang dilakukan oleh hambanya apabila mereka mengikut perintah serta menjauhi larangannya. Pada prinsip penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing masing seperti firman Allah s.w.t dalam surah al Baqarah ayat 256 yang bermaksud tidak ada paksaan dalam agama (Islam). Hal ini menunjukkan bahawa Islam memberi peluang kepada semua orang bagi memilih untuk menganuti mana mana agama mengikut fahaman masing masing. Dalam surah al Anfaal, ada mengatakan bahawa wahai orang orang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasulnya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara perkara yang menjadikan hidup kamu lebih sempurna. Hal ini menunjukkan

10

bahawa

Islam

amat

mementingkan

kebaikan

untuk

melengkapkan

kesempurnaan seseorang. Beralih kepada penghayatan serta pelaksanaannya pada masa kini di Malaysia, kita lihat kepada peristiwa yang menjadi kebanggaan negara pada tahun lepas di mana angkasawan Malaysia iaitu Syeikh Muzaphar Syukor telah dipilih bagi mewakili negara untuk sama sama merasa pengalaman berada di stesen angkasa lepas. Lebih menarik lagi apabila sepanjang beliau berada di sana, turut ditunjukkan cara cara bagaimana beliau bersolat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa walaupun pelbagai kemajuan teknologi berasaskan sains dan pengetahuan digali serta dicari bagi mencuba sesuatu yang baru, amalan yang wajib masih tetap menjadi teras serta tunjang dalam menunjukkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Walau sejauh mana pun kita berada namun, tiang agama yang satu itu haruslah jangan dilupakan di samping menerapkan 3.2 nilai nilai murni yang lain. Mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka Selain itu,prinsip kedua pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif seperti menghasilkan rekaan rekaan baru yang berteknologi tinggi. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t dalam al - Quran surah al-Isra ayat 70 yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhlukmakhluk yang telah kami ciptakan.

11

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalanamalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu. Perubahan hidup ke arah yang lebih positif dan maju amatlah digalakkan bagi menjamin satu situasi kehidupan yang lebih bermakna. Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh. Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jati diri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri. Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara. Kesediaan individu itu sendiri untuk membangunkan persekitaran yang boleh bersesuaian dengan kehidupan masyarakat amat dititik beratkan. 3.3 Penguasaan ilmu pengetahuan Prinsip yang ketiga ialah kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat

12

dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah alMujaadalah ayat11. Maksudnya: Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan hasil ciptaan barangan yang kita guna dalam kehidupan seharian kita serta kelengkapan kelengkapan tambahan merupakan hasil campuran pengetahuan daripada pelbagai bidang. Hal ini menunjukkan bahawa dengan adanya pengetahuan yang boleh dimanfaatkan, kita dapat menggunakan ilmu itu untuk membantu diri sendiri serta masyarakat. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan

13

matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al - Imraan ayat 190. Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material di dunia. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-quran surah al-Qasas ayat 77 bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. Ini memerlukan pemimpin yang amat menitik beratkan soal tanggungjawab serta mempunyai tahap kewibawaan yang tinggi dalam mempelopori bidang kepimpinan. Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke

14

semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia. Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan. Asuhan serta didikan yang seimbang daripada ibu bapa amat penting bagi mewujudkan satu keluarga yang mengamalkan sikap serta sahsiah yang terpuji serta terpelihara. Ibu bapa harus memilih pengisian yang betul dalam mendidik serta mengasuh anak anaknya. 3.4 Kehidupan berkualiti Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan

persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Masyarakat yang berhemah akan menggunakan kemudahan yang disediakan bagi merapatkan ukhwah serta tempat untuk berkongsi ilmu serta sebaran pengetahuan. Dalam konteks Islam sendiri, nabi Muhammad amat menggalakkan umatnya untuk membina jati diri serta satu proses perjalanan kehidupan yang bermanfaat lagi berguna. Mempunyai kehidupan yang berkualiti dari aspek jasmani, rohani, intelek, emosi serta sahsiah merupakan rebutan serta impian semua insan. Maka, dari pendekatan Islam Hadhari ini kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu. 3.5 Keutuhan budaya dan moral Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.

15

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin ayat 12 yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyudalamsembahyangnya. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. Hal ini kerana keadaan individu itu sendiri yang tidak peka serta mengambil sikap sambil lewa dalam membentuk perspektif diri. Seharusnya sebagai generasi yang hidup pada zaman yang serba canggih ini, kita haruslah mengambil inisiatif untuk membangunkan diri sendiri serta menjadi contoh teladan yang baik bagi menarik insan insan lain untuk memasuki corong kehidupan yang mulia lagi dirahmati. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara. Walaupun perkara seperti ini tidak pernah lagi terjadi kepada negara kita, namun inisiatif serta jalan yang baik haruslah dicari bagi menjauhi gejala ini. Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture). Sebagai rakyat Malaysia yang terbukti mempunyai daya kekreatifan serta daya cipta yang semakin membangun, seharusnya pendekatan ini dipandang serta diintai dengan cara yang sebaiknya. Kita tidak harus memandang remeh pada sesuatu perkara kerana beranggapan ia hanya perencah tambahan dalam pembangunan negara.

16

3.6

Konklusi prinsip-prinsip Islam Hadhari

Konsep Islam Hadhari yang sedang dijalankan pada masa kini jika dilihat dari semua aspek amatlah berguna serta boleh diklasifikasikan sebagai satu perjalanan kehidupan yang amat berguna serta bertepatan dengan kadar waktu serta situasi yang berlaku pada masa sekarang. Sedang negara mengalami perubahan dalam politik, ekonomi, pendidikan, kemajuan sains, teknologi serta segala galanya yang berkaitan lalu terbentuknya pelaksanaan Islam Hadhari ini bolehlah dikategorikan sebagai satu landasan yang betul untuk diikuti tanpa menyebabkan sesiapa pun akan ketinggalan serta teraniaya sepanjang melalui zaman yang serba mencabar dan mengandungi pelbagai tipu helah. Oleh itu, persediaan serta perincian terperinci haruslah dilakukan bagi menyahut serta menyokong pelaksaan Islam Hadhari ini. Banyak kebaikan serta manfaat yang dapat diperoleh sekiranya kita betul betul menghayati konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri kita ini. Keseimbangan dari segala aspek merupakan tunjang utama dalam pelaksanaannya tanpa menolak serta mengetepikan hal hal yang dianggap penting serta harus dimuatkan bersama. Seharusnya, kita memberi sokongan dengan mengekalkan prinsip prinsip asas Islam Hadhari dalam menjalani kehidupan seharian. Lagi pula, gabungan prinsip prinsip ini dirangka menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan kaum. Pendekatan ini juga adalah untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

17

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Mujaadalah ayat11.Maksudnya: Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan hasil ciptaan barangan yang kita guna dalam kehidupan seharian kita serta kelengkapan kelengkapan tambahan merupakan hasil campuran pengetahuan daripada pelbagai bidang. Hal ini menunjukkan bahawa dengan adanya pengetahuan yang boleh dimanfaatkan, kita dapat menggunakan ilmu itu untuk membantu diri sendiri serta masyarakat. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur.

18

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al - Imraan ayat 190. Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

19

4.0

Penguasaan Ilmu pengetahuan ke arah kemajuan dan peningkatan Tamadun Islam di Malaysia. Ilmu merupakan asas untuk mencapai kemajuan. Bangsa-bangsa yang

berjaya dan maju adalah mereka yang menguasai ilmu. Pendekatan Islam Hadhari menyeru rakyat Malaysia supaya menjadi umat peneroka ilmu dalam pelbagai bidang. Tujuan penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang bertamadun. Rakyat Malaysia perlu menjadi umat peneroka ilmu, umat yang mampu berdikari, serta berupaya menangani cabaran semasa dalam kehidupan. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan keterampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Melalui sistem pendidikan dwipengkhususan yang saling melengkapi antara penguasaan ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah kita boleh melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan Ibnu Khaldun.

Umat yang cintakan ilmu integrasi ilmu melalui program dwipengkhususan Menjadi bangsa peneroka ilmu

Ciri dan nilai yang Membina masyarakat melalui pendekatan ilmu ingin dibangunkan Mendalami ilmu fardhu ain (bagi umat Islam)

Meninggalkan ilmuilmu negatif

. Menguasai semua bidang ilmu fardhu kifayah

20

Berdasarkan dasar Islam Hadhari yang keempat iaitu penguasaan ilmu pengetahuan. Prinsip ini mempunyai kaitan dengan usaha-usaha Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pelajaran di sekolah, IPTA/IPTS, towering personality, manusia dan kemanusiaan, perjuangan agenda Melayu, pengurusan dan kepentingan ilmu pengetahuan dan Malaysia sebagai Hab kecemerlangan Pendidikan Serantau. Falsafah pendidikan Kebangsaan sangat menepati konsep Islam Hadhari iaitu bertujuan untuk membina kecemerlangan intelek, rohani, emosi dan jasmani serta bersepadu dan holistik. Kecemerlangan intelek bermaksud kehebatan kognitif, minda dan pemikiran. Kecemerlangan rohani ialah kesempurnaan spiritual, kejiwaan dan akhlak. Kecemerlangan emosi ialah kebolehan pengawalan perasaan dan sensitiviti. Manakala kecemerlangan jasmani ialah kekuatan fizikal, sihat, bersih, bertenaga dan penuh motivasi dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Konsep Islam Hadhari dapat dihayati di dalam isi kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, Malaysia emosi,jasmani yang dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat berilmu pengetahuan, berketrampilan, mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996) Ilmu pengetahuan dituntut oleh Islam. Terasnya ialah pada ayat pertama Al-Quran iaitu seruan membaca yang bermaksud carilah ilmu pengetahuan, tuntutlah ilmu, fahamailah ilmu, hayatilah ilmu, amalkanlah ilmu dan perkembangkanlah ilmu.

21

Ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu ilmu Naqli yang beteraskan wahyu atau revealed knowlededge dan ilmu Aqli yang berdasarkan ilmu-ilmu duniawi yang dicari, diperoleh dan dimanfaatkan atau acquired knowledge. Dasar Islam Hadhari dalam prinsipnya iaitu penguasaan ilmu pengetahuan dapat dilihat secara subjektif. Pelbagai kepentingan dan signifikan yang perlu dalam merealisasikan pembangunan dan kemajuan negara yang bertamadun. 4.1 Pembangunan minda berteraskan Islam. Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China itulah yang sering

diperdengarkan dalam membentuk jati diri setiap individu dalam mencari ilmu. Dalam pembangunan minda kelas pertama perlu ada ilmu dan perlu juga dikuasai agar menjadi insan yang berilmu bukan khusus pada suatu ilmu sahaja namun, ilmu yang luas agar tidak sesat jalan. Pembangunan Islam Hadhari adalah suatu landasan dalam merencana perkembangan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat. pandangan yang jauh, Jika dilihat dari kita dapat melahirkan masyarakat yang berilmu

pengetahuan sebagai generasi pada masa akan datang kerana hari esok bermula dengan hari ini. Dalam hal ini, al-Quran menunjukkan kita beberapa isyarat yang boleh memeberi sinar cahaya di jalan yang kita lalui. Bukanlah sebagai satu kebetulan bahawa permulaan turunnya wahyu ilahi kepada junjungan kita Muhammad s.a.w. penumpuan yang utama diberikan kepada menarik perhatian dan akal manusia menyentuh alam dan manusia. Sebagai pengukuhan kepada perkara tersebut, al-Quran menyifatkan para ulama adalah golongan manusia yang paling takut kepada Allah, kerana mereka punya keupayaan meneroka rahsia-rahsia kejadian, peraturan alam dan kebesaran Ilahi. Dengan kerana itulah Islam menyamakan tinta ulama sama nilainya dengan darah para syuhada. kepada kunci tamadaun iaitu ilmu pengetahuan, penyelidikan dan kajian bagi ayat-ayat Allah s.w.t. yang

22

Oleh itu, segala penerokaan adlah bertujan untuk mencari jalan agar kita menjadi insan yang berilmu dan tidak hanya terikat kepda suatu cabang ilmu sahaja. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada kemajuan kegiatan sosioekonomi. Modal insan negara berkualiti merupakan elemen kritikal dalam mencapai misi nasional. Pembangunan modal insan secara holistik yang dilaksanakan oleh Kerajaan merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi mencapai matlamat pembangunan secara latihan, modal insan, ke Teras atas Dasar sistem bertaraf

Pembangunan Modal Insan telah dikeluarkan oleh Kerajaan. Antaranya ialah melaksanakan penyampaian penambahbaikan pendidikan dan komprehensif mewujudkan universiti

antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan, menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat dan membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan. Di samping itu, penekanan juga turut diberikan ke atas pembangunan modal insan yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif serta memiliki nilai dan etika universal yang kukuh seperti yang digariskan dalam Pendekatan Islam Hadhari.

23

Objektif Islam Hadhari ialah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Didikan harus diberi sejak kecil supaya mudah dibentuk dan dapat menerima apa itu pengetahuan. Hal ini berikutan kerana, di mana-mana sahaja kita dapat lihat pendidikan awal adalah penting untuk pembentukan minda seseorang individu dan hal ini bererti ibu bapa mahupun pihak atasan mengetahui tentang kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana-mana sahaja insan yang berilmu pengetahuan dianggap mempunyai darjat yang tinggi dan pelbagai gelaran diberikan kepada mereka.

4.2

Umat peneroka ilmu. Ilmu pengetahuan sangat luas, semakin hari kita meniti jalan menjelajahi Hal ini adlah benar kerana

hidup semakin banyak yang perlu kita pelajari.

sehingga bila-bila pun manusia tidak akan habis mempelajari ilmu pengetahuan kerana ilmu bergerak seiring zaman dan ilmu selari dengan era modenisasi yang bergerak dan berdaya saing. Persoalan akan terus menular apablia jawapan diperolehi. Ilmu pengetahuan tiada batasan dan menerjah ke seluruh cabang ilmu pengetahuan bukan sahaja berkaitan duniawi malah ukhrawi. sahaja boleh mempelajari ilmu pengetahuan. pengetahuan amat penting untuk menjana kemajuan negara. Sesiapa Di Malaysia, penerokaan ilmu Contoh jelas,

Datuk Syeikh Muszaphar Syukor yang menjalankan penyelidikan hingga ke angkasa demi mencari penyelesaian saintifk untuk kegunaan masyarakat di Malaysia amnya dan bidang astronomi khususnya. Hal ini bermaksud, ilmu pengetahuan bukan sahaja diukur setinggi mana persekolahan dan sejauh mana sijil yang dijulang tetapi lebih dari itu, iaitu sejauh mana penerokaannya dalam mencari ilmu pengetahuan.

24

Kita lihat tokoh Islam zaman dahulu, Ibn Battutah yang menjelajah ke serata dunia untuk mencari segala ilmu pengetahuan, kebudayaan, cara hidup dan pengalaman demi mendapatkan ilmu. umumnya. Jelaslah penerokaan dalam mencari ilmu bukanlah sesuatu yang merugikan kerana ia adlah suatu usaha untuk meneroka denga lebih mendalam dan mendapat pengalaman yang luas. Tidak perlu berkira dalam mencari ilmu kerana sikap inilah yang akan membuatkan manusia terus berputus asa dan malas untuk mencari ilmu pengetahuan. Jadi dalam meningkatkan kemajuan negara suatu anjakan paradigma dalam diri setiap masyarakat harus ada supaya masyarakat mengerti kepentingan pengetahuan. Kita mampu untuk melakukannya. 4.3 Penguasaan ilmu menjana kemakmuran negara. Berfikir secara reflektif terhadap apa yang telah berlaku khususnya sejarah kedudukan umat Islam adalah amat penting untuk dijadikan sebagai asas pedoman melihat hari ini, masa depan, iktibar dan teladan. Perjalanan penyebaran risalah Ilahi demi pembangunan Ummah semenjak zaman Rasulullah s.a.w sehingga melewati zaman kegemilangan Islam pada abad ke 17 Masehi meninggalkan banyak catatan sejarah yang menunjukkan bahawa ia tidak pernah sunyi daripada cabaran dan tribulasi. Umat Islam telah berdepan dengan pelbagai bentuk ujian yang bukan sahaja menguji kekentalan jatidiri dan ekonomi, tetapi mereka turut diuji dengan ancaman ke atas jiwa dan nyawa sejak dari penurunan wahyu pertama di Makkah sehingga kejayaan pembentukan masyarakat Madani di Madinah. Disamping itu juga dapat melahirkan insan minda kelas pertama yang mampu bersaing diperingkat global. Penerokaannya yang memakan masa yang lama memberikan manfaat kepadanya dan juga masyarakat

25

Umat Islam pada ketika itu bukan setakat mampu mendepani setiap cabaran, bahkan telah berjaya meningkatkan kekuatan fizikal, mental dan spiritual sehingga mampu muncul sebagai peneraju tamadun manusia di saat Barat dan Eropah masih lagi tenggelam di dalam zaman kegelapan. Lambang kegemilangan ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Daya berfikir dan kreativiti ulama, ilmuan dan sarjana Islam terdahulu dalam menghasilkan kejayaan ketamaddunan amat mengkagumkan. Bapa Pembedahan, Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas Az-Zahrawi (lahir 940 Masehi di Cordoba, Sepanyol) umpamanya telah menghafaz al-Quran pada awal umur dan menjadikan al-Quran sebagai sumber utama dalam mengembangkan pemikirannya. Beliau secara kreatif telah mendalami ilmu perubatan bagi menghasilkan alat-alat perubatan serta berupaya melakukan pembedahan pesakit sehingga ke tahap kepakaran. Inilah di antara contoh bagaimana alQuran dijadikan sebagai suluh hikmah, pedoman, nilai serta ilmu dalam menjana idea dan pemikiran kreatif. Namun begitu, akibat daripada serangan dalam bentuk ketenteraan, ekonomi dan pemikiran yang bertalu-talu ke atas umat Islam tatkala Barat dan Eropah mencapai zaman kebangkitan dalam perindustrian dan pembangunan material, akhirnya pada penghujung kurun ke 16 Masehi telah menyaksikan kejatuhan bumi umat Islam ke tangan Barat termasuklah Malaysia yang pernah dikenali sebagai Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Sejarah Melayu mengisahkan di puncak kehebatan Melayu, terdapat lapan puluh empat dialek atau bahasa diucapkan di pelabuhan atau di bazar-bazar di Kota Melaka.

26

Kemajuan aktiviti perdagangan dan hubungan antarabangsa Tanah Melayu pada ketika itu akhirnya ranap dengan kejayaan Portugis memasuki Melaka pada 1511 Masehi. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah penting dalam kemakmuran negara kerana dengan ilmu pengetahuan kita mampu berfikir rasional dan merancang strategi dalam merancang keamanan negara. Jika kita lihat sejarah Islam bagaimana Islam boleh memenangi dalam sesuatu peperangan. Semua nya kerana kebijaksanaan dalam merancang strategi dalam

menggulingkan pihak lawan. Faktor kekurangan tentera dan peralatanyang tidak mencukupi bukanlah suatu penyebab kekalahan tetapi penguasaan Ilmulah yang menyebabkan sesuatu mencapai kemenangan. Nabi Muhammad S.A.W sendiri dalam merancang Piagam Madinah menggunakan kebijaksaan Baginda dalam mengatur strategi, walaupun pada awalnya dapat dilihat berpihak kepada pasukan lawan namun pihak lawan yang mengambil kesempatan dan melanggar Piagam yang menyatakan untuk mengadakan gencatan senjata namun dilanggar. Kesabaran yang tiada menyebabkan kejatuhan kumpulan lawan. Akhirnya berpihak kepada Baginda yang menggunakan kebujaksaan dalam mengatur langkah selain menmperoleh kebaikan. Oleh itu, masyarakat Malaysia harus sedar bahawa penguasaan Ilmu Pengetahuan amatlah signifikan dalam membentuk dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan terhindar dari peperangan. Selai itu juga kita yang hidup dalam negara yang majmuk boleh menikmati kehidupan bersama tanpa persengketaan.

27

5.0

Kesimpulan

Ummah pada hari ini perlu menginsafi bahawa asas ilmu Mengurus Diri dan asas ilmu Mengurus Sistem perlu diperkukuhkan. Serangan fahaman sekular dan liberal masa kini boleh menjerumuskan kecenderungan kritikal kepada fahaman anarki di kalangan masyarakat. Kemunduran Ummah pada hari ini secara kritisnya berpunca daripada permasalahan intelektual di kalangan umat Islam. Justeru, Ummah perlu memastikan falsafah ilmu Mengurus Sistem yang diteroka haruslah bersifat integratif dengan ilmu Mengurus Diri untuk mengelakkan konflik keilmuan yang merugikan. Tradisi tadabbur atau penyelidikan harus diperkembangkan untuk dijadikan rujukan Ummah. Usaha untuk menjambatani kitab-kitab lama Islam (turath), menghayati dengan metodologi baru dalam karya-karya terkini perlu diberikan perhatian sewajarnya agar minda remaja dan generasi baru dapat menghirup nafas islamisasi yang menyegarkan. Sesungguhnya matlamat dan usaha ingin mengeluarkan Ummah daripada kemelut kelesuan dan kemunduran pada hari ini, seterusnya memartabatkannya kembali sebagai peneraju tamadun manusia memerlukan keterlibatan serius semua pihak. Insan cemerlang akan menghasilkan komuniti cemerlang. Komuniti cemerlang sudah pasti akan menghasilkan Ummah terbilang Islam Hadhari perlu diperjelaskan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia sebagai satu kaedah penyelesaian pembangunan dunia yang juga akan membawa kebaikan ke akhirat. Tanpa Islam maka kemajuan dan pembangunan akan tiada matlamat.

28

Realiti kehidupan yang kita dapat gambarkan kesan perlaksanaan Islam Hadhari adalah bahawa :Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya dapat beribadat dengan ikhlas, dapat berkeluarga dengan penuh kasih sayang, dapat hidup dalam masyarakat yang penuh keamanan, negara yang dikawal undang-undang penuh keadilan dan menyedut udara yang nyaman serta persekitaran yang indah mata memandang serta terhindar dari kemiskinan, kekacauan dan kelemahan sebagaimana Firman Allah s.w.t ; Surah Saba, Ayat 15 ( Terjemahan ) . Negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah Perkembangan dalam ilmu pengetahuan harus bergerak seiring dengn zaman yang semakin pesat namun, jangan sesekali terpesong dari landasan agar sentiasa berpegang teguh dan taan hanya kepada Allah. progresif dan cemerlang. Islam HAdhari

29

6.0

Bibliografi

Ismail Ibrahim (2004). Isu Islam Semasa. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Wakil IPTA,(2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Islam Hadhari : http://www.islam.gov.my/islamhadhari/ ucapan pak lah (11/2/09) http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=utama2 Kesan positif Islam Hadhari http://www.digitalhalal.com/search/kesan-positif</STRON...< strong> http://www.digitalhalal.com/search/kesan-tamadu...

30

31

You might also like