P. 1
kurikulum sek rendah

kurikulum sek rendah

1.0

|Views: 501|Likes:
Published by Eunice Lau

More info:

Published by: Eunice Lau on Mar 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/27/2013

pdf

text

original

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 17 _______________________________________________________________________________

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat:

1. 2. 3.

menerangkan perkembangan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. menghuraikan latar belakang berkaitan KBSR dan KSSR. membanding beza antara KLSR, KBSR dan KSSR.

PETA KONSEP TAJUK

Kurikulum Sekolah Rendah

KLSR

KBSR

Perbandingan

Latar Belakang

KSSR

Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. . Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. Setelah negara mencapai kemerdekaan. Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan di negara ini. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982. ISI KANDUNGAN Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR? Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di negara ini telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). kurikulum sekolah rendah yang sebelumnya. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 18 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK).

Pemulihan diberikan kepada murid yang lemah. menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam KLSR. Sehubungan itu Perakuan 2a. . Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca. membina persefahaman dalam pergaulan. KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan. Sebaliknya lebih bersifat akademik. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat. menulis dan mengira (3M). Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Kurikulum ini perlu disemak semula untuk.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 19 _______________________________________________________________________________ Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan. “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca. isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka telah tamat persekolahan peringkat rendah. menulis dan mengira. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh murid-murid. Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif. 1979). Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa kepada keciciran murid. Pemulihan khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.” Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan.

pedagogi. Kesepaduan juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk. Perkembangan potensi intelek. Unsur-unsur pengetahuan. memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur-unsur KBKK. kaedah pentaksiran. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Kesannya ialah kepada globalisasi. iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009. dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). rohani. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM. dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar di luar bilik darjah. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahirankemahiran. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 20 _______________________________________________________________________________ meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan. peruntukan masa. emosi dan jasmani tidak boleh berlaku secara berasingan. manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Daripada jumlah tersebut. perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. rohani.B. Sehubungan itu. Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta . 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran. emosi dan jasmani. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dalam abad ke-21. sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa. seiring dengan ekonomi. kemahiran dan maklumat. kesepaduan merangkumi aspek antara teori dan praktik. sebaliknya perlu berlaku secara harmonis. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. organisasi. kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. penghasilan pelajar celik minda. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai juga secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kandungan. Di peringkat awalnya. Selain itu. pembentukan warga yang menguasai ilmu. menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan.A. 2010). Pekeliling Ikhtisas Bil. Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang tertulis pada 1988. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Ucapan dasar Y.

menulis dan mengira (3M). Kaedah mengajar. AKTIVITI 2.1 Jelaskan rasional mengapa perubahan berikut berlaku: 1.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 21 _______________________________________________________________________________ semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran. bahan pembelajaran dan susun atur kerusi meja dipelbagaikan mengikut latar belakang murid dan mata pelajaran yang diajar. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ Apakah latar belakang KBSR dan KSSR? Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas termasuk kemahiran membaca. Selain melahirkan generasi ulul-albab. Penilaian bentuk formatif seperti ujian diagnostik dan . KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada KSSR. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 3. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 2. Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang dicadang dalam Perakuan 57 (a). murid yang cerdas diberi pengayaan.1 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum. 2010) . PENDEKATAN BERSEPADU PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH PRINSIP KBSR PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP Rajah 2. iaitu bidang komunikasi. KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi. Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. pendekatan bersepadu. Susulan daripada itu. pendidikan yang sama untuk semua murid. “Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan muridmurid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas.1 menunjukkan secara grafiknya prinsip KBSR. dan pendidikan seumur hidup. bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat. manakala murid yang lemah diberi pemulihan.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 22 _______________________________________________________________________________ ujian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid. Rajah 2.” Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. bidang Manusia dan Alam Kelilingnya. bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu.

pendidikan yang sama untuk semua murid. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 23 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu. yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai „the whole is greater than the sum of the parts. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh. konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek. emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Rajah 2. Emosi dan Jasmani Pendidikan Untuk Semua Kesepaduan Dalam KBSR Penggunaan Pengetahuan dan Kemahiran Sedia Ada Pendidikan Sepanjang Hayat Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain. unsur-unsur pengetahuan. rohani. Sehubungan itu. kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni.‟ Dalam konteks kesepaduan KBSR. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu. gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan. Rohani. Penekanan Kepada Nilai Murni Kesepaduan Unsur Intelek. Melalui konsep kesepaduan. pendekatan bersepadu.2 Kesepaduan Dalam KBSR . meyeluruh dan bersepadu.

organisasi pedagogi. Pada masa yang sama. pembelajaran koperatif. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. 2011) Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. pembelajaran luar bilik darjah. bermakna dan berkesan. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi. . Belajar sambil bermain. KPM (2011). sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai. Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan. Sains dan Teknologi. Sikap dan Nilai. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Perkembangan Fizikal dan Estetika. mengembangkan daya kreativiti. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. pendekatan bersepadu. dan pendidikan seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2. Jadual 2.1 Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR (Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kerohanian. mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni. dan Keterampilan Diri. penegasan kurikulum. pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR.1 sebagai prinsipnya. pendidikan yang sama untuk semua murid.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 24 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk. KSSR juga mementingkan standard. Dari segi reka bentuk. Kemanusiaan. melakukan inkuiri penemuan. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KPM. kemahiran dan nilai.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 25 _______________________________________________________________________________ Gambar Hiasan: (Salah satu dokumen berkaitan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) .

proses pengajaran dan pembelajaran.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 26 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 2. pelaksanaan KBSR adalah melibatkan . bahan kurikulum. ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- INSAN SEIMBANG ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- Apakah persamaan atau perbezaan antara KLSR. organisasi kurikulum.2 Lengkapkan rajah berikut berkaitan enam tunjang dalam KSSR. Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum. dan penilaian. KBSR dan KSSR? Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan. fokus kurikulum. Daripada aspek reka bentuk kurikulum.

menjadikannya 4M. Pembangunan diri pelajar secara seimbang. Kerohanian. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Dalam KBSR.3 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR.2 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan KSSR. . bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras. iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. rohani. iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara harmonis potensi intelek. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. selain bahan-bahan daripada buku teks. Kemanusiaan. Dalam KBSR. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. rohani. Jadual 2.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 27 _______________________________________________________________________________ tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi. Manusia dan Alam Kelilingnya. mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan. Jadual 2. selain penilaian bentuk sumatif. fokus kepada 3M terus berlangsung. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Teras Tema dan Elektif. emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap. Selain akademik KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR. penilaian bentuk formatif banyak dilakukan. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun). Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Perkembangan Fizikal dan Estetika. Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. dan Keterampilan Diri. Sikap dan Nilai. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas. Sains dan Teknologi. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul. emosi dan jasmani. dan Perkembangan Diri Individu. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 28 _______________________________________________________________________________ Jadual 2. Mata pelajaran yang membebankan murid dengan bidang yang kurang jelas. perkembangan diri individu. KBSR Penekanan kepada kemahiran asas 3M (membaca. . Penggunaan bahan dan alat bantu mengajar yang lebih berkesan.2 Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR KLSR Kurikulum bersifat umum dan lebih kepada hafalan. dan manusia dan alam kelilingnya. Proses pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran selaras dengan secara formal minat. Hanya bergantung kepada penggunaan buku teks. Tiga bidang utama diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi. Penilaian berbentuk sumatif dijalankan untuk mengukur pencapaian murid-murid. Pengajaran untuk seluruh kelas dan ala kuliah digunakan. Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan. Pengajaran dengan penglibatan murid secara aktif (berpusatkan murid). menulis dan mengira). Perkembangan pelajaran mengikut kebolehan murid-murid. Penilaian formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid. Tiada pertimbangan perbezaan individu murid. Tiada program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaankepada yang cerdas. Gabung jalin kemahiran dan penyerapan isi daripada mata pelajaran lain. umur dan kebolehan muridmurid. Program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaan kepada yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis. Pengajaran dalam bentuk kumpulan dan individu digunakan Pengajaran yang tidak melibatkan penyertaan aktif murid (berpusatkan guru).

Mata pelajaran Teras & Elektif Elemen Kreativiti dan Inovasi.Sains dan Teknologi .Keterampilan Diri Linear • Modular Dokumen Standard Kandungan (DSK) Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ORGANISASI KURIKULUM • Tahap 1 . mengira dan menaakul . Wajib & Tambahan KEMAHIRAN BERFIKIR Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif • Tahap 2 .Kemanusiaan . Modul Teras Tema & Modul Elektif • Tahap 2 .Modul Teras Asas.Mata pelajaran Teras.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 29 _______________________________________________________________________________ Jadual 2.Membaca.Perkembangan Diri Individu • Berasaskan 6 Tunjang: . Wajib & Tambahan • Tahap 1 . menulis. Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit FOKUS • 3M . Sikap & Nilai .3 Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR KBSR REKA BENTUK KURIKULUM KSSR • Berasaskan 3 Bidang: .Perkembangan Fizikal dan Estetika • BAHAN KURIKULUM .Komunikasi .Membaca.Mata pelajaran Teras.Komunikasi .Kerohanian. menulis dan mengira • 4M .Manusia dan Alam Kelilingnya .

rohani. sains dan teknologi. pendidikan yang sama untuk semua murid. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. pendekatan bersepadu. dan pendidikan seumur hidup. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu. namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 30 _______________________________________________________________________________ RUMUSAN Dalam unit ini telah dijelaskan tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. sikap dan nilai. ada empat prinsip iaitu perkembangan individu secara menyeluruh.kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan. Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KLSR. emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan. kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek. kerohanian. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. kemahiran dan nilai. Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi. standard pembelajaran dan sebagainya. dan melahirkan insan ulul al-bab. perkembangan fizikal dan estetika. kemanusiaan. kemahiran dan maklumat. dan keterampilan diri Kurikulum standard Prinsip KSSR - Standard Kandungan - Standard Pembelajaran - Tunjang KSSR - . KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan antara satu dengan yang lain. KATA KUNCI Kurikulum bersepadu .

Berpusatkan guru dan bahan pembelajaran. III dan IV sahaja 3. A. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Manakah perbezaan antara KBSR dengan KLSR berikut yang benar? A. D. Dalam tahun 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan. B. III dan IV sahaja II. Antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan. IV. D. Penekanan kepada kemahiran 3M. Hubungan yang harmonis antara guru dengan murid. C. Tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. II. I dan III sahaja II dan IV sahaja I. III. Berdasarkan laporan tersebut pendidikan sekolah rendah perlu memberi penegasan kepada ________________ A. Pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan. KLSR Guru bersifat autokratik dalam pengajarannya. Sukatan pelajaran sekolah vernakular yang beorientasikan penjajah masih diguna pakai. disiplin kemahiran 3M pencapaian akademik pembangunan sahsiah 2. D. Berpusatkan murid untuk perkembangan mereka. KBSR Murid lebih aktif dalam proses pembelajaran. Penekanan kepada pengetahuan. . C. Manakah antara berikut menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)? I. B. B.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 31 _______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. Guru bertindak sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. 1. C.

KSSR bertujuan membekali generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan Khas. C. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers. D. Kuala . KSSR ialah penambahbaikan daripada KBSR. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Asas KBSR I. III. II. D. Tanjong Malim: Quantum Books. Ikhsan Othman. Bahan kurikulum dalam KBSR adalah dalam bentuk dokumen standard. 2. KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja I. Apakah kelebihan KSSR berbanding KBSR? I. (2005).(1996) Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). Selain membaca. wajib. B. D RUJUKAN Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: KPM. 4. Salleh. Di Tahap 2 KSSR. B. menulis. D. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Manakah antara berikut benar perbandingan antara KBSR dengan KSSR? A. & Norila Md. (Edisi Pelancaran). elemen menaakul terdapat dalam KSSR. Elemen ICT tidak diintegrasikan merentas kurikulum dan pengajaran dalam KBSR. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. B. KSSR berfokus kepada kemahiran membaca. IV. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980).KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 32 _______________________________________________________________________________ 4. A. C. III dan IV sahaja CADANGAN JAWAPAN: 1. dan tambahan. C. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). 5. Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. terdapat mata pelajaran teras. Reka bentuk KBSR dan KSSR adalah berasaskan kepada enam tunjang. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). 5. A. mengira dan menaakul. menulis dan mengira.. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992).

Asas KBSR II. sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sejarah. Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala Sufean Hussin. 11/2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Tajul Ariffin Noordin (1993).KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 33 _______________________________________________________________________________ Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->