You are on page 1of 8

1.

PENDAHULUAN Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang asas untuk mengembangkan

atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina. Ada empat ciri utama pemikiran kreatif iaitu keberanian, imaginatif, perkembangan idea dan reka cipta. Pemikiran kreatif memerlukan keberanian untuk menjana idea yang banyak, pelbagai, dan baru tanpa dikongkong oleh idea yang lama. Oleh itu, pemikir yang kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan kritikan dan bersedia untuk bertanggungjawab atas keputusannya. Selain itu, pemikiran yang kreatif memerlukan imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman yang lepas. Imaginasi memerlukan kemahiran sistesis iaitu cantuman idea-idea yang sedia ada. Salah satu hasil imaginasi adalah perkembangan atau peluasan idea yang sedia ada. Walaupun idea yang dihasilkan buka merupakan idea yang baru, tetapi hasil itu dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru. Hasil pemikiran kreatif yang unggul adalah penghasilah idea yang baru iaitu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan proses sintesis idea yang sedia ada sehingga sesuatu yang asli dicipta. Menyelesaikan Masalah pula ditakrifkan sebagai satu strategi atau proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk memutuskan cadangan yang terbaik bagi mengatasi suatu kesukaran, halangan atau kekurangan yang dihadapi. Strategi asas dalam proses menyelesaikan masalah adalah mengenal pasti dan menganalisis masalah, mencadangkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin, menilai dan meramal akibat setiap penyelesaian, dan seterusnya mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah dihadapi. Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran. Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan dan huraian yang padat. Oleh itu, teknik peta minda merupakan aktiviti, perlakuan dan kemahiran dalam menghasilkan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan dan huraian yang padat.

2.0

PENGENALAN Salah satu teknik pemikiran kreatif ialah peta minda. Teknik peta minda ini telah diasaskan

oleh Tony Buzan dan merupakan teknik yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Teknik ini juga turut membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran dalam mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Peta minda dapat merangsang pelbagai keupayaan dalam diri kita. Antaranya ialah kita hanya perlu memikirkan maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan. Dengan ini, secara tidak langsung akan menghubungkan kita secara aktif dengan maklumay yang sedia ada dalam ingatan. Selain itu, peta minda dapat merangsang beberapa anggota yang mempunyai peranan tersendiri. Contohnya, kita perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan apa yang kita inginkan. Manakala tangan kita pula akan turut serta dalam kerja-kerja tersebut. Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran. Menggunakan peta minda bermakna kita harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat serta mudah difahami. Peta minda juga membolehkan kita membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa yang kita ingat akan dapat diperkukuhkan melalui gambaran dan tulisan yang dihasilkan melalui teknik peta minda ini. Kemudian. Kita akan mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain. Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan apa yang diinginkan dari daya ingatan.

3.0

PENERANGAN TEKNIK Untuk menghasilkan atau membina peta minda, seseorang haruslah memulakan teknik ini

di tengah muka surat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian, ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah

kunci (key images). Rajah di bawah ini menunjukkan satu contoh peta minda di bawah tajuk Energy, satu daripada tajuk mata pelajaran Sains Tahun 5.

Tajuk Utama

Kata Kunci

Rajah Kunci 4.0 KEBERKESANAN TEKNIK

Satu kajian singkat telah dilakukan selama dua minggu di dua sekolah di daerah Segamat iaitu SK Canossian Convent dan SK Bandar Putra pada September yang lalu membabitkan subjek Sains Tahun 5. Ia bertujuan untuk menambah baik pengajaran Sains melalui penggunaaan peta minda di samping melihat sejauh manakah peta minda membantu murid-murid Tahun 5 dalam menguasai topik Sains. Mata pelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan murid kerana mereka perlu mengingat dan ,menghafal banyak konsep dan fakta. Murid-murid perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberi oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun, buku teks yang tebal ini mengandungi ratusan atau mencecah ribuah kata kunci fakta Sains telah mematikan semangat murid-murid untuk meminati Sains sedangkan mata pelajaran Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang seronok untuk dipelajari. Akibatnya, sebelum teknik ini diaplikasikan kepada murid, kebanyakan murid hanya mendapat keputusan markah antara 50% - 70% markah sahaja bagi topik Energy . Kemudian, murid-murid diperkenalkan dengan teknik peta minda dan kami bersetuju bahawa reaksi murid masing-masing terhadap subjek ini berubah secara total iaitu daripada membosankan kepada menyeronokkan. Murid bukan sahaja berusaha menghasilkan peta minda yang menarik secara individu, malahan mula berkongsi maklumat tambahan yang boleh dimasukkan dalam peta minda masing-masing dengan rakan-rakan yang lain. Bagi menguji keberkesanan teknik peta minda ini, kami menyediakan ujian ringkas pada minggu berikutnya berdasarkan topik ini. Sekali lagi kami mendapat reaksi yang sama bagi murid masing-masing. Murid-murid seolah-olah membayangkan sesuatu ketika menjawab soalan ujian dan hasil soal jawab tentang keyakinan mereka terhadap ujian tersebut amat baik. Kebanyakan murid secara purata dapat menyatakan bahawa mereka boleh mengingati dengan jelas maklumat pada rajah peta minda masing-masing. Keputusan selepas ujian turut membuktikan kenyataan itu apabila purata murid mendapat 70% hingga 90% markah adalah tinggi. Ini membuktikan bahawa penggunaan teknik peta minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) memberi kesan positif terhadap pencapaian murid.

5.0

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Contohnya

bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Sejarah. Semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa dan linear. Jadi, dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan kerana otak kanan merupakan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna, kreativiti dan irama. Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, individu akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Pastinya berlari dengan kedua-dua belah kaki lebih baik daripada berlari dengan sebelah kaki. Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua-dua belah telingan lebih baik daripada sebelah telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripadamenggunakan sebahagian daripadanya sahaja. Selain itu, kelebihan menggunakan teknik ini ialah kebanyakan perkataan dalam nota adalah kurang fungsi. Contohnya, Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di Pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja yang penting dalam ayat tersebut. Ini bermakna, hampir 80% perkataan kurang penting. Dengan kaedah peta minda, kita hanya memberi fokus pada \20% isi yang penting itu sahaja. Jadi, ini akan memudahkan proses ingatan. Cara nota lama akan menyukarkan kita tetapi dalam teknik peta minda ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan. Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulang kaji di kemudian hari. Ini berbeza dengan nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. Peta minda juga dapat menjana idea baru dengan lebih cepat dan produktif kerana ianya dapat dijana secara spontan dan penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan mengenal pasti isuisu utama dan bagaimana ia berkait rapat antara satu sama lain secara visual. 6.0 PENUTUP

Peta minda adalah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan dan huraian yang padat. Apa yang menarik tentang peta minda ialah ia merangkumi semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya. Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan. Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pel;ajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk mesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah. Satu lagi yang paling jelas penggunaannya adalah ketika membuat persembahan tugasan menggunakan power point dalam kelas. Rata-rata dalam kalangan kita menggunakan peta minda untuk tujuan tersebut. Mengapa? Kerana ia mudah, padat tepat dan ringkas. Kita tidak perlu menulis semuanya pada sekeping atau lebih kertas tetapi lebih mudah memikirkannya kerana daya ingatan kita akan dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan sendiri apabila menggunakan peta minda.

RUJUKAN

1.

Mok Soon Sang .(2003). Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru : Kompetensi Fungsi/ Khusus (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya,Selangor.

2. 3. 4. 5.

Mok Soon Sang (2009). Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K Bahagian l : Kompotensi Umum (Teras dan Profesional).Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Puchong, Selangor. Ee Ah Meng (1997). PEDAGOGI Il Pelaksanaan Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor. Dr. Rosnanaini Sulaiaman, Maimun Aziz, Mok Soon Sang (2011). Kemahiran Berfikir.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor. Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Kemahiran Berfikir: Konsep, Model dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran .Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

6.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.

ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan

MUKA SURAT 1

2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

Pengenalan Penerangan Teknik Keberkesanan Teknik Kelebihan Menggunakan Teknik Peta Minda Penutup RUJUKAN LAMPIRAN 5

2 23 4

You might also like