P. 1
bahan etnik

bahan etnik

|Views: 38|Likes:
Published by Hani Farah

More info:

Published by: Hani Farah on Mar 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

Sunday, October 11, 2009

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri daripada 1. Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 2. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan 4. Integrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan 5. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani 6. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.
http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-perpaduan-dan-integrasi.html

INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN NEGARA
Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk. J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya.

juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Teori Hubungan Kaum Segregasi . atau tidak (de facto). Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain.juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum. tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. pengangkutan dan kemudahan awam.Switzerland.merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras. Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan. Akulturasi . iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. Amalgamasi . Asimilasi . Wujud samada didasari undang-undang (de jure).proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Contoh negara . sistem persekolahan. Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. Akomodasi . menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Integrasi Tingkat Tinggi .Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan. tempat tinggal.Etnik dan bahasa yang berbagai .Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompokkelompok yg berbeza latar belakang. nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti.Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti.

Integrasi Tingkat Rendah Faktor-faktor Menghalang Integrasi Nasional Prasangka . .sikap mementingkan kumpulan. Di Malaysia sikap perkauman (asobiyyah) sangat jelas samada dalam bidang ekonomi. politik. Perkauman .(Prejudgement) Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negetif (prasangka buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain. kaum sendiri. sosial dan kebudayaan.

5. Jika ianya dibiarkan akan timbul masalah lain ataranya kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain. Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik. peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. 2. Toleransi Budaya & Agama . Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum Kadar kemiskinan yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi Jurang Pendidikan dan Jurang ekonomi saling berkait antara satu dgn lain. Jawatan penting dalam kerajaan. kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas dan adil. kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja.Siapa yang menang dengan dalam pilihanraya dengan suara mejoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. pembahagian "kek ekonomi" mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yg ada di Malaysia. PERISTIWA 13 MEI 1969 Merupakan titik hitam dalam sejarah integrasi di negara kita. Bagi mengatasi keadaan ini. ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 1. 4. ia akan dianggap salah. Perkongsian Kuasa Politik Pemimpin 3 kaum utama (Melayu. Jika pendidikan mereka lebih baik maka peluang untuk menambah pendapatan/meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. 3. Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu di jaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Kerajaan Demokrasi Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara.keperyaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior) daripada unsur budaya lain. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu dengan pelbagai cara untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri. tidak baik atau merbahaya. Ia adalah rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara Malaysia. boleh menyurakan pendapat. merasa diri tertindas. gejala sosial.Etnosentrisme .

Tun Dr Mahathir Mohamad memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana menerima maklum balas dan pendapat orang luar mengenai hal- .Memupuk rasa hormat dan menerima budaya & agama kaum lain.my/syahrul/integrasi1. Memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing2 tanpa cuba mempengaruhi/mengganggu antara satu sama lain.htm Tun Dr Mahathir puji kepimpinan Najib Posted on the December 1st. 2010 under Tempatan by Ahmad Albab KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri. http://tatiuc.edu.

misalnya mengenai proses transformasi. untuk kembali dan terlibat secara langsung. Mengenai Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP). Melayu Malaysia. Sekali saya keluar. Mengenai persepsi rakyat berhubung konsep 1Malaysia.” katanya pada ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Eropah-Malaysia (MEF) di sini hari ini. itu tidak mungkin berlaku. mereka akan berbuat demikian. Apabila memerlukan konsultasi daripada sesiapa. saya tidak akan masuk semula. Mengambil Korea dan Jepun sebagai contoh. Saya hanya berharap mereka akan membaca blog saya. “Apa yang mereka (Jepun dan Korea) lakukan ialah mendapatkan sumber serta teknologi asing. India Malaysia‟ yang akan membuatkan tafsiran konsep 1Malaysia amat rumit untuk rakyat yang terdiri daripada kaum yang berbeza. Dr Mahathir berkata Malaysia perlu lebih menyokong industri tempatan untuk membantu mereka menjana pendapatan lebih kukuh. Namun . Beliau berkata penerimaan oleh pentadbiran pada masa ini telah membawa kepada dasar lebih baik yang menyenangkan semua pihak. saya dapati rakyat masih berkata „Saya Cina Malaysia. namun akan terus memberikan pendapat serta kritikan menerusi blognya. hanya setakat itu yang boleh saya sumbangkan. sehingga mendapat sokongan lebih baik daripada orang ramai. dan saya juga pernah memberikan pendapat beberapa kali. “Dalam Wawasan 2020. “Saya mesti mengakui bahawa Najib dan pentadbirannya sangat terbuka. Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau tidak merancang untuk kembali memimpin negara. ketika menjawab satu soalan. Dr Mahathir berkata kedua-dua negara perlu diteladani melalui cara mereka memperbaiki serta membangunkan integriti kewangan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI). menggunakan satu bahasa dan menganggap diri masing-masing sebagai warga Malaysia. dan pada masa yang sama. Beliau berkata konsep itu disasarkan secara rasmi ketika pelancaran Wawasan 2020 yang diumumkan pada 1991. Konsep itu boleh dicapai sekiranya semua rakyat melupakan kisah silam mereka. yang saya umumkan pada 1991. ”Bagi saya. “Hari ini. dengan berkongsi dan meluahkan apa yang ada dalam fikiran mereka.hal negara. Bagaimanapun.” katanya. perkara pertama yang ingin kita capai ialah perpaduan nasional.” katanya. Dr Mahathir berkata konsep perpaduan nasional hanya boleh dicapai sekiranya setiap rakyat menganggap diri mereka sebagai warga Malaysia. memperbaiki teknologi sendiri serta menjadi syarikat gergasi.

Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum. pegawai kerajaan. telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153. terutama soal pelaburan. Pada junktur sejarah.di Malaysia. Kita telah memberikan insentif kepada syarikat asing. yang seringkali kita rujuk sebagai „kontrak sosial‟ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. ”Masanya telah tiba untuk kita berubah. Forum bertemakan “Looking Back In Order To Move Forward” diadakan bagi memastikan Malaysia dan Eropah mempunyai persefahaman mengenai dasar masing-masing. „mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang „they mix but do not combine‟ atau dalam bahasa ibunda. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti. dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman. Ia disertai 250 orang termasuk ahli perniagaan. Kita perlu menyokong industri tempatan. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956). jadi mengapa kita tidak berikannya kepada syarikat tempatan?. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. — BERNAMA Source: Berita Harian http://www. ahli akademik dan wakil pertubuhan pelajar dari dalam dan luar negara. usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan.” katanya.‟ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih . negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi „pecah dan perintah‟. kita membenarkan orang asing datang ke negara ini dan mendapat manfaat daripada kos buruh yang rendah.harian-metro-online. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah.com/tun-dr-mahathir-puji-kepimpinan-najib Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia Dr Rahmat Ghazali Usaha kerajaan untuk mewujudkan „sistem amaran konflik perkauman‟ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum.

hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu. dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Sebaliknya kita juga sedar bahawa „perpaduan kaum‟ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik. di pasar dan di tempat kerja. pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku. sosial. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian. Tanpa niat mencabar Perlembagaan. saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi). dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. tragedi Kampung Medan pada tahun 2001. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di manamana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153. tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan „fungsional daripada hubungan empatetik‟. Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita. dan isu mahasiswa UM (malah di . Malah dalam konteks Malaysia. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan „Operasi Lalang‟.banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat. malah ekonomi. Pulau Pinang pada tahun 1998. budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival. yang menurut beberapa pemerhati politik. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan „empatetik‟ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti). Profesor Hamdan Adnan. peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN. norma. dan begitu juga media massa monoetnik. Menurut Dr Candra Muzaffar. memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai. bekas Pesuruhjaya Suhakam. tanpa disedari. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Mungkin persepsi saya salah. agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali. golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. sama ada mereka bersetuju atau tidak. etnik peribumi. kerajaan telah mencari pendekatan „adhoc‟ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Dalam konteks yang sama di Britain. Bagi sesetengah budayawan. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa „sedangkan lidah lagi tergigit‟ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa. peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar keskes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri. budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita. dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur. Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain. Namun di Malaysia kita lihat konsep „acuan pelebur‟ itu tidak wujud. . juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan „sistem amaran konflik perkauman‟ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian. yang menolak model asimilasi. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia. mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara. teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat. sebaliknya yang wujud ialah konsep „salad bowl‟ atau „mangkuk sayur-mayur‟ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama. tercerna. dan etnik dominan dalam negara. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep „melting pot‟ atau „acuan pelebur‟ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti. saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum. mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk „penjajahan dalaman‟ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti.semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silangetnik.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen. Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. pada tahun 1982. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton. banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi. baik dalam urusan perkhidmatan awam. . Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.M. Demi mewujudkan perpaduan kaum. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. „Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kirakira 2000 S.Dalam konteks ini. kerana ia diangkat sebagai suatu „Bangsa Malaysia‟ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. tanpa mengira kaum dan agama‟ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional‟ (dipetik daripada Munro-Kua 1996). ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia. Menurut Tun. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival. Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu. menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa „Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional. Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020. rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seadaadanya. Dalam konteks perpaduan kaum. Berbeda dengan Malaysia. Walau bagaimanapun pada tahun 1995. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi. supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Misalnya.

Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. dan SN A Samad Said. penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal. bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai „polis bahasa‟. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. Dr Chandra Muzaffar. maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya. Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia. papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi. saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil . Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara. (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. YB Dr Rais Yatim. Profesor Dr Nik Safiah Karim. Namun realitinya dalam konteks kontemporari. dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep „mangkuk sayur-mayur‟ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak. India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini.sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya. Namun. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia. meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicitacitakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan „mangkuk sayur-mayur‟ Malaysia? Akhir-akhir ini pula. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa „kreol‟ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan. malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka. Dr Awang Sariyan. Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia. misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang. malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh. golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang.

dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum.wordpress.masa yang panjang yang penuh onak dan duri. http://zanas. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/ .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->