You are on page 1of 5

Sejarah Kemasukan Kaum Cina Ke Malaysia

Selain golongan bumiputera yang merupakan penduduk asal di negeri ini terdapat juga warganegara Malaysia yang terdiri daripada penduduk yang berasal dari negeri China dan India. Walaupun terdapat pedagang dan saudagar dari negeri China dan India serta Arab yang belayar ke Selat Melaka untuk menjalankan perniagaan pada zaman kegemilangan Melaka, bilangan mereka yang menetap adalah kecil. Kebanyakan yang memihh untuk menetap di negara ini kemudiannya telah mengasimilasikan diri mereka dengan budaya dan cara hidup penduduk setempat. Hal ini ternyata berbeza sekali dengan gelombang kedatangan imigran yang berlaku dengan rancaknya mulai pertengahan abad ke-19. Penghijrahan masuk-secara beramai-rarnai orang Cina di peringkat awal berlaku setelah pihak Inggeris membuka Pulau Pinang (1786), Singapura (1819) dan menubuhkan Negeri-negeri Selat (1826). Dasar ekonomi dan pentadbiran Inggeris telah menggalakkan kedatangan beramai-rarnai imigran Cina. Di peringkat ini mereka tertumpu di Lukut dan Sungai Ujong untuk bekerja di lombong bijih yang diusahakan oleh para pembesar Melayu. Berikutan keadaan politik yang tidak stabil dan keadaan kucar-kacir yang berlaku di Perak, Selangor serta Sungai Ujong pada suku ketiga abad ke-19, telah mendorong campurtangan Inggeris ke atas pentadbiran negeri-negeri Melayu tersebut pada tahun 1874. Dengan terbentuknya pentadbiran Inggeris, lebih banyak buruh Cina berhijrah terutamanya ke kawasan perlombongan utama. Saudagar Cina dan Eropah di Negeri-negeri Selat juga semakin giat melabur dalam penisahaan bijih yang menjadi usahaniaga mereka. Pada tahun 1870 terdapal kira-kira 10,000 orang Cina di Sungai Ujong. Di Selangor menjelang tahun 1850, sudahpun ada lombong bijih yang diusahakan oleh orang Cina di kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Sungai Kanching dan Kelang. Pada waktu yang sama terdapat juga perkembangan yang berlaku di Johor. Di sana Temenggung lbrahim telah menggalakkan tanaman lada dan gambir dengan memberikan kawasan-kawasan di sepanjang sungai untuk orang Cina membuka ladang. 'Surat Sungai' atau surat kuasa diberikan kepada sescorang ketua atau 'Kangchu' di satu-satu kawasan gambir dan lada.

Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk Cina di Johor mencapai bilangan 100,000 orang. Di Perak, Long Jaafar, seorang pembesar tempatan telah menernui kawasan bijih yang luas di Larut pada tahun 1840-an. Beliau telah membuka lombong di Kelian Pauh (Taiping) dan membawa buruh Cina untuk memajukan lombong di Larut. Dianggarkan terdapat 40.000 orang Cina di Larut pada tahun 1873. Keadaan yang sama juga berlaku di Lukut iaitu kawasan lombong bijih yang ditadbirkan oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar. Kebanyakan imigran Cina berasal dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Terdapat beberapa puak yang berhijrah mengikut diaiek kedaerahan seperti daerah Arnoy, Sen-Yu, Hok-Chiu. Eng Choon dan daerahdaerah lain di wilayah Kwangtung; manakala suku-suku lain terdiri daripada penduduk daerah Canton. Tiu Chiu. Fui Chiu dan Kheng Chow.

Kegiatan melombong timah yang diusahakan oleh kaum Cina di Tanah Melayu semenjak tahun 1870 an lagi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Cina berhijrah dari negara asal mereka. Di antaranya ialah keadaan huru-hara di bawah pemerintahan Manchu. Kekacauan, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal. Malapetaka seperti banjir dan taufan kerap melanda kawasan pertanian

menyebabkan kesukaran kepada petani. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentfasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina. Pemberontakan Taiping yang berlaku pada tahun 1857 berakhir dengan kegagalan dan banyak yang terlibat melarikan diri ke beberapa

tempat di Asia Tenggara. Adalah dipercayai banyak imigran yang tiba ke negara ini kerana dipaksa oleh agen buruh di negeri China. Manakala sesetengahnya pula terpengaruh oleh kaum keluarga yang berhijrah terlebih awal. Narnun demikian. faktor yang paling penting ialah tarikan untuk mencari rezeki dan kekayaan di seberang laut. Hal tersebut berlaku kerana kebanyakan mereka terdiri daripada kelas bawahan dan buruh miskin di negeri China. Penghijrahan secara beramai-rarnai buruh Cina sebenarnya merupakan langkah yang dirancang oleh Inggeris. Dasar ekonomi penjajah untuk mengaut kekayaan secepat mungkin daripada hasil bijih telah menyebabkan galakan diberi untuk mengimport buruh luar. Pertambahan permintaan bahan tersebut di Eropah telah mendesak peningkatan eksport bijih ke negara-negara perindustrian. Buruh Cina telah dibawa masuk khususnya untuk menjadi alat eksploitasi ekonomi Inggeris sendiri. Proses kemasukan imigran diawasi pula dengan meluluskan undang-undang imigresen, misalnya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants Ordinance dan The Crimpling Ordinance diperkenalkan. Lanjutan daripada itu Jabatan Perlindung orang Cina dibentuk bagi melindungi buruh-buruh Cina. Agensi merekrut buruh dibenarkan beroperasi di Singapura dan di Negeri-negeri Selat yang lain. Menjelang awal abad ioi, orang Cina yang berhijrah ke negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah tersebar ke merata tempat, khususnya di kawasan pantai barat. Selain golongan buruh atau 'sinkhek' terdapat juga kategori imigran yang terdiri daripada peniaga, tukang, pekerja mahir dan sebagainya. Di negeri Sarawak kedatangan secara beramai-ramai imigran Cina bermula pada suku kedua abad ke-19 iaitu setelah wujudnya pemerintahan James Brooke pada tahun 1841. James Brooke telah berusaha mengekalkan keamanan Sarawak dengan memerangi kegiatan lanun di sekitar perairan Sarawak. Kejayaannya telah menyebabkan berkembangnya aktiviti pemiagaan saudagar Inggeris dan Cina di Singapura dan Sarawak. Keamanan yang wujud di Sarawak telah menarik minat orang Cina untuk datang ke Sarawak. Pada peringkat awal orang Cina yang berhijrah bukanlah berasal dari negeri China tetapi terdiri daripada pelombong keturunan Hakka yang datang dari kawasan Sambas, Pontianak. Mereka telah melombong emas di kawasan tersebut sejak tahun 1760-an lagi. Apabila Belanda meluaskan kekuasaan di Pontianak pada tahun

1820-an, orang Cina merasa tertekan. Apabila longgokan emas mulai berkurangan rarnai yang berpindah ke Bau, Sarawak dalam tahun 1841. Apabila bandar Kuching dibuka pada tahun 1836 oleh Pangeran Mahkota, banyak peniaga Hokkien mulai menetap di situ bersama-sama orang Melayu dan Bidayuh. Sepertimana dengan keadaan di Semenanjung, tarikan untuk mendapat keuntungan ekonomi menjadi faktor utama. Selain melombong emas di Bau dan Marup, tanaman gambir dan lada untuk tujuan eksport juga menjadi daya pcnarik. Sehingga tahun 1857 adalah dianggarkan terdapat sebanyak 4,000 orang Cina di barat Sarawak. Perusahaan tanaman lada hitam secara meluas hanya bermula pada tahun 1876 apabila Raja Brooke menawarkan pelayaran percuma kepada penanam lada dari Singapura dan menguntukkan tanah bagi ladang lada hitam kepada saudagar Cina. Selain orang Hakka, pada tahun 1900 banyak imigran Foochow masuk ke Sarawak untuk menanam lada di Sibu, Sarikei-Binatang dan Serian. Tanaman getah mula diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1881. Hasilnya menjadi eksport penting Sarawak mulai tahun 1906 apabila harga getah melambung naik. Getah dimajukan dengan cara menggalakkan pekebun kecil bumiputera dan orang Foochow menanam tanaman ini. Kenaikan harga getah pada tahun 1920-an telah menyebabkan, banyak imigran Cina masuk dan mengusahakannya secara ladang. Perangkaan tentang bilangan imigran yang meningkat di Sarawak adalah jelas, pada tahun 1908 dianggarkan terdapat 45,000 orang Cina - lebih kurang 10 peratus daripada penduduk Sarawak. Walau bagaimanapun pada tahun

1960jumlahnya menjadi 229,154 orang atau 32 peratus dari jumlah penduduk Sarawak. Pertambahan pesat berlaku di antara tahun 1939 hingga 1960. Dengan itu adalah jelas faktor ekonomi menjadi pendorong kedatangan imigran Cina. Malahan dasar keluarga Brooke yang memberikan pelbagai kemudahan seperti pemilikan tanah, bantuan kewangan, dan tambang pelayaran telah memesatkan lagi kedatangan mereka. Raja Brooke kedua pula secara peribadi menggalakkan orang Foochow datang ke Sarawak. Negeri Sabah mengalami pertambahan jumlah penduduk yang pesat di antara tahun 1901 hingga 1911. Banci penduduk pertama pada tahun 1891 menunjukkan penduduknya berjumlah 67,062 orang. Narnun jumlah ini meningkat kepada 208,183 orang pada tahun 1911. Pertambahan ini jelas berlaku sesudah Sabah ditadbirkan oleh Syarikat Chartered, apabila banyak imigran Cina dan Jawa dibawa masuk sebagai buruh ladang kepunyaan syarikat tersebut. Sebelum Syarikat

Chartered mentadbir Sabah, bilangan orang Cina adalah amat kecil. Selain beberapa orang pedagang barang hasil hutan di Sandakan, terdapat beberapa keluarga Cina tinggal yang di Labuan dan TelukMarudu. Usaha pengasas Syarikat Chartered, Alfred Dent dan Pesuruhjaya bagi imigran Cina, Sir Walter Medhurst menunjukkan kesungguhan Inggeris untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan buruh Cina di ladang dan kawasan pembalakan. Pada tahun 1880-an apabila kayu balak dan tembakau menjadi eksport penting, pihak syarikat dan para pelabur di dalam kedua jenis perusahaan membawa masuk orang Cina dan Jawa untuk menjadi buruh. Apabila tanaman getah mula mengambil tempat di sekitar tahun 1907, imigran dari Cina telah diambil sebagai buruh. Orang Hakka turut berhijrah kerana ingin mengambil peluang menanam getah. Di sekitar tahun 1907 bilangan penduduk Cina telah meningkat kepada 13,000 orang. Peraturan masuk imigran bagi orang Cina dipermudah. Medhurst sendiri telah pergi ke negeri China dan kemudiannya menawarkan free-passage bagi menggalakkan penghijrahan. Jabatan Pelindung Cina wujud bagi mengawasi buruh kontrak dan kebajikan imigran. Hong Kong dan Singapura menjadi pangkalan rekrut buruh imigran ini. Kemasukan imigran Cina meningkat pada tahun-tahun 1920 hingga 1940 hasil daripada tindakan syarikat mengeluarkan pas masuk kepada keluarga imigran yang ingin berhijrah. Satu faktor lain yang mendorong orang Cina terutama dari suku Hakka dan Kantonis untuk datang ke Sabah ialah kemudahan untuk memiliki tanah yang mudah dan percuma. Menjelang tahun 1931 penduduk Cina di Sabah telah meningkat menjadi 47,779 orang.

You might also like