Noor Azman Mahat

Edisi Baharu

Contoh Karangan

ISU SEMASA SPM
Noor Azman Mahat

Tingkatan 4 & 5

Just Write Enterprise

(00197123-P)

Jalan KJP9.com. atau yang lain-lain.com.justwrite.Syarikat Penerbitan: Just Write Enterprise (001971237-P) No.ltcsolutions. Jalan Temenggung 3/9. mekanik.my emel: enquiry@justwrite. Pandan Perdana. 55100 Kuala Lumpur. Bandar Mahkota Cheras. Selangor. Kuala Lumpur.asia emel: marketing@ltcsolutions. Malaysia. Malaysia. 107. PV-2. Malaysia. 43200 Cheras. Tel: +6012-282 3911 Laman web: www. Tidak dibenarkan memetik atau mencetak kembali mana-mana bahagian isi buku ini dalam bentuk apa jua dan dengan cara apa pun. fotologl. Tel: +603-6277 9989 . rakaman. 52200 Sri Damansara.my Syarikat Pemasaran: LTC Solutions Enterprise (001850654-U) 43-1. 208. baik secara elektronik.asia Diedarkan oleh: Central Paper Agencies Sdn Bhd Hak cipta terpelihara. Pandan Perdana 2/1. Taman Perindustrian KIP. Perdana Villa. © Just Write Enterprise Cetakan 2010 ISBN 978-967-10105-0-1 Dicetak oleh: August Marketing Sdn Bhd No. tanpa keizinan terlebih dahulu daripada Penerbit atau Just Write Enterprise. Tel: +6012-262 2199 Laman web: www.

PRAKATA 88 CONTOH KARANGAN ISU SEMASA SPM ini ditulis setelah saya melihat banyak pelajar saya menghadapi masalah untuk menghasilkan karangan yang baik. Semua teknik yang diberikan sudah terbukti kerana banyak pelajar sudah menerima kesan positif daripada penggunaan buku ini. Mereka tidak berupaya untuk menu lis dengan baik kerana kekurangan isi dan kefahaman untuk menguasai teknik menulis. Kaedah ini diharapkan berupaya membantu pelajar kerana isi-isi berkaitan dengan isu semasa inilah yang sering keluar dalam peperiksaan karangan di sekolah. Saya yakin buku ini berupaya untuk memberikan satu pandangan baru kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah penulisan mereka. Lantaran itu. Cara penghuraian isi-isi yang begitu menarik dan mudah ini berupaya memberikan pelajar satu kefahaman untuk menulis karangan dengan lebih mudah. Pelajar yang lemah turut mampu menerima faedah daripada penyusunan isi-isi karangan yang begitu baik ini. Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik menulis yang bukan sahaja mudah tetapi efektif bersama-sama penggunaan kosa kata yang unik pula. Buku ini telah disusun dengan mudah dengan mengaitkan semua isu-isu semasa yang berlaku di negara ini. iii . saya menghasilkan buku ini dengan harapan pelajar akan berupaya untuk menguasai kemahiran menulis yang begitu penting dalam kehidupan masa depan.

Karya beliau banyak melibatkan pendidikan remaja terutama dalam usaha untuk membantu mereka menulis. Minat beliau ini telah membawa beliau menjelajah serata dunia untuk mencari kepuasan aktiviti lasak sebegini. Pada masa yang sama beliau juga suka menulis novel remaja kerana berpendapat novel mampu untuk membantu melahirkan satu kelompok masyarakat yang berilmu selain memberikan didikan yang baik.BIODATA PENULIS Noor Azman Mahat merupakan seorang penulis bebas yang sudah hampir 3 dekad melibatkan diri dalam bidang penulisan. Karya beliau pernah diterbitkan bukan sahaja di akhbar dan majalah tempatan tetapi turut dimuatkan dalam buku. iv . Menulis pada beliau lebih memerlukan latihan daripada bakat semata-mata dengan teknik yang betul. Sudah ramai pelajar yang berjaya dididik oleh beliau dengan memperkenalkan pelbagai teknik menu lis yang bukan sahaja mudah tetapi pratikal. Begitu juga dengan industri penterjemahan yang masih baru di negara ini. Pada masa yang sama beliau berpendapat industri penerbitan terutama dalam bahasa kebangsaan masih belum diteroka sepenuhnya. meneroka hutan dan marathon. Bermula sebagai seorang wartawan kemudian menyertai sektor pendidikan tinggi awam dan pendidikan swasta sebelum membabitkan diri dalam penulisan sepenuh masa. Penulis yang menerima didikan di Universiti Kebangsaan Malaysia ini turut mempunyai minat dalam aktiviti lasak seperti mendaki.

KANDUNGAN Karangan 1: Impak-impak Negatif Sektor Perindustrian Karangan 2: Langkah-Iangkah Memajukan Industri Desa Karangan 3: Kesan-kesan Negatif Pembalakan Karangan 4: Langkah-Iangkah Meningkatkan Industri Pelancongan Karangan 5: Kesan-kesan Positif Program Penswastaan Karangan 6: Masalah-masalah Perumahan Di Negara Kita Karangan 7: Langkah-Iangkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Kita Karangan 8: Kesan-kesan Buruk Kewujudan Industri Pengiklanan Karangan 9: Isu-isu Tentang Lebuh Raya Negara Kita Karangan 10: Masalah-masalah Dialami Oleh Persatuan Kebajikan Karangan 11 : Langkah-Iangkah Mengatasi Isu Pengangguran Karangan 12 : Masalah Sektor Perikanan Negara Kita Karangan 13 : Punca-punca Pencemaran Alam Karangan 14 : Masalah Kedatangan Pekerja Asing Karangan 15 : Budaya Membaca Yang Rendah Karangan 16 : Kemelut-kemelut Yang Melanda Sistem Pendidikan Kita Karangan 17 : Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Karangan 18 : Amalan Bergotong-royong Karangan 19 : Fungsi-fungsi Adat ResamSetiap Kaum Di Malaysia Karangan 20 : Impak-impak Negatif Penggunaan Telefon Bimbit Karangan 21 : Cabaran-cabaran Yang Dihadapi Oleh Kanak-kanak Karangan 22 : Pengaruh-pengaruh Televisyen Karangan 23 : Keburukan-keburukan Pertanian Moden Karangan 24 : Cara-cara Memupuk Semangat Kebangsaan Karangan 25 : Kebaikan-kebaikan Memiliki Kesedaran Sivik Karangan 26 : Peranan Persatuan Pengguna Karangan 27 : Permainan Tradisional Dalam Masyarakat Kita Karangan 28 : Kepentingan Institusi Kekeluargaan Karangan 29 : Usaha-usaha Mengekalkan Khazanah Hutan Karangan 30 : Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Karangan 31 : Kebaikan-kebaikan Bidang Muzik Karangan 32 : Perubatan Tradisional Karangan 33 : Cara-cara Memajukan Sistem Pengangkutan Awam 1 2 4 6 8 10 12 14 15 17 19 21 23 25 27 28 30 32 33 35 36 38 40 42 44 45 47 48 50 52 54 55 57 v .

Karangan 34 : Masalah Populasi Yang Terlalu Tinggi Karangan 35 : Pemilikan Hobi Dalam Jiwa Masyarakat Karangan 36 : Cara-cara Menjaga Kesihatan Karangan 37 : Projek Pembangunan Karangan 38 : Masalah-masalah Karangan 39 : Masalah-masalah Negara Kita Tanah Negara Kita Perikanan Air Tawar Yang Menghantui Industri 59 61 62 64 66 67 69 71 Karangan 40 : Amalan Berjimat-cermat Karangan 41 : Masalah Disiplin Pelajar Karangan 42 : Industri Penanaman Buah-buahan Di Negara Kita Karangan 43 : Peranan Media Massa Karangan 44 : Kebaikan Mengamalkan Karangan 46 : Kepentingan Karangan 48 : Kepentingan Karangan 50 : Kepentingan Karangan 52 : Sebab-sebab Menguasai Perpaduan Pasaraya Besar Kebudayaan Industri Desa Gagal Pembalakan Haram Semangat Kejiranan Novel Subjek Sastera Di Sekolah Karangan 45 : Kesan-kesan Negatif Membaca Karangan 47 : Kebaikan Koperasi Karangan 49 : Masalah Kewujudan 72 74 76 77 79 80 82 84 86 87 89 90 92 93 95 97 98 100 101 103 104 106 Karangan 51 : Pencapaian Era Negara Moden Karangan 53 : Langkah-Iangkah Mengatasi Karangan 54 : Peranan Taman Rekreaksi Karangan 55 : Kebaikan Bekerja Sendiri Karangan 56 : Kesan-kesan Negatif Pencemaran Karangan 57 : Kesan Baik Dan Buruk Pendatang Asing Karangan 58 : Golongan Warga Tua Di Negara Kita Karangan 59 : Masalah-masalah Karangan 60 : Kepentingan Sektor Pendidikan Nilai Murni Negara Kita Memupuk Karangan 61 : Pengaruh Iklan Terhadap Masyarakat Karangan 62 : Cabaran Masa Depan Remaja Karangan 63 : Punca-punca Karangan 64 : Kepentingan Karangan 65 : Punca-punca Karangan 66 : Keburukan Berlakunya Bencana Alam Kita Budaya Kepada Masyarakat Pengangguran Novel Semangat Kejiranan Internet Meningkatkan 108 109 111 113 114 Karangan 67 : Baik Buruknya Membaca Karangan 68 : Langkah-Iangkah vi .

Karangan 69 : Langkah-Iangkah Mengatasi Masalah Disiplin Sekolah Karangan 70 : Gejala Buli Karangan 71 : Kepentingan Semangat Kebangsaan Karangan 72 : Punca-punca Kemusnahan Bangunan Bersejarah Karangan 73 : Keutuhan Perpaduan Di Negara Kita Karangan 74 : Isu Pemanasan Global Karangan 75 : Kemelut-kemelut Yang Melanda Sistem Pengangkutan Karangan 76 : Usaha-usaha Menangani Bencana Alam Karangan 77 : Kebaikan Menyambut Perayaan Bersama Karangan 78 : Kehilangan Kanak-kanak Karangan 79 : Kepentingan Menguasai Bahasa Asing Karangan 80 : Tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan Karangan 81 : Kebaikan Membaca Karangan 82 : Gaya Hidup Sihat Karangan 83 : Cara-cara Menangani Masalah Remaja Karangan 84 : Faedah Lawatan Sambil Belajar Karangan 85 : Amalan Menyimpan Wang Karangan 86 : Masalah Sosial Karangan 87 : Peranan Ibu bapa Karangan 88 : Pembuangan bayi 116 117 120 121 123 125 127 129 130 132 134 136 137 139 140 142 143 145 147 148 vii .

Sektor perindustrian merujuk kepada sektor kilang yang menghasilkan pelbagai produk yang berguna buat manusia seperti penghasilan kereta dan makanan. Kebanyakan bahan buangan sektor ini dialirkan begitu sahaja tanpa dilakukan sebarang rawatan yang sesuai untuk memastikan sungai dan udara negara tidak tercemar dengan mudah. Dalam usaha untuk membentuk satu kawasan perindustrian yang luas dan efisien serta berdaya saing. kadar pencemaran alam menjadi begitu serius dengan bertambahnya kawasan sektor perindustrian kerana sektor ini mempunyai pembuangan sisa-sisa kimia yang berbahaya. sejak akhir-akhir ini pelbagai komentar tentang impak negatif sektor ini mula mendapat tempat dalam perbincangan masyarakat setempat. Namun. Penebangan kawasan hutan negara ini dikatakan telah memusnahkan habitat hidupan liar negara yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan negara kita seperti harimau dan gajah serta badak sumbu Sumatera. Impak yang paling ketara yang ditimbulkan oleh sektor perindustrian ialah kemusnahan kawasan hutan negara kita yang terkenal dengan flora dan fauna yang tersendiri.Karangan 1 -Impak-impak Negati/Sektor Perindustrian Sektor perindustrian sudah menjadi satu nadi ekonomi yang penting kepada negara ini sejak beberapa dekad yang lalu. sudah ada beberapa pihak yang menganggap sektor ini membawa pelbagai impak negatif kepada masyarakat kita. Lantaran itu. kewujudan sektor perindustrian telah membawa kemusnahan kawasan hutan negara yang luas dan sukar untuk dipulihkan semula. Kejayaan sektor perindustrian di negara ini juga sering menjadi bahan berita dalam media massa tempatan dan asing terutama sekitar tahun 80-an dan gO-an. Penubuhan beberapa kawasan perindustrian telah membuktikan bahawa sektor ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Sesungguhnya. Bukan sahaja alam tercemar dan hutan negara hilang begitu sahaja 1 . lelaskan impak-impak negatif yang berlaku itu. Masalah ini diburukkan lagi dengan ketiadaan kawasan hijau negara yang sudah pun semakin berkurangan dengan pembukaan kawasan-kawasan kilang yang besar. kadar pencemaran alam turut meningkat kerana sektor perindustrian dikatakan sering menghasilkan sisa-sisa toksik yang tidak dibuang secara sistematik atau dengan baik. Cuma. Negara kita memang telah menggunakan sektor ini sebagai satu tindakan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk negara menjadi setanding dengan negara-negara lain terutama di sebelah rantau Asia.Oleh itu. satu kawasan baru yang luas harus dibuka yang biasanya melibatkan penerokaan kawasan hutan negara.

Pelbagai produk kampung seperti kraftangan dan makanan ringan telah terhasil menerusi program sebegini. sektor prindustrian membawa banyak impak negatif kepada negara dalam jangka masa panjang. Desa Industri desa telah digunakan oleh kerajaan untuk memajukan kawasan kampung. Semua pihak harus menilai semula penekanan terhadap sektor ini dengan memikirkan kaedah-kaedah lain untuk memajukan negara kerana kita tidak mahu menjadi sebuah negara moden tetapi kehilangan budaya dan khazanah negara pula dalam masa yang sama. Sebagai kesimpulan. Impak yang lain yang turut ditimbulkan oleh sektor ini ialah terpinggirnya sektor pertanian di negara ini. Maka. sektor pertanian semakin terpinggir kerana kadar upah dan cara kehidupan di ladang yang dikatakan tidak lagi menepati kehendak zaman yang membawa ramai tenaga kerja beralih bekerja di sektor perindustrian pula yang mendorong negara terpaksa menggunakan pekerja asing untuk bekerja di sektor peladangan. Jelaslah. Mungkinkah kita harus mengetatkan syarat-syarat penubuhan kilang baru di negara ini? Karangan 2 . sektor ini bukan sahaja memusnahkan alam tetapi turut menjadikan kehidupan sosial masyarakat menjadi porak-peranda dalam tempoh yang singkat. Dahulu sebelum pengenalan sektor perindustrian. Keseimbangan harus dicari dalam usaha untuk menangani kemelut ini kerana faktor itulah yang bakal akan membawa negara kita terus mampu untuk bersaing dalam arena global kini. kebanyakan penduduk negara ini terlibat dalam sektor pertanian dengan begitu meluas. sektor perindustrian turut memusnahkan sektor pertanian negara yang dahulunya menjadi kebanggaan kita semua. Kini. Banyak ibu bapa yang bekerja dengan sektor perindustrian terpaksa mengikut waktu kerja yang agak ganjil iaitu ada kalanya mereka terpaksa bekerja malam dan kerja lebih masa yang menyebabkan tumpuan mereka terhadap keluarga menjadi semakin kurang.tetapi kewujudan sektor perindustrian telah menggoyahkan sistem kekeluargaan di negara ini dengan begitu ketara. Kekerapan mereka bekerja juga menjadikan diri mereka lebih tidak berupaya untuk mendidik anak dengan baik yang membawa peningkatan masalah sosial terutama di kawasan bandar yang banyak memiliki kilang-kilang moden.Langkah-/angkah Memajukan Industr. Apabila kita memperkatakan tentang industri desa sudah pasti di dalam 2 . Huraikan langkah-Iangkah yang boleh dilaksanakan untuk memajukan projek sebegini.

Latihan juga diberikan terutamanya kepada golongan muda yang ingin menyertai industri ini sebagai salah satu peluang kerjaya mereka pada masa hadapan. apakah langkah-Iangkah yang boleh dilaksanakan oleh semua pihak dalam memajukan industri ini? Tindakan yang paling awal boleh dilakukan oleh kerajaan adalah dengan mewujudkan satu tempat yang membolehkan semua hasil kraf tangan ini dijual dan dipamerkan dengan mudah dan tersusun. Bangunan ini boleh disewakan kepada persatuan-persatuan penduduk kampung dengan harga yang murah dan satu tempat untuk mengiklankan produk yang sudah mereka hasilkan itu. Sesungguhnya. sikap dan kerjasama yang positif daripada penduduk 3 . kewujudan bangunan sebegini di seluruh negara mampu menyuburkan industri desa menjadi satu peluang kerja kepada penduduk kampung pula. Sememangnya. Kerajaan boleh menyediakan satu bangunan di beberapa buah negeri yang menjadi tempat untuk semua pihak yang terbabit dalam industri desa untuk menjual hasil karya mereka kepada masyarakat umum tanpa sebarang masalah. Pihak media massa juga ada menyiarkan pelbagai pendapat masyarakat yang menyuarakan hasrat supaya industri ini turut dimajukan. Jika usaha yang bersungguh-sungguh dicurahkan oleh penduduk kampung sudah pasti industri ini mampu berkembang dengan giat kerana mempunyai sumber manusia yang tetap yang boleh mempercepat perkembangannya. Dalam masa yang sama. Lantaran itu. Perasaan yakin dan mahu melakukan sesuatu yang unik untuk kemajuan kampung mereka harus ada dalam naluri perasaan peserta-peserta program industri desa ini. negara kita mempunyai pelbagai industri desa yang boleh dimajukan oleh pihak kerajaan jika mereka benar-benar ingin membantu penduduk desa itu. penduduk kampung harus bersedia untuk menyahut cabaran industri desa dengan menyumbangkan tenaga yang sepenuhnya tanpa ada sebarang rasa curiga akan masa depannya. Kedua ialah bantuan kewangan dan latihan diberikan kepada penduduk kampung yang berminat untuk menyertai program industri desa ini. sumber kewangan dan latihan daripada kerajaan berupaya memajukan industri ini menjadi satu industri yang boleh menghidupkan semula suasana kampung yang semakin malap itu. Ini adalah untuk memastikan kraf tangan ini terus mempunyai sumber pengganti apabila golongan tua sudah tiada untuk meneruskannya. Pemberian sumber kewangan ini mestilah lebih mudah tanpa memerlukan cagaran harta benda yang keterlaluan dan digunakan untuk membeli mesin atau peralatan untuk memudahkan penduduk kampung melakukan hasil kraf tangan mereka.minda semua pihak terbayang hasil kraf tangan penduduk desa yang begitu unik dan praktikal. Maka. Jadi.

semua pihak mempunyai tugas atau peranan yang tersendiri untuk menjayakan program industri desa menjadi satu aktiviti ekonomi yang lebih berdaya saing dan bukannya industri samping sahaja. lebih banyak program untuk memperkenalkan produk industri desa ini juga harus dilaksanakan dengan lebih giat dan tersusun. Keadaan ini semakin menjadi-jadi terutama di kawasan luar bandar yang sukar untuk diawasi. Kesimpulannya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hasil kraf tangan negara sendiri harus lebih diagungkan daripada keluaran luar kerana setiap pembelian mampu memberi lebih banyak peluang dan sokongan kepada penggiat industri desa di negara ini untuk meneruskan usaha mereka tersebut. Maka. Cuma sejak akhir-akhir ini. Sikap yang lebih positif terhadap kemampuan diri untuk menghasilkan kraf tangan yang lebih bermutu harus wujud dalam diri kita semua. media massa mula memaparkan pelbagai berita tentang kemusnahan hutan yang berlaku dengan begitu meluas seolah-olah pihak kerajaan tidak 4 . Peranan penduduk negara juga memainkan peranan penting terutama dalam memberi perhatian lebih dalam membeli barangan atau produk keluaran tempatan terutama hasil kraf tangan. Dalam masa yang sama. Pada pendapat anda apakah kesan-kesan negatif yang timbul daripada pembalakan? Hutan di Malaysia memang diakui sebagai antara hutan belantara yang memiliki kepelbagaian flora dan fauna yang sudah wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi ingatan kepada kita semua akan peri pentingnya usaha menangani kemelut ini. perubahan sikap masyarakat negara ini yang lebih mengutamakan kraf tangan tempatan mampu memberi suntikan baru kepada industri desa di negara ini.kampung yang terlibat amat penting dalam usaha untuk memastikan industri ini terus berkembang pada skala yang betul. banyak kawasan hutan ini telah diteroka untuk mendapatkan hasil kayunya yang begitu tinggi dan mewujudkan kawasan pembangunan baru.Kesan-kesan Negati/ Pemba/akan Negara kita memiliki kawasan hutan yang luas. Keadaan ini menyebabkan kawasan hutan negara kita umpama makmal yang menunggu ahli saintis untuk membuat pelbagai kajian yang boleh mendatangkan kesan baik kepada man usia. Setiap lawatan atau aktiviti pergi bercuti harus ditamatkan dengan amalan membeli kraf tangan tempatan untuk dijadikan sebagai hadiah kenang-kenangan peribadi atau keluarga mereka. Karangan 3 .

kemusnahan hutan membawa berlakunya perubahan cuaca yang mengancam kehidupan manusia secara perlahan-Iahan. Ada antara flora dan fauna itu tidak boleh ditemui di mana-mana kawasan hutan di seluruh dunia ini seperti badak sumbu Sumatera. Ketiadaan kawasan hutan menyebabkan kawasan pembiakan dan makanan untuk haiwan-haiwan tertentu menjadi semakin kurang dan akhirnya pupus bersama-sama dengan hidupan liar ini. Ketika semua negara di dunia ini mula memberi penekanan 5 . Sikap menganggap bahawa hutan boleh membantu diri mereka sendiri merupakan satu anggapan yang silap kerana hutan mengambil masa yang lama untuk hidup dan tumbuh berbanding dengan manusia tetapi mudah untuk dimusnahkan tanpa perlu menggunakan teknologi tinggi pun. tanah runtuh. harimau belang Asia dan juga gajah Asia. banyak kesan negatif yang timbul ekoran kemusnahan hutan yang sebegini serius. Oleh itu. Maka. kadar pencemaran alam turut meningkat dengan ketiadaan hutan di negara ini kerana peranan hutan sebagai penapis semua pencemaran alam yang berlaku. Malah. sungai. Perubahan cuaca ini menyebabkan perubahan musim sukar diramal seperti berlakunya kejadian hujan lebat yang turun tanpa henti bersama-sama dengan kejadian taufan yang begitu kerap. hakisan tanah dan bunyi yang lambat laun akan menjejaskan kehidupan manusia.membuat sebarang usaha untuk mengawalnya. Jelaslah. Bukan sahaja kemusnahan hutan membawa hilangnya flora dan fauna tetapi ketiadaan hutan juga menyebabkan berlakunya perubahan cuaca yang boleh mengancam kehidupan manusia sejagat. Perkara yang sama turut membawa kemusnahan kepada sesetengah tumbuh-tumbuhan yang mungkin boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit manusia zaman moden. Impak lain yang wujud ekoran ketiadaan hutan di negara ini ialah imej negara akan terjejas dengan begitu teruk terutama pada mata masyarakat dunia yang lain. Ahli-ahli saintis bersetuju bahawa ketiadaan hutan menyebabkan muka bumi ini menjadi semakin panas lalu menyebabkan perubahan cuaca berlaku dengan mendadak. kemusnahan hutan membawa kesan hilangnya flora dan fauna yang amat penting dalam ekosistem negara kita pada masa hadapan. Sebenarnya. Impak yang paling besar ialah kemusnahan hutan negara membawa kemusnahan kepada hidupan di dalamnya yakni flora dan fauna yang unik itu. hutan boleh membantu mengawal tahap pencemaran tetapi tanpanya pencemaran alam akan berlaku dalam skala yang lebih besar lagi. Ketiadaan penapis inilah yang membawa berlakunya pencemaran udara.

Jadi. 'Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya" menjadi peringatan betapa pentingnya kita melakukan tindakan awal dalam menyelesaikan semua masalah yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Industri pelancongan merupakan satu industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara terutama ketika dunia global mengalami kegawatan yang ketara kerana industri ini tidak memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Tanpa hutan. Ketika itu kita hanya menanti sahaja untuk menerima kesannya tanpa mempunyai sebarang peluang untuk mengubahnya. ielaskan langkah-Iangkah yang boleh diambil untuk meningkatkan lagi industri ini di negara ini.Langkah-/angkah Meningkatkan Industri Pe/ancongan Industri pelancongan dikatakan penyumbang utama kepada ekonomi negara ini terutama ketika dunia mengalami masalah kegawatan ekonomi yang ketara. Karangan 4 . kita sudah terlambat untuk menyelamatkannya. Konklusinya. Oleh itu. Dalam masa yang sama juga 6 . Penduduk negara ini akan dilabelkan sebagai manusia yang tidak menghargai alam walaupun sebilangan sahaja yang memusnahkan kawasan hutan negara itu. kita pula terus membiarkan kawasan hutan dimusnahkan begitu sahaja tanpa kawalan. Dalam masa yang sama media massa turut mencanangkan pelbagai kelebihan melancong di negara ini dengan lebih meluas dan tersusun. Kedatangan pelancong ke negara ini terus meningkat saban tahun yang pastinya menggembirakan semua pihak di negara ini. pelbagai kemusnahan akan melanda negara ini secara perlahan-Iahan tanpa kita sedari. imej negara akan dipandang rendah oleh orang luar kerana ketiadaan hutan yang dikaitkan dengan sikap rakyat negara ini yang tidak mengutamakan alam sekitar. Pada masa semua pihak menyedari bahawa hutan negara ini sudah pupus. hutan penting dalam kehidupan manusia terutama di negara kita ini. apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan lagi industri ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan mewujudkan lebih banyak destinasi pelancongan baru terutama di kawasan yang masih lagi belum begitu terkenal di kalangan pelancong. Keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya negara yang sudah tersohor itu boleh digunakan sebaik mungkin untuk menarik minat pelancong asing dan tempatan untuk terus melancong di negara ini.negara. Pengenalan kawasan pelancongan baru ini memberikan lebih banyak pilihan kepada masyarakat terutama pelancong tempatan untuk pergi bersiar-siar dan tidak terhad dengan pergi ke tempat-tempat yang sama sahaja setiap tahun.

Jika semua pihak memahami tugas dan peranan mereka sudah pastilah sektor 7 . sistem pengangkutan negara harus dirombak dan dijadikan lebih baik lagi. tambang kapal terbang yang berpatutan dan juga pengenalan cukai kepada pelancong yang lebih rendah terutama cukai lapangan terbang. Semua ini boleh dilakukan dengan efektif jika negara kita mempunyai satu tahun yang dikhususkan untuk tahun melawat negara ini. teksi dan sebagainya.Sistem pengangkutan yang cekap dan murah ini turut diserikan dengan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra daripada pemandu bas. Kesimpulannya. Memang ada banyak komen terutama daripada pelancong asing tentang tahap kebersihan yang kadangkala begitu memalukan kita yang dikatakan mementingkan kebersihan. Dalam program atau kempen tahun melawat Malaysia. Semua pihak perlu memberikan kerjasama yang seerat mungkin untuk menjadikan industri ini berdaya saing dan maju. Tambahan pula. Kewujudan sistem pengangkutan yang sebegini memberikan satu imej yang baik kepada pelancong terutama kegagalan mereka untuk berbahasa dalam bahasa ibunda menyukarkan mereka untuk bergerak kecuali negara memiliki sistem pengangkutan yang mengagumkan. pelbagai aktiviti boleh dirancang yang mampu menimbulkan minat kepada pelancong untuk datang melancong ke negara ini. Selain itu. Maka. sistem pengangkutan di negara ini juga harus efisien dan berpatutan tambangnya terutama yang melibatkan pengangkutan darat seperti teksi. wujud pelbagai cara yang boleh diimplementasikan oleh kerajaan dan swasta serta masyarakat untuk memajukan industri pelancongan negara ini.syarikat pelancongan boleh membuat pelbagai pakej pelancongan yang bersesuaian dengan destinasi-destinasi baru ini untuk menarik lebih ramai kehadiran pelancong. Kerajaan juga boleh mengadakan satu tahun khas sebagai tahun melawat negara ini kepada masyarakat luar. tempat makan dan tandas yang sering dikunjungi oleh mereka. tindakan menjadikan negara lebih bersih memberikan peluang kepada industri pelancongan untuk terus subur berkembang di negara ini tanpa sebarang masalah. usaha untuk menarik pelancong datang ke negara ini boleh dilakukan dengan meningkatkan tahap kebersihan. Oleh itu. Kawasanyang sering menjadi tumpuan pelancong perlulah bersih terutama di kawasan hotel.Sesungguhnya. Program itu mungkin melibatkan kadar penginapan yang lebih rendah. bas dan LRT. usaha untuk mewujudkan lebih banyak destinasi baru pelancongan mampu menjana lebih ramai kehadiran pelancong ke negara ini.

pelancongan negara akan diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia atau di rantau sebelah ini. Karangan 5 . Situasi pertumbuhan ekonomi ini mampu berlaku oleh sebab semua projek pembangunan tidak semestinya dibiayai oleh wang kerajaan kerana konsep ini menukar beberapa jabatan kerajaan menjadi sebuah syarikat tetapi masih di bawah kawalan kerajaan.Kesan-kesan Positif Program Penswastaan Kerajaan negara kita te/ah membuat program penswastaan yang begitu banyak pada era 80-an. penswastaan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kerana bukan sahaja kerajaan tetapi pihak swasta turut melabur wang untuk membuat projek-projek pembangunan. Mungkin kita semua harus merenung dan melihat peranan yang sudah kita mainkan dalam kemelut ini. Usaha ini te/ah menyaksikan banyak perubahan da/am kehidupan masyarakat di negara ini terutama yang bercorak positij. Maka.Mahathir Mohammad. Oleh itu. Impak yang paling ketara dan pantas diwujudkan oleh dasar yang unik ini ialah pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan begitu mengagumkan. Huraikan kesan-kesan positif yang timbu/ menerusi program kerajaan ini. Penswastaan merupakan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang ketika itu di bawah pemerintahan Tun Dr. Semua projek yang dilaksanakan oleh jabatan kerajaan yang sudah diswastakan dilakukan dengan menggunakan wang syarikat sendiri setelah mengambil kira potensi kejayaan sesuatu projek itu dalam tempoh tertentu. penswastaan membolehkan 8 . pelbagai impak positif terhasil menerusi dasar penswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Lantaran itu. Tindakan memberikan perkhidmatan yang lebih baik ini bersesuaian dengan konsep pasaran terbuka yang mementingkan kepuasan pelanggan untuk memastikan pelanggan terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah syarikat itu. Perubahan sikap yang mementingkan kepuasaan pelanggan ini sudah pasti baik kerana pekerja akan menjadi lebih serius dan melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik demi mengautkan keuntungan untuk syarikat. Dalam masa yang sama jabatan kerajaan yang sudah diswastakan ini beroperasi dalam suasana syarikat iaitu mereka mementingkan keuntungan yang dilengkapkan dengan perkhidmatan yang lebih cekap dan baik kepada pelanggan. Pihak media massa turut menganggap projek penswastaan ini berjaya terutama dalam aspek meningkatkan taraf hidup rakyat. Tindakan beliau menswastakan beberapa jabatan kerajaan telah membuka satu konsep baru dalam ekonomi Malaysia ketika itu yang turut menjana pertumbuhan ekonomi.

Keupayaan negara untuk maju dengan menggunakan dasar penswastaan sudah pasti akan membuka mata negara-negara lain yang mungkin akan cuba menggunakan konsep yang serupa pula di negara mereka untuk mengalami kemajuan yang serupa. Peluang kerja yang banyak ini mampu diwujudkan kerana pelbagai jenis perniagaan dapat dicipta oleh penswastaan kerana daya kreativiti dan persaingan yang begitu tinggi itu. Kejayaan dasar penswastaan ini 9 . Sesungguhnya. penswastaan menjadikan negara lebih berdaya saing dalam mengharungi cabaran ekonomi dunia yang penuh dengan ketidaktentuan ini. kemahiran pekerja juga turut meningkat kerana peluang kerja yang ditawarkan itu selari dengan perubahan dalam jenis perniagaan yang ditawarkan oleh syarikat swasta tersebut. Kesimpulannya. Dalam masa yang sama.tahap perkhidmatan pelanggan. kepada pelanggan menjadi lebih baik dan mesra Berkaitan dengan perkhidmatan yang lebih baik ini sudah pasti konsep daya saing akan bertambah kerana keuntungan hanya akan berlaku jika syarikat memperoleh lebih banyak pelanggan dengan menggunakan kos yang lebih rendah. peluang kerja yang pelbagai mampu wujud ekoran pengenalan dasar penswastaan ini bersama-sama dengan sumber manusia yang berkemahiran tinggi. dasar penswastaan mampu memberikan imej yang positif kepada negara pada mata masyarakat asing di dunia ini. Selain itu. Usaha untuk memastikan kos lebih rendah tetapi mempunyai ramai pelanggan memerlukan daya kreativiti dan daya saing yang tinggi dalam sesebuah syarikat yang sudah diswastakan. Oleh itu. Semua pihak baik kerajaan mahupun swasta telah membuktikan bahawa mereka boleh bekerjasama jika ada program atau dasar yang baik untuk dilaksanakan demi kepentingan bersama. Daya saing yang tinggi ini menjadikan negara lebih mampu untuk bersaing terutama dalam pasaran ekonomi global yang begitu hebat persaingannya. Jelaslah. peluang kerja juga berupaya diwujudkan dalam kuantiti yang lebih banyak kerana wujudnya pelbagai syarikat yang sudah diswastakan ini. dasar penswastaan ini merupakan satu dasar yang sangat baik dan mampu memberikan pelbagai impak positif kepada negara. Impak terakhir yang wujud menerusi dasar penswastaan ini ialah imej negara kita terus meningkat terutama dalam kalangan negara membangun yang lain. Kejayaan dasar ini di negara ini dan negara lain membuktikan sikap pandang ke depan pemimpin negara yang begitu sukar diperoleh kini lalu memberikan satu pandangan tinggi masyarakat luar kepada negara kita.

Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada semua pihak yang masih keliru tentang masalah yang melanda sektor peru mahan negara kita. Dalam masa yang sama permintaan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kos murah terus meningkat saban tahun. Kegagalan mendapatkan pinjaman daripada pihak bank kerana projek perumahan mereka tidak berdaya maju menyebabkan wang pendahuluan pembeli rumah hapus begitu sahaja akibat ketidakcekapakan pengurusan 10 . Pelbagai kerenah dan aduan masyarakat terhadap pemaju perumahan telah menjadi bahan berita utama media massa sehingga ada yang ingin saman-menyaman pula. Kemelut yang paling ketara dalam perumahan negara ialah kekurangan projek perumahan kos rendah berbanding perumahan kos mewah dan sederhana. Ketiadaan projek perumahan kos rendah menyebabkan ada pembeli rumah terpaksa membeli rumah kos sederhana walaupun mereka agak sukar untuk membuat bayaran ansuran sehingga menyebabkan hampir separuh gaji mereka digunakan untuk bayaran rumah lalu menjadikan keperluan lain tidak mampu dipenuhi. Selain ltu. sektor peru mahan negara juga mengalami satu keadaan yang menyaksikan banyak projek perumahan terbengkalai ekoran kegagalan pihak pemaju untuk menyediakan modal yang mencukupi buat sesuatu projek tersebut. Mungkin kita semua harus menjadikan dasar penswastaan sebagai batu loncatan untuk memperoleh kejayaan yang lebih besar lagi dalam bidang yang lain pula. Ielaskan masalah-masalah yang melanda sektor perumahan di negara ini. 8anyak masalah setinggan yang berlaku membuktikan betapa masalah perumahan di negara ini begitu mendesak.Masalah-masalah Perumahan Di Negara Kita Perumahan merupakan satu kemelut yang sedang melanda negara terutama di kawasan. Maka. Kemelut yang melanda sektor perumahan negara dianggap sesuatu yang harus diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan.seharusnya dipanjangkan dalam banyak lagi program kerajaan yang lain untuk memberikan satu kejayaan mutlak dalam pembangunan negara kita. Kebanyakan pemaju menggunakan konsep jual dan bina yakni mereka menggunakan wang pendahuluan pembeli rumah untuk menjalankan sesuatu projek sebelum mendapatkan pinjaman daripada pihak bank. masih ramai rakyat miskin di negara ini yang tidak memiliki rumah bukan sebab mereka tidak mahu tetapi disebabkan kurangnya projek perumahan yang bersesuaian dengan pendapatan mereka. masalah-masalah yang melanda sektor perumahan negara memang banyak dan serius. Maka. Karangan 6 .

Jadi. pembeli rumah harus bijak menggunakan pertimbangan dengan membeli rumah daripada pemaju yang sudah terkenal dengan reputasi baik mereka dalam membina rumah bukannya melihat harga sahaja. Kesimpulannya. Pada masa yang sama juga. Pihak bank biasanya mengenakan syarat pinjaman yang lebih ketat untuk membeli rumah dan pemaju pula mengenakan bayaran pendahuluan yang begitu tinggi kepada pembeli. sudahlah projek perumahan tergengkalai. Dalam hal ini tindakan yang lebih tegas dan konsisten harus dipamerkan oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bukankah sesuatu yang tidak adil buat pembeli yang sudah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli rumah dan terpaksa membaiki rumah mereka dalam tempoh setahun dua? Satu perkara yang ganjil di negara ini ialah pembeli rumah sukar untuk mendapatkan pinjaman atau terpaksa menyediakan wang pendahuluan yang begitu banyak untuk membeli rumah berbanding dengan tindakan membeli kereta. Rumah yang baru dibeli tidak sampai setahun dua sudah mula menunjukkan kerosakan demi kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh pihak pembeli pula. Keadaan ini jauh berbeza buat pembeli kenderaan sedangkan rumah lebih penting kerana rumah menjadi tempat keluarga untuk berteduh berbanding kereta yang mungkin digunakan oleh seseorang sahaja untuk tujuan imej mereka. keadaan ini menjadikan seseorang pembeli rumah begitu sukar untuk membeli rumah dalam usia muda atau dalam tempoh yang singkat. masalah yang melanda sektor perumahan negara irn harus diselesaikan segera oleh semua pihak terutama kerajaan.pihak pemaju. Bukan sahaja banyak projek terbengkalai tetapi kualiti rumah yang dibina oleh pemaju di negara ini kerap menjadi bahan perbahasan masyarakat umum. Maka. 11 . Kita harus ingat bahawa rumah menjadi tempat melahirkan keluarga yang baik. pembeli rumah pula terus kehilangan wang pendahuluan mereka yang sudah digunakan oleh pemaju sebelum ini. Sebaik sahaja kunci rumah diberikan kepada pembeli tanggungjawab pemaju terhadap rumah itu sudah selesai dan sebarang kerosakan harus ditanggung oleh pihak pembeli.

Pada pendapat anda apakah langkah-Iangkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan negara. Kehadiran jurulatih asing ini amat penting kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam merangka latihan yang sistematik dan berasaskan sains. pembinaan lebih banyak kemudahan sukan akan membuka lebih banyak peluang kepada ahli sukan untuk meningkatkan diri lalu meninggikan kualiti sukan negara. Bukan jurulatih tempatan tidak layak untuk melatih ahli sukan negara tetapi pengalaman yang diperoleh oleh jurlatih asing itu memerlukan tempoh masa yang lama untuk dipelajari oleh jurulatih tempatan.Langkah-Iangkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Kita Sukan di negara ini terus menjunam berbanding tahun 80-an yang menyaksikan mutu sukan negara terutama bola sepak begitu tinggi di rantau ini. Ada beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan semula sukan negara. Mutu sukan negara memang begitu memalukan terutama sukan-sukan tertentu seperti bola sepak. Lantaran itu. Keadaan ini memberikan pandangan bahawa sesuatu tindakan horus dilakukan untuk membawa semula zaman kegemilangan sukan negara. Pelbagai pihak terutama masyarakat telah mula jemu dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa terutama persatuan sukan terbabit. Maka. dan acara trek jika hendak dibandingkan dengan prestasi ahli sukan negara pada zaman 80-an. 12 . Infrastruktur yang moden seperti stadium bola sepak yang besar. Pembinaan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa turut dilaksanakan dengan segera kerana kemudahan sebegini memberi banyak kelebihan kepada ahli sukan negara.Karangan 7 . mutu sukan negara akan meningkat secara mendadak dengan kehadiran lebih ramai jurulatih asing ke negara ini. Pihak media massa turut membuat pelbagai program untuk meneliti dan membuat cadangan yang konkrit untuk membantu memajukan sukan negara kita. Latihan yang lebih kerap dan sistematik turut mampu dilaksanakan di kemudahan sukan yang bertaraf dunia ini selain memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mencuba dan menjadi ahli sukan juga. sepak takraw. kolam renang bersaiz Olimpik dan trek bertaraf dunia menjadikan ahli sukan kita sudah biasa menyesuaikan diri mereka dengan suasana pertandingan yang sudah pasti akan dilakukan di luar negara tetapi dalam stadium atau balapan yang serupa. Tindakan awal yang boleh dilakukan dalam menangani polemik ini ialah kerajaan melantik lebih ramai jurulatih asing datang untuk melatih ahli sukan negara dalam acara sukan yang begitu mengecewakan pencapaiannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful