P. 1
Media Pengajaran

Media Pengajaran

5.0

|Views: 5,384|Likes:
Published by masru

More info:

Published by: masru on Nov 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2013

pdf

text

original

Ujian 1 Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan. Media bermakna saluran komunikasi.

Media terbahagi kepada media cetak dan media elektronik.Percival dan Elington (1984) membahagikan media kepada 2 iaitu : 1. Pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan seperti filem, pita ,piring hitam, slaid, perkataan bercetak dan kombinasi antaranya. 2. Pelbagai saluran komunikasi massa termasuklah surat khabar, radio dan televisyen. Manakala Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Torkelson (1972) ,membahagikan media kepada mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Penggunaan media amat penting dalam pembelajaran kerana dapat menyalurkan mesej kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran , perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar sehingga terjadinya proses pembelajaran. Dalam proses pembelajaran,penggunaan media memperlihatkan beberapa kelebihan seperti memperjelaskan penyampaian mesej.Ini bermaksud sesuatu mesej dapet diterangkan dengan jelas dan berkesan dengan menggunakan pelbagai alatan dari abstrak hingga konkrit.Selain itu,penggunaan media tidak terhad.Ianya merentasi batasan ruang, waktu dan pancaindera.Segala maklumat boleh didapati dengan mudah dengan melayari

internet.Penggunaannya pula sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Selain itu, penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi mudah menarik minat,meningkatkan kefahaman pelajar, memberi penjelasan yang kukuh, menjimatkan masa serta boleh diulang-ulang penggunaannya. Ini membuatkan seseorang pelajar itu lebih teruja untuk belajar.Pelajar juga akan memperolehi pengalaman dan pesepsi yang sama. Antara fungsi media pemgajaran ialah pengajaran bersama pengajar. Setiap pelajar dapat belajar dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Pengajar hanya menjadi fisilitator sahaja.Dengan adanya media pengajaran pelajar juga boleh belajar secara sendiri tidak bergantung perlu bergantung kepada tenaga pengajar. Contohnya,pelajar boleh belajar dengan melayari internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran.Pelajar juga boleh membuat folio bermedia yakni dengan mengumpulkan semua bahan yang ada dalam satu fail.Selain itu,pengajaran secara tematik iaitu mengikut tema-tema tertentu serta pendidikan jarak jauh boleh dilakukan dengan melayari internet atau menggunakan e-mel dan sebagainya.Manakala bagi pelajar istimewa seperti OKU dan pelajar genius tidak lagi menghadapi masalah.Ini kerana mereka boleh belajar di mana saja tanpa perlu ke mana-mana.Di sini menunjukkan betapa pentingnya penggunaan media dalam pembelajaran. Kesimpulannya, penggunaan media merangkumi seluruh proses pembelajaran sehingga dapat merangsangkan pemikiran,perasaan,perhatian dan minat seseorang pelajar.

Ujian 2 Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam bentuk; a) pengajaran bersama pengajar b) pengajaran tanpa pengajar Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadilah proses pembelajaran. Walaupun media pengajaran merangkumi seluruh proses pembelajaran ,namun terdapat juga masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam bentuk: a) Pengajaran bersama pengajar. Masalah yang mungkin timbul dalam pengajaran bentuk ini ialah pelajar hanya menerima apa saja yang disediakan oleh pengajar.Oleh itu pelajar bergantung sepenuhnya kepada pengajar.Pengajaran satu hala iaitu berfokuskan guru .Tiada tindakan untuk pelajar membuat rujukan tambahan.Selain itu,tahap perkembangan dan kesediaan belajar pelajar berbeza.Jadi ,strategi pengajaran dan aktiviti yang berbeza hendaklah diadakan.Tidak semua pelajar yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti. Selain itu,stail pembelajaran setiap individu adalah berbeza. b) Pengajaran tanpa pengajar Penggunaan media dalam bentuk pengajaran tanpa pengajar akan menimbulkan

masalah tiada kawalan dalam had melayari internet atau e-mel.Pelajar boleh melayari mana-mana program yang diingininya.Pelajar hanya menerima apa saja yang diperolehi dan tiada tempat rujukan sekiranya timbul sebarang masalah pembelajaran .Tiada sukatan pelajaran yang khusus yang menjadi panduan pelajar. Begitu juga dari aspek sosial iaitu tiada interaksi diantara individu dengan individu lain.Selain itu,kesediaan persekitaran, kesediaan pelajar serta pengalaman pembelajaran tidak dititik beratkan dalam pengajaran bentuk ini. Proses penilaian tidak berlaku kerana penilaian sepatutnya dilakukan sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum,semasa dan selepas pengajaran.Pengajaran tanpa pengajar juga menyebabkan murid lemah akan terus tercicir kerana tidak ada media atau aktiviti yang sesuai untuk membantu mereka.

MEDIA PENGAJARAN
NAMA : NOR AZIZAH BINTI AHMAD KURSUS : PENGAJIAN KAJIAN SOSIAL EN. ABRAHAM

TUTOR :

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->