P. 1
Doa Hari Guru

Doa Hari Guru

|Views: 346|Likes:
Published by Ahmad Rusli

More info:

Published by: Ahmad Rusli on Nov 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2012

pdf

text

original

, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan

Majlis sambutan Hari Guru 2003 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan, Puchong pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : “Guru Berkualiti Sumber Aspirasi Negara” Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata . Ya Allah , Tuhan Yang Mentadbir Langit dan Bumi , Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada guru-guru kami kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa

‫اَلـحمدُ لله ، ن َحمدُه ون َست َعيْن ُه ون َست َغفره‬ ِ ُ ُ ِ ْ ْ َ ُ ِ ْ َ ُ َ ْ ْ َ َ ‫ون َعوذُ بالله من شرور أ‬ ‫ِ ِ ْ ُ ُ ْ ِ ن ْفسنَا ومن سيِّئَات‬ ِ ِ ُ َ ْ ِ َ ِ ْ ُ َ َ‫أ َعمالِنَا من ي َهده الله فل َ مضل‬ َ ُ ‫ُ ِ ّ ل َه ومن ي ُضلِل ْه‬ ِ ِ ْ ْ َ ْ َ َ ُ َ ْ ُ ْ َّ َ ‫فل َ هادي ل َه ، والصلَةُ والسل َم على رسولِنَا‬ ُ َ ِ َ ْ ُ َ َ َ ُ َّ َ َ . ‫ال َمي ْن وعلى آل ِه وأ َصحاب ِه أ َجـمعي ْن‬ َ ِ َ ْ ِ َ ْ َ ِ َ َ َ ِ ِ

dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Ya Allah , Tuhan Yang Menjadikan Malam dan Siang , Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta . Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Hujan , Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya . Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasangpasangan , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة‬ ‫وقنا عذاب النار‬ ‫وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء‬ ‫والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه‬ ‫أجمعين والحمد لله رب العالـمين‬

‫‪perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara‬‬ ‫.‪bahaya dan keburukan‬‬

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->