You are on page 1of 3

‫نحمده ونستعينه‬، ‫الـحمد لله‬

‫ونستغفره ونعوذ بالله من شرور‬


‫أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده‬
‫الله فل مضل له ومن يضلله فل‬
‫ والصلة والسلم على‬، ‫هادي له‬
‫رسولنا المين وعلى آله وأصحابه‬
. ‫أجـمعين‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul
kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu
dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-
tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi
sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan
(dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang
akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di
dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar


kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan
mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan .
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah,
supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami
dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau
daripada melakukan keburukan .
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah


hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah
hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang
membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak
pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga
pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu


pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

Pada kesempatan ini sudilah kiranya Engkau


mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Tun Mohd.
Suffian b. Hashim di atas sumbangan beliau kepada
sekolah ini . Mudah-mudahan ia di tempatkan
bersama-sama para Nabi-nabi , para Siddiqin , para
Syuhada’ dan para Solihin di Syurga-Mu Ya Allah.

Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai


perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي‬


‫الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى الله على خير خلق الله‬
‫وخاتم النبياء والمرسلين سيدنا‬
‫محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬
‫والحمد لله رب العالـمين‬

You might also like