You are on page 1of 1

Doa Muhasabah Diri

Ya allah, ampunkanlah dosa kami, dosa yang nampak dan yang tidak nampak, dosa
yang sengaja dan yang tidak sengaja, dosa besar dan dosa kecil, dosa yang zahir dan
juga batin. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami, para
pemimpin kami seterusnya kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, di…… (pagi/petang/malam) yang mulia ini kami bermohon agar Engkau
memberkati majlis yang sedang kami jalankan iaitu majlis……..……

Ya Allah Rahman, berilah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mengagungkan
kebesaranMu, taat akan perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Engkaulah yang
menghidup dan mematikan kami, engkaulah yang memberi kejayaan dan kegagalan
kepada kami. Kami tidak ada daya upaya melainkan dengan izinMu semata-mata.

Ya Allah berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka patuh dan taat akan
perintahMu serta mengamalkan sunnah baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan
mereka.

Ya Allah berilah keyakinan kepada anak didik kami agar mereka berani dan bersedia
menghadapi peperiksaan yang akan dijalani. Terangkan lah hati mereka,
mudahkanlah mereka memahami pelajaran dan bantulah mereka ketika menghadapi
peperiksaan.

Ya Allah berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka taat menunaikan solat
5 waktu sehari dan semalam. Dengan solat itu Kau kurniakanlah rezki ilmu yang
bermanfaat kepada mereka. Dengan solat juga Kau lepaskan kami dari
Azab kubur, diberi buku catatan amalan melalui tangan kanan,melintas jambatan
sirat sepantas kilat dan memasukkan kami ke dalam Syurga tanpa hisab.

Ya Allah Ya Rahim, berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka belajar
bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu. Dengan ilmu itu ya Allah mudah-
mudahan mereka tahu yang manakah suruhan dan laranganMu.

Ya Allah ya….. berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka sentiasa
mengingatimu dalam setiap masa dan keadaan. Semasa senang dan semasa susah,
semasa lapang dan semasa sempit, semasa muda dan semasa tua, semasa sihat
ataupun sakit.

Ya Allah berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka dapat mengamalkan
sifat-sifat terpuji (mahmudah) ke dalam diri mereka seperti sifat rajin, tekun, sabar,
rendah diri, tolong menolong dan sebagainya, sebaliknya kau buangkanlah sifat-sifat
keji (mazmumah) yang ada pada diri mereka seperti sombong, ujub, riak, dan
sebagainya dari diri mereka.

Ya Allah berilah keikhlasan kepada anak didik kami agar mereka melakukan dan
meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau disuruh
oleh sesiapa.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka berjuang
bersungguh-sungguh di dalam menghadapi peperiksaan yang akan dijalani.
Jadikanlah mereka bukan sahaja pelajar yang cemerlang di dunia bahkan juga di
akhirat nanti.

Ya Allah sebenarnya banyak lagi yang ingin kami minta, tetapi kami tidak pandai
berdoa. Cukuplah apa yang nabi minta untuk kebaikan umatnya itu yang kami minta
dan apa yang nabi minta jauhkan itu jualah yang kami minta jauhkan.

Rabbana….

You might also like