You are on page 1of 13

Topik X Aplikasi Pengajaran

Tatabahasa Wacana dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. Menghuraikan konsep pengajaran tatabahasa wacana bagi penulisan sekolah rendah; dan Menjelaskan maksud pengaplikasian wacana tatabahasa yang tepat dan bernas dalam penulisan sekolah rendah.

X PENGENALAN
Topik ini menampilkan konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam kemahiran penulisan sekolah rendah. Selain itu, dibicarakan strategi dan aplikasi kemahiran bagi penulisan.

9.1

KONSEP PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Bagi pengetahuan anda, terdapat dua jenis pengajaran tatabahasa wacana yang diuji, iaitu pengajaran penulisan berformat dan tidak berformat. Konsep pengajaran ini bergantung kepada: (a) Pecahan isi dan markah bagi aspek isi penulisan. Contohnya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 9.1):

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN W 137 KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Jadual 9.1:Pecahan Markah untuk Aspek Penulisan ISI Pendahuluan Isi Pertama Isi Kedua Isi Ketiga Isi Keempat Penutup Jumlah MARKAH 1 2 2 2 2 1 10

(b)

Pecahan markah bagi aspek biasa. Contohnya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 9.2):
Jadual 9.2: Pecahan Markah untuk Aspek Bahasa BAHASA (i) Perbendaharaan Kata MARKAH 3 3 3 3 3 Jumlah 15

(ii) Struktur Ayat (iii) Penggunaan Imbuhan (iv) Tanda Baca (v) Ejaan

(i) (ii)

Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan mempunyai pengenalan, isi (lebih daripada tiga) dan penutup. Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika penulisan mengandungi aspek wacana yang mantap, selain tidak melakukan sebarang kesalahan.

(iii) Jika ada kesalahan dalam bahagian (iii), (iv) dan (v), setengah markah akan ditolak. Bagi bahagian (i) dan (ii), markah akan diberi mengikut budi bicara dengan berdasarkan keseluruhan penulisan. (iv) Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3 markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan. (v) Bagi penulisan yang terpesong pula, 5 markah sahaja diberi.

138 X

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI 9.1
Dengan perkataan anda sendiri, huraikan konsep pengajaran wacana tatabahasa sekolah rendah.

9.2

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Bahagian ini menyentuh tentang strategi pengajaran kemahiran wacana dalam penulisan bagi sekolah rendah. Perbincangan dalam strategi ini berhubung dengan tatacara pengajaran yang diasimilasikan dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran wacana dalam penulisan.

9.2.1

Strategi Pengajaran

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan (Kamarudin Hj. Husin, 1988), iaitu seperti berikut: (a) Sebelum Penulisan (i) (ii) Fahami kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan berformat). Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.

(iii) Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Terdapat pelbagai cara untuk mencatat isi. Antaranya adalah dengan menggunakan konsep peta minda dan penomboran. (b) Semasa Penulisan (i) (ii) Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan). Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.

(iii) Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya. (iv) Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan wacana.

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN W 139 KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

(c)

Selepas Penulisan (i) Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu: x x x x x x x (ii) Format Isi / Huraian Imbuhan Struktur Ayat Ejaan Tanda Baca Perbendaharaan Kata atau membuat penambahan bagi beberapa

Baiki kesalahan kekurangan.

Kelemahan Murid dalam Penulisan Dalam pengajaran, guru wajar berhati-hati dengan beberapa kelemahan murid dalam penulisan. Berdasarkan komen pemeriksa kertas, ramai murid didapati lemah dalam aspek wacana: Isi x x x x x x x x x Murid tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan. Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (iaitu kurang daripada empat). Penulisan panjang, tetapi isi yang dikemukakan berulang. Murid tidak menghuraikan isi yang dikemukakan. Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan. Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan satu isi yang lain. Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan isi atau ayat. Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai. Struktur ayat tidak kemas, selain terdapat kesalahan ejaan.

140 X

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Panduan bagi Penghasilan Wacana Penulisan Cemerlang x Banyakkan membaca bahan bacaan tambahan berfaedah seperti akhbar, majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti kesinambungan isiisi. Sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti perkataan atau kosa kata baharu bagi penulisan. Baca dan semak semula penulisan yang telah ditanda oleh guru. Teliti pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan kemas. Elakkan tanda tanya dalam wacana.

x x x

AKTIVITI 9.2
Jelaskan strategi pengajaran wacana tatabahasa sekolah rendah.

9.3

WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Bahagian ini mengenengahkan kepada anda pengaplikasian kemahiran wacana dalam penulisan bagi sekolah rendah. Kemahiran diaplikasikan dengan berdasarkan beberapa peraturan dan perancangan penulisan yang jitu, selain lengkap dengan beberapa contoh yang khusus.

9.3.1

Aplikasi Kemahiran Wacana dalam Penulisan Sekolah Rendah

Subtopik ini akan menerangkan aplikasi kemahiran wacana di dalam penulisan sekolah rendah (rujuk Jadual 9.3).

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN W 141 KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Jadual 9.3: Tajuk/Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran dan KBKK Tajuk / Objektif Penulisan Fakta Murid boleh: (i) Memberikan pendapat dan menyusun isi mengikut turutan serta dapat menulis semula dengan baik Kemahiran Media Pengajaran KBKK Menjana idea

Gambar 1.16 Menjawab soalan tentang isi sesuatu Kad jalur bahan Carta 1.49 Menyatakan Keratan akhbar pendapat yang bernas dalam perbincangan 3.35 Menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur 3.40 Menulis karangan dalam bentuk prosa

Menyusun mengikut keutamaan

Penulisan Menyambung cerita Murid boleh: (i) Menulis tentang tajuk yang diberi.

1.16 Menyoal untuk mendapatkan maklumat 2.26 Memberikan pendapat tentang sesuatu pernyataan yang diketahui atau dibaca. 3.28 Menulis kesudahan cerita

Gambar Kad perkataan Keratan akhbar

Sumbang saran

Menyusun mengikut urutan

Penulisan - Biografi Murid boleh: (i) Memberikan pendapat dalam perbincangan serta dapat menulis tentang tajuk yang diberi

Papan gulung 1.26 Menjawab soalan tentang isi sesuatu Kad jalur cerita Gambar Tokoh 1.16 Menyoal untuk mendapatkan maklumat 2.20 Menyatakan maklumat penting dalam bahan bacaan

Menjana minda

Menyusun mengikut urutan

142 X

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

3.32 Mencatatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca atau diperdengarkan 3.40 Menulis bentuk prosa Penulisan - Surat Kiriman Tidak Rasmi Murid boleh: (i) Membaca, menghayati dan memberi pendapat serta menjawab latihan penulisan dengan betul 1.37 Melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat dengan betul dan ringkas 1.19 Menyoal mengikut urutan dalam cerita atau bahan bacaan 2.15 Membaca rangkai kata, ayat dan perenggan 2.19 Menyatakan maklumat penting dalam bahan bacaan 3.35 Menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur Penulisan - Surat Kiriman Tidak Rasmi Murid boleh: (i) Membezakan antara Surat Kiriman Tidak Rasmi dengan Surat Kiriman Rasmi 1.16 Menyoal untuk mendapatkan maklumat 2.15 Membaca rangkai kata, ayat dan perenggan 2.26 Memberikan pendapat tentang sesuatu pernyataan yang dibaca berpandukan peta minda Bahan edaran Kad perkataan Transparensi - bahan Memberikan bacaan. pendapat Peta minda Bahan sebenar Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi Lembaran kerja Kad perkataan Membanding beza

Membuat kesimpulan

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN W 143 KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

(ii)

Memahami peta minda dan menulis tentang tajuk yang diberi.

3.45 Menulis surat kiriman mengikut format

(a)

Kerangka Penulisan Perkara paling penting untuk diimbas kembali sebelum penulisan, murid hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan. Selepas itu, fikirkanlah pula tentang: x x x (i) Pengenalan; Isi-isi; dan Penutup. Pengenalan Setiap penulisan mestilah mempunyai pendahuluan atau pengenalan. Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Murid hendaklah menarik perhatian pembaca supaya membaca penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pendahuluan penulisan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca. Isi-Isi Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu tajuk penulisan itu. Penulisan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi perkara pokok, tetapi mungkin akan menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan khusus. Isi yang utama mestilah didahulukan. Sebaik-baiknya, satu isi bagi satu perenggan, kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini demikian kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Pastikan isi supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan penggunaan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi penulisan hendaklah asli, iaitu tidak ditiru bulat-bulat daripada penulisan lain. Dalam mendapatkan isi yang berkualiti, murid hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencanarencana, buku-buku cerita, menyaksikan sendiri dan daripada

(ii)

144 X

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. Tip Penulisan Antara kaedah pertanyaan): x x x x x x Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana? mengenal pasti isi ialah (mengikut kaedah

(iii) Penutup Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti sesuatu penulisan, maka kesimpulannya juga hendaklah memberikan sesuatu kepuasan kepada pembaca (Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid, 1990). Kesimpulan menjadi rumusan atau akhiran bagi sesuatu penulisan. Dalam kesimpulan digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan penamatan penulisan secara mengejut atau tergantung. (b) Cara-cara Menulis Sebelum menulis perkara yang dilakukan adalah seperti berikut: (i) Pemilihan Tajuk atau Soalan x x x x (ii) Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. Fahami bentuk soalan, sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Pilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai. Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan.

Penyusunan Rangka Penulisan x x Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi. Senaraikan semua isi penting secara ringkas.

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN W 145 KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

x x x

Susun isi mengikut urutan dan kepentingan. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. Elakkan pengulangan isi utama.

(iii) Penulisan x x Semasa menulis, mulakan dengan penulisan pendahuluan dalam satu perenggan. Setiap isi yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan dan disertai dengan contoh.

Bahagian-bahagian penulisan yang ideal x x x x x x Perenggan pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan penutup

(iv) Penyemakan Penulisan x Setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan untuk memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan

x (v)

Secara umumnya, berikan peruntukan masa untuk sesebuah penulisan, iaitu: x x x 4 minit untuk mendapatkan isi 24 minit untuk menulis 2 minit untuk menyemak semula

Contoh: Bagaimanakah murid hendak menulis dialog dengan baik? Berikut adalah contoh yang sesuai untuk menulis dialog:

146 X

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Contoh:

Kamu baru pulang? Baru sebentar tadi,jawab saya. Tentu kamu tertunggu kepulangan saya. Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal, lembut.
(c) Panduan Khusus bagi Penulisan x x x x x Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas dalam fikiran, kemudian susun mengikut isi yang lebih penting. Tulis berdasarkan rangka yang disediakan. Penulisan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi penulisan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai tiga isi (seelok-eloknya cari empat isi) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

SEMAK KENDIRI 9.1


1. 2. . Bincangkan wacana tatabahasa dalam penulisan sekolah rendah. Huraikan strategi penulisan yang menggunakan wacana tatabahasa yang luas bagi sekolah rendah.

Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan mempunyai perkara yang ditetapkan, iaitu pengenalan, isi yang lebih daripada tiga dan penutup. Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika penulisan mengandungi wacana yang mantap, selain tidak melakukan sebarang kesalahan.

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN W 147 KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

x x x x x x

Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3 markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan. Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5 markah sahaja diberi. Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik. Fahami kehendak soalan dan format penulisannya (jika karangan berformat). Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi. Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Pelbagai cara mencatat isi, antaranya menggunakan konsep peta minda dan penomboran. Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan). Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat. Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya. Memadai dengan tiga atau empat ayat. Penutup juga ringkas sebagai rumusan atau kesimpulan. Memadai dengan satu atau dua ayat. Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Format Isi / Huraian Imbuhan Struktur Ayat Ejaan Tanda Baca Perbendaharaan Kata

x x x x x

x x

Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan. Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu penulisan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.

x x

148 X

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Ejaan Format Isi Kaedah Kerangka Kesimpulan Pemilihan Isi Pendahuluan

Pendekatan Penggunaan Imbuhan Penutup Perbendaharaan Kata Perancangan Strategi Struktur Ayat Tanda Baca

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

You might also like