You are on page 1of 9

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

TUTORIAL M4 : Faktor yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970

PISMP BM 2011 : CHRISTINA SANDANG AK DUAK, FRINDAY BIN MERIKA, SYAFINA MAIDOL

TEMPAT TINGGAL PENDIDIKAN PEKERJAAN POLITIK

EKONOMI

TEMPAT TINGGAL
Orang- orang melayu dan penduduk asli dibiarkan terbiar di perkampungan dan di pedalaman seperti sediakala. Alasannya adalah untuk mengekalkan corak hidup mereka yang unik dan menarik pada pandangan penjajah.

PENDIDIKAN
Setiap etnik mempunyai pendidikan dan sukatan pelajaran masing- masing. Orang- orang melayu mendapat pendidikan aliran melayu dan arab. Peluang untuk memasuki sekolah Inggeris tidak terbuka kepada semua. hanya golongan atasan sahaja.

PEKERJAAN
Orang- orang Melayu dan penduduk asli dibiarkan terus menjalani hidup yang mereka lakukan sejak turun temurun : petani dan nelayan. Pendatang cina digalakkan bergiat dalam sektor ekonomi dan perlombongan. Orang India hanya menjadi pekerja di ladang getah sahaja.

POLITIK
Perubahan imbangan kuasa adalah satu kenyataan yang terpaksa diterima oleh orangorang melayu dan penduduk asli. Kerumitan bertambah dengan penyertaan Sabah dan Sarawak di mana kesetiaan politik belum terbina pada awal tempoh kemerdekaan. Orang- orang melayu masih belum boleh terlalu bergantung kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak untuk membawa majoriti penduduk asli disana sebagai pengimbang kepada kuasa politik orang-orang cina kian meningkat pada masa itu.

EKONOMI
Jurang yang jelas menunjukkan bahawa orangorang melayu dan penduduk asli menguasai bidang mundur iaitu kerja yang banyak menggunakan tenaga dan berteknologi rendah. Kelompok cina menguasai sektor yang lebih maju, menggunakan teknologi moden dan mendatangkan keuntungan besar.

Ketidakseimbangan pendapatan berleluasa antara kelompok melayu dan bukan melayu.

3 jurang pendapatan yang berbeza.

Begitu juga di sabah dan sarawak.

Pemilikan harta berpihak kepada penduduk bukan asli negara.

1969- pemilikan syer syarikat kebanyakannya dimiliki oleh rakyat asing iaitu 62.1%.

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/13589153/kesulit an-mencapai-perpaduan-sebelum-1970 http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchel ah/MASALAH13MEI.html

You might also like