P. 1
Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

|Views: 1,313|Likes:
Published by JON

More info:

Published by: JON on Mar 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/02/2013

pdf

text

original

PENDAHULUAN

PENGENALAN Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Menurut Mastura Badzis (2008), pendidikan adalah merupakan satu wardah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Selain itu, sistem pendidikan juga perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadi petunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut arus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi satu ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. Namun demikian, berdasarkan faktor-faktor yang akan dibincangkan nanti, kurikulum pendidikan di Malaysia sememangnya telah mengalami banyak perubahan atau transformasi; merangkumi perubahan kurikulum dari tempoh zaman penjajahan British, zaman selepas kemerdekaan Malaysia dan sehingga zaman teknologi kini. Perubahan yang berlaku bukan hanya dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan perubahan dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa, sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan murid-murid yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus, sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses perkembangan potensi individu daripada pelbagai sudut. Di samping itu, perubahan kurikulum yang berkesan juga mampu menghasilkan modal insan yang boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi yang lebih baik berasaskan 1

kreativiti dan inovasi. Elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu di terapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang lebih berdaya saing.

KONSEP PERUBAHAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat, perubahan ataupun transformasi bermaksud perubahan bentuk dari segi sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi kepada satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran kepada satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Justeru transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan. Terdapat juga pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa, perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) pula, mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada ianya dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia. Keadaan yang sedia wujud digelar sebagai status quo dan ia akan bertukar kepada bentuk situasi yang baru apabila berlaku suatu perubahan. Manakala, Mumtaz Begam dan rakan-rakan (2002) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran masyarakat. Perubahan ini mungkin berlaku daripada beberapa aspek seperti perubahan falsafah, arah haluan, gerak tuju dan sistem.

KONSEP KURIKULUM Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang diajar. Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran yang diajar menerusi 2

pelbagai mata pelajaran, pelbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan, pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian dan pelbagai cara penyusunan yang lain. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulum walaupun disusun dalam pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran (Beuchamp 1968 dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004). Selain itu, mengikut Hargreaves dalam Hansen et al. (2002) pula, kurikulum juga ditakrifkan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal. Pelajaran yang formal ini termasuklah;

kurikulum yang dirancang dan dihasratkan (matlamat dan rancangan yang ditetapkan oleh kementerian).

kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan).

kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang murid sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. (Martin & Kelly, 1998 dan Mayer et el., 2000; Kelly, 1999)

Manakala, pelajaran yang tidak formal pula merujuk kepada kurikulum terpendam iaitu pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila murid belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia (Hargreaves dalam Hansen et al., 2002). Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia pula mentakrifkan kurikulum sebagai suatu rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ianya merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum adalah sebagai satu usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang telah ditentukan (Inlow, 1976).

3

Abdullah. kurikulum juga ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. 1968 dalam Zaini B. 1986). (Kerr.Selain itu. Rancangan ini dibina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. Menurut Razali Arof (1991). KONSEP PERUBAHAN KURIKULUM Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Oleh itu. Di samping itu. maka proses pembaharuan kurikulum sudah tentulah tidak boleh dilaksanakan. terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai unsur kebudayaan. perubahan bermaksud pertukaran. istilah atau konsep pembaharuan kurikulum adalah lebih khusus dan memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada akan diberi elemen-elemen yang baru dan diperbaiki dengan keadaan kurikulum yang ada supaya kurikulum tersebut menjadi lebih berkesan. yang paling penting mestilah terlebih dahulu terdapat satu bentuk kurikulum. 1974). nilai-nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya (Burtonwood. perubahan kurikulum bermaksud kurikulum tersebut diubah kepada yang lebih baik ataupun boleh jadi lebih buruk lagi. Kurikulum ialah pilihan daripada pelbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat. Falsafah dan Kurikulum Pendidikan). kita tidak dapat menerima hakikat dalam sesebuah perubahan menunjukkan ianya membawa ke arah lebih buruk. Sekiranya kurikulum itu tidak ada. Bagi mengamalkan pembaharuan sebuah kurikulum. (Saylor & Alexander. Sekiranya. Kurikulum ialah rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperolehi pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. peralihan dan hal berubah. 4 .

Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. 5 . Sekolahsekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan.KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Terengganu dan Kedah. SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941) Pada zaman ini. Namun. Selepas itu. pada tahun 1858 hingga 1863. Pada tahun 1856. tingkah laku dan akhlak yang baik. kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama. tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolahsekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. pengetahuan dan juga sifat kerohanian. kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negerinegeri Selat.

Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah. mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. kopi dan gula di Tanah Melayu. Teachers and Pupils”. Pada tahun 1900. Selepas itu. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents. Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Mengarang. Pada awal kurun ke-20. Perkembangan Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815.Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan. hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class. Sehingga tahun 1938. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Ejaan. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan. 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh 6 . 511 buah sekolah estet. dua orang menteri dan pendidik dari negeri China. Menulis. Ilmu Hisab. di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. kelapa sawit. Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat.

kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Walau bagaimanapun. 7. semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan.Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1826. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India. sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina. sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. Pada tahun 1816. kurikulum asal telah diaplikasikan semula. 2. Pada awal kurun ke-20. 3. India. 4. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu. Perkembangan Sekolah Inggeris Pada peringkat awal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah 7 . Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira. Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris. Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut: 1. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu. Pada zaman ini. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. mendidik supaya berdisiplin. untuk semua bangsa. kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain. berkelakuan baik dan rajin. 8. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan. Pada tahun 1905 pula. kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun. 6. TEMPOH KEDUA (1946-1957) Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. 5.

dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang. Laporan Fenn-Wu 1951. Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969) Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959. Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. termasuk kurikulumnya. Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang. cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960. Sastera dan Sains. iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar. dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan 8 .Laporan Barnes 1951. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka. Ordinan Pelajaran. dalam rangka dasar palajaran yang wujud. ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara.

penekanan terhadap mata pelajaran Matematik. membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan. kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi. dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri.” (Sumber: Education In Malaysia. alam sekitar.masyarakat yang bersatupadu. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek. pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. jurusan perdagangan dipertingkatkan. perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat. Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Selain itu. Bagi peringkat sekolah menengah pula. sama ada kognitif ataupun afektif. Sains dan Bahasa. sistem baru bagi pelajaran vokasional. manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Pendidikan Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu. Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal. 9 . 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum. Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu. konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif. bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum. berdisiplin dan terlatih.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British. Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat. sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar. seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Pendidikan prasekolah. pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun.pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7). Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya 10 . pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendidikan Zaman Sekarang Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British. Ordinan Pelajaran. maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). pendidikan guru. Maka. Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951. aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. pendidikan peringkat tinggi. malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini. seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Pendidikan Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah.

menulis dan mengira. Semasa mengelolakan tujuan-tujuan kurikulum. sama ada dinyatakan secara khusus atau secara implisit dalam pemilihan dan susunan kandungannya. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk. iaitu membaca. kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali.untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. KRONOLOGI PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENGENALAN Setiap kurikulum mempunyai tujuan yang tertentu. i. Manakala yang kedua pula. iv. empat prinsip berikut seharusnya ditekankan. tujuan seharusnya boleh diubah kepada tujuan bagi setiap mata pelajaran atau aktiviti. tujuan perlu selaras dengan tujuan-tujuan pendidikan kebangsaan. tujuan am sesuatu kurikulum perlu dinyatakan. mengikut keperluan-keperluan 11 . Tujuan yang menekankan keperluan serta minat murid-murid akan mewujudkan organisasi yang memusatkan aktiviti. politik dan ekonomi masyarakat dan teknik-teknik asas bagi penyertaan dalam kehidupan bermasyarakat seperti perbincangan dan pemikiran kritikal dalam sistem demokrasi. Isi kurikulum sepatutnya mengandungi pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disusun mengikut dua keperluan asasi. iii. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat. konsep-konsep asasi tentang aspek sosial. malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang. tujuan khusus setiap mata pelajaran dan unit isi atau kandungan perlu jelas. Tujuannya adalah berasaskan konsep pendidikan yang ditentukan oleh pakar-pakar yang membentuk kurikulum itu. ii. Pertama. mengikut keperluan-keperluan masyarakat yang memerlukan murid-murid mempelajari kemahiran 3M.

iaitu Abdul Rahman Talib. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan termasuklah cadangan Bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu. pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu. sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata Pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih 12 . Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Tahap pertama merupakan tahap pelaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya.perkembangan dan pembelajaran murid-murid yang memerlukan isi atau kandungan itu disusun mengikut data psikologi dan pelajaran supaya ianya selaras dengan peringkat kebolehan mereka. Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (19711975). kebudayaan dan politik. Tahap Pertama (1963 -1965). sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial. Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya. telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sekolah umum telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu. Perkembangan sistem pendidikan negara pada ketika ini. Satu sukatan yang sama telah diwujudkan untuk semua sekolah. merupakan tahap pelaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya. KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) KLSR mula dilaksanakan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Tahap kedua pula. sekolah Cina dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Pada tahun 1960. Sejak itu.

Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1978. Sementara itu. mulai tahun 1967. menurut Laporan Rahman Talib. murid-murid dikehendaki 13 . Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. ASPEK PENGUJIAN DAN PENILAIAN KLSR Dalam aspek pengujian. meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Malaysian Certificate of Education (MCE). Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat-matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. SRP. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya.bersistematik dan selesa kepada para pelajar. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Ujian Diagnostik darjah Tiga. Justeru. peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE). semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Selain itu. sistem pendidikan pada tahap ini juga berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. kaum mahu pun agama. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Ujian Penilaian Darjah Lima. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969.

14 . Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ini membebankan dan membosankan murid. iii. telah mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH / KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Pelaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. ii. iv. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. i. Antaranya ialah. i. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam. KEKUATAN DAN KELEMAHAN KLSR Mengikut kajian terhadap KLSR yang telah dilaksanakan sejak merdeka. jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti berikut. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. ii. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks.menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka. sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.

Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Namun. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama. KBSR telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca . Bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu kerohanian. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi. Justeru. intelek dan sosial (JERIS). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) ditukarkan kepada nama baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. bukannya terletak pada guru agama sahaja. v. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam KBSR dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia. Cina. Bidang komunikasi pada asasnya. rohani. nilai dan sikap serta 15 . ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani. hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. menulis dan mengira.iii. aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah. iv. Di samping itu juga. bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi boring-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. emosi. Pada tahun 1993 pula. terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Melayu. murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.

penerapan nilai. kemahiran membaca. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula. jasmani. ianya meliputi aktiviti kelab. kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. mendisiplinkan diri. 16 . tahun 6. serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum. dan kemahiran menulis. rohani. persatuan. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tingkatan tiga. Justeru. akhlak. Daripada aspek penilaian pula. bakat. Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.rakan yang berlain agama dan budaya. ASPEK PENGUJIAN DAN PENILAIAN KBSR Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. emosi.komponen kemanusiaan dengan alam. nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. permainan serta unit beruniform. Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan. memahami budaya kaum lain. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen kesenian dan rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik. maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu mata pelajaran. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. bakat dan kebolehan. KEKUATAN DAN KELEMAHAN KBSR Kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian dalam 3M iaitu membaca. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal. KBSR juga telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi penglibatan murid. murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun dan ujian bulanan. bekerjasama dan bertolak ansur. tingkah-laku. menulis dan mengira. Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab. Program pemulihan dan pengayaan pula dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid berbeza dari segi pengalaman. Selain daripada itu.Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. mereka boleh berinteraksi sesama sendiri. Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Dari segi perkembangan sahsiah. mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid. berbincang dan mengeluarkan pendapat . taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. 17 . Budaya membaca juga memuaskan. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa. kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan murid yang lebih berminat dalam pembelajaran. amalan kecenderungan.

akan beriringan dengan KBSR. Bahasa Inggeris. adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu membaca adalah lebih ramai berbanding ketika sistem KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 18 . kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Secara tidak langsung. berdaya saing. 2011. satu kurikulum baru mula diperkenalkan di semua sekolah di Malaysia bermula pada tahun ini. ia telah mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan. Ini kerana.Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia. pelaksanaannya yang bermula untuk murid-murid Tahun 1 pada tahun 2011. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui KSSR. Kurikulum ini dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia di mana. berketrampilan. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) KSSR. Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. iaitu antara ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan dalam KBSR. Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. berkemahiran dan mempunyai jati diri. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan. bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan. KSSR tidak akan menggantikan KBSR tetapi. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. kebanyakan proses yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan murid untuk peperiksaan. kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul yang menggantikan buku teks.

Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. kemahiran dan nilai. Memastikan semua murid dapat melepasi standard yang ditetapkan. Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). iii. Pemilihan standard yang berlainan pada setiap mata pelajaran adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti yang berikut. Pembahagian ini adalah seperti berikut. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Di samping itu. Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. KSSR membahagikan setiap mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras. i. KSSR adalah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran pada setiap mata pelajaran iaitu. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. ii. kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. 19 . iv. Penetapan ilmu. v.

B. guru juga memainkan peranan yang amat penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. menulis. Cina (SK). Dunia Seni Visual. kemahiran asas ICT. Tamil. akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M. Jasmani. perkembangan sosioemosi. Moral. Agama Islam / Pend. perkembangan sosioemosi. Pend. Selain itu. mempunyai ciri dan sikap keusahawanan. B. Dunia Sains dan Teknologi. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada telah ditambah nilai dengan memperkenalkan elemen-elemen seperti. Kesihatan dan Matematik. kerohanian. B. sikap dan nilai. tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M iaitu. Arab Teras Tema Elektif Di samping itu. fizikal. kognitif. keusahawanan. fizikal. serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). kritis dan inovatif. Keseluruhannya. Malaysia. Pend. 20 . ibu bapa dan pihak-pihak yang berkepentingan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan di Malaysia. pengenalan pelaksanaan KSSR dalam sistem kurikulum pendidikan di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. dan teknologi maklumat dan komunikasi. serta dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. mengira dan menaakul. B. kreativiti dan inovatif. Namun demikian. KSSR juga memperkenalkan Elemen Nilai Tambah yang bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif. B.Modul Asas Mata pelajaran / subjek B. Tamil (SK). membaca. kerohanian. Dunia Muzik. Pend. Selain itu. pengurus kurikulum. Sementara bagi tahap dua sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6) pula. Inggeris. kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar. B. sikap dan nilai. Cina.

peratus. pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar pelajar-pelajar melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat. nombor bulat dan opeasi. Piaget dan Dewey. PENDIDIKAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Bagi Gabay (1991). jarang diberi penekanan oleh guru. Menurut Judd. dan graf. ia melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian masalah. ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami. pecahan dan operasi. matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. pembelajaran adalah komponen utama dari aktiviti timbal-balas. heuristik dan stratetgi belajar (Wittrock. Wittrock menjelaskan pembelajaran melibatkan interaksi di antara pengetahuan pelajar dan ingatan dan maklumat yang hendak dipelajari. ruang. Pengajaran pula adalah proses yang mendorong pelajar-pelajar membina interaksi ini. perpuluhan dan operasi. wang. 21 . Di kalangan murid. sebab hasil yang jelas dikehendaki ialah meningkatkan pengalaman pelajar. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. purata. tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Mengajar pula mencipta syarat atau suasana yang memudahkan pembelajaran. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukatan. ukuran dan sukaran. Sukatan matematik KBSR meliputi kemahiran.PENDIDIKAN MATEMATIK DALAM KBSR PENGENALAN Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pengalaman. 1991).

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR pula cuba memenuhi objektif di atas. Murid perlu dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem sebelum diperkenalkan kepada simbol dan algoritma yang merupakan perwakilan secara abstrak. mengurangkan jarak sosial. 1991) tingkahlaku di sini termasuk menyusun persekitaran fizikal untuk bersemuka. simulasi. perbincangan. 1991). Dalam hal ini Dewey memberi pandangannya. 1993). Terdapat kaedah yang bersesuaian untuk dipertimbangkan dalam pengajaran pemusatan murid misalnya kaedah kumpulan. latihan. Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang. salah satunya (yang pertama). dialog pada ‘eye-level’ yang sama di antara guru dengan murid. kemahiran menggunakan bahasa dan menyelesaikan masalah. dalam Withall. Terdapat 6 perkara yang perlu dipertimbangkan. Konsep pendidikan pemusatan-murid/pelajar berasal dari terapi ‘client-centred’ (Rogers 1965. Pendekatan pertama ini jelas menekankan kepada pemusatan murid dan juga mungkin berasaskan fahaman binaan (konstruktisime). Pendekatan lain termasuk. yang merangkumi kemahiran asas. dan penerapan nilai murni. Semua kaedah-kaedah ini hanya dapat digunakan dengan baik jika guru sedar tentang peranannya dan peranan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. penyelesaian masalah.Terdapat 7 Objektif yang telah disenaraikan. PENGAJARAN PEMUSATAN MURID. 1991). penggunaan bahasa. bahawa “educators 22 . Rogers menjelaskan lagi bahawa dalam hal ini pendidik mesti sedar dan mengambil berat tentang keperluan afektif pelajar sebagaimana dengan kognitifnya. bermain. inkuiri-penemuan. main peranan dan sumbangsaran. dan murid dengan murid. Dalam situasi pendidikan. penyelesaian masalah. pengajar menggunakan pelbagai ragam tingkahlaku untuk mengurus suasana pembelajaran (Withall. Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasikan mereka pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa lebih pengalaman-pengalaman dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall. penyoalan.

walau bagaimanapun terdapat sarjana lain seperti Dewey yang secara tidak langsung telah mengutarakan fahaman yang hampir sama (lihat kenyataan beliau sebelum ini di atas) apabila dia menjelaskan.have to cultivate the ability to put themselves into the learners’ shoes. Guru bersifat demokratik. Aktiviti kumpulan digalakkan. keadah perbincangan digalakkan. employ to serve their interests and need”. f. Interaksi guru dan murid secara dua hala. Mengikut Mok Soon Sang (1993) terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh menjadi panduan. di sini penulis hanya menyenaraikan sebahagian ciri-cirinya yang dirasakan oleh penulis cukup berkait rapat dengan fahaman konstruktif. 1991) telah mengemukakan model tindakan 23 . supaya mereka dapat mangamalkan model ini dengan lebih berkesan. Interaksi ini mengakibatkan murid berfikir. P&P lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid. murid memainkan peranan penting. d. g. e. c. Di bawah strategi ini murid-murid akan menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Galperin (1957. Dalam aktiviti P&P. guru merupakan pemimpin dan membimbing aktiviti. 1969. FAHAMAN KONSTRUKTIF Fahaman konstruktif dikatakan bermula daripada usaha Jean Piaget. dalam Wittrock. with the aid of educator. Ya Galperin dalam tahun 1950an di USSR yang dikenali sebagai “Theory of Stage-by-Stage Development of Mental Actions” (Gabay. murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami dan berupaya membuat kesimpulan. b. “Skills are not acquired by drill and rote memorization but by activities that the learners. pembelajaran muncul daripada pelajar memproses dari pengalaman terus mereka (Withall. 1991) dan. 1991). Ciri-ciri tersebut ialah: a. Guru-guru harus tahu ciri-ciri pengajaran pemusatan murid. and take the phenomenological view (Withall. Selain itu satu teori telah dibina oleh professor P. 1991) yang mana analisis teoritikal ini berdasarkan kepada “actions” / tindakan sebagai unit utama aktiviti manusia. Interaksi antara murid adalah banyak.

bagi penulis mempunyai kaitan dengan fahaman konstruktif.subjek memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih baik dari tindakan atau proses pemikirannya sendiri. Strukturalisma Piaget terlibat dalam kepercayaan bahawa dalam mengorganisasi diri sendiri. Ini jelas bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna (KPM. iaitu epistemologi. dan telah disesuaikan oleh proses assimilasi dan akommodasi dalam cara untuk melengkapkan dengan dunia pengalaman organisma manusia. iaitu pada semua peringkat subjek membina “theories” (dengan tindakan atau pemikiran) untuk memberi makna terhadap pengalamannya. Piaget juga menyatakan “that activity means internal manipulations of objects. Kini banyak sarjana merujuk fahaman konstruktif kepada 2 aliran. Dua contoh yang diutarakan di atas. rather than from these objects themselves” (Wittrock. Pengajaran dalam model ini melibatkan kawalan menyeluruh terhadap tindakan pelajar atau aktivitinya. perubahan dalam hubunan di antara subjek dan objek akan menuju ke arah yang lebih baik walau pun tidak sempurna . mengembangkan hasilnya dengan baik dan menghuraikan konstruktivis epistemologi kepada dua prinsip: 24 . 1995). Menurut Ernest (1991) terdapat 3 komponen konstruktivisme Piaget. Ernest von Glasersfeld dianggap oleh Ernest (1991) telah melanjutkan asas kerja Piaget dengan signifikan. teori-teori personal adalah dibina sebagai konsep ‘constellations’. tetapi pertama dan yang lebih utama melalui tindakan kita (Sinclair. Ini bermaksud ilmu pengetahun baru dibina daripada perubahan atau tranformasi subjek diperkenalkan kepda hubungan/interaksi di antara yang mengetahui dan yang diketahui (knowerknown relationship).mental dalam pengajaran. kepintaran manusia semestinya membina ciri-ciri set struktur ‘logico-mathematical’. Dalam epistemologi. 1987). Metodologi Piaget pula tertumpu kepada penggunaan temubual klinikal yang mana Ernest menyatakan ianya memberi sumbangan yang penting kepada kaedah kajian dalam psikologi pendidikan matematik. 1991). and that meanings come from the actions the child performs on these objects. iaitu konstruktivisme Piaget dan konstruktivisme Glasersfeld. pandangan strukturalis dan metodologi kajian. Sinclair menjelaskan salah satu maksud tulisan von Glasersfeld. Pandangan asas ahli konstruktif ialah. Menurut Piaget cara yang penting untuk mengetahui ‘dunia nyata’ bukanlah secara terus melalui deria kita.

guru berperanan sebagai pengurus. dan bahawa tiada sesiapa yang memberi tahu kita sebarang hal mengenai ‘dunia itu’. 1994) dan konsepsi asas guru terhadap matematik sangat berkait rapat dengan tingkah laku mengajar (Jurdak. Ini jelas menunjukkan mengapa ia dikatakan ‘radical’. murid diterima sebagai individu yang penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Maka perspektif guru terhadap proses ini dan juga terhadap matematik akan mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran murid-murid (Jaworski. Model ini dikatakan telah merangsang perkembangan dalam pengajaran. Prinsip B: Prinsip konstruktivisme ‘radical’ : fungsi kognisi adalah untuk menyesuai dan memberi khidmat mengorganisasi dunia pengalaman. Tindakan di sini bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa belajar (membina konsep atau pengetahuan) dengan menggunakan bahan (walaupun kadang-kadang boleh dikatakan 25 . Prinsip A: Prinsip konstruktivisme ‘trivial’ : pengetahuan bukannya diterima secara pasif tetapi dibina secara aktif oleh pihak yang berlajar II. 1991). Untuk memenuhi hasrat KBSR adalah jelas guru-guru harus menjuruskan pandangan dan pengertiannya selari dengan kehendah KBSR. dikatakan bahawa semua pengetahuan adalah dibina.I. berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. sebarang pengetahuan baru telah dibina secara aktif dari ‘pre-existing’ objek mental dalam minda pelajar dan ia dibina secara unik dengan ‘gaya’ tersendiri. guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah. bukannya penemuan realiti ontologi. Dari sudut konstruktivisme. Untuk itu kita akan cuba membincangkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam dua skop. Penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang untuk membina pengetahuan dan kemahiran (KPM. 1995). Prinsip B. ini akan membantunya memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. guru dan murid-murid. Dalam Prinsip A. Dari itu setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan dua pihak utama. Dalam hal ini guru dikatakan menguasai proses tersebut. iaitu “tindakan dan interaksi”. Apa yang jelas KBSR sememangnya menekankan pengajaran pemusatan murid dan cuba mengamalkan fahaman konstruktif.

1995): • • • • • • • • • • • • • • • Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Seseorang guru dikatakan telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya perkara-perakara tersebut berlaku (KPM. Tetapi ianya telah diubah suai versi pengajaran tersebut untuk disesuaikan dengan tujuan artikel ini kerana dalam proses yang sebenar terdapat beberapa kekurangan yang telah dilakukan oleh guru pelatih. Guru mementingkan kemahiran berfikir. Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Berdasarkan kepada fahaman konstruktif. Guru prihatin terhadap keperluan. Interaksi pula bermaksud interaksi murid secara ‘verbal’ atau tulisan dengan guru dan sesama murid (yang mana dalam proses ini murid akan membina pengetahuan/konsep). kebolehan dan minat murid Murid bekerja dalam kumpulan. Contoh 1: Contoh ini merupakan satu idea yang diambil dari proses pengajaran sebenar yang telah dilakukan oleh guru praktikum I bimbingan rakan saya. Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan murid mencari jawapan Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid. Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’. di bawah saya akan cuba memberi dua contoh pengajaran yang dirasakan bersesuaian dengan konteks di atas. Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. Bagi maksud di atas seseorang guru jika menggunakan pegajaran pemusatan murid akan dengan mudah mengaplikasi fahaman konstruktif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah.sebagai interaksi murid dengan bahan). 26 .

Bahan yang diberi 12 jalur bersenggat dan 12 jalur nor 5. 10.Pengajaan untuk Tahun 3.. Tajuk: Masa Masa pengajaran 50 minit. Guru bertanya setiap kumpulan berapa jumlahnya (jumlah 12). dan iulang dengan kad no.. Bentuknya seperti di bawah: Setelah murid-murid balik ke tempat masing-masing. 10 hingga 60. Aktiviti Guru memulakan dengan berinteraksi dengan murid: Guru menunjukkan Kad imbasan. murid dapat membaca jam dalam kiraan jam dan minit. Guru mengkaitkan sifir lima dengan isi pelajaran. [objek matematik (O) yang dialami oleh P] Catatan Walaupun permulaan tidak begitu baik. 15 . 27 . murid diminta menyebutnya. no. Murid mengira. Bahan yang diberi berupa model jam manilakad dan berserta dua bahan lain. Guru meminta murid mengira dua bahan berjalur. 5. Kemahiran yang hendak dipupuk. no.. 60 Guru memanggil ketua kumpulan ke depan untuk mengambil bahan. kad no.

Setelah siap guru menyuruh setiap kumpulan tunjukkan hasilnya. Murid membuat bandingan. 10. Murid aktif. 60. ... Selepas itu guru menunjukkan bentuk yang sepatutnya terjadi dipapan hitam.. Semasa aktiviti guru bergerak dari 1 kumpulan ke 1 kumpulan dan memberi bantuan kepada kumpulan yang bermasalah. Berlaku operasi membuat urutan. [pelajar yang aktif (P)] 28 . bersamasama menyusun jalur tersebut. Aktiviti yang sama dilakukan untuk menampalkan jalur yang bernombor 5.Kemudian guru menyuruh setiap kumpulan menyusun (lekatkan) jalur yang bersenggat ditepi jam yang diberi. Murid menjalankan aktiviti.

saya suruh pasang sahaja”. Di sini bermula interaksi guru-murid dan proses ‘negotiation’. Soalan murid ini satu respon yang baik. [Tambahan. murid menjawab “jarum panjang”. ada yang jawab. [aktiviti khusus yang dilakukan oleh P] Semasa aktiviti memasang jarum panjang ada murid yang tanya.Selepas itu guru mengedarkan model jarum panjang. “menunjukkan waktu”. murid berpandang sesama sendiri. Interaksi guru-murid: Murid melakukan aktiviti seolah-oleh mereka sedang membuat sebuah jam. “Siapa yang tahu”. Guru melayan semua jawapan murid. Setelah semua kumpulan dapat guru bertanya. “hendak pasang pukul berapa”. 29 . Dan tidak menyalahkan. Guru bagi respon. guru tanya lagi “mana awak tahu itu jarum panjang”. “saya tidak suruh pukul berapa. menunjukkan minit. menunjukkan masa. ada yang jawab “sebab panjang”. Murid beri respon. Guru memberi ‘sokongan’. guru menyuruh pasang jarum panjang pada jam. Guru membiar untuk murid melakukan sendiri supaya murid berinteraksi dan berbincang dengan ahli dan menentukan keputusan mereka. Bentuk seperti berikut. “Apakah guna jarum panjag?”. Selepas semua kumpulan siap guru bertanya. menunjukkan saat. “Apa benda yang saya bagi”.

Objek matematik (O) yang dialami oleh P 3. 4. dan seterusnya beberapa soal-jawab yang seterusnya membawa murid dapat menyatakan bahawa jarum panjang digunakan untuk menunjukkan minit. yang bufkan merupakan sebahagian daripada pengalaman P yang serta-merta tentang O. Guru mengarah murid. . Pelajar yang aktif (P. Menurut von Glasersfeld (1983. pentafsir) 2. Aktiviti hampir serupa. Di sini proses seterusnya aktiviti murid di arah putarkan jarum panjang ke angka 3 (iaitu menunjuk-kan 15 minit) dan ke angka minit yang lain. dalam Hasnul Hadi. Tiada respon. Hasil aktiviti khusus.dan mencatitkan jawapan mereka dipapan hitam] Guru seterusnya bertanya “mana satu yang betul”. 1993). “tunjukkan jarus jam pada angka 12”. tetapi berkaitan dengan O melalui beberapa saling hubungan yang diketahui oleh P. Aktiviti khusus (dalam memberi makna atau mentafsir) yang dilakukan oleh P. [dalam proses ini diharapkan murid berunding sesama mereka untuk menentukan jawapan] Proses seterusnya ialah aktiviti untuk jarum pendek. Guru bertanya lagi “boleh tak dia menunjukkan masa”. [mungkin ini kerana pertama kali diselia. pertama kali mengajar dan baru 2 mingu di sekolah] [Hasil aktiviti khusus] Mengwujudkan pertentangan idea awal murid dengan aktiviti ini. sebarang aktiviti memberi makna atau mentafsir pengalaman matematik harus melibatkan empat unsur seperti berikut: 1. Sesi soal-jawab seterusnya. murid diajukan “jarum panjang menunjukkan berapa minit”. 30 Proses ini guru pelatih tidak dapat melakukan proses negatiation dan memantapkan yang jarum panjang untuk minit dengan baik.

Proses maklum balas “apa guna jarum panjang”. Contoh 2: Contoh ini juga merupakan satu idea yang diambil dari proses pengajaran sebenar yang telah dilakukan oleh guru pelatih praktikum I 1996 (baru 2 minggu ke sekolah) bimbingan penulis. jarum panjang dan jarum pendek). murid dapat membezakan pecahan termudah dengan bukan pecahan termudah. tetapi melalui proses mereka melakukan aktiviti. Permulaan pelajaran set induksi. jawapan untuk kumpulannya). Dalam proses ini murid terpaksa bersama-sama memasang dan berinteraksi sesama mereka untuk menentukan bahagian-bahagian yang hendak diletak. Bahan tersebut ialah arahan dan kertas manila-kad seperti di bawah: 31 . jarum panjang digunakan untuk menunjukkan minit.Dari contoh di atas apa yang hendak diutarakan ialah ada proses murid berinteraksi dengan bahan. Tajuk: Pecahan Masa pengajaran 50 minit. aktiviti soal jawab (interaksi guru-murid) dan juga interaksi murid dan murid (iaitu mereka terpaksa menentukan apa yang sepatutnya. Di samping itu murid tidak rasa tertekan atau dipaksa untuk mengetahui sesuatu. tapi guru pelatih yang lain. didapati wujudnya silap konsep pada diri murid-murid tertentu. tetapi mereka memperolehi sesuatu itu melalui proses mereka berinteraksi dengan bahan. Selepas itu: Guru memanggil ketua kumpulan ke dapan untuk mengambil bahan manipulatif. membina sebuah jam (memasang senggat minit. rakan dan guru. Pengajaan untuk Tahun 4. Pengubah suaian versi pengajaran tersebut juga dilakukan kerana dalam proses yang sebenar terdapat beberapa kekurangan yang telah dilakukan oleh guru pelatih. Di sini guru tidak menggunakan jalan mudah dengan menyatakan. Kemahiran yang hendak dipupuk. Silap konsep ini tidak diperbetul secara terus.

semua nilai dan kawasan yang dilorek adalah sama. Seterusnya guru memaparkan kenyataan bertulis atas manila-kad di papan hitam. 4/8. nilai makin menurun. Perbincangan seterusnya ialah. dan mendapati bahawa semua nilai penyebut dan pengangka telah dibahagikan dengan dua dan seterusnya [refleksi]. Nilai yang diperolehi disuruh bandingkan dan murid diminta membuat kesimpulan berdasarkan bahan manipulatif dan nilai yang direkodkan [pengalaman aktif]. Kesimpulan yang diperolehi. bagaimana nilai 8/16 boleh menjadi 4/8 dan seterusnya menjadi 1/2. Murid mula menghubungkaitkan dengan paparan di depan dan contoh pecahan termudah degan aktiviti yang baru dilakukan dan kesimpulan yang dibuat [refleksi]. kawasan yang berlorek adalah sama dan begitu juga nilai yang direkodkan. Pertanyaan. Dari jawapan yang diperolehi guru berunding dengan murid apa sepatutnya kesimpulan yang wajar.Dalam arahan tersebut murid-murid dikehendaki melorek dan melipat dan merekod nilai pecahan kawasan yang dilorek bagi setiap helaian. Murid-murid berbincang. 9/11 Murid ditanya apa yang dimaksudkan dengan pecahan termudah. 32 . yang kedua-duanya tidak dapat dibahagikan lagi dengan apa-apa nombor dan dapat memberi contoh yang lain [abstraksi]. Walaupun sukar untuk menjawabnya. Jawapannya. Aktiviti selanjutnya adalah aktiviti murid membezakan pecahan-pecahan termudah dan bukan pecahan termudah (ini aktiviti KBKK) . Untuk selanjutnya guru memaparkan kenyataan ‘bukan pecahan termudah’ dan aktiviti seterusnya adalah refleksi dari aktiviti awal. Tidak. Pecahan Termudah: 1/2. 2/4 dan 1/2]. Ulangan perbincangan antara murid akan menghasilkan. [murid sepatutnya mendapat nilai 8/16. adakah 1/2 boleh dikecilkan atau dimudahkan lagi?. nilai makin kecil. 3/4 2/5. Akhirnya murid dapat menyimpulkan bahawa pecahan termudah ialah penyebut dan pengangka. tetapi dengan beberapa proses interaksi guru-murid dan murid-murid.

1991). Akhirnya pengalaman aktif ini berserta dengan proses ‘rundingan’ atau perbincangan akan membina semula atau membaik pulih skema matematik murid. berbincang dan membuat kesimpulan (proses ini melibatkan unsur-unsur kemahiran berfikir KBKK).Contoh di atas. fakta atau tatacara yang diwakili oleh tindakan ke dalam bentuk matematik. 33 . dalam Hasnul Hadi. Akhirnya mereka sendiri membuat kesimpulan apa itu pecahan termudah. Selain itu guru juga perlu dapat menyediakan bahan-bahan manipulatif yang dapat memberi kesan terhadap murid semasa mereka berinteraksi dengan bahan. Mengwujudkan suasana tersebut merupakan tugas yang mencabar bagi guru-guru. REFLEKSI Dari penerangan dan contoh di atas guru memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.skema dibina oleh pelajar melalui proses refleksi dan pengabstrakan dalam konteks menyelesaikan masalah matematik. Abstraksi pula ialah mengungkap konsep. Apa yang jelas pendekatan di atas (pemusatan-murid dengan konstruktif) memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR. Refleksi ialah proses mental memantau operasi-operasi yang berlaku di dalamnya ketika melaksanakan tindakan. 1991). dan mengkritik ‘pemikiran’/idea kawan lain mencipta suasana dalam mana mereka boleh membina makna matematik untuk diri mereka (Wood. iaitu proses mereka melorek. Bagi Nik Azis (1986. Aktiviti murid dengan bahan hendaklah dirancang dengan teliti supaya ianya menjadi satu pengalaman aktif. refleksi dan abstraksi. membanding. tetapi melalui manipulatif bahan. merekod. Di sini murid telah membina pengetahuan mereka melalui proses pengalaman aktif. Iaitu murid bukan sahaja berinteraksi dengan bahan tetapi mereka berfikir semasa melakukan manipulatif bahan. Guru yang dapat mengadakan bilik darjah yang menyediakan peluang-peluang supaya murid-murid dapat berkomunikasi ‘pemikiran’ sesama mereka. 1993) skema. 1993) menjelaskan pengalaman aktif diperolehi oleh murid dengan melakukan tindakan di dalam sesuatu aktiviti. Nik Azis Nik Pa (dalam Ibrahim Md.Noh. menunjukkan guru tidak terus memberitahu murid-murid apa pecahan termudah (kebiasaannya guru terus menerangkan maksud pecahan termudah bereserta contohnya dan murid hanya menerima sahaja). Di samping itu idea-idea kawan mereka akan disepadukan ke dalam skema mereka sendiri (Maher & Martine.

34 . Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan.KESIMPULAN Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka. kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Namun. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama. bangsa dan negara. tersembunyi beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya. namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. di sebalik usaha-usaha murni tersebut.

scribd. http://kulanzsalleh. 2002.ictk-jpnns.BIBLIOGRAFI Razali Arof. Kuala Lumpur.blogspot.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-Pendidikan-Di-Malaysia www.com/2007/09/beberapa-pengertian-kurikulum.net/data/kssr/KSSR. Aini Hayati Mohamed.com/kbsr. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (2001).htm 35 .tripod. Noresah.html www.doc skdarau.moe. 1991.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/ http://www. Selangor.my/bpk/kssr_docs/mula. Kamus Dewan Edisi Ketiga.gov. Pengurusan Perubahan. Dewan bahasa dan pustaka. Percetakan Bahasa dan Pustaka. Pengantar Kurikulum.htm http://destalyana.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->