You are on page 1of 18

Seni tenunan

Batik

Kesenian pada tekstil

Seni tekat

Seni anyaman

SEJARAH
suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. pengaruh pedagang disebabkan faktor geografi, tempat persinggahan kapal yang strategik. pedagang-pedagang dari Tanah Arab, India dan China Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis kenalkan barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun.

Kain Cindai Berasal-Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawa oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu. sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar. 2 jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina. Perbezaan- dikenali pada corak atau bunga dan pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan- ada bunga yang kasar dan garang. cindai betina- bunga yang halus dan lembut.

Kain Limar Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah -para penenun istana cipta kain yang serupa kain cindai dan kain songket. kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua digunakan. ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Perbezaan-sebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan cara mengikat benang berkelompok pada alat aning. merupakan pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

Tenunan Pahang

Tenunan Rungus

Berasal- Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tokoh -Tuk Tuan atau Keraing Aji berketurunan Bugis ,menetap di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. alat yang digunakan-dikenali sebagai kei siam. Guna-benang sutera dan benang kapas. Motif-petak-petak & jalur tegak atau melintang.

Diusahakan-kaum Rungus,daerah Kudat, Sabah. Guna-benang kapas. Alat -dipanggil kek sandang belakang untuk menenun kain (babaal)dalam bahasa Rungus. Warna tradisi-hitam, merah, kuning dan putih. Motif-berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

Tenunan bercorak

Tenunan benang kapas

corak Muar terkenal menggunakan warna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna sering guna- kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. segi penciptaan- bentuk sederhana -terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.

Diperbuat - kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. penghasilan tenunan biasa atau tenunan becorak - wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang.

SONGKET
hasil daripada tenunan benang sutera/kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas/perak.

Berasal-perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit


Corak/ragam hias dikenali dengan nama-tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam & sebagainya Masa-6 minggu- kain yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Motif-alam semulajadi. Corak-susunan bunga penuh,bertabur dan juga bercorak.

KEGUNAAN
Dahulu-membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. zaman moden-songket digunakan untuk pakaian pengantin,perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata

PROSES
Secara ringkasnya proses : 1. menggunakan teknik menyungkit- gunalidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. 2. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang ini digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

SENI TEKAT
dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu & disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannnya -waktu yang lama -hasilnya yang dekoratif ,indah & penjagaan yang rapi. Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk terbahagi 2 -2 dimensi & 3 dimensi. 2dimensi-tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). 3dimensi-tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji.
KEGUNAAN : istiadat dan upacara tertentu kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya

PROSES
MEMPULUR -Bahan asas ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu dan bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam). Terbentuk sulaman timbul. 1. membentuk empulur-motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat,tindih (6-8helai), lalu dipotong & diasingkan. Lebar setiap batang mempulur -kertas 0.5 cm dan 0.25 cm. 2. Mempulur daripada kertas -bentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Daripada mempulur rotan sega- bentuk corak banji/corak kisikisi & corak dangai/catur. 3. Kain baldu ditegangkan pada pemidang kayu,disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Lalu jadi tegang. 4. Benang emas akan ditindih ,diikat,jahit oleh benang putih dengan jarum mata yang sederhana. 5. Disusun rapat-rapat dan seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman

Anyaman Pandan dan Mengkuang


mengkuang digunakan untuk menganyam benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan pandan. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya.

PROSES BAHAN
diwarnakan ditetak

Dilipat ,diikat, direndam

dipangkas

Melurut

dilayur / dijemur

dititik/dipukul Dikumpul & diikat

duri dibuang & dibelah

P R O S E S A N Y A M A N

1. Bergantung pada jenis benda & corak hiasan. 2. Corak umumnya disebut kelarai & motif berunsurkan alam semulajadi 3. Tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. 4. Ia disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh)/disusun di dalam ruang tertentu. 5. Bilah berwarna yang dianyam tindihmenindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

SEJARAH BATIK
Dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap. Diperkenalkan dari negeri Kelantan sejak tahun 1910 . Berasal-Indonesia & terbit dari perkataan Jawa 'tik' bermaksud menitik/menulis titik-titik. Ambatik bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu motif organik dan motif geometrik. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Digunakan-majlis-majlis formal dan majlis keramaian & sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen dan lain-lain.

PROSES
Alatan-blok penerap, campuran lilin, kain, pencelup dan juga sebuah meja. Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik.

Diterap dengan lilin pertama, & akan dicelup dengan warna yang gelap.

Diterap dengan lilin kedua, & akan dicelup dengan warna yang gelap

Kain akan direbus dalam air yang mengandungi soda.

digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan

dijemur hingga kering

JENIS-JENIS KAIN BATIK


menggunakan blok corak - kayu atau logam. Blok dicelupkan ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain. Batik Blok dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Alat canting-melakar corak dengan lilin panas di atas kain putih. proses mewarna mengikut corak-berus cat bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal-bahagian berwarna putih sebagai benteng.

Batik Conteng

kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang Batik Skrin berpengidang. dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji.

You might also like