You are on page 1of 15

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

PENGENALAN Kami memilih jenama ASUS dan HP kerana kedua-dua jenama ini merupakan pesaing yang paling hampir dalam pengeluar komputer riba. Selain itu, kedua-dua jenama ini merupakan jenama yang menjadi pilihan ramai pelanggan di seluruh dunia ekoran fungsi komputer riba mereka hampir sama. Tambahan lagi, tujuan kami memilih jenama ini kerana kami ingin

mengkaji perlakuan pelanggan yang mendorong merekan untuk memilih produk dari jenama ini. Seterusnya kami ingin mengkaji objektif yang telah ditetapkan oleh kedua-dua jenama ini dalam mempromosikan produk baru dari kilang mereka. Kami ingin mengkaji kandungan meseg yang ingin disampaikan oleh jenama ini dalam mempromosikan produk mereka.

OBJEKTIF PENGIKLANAN

Dalam objektif pengiklanan menerangkan objektif sesuatu iklan itu untuk dipromosikan atau diperkenalkan kepada pelanggan atau pembaca terhadap sesuatu produk itu. Setiap organisasi mempunyai identiti tersendiri dalam mempersembahkan produk-produk mereka supaya produk mereka itu lebih nampak menarik dengan penampilan yang ingin ditunjukkan kepada orang ramai dengan tambahan produk-produk baru yang akan lain dari produk dari organisasi lain. Oleh itu, terdapat empat objektif pengiklanan iaitu Beritahu, Mengingat, Memujuk dan Membuat perbandingan.

Tapi antara iklan yang terdapat pada iklan laptop ASUS Eee PC X 101 H dan HP Pavilion g series banyak menggunakan objektif pengiklanan beritahu.
1

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

MEMBERITAHU Memberitahu adalah antara objektif pengiklanan yang menerangkan mengenai produk itu sampai kepada pelanggan dengan kaedah memberitahu. Dengan cara inilah pihak organisasi mendapat menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan memberitahu pelbagai kelebihan yang ada pada produk yang diiklankan. Sebagai contoh objektif iklan beritahu ialah memberitahu ciri-ciri yang ada pada produk iklan tersebut.

ASUS Eee PC X 101 H Berdasarkan iklan laptop ini menerangkan objektif pengiklanan dengan memberitahu bahawa laptop ini menawarkan ciri-ciri unik yang mempunyai pelbagai warna yang berwarna-warni seperti hitam, putih, merah dan silver. Ini menunjukkan bahawa iklan ini telah menerangkan objektif iklan itu sendiri dengan memberitahu info mengenai laptop ini kepada pelanggan. Selain itu, iklan ini juga memberitahu mengenai laptop ini adalah ringan. Ini jelas menunjukkan iklan ini ingin memberitahu objektifnya dengan

menawarkan ciri-ciri unik dan eksklusif. Iklan ini juga menerangkan mengenai kemudahan yang ada dengan pelbagai rekabentuknya yang unik iaitu inspirasi bentuk sayap. Setiap iklan mempunyai kelainan yang ingin ditonjolkan kepada pengguna berbanding produk yang sedia ada. Laptop ini turut memberitahu cirinya yang nipis serta ringan yang bersaiz <22mm. Objektifnya ingin memudahkan pengguna membawa dimana sahaja untuk penggunaannya.

Tambahan lagi, iklan ini cuba menyampaikan kepada pengguna bahawa laptop ini menyediakan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang dapat diakses dengan mudah dan tangkas. Dengan pembelian laptop Eee PC X 101 H ini turut disertakan Meego. MeeGo OS adalah satu perkhidmatan dan penggunaan untuk memudahkan netbook dan penggunaanya. Antaranya ialah ASUS For Meego, ASUS Appstore, Instant Messaging dan British Council English Language Learning.

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

Iklan laptop ASUS ini turut memberitahu temanya iaitu di hujung jari anda. Ini jelas menerangkan cara atau promosikan produk kepada orang ramai melalui iklan untuk menarik pengguna untuk membelinya barangan mereka. Setiap iklan akan menerangkan setiap keunikan, perbezaan dengan produk yang lain.

HP Pavilion g series

Dalam iklan laptop HP ini pula berbeza dengan iklan laptop ASUS di atas. Setiap iklan mempunyai cara dan ciri yang berlainan untuk menunjukkan kelainan di setiap produk baru yang dikeluarkan itu. Dengan iklan laptop ini memberitahu para pembaca atau pengguna mengenai kemudahan yang disediakan pada produk laptopnya. Antara yang diiklankan memberitahu dengan pembelian laptop ini, pengguna atau pembeli dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai kemudahan seperti pengguna dapat akses laman sesawang dengan pantas. Oleh itu, pengguna mudah mengemas kini status, dapat membalas berates-ratus emel serentak dan dapat berkongsi pendapat di dalam laman sosial seperti Twitter. Selain itu juga, iklan laptop HP ini memberitahu pengguna dapat menonton semua jenis video dan dapat memudahkan pengguna melakukan kerja iaitu mudah untuk menyusun, mengedit dan berkongsi gambar. Ianya sangat bersesuaian dengan citarasa pengguna di zaman ini. Ini menunjukkan iklan ini beritahu kepada pembaca atau pengguna tidak akan ketinggalan dengan penggunaan produk ini kerana ianya mengikuti peredaran zaman terkini yang sesuai. Produk ini memprkenalkan bahawa kehidupan pengguna akan berubah dan memberitahu HP merupakan pasport ke dunia baru serta organisasi ini ada segala-galanya untuk memenuhi kehendak computer riba serta minat penggunanya.

Ini jelas menyatakan objektif pengiklanan bukan sahaja saluran komunikasi terhadap produk yang disampaikan malah menawarkan suatu produk yang ditujukan kepada masyarakat melalui pelbagai media yang mengandungi pelbagai informasi yang dibuat agar dapat menarik minat pengguna.

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

KANDUNGAN MESEG IKLAN

KOMPUTER RIBA KELUARAN PRODUK ASUS

Gaya Hidup Mesej yang terkandung dalam iklan komputer riba jenama ASUS ialah iklan tersebut mempunyai kaitan dengan gaya hidup seharian. Mesej ini menunjukkan bagaimana produk tersebut sesuai dengan gaya hidup tertentu. Misalnya, melalui contoh keratan akhbar, iklan tersebut menyatakan Rangkaian Sosial. Facebook dan Twitter dapat diakses dengan mudah dan tangkas. Sejajar dengan fenomena dunia kini, masyarakat yang gemar untuk mengakses facebook dan twitter, komputer riba keluaran baru ASUS telah direka khas bagi memudahkan internet diakses.

Fantasi atau Khayalan Iklan dari media cetak direka adalah untuk mencipta khayalan tentang sesuatu produk ataupun cara penggunaanya. Rekabentuk komputer riba terbaru jenama ASUS telah direka berdasarkan inspirasi bentuk sayap. Ketebalan sisi komputer riba ini adalah kurang daripada 22mm. Fantasi atau khayalan yang ditunjukkan dalam iklan produk ini adalah melalui gambar komputer riba tersebut yang dari sisinya kelihatan nipis dan terdapat rama-rama yang seolah-olah sedang membawa komputer riba tersebut terbang untuk menunjukkan produk ini nipis dan ringan.

Mood atau Imej


4

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

Setiap iklan yang direka dan dibentuk adalah untuk membina mood atau suasana terhadap sesuatu produk. Sebagai contoh, iklan komputer riba yang dikeluarkan oleh produk ASUS mempunyai imej gambaran komputer riba dalam iklan tersebut. Berdasarkan imej tersebut, pengguna tahu dan sedar bahawa ia adalah iklan mengenai komputer riba keluaran jenama ASUS. Selain itu, komputer riba keluaran ASUS ini juga direka dengan pelbagai warna. Ia telah dinyatakna di dalam iklan tersebut, Ringan dan berwarnawarni. Iklan seperti ini akan meningkatkan mood dan menarik minat pengguna untuk membeli dan mencuba produk yang diiklankan tersebut.

Simbol Personaliti Simbol personaliti yang dipaparkan dalam iklan adalah mencipta watak sama ada animasi atau sebenar yang mewakili ataupun melambangkan produk tersebut. Berdasarkan petikan iklan komputer riba keluaran ASUS, gambar komputer riba yang sebenar dipamerkan di dalam iklan. Ia menunjukkan rupa sebenar computer riba tersebut untuk memberitahu pengguna bagaimana rupa bentuk sebenar komputer riba tersebut. Selain itu, animasi rama-rama yang terdapat di dalam iklan adalah sebagai gambaran bahawa komputer riba ini adalah ringan.

Cebisan Kehidupan Cebisan kehidupan yang dipaparkan di dalam iklan adalah untuk menunjukkan seorang atau beberapa orang yang menggunakan produk tersebut dalam keadaan biasa ataupun di dalam kehidupan seharian. Berdasarkan iklan yang diperolehi, pengguna yang menggunakan komputer riba keluaran ASUS ini dianggap akan minat dan suka dengan produk ini berdasarkan slogan Senang Bermula, Payah Berhenti. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna sasaran dianggap akan terus menggemari produk ini. Fungsi MeeGo OS yang terdapat pelbagai aplikasi seperti ASUS Appstore, Instant Messaging dan banyak lagi yang ditawarkan dalam produk ini juga merupakan perkara yang biasa digunakan oleh pengguna sasaran dalam kehidupan seharian.
5

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

KOMPUTER RIBA KELUARAN PRODUK HP

Gaya Hidup Berdasarkan cebisan iklan komputer riba keluran HP, ia menunjukkan prodok tersebut sesuai dengan gaya hidup yang kini semuanya bergerak pantas. Penggunaan komputer riba kini lebih tertumpu kepada gaya hidup masyarakat sekarang yang gemar kepada laman social dan pelbagai perkara yang berkaitan alam maya. Kini, dengan adanya keluran terbaru HP tersebut, ia memudahkan pengguna untuk mengakses laman web bagi mengemas kini status dan membalas emel-emel, menonton video secara online dan pelbagai aktiviti lain dengan menggunakan komputer riba keluaran produk HP.

Fantasi atau Khayalan Iklan mengenai komputer riba terbaru HP hanya menggunakan imej asal komputer riba terbarunya. Ayat-ayat yang ditaip di dalam iklan tersebut seperti Dalam era dunia sosial, kehidupan berubah dan HP merupakan pasport ke dunia baru ini. Kami ada segalagalanya untuk memenuhi kehendak komputer serta minat anda. Berdasarkan ayat tersebut, iklan ini adalah untuk menarik minat dan perhatian pengguna sasaran dan memberikan khayalan dan gambaran bahawa komputer keluaran HP mempunyai pelbagai aplikasi dan segala-galanya yang lengkap untuk memnuhi segala kemahuan para pengguna.

Mood atau Imej Untuk membina mood atau imej terhadap produk terbaru komputer riba keluaran HP, iklan ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai aksesori seperti headphone, bluetooth dan sebagainya boleh dipasang atau disambungkan kepada komputer riba ini.
6

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

Selain itu, senarai sebut harga yang berpatutan juga diletakkan di dalam iklan tersebut bagi membolehkan pengguna sasaran mengetahui harga sebenar produk tersebut. Semua ciri-ciri computer riba diletakkan di dalam iklan untuk menarik perhatian pengguna. Selain itu, slogan Inspirasi On bermula di sini menunjukkan imej terhadap komputer riba HP yang terbaru. Simbol Personaliti Watak yang dicipta dalam iklan komputer riba keluaran HP adalah berdasarkan gambaran sebenar rupa bentuk komputer riba tersebut. Warna dan bentuk juga adalah jelas berdasarkan gambar rajah di dalam iklan tersebut.

Cebisan Kehidupan Sasaran pengguna bagi komputer riba HP yang terbaru adalah kepada semua lapisan masyarakat. Berdasrkan iklan yang dipetik daripada akhbar, produk ini, menawarkan Program Pelajar daripada HP. Program yang ditawarkan ini sah kepada para pelajar dan pelajar tersebut layak untuk menerima rebat sebanyak RM300 dengan syarat, menunjukkan ID pelajar semasa membeli komputer riba tersebut.

Endosmen atau Sokongan Di dalam iklan produk komputer riba keluaran HP ini menyenaraikan semua senarai kedai penjual HP yang sah di samping nombor talian perkhidmatan pelanggan khas untuk para pengguna sasaran sebagai rujukan mengenai produk tersebut. Selain itu, laman web yang tertera juga adalah untuk membantu para pengguna bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai produk tersebut.

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

PANDANGAN ANDA TENTANG KEBERKESANAN IKLAN TERSEBUT

KOMPUTER RIBA ASUS

Memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Seperti yang kita tahu, komputer riba pada hari ini sudah menjadi satu barang keperluan kepada manusia di dunia ini. Boleh dikatakan hampir seluruh pekerjaan yang ada di muka bumi ini memerlukan komuter riba bagi menyelesaikan pekerjaan dalam konteks cepat, mudah dan berkualiti. Oleh itu komputer riba perlu dibawa kemana sahaja untuk memudahkan kerja manusia. Oleh itu, jenama ASUS mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan komputer riba baru yang memudahkan pelanggannya membawa kemana sahaja. Berdasarkan iklan yang dilampirkan, ASUS menggunakan serangga rama-rama sebagai simbolik yang menunjukkan komputer riba jenama ini ringan dan mudah di bawa kemana-mana sahaja. Bakal pelanggan akan terpengaruh dengan

simbolik yang digunaka kerana membayangkan komputer riba ini sangat ringan. Ekoran kesibukan kerjaya pelanggan pada hari ini, kadar kebarangkalian bakal pelanggan memilih produk ini sangat tinggi kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan bakal pelanggan dalam memudahkan pekerjaan mereka sehari-harian.

Informasi Produk Yang Disampaikan Jelas. Jenama ASUS menggunakan iklan ini untuk memperkenalkan produk terbaru daripada syarikat mereka. Oleh itu, segala maklumat dan keistimewaan produk baru harus

diketengahkan supaya bakal pelanggan mengetahui kelebihan produk baru ini berbanding produk pesaing dan produk-produk ASUS yang terdahulu. Berdasarkan lampiran, iklan ini menggunakan tagline Ringan Dan Berwarna-Warni Di Hujung Jari Anda, tagline ini jelas menunjukkan kelebihan komputer riba terbaru dari ASUS adalah lebih ringan dan mempunyai pelbagai aplikasi terkini seperti rangkaian sosial Facebook dan
8

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

Twitter dapat diakses dengan mudah dan tangkas. Selain itu, produk baru ini juga menyediakan aplikasi terbaru untuk netbook iaitu MeeGo. Bakal pelanggan akan

sentiasa tertarik dengan aplikasi terbaru yang memudahkan urusan mereka. Jenama ASUS menggunakan pendekatan ini untuk menarik lebih ramai bakal pelanggan dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

Perkhidmatan Lain. Bagi manambahkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama ASUS, syarikat ini menggunakan pendekatan iklan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang belum pernah ditawarkan oleh pihak pesaing iaitu perkhidmatan pick up & return (servis penghantaran dan pengambilan). Perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan

pelanggan untuk menghantar sebarang produk ASUS sekiranya mengalami sebarang kerosakan terhadap produk mereka dan pihak mereka juga akan memulangkan kembali produk kepada pelanggan selepas dibaiki. Perkhidmatan ini akan manarik perhatian pelanggan untuk membeli produk daripada ASUS kerana perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan akan merasakan bahawa perkhidmatan ini mampu memudahkan urusan mereka sekiranya terjadi sebarang risiko terhadap produk yang mereka telah beli daripada syarikat ASUS.

Pelbagai Pilihan Pelbagai pilihan mampu untuk memenuhi utiliti pelanggan. ASUS menyediakan Bakal

pelbagai warna pada satu produk bagi memperluaskan pilihan pelanggan.

pelanggan boleh memilih warna kegemaran mereka untuk memiliki produk yang diperkenalkan. ASUS menyediakan 4 warna untuk produk yang dipromosikan iaitu putih, hitam, merah dan kelabu. Selain itu, ASUS juga mengunakan pendekatan asas segmentasi demografi iaitu berdasarkan pendapatan. ASUS menyediakan produk

komputer riba pada harga yang mengikut kemampuan bakal pelanggan. Sebagai contoh, pelanggan yang mempunyai modal yang sedikit untuk membeli komputer riba boleh
9

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

memilih Eee PC X101H MeeGo pada harga RM 699. Seterusnya bagi pelanggan yang mementingkan kualiti dan aplikasi yang terkini dan mempunyai pendapatan yang tinggi boleh memilih N55SF-SX047V pada harga RM 3 699. Oleh itu, jenama ASUS

mensasarkan pelanggan daripada palbagai tahap pendapatan untuk memilih produk mereka pada pelbagai tahap harga yang bersesuaian dengan pendapatan pelanggan.

KOMPUTER RIBA HP

Menonjolkan Kelebihan Produk HP memilih untuk menonjolkan kelebihan produk baru mereka di dalam iklan yang telah dilampirkan. Kelebihan produk mereka dinyatakan dengan jelas iaitu kini segalanya bergerak pantas. Produk mereka mampu mengemaskini status pelanggan walau dimana juan anda berada. Selain itu, komputer mereka mampu untuk membalas beratus-ratus emel secara serentak dan pelbagai lagi. Dengan menyatakan kelebihan produk mereka, pelanggan mampu untuk membuat pilihan dan perbandingan antara produk jenama HP dan jenama pesaing mereka. Pelanggan akan menentukan sendiri produk yang mana lebih bagus untuk dijadikan sebagai pilihan mereka. Kelebihan produk yang dinyatakan akan memberikan maklumat yang penting perihal produk baru kepada bakal pelanggan. Selain itu, pelanggan sedia ada juga boleh membandingkan kelebihan yang terdapat pada produk baru dengan produk yang sedia ada.

Maklumat Yang Dinyatakan Jelas Maklumat sesuatu produk itu amat penting kepada pelanggan kerana melalui maklumat mengenai ciri-ciri yang terdapat pada produk akan membantu pelanggan untuk menilai tahap kualiti sesuatu produk itu. Iklan yang dipaparkan oleh jenama HP ini

menyenaraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada setiap komputer riba walaupun berlainan jenama. Kerana setiap produk pesaing dan produk HP mempunyai ciri-ciri
10

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

penting yang hampir sama. Oleh itu, jenama HP menyediakan ciri-ciri produk mereka secara jelas untuk memudahkan pelanggan membuat perbandingan dengan produk pesaing. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada sesuatu iklan ialah harga produk di pasaran. Jenama HP mengiklankan produk bersama harga untuk memudahkan pelanggan menyediakan bajet yang mencukupi bagi memperolehi produk mereka. Selain itu bagi memudah

Kemudahan Untuk Pelanggan Kadangkala maklumat yang disisipkan di ikaln belum tentu mencukupi bagi pelanggan. Iklan di surat khabar merupakan ruangan yang sangat limit bagi mempromosikan produk baru. Jenama HP menggunakan ruangan yang terhad ini dengan melampirkan talian perkhidmatan pelanggan bagi memudahkan pelanggan untuk mengutarakan persoalan mengenai produk yang dipromosikan secara terus kepada khidmat pelanggan syarikat HP. Perkhidmatan ini memudahkan pelanggan untuk menambahkan maklumat yang tidak dinyatakan di dalam iklan. Hal ini secara tidak langsung menjadi salah satu

medium pengantara syarikat HP dan pelanggan seterusnya kaedah ini juga dapat menambahkan keyakinan pelanggan untuk memilih jenama HP sebagai jenama pilihan mereka.

Pelbagai Pilihan Kelbagaian pilihan produk memberikan kelebihan kepada pelanggan dalam memilih produk yang memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Jenama HP mempromosikan 3 produk baru yang mempunyai cirri-ciri dan harga yang berbeza. Jenama HP juga

menggunakan kaedah segmentasi demogarafi iaitu berdasarkan tahap pendapatan pelangganya. Sebagai contoh, pelanggan yang mempunyai pendapatan yang sederhana boleh memilih untuk memiliki HP Pavillion g4-1112TX Notebook PC pada harga RM 1 999. Jenama HP mementingkan kualiti produk dan memastikan harga yang ditawarkan berpadanan dengan fungsi-fungsi terkini produk mereka. Selain itu, jenama HP juga
11

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

merawarkan promosi kepada pelajar, iaitu dengan menunjukkan ID pelajar semasa membeli produk mereka pelajar berpeluang menerima rebat sebanyak RM 300. Hal ini dapat menambahkan jumlah sasaran pelanggan untuk produk mereka. Tambahan lagi, rebat yang diberikan mampu memberikan keriangan kepada pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki produk mereka.

PENAMBAHBAIKAN KOMUNIKASI IKLAN

Komunikasi iklan adalah penyampaian atau tujuan untuk mempromosikan sesuatu produk yang baru atau yang sudah sedia ada di pasaran kepada khalayak ramai iaitu bakal pembeli melalui media massa atau media elektronik untuk mempengaruhi bakal pengguna sehingga menggunakan produk mereka yang telah ditawarkan. penambahbaikan komunikasi iklan yang boleh dilakukan ialah :Antara

1. Menambah Gambar Produk Baru.

Berdasarkan lampiran iklan yang telah diberikan, kami dapati bahawa kedua-dua iklan mempunyai kekurangan gambar bagi mempromosikan produk baru. Hal ini akan

menyebabkan pelanggan tidak dapat melihat secara menyeluruh mengenai produk yang dipromosikan oleh kedua-dua iklan. Gambar produk baru amat penting untuk menarik lebih ramai pengguna untuk membeli produk terbabit kerana daripada gambar produk pengguna akan menilai reka bentuk produk yang dipromosikan samaada memenuhi kehendak mereka atau tidak. Selain itu, pelanggan lebih mudah untuk membuat

perbandingan dengan produk persaing dengan bantuan imej produk baru mereka.

12

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

2. Menambahkan Lagi Medium Pengiklanan. Seperti yang kita ketahui bahawa medium pengiklanan terdiri dari media cetak dan media elektronik. Lampiran iklan yang kami sertakan merupakan salah satu contoh media cetak. Bagi mempromosikan produk baru, kedua-dua jenama ini perlu meluaskan

medium pengiklananya supaya semua bakal pelanggan akan memperolehi maklumat mengenai produk baru ini. Oleh itu, selain daripada media catak kita juga boleh

menggunakan media elektronik sebagai contoh membina satu laman sesawang untuk mempermosikan produk ini. Selain itu juga, menyebarkan maklumat produk baru ini di lama sosial seperti facebook dan friendster, cara ini lebih mudah ekorang pengguna dari golongan remaja ramai yang mempunyai laman sosial ini. Tambahan lagi, jenama ini juga boleh mempromosikan produk mereka dengan menyertai pameran-pameran IT seperti Pc Fair, IT Fair dan lain-lain. Medium ini lebih berkesan kerana pengguna dapat memperolehi maklumat secara langsung daripada pihak jenama yang menjual produk.

3. Melakukan Analisis Perniagaan Yang Lebih Terperinci

Analisis perniagaan menekankan kepada penilaian pelanggan terhadap sesuatu produk. Faktor-faktor seperti permintaan pelanggan, kos pengeluaran, kos pemasaran dan lainlain merupakan faktor yang perlu diambil berat. Dengan menggunakan analisis

perniagaan ini pihak pengurusan dapat mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan. Hal ini kerana produk dihasilkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan. Kaedah ini mampu mendekatkan pihak pengurusan dengan citarasa pelanggan seterusnya mengahsilkan satu produk yang akan memudahkan dan mampu meringankan bebanan pelanggan. Selain itu, melalaui kaedah ini juga kita dapat mengetahui pendapatan

pelanggan kita supaya harga yang dikenakan terhadap produk yang ingin dihasilkan berpatutan dengan kualit produk yang ingin dipasarkan. Seterusnya merancang iklan yang bersesuai supaya pelanggan dapat memahami fungsi-fungsi produk yang dipasarkan samada produk terbabit memenuhi citarasa mereka atau tidak.

13

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

Promosi merupakan strategi dan taktik, termasuk alat-alat promosi seperti iklan, promosi jualan, publisiti, dibangunkan oleh ahli saluran untuk membantu syarikat pengeluar. Kandungan bermaksud apa jua dan kesemua bahan, maklumat, grafik, teks, imej, link, iklan dan data yang dipaparkan atau yang terkandung dalam mana-mana bahan media sama ada media massa, media elektronik mahupun media cetak.

PENUTUP

Melalui pengkajian kami dalam mengenalpasti audien sasaran, objektif pengiklanan dan kandungan meseg yang disampaikan melalui lampiran media cetak kami dapat mengenalpasti tetanng kelemahan dan kelebihan iklan daripada kedua-dua jenama ini. Selain itu, melalui pemerhatian kami juga kami dpat lihat bahawa kedua-dua jenama ini menggunaka pendekatan yang sangat baik dalam menarik pelanggan baru untuk membeli produk mereka dan mengekalkan pelanggan setia mereka untuk terus melanggan produk mereka. Tambahan lagi, kami memberikan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi penambahbaikan komunikaso iklan lereka supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan

14

BPMM 1013 PENGHANTAR PEMASARAN

RUJUKAN

1. Fairol Halim. Hasnizam Shaari. Shahrin Saad. Maria Abdul Rahman. Hasnizam Hasan. Zolkifli Hussin. Intan Shafinaz Ahmad. Mormalisa Md Isa. Azanin Ahmad. Selvan Perumal. Salniza Md Salleh. Romle Hassan. (2011). Person. Prinsip Pemasaran. 2. Muhammad Badri. (2010). Ruang Kontemplasi Dan Berbagi. Iklan dan Komunikasi Pemasaran. Diambil daripada http://ruangdosen.wordpress.com/2010/04/04/iklandan-komunikasi-pemasaran/ 3. Acer. (2010). Diambil daripada www.indulgewithacer.com.my . 4.

15

You might also like